Anda di halaman 1dari 19

Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 November 2010

(ACIS) Ke - 10
BRUNEI DARUSSALAM NEGARA ZIKIR:
HASRAT SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
*


Oleh
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman
**



ABSTRAK

Kertas kerja ini mengetengahkan hasrat Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk menjadikan
Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir. Kertas ini menyingkap usaha-usaha yang telah, sedang,
dan akan dilaksanakan oleh Brunei dalam merealisasikan hasrat ini. Hasil daripada kajian ini,
Brunei boleh dianggap sebagai sebuah Negara Zikir berdasarkan tindakan yang telah dan sedang
dibuat. Brunei boleh menjadi rol model kepada negara lain dalam meninggikan kalimah Allah di muka
bumi ini dengan melihat contoh-contoh yang dipaparkan. Mengiktiraf Brunei sebagai sebuah Negara
Zikir boleh menghalang sebarang cubaan untuk menggugat Agama Islam yang sudah lama bertapak di
Brunei semenjak Sultan Brunei pertama lagi.


PENDAHULUAN
Gabungan dua kata Negara Zikir lahir dari petikan Titah Perutusan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin
Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
1
sempena sambutan Hari Raya Aidil
Adha tahun 1428H / 2010M. Baginda bertitah menyatakan keazaman untuk menjadikan
Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir:

Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha
Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin
kebiasaan. Kerana itu Allah pun dengan rahmat-Nya memalingkan kita dari
sebarang kesusahan dan bencana dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan
keamanan.


*
Kertas kerja ini dibentangkan di Annual Conference on Islamic Studies (ACIS) ke-
10 Tahun 2010 dengan tema utama Menampilkan Kembali Islam Indonesia (Nusantara)
pada 1-5 November 2010 di Hotel Arum Banjarmasin Kalimantan Selatan.
**
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman (MA) Pensyarah Fakulti Usuluddin,
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam.
1
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Saadul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selepas ini
digunakan KDYMM Sultan.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

67
Beta, insya Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah
Negara Zikir yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam
perhatian dan pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya di dalam Surah al-Baqarah
ayat 152, tafsirnya: Kamu ingati aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula.
2


Oleh itu, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menyelami setakat mana hasrat dan
keazaman suci KDYMM Sultan untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah
Negara Zikir dengan melihat apa yang telah terlaksana, yang sedang dilakukan dan akan
dibuat. Sebelum itu, mari kita mengetahui bersama apakah yang dimaksudkan dengan
Negara Zikir itu.


PENGERTIAN NEGARA ZIKIR

Bertolak dari titah KDYMM Sultan di atas, banyak para ulama dan para sarjana
cuba memahami dan mendefinisikan dua pasangan perkataan yang unik dan penuh
berhikmah itu.
Bermula dengan mengadakan Majlis Ilmu 2008 yang bertemakan Menghayati
Negara Zikir pada 26 Julai hingga 06 Ogos 2008 di Pusat Persidangan Antarabangsa,
Negara Brunei Darussalam, antara lain bertujuan sebagai wadah perbincangan untuk
mengupas maksud atau istilah Negara Zikir. Hasil daripada majlis itu, maka resolusi
Seminar Negara Zikir, Majlis Ilmu 2008 telah mentakrifkan Negara Zikir seperti yang
berikut:

Negara Zikir dalam makna mengingat dan menyebut Allah, bermaksud mentaati
suruhan dan tegahan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan tidak mengkufuri-Nya,
dengan ilmu dan keyakinan, didorong oleh keimanan dan ketakwaan kepada-Nya
sebagai syarat utama untuk mendapat kurnia Allah yang berupa kemakmuran hidup,
keamanan dan ketenteraman serta kesejahteraan yang berpanjangan.
3


Jika kita buka kitab suci al-Quran, Negara Zikir telah diisyaratkan di dalamnya
bahawa penduduk sebuah negeri yang lalai daripada mengingati Allah dengan mengingkari
nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka telah kehilangan nikmat-nikmat
tersebut. Sebaliknya mereka ditimpa kesengsaraan berupa kebuluran dan ketakutan kerana
tiada keamanan serta tiada kesejahteraan.
=4Og4 +.- 1E14` LO4CO~
;e4^ LOE4g`-47 LOELjE;CG`
E_Og>4C E_~^ejO -4EN4O
}g)` ]7 p~4` ;4OEE:

2
Titah Perutusan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena Sambutan Hari Raya Aidil
Adha yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei pada 9 Zulhijjah 1428H bersamaan
dengan 19 Desimber 2007.
3
Resolusi Seminar Negara Zikir, Majlis Ilmu 2008, para 1.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

68
Nu^) *.- E_~O
+.- "E4:g ;vO^-
OEC^-4 E) W-O+^
]ON4L4C ^g

Dan (berhubung Dengan hal kaum Yang kufur ingkar) Allah memberikan satu
contoh: sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang
mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat
Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi
keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
(Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned mentakrifkan Negara Zikir adalah negara
yang berorientasi dan berpaksikan zikir: Siasahnya siasah zikir, ekonominya ekonomi zikir,
sosialnya sosial zikir dan pertahanannya pertahanan zikir.
4

Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman
5

juga mentakrifkan Negara Zikir ialah negara Islam yang berpegang teguh kepada ajaran
Islam, mengamalkan dan menghayatinya dari segi akidah, syariah dan akhlaknya.
6

Ringkasnya, Negara Zikir adalah sebuah negara Islam yang pemimpin dan
rakyatnya sentiasa ingat Allah dalam melaksanakan semua hal kehidupan berlandaskan Al-
Quran dan Al-Sunnah.

PERLAKSANAAN KE ARAH NEGARA ZIKIR
Setelah penjelasan maksud Negara Zikir telah difahami, kertas kerja ini suka
membawa pembaca untuk sama-sama melihat secara ringkas mengenai sejarah Brunei
sebagai sebuah negara Islam dari Sultan pertamanya lagi apakah yang telah dilaksanakan
oleh Sultan-Sultan Brunei dalam merealisasikan Brunei adalah Negara Zikir.

Sultan Muhammad Shah (TM
7
1363-1402)
Baginda ialah Sultan Brunei yang pertama. Sebelum Islam, Baginda bernama Awang
Alak Betatar. Selaku seorang sultan, sudah tentu menjadi ikutan dan contoh kepada
pembesar dan rakyatnya. Maka ramailah rakyat Baginda yang memeluk Islam kerana
Baginda. Sejarawan Brunei, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.)
Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji
Awang Umar menyebutkan:

4
Juned, Abdul Aziz (2008) Negara Zikir Kertas Perdana Seminar Majlis Ilmu 2008,
hlm. 5.
5
Menteri Hal Ehwal Ugama semenjak 29hb. Mei 2010 hingga sekarang.
6
Pengiran Haji Abd. Rahman, Pengiran Haji Mohammad (Dato Seri Setia Dr.)
(2008) Merealisasikan Negara Zikir Melalui Pendidikan Kertas Kerja Seminar Negara Zikir
Majlis Ilmu 2008, hlm. 3.
7
TM maksudnya tahun memerintah.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

69
Ramailah rakyat dan penduduk mengikut jejak langkah Baginda memeluk agama
Islam, terutama para pembesar diraja Brunei.
8


Salasilah raja-raja Brunei versi Datu Imam Yaakub telah menyebut:

yang pertama kerajaan di Negeri Brunei membawa agama Islam dan mengikut
syariat Nabi kita Muhammad shallallahu alaihi wasallam iaitu Paduka Seri Sultan
Mohammad dan saudaranya Sultan Ahmad.
9


Sultan Sharif Ali (TM 1425-1432)
Sultan Brunei yang ke-3 dan dinamakan Paduka Seri Sultan Berkat, pancir salasilah
Sayyidina Hasan cucunda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.


Antara petunjuk zahir Baginda itu berpegang teguh kepada akidah Islam ialah:
a. Kuat beribadat
b. Mempunyai berkat
c. Menguatkan syariat Islam
d. Mula-mula membangunkan masjid di Brunei
e. Menentukan arah kiblat
f. Rakyat Baginda tidak dibenarkan memakan daging khinzir
g. Berkhutbah dan menjadi Imam sembahyang jumaat dan lain-lain.

Salasilah raja-raja Brunei versi Datu Imam Yaakub menyebutkan Baginda itu
sebagai:

Sharif Ali itulah kerajaan yang dinamakan akan dia Paduka Seri Sultan Berkat
dan dialah mengeraskan Syariat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan berbuat
masjid.
10


Sultan Abdul Kahar (TM 1524-1530)
Sultan Brunei yang ke-6. Antara petunjuk zahir Baginda itu berpegang teguh
kepada Agama Islam ialah:
Digelar Marhum Keramat kerana kewarakan dan kuat
beribadat.
11

Brunei menjadi pusat perkembangan Islam dan lain-lain.
12


8
Mohd. Jamil Al-Sufri (2007), Brunei Darussalam Negara Melayu Islam Beraja, Bandar
Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei, hlm. 23.
9
Sweeney, P. L. Amin (1986). Salasilah Raja-Raja Brunei, Jornal of The Malaysian
Branch Royal Asiatic Society, Vol. XL1 Part 2, December 1986, hlm. 11.
10
ibid, hlm. 11.
11
ibid, hlm. 12.
12
Mohd. Jamil Al-Sufri, op. cit., hlm. 44-45.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

70

Sultan Saiful Rizal (TM 1533-1581)
Sultan Brunei yang ke-7. Antara petunjuk zahir Baginda itu berpegang teguh
kepada ajaran Islam ialah memperkenalkan adat pengantin perempuan bertutup muka
semasa istiadat bersanding.
13
Baginda juga menolak total keinginan Sepanyol untuk
mengembangkan kristian di Brunei.
14

Sultan Muhammad Hasan (1582-1598)
Sultan Brunei yang k-9. Antara petunjuk zahir Baginda itu berpegang teguh dengan
ajaran Islam serta kuat akidahnya ialah Baginda telah mengemaskan undang-undang Islam
dengan memperbaiki isi Hukum Kanun Brunei berdasarkan ajaran Islam.
15

Hukum Kanun Brunei mengandungi 47 fasal dan diperkirakan lebih kurang 29 fasal
daripadanya mengandungi unsur-unsur Islam.
16

Walaupun peruntukan-peruntukannya ringkas tetapi meliputi bidang yang luas
termasuk undang-undang jenayah hudud, qishash dan tazir, undang-undang muamalah,
undang-undang keluarga termasuk pinang-meminang, nikah, cerai, fasakh. Daripada
kenyataan ini adalah jelas yang Hukum Kanun Brunei adalah berdasarkan hukum syara.
17

Sultan Abdul Jalilul Akbar (TM 1598-1659)
dan Sultan Abdul Jalilul Jabbar (TM 1659-1660)
Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah Sultan Brunei yang ke-10. Baginda juga seorang
sultan yang kuat Islamnya dan teguh akidahnya. Sebagai bukti, Brunei terus diperintah
berdasarkan undang-undang Islam dan Hukum Kanun Brunei. Malah Baginda telah
mewasiatkan supaya anakandanya Sultan Abdul Jalilul Jabbar, Sultan Brunei ke-11, terus
melaksana dan menguatkannya, sebagaimana Baginda berwasiat antara lain:

Apa-apa hal negeri bermuafakat dengan wazir, ceteria, menteri semuanya, serta
sekelian sanak saudara, dan apa-apa hukumnya ialah keempat wazir serta ceteria,
memberi kapit anakanda-anakanda, serta istiadatnya mengikut undang-undang
kanun, resam dan syara.
18


Malah selepas zaman Sultan Abdul Jalilul Jabbar, pegangan agama dan akidah para
Sultan Brunei tetap terus kukuh dan kuat dilaksanakan berdasarkan Hukum Kanun Brunei.


13
Serudin, Muhammad Zain (1996), Brunei Sebuah Negara Islam: Latar Belakang
Keislamannya, Gadong: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, hlm. 147.
14
Mohd. Jamil Al-Sufri, Ketahanan dan Kesinambungan Brunei dari Perspektif
Sejarah, Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei, hlm. 14.
15
Serudin (1996), op. cit., hlm 148.
16
Pengiran Haji Abd. Rahman, Pengiran Haji Mohammad, Kemasukan Islam ke
Negara Brunei Darussalam dan undang-undangnya, hlm 38.
17
Awang Othman, Mahmud Saedon (1996), Perlaksanaan dan Pentadbiran Undang-
undang Islam di Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei, hlm. 24.
18
ibid, lihat nota kaki (28) dan (30).
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

71
Sultan Abdul Momin (TM 1852-1885)
Sultan Brunei yang ke-23. Baginda adalah sultan yang berpegang teguh kepada
ajaran Islam dengan melaksanakan hukum hudud. Ini dibuktikan oleh catatan Sir William
Hood Treacher (1849-1919), Pemangku Konsul General British, yang buat julung kalinya
datang ke Brunei dalam tahun 1871 Masihi, telah mencatatkan bahawa undang-undang
Brunei pada waktu itu adalah undang-undang yang berasal dari al-Quran.
Beliau dalam catatannya juga menyebutkan tentang beberapa orang pencuri telah
berjaya mencuri beberapa jenis barang termasuk sebuah jam tangan emas dan selaras
senapang daripada kapal perang British yang berlabuh di Sungai Brunei. Dalam
pertemuannya dengan Sultan Brunei, Sultan Abdul Momin, W.H. Treacher telah
menceritakan kejadian malang ini, dan kepadanya amatlah jelas bahawa Baginda Sultan
murka apabila mendapat aduan tersebut.
Beberapa hari kemudian setelah W.H. Treacher berlepas ke Labuan, barang-barang
curian tersebut telah dikembalikan semula kepadanya oleh Sultan Brunei dengan disertakan
sepucuk surat yang menyatakan bahawa tiga orang terlibat dalam kejadian itu semuanya
telah ditangkap dan dijatuhi hukuman potong tangan.
19

Dalam peristiwa lain, disebutkan juga oleh W. H. Treacher dalam catatannya,
bahawa beliau pernah menyaksikan hukuman bunuh dijalankan ke atas seorang penjenayah
di Brunei bernama Maidin. Kesalahan penjenayah adalah merompak, merampas harta
benda dan membunuh beberapa orang peniaga yang berulang alik dari Labuan ke Brunei.
Maidin ini bermaharajalela selama dua tahun sebelum dapat ditangkap dan dijatuhi
hukuman bunuh dengan tali yang dijerutkan ke lehernya.
Tujuan hukuman bunuh ini ditunjukkan kepada W. H. Treacher ialah supaya orang
putih ini tahu, bahawa hukuman tersebut adalah betul-betul dilaksanakan dan bukannya
olok-olok, sekali pun Maidin ini anak kepada seorang pembesar Brunei yang disayangi oleh
Sultan Brunei. Hukuman bagi kesalahan yang sama pada masa itu ada juga dengan
menggunakan keris.
20



Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III (TM 1950-1967)
Sultan Brunei yang ke-28 ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang, juga seorang
sultan yang kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam dan memperkembangkannya di
pelbagai sudut termasuk pentadbiran, pendidikan dan sosial terutama sekali menjadikan
agama Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Negeri Brunei tahun 1959.
Berikutnya disenaraikan secara ringkas contoh-contoh usaha Baginda dalam
memartabatkan Islam di Negara Brunei Darussalam:
Tahun 1950, Kerajaan Baginda menghantar anak-anak Brunei pertama ke
Sekolah Arab al-Junid Singapura. Ini bertujuan mendidik anak Brunei boleh
berbahasa Arab sekaligus dapat mentalaah kitab-kitab agama Islam dalam
bahasa Arab dan bertujuan melahirkan ulama dan cendikiwan yang

19
Treacher, W.H. (1891), British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North
Borneo, Singapore: The Government Printing Department, hlm. 28.
20
ibid, hlm. 29.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

72
berkelebar. Terbukti ketika ini, Kebanyakan dari mereka yang telah dihantar
ke sekolah berkenaan, telah menjadi ulama besar dan pakar rujuk dalam
bidang Agama Islam di Negara Brunei Darussalam.
Tahun 1954, Baginda berkenan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Ugama.
Pada peringkat awalnya disebut sebagai Jabatan Hal Ehwal Ugama, Adat
Istiadat dan Kebajikan.
Tahun 1955, Baginda berkenan melantik dua orang Pegawai Ugama dari
Kerajaan Negeri Johor Tuan Haji Othman bin Haji Muhammad Said dan
Tuan Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Qadi Segamat Johor, untuk
mendapatkan syor dan pandangan mereka mengenai Pelajaran Ugama Islam
di Brunei supaya bertambah-tambah bagus dan sesuai dengan peredaran
masa.
21

Tahun 1956, Kerajaan Baginda menghantar anak-anak Brunei pertama ke
Kolej Islam Klang Malaya bertujuan meningkatkan lagi pendidikan mereka
dalam bidang Agama Islam.
Tahun 1956, Kerajaan Baginda menubuhkan sekolah-sekolah ugama. Untuk
itu Baginda memberi titah nasihat: Maka saya dengan sukacita mengingatkan atau
menasihatkan rakyat-rakyat negeri ini hendaklah dihantar anak-anak ke sekolah
ugama belajar ugama, sama ada anak lelaki atau perempuan, maka dari kecil eloklah
dilatih dan diasuh serta dikuatkan mengamalkan apa-apa suruhan ugama dan
menjauhkan apa tegahannya.
22

Tahun 1958, Masjid Omar Ali Saifuddien yang indah dan cantik di ibu negara
dibuka secara rasmi.
Tahun 1959, menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara dalam
Perlembagaan Negeri Brunei.
23
Allahu Akbar.
Tahun 1962, Baginda melantik Haji Ismail Omar Abdul Aziz menjadi Mufti
Kerajaan selama tiga tahun. Beliau adalah mufti kerajaan pertama Negara
Brunei Darussalam.
Tahun 1965, Baginda berkenan mengasaskan Sekolah Menengah Arab Laki-
Laki Hassanal Bolkiah.
Tahun 1966, Baginda berkenan mengasaskan Sekolah Ugama Arab
Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Tahun 1984 bertepatan jam 12.01 pagi, Baginda mengepalai laungan Takbir:
Allahu Akbar sebanyak tiga kali untuk mengiringi pemasyhuran kemerdekaan
Negara Brunei Darussalam. Laungan ini unik sebagai tanda kita menjawat

21
Penyata Lawatan Pegawai-Pegawai Ugama Negeri Johor ke sekolah-sekolah
Melayu dan Ugama pada tahun 1955.
22
Mukadimah kertas kerja A Pandangan dan sikap KHEU berhubung dengan
cadangan untuk menempatkan sekolah-sekolah kerajaan termasuk sekolah ugama di bawah
Kementerian Pendidikan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
23
Surat Perlembagaan Negeri Brunei 1959 (1962 & 1977), Bandar Seri Begawan: S. M.
Buse, Penchetak Kerajaan, Bab 3(1), hlm. 32.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

73
kurnia Allah berupa kemerdekaan itu. Berkemungkinan, ini adalah julung-
julung kali di dunia orang menyambut kemerdekaan dengan takbir. Biasa kita
tahu dan dengar orang menyambutnya cuma dengan pekikan merdeka saja.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Setelah menurunkan diri dari takhta kerajaan tahun 1967 dan menyerahkan
pemerintahan Brunei kepada anakanda Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Baginda sentiasa mendorong dan membantu anakandanya terus berpegang dengan
ajaran Islam dan memperkembangkannya. Baginda lindung pada tahun 1986.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah (TM 1967 Sekarang)
Sultan Brunei yang ke-29 menaiki takhta pemerintahan pada hari Khamis 1 Rejab
1387H bersamaan dengan 5 Oktober 1967M. KDYMM Sultan dalam mengemudi Negara
Brunei Darussalam sentiasa mengarah kepada Islam. Di dalam masa pemerintahan
Bagindalah berbagai perkara telah dan sedang dilaksanakan sebagai merealisasikan
kehendak-kehendak Negara Zikir. Ini dapat dilihat seperti contoh-contoh berikut,
antaranya:
Membaca Al-Quran Sebelum Memulakan Tugas
KDYMM Sultan adalah seorang pemimpin yang cintakan Al-Quran dan
mahukan seluruh rakyatnya yang beragama Islam celik Al-Quran. Baginda
KDYMM Sultan pernah bertitah di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi
tahun 1412/1992 supaya pegawai kerajaan menjadikan tabiat melazimkan diri
masing-masing untuk membaca Al-Quran, walaupun setakat beberapa ayat pada
tiap-tiap hari sebelum memulakan tugas dan pekerjaan masing-masing. Baginda
KDYMM Sultan menjelaskan tujuannya ialah agar dengan berkat al-Quran itu,
apa juga tugas dan khidmat pegawai dan kakitangan kerajaan untuk Negara
Brunei Darussalam akan sentiasa terpimpin oleh petunjuk dan hidayat Allah.
24

Alhamdulillah, hasrat KDYMM Sultan ini telah dan sedang diamalkan di semua
peringkat, sama ada di peringkat kementerian, jabatan, unit atau bahagian di
seluruh sektor perkhidmatan awam.
Penerbitan Mushaf Brunei Darussalam
Di zaman pemerintahan KDYMM Sultan, negara ini jolong-jolong kali
mempunyai mushaf sendiri yang dikenali sebagai Mushaf Brunei Darussalam
yang telah dilancarkan pada 3hb. Oktober 1992 dan diagih-agihkan kepada
rakyat Brunei yang beragama Islam.
Al-Quran sebagai Ganti Cokmar Universiti Brunei Darussalam
Semenjak Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam pertama hingga
ke-7, cokmar dijadikan simbol dalam perarakan Majlis Konvokesyen tersebut
sehinggalah titah perintah dan kehendak KDYMM Sultan sendiri yang mahukan
cokmar itu ditukar dengan Mushaf Al-Quran tulisan tangan, atas asas, Al-
Quranlah yang patut di highlight sebagai sumber ilmu, lambang ketinggian ilmu
dan bahkan sumber segala-galanya yang menjadi suluh hidup di dunia dan

24
Lihat titah KDYMM Sultan sempena menyambut Nuzul al-Quran pada 22hb.
Mac 1992.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

74
akhirat. Maka mulai dari Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam
yang ke-8 pada 28 September 1996, mushaf al-Quran yang dikenali sebagai
Mushaf Universiti Brunei Darussalam telah digunakan menggantikan cokmar
Universiti Brunei Darussalam. KDYMM Sultan sendiri yang telah memulakan
penulisan mushaf ini dengan menulis ayat Basmalah dalam surah al-Fatihah.

Sekarang ini, ada dua mushaf lagi yang sedang proses pelaksanaannya
yang juga akan digunakan sebagai lambang perarakan konvokesyen di kedua
buah universiti iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Pengharaman Arak (Minuman Keras)
Kertas kerja ini tidak akan membicarakan tentang bahaya dan
kemudaratan arak kerana ini telah jelas dan difahami oleh semua orang sama ada
bukan orang Islam apatah lagi orang Islam.
Langkah Kerajaan Brunei yang dipimpin oleh KDYMM Sultan adalah
langkah bijak dan rakyat Brunei wajib bersyukur di atas kebijaksanaan KDYMM
Sultan dengan mengharamkan penjualan, pengedaran dan sebagainya yang
berkaitan dengan arak. Sebelum pengharaman secara total, kerajaan Brunei
secara peringkat-peringkat melaksanakan pengharaman ini. Bermula tahun
1988, arak diharamkan dihidang di dalam penerbangan Diraja Brunei (RBA).
Diikuti pada tahun 1990, arak diharamkan di kelab-kelab Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei dan Polis Diraja Brunei. Sehinggalah tahun 1991, arak diharamkan
sama sekali sama ada dijual, diedarkan, dipamerkan dan dihidangkan di dalam
Negara Brunei Darussalam.
Pada bulan Mac tahun ini 2010, dalam Majlis Mesyuarat Negara, berlaku
percubaan untuk membuka ruang kemasukan arak di Brunei. Tetapi dengan izin
Allah jua, Menteri Hal Ehwal Ugama ketika itu, Pehin Jawatan Luar Pekerma
Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin
25

menolak usul salah seorang ahli Parlimen supaya zon khas jual beli arak
diwujudkan untuk pelancong bukan Islam di Negara Brunei Darussalam. Yang
dimuliakan Pehin menegaskan, andai ia [zon alcohol] diwujudkan, Brunei yang
mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. Katanya lagi: Yang
paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang
melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini [Brunei]. Pelancong
yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh
mandi arak. Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran,
kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran, tegasnya.
26
Allahu Akbar.

25
Memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ugama dari 21hb. Oktober 1986 hingga
29hb. Mei 2010. Menteri Hal Ehwal Ugama sekarang ialah Yang Berhormat Pg Dato Seri
Setia Dr Hj Mohammad bin Pg Hj Abdul Rahman.
26
The Brunei Times, 23hb. Mac 2010.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

75
Sepanjang pengharaman minuman keras masuk ke Negara Brunei
Darussalam, banyak percubaan untuk menyeludup masuk minuman tegahan ini
tetapi Alhamdulillah, Kerajaan Brunei melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
dibantu oleh Pasukan Polis Diraja Brunei berjaya mematahkan sebarang
penyeludupan minuman keras. Kesedaran orang ramai memberikan maklumat
sebarang penyeludupan ini juga membantu pencegahan ini. Bukan sahaja pihak
Kerajaan yang ingatkan Allah bahkan orang ramai juga adalah mereka yang
tergolong di antara orang-orang yang sentiasa zikrullah. KDYMM Sultan dalam
titahnya menyebutkan:
Kalau dahulu arak pernah beredar di negara kita, di daratan mahu pun di udara,
sekarang Alhamdulillah, arak sudah menjadi barang terlarang dan haram di negara yang
kecil mongel ini. Namun dalam pada itu pun, Penerbangan RBA masih sahaja tetap laku,
dan semua kalangan dan peringkat.
27


Pengendalian Qanun Jinai Islam (Islamic Criminal Act)
Bersempena menyambut dan merayakan Hari Keputeraan KDYMM Sultan ke
50 tahun di Istana Nurul Iman pada 28 Safar, 1417 bersamaan 15 Julai 1996,
Baginda telah menitahkan dengan perasaan yang bulat terhadap peraturan dan
undang-undang Allah. Baginda telah memperkenankan penubuhan Mahkamah-
Mahkamah Syariah sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya bagi menangani
bukan sahaja pentadbiran undang-undang keluarga, malahan juga di ketika yang
sesuai dan munasabah akan juga mengendalikan Qanun Jinai Islam yang
selengkapnya sesuai dengan kehendak Islam. Penubuhan Mahkamah dan
perlaksanaan kanun berkenaan jelas membuktikan keyakinan yang penuh
Negara Brunei Darussalam terhadap hukum Allah, di mana peraturan dan
undang-undang Allah itu jauh lebih sesuai dan sempurna daripada undang-
undang dan peraturan yang dibuat oleh manusia sendiri.
28

Membenteras Ajaran-Ajaran Sesat
Sepanjang pemerintahan KDYMM Sultan, Kerajaan Brunei telah berjaya
membenteras ajaran-ajaran sesat yang bercanggah dengan ajaran Islam tulin. Di
antara ajaran sesat yang telah diharamkan oleh Kerajaan Brunei ialah:
a) Qadiani: telah difatwakan terkeluar dari ajaran Islam pada tahun 1970;
b) Bahai: diharamkan pada tahun 1979;
c) Tarekat Mufarridiyyah: pengamalnya difatwakan kufur dan sesat pada
tahun 1979.
d) Silat Lintau: difatwakan sesat dan kufur pada tahun 1980.
e) Al-Arqam: Ajaran ini telah diharamkan kewujudannya secara rasmi di
Negara Brunei Darussalam oleh Majlis Ugama Islam pada tahun
1991;

27
Titah KDYMM Sultan di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun
1416H/1996M.
28
Lihat titah KDYMM Sultan bersempena Hari Keputeraan yang ke-50 tahun pada
15 Julai 1996.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

76
f) Tarekat Abdul Razak: diharamkan pada 22 Januari 1994.
29

Dalam kerajaan, Unit Kawalan Akidah di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah bertanggungjawab memantau anasir-anasir
ajaran sesat di Negara Brunei Darussalam termasuk dalam perbomohan dan
sebagainya.
Baginda menegaskan bahawa Agama Islam di Brunei adalah bersendikan
kepada ajaran Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Titah Baginda di Pemashhoran
(Pemasyhuran) Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1hb. Januari 1984:

Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia
Allah Subhanahu Wataala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi
sebuah Negara Melayu Islam Beraja, Berdaulat dan Demokratik bersendikan
kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahlis Sunnah Wal Jamaah
30


Peraturan Pakaian Pegawai/Kakitangan Kerajaan
Menurut peraturan pakaian bekerja rasmi bagi pegawai dan kakitangan wanita
adalah hendaklah berpakaian kemas dan sopan iaitu pakaian yang menutup
aurat.
31
Ini bertujuan memelihara wanita daripada diganggu terutama semasa
dalam bekerja dan juga untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
kerana mentaati perintahNya.
Pakaian Paramugari dan Doa Safar dalam Penerbangan Diraja Brunei
KDYMM telah bertitah melahirkan hasrat baginda bagi perubahan pakaian
kakitangan dan memperkenalkan Doa Safar (doa pelayaran) di setiap
penerbangan dalam Penerbangan Diraja Brunei.
32
Hasrat baginda ini telah
dilaksanakan oleh pihak Penerbangan Diraja Brunei dengan setiap kali sebelum
penerbangan, Doa Safar akan dibacakan dan dipaparkan menerusi televisyen di
dalam pesawat. Ciri-ciri pakaian paramugari adalah memakai tudung walaupun
setakat ini belum lagi 100% menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam. Dari
itu pihak berkenaan perlu merealisasikan hasrat KDYMM Sultan ini.
Barangan Halal
KDYMM Sultan bertitah sempena Hari Keputeraan baginda ke-51 tahun pada
15 Julai 1997, menegaskan betapa perlunya langkah-langkah diambil bagi
mempastikan barang gunaan, makanan dan minuman khasnya daging-daging
import yang sedang beredar di pasaran di Negara Brunei Darussalam terkawal
dari segi kehalalannya. Bertolak dari titah yang bijaksana ini maka pada tahun
1999, Aturan-aturan daging halal mula dikuatkuasakan. Manakala pada 1 Ogos
2008, Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 telah dikuatkuasakan.

29
Lihat Awang Othman, Mahmud Saedon et al. (2002), Ajaran Sesat di Negara Brunei
Darussalam: Satu Tinjauan, Bandar Seri Begawan: Pusat Dawah Islamiah, hlm. 95-167.
30
Titah Pemashhoran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam 1984.
31
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil. 8/1996.
32
Lihat titah KDYMM Sultan di Majlis Sambutan Nuzul al-Quran bagi tahun
1416H/1996M.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

77
Di Negara Brunei Darussalam, kemudahan diberikan kepada orang-
orang Islam untuk mengetahui mana restoran yang menyediakan makanan halal
dan tidak halal. Oleh itu, kita dapati di restoran-restoran yang tidak halal
makanannya menurut syara telah diletakkan label: Bukan Makanan untuk
orang-orang Islam. Sementara restoran yang tidak berlabel begini adalah
menyediakan makanan halal.
Kita juga dapati di gedung-gedung perniagaan yang menjual makanan
telah menyediakan bilik khas untuk makanan yang tidak halal bagi keperluan
orang-orang bukan beragama Islam.
Membesarkan Hari-Hari Kebesaran Islam
KDYMM Sultan memerintahkan dan mensarankan supaya hari-hari kebesaran
Islam seperti Awal Tahun Hijrah, Israk Mikraj, Nuzul Al-Quran, Maulud
(Maulid) Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam, Hari Raya Fitrah dan Hari
Raya Korban disambut dengan cara besar-besaran.
33

Pendidikan Agama
KDYMM Sultan amat mementingkan pendidikan Agama Islam di
Negara Brunei Darussalam. Pada awal tahun ini 2010, Baginda mewajibkan
setiap anak orang Islam bersekolah di sekolah agama. Tindakan telah diambil
oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang
bertanggungjawab menunaikan hasrat baginda untuk mempastikan setiap anak
orang Islam dihantar ke sekolah-sekolah agama di seluruh negara.
Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 atau SPN21 turut ditegur oleh
KDYMM Sultan hanya semata-mata niat ikhlas baginda memartabatkan subjek
Agama Islam di dalam kurikulum pendidikan di Negara Brunei Darussalam.
Antara lain baginda bertitah:
Beberapa bulan yang lepas kita sibuk dengan sambutan [sistem]
pendidikan negara abad ke 21 SPN21 macam-macam pendekatan orang
mengenainya termasuk yang memujinya tetapi apabila beta teliti terdapat
satu kepincangan yang ketara, beta dapati subjek teras (compulsory core)
ada empat semuanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematic dan
Sains. Beta cari mana dia subjek Ugama IRK (Islamic Religious
Knowledge atau Pelajaran Ugama Islam) rupa-rupanya ia duduk bersama
dalam satu kelompok dengan subjek-subjek lain terutama subjek muzik
dan drama. Subjek-subjek ini diberi status sebagai wajib pelengkap
(compulsory complimentary.) Sungguh mengejutkan! Subjek ugama
diduduk bersama-sama subjek muzik dan drama. Mengapa ia tidak
bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematic dan
Sains sebagai teras? Mengapa Bahasa Melayu subjek teras? Barangkali
kerana ia disebut dalam Perlembagaan [Negeri Brunei 1959] sebagai
bahasa rasmi. Kalau inda alasannya, apakah kurangnya Ugama Islam?
Ia juga rasmi dalam Perlembagaan [Negeri Brunei 1959]. Malah hemat

33
Lihat titah sempena Sambutan Maulud Nabi Shallallahu alaihi wasallam pada 12
Rabiulawal 1411 bersamaaan 10 Oktober 1990.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

78
beta, ia lebih patut jadi teras kerana ia adalah ugama bangsa, ugama dari
Allah yang wajib dipelajari oleh seluruh orang Islam. Jika tidak
dipelajarinya, jadi dosa kepada mereka dan jadi tanggungan kepada
negara. Satu lagi bencananya, subjek ugama disamakan dengan subjek
muzik dan drama. Ia akan dipelajari kalau dirujuk kepada psychology
(sikologi) manusia, subjek muzik dan drama akan lebih kalau lebih
diminati dan lebih laku lebih diminati dan lebih dihayati yang lain-lain,
sementara subjek ugama pula pasti akan ketinggalan di belakang.
Tidakkah ini munasabah dan musibah yang lain? Tidakkah ini
musibah? Tidak akan ada pilihan bagi semua orang melainkan mesti
belajar muzik dan drama, tidak kira anak siapa juga orang ugama
atau pun bukan mesti belajar muzik dan drama dan natijahnya masa
depan Brunei akan jadilah ia pentas muzik dan drama. Di negara lain
belum pernah terjumpa jadi ada satu dua yang mana mewajibkan
muzik dan drama. Tidakkah ini satu bencana atau Di manakah
wawasan kita untuk melahirkan generasi al-Quran kalau diganggu
dengan teruknya oleh muzik dan drama?
34

Menerusi titah Baginda ini jelas betapa perihatinnya Baginda soal
pendidikan Agama Islam di Negara Brunei Darussalam sehingga ia telah
dijadikan subjek teras dalam SPN21. Manakala subjek muzik dan drama telah
dikeluarkan dari SPN21. Allahu Akbar.

Institusi Kewangan Islam
Dalam hal ehwal kewangan Islam, Negara Brunei Darussalam adalah sebuah
negara di rantau Asia Tenggara yang tidak ketinggalan turut mengamalkannya.
Maka pada tahun 1991 Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) ditubuhkan,
seterusnya Islamic Bank of Brunei (IBB) dan Islamic Development Bank of
Brunei (IDBB) ditubuhkan. IBB dan IDBB akhirnya telah digabungkan menjadi
Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pada 10hb. September 2005.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Yayasan ini telah dirasmikan pada 19 Ogos 1996 dan mempunyai bangunannya
yang indah di Bandar Seri Begawan berdekatan dengan Masjid Omar Ali
Saifuddien dan merupakan satu wadah kekal penyediaan amal jariah KDYMM
Sultan yang merupakan jambatan kukuh yang tiada putus-putus atau tiada
roboh-robohnya untuk kebahagiaan di akhirat kelak, insya Allah.
Tegahan Merokok di Tempat Awam
KDYMM Sultan adalah seorang yang sangat perihatin dengan soal kesihatan
rakyatnya. Ini terbukti dengan usaha Kerajaan Baginda menegah merokok di
kawasan bangunan-bangunan kerajaan, tempat-tempat awam seperti hospital,
klinik, restoran, perhentian bas, kawasan membeli-belah, rekreasi, dalam
kenderaan awam seperti bas, teksi dan sebagainya.

34
Titah KDYMM Sultan di Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan pada
13hb. Julai 2009.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

79
Tahun 2002, Seminar Antarabangsa Mengenai Rokok-atau-Sihat (ISToB) telah
diadakan bagi melihat hujjah syara dan alasan saintifik bahayanya rokok dan
merokok. Dalam pelancaran seminar berkenaan KDYMM Sultan bertitah:
Di dalam ekonomi, terdapat banyak alternatif lain, tetapi dalam hal kesihatan dan
nyawa, adakah kita mendapati sebarang alternatif? Jawabnya: Sama sekali tidak ada.
Tidak ada sebarang alternatif lain di dalam perkara kesihatan dan nyawa, melainkan
itulah sahaja satu-satunya yang ada. Jadi persoalan kita sekarang cukup jelas, sama
ada kita mahu survive dengan rokok dalam perkara ekonomi yang masih banyak
alternatif itu, ataupun kita memilih perkara yang tidak ada alternatif langsung iaitu
memelihara kesihatan dan menyelamatkan nyawa?
35

Kesinambungan dari hasil seminar tersebut, Yang Berhormat Mufti Kerajaan
telah menfatwakan bahawa rokok dan merokok itu adalah haram.
36

Perintah Tembakau 2005 telah dikuatkuasakan pada 1hb. Jun 2008.
37
Peniaga
tidak dibenarkan menjual/memberi/membekal produk tembakau kepada
mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Bagi perokok yang ditangkap kerana
merokok di kawasan larangan dikenakan denda B$150 bagi kesalahan pertama,
B$300 bagi kesalahan kedua dan bagi kesalahan seterusnya akan dihadapkan ke
mahkamah dan didenda sehingga B$1,000. Manakala pengurus premis yang
gagal menjalankan tanggungjawabnya di bawah Bab 16 Perintah Tembakau
2005 boleh dikenakan denda sehingga B$2,000 jika sabit kesalahan.
Baru-baru ini dalam tahun 2010, seramai 14 orang dikenakan denda kompaun
B$150 tiap seorang kerana didapati merokok di tempat ditegah merokok di
bawah Bab 14 Perintah Tembakau 2005. Sementara itu, seorang pengurus
sebuah kafe dikenakan kompaun B$300 kerana gagal menjalankan tangungjawab
di bawah Bab 16 Perintah Tembakau 2005 dan membenarkan pelanggan di
restorannya merokok di premis berkenaan.
38


Peraturan Penghantaran pegawai/kakitangan ke Luar Negeri
Titah perkenan KDYMM Sultan melalui Jabatan Perdana Menteri telah
menetapkan garis panduan dalam mempertimbangkan penghantaran
pegawai/kakitangan ke luar negeri sama ada bagi tujuan bertugas, menghadiri
persidangan, mesyuarat atau menghadiri program yang berupa latihan jangka
pendek. Di antaranya:
Tidak menghantar seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai
perempuan yang tiada hubungan mahram secara berduaan sahaja.
Sekiranya tidak dapat dielakkan seorang pegawai lelaki dihantar

35
Titah sempena Majlis Pelancaran Seminar Antarabangsa Mengenai Rokok-atau-
Sihat, 30hb. Rabiulakhir, 1423 bersamaan 11.hb Julai, 2002 di Darulifta Brunei
Darussalam.
36
Juned, Abdul Aziz (2004), Fatwa Mufti Kerajaan, Rokok & Merokok, Bandar Seri
Begawan: Jabatan Mufti Kerajaan, hlm. 84.
37
Warta Kerajaan Negara Brunei Darussalam Bil. S 45.
38
www.polis.gov.bn/14 bertarikh 29hb. Oktober 2010.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

80
bersama dengan seorang pegawai perempuan yang tiada hubungan
mahram, maka hendaklah juga disertai seorang pegawai perempuan yang
lain.
39

Peraturan ini dikuatkuasakan kerana ingau (kekhuatiran) Baginda
terhadap keharmonian institusi rumahtangga rakyat yang boleh memberikan
impak besar kepada negara. Titah Baginda:
Kalau yang dihantar itu seorang diri itu ialah pegawai atu kakitangan
perempuan atau dihantar [bukan] dua orang beradik, seorang lelaki dan
seorang pegawai prempuan yang bukan muhrim (mahram), ini lebih teruk
lagi dari segi ugama. Di manakah Brunei selaku sebuah negara yang
kuat ugama? Tidak mustahil trend yang semacam ini adalah ibarat anai-
anai yang merosakkan kehidupan rumahtangga seseorang yang boleh
menyebabkan orang bercerai-berai atau sekurang-kurang memporak
perandakan rumahtangga mereka yang terlibat.
40


Tangani Wabak Selsema Babi H1N1 dengan Doa dan Zikir
KDYMM Sultan menasihatkan rakyat Baginda supaya menangani wabak
Selsema Babi atau influenza A H1N1 dengan memperbanyakkan doa dan zikir,
antara lain titah Baginda:
Di samping kita menangani wabak ini dengan cara-cara biasa yang
dipandu oleh pihak kesihatan. Kita selaku bangsa yang bertauhid juga
menangani dengan doa, dengan Qunut Nazilah dan sembahyang hajat.
Kita semua tahu cara ini kerana itulah kita membuatnya. Ia merupakan
senjata kerohanian yang sangat-sangat digalakkan oleh ugama. Lagi
banyak doa, banyak berzikir dan banyak sembahyang hajat, lagi
baik.
41

Di bawah ini diperturunkan peristiwa yang berkaitan dengan mendaulatkan Agama
Islam di Negara Brunei Darussalam di zaman pemerintahan KDYMM Sultan:
Tahun 1972, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan diasaskan. Sekarang
dinaiktarafkan menjadi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Tahun 1981, Jawatankuasa mengkaji barang-barang makanan yang dihalalkan
oleh syara dibentuk dan diperkenankan.
42

Tahun 1986, Jabatan Hal Ehwal Ugama dinaiktarafkan menjadi Kementerian
Hal Ehwal Ugama.
Tahun 1989, Institut Pengajian Islam (IPI) diasaskan.
Tahun 1990, Mahad Islam Brunei ditubuhkan.

39
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 11/2009.
40
Titah KDYMM Sultan di Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan pada
13hb. Julai 2009.
41
ibid.
42
Islam di Brunei hlm. 213.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

81
Tahun 1991, Jawatankuasa bertindak kemasukan daging binatang ternakan ke
Negara Brunei Darussalam dibentuk dengan perkenan. Jawatankuasa mengkaji
barang gunaan dan makanan halal dibentuk dengan perkenan. Perbadanan
tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dirasmikan penubuhannya.
Tahun 1992, Mahad Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah diasaskan
dan pada 1 Januari 1993 mula digunakan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal
Bolkiah ditubuhkan pada 5 Oktober 1992 dan pada 19 Ogos 1996 yayasan
tersebut dirasmikan.
Tahun 1994, Jame Asr Hassanil Bokiah mula digunakan secara rasmi dan
Jabatan Mufti Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri tertubuh dengan
titah perintah.
Tahun 1999, Undang-undang Perintah Darurat (Undang-undang Keluarga
Islam) 1999 mula dikuatkuasakan.
Tahun 2001, Undang-Undang Perintah Darurat (Mahkamah-Mahkamah
Syariyyah) 1998 mula dikuatkuasakan, pengangkatan kanak-kanak dalam Islam
2001 mula dikuatkuasakan dan Expo Islam Antarabangsa Pertama diadakan.
Tahun 2007, dua universiti Islam ditubuhkan iaitu Universiti Islam Sultan Sharif
Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU
SB).
Tahun 2009, berlangsung Majlis Penyerahan Dokumen Agihan Baki Wang
Zakat Kepada Asnaf Fakir Miskin dan Al-Gharimin. KDYMM bertitah:
Beta berpendapat, sekiranya apa yang akan dilaksanakan sebentar lagi benar-benar
menepati senarai rasmi Asnaf Fakir Miskin, maka apabila beta telah meyempurnakan
penyerahan dokumen agihan bagi wang zakat kepada mereka itu, maka negara, dari
saat tersebut adalah wajar untuk dilabel sebagai bebas dari kemiskinan.
43


Penutup

KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dan masih memartabatkan Islam
sebagai pegangan dan panduan dalam pemerintahan Kerajaan Brunei dan didokong oleh
ketaatan rakyat terhadap pemimpin. Gagasan Negara Zikir yang diperkenalkan
semenjak dititahkan telah menjadi kayu ukur negara dalam melaksanakan apa jua projek di
pelbagai sudut. Siapa pun pemimpin Kerajaan Brunei selepas ini, gagasan Negara Zikir
dijadikan sebagai sukat-sukat dalam pemerintahannya. Kita selaku rakyat Brunei penuh
yakin bahawa gagasan ini telah berjaya dan akan berjaya mempertahankan Brunei daripada
anasir-anasir jahat dari dalam dan luar negara yang cuba merontohkan institusi negara yang
memartabatkan Islam sebagai cara hidup pemimpin Brunei dan rakyatnya. Dan kita juga
penuh yakin bahawa Brunei boleh dijadikan rol model kepada negara lain yang ingin
mengembalikan ketuanan Islam di dalam negara mereka. Oleh itu, Negara Brunei
Darussalam hendaklah terus-menerus mengamalkan zikir dalam siasah, dalam sistem

43
Titah sempena Majlis Penyerahan Dokumen Agihan Baki Wang Zakat Kepada
Asnaf Fakir Miskin dan Al-Gharimin pada 7 Oktober 2009.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

82
pertahanan, dalam sistem ekonomi dan dalam sistem sosial untuk kekal menjadi Negara
Zikir, Negeri yang baik (aman dan makmur, dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha
Pengampun.
44
Akhir sekali, mari kita sama-sama berdoa semoga Allah pelihara Negara
Brunei Darussalam, pemimpin dan rakyatnya.
Negara Zikir ialah negara MIB
Pendidikannya pendidikan zikir
Sistemnya sistem zikir
Ekonominya ekonomi zikir
Adat istiadatnya adat istiadat zikir
Undang-undangnya undang-undang zikir
Pertahanannya pertahanan zikir
Bumi langitnya bumi langit zikir
Semua zikir
45


BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim

Titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien
Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam:
- Titah Perutusan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena Sambutan Hari Raya Aidil
Adha yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei pada 9 Zulhijjah 1428H
bersamaan dengan 19 Desimber 2007.
- Titah KDYMM Sultan sempena menyambut Nuzul al-Quran pada 22hb. Mac 1992.
- Titah KDYMM Sultan di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun
1416H/1996M.
- Titah KDYMM Sultan bersempena Hari Keputeraan yang ke-50 tahun pada 15
Julai 1996.
- Titah Pemashhoran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam 1984.
- Titah KDYMM Sultan di Majlis Sambutan Nuzul al-Quran bagi tahun
1416H/1996M.
- Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Shallallahu alaihi wasallam pada 12
Rabiulawal 1411 bersamaaan 10 Oktober 1990.
- Titah KDYMM Sultan di Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan pada 13hb.
Julai 2009.
- Titah sempena Majlis Pelancaran Seminar Antarabangsa Mengenai Rokok-atau-
Sihat, 30hb. Rabiulakhir, 1423 bersamaan 11.hb Julai, 2002 di Darulifta Brunei
Darussalam.

44
Terjemahan Al-Quran, Surah Sabaa, 34:15.
45
Adi Rumi (2010) Negara Zikir, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei, hlm. 7-8.
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman Brunei Darussalam Negara Zikir

83
- Titah KDYMM Sultan di Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan pada 13hb.
Julai 2009.
- Titah sempena Majlis Penyerahan Dokumen Agihan Baki Wang Zakat Kepada
Asnaf Fakir Miskin dan Al-Gharimin pada 7 Oktober 2009.

Adi Rumi (2010) Negara Zikir, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Awang Othman, Mahmud Saedon (1996), Perlaksanaan dan Pentadbiran Undang-undang Islam
di Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei.

______________________________(2002), Ajaran Sesat di Negara Brunei Darussalam: Satu
Tinjauan, Bandar Seri Begawan: Pusat Dawah Islamiah.

Juned, Abdul Aziz (2008), Negara Zikir Kertas Perdana Seminar Majlis Ilmu 2008.

________________(2004), Rokok & Merokok, Bandar Seri Begawan: Jabatan Mufti
Kerajaan.

Mohd. Jamil Al-Sufri (2007), Brunei Darussalam Negara Melayu Islam Beraja, Bandar Seri
Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

________________________ Ketahanan dan Kesinambungan Brunei dari Perspektif
Sejarah, Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei.
Mukadimah kertas kerja A Pandangan dan sikap KHEU berhubung dengan cadangan
untuk menempatkan sekolah-sekolah kerajaan termasuk sekolah ugama di bawah
Kementerian Pendidikan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pengiran Haji Abd. Rahman, Pengiran Haji Mohammad (2008), Merealisasikan Negara
Zikir Melalui Pendidikan Kertas Kerja Seminar Negara Zikir Majlis Ilmu 2008.

___________________________________________________ Kemasukan Islam ke
Negara Brunei Darussalam dan undang-undangnya.

Penyata Lawatan Pegawai-Pegawai Ugama Negeri Johor ke sekolah-sekolah Melayu dan Ugama pada
tahun 1955.

Resolusi Seminar Negara Zikir, Majlis Ilmu 2008.

Serudin, Muhammad Zain (1996), Brunei Sebuah Negara Islam: Latar Belakang Keislamannya,
Gadong: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Surat Perlembagaan Negeri Brunei 1959 (1962 & 1977), Bandar Seri Begawan: S. M. Buse,
Penchetak Kerajaan.
Annual Conference on Islamic Studies Banjarmasin, 1 4 Nov 2010

84

Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil. 8/1996.

Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 11/2009.

Sweeney, P. L. Amin (1986), Salasilah Raja-Raja Brunei, Jornal of The Malaysian Branch
Royal Asiatic Society, Vol. XL1 Part 2, December 1986.

The Brunei Times, 23hb. Mac 2010.

Treacher, W.H. (1891), British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North Borneo,
Singapore: The Government Printing Department.

Warta Kerajaan Negara Brunei Darussalam Bil. S 45.

www.polis.gov.bn/14 bertarikh 29hb. Oktober 2010.