Anda di halaman 1dari 53

ZAINAL ABIDIN AL DIMASYQI

15 Rahsia Amalan Mustajab


Bagi Mengatasi Masalah Kewangan,
Memudahkan Bayar Hutang dan
Memperolehi Rezeki Yang Tidak Terduga
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
2















Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dengan cara apa jua sekalipun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain melainkan dengan
mendapat keizinan bertulis dari penyusun buku ini.








Penerbit dan penyusun tidak bertanggungjawab di atas sebarang
kerugian yang berlaku berpunca dari penggunaan buku ini.
Sebarang kejadian yang tidak diingini adalah tanggungjawab
sendiri.















Notis Hakcipta
Notis Penafian
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
3








Segala puji bagi Allah. tuhan yang maha memiliki dan maha
mengetahui tentang rahsia-rahsia tersembunyi. Selawat dan salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Penutup segala
rasul yang telah berkorban seluruh jiwa dan tenaga bagi
membimbing manusia mengenal tuhan yang maha agung.

Buku ini merupakan himpunan doa-doa serta amalan-amalan
yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. kepada umatnya.
Memandangkan ramai dari kalangan manusia yang berhadapan
dengan masaalah kewangan maka buku ini ditulis khas untuk
memberi panduan kepada mereka beramal dengan ajaran agama
tatkala dirundung musibah khususnya yang berkait dengan
masaalah kewangan.

Kita melihat bahawa manusia akan mencari berbagai jalan
penyelesaian apabila dilanda masaalah. Apa yang malangnya ialah,
apabila jalan yang dipilih itu bertentangan dengan syarak. Keadaan
ini bukannya membantu mereka keluar daripada masaalah yang
dihadapi sebaliknya ia membawa kepada masaalah yang lebih
besar. Sehubungan itu, matlamat utama buku ini disusun adalah
bagi mengajak pembaca kembali kejalan tuhan terutama apabila
dilanda musibah.

Bukankah tuhan itu maha pengasih dan maha penyayang?
Bukankah tuhan itu maha mendengar rintihan hambaNya?
Bukankan Tuhan itu maha menerima doa hambaNya? Lantaran itu,
mengapa tidak meminta kepadaNya? Mintalah kepadaNya.
Gunakanlah kaedah dan doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah
s.a.w. Insya Allah segala permintaan itu akan dimakbulkan.

Semoga anda mendapat manafaat dari buku yang ringkas ini.

Ikhlas dari :



Zainal Abidin Al Dimasyqi


Prakata
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
4





Kandungan Mukasurat


Prakata 3
Satu Renungan 5
Amalan 1 : Rahsia Al Fatihah Sebagai Kunci Rezeki 11
Amalan 2 : Al-Waqiah Khazanah Kekayaan 14
Amalan 3 : Fadhilat Yasin 18
Amalan 4 : Kelebihan Solat Dhuha 23
Amalan 5 : Perisai Hutang 25
Amalan 6 : Memudahkan bayar Hutang 30
Amalan 7 : Perisai Kemiskinan/ Amalan Memulakan
Perniagaan 31
Amalan 8 : Rahsia Asmaul Husna 33
Amalan 9 : Rahsia Ayat Enam 36
Amalan 10 : Kelebihan Surah Al-Syams, Al-Lail dan
Al-Tin 39
Amalan 11 : Amalan Penyubur Rezeki 44
Amalan 12 : Doa Menambah Harta 45
Amalan 13 : Menarik Rezeki Dengan Surah Al-Dhuha 46
Amalan 14 : Amalan Bagi Yang Ditimpa Musibah 46
Amalan 15 : Amalan Bagi Mereka Yang mengharap
Kekayaan 50
Penutup 53







Kandungan
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
5










Saudara yang dikasihi

Ingatlah bahawa manusia akan sentiasa diuji oleh Allah SWT
dengan berbagai ujian. Tujuannya adalah untuk menilai tahap
keimanan seseorang serta meningkatkan darjat mereka di
sisiNya.Oleh itu, hendaklah kita sentiasa ingat bahawa disebalik
apa yang berlaku pasti tersembunyi sesuatu hikmah. Mungkin
kita menyangka apa yang berlaku itu merupakan satu musibah
namun disisi tuhan, ada sesuatu yang akan diberikan kepada
hambanya yang bersabar. Tuhan telah berfirman yang
bermaksud Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
sabar (Surah Al Baqarah 153) .

Firmannya juga Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada
kesenangannya. Kesenangan yang diperolehi setelah
menempuh kesulitan merupakan satu nikmat yang amat besar.
Nikmat itu hanya dapat dikecapi oleh mereka yang bersabar dan
redha dengan segala ujian yang dihadapi.







Saudaraku

Bila diri ditimpa musibah, kembalilah kepada tuhanmu.
Hanya kepada Dialah tempat mengadu seluruh makhluk. Dialah
yang mempunyai kuasa mutlak dan di tanganNyalah letaknya
kekuasaan segala sesuatu. Dialah yang menentukan baik
buruknya sesuatu. Dialah yang menciptakan manusia dan Dialah
yang membekalkan manusia dengan Al Quran sebagai pedoman
hidup. Dialah tuhan yang telah mengutus para rasulNya untuk
membimbing manusia agar dapat hidup di atas landasan yang
sebenar.

Kembalilah Kepada Tuhan
Setiap Sesuatu Ada Hikmahnya
Satu Renungan
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
6
Lantaran itu, Ingatlah wahai saudaraku, Al Quran dan ajaran
rasul adalah penawar terbaik bagi segala masaalah yang
dihadapi. Dengan membaca Al-Quran akan membuatkan hati
kita bercahaya. Ianya akan mengubat segala kedukaan dan
membuatkan hati kita menjadi tenang. Apabila hati tenang maka
segala masaalah yang membelenggu dapat diatasi dengan
sempurna. Bukankah Allah telah nyatakan Adapun dengan
mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang .

Hati yang tenang adalah hati yang dirahmati Allah. Bila hati
itu mendapat rahmat Allah maka sudah pasti Allah akan
menunjukkan jalanNya bagi membimbing kita dalam
menghadapi setiap pancaroba kehidupan.

3 Proses

Suka dinyatakan bahawa sebahagian besar hidup manusia
digunakan untuk mencari harta . Tidak salah untuk kita berusaha
mencari harta atau mengumpul kekayaan namun perlu
diingatkan, dalam mencari keberkatan pada harta benda yang
diperolehi, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Ini kerana segala apa yang kita perolehi itu adalah
milikNya. Kita hanya diberi amanah untuk menjaganya.Kita
hanya dianugerahi nikmat untuk mengambil manafaat daripada
khazanahNya. Jika kita menjauhiNya, nescaya Dia akan
mengambilnya kembali. Jika diberi sekalipun, Dia akan
memberikannya dalam keadaan murka.

Oleh itu, demi mendapatkan keredhaan daripadaNya, maka
kita perlulah membuat persediaan melalui tiga proses. Tiga
proses itu adalah :

a. Penyucian

Penyucian atau bahasa tasaufnya disebut Takhalli. Ianya
adalah proses pertama yang mesti dilalui oleh setiap individu
yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang
dimaksudkan dengan penyucian ini adalah proses membuang
segala punca yang membawa kepada dosa dan menghalang
bantuan Allah sampai kepada kita.

Kita sering melihat betapa ramainya orang yang berdoa
kepada tuhan namun doanya itu tidak dimakbulkan. Salah satu
sebabnya adalah kerana adanya halangan berpunca daripada
perbuatan maksiat yang dilakukan. Sehubungan itu maka proses
penyucian ini adalah satu proses membuang halangan bagi
membolehkan rahmat Allah sampai kepada kita.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
7
Dalam proses ini, kita hendaklah membuang segala sifat
buruk yang ada di dalam diri serta menjauhi segala larangannya.
Ini kerana perbuatan maksiat yang dilakukan oleh seseorang
hamba merupakan benteng yang menghalang rezeki sampai
kepadanya. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.
dalam sebuah hadis yang bermaksud Sesungguhnya seorang
lelaki itu akan terhalang rezekinya disebabkan maksiat yang
beliau lakukan.

Suka dinyatakan bahawa proses diperingkat ini adalah satu
proses yang amat rumit dan memerlukan ketekunan serta
kesungguhan. Insya Allah, sekiranya kita benar-benar ikhlas
dalam melakukannya serta mengharapkan pertolongan Allah
maka Allah SWT pasti akan membantu dan membuka jalanNya
kepada kita.

Dalam melaksanakan proses ini beberapa perkara perlu
dilakukan. Diantaranya ialah:


Bertaubat dan Memperbanyakkan Istighfar

Perkara utama yang mesti dilakukan oleh seseorang hamba
yang ingin kembali kepada tuhannya adalah bertaubat dan
memohon istighfar.Ini kerana hanya taubat sahajalah yang
mampu membersihkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
Mereka yang bertaubat dengan taubat nasuha umpama seorang
yang baru dilahirkan ke dunia dengan keadaan suci bersih
daripada segala dosa.

Taubat dari sudut bahasanya bererti kembali. Dari sudut
Syariah, ianya bererti kembali melakukan perbuatan baik dari
melakukan perbuatan tercela. Orang yang bertaubat perlu
memenuhi tiga syarat utama iaitu:

a. Beliau perlu meninggalkan segala perbuatan
maksiat yang dilakukan.
b. Beliau hendaklah menyesali dengan
bersungguh-sungguh segala maksiat yang
dilakukan.
c. Beliau juga hendaklah berazam dan berjanji
untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu.

Rasulullah s.a.w. sentiasa mengingatkan umatnya agar
sentiasa bertaubat dan memohon istighfar kepada Allah SWT.
Bahkan, Rasulullah s.a.w. sendiripun sentiasa beristighfar
kepada Allah tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
8

sedangkan baginda bersifat maksum. Istighfar ibarat air suci
yang membersihkan hati dan menyingkirkan segala kekotoran
yang melekat padanya. Ianya ibarat cahaya yang menerangi
kegelapan. Cahaya yang membimbing manusia untuk sampai ke
jalan tuhannya.

Kaedah dan lafaz istighfar ada berbagai. Namun begitu di
antara istighfar utama yang dianjurkan oleh baginda s.a.w.
adalah Sayyidul Istighfar. Diriwayatkan daripada Syadad bin Aus
r.a. daripada Nabi s.a.w. : Saiyyidul Istighfar iaitu :






Sesiapa membacanya dengan penuh yakin pada waktu petang
dan dia mati pada sebelah malamnya maka ia pasti akan
dimasukkan ke syurga. Dan sesiapa yang membacanya pada
waktu pagi dan dia mati pada hari itu maka dia pasti akan
dimasukkan ke dalam syurga.



b. Pengisian

Proses ini adalah satu proses untuk mengisi kekosongan
tempat maksiat yang telah dibuang. Sekiranya bekas itu tidak
diisi pastinya ia akan terisi dengan kotoran kotoran lain yang
mungkin lebih buruk dari sebelumnya.

Tingkatkan Taqwa

Apa yang dimaksudkan dengan taqwa di sini adalah perasaan
tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah serta merasai
kehebatan dan keagungan Allah. Perasaan ini akhirnya akan
menerbitkan perasaan takut dan gerun untuk melakukan
maksiat serta menjauhi kemurkaan Allah. Seseorang yang
bertaqwa akan merasa bahawa dirinya sering diperhatikan oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika serta dimana jua ia
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
9

berada.

Orang yang tinggi taqwanya kepada Allah akan sentiasa
dibantu dalam segala urusan. Segala pintu rezeki akan
dibukakan baginya dari punca yang tidak terduga. Firman Allah
dalam Surah Al Thalak akhir ayat 2 dan ayat 3.








Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), 3. Serta
diberinya rezeki dari jalan yang tidak terduga sama sekali. Dan
(ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka
cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan
kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Al Thabrani dan
diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a. , Rasulullah s.a.w. telah
bersabda :



Wahai manusia, jadikanlah taqwa kepada Allah itu sebagai
dagangan nescaya kamu akan beroleh rezeki yang melimpah
ruah tanpa barang dagangan dan tanpa perniagaan.

Sabda baginda lagi :





Sesungguhnya seorang lelaki itu akan terhalang rezekinya
dengan sebab dosa yang dilakukannya.

Maka demikian itu, marilah kita meningkatkan ketaqwaan
kepada Allah SWT semoga kita sentiasa mendapat bimbingan
dan petunjuk daripadaNya.
_ _. < -> `&! l> ` _ > ..> _ . ls
< ,`.> | < _l, . -> < >l ,`_:

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
10

Suburkan Ibadah

Allah SWT berfirman yang bermaksud Tidak aku jadikan jin
dan manusia ini melainkan hanya untuk beribadat kepadaku.

Apabila seseorang hamba itu melaksanakan ibadat kepada
Allah SWT, mereka akan memperolehi dua ganjaran. Satunya
adalah pahala. Pahala yang kita perolehi daripada ibadat yang
dilaksanakan akan kita nikmati di akhirat kelak.Semasa di alam
dunia, kita tidak dapat mengetahui berapa jumlah pahala yang
diperolehi. Kita juga tidak mengetahui apakah pahala yang kita
perolehi itu bertambah atau berkurangan serentak dengan
meningkat dan menurunnya tahap iman kita.

Keduanya adalah khasiat ibadat. Khasiat ibadat dapat
dinikmati semasa kita hidup di dunia ini lagi. Sebagai contoh,
seseorang yang membaca Al Quran atau melaksanakan ibadah-
ibadah lainnya akan merasai ketenangan hati tatkala mereka
selesai melaksanakan ibadah itu.

Wajah orang yang selalu bersolat dan beramal juga akan
kelihatan bercahaya sebagaimana firman Allah SWT dalah surah
Al Fath yang bermaksud Di wajah mereka ada kesan sujud..
Kesan sujud yang dimaksudkan bukanlah kesan hitam ditengah
dahi sebaliknya kesan sujud ini adalah nur ataupun cahaya
yang lahir melalui dalam diri orang yang beribadat. Hati orang
yang selalu beribadat kepada Allah akan bercahaya ,wajah
mereka akan bersinar, rezeki mereka melimpah ruah dan lahir di
hati-hati manusia perasaan sayang kepadanya.

c. Penghayatan/ Nikmati

Peringkat ini adalah satu peringkat yang tidak boleh
diucapkan melalui kata-kata, tidak mampu digambarkan melalui
lukisan dan tidak terdaya untuk dilakarkan melalui tulisan.
Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan dapat merasai
nikmatnya khasiat amalan yang mereka lakukan. Justeru itu,
bagi sesiapa yang ingin merasai dan menikmati manisnya
amalan maka mereka perlulah melakukannya sendiri sehingga
mereka mampu mengecapi apa yang dirasai oleh orang-orang
soleh dan dikasihi Allah SWT. Inilah peringkat yang dinamakan
Tajalli.




BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
11
AMALAN 1








Peringatan :

Setiap kali anda ingin mengamalkan amalan ini maka mulakan dengan:

1. Bacaan Al Fatihah
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling kurang 7 kali
3. Amalan yang dinyatakan
4. Selawat sekurang-kurangnya sekali lagi (sebaiknya bilangan ganjil)
5. Al- Fatihah
6. Berdoa memohon hajat yang dikehendaki.







Rahsia Al Fatihah Sebagai Kunci Rezeki


Surah Al Fatihah merupakan Surah yang pertama sekali
diturunkan dengan lengkap. Ianya mengandungi 7 ayat dan
termasuk dalam golongan Surah Makiyyah.

Al Fatihah bermaksud permulaan atau pembukaan. Surah ini
dinamakan al-Fatihah kerana ianya merupakan permulaan surah
ditulis dan permulaan surah yang dibaca dalam mashaf Al Quran.
Imam Al-Qurtubi menyatakan bahawa Surah Al-Fatihah
mempunyai nama-nama yang lain sebanyak 12 nama. Diantara
nama-namanya yang masyhur adalah ;

a. Ummul Quran ( Induk Al Quran)
b. Ummul Kitab (Induk Al Kitab)
c. As Sabiul Al Matsaniy ( 7 yang berulang-ulang)
disebabkan ayat ini selalu dibaca berulang kali dalam
solat.
d. Asy Syifa ( Penyembuh ) kerana surah ini boleh
dijadikan jampi atau penawar bagi penyakit jasmani
ataupun rohani.

15 AMALAN MUSTAJAB BAGI
MEMPEROLEHI REZKI YANG TIDAK
TERDUGA
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
12
e. Al Wafiah
f. Suratul Hamdu
g. Suratul solat


Diriwayatkan oleh Al Wahidi dalam kitabnya Asbabul Nuzul
dan Al Salabi di dalam tafsirnya bahawa Saidina Ali r.a. telah
menyatakan bahawa diturunkan Surah Al-Fatihah itu daripada
perbendaharaan di bawah Arasy.

Kelebihan Al Fatihah

Al Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan An Nasai meriwayatkan
daripada hadis Abi Said bin Al Mula bahawa Rasulullah s.a.w
telah berkata kepadanya Sesungguhnya aku akan mengajar
kepada kamu surah yang paling agung di dalam Al-quran
sebelum kamu keluar daripada masjid ini. Lalu Rasulullah s.a.w
memimpin tanganku dan kemudian tatkala baginda ingin keluar
daripada masjid aku berkata kepadanya Wahai Rasulullah :
Sesungguhnya engkau menyatakan bahawa engkau akan
memberitahuku tentang surah yang paling agung di dalam Al
quran. Jawab baginda Ya, Al Hamdulillahi Rabbil Alamin .

























`., < _-l >l >l < U _, l-l
_-l >l ,l _$! !| ,-
!| _,-.`. ! 1.l 1.`.l 1.
_%! - ls ,s U.-l `l . _,l!.l

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
13
















-






























Cara
Beramal
Sesiapa yang berhajatkan kepada harta atau kekayaan serta
diluaskan baginya pintu rezeki maka hendaklah ia membaca Surah Al
Fatihah sebanyak tidak kurang daripada 28 kali pada setiap hari
selepas solat Isya.

Sesiapa yang mempunyai hajat tertentu maka hendaklah ia
membaca Surah Al Fatihah setiap selepas Solat maghrib sebanyak 40
kali sehingga selesai bacaannya itu. Insya Allah segala hajatnya itu
akan terkabul sebelum ia bangun dari tempat duduknya.



Peringatan : Ketika mengamalkan amalan ini, hayatilah setiap
perkataan yang dilafazkan dan apabila sampai kepada ayat :
!| ,- !| _,-.`.
Maka pusatkan fikiran, hayatilah maksudnya serta niatkanlah di
dalam hati apa hajat yang dikehendaki. Insya Allah segala hajat akan
dimakbulkan.


BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
14

AMALAN KE 2







Surah Al Waqiah : Khazanah Kekayaan

Surah Al Waqiah adalah surah ke 56 didalam Al Quran .
Ianya mengandungi 96 ayat dan diturunkan di Mekah kecuali ayat
13,14,81 dan 82. Membaca surah ini merupakan antara amalan
yang digalakkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. untuk dilaksanakan
pada setiap hari . Terdapat banyak sekali khasiat yang akan
diperolehi apabila seseorang itu mengamalkan membaca surah ini.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Masud bahawa beliau mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda :




Sesiapa membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam maka
beliau tidak akan ditimpa kemiskinan untuk selamanya.

Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :





Surah Al Waqiah itu adalah surah kekayaan maka bacalah ia dan
ajarilah ia kepada anak-anak kamu

Sabdanya lagi:





Ajarilah isteri-isteri kamu Surah Al Waqiah kerana ianya adalah
surah kekayaan






BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
15
`., < _-l >l
| - -l _l !.-l ,l .l> - | >'
`_ l> ., `!,>l !., l> ,!, !., . l>
.l. >.! l ! > l > :RQ !
> :RQ _ 1,.l 1,.l ,l` ,1l >
-l '#. _ _,! l _ _> ls . .
_,>. !,l . _,l,1.` L ,ls $! $# ,!, _!,
_l _ _,- `s.` !.s ` _ > ! , .
>' ,L ! .: `> _,s :l lll `>l
`,> !, l l- `-`. !, -l !.!. | !l
!l > _,l ! > _,l . _l L
. _ L ,! ,>`. > ,.
sL1 s`. _` s !| _!: ,!:| _l ->'
l>, !,``s !,. >. _,l '#. _,l _ '#.
_ _> > !:l ! > !:l . -
L _ `> !, | l , ,l _,.`
l . ls >' L-l l l1 !. ! !,.
!Ls !, .`-,l !!,, l | _,l _>
_ `s`>l || 1 l- . >| ! l!.l ,>l
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
16
l _ >: _ l! !. L,l ,: ls
_ >' ,: ,. ' _l _>
>1l> l .. ., ! `. `., 1l _`>
1l' _ _> ! '/>, ,l ! _> _,,`., ls ,
>l. >: ! l- . 1l `.s !:l | l ` .
., ! .`> `. , `s. _> `sl l ',!:
l->l !L`> `.lL > . !| ` -l , _> ``>
`., ,!l %! ,: ., .l _ l _> ll _
l ',!: l-> l>l> l `>: `., !l _.l '.
`., .!: !:>: _> :l _> !l -> . !-.
_1ll _,. `!, ,, L-l `. _, >l
| '.1l l l-. 'Ls | ,1l q . `>
. | `Ll _ . _ , _,-l , >' .
` l-> > > ,>. l | - l, 1l>'
`. > `L. _> , l| > _>l .,. l
| . ,s _, !`->. | . _,. !! | l _
_,,1l _ !> > - _ ! | l _ > _,l
_ 'l. ,l _ > _,l _ ! | l _ _,,>l _,!!.l _
`` _ - _ l`.. > _ | _> _,1l _ _,. !,
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
17
,, L-l _












































Bacalah Surah ini sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam.
Bagi mendisiplinkan diri dengan amalan ini, bacalah surah ini sekali
selepas solat maghrib dan sekali selepas solat subuh atau selepas
solat sunat Dhuha. Setelah selesai berdoalah mohon dibukakan
pintu rezeki serta dilimpahi rezeki yang halal.
Cara
Beramal
Doa Surah Al-Waqiah



Ya Allah! Aku memohon kepadaMu dengan Kebenaran Surah Al-
Waqiah dan rahsia-rahsianya agar Engkau permudahkan urusan
rezekiku sebagaimana Engkau permudahkan kepada kebanyakan
makhlukMu. Wahai tuhan semesta alam.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
18
AMALAN KE 3



Yasin dan Fadhilatnya

Surah Yasin

Surah ini diturunkan di Makkah dan mengandungi 83 ayat.
Diriwayatkan oleh Baihaki daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda Bagi setiap sesuatu itu ada hati dan hati
bagi Al-Quran adalah Yasin. Sesiapa yang membaca Yasin maka
Allah SWT akan menulis baginya dengan bacaannya itu pahala
bacaan Al Quran sebanyak 10 kali
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda Sesiapa membaca Yasin pada waktu malam
semata-mata kerana Allah maka akan diampunkan baginya . Ad
Darimi meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata Sesiapa
yang membaca Yasin pada waktu pagi maka akan dipermudahkan
segala urusannya sehingga waktu petang dan barangsiapa yang
membacanya pada awal malam maka akan dipermudahkan segala
urusannya sehingga waktu pagi

Kelebihan surah ini :

Mengikut sebahagian ulamak, di antara kelebihan surah ini
ialah dengan membacanya pada sesuatu pekerjaan atau keadaan
yang sukar maka Allah akan memudahkannya. Begitu juga apabila
dibaca kepada orang yang hampir mati maka Allah akan
menurunkan rahmat dan barakah serta dimudahkan baginya untuk
mati.


`., < _-l >l
_ ,1l >>' ,| _l _,ll ls 1. 1.`.
. -l >l .l ! ! !,, ls 1 l _>
`1l ls . `` !| !l -> 1s ls ||
! >1 !l -> _ _,, _ `l>
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
19
:s! .,` _ ', ,ls . , `l .
`` !| '. _ _,. %! _: > _-l -l!, :, -,
> !| _> _ .l . ! ` ., ,`_:
.> !| _,, `,. . > 1l | !,l> ll
| !l `,l| _,. !,> !- l!:, l!1 !| >l| l`
l! ! `. | :, !l. ! _-l _ ,`_: | `. | ,> .
l! !, `l- !| `>l| ll ! ! ls | _l,l _,,l l!
!| !,L . >, _l `l .. />- l >.l ! , s 'l l!
'L >- _ . , `. . _ ,l> _ !.
l `> _-`. ! 1 `-,. _,l l `-,. _ />l`.
> . ! | ,s %! L l| `->. ,
_ . l, | ` _-l ., _-. _.s .- : !: 1`
| | l l. _,, | , >,, `-`! > >'
! l l- !, s | _.l -> _ _,>l !
!l ls . _ .-, _ `> ,!.l ! ! _,!` | l
| >. > | > _ .> ls !,-l ! .! _
| l ., ',.`. `l / !>l l, `1l
,l| `-> | !l _ - !$! .> , ` `_
.l ! > !>> !. !',> l! !l- > ! > _
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
20
s !> !, _ ``-l l!l _ .. ! .ls
`: _>, %! _l> _ !l ! ,. `_ _
`. ! l- , `l `l `l`. !.l | lL
_:l > 1.`.l !l ,l `1. -l l-l 1l
! _.> !s `>``-ll 1l _ _:l _-, ! . 1l
`l _,! !.l ,l >,`. , ! !l - .
,ll >:l !1 l> _ .&#: ! , | !: -
. 1` | - ! !-. || _,> | `l
1. ! _,, > ! />l> />l- l -. ! ,.!. _ , _ ,
, | l !.s _,.-` | 1 ! '/> < ! _%!
` _%#l `, `-L _ l ',!: < -L | `. | l . _,,
l1 _. sl | `. _,. ! `L | >.
> >! . . _ `-L.`. .. || l
`-> .l | _ , > || , l.
l! ! l _ !:-, _ ! ! s _-l X . ll
| ! | >. > | _- !$! .> l!
`lL. _ !: > | ! `. l- . | >. >'
l -: > /S`> lL ls , >.`
!, > ! `s "l _ , > ' . l !
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
21
`>`l _ `l s >l| _., , ,- . _L:l | />l
s _,, ,s 1. '1.`. 1l . `> ,>
,. l >. l1- . . '. > _.l `. s. !l.
l !, `. `>. l `. ls !l>. : .
l`> !, l ,.> l ',!: !`.Ll ls .`s 1,.`! 1.l
! .,` l ',!: `. l ls `.l ! `-L.`
!.` `-> _ - `. _l' l1- !
l. -:l ! _-, `&! | | " , _,, _ `l _ l !>
_> `1l ls _>l `l ! !1 l> l ! ls !
!- !l >l !ll !. '', !. l! !,
_ ,!: `>: _ < l, l-l
.` `-L.`. `. `> .> '>
`l !| `l- ! .` ! `l-` `l _. ! 1l> _
L | '.> _,, ,. !l . _. 1l> ! _ _`
L-l ' !,`>` %! !!: >, _l> 'l .
_ %! - > />l _ >:l .> ! | . . _ l
%! _l> ,.l _ 1, ls _l l. l, _ll `l-l
!| ` | !: 1 l _ `> _>,. %! .,
,>l ,`_: l| `->.

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
22











Dinyatakan dalam kitab Al Minhaj Al Hanif bahawa Surah
Yasin mempunyai banyak fadhilat besar dalam memenuhi sesuatu
hajat. Cara membacanya adalah sebagaimana berikut :

i. Surah ini hendaklah dibaca setelah selesai Solat Subuh
sebanyak empat kali.
ii. Ulang bacaan ayat pertama sebanyak 7 kali
iii. Apabila sampai ayat

ulang bacaannya
sebanyak 14 kali
iv. Ulang bacaan ayat

sebanyak 7 kali
v. Ulang bacaan dibawah sebanyak 12 kali
_ __ _ l ll l % %% % ! !! ! _ __ _ l ll l > >> > , ,, , . .. .l ll l _ __ _ 1 11 1 , ,, , l ll l s ss s _ __ _ l ll l l ll l . .. . l ll l , ,, , _ __ _ l ll l l ll l
` `` ` l ll l - -- - l ll l






















Cara
Beramal
Peringatan :. Selesai membaca surah ini mengikut kaedah yang telah
diterangkan, maka berdoalah memohon sebarang hajat yang
dikehendaki. Perlu diingatkan bahawa para ulamak berpesan agar
permohonan yang diutarakan itu biarlah yang betul-betul atas perkara
darurat dan amat diperlukan. Ini adalah disebabkan keagungan nama-
nama yang terkandung dalam bacaan ini.

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
23
AMALAN KE 4



Solat Dhuha

Solat Dhuha adalah amalan sunat yang amat dianjurkan dan
dititik beratkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Dhuha bermaksud
waktu pagi. Dinamakan solat Dhuha kerana waktu mengerjakannya
adalah pada waktu pagi iaitu setelah matahari naik sepenggalah
(Kira-kira 20 minit selepas syuruk) dan berakhir sebelum matahari
tergelincir. Diriwayatkan dalam Kitab An Nurain bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Dua rakaat Solat Dhuha menarik rezeki dan
menolak kepapaan

Cara mengerjakannya sama seperti solat sunat yang lain
manakala bilangan rakaatnya yang paling minimum adalah
sebanyak dua rakaat. Pada rakaat pertama bacaan yang disunatkan
selepas Al Fatihah adalah Surah Al Syams manakala pada rakaat
kedua ayat yang disunatkan adalah Surah Al Dhuha.

Setelah selesai solat,berdoalah sebagaimana yang telah
diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Doa tersebut adalah
sebagaimana berikut :

















Maksudnya :
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah Dhuha
milikMu, Keindahan ini adalah keindahan milikMu, kecantikan ini
adalah kecantikan milikMu , kekuatan ini adalah kekuatan milikMu,
kekuasaan ini adalah kekuasaan milikMu dan perlindungan ini
adalah perlindungan milikMu. Ya Allah, sekiranya rezekiku
Doa Solat Dhuha

.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
24
tergantung di langit maka Engkau turunkannya, kiranya ia tertanam
di perut bumi, Engkau keluarkanlah , kiranya ia sukar untuk
diperolehi Engkau permudahkanlah, kiranya ia dari sumber yang
haram engkau sucikanlah dan kiranya ia berada pada jarak yang
jauh engkau dekatkanlah Ya Allah, dengan kebenaran Dhuha
Engkau, keindahan Engkau, kecantikan Engkau, kekuatan Engkau
dan kekuasaan Engkau. Ya Allah, anugerahilah daku sebagaimana
yang Engkau telah anugerahkan kepada hamba-hambaMu yang
Soleh.






































Jadikanlah Solat Sunat Dhuha ini sebagai amalan wajib harian
anda. Hayatilah maksud doanya dan berdoalah dengan penuh
pengharapan. Terdapat banyak sekali rahsia berkaitan doa ini
diantaranya orang yang selalu mengamal dan berdoa dengan doa
ini akan dimudahkan baginya untuk mendapat kembali hutang
daripada orang yang berhutang dengannya. Dengan mengamalkan
amalan ini juga,Insya Allah anda akan beroleh rezeki dari jalan
yang anda tidak terduga sama sekali.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
25
AMALAN KE 5


Doa Perisai Hutang

Doa adalah salah satu daripada senjata bagi orang yang
beriman. Ianya merupakan ibadat mulia yang amat dituntut oleh
agama. Apa yang dimaksudkan dengan doa adalah permintaan dari
hamba kepada tuhannya. Lantaran itu, apabila seseorang hamba
berdoa bererti mereka telah tunduk diatas kekuasaan dan
kehebatan tuhan. Berdoa juga merupakan manefestasi
keberhajatan hamba kepada pertolongan tuhan yang maha
berkuasa. Ini kerana tuhan itu adalah tempat tumpuan seluruh
makhluk. FirmanNya :

< .l
"Allah itu adalah tumpuan sekalian makhluk (untuk memohon
sebarang hajat).

Sayugia diingatkan, apabila seseorang hamba itu berdoa, dia
hendaklah menjaga segala adab-adab berdoa. Permintaan yang
dilafazkan hendaklah jelas dan nyata serta lahir dari lubuk hati
hamba itu sendiri. Insya Allah, apabila doa yang lahir dari lubuk hati
dan dilafazkan dengan penuh pengharapan maka Allah akan
menunaikan setiap permintaannya itu.





Manusia kebanyakannya sering berdoa kepada tuhan namun
ramai juga yang tidak menjaga tatatertib semasa berdoa. Ada yang
berdoa seperti melepas batuk ditangga dan ada juga yang berdoa
tanpa ia mengetahui apa yang dimintanya. Ini tidak menepati
tujuan sebenar ibadat doa itu .

Diantara adab-adab berdoa adalah seperti berikut :

1. Berdoalah dalam keadaan berwuduk serta suci pakaian dan
tempat.
2. Mengadap kiblat semasa berdoa.
3. Mengangkat tangan semasa berdoa. Rasulullah saw
bersabda: Sesungguhnya Allah SWT yang maha hidup dan
maha mulia amat malu kepada hambanya yang
Adab Berdoa

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
26
mengangkat tangan berdoa kepadaNya untuk
mengembalikan doa itu dengan tiada apa-apa
4. Tidak digalakkan memandang ke langit semasa berdoa.
5. Jangan berdoa dengan suara yang nyaring sebaliknya
berdoalah dengan suara yang perlahan dan penuh tawaduk
serta penuh keinsafan.
6. Fahamilah maksud setiap doa yang diucapkan.
7. Doa yang dilafazkan biarlah datangnya dari lubuk hati.
Permintaan yang diajukan biarlah dengan penuh
keikhlasan dan penuh pengharapan.
8. Lafazkanlah doa itu dengan nada permintaan bukannya
dengan bersajak.
9. Berdoalah pada waktu-waktu mustajab seperti diantara
dua khutbah, pada waktu dinihari, hari Arafah, bulan
Ramadhan, hari Jumaat, dan setiap kali selepas solat.
Walaubagaimanapun kita tidak ditegah untuk berdoa pada
sebilang masa.

10. Sentiasalah bersangka baik dengan tuhan bahawa Allah
akan mengabulkan doa yang kita lafazkan itu.

Manusia boleh berdoa dan meminta apa sahaja kepada tuhannya
dalam apa jua bahasa sekalipun. Sesungguhnya Allah SWT maha
mengetahui dan ilmu pengetahunNya tidak ada batasan atau
sempadan. Dia maha mendengar setiap permohonan hambanya dan
pastinya setiap permohonan itu akan diperkenankan. FirmanNya
dalam Surah Mukmin/Ghafir ayat 60:



Dan telah berfirmanlah tuhan kamu berdoalah kamu kepadaku
pasti aku akan perkenankan


Doa yang terbaik adalah doa-doa yang terkandung di dalam Al
Quran dan diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Terdapat banyak
sekali doa-doa yang amat baik untuk kita amalkan. Diantaranya
adalah doa yang diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w bagi
menguatkan semangat, menghindarkan masalah hutang serta
menjauhi tipu daya manusia. Doanya seperti berikut :





! `, `s `>.` />l
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
27

Perisai Hutang











Mengenai doa ini, telah diriwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. melihat salah seorang sahabatnya iaitu Abu
Umamah r.a. sedang termenung di dalam masjid. Rasulullah s.a.w.
lalu bertanya tentang masalah yang menyebabkan sahabatnya itu
berada didalam keresahan dan kedukaan. Abu Umamah r.a. lalu
menerangkan bahawa dirinya sedang dihimpit oleh kesengsaraan
bebanan hutang.
Rasulullah s.a.w. lantas berkata : Tidakkah sepatutnya aku
ajarkan satu bacaan yang apabila engkau membacanya maka Allah
akan menghilangkan kedukaanmu serta menyelesaikan masalah
hutang yang engkau hadapi. Lantas segera dijawab oleh
sahabatnya itu Tentu sekali wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w.
lalu mengajar doa di atas dan meminta agar Abu Umamah r.a.
membacanya setiap pagi dan petang. Mengikut riwayat dari Abu
Dawud, Abu Umamah r.a. akhirnya berhasil melunasi hutangnya
setelah dia mengamalkan doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
itu.




Doa Menghindar Hutang


Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari
kegelisahan hati dan kesedihan,Dan aku berlindung kepada-Mu
dari sifat lemah dan malas,Dan aku berlindung kepada-Mu dari
sifat penakut dan bakhil, Dan aku berlindung kepada-Mu dari
bebanan hutang serta tipudaya orang.

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
28

















Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa doa mereka
masih belum dimakbulkan sedangkan meeka telah memintanya
berkali-kali. Mereka merasakan seolah-olah Allah tidak
mengendahkan doa-doa mereka itu. Bagi menjawabnya saya suka
membawa pembaca merenung satu peristiwa yang berlaku di
tengah-tengah pasar Basrah suatu masa dahulu.

Pada masa itu ada seorang lelaki yang terkenal dengan
kewarakannya telah disoal oleh orang ramai tentang doa yang tidak
dimakbulkan Allah. Lelaki itu adalah Ibrahim Adham, seorang sufi
yang terkenal. Ibrahim Adham lantas menjawab pertanyaan orang
ramai itu dengan peringatan : Disebabkan oleh hati kamu yang
tertutup dengan sepuluh perkara:

a. Kamu mengenal Allah tetapi kau tidak
melaksanakan suruhanNya.
b. Kamu Katakan bahawa kamu cintakan Rasul
namun kamu tinggalkan sunnahnya.
c. Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak
beramal dengannya.
d. Kamu memakan nikmat tuhanmu namun kamu
tidak bersyukur dengannya.
e. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu namun
kamu tidak menentangnya.
f. Kamu berkata syurga itu benar namun kamu tidak
Berdoalah dengan doa ini pada setiap masa terutama selepas
setiap kali solat. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah
saatnya Allah akan menerima doa kita itu. Lantaran itu
sentiasalah melafazkan doa ini dengan penuh khusyuk dan
penuh pengharapan. Mudah-mudahan saat kita melafazkan doa
itu merupakan saat Allah memakbulkan doa hambaNya yang
meminta.
Cara
Beramal
Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
29
beramal untuk mendapatkannya.
g. Kamu kata neraka itu benar namun kamu tidak
berusaha untuk lari daripadanya.
h. Kamu kata mati itu benar tetapi kamu tidak
bersedia untuknya.
i. Kamu bangun daripada tidur dan bercerita
tentang keaiban orang lain namun kamu lupa
tentang keaiban diri sendiri.
j. Kamu kebumikan mayat saudara kamu namun
kamu tidak mengambil iktibar daripada peristiwa
itu.

Dari nasihat yang diberikan oleh ulamak terkenal itu, maka
jelaslah kepada kita bahawa di antara sebab tertolaknya doa
seseorang itu adalah kerana hatinya yang masih terhijab dengan
maksiat kepada Allah SWT. Bila hati terhijab maka doa yang
dilafazkan bukannya doa yang lahir dari lubuk hati sebaliknya ia
hanyalah yang diucapkan dibibir semata-mata. Sehubungan tu,
bersihkanlah hati kita semoga doa yang dilafazkan itu lahir dari
lubuk hati yang suci dan murni.



























BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
30

AMALAN KE 6






Amalan Bagi Memudahkan Membayar Hutang

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah
s.a.w telah bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a. Apakah tidak Aku
ajarkan kepada kamu satu doa yang mana apabila kamu berdoa
dengannya Allah akan menunaikan hutang kamu meskipun ianya
seperti Gunung Uhud. Bacalah wahai Muaz :




)

.



katakanlah Ya Allah Tuhan yang memiliki kerajaan. Engkau
memberi kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki.
Engkau cabut kuasa daripada orang yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau
hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah
segala kebajikan. Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas
segala sesuatu. Ya Allah Tuhan yang maha bersifat Rahman di
dunia dan Rahim di akhirat, Engkau berikanlah keduanya kepada
orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cegahkanlah
keduanya daripada orang yang Engkau kehendaki. Kasihanilah
aku dengan rahmatMu dari rahmat selain daripadaMu.











BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
31
AMALAN KE 7





Perisai Kemiskinan / Amalan Bagi Mereka Yang Baru
Memulakan Perniagaan

Diantara amalan yang amat baik untuk diamalkan adalah
membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas sebagai
perisai kemiskinan dan penyubur keberkatan. Diriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w berpesan Sesiapa mendatangi
rumahnya dan ia membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al
Ikhlas maka Allah akan menghalanginya daripada kefakiran
dan menambahkan kebaikan bagi seisi rumahnya.
































`., < _-l >l >l < U _,l -l
_-l >l ,l _$! !|
,- !| _,- .`. ! 1.l 1.`.l
1. _%! - ls ,s U.-l `l .
_,l!.l
< > < .l l $# l l`
l _> `&! >

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
32

Setiap kali ingin masuk ke rumah maka berikanlah salam dan
berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
kemudian bacalah surah ini dengan penuh khusyuk dan ikhlas dan
niatkan di dalam hati semoga Allah melimpahkan rezkinya serta
menyirami seisi rumah itu dengan kebaikan.

Diriwayatkan bahawa ada suatu hari seorang lelaki telah
mendatangi Rasulullah s.a.w dan mengadu tentang keadaannya
yang fakir serta kesulitan hidup yang terpaksa ditempuhinya.
Setelah mendengar pengaduan lelaki itu maka Rasulullah s.a.w.
telah mengajarnya satu amalan sebagaimana sabdanya :
Apabila engkau masuk ke rumah hendaklah engkau
memberi salam samaada terdapat orang di dalamnya ataupun
tidak. Kemudian engkau hendaklah berselawat kepadaku serta
membaca Surah Al Ikhlas sekali

Lelaki itu kemudiannya melakukan apa yang telah diajarkan
oleh baginda Rasulullah s.a.w. Tidak lama selepas itu beliau telah
dilimpahi rezeki yang banyak oleh Allah SWT hingga ia mampu
memberikannya kepada jiran-jirannya.

















































Cara
Beramal
Bagi sesiapa yang ingin membuka kedai / kompeni atau telah
membukanya maka mereka disarankan agar mengamalkan
amalan ini setiap kali ingin memulakan operasi perniagaan .
Insya Allah pintu rezeki akan terbuka dari jalan yang tidak
terduga.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
33
AMALAN KE 8




Rahsia Asmaul Husna

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama yang agung.
Berdoa dan bermunajat dengan menyebut nama-namanya itu
merupakan amalan yang amat baik serta amat digalakkan oleh
baginda Rasulullah s.a.w. Seseorang yang berseru dengan nama-
nama Allah yang agung ini tidak akan kecewa dengan doanya
bahkan ia akan akan beroleh manafaat yang tidak ternilai. Firman
Allah SWT dalam surah Al Araf ayat 180 yang bermaksud dan
bagi Allah itu terdapat nama-nama yang indah maka berdoalah
dengannya

Kemuliaan nama-nama Allah SWT ini telah diterangkan melalui
hadis baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya :




Sesungguhnya bagi Allah itu ada 99 nama, barangsiapa yang
menghitungkannya maka ia akan dimasukkan ke syurga
( Hadis riwayat Al Tirmizi, Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Diantara nama-nama allah yang amat dituntut untuk
dilafazkan semasa berdoa dan bermunajat adalah
sebagaimana berikut :





Wahai Yang Maha mempunyai kebesaran dan kemuliaan

Al Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Muaz bahawa tatkala
Rasulullah saw mendengar seorang lelaki berdoa dengan
menyebut :


Maka baginda bersabda Sesungguhnya telah diperkenankan
bagimu maka mintalah (hajat yang dikehendaki)





BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
34





Wahai Yang maha pemurah lagi Maha Pengasihani

Diriwayatkan daripada Al Hakim daripada Abi Umamah ra
bahawa Rasulullah saw bersabda Sesungguhnya Allah swt
mempunyai para malaikat yang ditugaskan untuk mewakili
mereka yang berseru dengan kalimah Ya Ar Hamar Rahimin,
maka sesiapa yang berseru dengan nama itu sebanyak tiga kali
maka berkatalah malaikat kepadanya sesungguhnya Tuhan
yang maha pemurah lagi maha penyayang telah memakbulkan
bagi kamu maka mintalah..







Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ,
sesungguhnya bagi engkaulah segala pujian, tiada tuhan yang
layak disembah melainkan hanya Engkau , wahai yang maha
pengasih , yang maha pemberi, pencipta langit dan bumi, Wahai
yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan..


Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w melewati Abi
Ayasy yang sedang bersembahyang dan berseru dengan doa di
atas maka baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda
Sesungguhnya engkau telah meminta kepada Allah dengan
menyebut namaNya yang maha agung, yang mana apabila
disebut dengannya maka Dia akan menjawabnya dan apabila
meminta dengannya maka akan dikabulkan





Tiada tuhan yang disembah melainkan engkau. Mahasuci engkau
sesungguhnya aku adalah daripada golongan yang zalim



, ,

,

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
35
An Nasai dan Al Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Saad bin
Abi Waqas bahawa baginda Rasulullah saw bersabda Doa yang
diucapkan oleh Zi Al Nun (Nabi Yunus ) ketika ia berdoa tatkala
berada dalam perut ikan paus :



Maka sesungguhnya tidak berdoa dengan doa itu oleh
seseorang Muslim melainkan Allah akan memakbulkan doanya
itu






Aisyah ra meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba
berseru dengan kalimah Ya rab Ya rab maka allah swt akan
menjawabnya dan berfirman Berdoalah nescaya akan ku
tunaikan



























Serulah nama-nama Allah yang maha agung dan maha indah
ini sebanyak mungkin setiap kali anda berdoa dan bermunajat.
Jadikanlah ianya sebagai zikir harian anda. Hayatilah setiap makna
nama-nama ini dan berserulah dengan penuh pengharapan .
Berdoalah memohon hajat yang dikehendaki. Insya Allah akan
dimakbulkan setiap permintaan anda.
Cara
Beramal
,
Doa Asmaul Husna

. ,

. . Sebutkan
Hajat
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
36
AMALAN KE 9





Rahsia Ayat Enam

Diriwayatkan bahawa Muhammad bin Ali Al Syarif Al Alawi telah
ditimpa kesulitan dan kedukaan dimana segala harta benda serta
kedudukannya telah dirampas. Pada suatu malam beliau bermimpi
bertemu Baginda Rasulullah s.a.w. Di dalam mimpinya itu
Rasulullah s.a.w telah memerintahkannya membaca ayat enam.

Bermula dari itu, beliau terus mengamalkan membaca ayat
enam ini dan akhirnya Allah SWT telah melapangkan baginya segala
kesulitan dan kedukaan yang ditanggung serta mengembalikan
harta bendanya yang telah dirampas. Ayat tersebut adalah :











Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu
kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.Mereka itu
adalah orang-orang yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan
dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-
orang yang mendapat petunjuk serta hidayahNya. (Al Baqarah)













_%! | .,. ,. l! !| < !| l| `-> ,l` ,l.
, l. _ , > l` ` .l

_%! ! `l '_!l | _!l `-> >l :>! !| l!
!,`.> < - `l ,l 1! -, _ < . l '`..
", `-,. . < < . Ls
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
37

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka, ada orang
mengatakan: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan
tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun
kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka
lalu berkata: "Cukuplah Allah sahaja untuk (menolong) kami, dan
ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan
kami)Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali Dengan
mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak
disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut
keredaan Allah. dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang
amat besar. (Al Imran)











Dan ingatlah kisah Zun-Nun (nabi Yunus a.s.), ketika ia pergi
(meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, yang
menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan
mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku
kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan
Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci
Engkau! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang
menganiaya diri sendiri". Maka Kami kabulkan doanya, dan Kami
selamatkan dia daripada kesusahan yang menyelubunginya; dan
sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan
orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
(Al Anbiak)











l | !,.-` _L _l 1 l s ! lLl l|
| >, | _ _,lLl !, >.`! l > _
-l l _G _,l

U | ! , _.. .l `> _,-l
!,>.`! l !:> ! ., _ . ., `&# l: `- - _
!s _,-ll

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
38

Dan (sebutkanlah kisah) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu
kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa
penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani
daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani". Maka Kami
perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit
yang menimpanya, dan Kami kembalikan kepadanya keluarganya,
serta kami lipatgandakan bilangannya, sebagai satu rahmat dari
Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat
kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (Al
Anbiak)













Maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa
Yang Aku katakan kepada kamu; dan Aku sentiasa menyerahkan
urusanku hanya kepada Allah (untuk memeliharaku);
Sesungguhnya Allah Maha melihat akan keadaan hamba-
hambaNya.(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada
Allah) Maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya
mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa
Yang seburuk-buruknya,














Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan
`.. ! ` l `_ || < | < ,.,
!,-l!, 9 < V! ! ` l> !, s ', ,-l

_%! | l- :> lL '. ` < ` -.`! ,l _
`- U%! | < l .` ls ! l- l- ,l`
> - _ , > > _ !.> ` _$#> !, -
`> _,# -l

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
39
AMALAN KE 10
keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada
Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya
tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah
lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan
akibatnya).
Orang-orang Yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan
dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan Yang demikian
itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang Yang beramal.









Kelebihan Surah As Syams, Al Lail dan At Tin
(Memohon petunjuk dan bimbingan dalam menyelesaikan
masaalah yang dihadapi)


Surah Asy Syams

Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 15 ayat.
Ianya dinamakan Al Syams (matahari) kerana pada permulaan
ayat, Allah swt telah bersumpah dengan salah satu ciptaanNya yang
maha agung iaitu matahari. Ibnu Jarir menyatakan bahawa Allah
SWT bersumpah dengan matahari kerana cahayanya yang terang
benderang bersinar di waktu siang.

Dalam surah ini Allah SWT telah bersumpah dengan tujuh
perkara. Iaitu matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan
bumi dan yang ketujuhnya adalah jiwa manusia. Kesemua objek
ciptaannya ini adalah keajaiban ciptaan yang menunjukkan bahawa
Dia adalah pencipta.Tujuan sumpahan ini juga adalah bagi manusia
memikirkan kekuasaan Allah yang maha agung dan perantara bagi
memikirkan kehebatan ini adalah jiwa manusia itu sendiri. Oleh itu
manusia mempunyai peranan penting untuk bertindak bagi
membersihkan jiwa mereka dengan akhlak yang mulia supaya
mereka berjaya dan selamat didunia dan di akhirat. Sesungguhnya
kejayaan sebenar adalah bagi mereka yang membersihkan diri
dengan ketaatan serta tidak membiarkan diri hanyut dengan
perbuatan maksiat.

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
40
Didalam surah ini juga Allah SWT membawa contoh satu
kaum iaitu Kaum Thamud yang memiliki jiwa kotor serta gagal
mendidik jiwa mereka ke arah jalan yang diredhai tuhan. Akhirnya
mereka menurut kemahuan nafsu yang bermaharaja lela di dalam
jiwa lalu mereka ditimpa dengan hukuman yang berat dari Allah
SWT.

Surah ini adalah satu motivasi kepada manusia agar mereka
sentiasa taat serta menjauhi segala perbuatan maksiat yang boleh
mengundang kemurkaan Allah SWT terutama sekali dalam usaha
kita mendapat rezeki bagi diri dan tanggungan.



























Surah Al Lail

Surah ini dinamaka Al Lail (waktu malam ) kerana ayat surah
ini dimulai dengan sumpah Allah mengenai waktu malam . Ianya
mengandungi 21 ayat dan diturunkan di Makkah. Sebelum surah ini
adalah surah Al Syams dimana Allah SWT telah bersumpah dengan
matahari dan waktu siang yang bercahaya terang benderang
manakala pada surah Al Lail Allah SWT bersumpah dengan waktu
malam yang kegelapannya menutupi cahaya siang.
`., < _-l >l
_:l !8> 1l | !9l . !.l | !9l>
l | !8:- ,!.l ! !9, _ ! !8> L
_ ! !1 ! ! !>' !1 1. _ l
_ !8 _ ,l> _ !9 , . !1-L,
| -, !81: ! 1 ` < ! < ! 1
,> !`1 - ` l. , , , !1.
! !,1`s

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
41

Dalam surah ini Allah SWT menceritakan mengenai malam
dan siang, penciptaan makhluk lelaki dan perempuan, manusia
yang bertakwa dan yang kufur serta orang yang pemurah dan yang
bakhil. Surah ini juga amat baik untuk direnungi dan dihayati
terutama dalam usaha kita mendapat rezeki Allah yang halal dan
yang diberkati. Ini kerana di dalam surah ini diterangkan keadaan
mereka yang beriman serta cara mereka membelanjakan harta bagi
mendapatkan habuan akhirat. Manakala golongan kufur dan yang
dijanjikan dengan neraka pula, mereka bersikap kedekut serta
merasai cukup dengan harta yang diperolehi tanpa mengharapkan
pertolongan Allah. Allah menyatakan bahawa harta mereka di dunia
ini tidak berfaedah langsung di akhirat kelak.

Renungilah maksud setiap ayat dalam kedua-dua surah ini
semoga usaha kita dalam mencari harta kekayaan semata-mata
untuk mendapat habuan Allah di akhirat kelak dengan infak-infak
yang kita lakukan ke jalanNya.





























`., < _-l >l
l | _:- !.l | l> ! _l > %! _.
| />- _.:l !! _ Ls .. . _.`.>'!,
.`. .`ll ! _ _.-.` , _.`.>'!,
_ .`. .`-ll ! _.-` s `&!! | . |
!ls l l | !l >l | />. ! ! Ll .
!9l`. | .: %! , |. !', >`
.. %! .` `&!! . ! > s _ -
> _ | ,!-., > , ls . l _.

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
42

Surah Al Tin

Surah Al Tiin diambil nama bersempena dengan sumpahan
Allah berkenaan dua jenis buah yang mempunyai banyak khasiat
serta keberkatan iaitu buah Tiin dan buah Zaitun. Surah ini
mengandungi 8 ayat dan diturunkan di Mekah. Kandungan surah ini
adalah berkaitan dengan perkara akidah iaitu :
a. Penghargaan Allah terhadap manusia yang diciptakan
dengan sebaik baik kejadian.

b. Kemereosotan kedudukan manusia yang menyebabkan
mereka tergamak menghumbankan diri ke dalam neraka.
Kemerosotan ini adalah disebabkan kekufuran mereka kepada
Allah SWT.

c. Dasar keadilan mutlak Allah SWT.
















Kelebihan Surah:













Imam Malik meriwayatkan daripada Al Bara bin Azib bahawa
sesungguhnya Rasulullah saw selalu membaca surah ini dalam
salah satu rakaat solatnya semasa Baginda bermusafir.
_,.l .l L _, $#,l _,
1 l !1l > _. _.> 1. . ` _,#
| _%! `, l- >l.l `l '> ,s `.
! ,,>` -, _$!!, _l < />>!, _,>>'

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
43















































Sekiranya anda dibelenggu sesuatu masaalah yang
merunsingkan maka baringlah di tempat tidur dalam keadaan
berwuduk.Pastikan pakaian dan tempat perbaringan anda dalam
keadaan suci kemudian bacalah surah Al Syams 7 kali, surah Al
Lail 7 kali dan surah Al Tiin 7 kali. Setelah itu berdoalah
sebagaimana berikut:


Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah bagiku kelapangan dan jalan
keluar bagi urusanku ini.

Insya Allah anda akan mendapat petunjuk melalui mimpi
samaada pada malam, pertama kedua, ketiga hinggalah malam
ke tujuh. Seelok-eloknya amalan ini dilakukan setelah anda
melakukan solat sunat hajat dan berpuasa sunat selama tiga
hari.
Cara
Beramal
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
44
AMALAN KE 11
Bacalah ayat di atas sebanyak mungkin kemudian di ikuti dengan
bacaan Surah Yasin, Al Waqiah, Alam Nasyrah, Al Kafirun dan Al
Falak. Setelah selesai maka berdoalah memohon hajat yang
dikehendaki.






Amalan Penyubur Rezki

Disebutkan dalam kitab Syamsul Maarif bahawa antara
amalan yang amat bermanafaat untuk menambahkan rezeki adalah
bacaan:




































,
Cara
Beramal
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
45
AMALAN KE 12



Doa Menambahkan Harta

Badar bin Abdullah meriwayatkan bahawa beliau telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keadaan dirinya maka
Rasulullah s.a.w telah bersabda Wahai Badar bin Abdullah,
bacalah apabila menjelang pagi :













Akupun membacanya maka Allah SWT telah menambahkan
harta bendaku melimpah ruah dan menunaikan segala hutang
piutangku serta menjadikan aku dan kaum keluargaku kaya raya






















Ya Allah. Jadikanlah aku redha dengan takdir yang


Engkau telah tetapkan bagiku. Ampunilah aku terhadap
apa yang Engkau kekalkan sehingga aku tidak suka
mendesak apa yang Engkau lambatkan dan tidak
melambatkan apa yang Engkau segerakan

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
46
AMALAN KE 13


Menarik Rezki Dengan Fadhilat Surah Al Dhuha

Surah Al Dhuha

Al dhuha bermaksud permulaan waktu siang. Surah ini
diturunkan selepas tertangguhnya wahyu dalam tempoh yang agak
lama. Keadaan ini (penurunan Surah Al dhuha) menimbulkan
kegembiraan kepada baginda Rasulullah s.a.w menyebabkan
baginda bertakbir riang tatkala malaikat Jibril turun membawa
surah ini secara lengkap..

Dalam surah ini, Allah SWT bersumpah dengan waktu Dhuha
untuk menerangkan betapa pentingnya waktu ini dimana
segalagalanya diterangkan oleh cahaya siang. Surah ini
menceritakan tentang kisah peribadi Nabi Muhammad s.a.w. Antara
pengajarannya :

a. Allah SWT menerangkan bahawa Dia tidak murka
kepada Baginda s.a.w. Dia juga tidak lupa, tidak
menjauhi serta tidak meninggalkan baginda Rasulullah
s.a.w sendirian.
b. Khabar gembira tentang pemberian yang tidak ternilai
di akhirat kelak antaranya kudrat syafaat.
c. Surah ini juga menyenaraikan nikmat yang telah
dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w semenjak kecil.
d. Surah ini diakhiri dengan pesanan agar ;
i. Berlembut dan menyayangi anak yatim
ii. Berbuat baik kepada orang miskin.
iii. Mensyukuri nikmat yang dikurnakan.















`., < _-l >l

_.l l | _ ! ,s ,, ! l >l
,> ,l _ | .l L-` ,, _.. l >
!. ! > !. > l. _.s!
!! .l 1. _ ! !.l .. ! -, ,,
,

BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
47











Amalkan membaca surah ini 10 kali diwaktu pagi dan 10 kali di
waktu petang/awal malam. Anda akan mendapat kesenangan dalam
mencari rezeki.

Sesiapa yang membaca Surah Al Dhuha sebanyak 7 kali ketika
terbitnya matahari dan ketika terbenamnya maka ia tidak akan
ditimpa sesuatu musibah serta tidak akan berlaku perkara keji di
dalam rumahnya. Sekiranya pencuri ingin memasuki rumahnya
maka ia akan dapati rumah itu dipagari dengan besi yang kukuh
serta tidak terdapat ruang untuk ia masuk ke dalam rumah itu.

Baca sebanyak 40 kali sehari selama 40 hari. Setiap kali selesai
membacanya maka bacalah doa :

,

Insya Allah, Allah akan menghantar kepadanya seseorang yang
akan mengajarnya sesuatu rahsia samaada dalam tidur atau ketika
jaga. ( bergantung kepada kesungguhan serta persediaannya)


















Cara
Beramal
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
48
AMALAN KE 14






AMALAN BAGI YANG DITIMPA MUSIBAH

Sesiapa yang ditimpa musibah sama ada menghadapi
kesulitan dalam melaksanakan sesuatu, dilanda kerungsingan atau
keluh kesah, kehilangan sesuatu atau dianiayai oleh seseorang
maka hendaklah ia melakukan perkara berikut:

1. Berwuduk dengan sempurna. Ianya dilakukan selepas
solat Isya dan setelah orang ramai telah tidur.
Sekiranya wuduk solat Isya masih ada, ia digalakkan
agar memperbaharui wuduknya itu.

2. Solat sunat sama ada sunat mutlak atau solat sunat
hajat sekurang-kurangnya dua rakaat.


3. Duduk seperti duduk tahiyyat awal.

4. Baca ayat berikut sebanyak 45 kali (Sekurang-
kurangnya):






5. Berdoalah memohon kepada Allah swt agar diberi
petunjuk untuk keluar daripada masaalah yang dihadapi.













! !! ! , ,, ,` `` `. .. . > >> > < << < - -- - ` `` ` l ll l
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
49















































Peringatan:
Semasa membaca ayat di atas cuba hayati dengan sempurna
maksudnya serta ulangi bacaan itu berulang kali. Pusatkan
pemikiran dan pengharapan kepada Allah SWT semata-mata. Insya
Allah segala hajat akan dimakbulkan dengan segera. Jangan
berputus asa dalam mengharapkan pertolongan daripada Allah
SWT. Allah SWT telah berfirman :
_%! ! `l '_!l | _!l `-> >l :>! !| l!
!,`.> < - `l ,l 1! -, _ < . l '`.. ",
`-,. . < < . Ls
Mereka itu adalah orang yang diberitahu kepada mereka oleh
orang-orang (pembawa berita) : "Bahawa kaum (kafir musyrik)
telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu
hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin
menambahkan iman mereka lalu mereka berkata: "Cukuplah Allah
untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang
terserah kepadanya Segala urusan kami)".174. setelah
mereka kembali Dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari
Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta
mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah, Allah
mempunyai limpah kurnia Yang amat besar.


BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
50
AMALAN KE 15










AMALAN BAGI MEREKA YANG MENGHARAPKAN KEKAYAAN





Surah al Ikhlas:

Surah ini mengandungi empat ayat dan tergolong dalam
kalangan Surah Makiyyah. Ianya mempunyai banyak nama dan
namanya yang paling masyhur adalah al-Ikhlas kerana pokok
perbincangannya adalah mengenai tauhid yang suci dan penuh
ikhlas kepada Allah SWT. Antara nama lain surah ini seperti Al Asas
kerana ia merangkumi prinsip-prinsip asas agama, Al-Tafrid, Al-
Tajrid, A-Tauhid, An-Najah dan Al-Wilayah.
Pokok perbincangan surah ini adalah berkait dengan rukun-
rukun utama akidah iaitu mentauhidkan Allah serta mensucikannya
daripada sebarang unsur syirik.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas :

Diantara kelebihan surah ini adalah dengan membacanya
sebanyak tiga kali maka seolah olah ia telah membaca keseluruhan
Al Quran. Sesiapa yang membacanya sebanyak satu kali maka
seolah-olah ia telah sembaca satu pertiga Al-Quran.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa beliau sedang berjalan
dengan Rasulullah s.a.w kemudian mereka mendengar seseorang
sedang membaca surah al-ikhlas lalu baginda s.a.w. berrsabda
Wajiblah Abu hurairah lantas bertanya Apakah yang wajib itu
wahai Rasulullah s.a.w? Jawab baginda Rasulullah s.a.w. Wajiblah
baginya syurga.

Kelebihan Selawat :

Allah SWT berfirman yang bermaksud Wahai orang yang
beriman. Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke
Kelebihan Surah Al-Ikhlas dan Selawat
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
51
atas nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu
kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

Sabda rasulullah s.a.w. Sesiapa yang berselawat keatasku
sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan Allah
akan menghapuskannya sepuluh kesalahan dan mengangkat
sepuluh darjat kepadanya. Ibnu majah dan Jabir meriwayatkan
bahawa rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa berselawat
kepadaku dalam sehari seratus kali maka Allah akan menunaikan
baginya seratus hajat. 70 di dunia dan 30 di akhirat.





































Cara
Beramal
Selawat Mohon Dilimpahi Rezeki

.
,
,

Ya Allah. Limpahkanlah kesejahteraan,keselamatan dan
keberkatan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan
kaum keluarganya sebanyak bilangan rezeki dan pintu-pintunya.
Wahai zat yang telah menganugerahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakinya tanpa perhitungan. Limpahilah kami rezeki yang
melimpah ruah dari segenap sudut perbendaharaanMu yang ghaib
dengan tiada makhluk lain yang dengkikan hanya kerana anugerah
dan kemuliaanMu Wahai Zat Yang maha Pemurah
Selawat Memudahkan Rezeki




Ya Allah, Limpahilah kesejahteraan kepada junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. dan selawat yang dapat melapangkan rezeki
bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami serta
anugerahilah kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat handai
baginda Rasulullah s.a.w.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
52















































Baca setiap kali selesai solat Jumaat Surah Al Ikhlas
sebanyak 100 kali dan Selawat sebanyak 10 kali kemudian baca
doa :

,
Ya Allah. Cukupkanlah bagiku rezeki yang halal bukan yang
haram. Kayakanlah aku dengan kelebihan darimu tanpa
mengharapkan selain daripada engkau.

Maka tidak akan berlalu antara dua jumaat melainkan Allah akan
memberinya kekayaan.
BERMODALKAN TUHAN
USTAZONLINE.BLOGSPOT.COM
53

A

Kaab bin Iyad meriwayatkan bahawa aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada
ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.
Pembaca budiman, sesungguhnya harta benda, isteri-isteri,
anak-anak, pangkat dan kedudukan adalah ujian Allah kepada
hambanya. Meskipun begitu, kita tetap tidak menolak bahawa ianya
adalah alat (bukannya syarat) untuk mendapat kebahagiaan hidup
di dunia. Perlu diingatkan bahawa kebahagiaan sebenar adalah
terletak kepada sejauh mana tahap keimanan seseorang terhadap
Allah SWT.
Buku yang berada di tangan pembaca ini disusun berikutan
situasi yang saya lihat berlaku disekitar saya iaitu ramainya orang
yang gundah-gulana dan tertekan memikirkan masaalah kewangan
yang dihadapi. Lantaran itu buku ini disusun bertujuan untuk
mengajak dan membimbing para pembaca agar tidak melupai Allah
dan sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepadaNya di
samping ikhtiar yang dijalankan. Insya Allah apabila kita
meletakkan Allah di hadapan maka pastinya keberkatan dan
pertolongan dariNya akan mengiringi setiap usaha yang kita
lakukan.Bagi para pembaca, hayatilah setiap amalan ini dengan
sepenuh hati dan pusatkanlah hati dan pemikiran hanya kepada
Allah. Pastinya saudara saudari akan memperolehi ganjaran yang
tidak terduga. Insya Allah.

Akhir kata saya mengharapkan agar usaha yang kecil ini
mendapat keredhaan allah SWT. Segala kekurangan yang berlaku
saya mohon jutaan maaf kepada para pembaca serta keampunan
Allah SWT.












Penutup