Anda di halaman 1dari 4

2.2.

Ayat Seruan Definisi Ialah ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya. 1. Gambaran perasaan penutur dapat dilihat dengan penggunaan kata seru. 2 .Antara kata seru yang digunakan ialah amboi, cis, wah, aduh, ah, eh, wahai dan sebagainya. 3. Ayat seruan ini terdiri dari kata seru + ayat keterangan untuk

memperlihatkan perasaan yang dimaksudkan, secara rumusnya adalah seperti berikut :

Ayat Seruan = Kata Seruan + Ayat Keterangan

4. Biasanya ayat seruan mempunyai intonasi naik dan turun pada akhir ayat bergantung kepada ragam perasaan yang hendak ditunjukkan. 5.Dalam penulisan, ayat seruan dapat dikenali melalui penggunaan kata seru, Aduh, sakitnya perutku! Oh, gadis manis itu rupanya! Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu!

2.2.4

Ayat Tanya Definisi Ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu, perkara atau benda. 1. Intonasi ayat tanya berbeza dengan intonasi ayat penyata dari segi nada akhirnya yang bernada menaik. 2. Namun terdapat juga penutur yang menggunakan intonasi ayat penyata untuk menanyakan soalan dan mendapat respons daripada pendengar. 3. Dalam bahasa penulisan, ayat tanya digambarkan melalui tanda tanya pada akhir: Semua pelajar ada di dalam kelas? Ada anak emas di dalam kelas ini?

4. Ayat tanya juga diujar dengan nada suara tinggi sebelum diakhiri dengan kesenyapan pada kata akhir dan biasanya partikel -lah ditambah pada hujung ayat tanpa mengubah struktur untuk menjadi lebih fokus kepada pertanyaan: Semua pelajar ada di dalam kelaskah? Ada anak emas di dalam kelas inikah? 5. Namun terdapat juga unsur meletakkan fokus tersebut di hadapan ayat dan frasa: Ada di dalam kelaskah semua pelajar? Di dalam kelas inikah ada anak emas?

6. Sekiranya subjek yang disertai partikel -lah diletakkan di hadapan, ianya dianggap: Semua pelajarkah yang ada di dalam kelas? Ada anak emaskah di dalam kelas ini? 7. Terdapat juga ayat tanya yang menggunakan kata tanya lain seperti apa, siap, mengapa, mana, kenapa, bagaimana, bila dan berapa dan kesemua kata tanya ini diletakkan pada akhir ayat. 8. Namun jika kata tanya ini diletakkan di hadapan ayat, maka hendaklah disertai: Kamu semua siapa ? Rumah kamu di mana? Di manakah rumah kamu ?

Nota Grafik

Definis: Ialah ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya. Definisi: Ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu, perkara atau benda.

Contoh: Aduh, sakitnya perutku! Oh, gadis manis itu rupanya! Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu!

Contoh: Semua pelajar ada di dalam kelas?

Ada anak emas di dalam kelas ini?

Ayat seruan

Ayat tanya

Jenis-jenis ayat