Anda di halaman 1dari 16

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM

: :

FAZIL BIN ABDUL AZIZ PGSR BAHASA MELAYU AMBILAN NOVEMBER 2009

NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSANAAN

: : :

SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10 SAMBUTAN KEMERDEKAAN 30 OGOS 2013 ( Sambutan Merdeka ) 16 OGOS ( Penutupan Bulan Merdeka )

1.0 1.1

OBJEKTIF Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan

bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini. 1.2 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya. 1.3 Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya. 1.4 Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatupadu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

2.0 2.1

Strategi Pelaksanaan Pada 20 Ogos 2013, saya dan mentor telah mengadakan perbincangan tentang projek-projek yang boleh dijalankan sebagai projek individu untuk program internship ini. Terdapat sedikit masalah kerana mentor awal saya ialah GPK pentadbiran dan beliau yang menghadiri taklimat bersama pihak IPG tetapi memandangkan jawatan guru besar masih belum diisi di sekolah ini, maka GPK pentadbiran ( yang menghadiri taklimat Internship ) akan memangku jawatan Guru Besar dan GPK Kokurikulum sebagai mentor saya memandangkan tugas hakiki saya sebagai GPK HEM. Sedikit penerangan secara ringkas dibuat tentang internship kepada mentor saya untuk pemahaman beliau.

2.2

Setelah penerangan ringkas diberi, kami mengadakan perbincangan tentang projek yang boleh dilaksanakan pada bulan Ogos ini. Memandangkan bulan Ogos adalah Bulan Kemerdekaan negara kita, beliau mencadangkan kepada saya supaya mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Setelah beliau memberi sedikit penerangan, kami bersetuju untuk

mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada 30 Ogos 2013 ( 31 Ogos cuti sekolah ) dan Majlis Penutupan Bulan Merdeka pada 16 September 2013. Saya bersetuju untuk mengadakan dua majlis tersebut atas dasar satu kertas kerja memandangkan program pelaksanaan Bulan Merdeka yang dicadangkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah merangkumi tiga peringkat iaitu pada 16 Ogos (Pra sambutan) , 30 Ogos ( Sambutan Kemerdekaan ) dan 16 September 2013 ( Penutupan ). 2.3 Pada 22 Ogos 2013, saya telah berjumpa dengan Mentor , En.Hassan bin Ahamad bagi menunjukkan draf pertama kertas cadangan yang telah saya lakarkan. Kami telah berbincang tentang draf tersebut dan membuat beberapa cadangan penambahbaikan untuk projek ini.

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Selepas itu, bermulalah proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar segera. Saya tidak menghadapi masalah dalam perbincangan kerana mentor saya juga adalah Guru Penolong Kanan KoKurikulum dan perbincangan berjalan lancar seperti yang dirancang.

2.4

Pada 23 Ogos 2013, atas persetujuan mentor dan kebenaran daripada Guru Penolong Kanan 1, saya telah mengadakan mesyuarat bersama dengan semua guru. Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan perancangan program yang akan dilaksanakan, cadangan AJK yang terlibat untuk pembahagian tugas, cadangan tarikh, tempat dan masa program serta pengisian program. Pada hari tersebut juga, saya telah membuat tempahan banner di Syarikat RZ Printing di Bandar Muadzam Shah. Banner tersebut akan dipasang di dewan sekolah ( backdrop ) sebagai makluman untuk sebagai makluman untuk semua. Setelah itu, bersama dengan jawatankuasa hadiah, saya telah membeli hadiah dan lain-lain keperluan bagi menjayakan program tersebut.

2.4

Pada 30 Ogos 2013, Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Sekolah kebangsaan Keratong 10 telah diadakan. Majlis bermula seawal pukul 7.45 pagi di mana perhimpunan pagi telah diadakan yang melibatkan semua guru dan murid . Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Syam bin Mohd.Khalid. Seterusnya nyanyian lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu sekolah. Perhimpunan ini diakhiri dengan ucapan oleh Guru Penolong Hem ( saya sendiri ) memandangkan menjadi wakil GPK 1 yang tidak dapat hadir kerana mesyuarat di PPD. Pada pukul 8.30 pagi, telah diadakan pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, Pertandingan Basikal Berhias dan baju bendera tercantik bagi murid tahap 2 juga diadakan serta pertandingan mewarna .

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

2.5

Sementara itu pada 16 September 2013 pula, selepas perhimpunan rasmi, telah diadakan persembahan murid ( Sajak Merdeka ) serta ucapan penutup dari GPK Pentadbiran En.Mat Saad bin Yusoff. Pada pukul 8.30 pagi

diadakan pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2 iaitu kalangan pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Pada pukul 10.00 pagi telah diadakan majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Bulan Kemerdekaan. Murid-murid gembira dengan hadiah yang mereka perolehi. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi dan murid ke kantin untuk sesi rehat.

3.0 3.1

Refleksi Kekuatan Projek

Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini merupakan satu pengisian yang wajar bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga

sekolah terutamanya murid - murid Sekolah Kebangsaan Perantau Damai di samping sebagai salah satu cara memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan. Melalui program ini juga warga sekolah dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia, bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi serta dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya. Sesungguhnya program ini dapat memanfaatkan semua pihak sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Program ini dapat memberikan pendedahan kepada saya bagaimana membentuk kerjasama guru-guru dalam mengendalikan sesuatu program yang agak besar. Sememangnya program ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana agak sukar bagi memberikan kepuasan kepada semua. Saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman bermakna bermula daripada perancangan, pelaksanaan dan selepas pelaksanaan projek.

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Program ini juga dapat mencungkil bakat dan potensi murid-murid melalui pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Contohnya melalui pertandingan sajak dan pertandingan lagu patriotik. Melalui pertandingan melukis dan mewarna pula kreativiti murid akan terserlah. Ini akan memudahkan guru mencari bakat - bakat baru bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain daripada itu , Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dengan pihak pentadbiran, guru dengan guru, serta guru dengan murid kerana sepanjang pelaksanaannya kami saling bekerjasama memastikan segala perancangan berjalan lancar. Setiap permasalahan juga kami atasinya bersama. Secara tidak langsung silaturrahim antara kami terjalin erat.

3.2

Kelemahan Projek

Kekangan masa merupakan masalah utama dalam pelaksanaan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Keratong 10. Ini kerana program ini merupakan salah satu program besar sekolah dan perlu dilaksanakan pada 3 peringkat iaitu pramerdeka ( bermula bulan Ogos ), sambutan kemerdekaan ( 30 Ogos ) dan majlis penutupan kemerdekaan 16 September 2013 mengikut takwim sekolah. Sudah semestinya ia memerlukan perancangan yang rapi kerana melibatkan masa dan waktu pengajaran dan pembelajaran. Dari segi murid pula, masa agak suntuk bagi mereka mempersiapkan diri dalam pertandinganpertandingan yang bakal disertai seperti Pertandingan Pakaian Beragam,

Pertandingan sajak , Persembahan Kemerdekaan, Basikal Berhias dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahawa sumber kewangan merupakan perkara yang paling penting dalam memastikan kejayaan sesuatu program. Tanpa peruntukan yang mencukupi, adalah agak mustahil sesuatu program itu akan berjalan dengan lancar. Dalam pelaksanaan program ini, kami memerlukan kewangan yang agak banyak

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

bagi menampung pelbagai aktiviti yang telah dirancang seperti penyediaan banner, hadiah-hadiah, backdrop, jamuan untuk murid, jemputan, dan ibubapa serta perbelanjaan lainnya. Saya telah menggunakan dana kewangan dari Unit Kokurikulum, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Pendidikan Seni Visual untuk menampung perbelanjaan projek. Sekolah Kebangsaan Keratong 10 mempunyai jumlah murid seramai 206 orang dan peruntukan setiap panitia adalah terhad berdasarkan jumlah murid.

4.0

Cadangan Penambahbaikan

Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan iaitu membuat perancangan lebih awal lagi bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan perlulah sentiasa memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut takwim sekolah. Perancangan awal dapat memastikan setiap program berjalan lancar dan sebarang permasalahan

dapat diatasi dengan segera. Murid-murid pula dapat membuat persiapan awal dalam setiap aktiviti atau pertandingan yang bakal disertai.

Setiap Panitia yang terlibat perlu bekerjasama dalam pengendalian sesuatu projek sekolah dan peruntukan kewangan hendak dikongsi bersama agar tidak berlaku ketidakpuasan hati. Perbincangan bersama dapat mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi. Dari segi kewangan pula, pihak pengurusan perlulah membuat anggaran belanjawan mengurus dengan lebih berhemah bagi memastikan setiap program yang bakal dilaksanakan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Penyelaras program juga boleh meminta sumbangan daripada lain- lain sumber seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG ), Kelab Guru, dan sebagainya. Di samping itu juga, penyelaras program perlulah membuat agihan perbelanjaan mengikut jumlah wang yang diperuntukkan dan memastikan perbelanjaan tidak

melebihi sejumlah wang tersebut.

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

5.0

KESIMPULAN

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 yang telah diadakan oleh pihak sekolah merupakan satu langkah positif dan perlu dilaksanakan ke arah

mewujudkan situasi kemerdekaan di samping mendedahkan murid -murid tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan. Kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 55 tahun bukanlah datang secara percuma. Pengorbanan,

semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, untuk membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.

Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan diharapkan dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara yang tercinta. Tidak lupa jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sekian terima kasih.

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Galeri Foto Pra Sambutan Kemerdekaan

Tayangan Video Kemerdekaan

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Sambutan Kemerdekaan ( 30 Ogos 2013 )

Ucapan Wakil Guru Besar ( Perutusan Kemerdekaan)

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Majlis Penutupan Kemerdekaan


Ucapan Penutupan GPK Pentadbiran ( En.Mat Saad bin Yusoff )

Persembahan Sajak Merdeka

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Persembahan Lagu Patriotik

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Persembahan Koir Merdeka

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Persembahan Basikal dan Pakaian Merdeka

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Majlis Penyampaian Hadiah

PROJEK INTERNSHIP GURU PGSR IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

Anda mungkin juga menyukai