Anda di halaman 1dari 6

QGU 3013 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJ DAN PK TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) DAIVANAYAGI A/P C.

DORAISAMY D20112053764 KUMPULAN UPSI 17 SEMESTER 4 SESI 2013/2014

PENSYARAH EN.KAMARUDDIN BIN DAUD TARIKH SERAH : 23 NOVEMBER 2013

Daivanayagi Doraisamy Upsi 17

Isi Kandungan Bil Tajuk Muka Surat

Daivanayagi Doraisamy Upsi 17 Pengenalan Model TGFU telah diperkenalkan oleh James Torpe,iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dan pendidikan Jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan,menambah pengetahuan mahupun meningkatkan

kemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah member ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.Mereka berpendapat bahawa dalam sesuatu permainan, kanak kanak haruslah diberi kesedaran tentang mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan member respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah.Antaranya ialah ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka permainan yang lebih ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka,kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada,ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berpringkat.Namun begitu,model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri.Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitikberatkan dan memfokuskan kemahiran asas(theorical base) dan peringkat jangka masa singkat(temporal sequence) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permainan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap. 1 http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model
3

Daivanayagi Doraisamy Upsi 17 2.0.Definisi TGFU Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain berkualiti,pendedahan terhadap disiplin sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi seperti pada peringkat pra sekolah atau sekolah rendah.Namun,tetrdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan sesuatu lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain.Infrastruktur yang sedia ada juga merupakan kekangan utama misalnya,gelanggang dan alatan.Undang-undang permainan yang sukar difahami dan dikuasai turut menjadi masalah.dalam situasi ini,pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal,social serta intelek mereka dan infrastruktur yang bersesuaian.Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut

kesuaian.Seterusnya,penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk

menarik minat pemain.Pelajar juga diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan.Dalam erti kata lain,permainan TGFU mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami serta ditafsir. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan.Bimbingan yang berterusan daripada juruhlatih atau guru akan memantapkan pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan,ruang dan masa,situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan.Sesi perbincangan amat digalakkan sebagai proses untuk membolehkan pelajar mendalami idea dan memahami penyelesaian masalah taktikal.Selain itu,secara tidak langsung para pemain akan berhadapan dengan situasi yang bakal membimbing mereka kea rah kemahiran membuat keputusan seperti,menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan,mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Daivanayagi Doraisamy Upsi 17 Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas,malah pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai.Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut criteria berasaskan kebolehan individu.Kriteria ini member focus kepada keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu.Permainan TGFU ini sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU dilaksanakan.Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri.Dalam konteks ini,konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan Jasmani di Malaysia hamper menyamai perlaksanaan sukan

mini.Ringkasnya,pendekatan ini membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta member motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan. 3.0.Kepentingan TGFU Pendekatan TGFU menyarankan bahawa taktik permainan untuk dapat diertikan sebagai pengenalan pertama,pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu diperlukan dalam konteks permainan,pelaksanaan taktikal dalam keterampilan

dilahirkan.Pendekatan TGFU harus dapat diterapkan pada pengajaran jasmani para pelajar,meningkatkan motivasi untuk kematangan,dan seterusnya meningkatkan kesihatan psikologi dan fizikal.Ia juga menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain. Selain itu TGFU menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan member ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal,mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan bermain kea rah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan.
5

Daivanayagi Doraisamy Upsi 17 Ia juga menyediakan persekitaran pembelajaran holistic dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain.Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang.Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk Berjaya dalam permainan,tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai. TGFU focus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu.Selain itu TGFU menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain,kemahiran social,bersikap positif dan nilai.Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif3. 4.0. Komponen TGFU Komponen yang terdapat dalam TGFU ialah : 4.1. Berbentuk Permainan(Game Form) Game Form-sesuai untuk semua peringkat umur.Ia mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama.Ia membantu pelajar untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah.Ia juga member tunjuk ajar yang betul.Situasi permainannya yang sesuai telah ditetapkan,pola permainan mini yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi permainan orang dewasa.

Anda mungkin juga menyukai