Anda di halaman 1dari 19

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 2012

Tugasan Individu (Article Review)


Bidang Kajian : Kesedaran Pembayaran Zakat
Nama SAFIZAL BIN AZMI No. K/P 790707-01-5337

Penyelia : Tuan Dr. Shalehin Bin Mohd Salleh Akademi Kastam Diraja Malaysia

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG 1.0.1 Sejarah Pengurusan Zakat di Malaysia 1.0.2 Penguatkuasaan Undang-Undang Zakat Semasa 1.1 Definisi Zakat 1.2 Kenyataan Permasalahan 1.3 Statistik Kajian 2.0 ULASAN KARYA 3.0 RANGKA KERJA KONSEPSUAL RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN

2 3 4 5 6

9 14 15 17

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

1.0 PENGENALAN

1.0.1 Sejarah Pengurusan Zakat di Malaysia Sejarah pembangunan institusi zakat dan fitrah di Malaysia adalah bermula dengan penubuhan pertama notis tentang Zakat dan Fitrah Kelantan tahun 1907. Peraturan tersebut disusun oleh Majlis Mesyuarat Negeri dibawah nasihat pemerintah Inggeris pada masa itu. Peraturan tersebut ditambah dan dipinda dengan pengwartaan Notis Zakat tahun 1916, Notis Kutipan Zakat 1917, Notis Zakat tahun 1924 dan terakhir menjadi Enakmen Kutipan Zakat Kelantan tahun 1927. Dengan pengenalan Enakmen Kutipan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun 1938, dua peraturan baru disusun semula iaitu Peraturan Kutipan Fitrah pada tahun 1938 dan Peraturan Kutipan Zakat tahun 1938. Walaubagaimanapun, undang-undang ini dimansuhkan oleh Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu dan Mahkamah Kadi 1953. Kerajaan Negeri Sembilan merupakan negeri terakhir yang memperkenalkan peraturan baru zakat dengan mewartakan Peraturan Kaedah Zakat Negeri Sembilan 1998. Penjelasan sejarah pelbagai peraturan zakat yang diwujudkan di setiap negeri pada umumnya menyentuh kuasa kutipan zakat fitrah oleh Majlis Agama Islam Negeri, kewajiban penduduk Islam negeri membayar zakat fitrah, cara-cara agihan zakat dan fitrah, keperluan menyediakan akaun zakat dan fitrah berasingan daripada akaun Baitulmal dan hukuman dan denda kepada pihak yang melanggar peruntukan mengenai zakat dan fitrah. Sebahagian kecil daripada undang-undang dan peraturan zakat yang disebutkan diatas masih terus berkuatkuasa seperti misalnya Enakmen Zakat Kedah 1955, juga Peraturan Zakat di negeri Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, sedang yang lainnya telah dimansuhkan dan tidak berkuatkuasa. Namun banyak negeri yang
3

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

membuat peraturan baru di era moden sekarang ini, seperti Sabah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

1.0.2 Penguatkuasaan Undang-Undang Zakat Semasa Pengurusan zakat di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab negeri-negeri. Kebanyakan negeri, pengurusan zakat terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan terdapat juga di setengah negeri diwujudkan institusi khas yang agak tersendiri dari MAIN. Pelaksanaan segala dasar dan kegiatan Majlis Agama Islam di sesebuah negeri berkenaan dilaksanakan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada MAIN. MAIN ini adalah terletak di bawah DYMM Sultan atau Raja atau Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang mana ia bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan dengan kegiatan Islam di negeri berkenaan termasuklah di dalam pengendalian urusan zakat. Kewujudan satu institusi khas untuk memungut zakat yang dikendalikan dengan cara yang profesional telah membuka era baru dalam pengurusan zakat di negara ini. Bermula dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah Persekutuan dalam tahun 1991 seterusnya diikuti oleh beberapa negeri yang lain seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dahulunya dikenali Pusat Zakat Selangor (PZS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang ,Pusat Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat Melaka (PZM). Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan telah mewujudkan anak syarikat atau perbadanannya sendiri untuk mengurus kutipan zakat secara korporat dan profesional.

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

1.1 Definisi Zakat Zakat adalah sebahagian daripada rukun Islam yang lima dan merupakan suatu ibadah dan tanda kesyukuran kepada Allah. Secara umumnya, zakat merupakan kadar kutipan yang

diwajibkan ke atas harta dan hasil pendapatan di peringkat paling minima mengikut peraturan dan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu yang bertujuan untuk menjamin biaya sosial masyarakat pada peringkat asas dan mengurangkan jurang pendapatan yang tidak seimbang sehingga mencapai satu tingkatan hidup yang lebih baik di atas paras nisab. Zakat paling besar peranannya dalam aspek ekonomi iaitu menyelesaikan masalah kemiskinan serta mewujudkan satu taraf social yang adil di antara golongan kaya dan miskin. Secara umumnya, definisi asas zakat mengikut penulisan Mahmood Zuhdi (2003), dalam bahasa Arab, zakat secara umumnya bererti pertambahan. Berdasarkan pengertian umum ini, zakat pada bahasa bererti suci dan subur.

Maksud suci ialah menyucikan hati pemilik harta dari segala sikap tamak, kedekut, dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang miskin.

Maksud subur ialah mempererat dan menyuburkan ikatan persaudaraan sesama orang Islam, terutamanya golangan kaya dengan golongan miskin. Harta juga akan terus membiak dan semakin bertambah dari semasa ke samasa.

Zakat pada istilah syarak pula bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu. Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan oleh Islam kepada semua penganutnya yang mempunyai harta dalam berbagai bentuk sekiranya cukup syarat haul atau tempoh dan nisab atau satu jumlah minimum yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas selama tempoh yang dikenakan. Kewajipan ini lahir kerana zakat merupakan satu antara rukun Islam yang diwajipkan kepada individu muslim oleh Allah SWT dengan maksud untuk pembersihan dan penyucian harta bagi orang yang membayarnya dan juga untuk menolong kaum dhuafa atau orang yang memerlukan.
5

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

Dari segi pemahaman istilah zakat pendapatan pula, mengikut sejarah yang dinukilkan bahawa zakat pendapatan telah mula dilaksanakan pada zaman Muawiyah (r.a.) dan Umar bin Abdul Aziz (Qaradawi 1987). Pengiraan didasarkan kepada perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Pusat Zakat Selangor sebagai contohnya mengira gaji, tungakkan gaji, pelbagai elaun seperti elaun kenderaan dan makan serta lain-lain perolehan termasuk bonus dan pendapatan berkaitan penggajian. Pengiraan dibuat biasanya untuk tempoh satu tahun setelah ditolak item-item yang ditentukan seperti perbelanjaan diri, isteri, anak, ibu bapa dan sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Sebenarnya tidak terdapat kata sepakat ulama Islam mengenai kewajipan menunaikan zakat pendapatan. Terdapat negara-negara orang Islam yang mewajibkan kutipan zakat ini seperti negara Sudan, Pakistan, Brunei dan Malaysia. Rata-rata negara Islam yang lain belum mengeluarkan fatwa kewajipan menunaikannya. Isu yang masih belum disepakati mengenai kewajipan membayarnya berkisar kepada persoalan nas yang mewajibkan zakat gaji, haul dan nisab. Hamil @ Amir Abdullah (2008) dalam penulisannya menjelaskan definisi zakat pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

1.2 Kenyataan Permasalahan Pembayaran zakat harta adalah wajib seperti pembayaran zakat fitrah. Institusi zakat pula berperanan mengutip zakat daripada umat Islam dan mengagihkannya kepada asnaf yang terlibat. Namun begitu, isu pembayaran zakat terutamanya zakat harta masih lagi rendah walaupun perintah Allah S.W.T jelas mewajibkan pembayaran zakat termasuklah zakat harta dan fitrah. Ini kemungkinan disebabkan terdapat ramai umat Islam yang masih keliru bahawa pembayaran zakat harta juga adalah wajib. Zakat harta dikenakan ke atas harta-harta yang berkembang seperti emas dan perak, tanaman, galian dan juga wang termasuklah simpanan,

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

pendapatan gaji, saham dansebagainya setelah cukup syaratnya. Kekeliruan ini menyebabkan jumlah kutipan zakat harta walaupun meningkat setiap tahun tetapi peningkatan peratusan pembayar zakat dianggap masih rendah. Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul kini apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan rukun Islam ini iaitu membayar zakat. Apakah faktor yang menentukannya dan apakah langkah yang patut

diambil berat oleh pihak institusi zakat untuk meningkatkan kesedaran ini. Justeru itu dengan menggunakan data sekunder, kajian ini cuba mengolah kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh penyelidik untuk menggariskan faktor yang mendorong kesedaran membayar zakat pendapatan di kalangan umat Islam di negara ini.

1.3 Statistik Kajian Fenomena semasa yang berlaku dalam negara, timbulnya pelbagai persoalan berhubung kesedaran masyarakat Islam dalam menunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat yang diwajibkan. Kebanyakan mereka hanya mengenali zakat fitrah yang hanya diwajibkan pada bulan Ramadhan tetapi kurang mengambil berat mengenai kewajipan zakat lain seperti zakat harta atau zakat pendapatan. Statistik terkini yang diekstrak dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), menunjukkan analisa kutipan zakat yang dikutip mengikut negeri menunjukkan peningkatan dalam prestasi kutipan, namun begitu terdapat penurunan ketara seperti yang dicatatkan di negeri-negeri berkenaan. Keadaan ini jelas menunjukkan kesedaran membayar zakat mula berkembang dalam masyarakat namun masih ditahap yang kurang memberangsangkan. Statistik yang dikeluarkan oleh JAWHAR bagi hasil kutipan zakat pada tahun 2010 adalah seperti berikut; Statistik 1 : Jumlah Pungutan Zakat Mengikut Negeri

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

Sumber : Laporan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji 2011 Prestasi Pungutan Zakat Mengikut Negeri Tahun 2001 2010 Statistik pungutan zakat yang dipaparkan di bawah merupakan statistik yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang diperoleh melalui portal rasmi Jabatan tersebut setakat 6 Januari 2012. Antara penemuan-penemuan yang penting selepas penelitian dibuat ke atas statistik pungutan zakat JAWHAR adalah: Prestasi pungutan zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang paling cemerlang.
ii.

i.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga menunjukkan tren pungutan zakat yang paling stabil dalam tempoh 10 tahun sepanjang tahun 2001 2010.

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT


iii.

Sabah dan Sarawak merekodkan tren pungutan zakat yang kurang stabil berbanding dengan negeri-negeri lain.

iv.

Melaka merekodkan peningkatan jumlah pungutan zakat tahunan yang paling besar dalam tempoh sepuluh tahun ini pada 2010 apabila jumlah pungutan zakat naik 1034 peratus kepada jumlah tahun sebelumnya.

v.

Selain Melaka, negeri-negeri lain yang merekodkan peningkatan jumlah pungutan zakat tahunan yang amat besar dalam tempoh yang sama ialah Perlis (80 peratus pada 2006).

vi.

Negeri-negeri yang mempunyai rekod sempurna, iaitu negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan tahunan jumlah pungutan zakat secara berterusan dari tahun 2001 sehingga 2010 ialah Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

vii.

Jumlah pungutan zakat di negeri Melaka menurun 87 peratus (RM19.13 juta) pada tahun 2008 berbanding tahun 2007. Dari tahun 2001 sehingga 2007, jumlah pungutan zakat di negeri Melaka berada dalam lingkungan RM12 juta hingga RM22.1 juta. Bermula dari tahun 2008, jumlah pungutan zakat di negeri Melaka hanya berada dalam lingkungan RM2.9 juta hingga RM3.2 juta.

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT 2.0 ULASAN KARYA

Kewajipan membayar zakat telah dinyatakan dalam pelbagai sumber dan dinyatakan di dalam Al Quran serta hadis dan rujukan-rujukan agama. Hasil kajian yang dibuat oleh para penyelidik dalam kajian lepas telah menyatakan bahawa kesedaran membayar zakat dikalangan umat Islam di Malaysia disebabkan faktor-faktor seperti gelagat pematuhan membayar zakat, faktor pengetahuan agama dan keimanan serta kepuasan terhadap cara pengagihan zakat oleh institusi zakat yang ditubuhkan oleh kerajaan. Penemuan-penemuan yang merumuskan pemboleh ubah dalam menentukan faktor kesedaran membayar zakat telah dianalisis melalui tinjauan serta kajian terhadap responden-responden terpilih. Dalam kajian yang dibuat oleh Hairunizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor dan Sanep Ahmad (2005), kajian yang dijalankan ke atas sasaran golongan profesional bagi kes zakat pendapatan gaji di Wilayah Persekutuan pada tahun 2001 mendapati bahawa dianggarkan hanya sejumlah 4.2 % daripada golongan berkenaan menjalankan tanggungjawab berkenaan. Kajian terhadap golongan professional dijalankan berasaskan kepada justifikasi bahawa golongan ini dianggap mempunyai kemampuan dari segi jumlah pendapatan serta taraf hidup yang stabil berbanding golongangolongan lain. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kesedaran membayar zakat berada di tahap yang kurang memberansangkan walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah kutipan yang direkodkan. Persoalan yang boleh dibangkitkan dalam kajian ini adakah mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional tidak sensitif terhadap pembayaran zakat pendapatan? Umum mengetahui bahawa, pada masa ini pelbagai kemudahan untuk membayar zakat telah disediakan oleh institusi pemungut zakat seperti kemudahan pembayaran melalui potongan gaji, pembukaan kaunter zakat di bank dan pejabat pos, perkhidmatan perbankan internet serta telekomunikasi. Namun begitu, berdasarkan huraian dalam kajian yang dijalankan menunjukkan golongan yang berkewajipan ini mempunyai alasan-alasan tertentu untuk tidak membayar zakat termasuklah membuat bayaran di pusat kutipan negeri lain atau kepada pelbagai saluran yang tidak rasmi. Situasi ini memberi petunjuk bahawa terdapat elemen-

10

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

elemen faktor gelagat kepatuhan dalam kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Kajian kepatuhan terhadap undang-undang zakat pula mendapati terdapat hubungan langsung di antara tanggapan individu kepada undang-undang zakat dan kebarangkalian pembayaran zakat. Dalam kajian Kamil Md. Idris dan Ahmad Mahdzan Ayob (2002), kewujudan pelbagai pemboleh ubah berhubung sikap dalam gelagat kepatuhan zakat memberikan keputusan yang signifikan bahawa faktor sikap dikalangan pekerja-pekerja beragama Islam menjadi di antara elemen utama terhadap analogi kesedaran pembayaran zakat. Dalam kajian berkenaan juga menggariskan pelbagai bentuk sikap dalam gelagat kepatuhan membayar zakat di kalangan responden yang terdiri daripada 700 pegawai awam di negeri Kedah iaitu sikap terhadap zakat boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu sikap secara am, sikap positif, sikap was-was, sikap bersyarat dan sikap terhadap perkara teknikal. Sikap was-was dalam kewajipan supaya membayar zakat dilihat sebagai komponen yang positif dan signifikan dalam penentuan aras gelagat kepatuhan zakat di mana masih timbul kekeliruan berhubung hukum sebenar pembayaran zakat. Kebanyakan responden juga menyatakan kewajipan membayar zakat adalah mengikut apa yang diketahui dan difahami iaitu menunaikan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan. Keadaan ini ditambah dengan pelbagai versi hukum yang berbeza berhubung pembayaran zakat yang dikuatkuasa di negeri-negeri. Pemboleh ubah terhadap kesedaran membayar zakat juga berkait rapat dengan tahap moral dan keimanan seseorang. Keadaan ini adalah selari dengan teori kognitif yang mengatakan nilai dan moral individu mempengaruhi gelagat kepatuhannya. Menyelesaikan permasalahan nilai dan keimanan bukan satu perkara yang mudah. Dalam kajian Aidit (1998) mendapati terdapat tujuh kumpulan atau golongan pembayar zakat mengikut tahap kesedaran dan keimanan, seperti golongan yang membayar zakat hanya sekiranya ada akta dan undangundang yang mewajibkannya, golongan yang lebih takut sekiranya tidak membayar cukai berbanding zakat pendapatan, golongan yang tidak membayar kerana kejahilan, golongan

11

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

yang terlalu banyak menyoal akan kewajipan zakat, golongan yang menganggap zakat sebagai beban dan golongan yang menggunakan helah dalam zakat serta gologan yang menganggap zakat hanya zakat fitrah sahaja. Faktor-faktor yang menurunkan kebarangkalian pembayaran zakat termasuk sikap malas untuk membayar, tiada keyakinan dengan institusi pungutan zakat serta fahaman politik yang berbeza. Kajian oleh Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2004) telah menggunakan model logit menunjukkan bahawa faktor iman dan pengetahuan agama amat signifikan mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau juga menunjukkan faktor sikap amat signifikan mempengaruhi pembayaran zakat berbanding faktor institusi. Pernyataan ini disokong dengan penemuan dalam kajian Sanep Ahmad dan Zulkifli (2010) yang mendapati faktor keimanan dan agama menjadi pemboleh ubah signifikan dalam teori kesedaran pembayaran zakat. Ia turut disokong dalam kajian Kamil, Chek Derashid dan Engku Ismail (1997) yang menyatakan bahawa sikap kepatuhan amat penting dalam menentukan kepatuhan untuk membayar zakat. Kajian oleh Aidit (1998) menguatkan lagi sokongan terhadap pernyataan fakta di mana beliau juga menyatakan untuk menyelesaikan masalah keengganan membayar zakat bergantung kepada tahap keimanan dan kesedaran seseorang individu. Tahap keimanan yang lemah didapati berkait rapat dengan sikap tidak mahu membayar zakat terutama jika tidak adanya akta yang ketat mengenainya. Kesedaran membayar zakat juga berkait rapat dengan tahap kepuasan hati pembayar zakat terhadap pengurusan agihan zakat yang dijalankan oleh institusi zakat formal. Persepsi dan juga tanggapan terhadap institusi zakat formal memainkan peranan penting penting sebagai faktor utama kesedaran membayar zakat melalui saluran yang disediakan. Isu-isu berbangkit seperti kelemahan agihan zakat kepada asnaf, isu keciciran penerima zakat dan nilai sumbangan zakat yang disalurkan oleh institusi zakat sentiasa menjadi perhatian masyarakat sehingga menyebabkan timbulnya keraguan terhadap kredibiliti institusi zakat yang ditubuhkan. Keadaan ini dipercayai mempengaruhi tahap kesedaran masyarakat berhubung

12

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

kewajipan membayar zakat di institusi yang sah di mana akan wujud dua keadaan kontra iaitu terdapat pembayar zakat yang menjalankan kewajipan melalui institusi zakat formal dan golongan pembayar zakat yang menunaikan zakat secara persendirian tanpa melalui institusi zakat formal. Dalam kajian Hairunizam, Sanep dan Radiah (2008) mendedahkan respondenresponden yang dikaji menunjukkan bahawa tahap kesedaran membayar zakat adalah signifikan dengan tahap kepuasan hati responden terhadap cara pengagihan zakat dan maklumat pengaihan zakat yang dilaksanakan oleh institusi zakat formal. Kelemahan

penyampaian saluran maklumat serta penjelasan berhubung agihan zakat juga menjadi antara penemuan-penemuan penting dalam kajian berkenaan. Kajian Sanep Ahmad dan Hairunizam Wahid (2005) menghasilkan keputusan yang signifikan di mana kajian yang dibuat menunjukkan persepsi agihan zakat terhadap institusi zakat formal mempengaruhi tahap kesedaran individu terhadap tanggungjawab membayar zakat. Dalam kajian tersebut, hasil kajian yang dijalankan ke atas 11 negeri mendapati 7 negeri mencatat keputusan signifikan iaitu pengaruh kepuasan agihan zakat memberi impak dominan terhadap kesedaran membayar zakat. Terdapat banyak kajian lepas yang hanya membincangkan aspek kutipan zakat dan bagaimana pihak institusi zakat boleh meningkatkan jumlah kutipan zakat. Antaranya beberapa kajian yang berkaitan dengan penswastaan institusi zakat seperti dalam kajian Md Zyadi dan Mariani (1999) yang menunjukkan bahawa penswastaan kutipan zakat telah menunjukkan penambahan dalam jumlah hasil kutipan. Keadaan ini dialami oleh seluruh negeri yang melakukan penswastaan kutipan zakat. Namun demikian, kajian tersebut juga merumuskan bahawa kemungkinan penambahan hasil kutipan tersebut bukanlah semata-mata kesan daripada penswastaan tetapi kerana faktor-faktor lain. Pernyataan ini telah disokong oleh kajian Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad dan Nahid Ismail (2001) yang telah membuktikan bahawa walaupun penswastaan institusi zakat telah berjaya menambah hasil kutipan zakat tetapi kajian mendapati peningkatan tersebut adalah tidak signifikan.

13

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

Peningkatan kutipan zakat itu bukan semata-mata berpunca daripada penswastaan institusi zakat tetapi juga berpunca dari faktor lain seperti peningkatan jumlah pembayar zakat dan peningkatan jumlah pendapatan individu. Namun begitu aspek pengagihan zakat merupakan satu aspek yang sangat penting kerana ia menunjukkan bagaimana dana zakat dapat memberi impak kepada masyarakat dan negara dalam aspek pembasmian kemiskinan dan

pembangunan ekonomi. Pemahaman masyarakat terhadap kewajipan berzakat dilihat masih pada tahap sederhana di mana kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia hanya mengetahui zakat fitrah yang wajib ditunaikan manakala bagi jenis zakat lain hanya boleh dilaksanakan sekiranya memenuhi syarat nisab yang ditetapkan mengikut amalan dan peraturan zakat di negeri-negeri. Pada keseluruhannya, kesedaran terhadap tanggungjawab zakat berdasarkan analisis serta tren statistik kutipan zakat yang direkodkan menunjukkan peningkatan, namun ia masih pada tahap kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa negeri yang mencatatkan prestasi konsisten dalam kutipan pembayaran zakat setiap tahun seperti negeri Selangor. Ia menunjukkan strategi-strategi serta usaha yang dibuat oleh institusi zakat serta pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Pusat Zakat Selangor dan Baitulmal berjaya memupuk amalan kesedaran supaya menunaikan zakat dikalangan umat Islam di negeri berkenaan. Kejayaan yang dirintis oleh institusi zakat yang berjaya seperti di negeri Selangor boleh dijadikan perintis dan penanda aras kepada pihak-pihak lain supaya kesedaran berzakat dapat ditingkatkan seperti yang dinyatakan dalam kajian Tuan Hj Mohd Shahir Makhtar dan Hajah Adibah Abdul Wahab (2010) melalui kertas kerja yang dibentangkan pada Konvensyen Kebangsaan Perancangan dan Pengurusan Harta Dalam Islam 2010, anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, 14 Julai 2010, di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.

14

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT 3.0 RANGKA KERJA KONSEPSUAL PEMBOLEH UBAH BEBAS PEMBOLEH UBAH BERSANDAR

Sikap

Promosi Pihak Berkuasa

Kesedaran Berzakat

Keimanan dan Pengetahuan Agama

15

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

4.0 RUMUSAN Ibadat zakat dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan cara yang sederhana dan praktikal dengan membuat perimbangan antara golongan yang mampu dan golongan yang tidak mampu. Golongan kaya dapat terus menikmati kekayaannya dengan syarat sebahagian daripada kekayaannya itu dialirkan kepada golongan miskin sebagai suatu hak yang ditetapkan Allah dan bukan sebagai pengemis yang meminta belas kasihan orang kaya. Semua harta kekayaan adalah milik mutlak Allah dan manusia hanyalah sebagai pemegang amanah. Sistem zakat dapat mengawal keseimbangan dan hak kebebasan setiap individu untuk berusaha mencari rezeki di samping menjaga hak-hak masyarakat.

Zakat secara langsungnya juga merupakan suatu sistem jaminan sosial hasil daripada peranannya dalam menyediakan saraan hidup dan modal di samping memerangi sistem riba, menggalakkan pekerjaan serta tujuan-tujuan ekonomi dan sosial yang lain. Jaminan sosial dan ekonomi melalui sistem zakat ini membawa negara ke arah keseimbangan ekonomi dan keadilan sosial meliputi aspek kerohanian dan kebendaan. Bagi memastikan matlamat pensyariatan zakat tercapai, pelbagai usaha telah digarap oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi dalam memantapkan pengurusan zakat. Tindakan tegas khalifah Islam yang pertama memerangi golongan yang ingkar mengeluarkan zakat amat jelas. Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq mengambil tindakan memerangi mereka yang enggan mengeluarkan zakat selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. Di Malaysia, amalan zakat secara umumnya bertambah baik dengan usaha pemerkasaan institusi zakat, misalnya menerusi pengkorporatan institusi zakat dan juga penggubalan enakmen dan akta yang bersesuaian sepert akta cukai yang membenarkan rebat daripada pembayaran zakat, maka umat Islam berpeluang lebih luas untuk menjadikan zakat sebagai mekanisma dan sumbangan untuk memajukan potensi umat Islam. Sehingga ke hari ini,

16

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

pelbagai perubahan dan kemajuan dalam sistem pengurusan zakat telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua pihak harus sentiasa berusaha mencari jalan terbaik memperkasa peranan institusi zakat agar dapat memberi impak positif ke arah pembangunan negara dan umat Islam. Selain itu, undang-undang dan penguatkuasaan zakat tersebut juga perlu dalam menentukan kesedaran dan kepatuhan membayar zakat. Dengan adanya

penguatkuasaan undang-undang, masyarakat akan menyedari bahawa zakat merupakan suatu kewajipan serta tanggungjawap terhadap agama dan sosial yang harus ditunaikan oleh setiap Muslim. Walaubagaimanapun perkara ini perlu diperhalusi dengan mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada termasuk koordinasi penggubalan undang-undang bagi membentuk satu fatwa seragam berhubung hal ehwal zakat di semua negeri dalam Malaysia.

17

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

RUJUKAN Aidit, Ghazali. (1998). Zakat-Satu Tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd. Al-Qaradawi, Yusof. (1987). Hukum Zakat. Singapura: Pustaka Nasional. Hairunizam Wahid, Sanep Ahmad Dan Radiah Abdul Kader. (2008). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati . Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Hairunizam Wahid, Sanep Ahmad Dan Mohd Ali Mohd Noor. (2005). Kesedaran Membayar Zakat : Apakah Faktor Penentunya?.Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor Hamil @ Amir Abdullah Dan Mohd.Shukri Othman. (2008). Pendidikan Islam. Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor. Kamil Md. Idris Dan Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Peranan Sikap Dalam Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail. (1997). Zakat Penggajian: Suatu Tinjauan Terhadap Pengetahuan Dan Amalan Muslimin Negeri Perlis. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Laporan Kutipan Zakat Mengikut Negeri Tahun 2001 2010. Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji. Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1992). Syarat Haul: Satu Penilaian Terhadap Pandangan AlQaradawi Dalam Masalah Zakat Gaji Dan Pendapatan Profesional . Md Zyadi Tahir dan Mariani Majid. (1999). Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat Di Malaysia. Dlm Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam Dan Swasta: Justifikasi Dan Realiti Di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Kakitangan Profesional. Universiti Kebangsaan Malaysia Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & Nahid Ismail. (2001). Can Privatization Improve Performance ? Evidence From Zakat Collection Institutions. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep Ahmad Dan Zulkifli. (2010). Model Gelagat Pematuhan Dan Pengelakkan Zakat : Suatu Tinjauan Teori. Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat And Waqf Economy, Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia

18

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

LAMPIRAN

19