Anda di halaman 1dari 23

1.

PENGENALAN Bayi yang dilahirkan akan sentiasa berkembang mengikut peringkat-

peringkatnya yang tertentu. Hal ini sejajar dengan pendapat Sharifah A. Alsagoff (1987), menyatakan bahawa psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktorfaktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu dari masa pralahir (dalam kandungan) sehingga ke dewasa. Bagi Woolfolk dan Margetts (2007) pula, mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan individu yang lain serta perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta

pengurusan emosi. Walaupun terdapat pelbagai definisi yang menyatakan maksud perkembangan ini, ia tetap menyampaikan sebuah maksud yang sama iaitu perkembangan atau pertumbuhan sebagai satu proses yang mempunyai tahap iaitu bermula dari bahan yang kecil sehingga menjadi besar mengikut tempoh-tempoh yang tertentu sehingga menjadi matang. Hal ini selaras apa yang didedahkan dalam Al-Quran iaitu kitab suci umat Islam. Terdapat beberapa surah yang Allah menceritakan mengenai proses kejadian dan perkembangan manusia. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuah darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging. Kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi tulang. Kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (Surah Al Mumin : Ayat 1216)

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 1

Rentetan daripada ayat-ayat di atas, jelaslah bahawa kejadian manusia yang bermula daripada tanah sehingga menjadi makhluk yang bernyawa dikenali sebagai manusia. Ayat-ayat Al-Quran ini juga telah dibuktikan secara saintifik melalui kaedah sains. Oleh hal yang demikian, dalam tugasan ini teori-teori perkembangan kanakkanak ini akan diterangkan secara lebih lanjut. 2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dalam membincangkan perkembangan kanak-kanak, kita tidak akan lari daripada membandingkan tahap perkembangan kanak-kanak dengan tahap

pertumbuhan kanak-kanak. Definisi pertumbuhan menurut Woolfolk dan Margetts (2007), sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, pertumbuhan ini meliputi pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan sarafsaraf ke otak. Manakala definisi bagi perkembangan menurut Santrock (2008), mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

ASPEK YANG MELIPUTI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN

Fizikal / Jasmani

Kognitif / Mental

Sosial

Emosi

Rajah 2.0.1 : Aspek perkembangan dan pertumbuhan Berdasarkan rajah 2.0.1 di atas, terdapat empat aspek utama untuk menilai tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Perkembangan dan pertumbuhan ini dapat dilihat dan dinilai berdasarkan empat aspek utama iaitu fizikal atau jasmani
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 2

yang terdiri daripada rupa, saiz fizikal serta kemahiran jasmaninya. Aspek yang kedua adalah kognitif atau mental seperti keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Seterusnya adalah aspek sosial iaitu setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain termasuklah individu-individu dalam ahli keluarga. Manakala bagi aspek yang terakhir untuk menilai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah aspek emosi. Setiap kanak-kanak menunjukkan respon emosi dan cara menzahirkan emosi yang berbeza-beza. 3.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan ini bersifat kualitatif iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kasar namun kesannya boleh dirasai dan dinilai. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), telah menggariskan lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang utama mengikut mereka adalah perkembangan berlaku daripada umum kepada khusus. Misalnya, perkembangan ini terjadi apabila seorang bayi boleh menggengam objek dengan keseluruhan tapak tangan sebelum menggunakan jari tangan. Prinsip seterusnya, perkembangan kanak-kanak ini adalah hasil daripada interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan ini adalah potensi yang sedia ada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti merangkak, duduk, berjalan dan seterusnya berlari. Umumnya kematangan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik manakala pembelajaran adalah hasil daripada proses latihan, peniruan, identifikasi dan memerlukan usaha daripada persekitaran. Sebagai contoh, perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang kanak-kanak itu menari tarian Inang. Walaubagaimana pun, kanak-kanak tersebut hanya boleh menari tarian Inang itu sekiranya dia berlatih atau meniru langkah-langkah tarian yang betul. Hal inilah yang dimaksudkan perkembangan kanak-kanak hasil daripada interaksi kematangan dan pembelajaran. Selain itu, prinsip ketiga menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula adalah perkembangan ini berlaku pada kadar yang berbeza. Misalnya, sesetengah kanakkanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada kanak-kanak yang
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 3

perkembangannya lambat akan hanya berjalan pada umur sekitar 18 bulan. Prinsip ini juga membawa kepada perbezaan perkembangan kanak-kanak yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya adalah perkembangan kanak-kanak ini berlaku mengikut tertib. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang menghalang perkembangan kanak-kanak ini mengikut alirannya, berkemungkinan besar akan terjadi impak-impak negatif terhadap kanak-kanak tersebut. Contoh prinsip ini adalah bayi pada mulanya akan meniarap kemudian merangkak dan duduk seterusnya berdiri, berjalan dan berlari. Rajah 3.0.1 di bawah menunjukkan turutan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat. PERINGKAT PERKEMBANGAN Peringkat pralahir (prenatal) Peringkat bayi Peringkat awal kanak-kanak Peringkat pertengahan kanak-kanak Peringkat akhir kanak-kanak Peringkat awal remaja Peringkat pertengahan remaja Peringkat akhir remaja Peringkat dewasa Peringkat tua UMUR Dalam kandungan 9 bulan 0 2 tahun 2 6 tahun 6 9 tahun 9 11 tahun 11 15 tahun 16 18 tahun 18 21 tahun 21 60 tahun 60 tahun ke atas

Rajah 3.0.1: Peringkat perkembangan Prinsip perkembangan kanak-kanak yang terakhir adalah perkembangan ini akan berlaku secara berterusan. Kanak-kanak ini akan sentiasa menambah kemahirankemahiran mengikut aturannya. Sebagai contoh, pada umur tiga tahun seorang kanakkanak akan belajar cara memegang pensil, kemudian apabila usia bertambah kanakkanak ini akan menggunakan kemahiran memegang pensil ini untuk menulis. Seterusnya, apabila usia bertambah sedikit, mereka akan menggunakan kemahiran menulis yang mereka ada untuk belajar kemahiran menulis beberapa patah perkataan
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 4

atau membina ayat. Hal ini menunjukkan bahawa prinsip perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan adalah sangat relevan. Bagi Mok Soon Sang (2009), beliau telah menambah lagi tiga prinsip perkembangan kanak-kanak. Rajah 3.0.2 di bawah menunjukkan penambahan prinsipprinsip perkembangan daripada prinsip yang sedia ada. PRINSIP PERKEMBANGAN KOGNITIF MOK SOON SANG

Perkembangan daripada egonsentrik kepada menerima pandangan orang lainpada egonsentrik kepada

Pertumbuhan dan perkembangan saling berkait rapat.

Proses perkembangan berlaku daripada konkrit kepada abtsrak.kepada

Rajah 3.0.2 : Prinsip perkembangan kognitif menurut Mok Soon Sang Menurut beliau, pertumbuhan dan perkembangan saling berkait rapat. Hal ini demikian kerana, pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial kanak-kanak. Pertumbuhan yang terbantut seperti lidah pendek akan memberi impak kepada semua aspek perkembangan kanakkanak tersebut seperti menjadikan kanak-kanak tersebut membesar dalam keadaan yang tidak yakin akan diri sendiri dan berasa malu disebabkan kekurangan yang dialami. Seterusnya, proses perkembangan juga berlaku daripada konkrit kepada abstrak. Misalnya, pada peringkat pra-operasi iaitu kanak-kanak yang berumur antara dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak peringkat ini perlu melihat, menyentuh dan merasa pada benda-benda yang konkrit untuk perkembangan kognitifnya. Namun bagi peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak yang berumur tujuh hingga 11 tahun ke atas sudah boleh membayangkan benda-benda yang abstrak kerana perkembangan kognitif sudah mula mencapai tahap yang optima. Misalnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), seorang guru matematik yang mengajar kanak-kanak yang berada pada peringkat pra-operasi perlu menunjukkan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti bahan 2D atau 3D untuk meningkatkan lagi kefahaman murid-murid.
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 5

Manakala bagi guru matematik yang mengajar murid-murid peringkat operasi konkrit, para guru sudah boleh mengajar topik-topik yang abstrak seperti algebra dan sebagainya kerana mereka sudah boleh membayangkan dan praktikkannya dalam kehidupan seharian. Prinsip ketiga yang ditambah oleh Mok Soon Sang pula ialah tahap perkembangan berlaku daripada egonsentrik kepada menerima pandangan oran lain. Egonsentrik ini bermaksud kanak-kanak itu bersifat mementingkan diri sendiri dan menganggap orang-orang disekelilingnya berfikiran yang sama dengannya. Misalnya, pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan memberontak sekiranya kemahuannya tidak dituruti, namun apabila usia bertambah mereka akan mula matang dan menerima pandangan orang lain. Terdapat perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan boleh dilihat menerusi empat aspek seperti rajah 3.0.3 di bawah. PERTUMBUHAN FIZIKAL Peningkatan dalam saiz seperti perubahan tinggi, berat badan dan gigi. PERKEMBANGAN Proses individu memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kemahiran menggunakan anggota badan misalnya bayi yang bermula dengan kebolehan memusing badan, duduk kemudian merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kemahiran membaca, menulis, mengira dan berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran mengurus dan mengawal emosi. Kemahiran menunjukkan perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat.

KOGNITIF EMOSI SOSIAL

Keupayaan berfikir. Perasaan gembira, sedih, sayang, marah dan cemburu. Menjalin perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan dan masyarakat.

Rajah 3.0.3 : Perbezaan perkembangan dan pertumbuhan

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 6

4.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNTIF

KANAK-KANAK Perkataan kognitif ini merujuk kepada perkembangan minda atau mental kanakkanak. Terdapat dua tokoh utama yang mempelopori dan mendalami faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu John Gregor Mendel (1822-1889) dan Urie Bronfenbrenner (1917). Mereka telah medalami kedua-dua faktor utama yang mempengaruhi tahap perkembangan kanak-kanak iaitu faktor baka atau genetik (endogen) dan faktor persekitaran (eksogen). Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa faktor baka adalah lebih kuat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak namun ada juga pendapat yang mengatakan sebaliknya. Ada ahli-ahli psikologi yang memberikan definisi baka. Menurut J.A. Thomson, baka adalah satu istilah yang menyatakan perhubungan genetik di antara generasi manusia. Selain itu, Amran Schenfield pula mendefinisikan baka menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anak dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait fizikal dan mental. Menurut Nordin Tahir (2011), menyatakan bahawa mereka yang mengatakan faktor baka lebih banyak mempengaruhi kerana mereka percaya bahawa corak

perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu bapa. Manakala bagi mereka yang menyokong bahawa faktor persekitaran lebih kuat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak menurut beliau adalah kerana mereka percaya bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil daripada pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut beliau lagi, faktor persekitaran yang terlibat termasuklah latar belakang keluarga, amalan asuhan kanakkanak, kesihatan, pemakanan, status sosioekonomi dan kualiti sekolah. 4.1 Faktor Baka Perkataan baka ini berasal daripada perkataan Latin iaitu heres. Menurut Norman L. Munn, faktor baka atau genetik ini secara saintifik merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. GenOleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 7

gen ini mempunyai trait daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut. Ciri-ciri seperti saiz fizikal, warna mata dan warna kulit kebiasaanya mewarisi faktor baka. Selain daripada mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak, faktor ini juga turut memberi impak kepada perkembangan kognitif atau juga dikenali sebagai perkembangan mental kanak-kanak. Menerusi baka, kemampuan mental manusia sama ada pandai atau tidak juga boleh diwarisi daripada gen ibu dan bapa. Hal ini disokong oleh Thomas J. Bouchard iaitu kesan baka ke atas trait-trait psikologi menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan kognitif atau mental dan kecerdasan emosi. Bukan itu sahaja, hasil kajian yang dijalankan oleh ahliahli psikologi juga mengesahkan bahawa faktor baka juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti selain perkembangan fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar. Merujuk kepada buku Psikologi Perkembangan (Tang Chee Yee, 1993), beliau telah membahagikan faktor-faktor kebakaan kepada empat iaitu kromosom, gen, kelenjar dan hormon. Dalam badan kita terdapat pusat aktiviti yang dikenali sebagai nukleus. Dalam nukleus ini pula terdapat kromosom yang mempunyai gen dan gen inilah yang mengawal sifat kita. Setiap kanak-kanak mempunyai sistem kelenjar yang lengkap. Kelenjar ini akan mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran. Faktor-faktor kebakaan ini kebiasaannya mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Disebabkan faktor kebakaan ini mempengaruhi perkembangan fizikal, ia juga akan memberi impak kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Taraf kecerdasan biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi oleh ibu bapa.

Walaubagaimana pun, pengaruh persekitaran juga tidak kurang penting. Kajian-kajian kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Kecacatan mental juga disebabkan pewarisan gen, misalnya ketololan disebabkan pewarisan gen yang resesif daripada kedua ibu bapanya. Selain itu, penyakit phenylketonuria yang disebabkan oleh kekurangan enzim menyebabkan penghasilan

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 8

kimia beracun di dalam badan, akhirnya akan merosakkan mental kanak-kanak. (Tang Chee Yee, 1993) Bukan itu sahaja, kajian-kajian ahli psikologi yang terkenal seperti Galton (1865), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek iaitu perkembangan kognitif yang berbeza dengan kanak-kanak yang sebayanya. Faktor baka inilah yang telah menyebabkan perkembangan kognitif kanak-kanak terjadi pada tahap-tahap yang berbeza. Misalnya, sesetengah kanak-kanak mudah untuk mengenal huruf dan nombor pada umur lima tahun namun ada juga perkembangan kognitifnya yang lambat sedikit iaitu pada umur tujuh mahupun lapan tahun barulah kanak-kanak ini dapat mengenal huruf dan nombor. Perbezaan perkembangan kognitif kanak-kanak ini boleh dilihat hasil daripada prestasi kanak-kanak dalam sesebuah kelas. Mereka yang arif dalam bidang ini juga turut menyatakan bahawa kebiasaannya ibu bapa yang pandai akan melahirkan anak-anak yang pandai juga iaitu mewarisi faktor baka kedua-dua ibu bapanya. Tambahan pula, menurut buku Psikologi Kanak-kanak (Mohd Sharani Ahmad. 2005), kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan contoh yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan

pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu. 4.2 Faktor Persekitaran Bagi faktor persekitaran pula menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) pula merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu yang akan dihadapi di rumah, sekolah dan masyarakat di mana ia berada. Pengalaman ini termasuklah pengalaman semasa sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum kelahiran ini merujuk kepada emosi si ibu semasa mengandungkan si bayi, amalan pemakanan si
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 9

ibu dan kesihatan kandungan. Manakala bagi keadaan sosioekonomi keluarga, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, selepas persekitaran kelahiran. sekolah Menurut dan dunia akan

mempengaruhi

perkembangan

NAEYC

(National

Association For the Education of Young Children) lagi, perkembangan kognitif kanakkanak akan dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Bagi ahli psikologi Amerika yang mengkaji bahawa faktor persekitaran banyak mempengaruhi tahap perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu Urie Bronfenbrenner, telah menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak ini adalah hasil daripada interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Beliau telah memperkenalkan sebuah teori yang popular iaitu teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989). Mengikut teori ini, faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak ini terdiri daripada satu sistem sosial yang kompleks dan saling berinteraksi. Bagi beliau, persekitaran kanak-kanak ini terdiri daripada lima lapisan sistem seperti rajah 4.2.1 di bawah. TEORI SISTEM EKOLOGI BRONFENBRENNER

Mikrosistem

Mesosistem

Ekosistem

Makrosistem

Kronosistem

Rajah 4.2.1 : Teori faktor persekitaran Bronfenbrenner Berdasarkan rajah di atas, lapisan yang pertama iaitu mikrosistem merupakan persekitaran yang paling hampir dengan kanak-kanak. Persekitaran ini merupakan tempat interaksi yang paling lama dihabiskan masa oleh kanak-kanak. Pada peringkat awal usia kanak-kanak seperti kosong sehingga enam tahun, kanak-kanak akan banyak menghabiskan masa di rumah bersama-sama ibu bapa. Hal ini demikian kerana, menurut kajian yang dijalankan oleh Mac Naughtori (2005), faktor persekitaran serta penglibatan yang aktif daripada ibu bapa akan
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 10

memberi kesan yang positif ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak terutama sekali dalam aspek perkembangan kognitif. Misalnya, kanak-kanak yang menghabiskan masa bersama-sama ibu bapa dengan mengajar mereka tentang kemahiran-kemahiran asas seperti mengenal nombor dan huruf serta kaitkannya dengan kehidupan seharian, kelak perkembangan kognitif anak-anaknya akan berkembang pada tahap yang optimum berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang lain. Perkara ini telah dibuktikan oleh Ting (2005), yang mendapati bahawa penglibatan ibu bapa di luar bandar bersama anak-anaknya yang dalam proses membesar berada pada tahap yang minimum. Oleh hal yang demikian, kewujudan kepelbagaian model peranan ibu bapa telah membantu proses pembelajaran kanakkanak di sekolah (Berger, 2005). Lapisan yang kedua pula terdiri daripada perhubungan antara dua mikrosistem yang dikenali sebagai mesosistem. Misalnya perhubungan ibu bapa dengan sekolah, hubungan keluarga dengan rakan sebaya anak mereka serta hubungan dengan jiranjiran. Contohnya, keadaan persekitaran di rumah akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Mengikut teori ini, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini akan menunjukkan prestasi yang cemerlang iaitu hasil daripada perkembangan kognitif kanak-kanak yang pesat. Bagi peringkat ketiga pula, kanak-kanak akan dipengaruhi persekitaran peringkat ekosistem. Peringkat persekitaran ini melibatkan pengalaman dengan persekitaran yang tidak terlibat secara langsung dengan kanak-kanak tetapi keputusan yang diambil oleh kanak-kanak dalam persekitaran ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak itu sendiri atau orang dewasa disekeliling kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa dan keluarganya. Contoh persekitaran yang akan mempengaruhi kognitif kanak-kanak ini termasuklah pelaksanaan peraturan-peraturan ibu bapa di rumah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang interaktif di sekolah. Bagi peringkat yang keempat pula ialah makrosistem. Persekitaran ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak melalui norma-norma iaitu adat
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 11

resam, kepercayaan, nilai-nilai dan amalan dalam masyarakat di sekeliling kanak-kanak tersebut (Santrock, 2008). Antara aspek utama yang terkandung dalam peringkat ini adalah faktor kemiskinan kerana disebabkan kekurangan sumber kewangan, perkembangan kognitif kanak-kanak akan terhalang. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang kurang bernasib baik tidak akan mampu untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan medium-medium yang sesuai untuk digunakan kanak-kanak yang dalam proses pembesaran. Kronosistem adalah peringkat yang terakhir yang termasuk dalam faktor persekitaran yang akan mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.

Persekitaran ini melibatkan perubahan masa. Misalnya pada abad ke-21 ini, perkembangan teknologi maklumat seperti komputer, permainan internet dan kemudahan telekomunikasi akan memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Menerusi medium-medium yang ada ini, mental kanak-kanak akan berkembang secara kreatif dan kritis lagi. Hal ini sangat berbeza dengan kanakkanak pada masa dahulu yang tiada kemudahan-kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini. Walauapapun teori dan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi, kedua-dua faktor ini sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dalam perkembangan kognitif, malahan dalam semua peringkat perkembangan seperti fizikal, sosial dan emosi. 5.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses

memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak (Spodek dan rakan-rakan, 1987). Terdapat banyak teori yang mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak ini seperti Jean Piaget, Jerome Brunner dan Lev Vygotsky. Namun teori perkembangan kognitif yang paling popular adalah dipelopori oleh Jean Piaget. Terdapat empat faktor
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 12

yang berkait rapat dalam mempengaruhi proses pemikiran individu yang telah dikenal pasti oleh beliau iaitu seperti rajah 5.0.1 di bawah Interaksi individu dengan persekitaran Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.

Proses kognitif dipengaruhi oleh faktor baka / genetik

Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik.

Pengalaman yang sosial

Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan dengan orang-orang di sekeliling.

Keseimbangan

Proses keseimbangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi baru yang dialami

Rajah 5.0.1: Faktor yang mempengaruhi pemikiran individu menurut Piaget Untuk mencapai proses keseimbangan dalam merangsang perkembangan kognitif, skema iaitu pengalaman yang sedia ada dalam diri kanak-kanak tersebut perlu disusun secara teratur dan proses penyusunan skema ini dikenali sebagai organisasi. Proses untuk menambah atau menukar skema lama kepada skema baru ini pula

dikenali sebagai adaptasi. Dalam proses adaptasi inilah, proses keseimbangan perlu dicapai iaitu yang melibatkan asimilasi dan akomodasi. Asimilasi bermaksud seseorang kanak-kanak itu cuba untuk memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang sedia ada dalam diri mereka. Contoh situasi ini adalah seperti kanak-kanak tersebut sudah mengenali kucing sebagai binatang yang berbulu dan berkaki empat. Apabila mereka melihat anjing, mereka juga akan mentafsir binatang tersebut sebagai kucing kerana mempunyai ciri-

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 13

ciri yang sama. Dengan bantuan ibu bapa atau orang sekeliling, mereka akan membetulkan skema lama kanak-kanak tersebut kepada skema yang baru dan proses ini dikenali sebagai akomodasi. Dengan itu, kanak-kanak itu akan mencapai keseimbangan adaptasi dan seterusnya merangsang kognitif kanak-kanak tersebut. Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif yang diutarakan Jean Piaget mengikut kategori umur iaitu peringkat deria motor atau sensorimotor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). 5.1 PIAGETS CONVERSATION TASKS RESPONDEN PERTAMA Nama : Muhammad Izzuddin bin Mohd Mazlan Umur : 5 tahun (Sekolah Tadika TNB JOR) UJIAN KEPUTUSAN SEBELUM Ujian satu : Isipadu air Ujian dua : Bilangan sumi Ujian tiga : Panjang straw Sama Sama Sama Jadual 5.1.1 RESPONDEN KEDUA Nama : Afiq Zubair bin Khir Muzammir Umur : 6 tahun (Prasekolah Seri Mawar) UJIAN KEPUTUSAN SEBELUM Ujian satu : Isipadu air Ujian dua : Bilangan sumi Ujian tiga : Panjang straw Sama Sama Sama Jadual 5.1.2
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 14

SELEPAS Tidak sama Tidak sama Tidak sama

SELEPAS Tidak sama Sama Tidak sama

RESPONDEN KETIGA Nama : Nurul Asyikin binti Mohd Mazlan Umur : 7 tahun (Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana) UJIAN KEPUTUSAN SEBELUM Ujian satu : Isipadu air Ujian dua : Bilangan sumi Ujian tiga : Panjang straw Sama Sama Sama Jadual 5.1.3 Berdasarkan jadual 5.1.1, 5.1.2, dan 5.1.3 di atas, saya telah menjalankan satu kajian (Piagets Conversation Task) terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur antara empat hingga tujuh tahun. Saya telah membuat beberapa kajian terhadap beberapa orang anak pensyarah di kolej kediaman saya, di beberapa tempat seperti Giant dan kedai makan serta dua orang adik saya yang berumur lima dan tujuh tahun. Setelah membuat beberapa pemerhatian dan kajian, saya telah memilih tiga keputusan yang berbeza iaitu hasil pemerhatian terhadap adik-adik saya dan anak seorang pensyarah di IPG Ipoh (rujuk lampiran). Bagi ujian satu iaitu isipadu air, saya telah menyediakan dua bekas yang dilabel bekas A dan bekas B yang sama dari segi saiz, warna dan isipadunya. Manakala satu lagi bekas yang berbeza dari segi isipadu iaitu lebih tirus sedikit dan melabelkannya sebagai bekas C. Pada peringkat permulaan, saya telah mengisi isipadu air yang sama iaitu sebanyak 400 ml ke dalam kedua-dua bekas A dan B. Saya akan bertanyakan ketiga-tiga responden ini sama ada isipadu air ke dalam kedua-dua bekas ini adalah sama atau berbeza. Jika jawapan mereka berbeza saya akan Tanya pada mereka air dalam bekas manakah yang lebih banyak. Seterusnya, saya akan tuangkan isipadu air daripada bekas B kepada bekas C yang lebih tirus itu. Kemudian saya akan bertanya kembali kepada ketiga-tiga responden ini sama ada isipadu air bekas A dan C adalah sama atau bekas A lagi mempunyai air yang lebih banyak atau bekas C mempunyai air yang lebih banyak. Hasil kajian seterusnya saya catatkan.
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 15

SELEPAS Sama Sama Sama

Manakala bagi ujian dua iaitu bilangan sumi, saya telah menyediakan 10 biji sumi yang mempunyai sama saiz dan bentuk. Kemudian saya telah membahagikan 10 sumi ini kepada dua barisan yang sama panjang serta sama bilangan sumi iaitu lima bagi setiap baris dan dilabelkan kepada barisan A dan barisan B. Proses seterusnya, saya akan bertanya kepada ketiga-tiga responden sama ada bilangan barisan A dan B mempunyai bilangan sumi yang sama atau salah satu daripada barisan tersebut mempunyai lebih. Setelah mendapat jawapan, saya seterusnya menjarakkan kedudukan sumi di barisan B sedikit dan terus bertanya kepada ketiga-tiga responden itu sama ada kedua-dua barisan sumi itu mempunyai bilangan yang sama atau barisan mana yang lebih banyak. Selain itu, bagi ujian tiga iaitu ujian yang terakhir dalam Piagets Conversation Task ini adalah panjang straw. Saya telah menyediakan dua straw yang sama panjang dan sama warna yang saya label straw A dan straw B. Bagi ujian ini, saya telah bertanya kepada responden sama ada staw A dan B mempunyai panjang yang sama atau berbeza. Setelah mendapat jawapan daripada responden, saya telah

menggerakkan straw B ke hadapan sedikit berbanding straw A dan bertanya kepada responden sama ada straw-straw ini mempunyai panjang yang sama atau straw A atau straw B yang lebih panjang. Hasil kajian saya telah rekod dan jadual-jadual di atas adalah dapatan kajian ini. Merujuk kepada responden pertama yang berumur lima tahun dan enam tahun, kanak-kanak ini berada pada peringkat awal dan pertengahan praoperasi yang berumur di antara empat hingga tujuh tahun. Berdasarkan ujikaji yang dijalankan, responden pertama dan kedua ini masih tidak menguasai konsep pengekalan yang diutarakan Jean Piaget. Merujuk kepada ujian satu, pada ujian awal kanak-kanak ini dapat memberikan jawapan yang betul iaitu kedua-dua isipadu air di dalam bekas A dan bekas B adalah sama. Namun, apabila air daripada bekas B dituangkan kepada bekas C yang lebih tinggi dan tirus, responden pertama dan kedua ini telah menukar jawapan kepada air yang berada di bekas C mempunyai isipadu air yang lebih banyak berbanding air di dalam bekas A. Hal ini membuktikan bahawa teori perkembangan kognitif kanak-kanak Jean Piaget yang mengatakan bahawa pemikiran kanak-kanak
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 16

pada peringkat awal praoperasi ini lebih bersifat intuitif adalah benar. Intuitif ini bermaksud pemahaman kanak-kanak mengenai sesuatu objek bergantung kepada ciriciri yang nampak dan jelas (Mok Soon Sang, 2009). Walaupun air yang disediakan di dalam kedua-dua bekas ini mempunyai isipadu yang sama, namun apabila air daripada salah satu bekas tersebut dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang lebih tirus, kedua-dua responden ini telah menukar jawapan mereka iaitu air yang berada di dalam bekas tirus ini yang lebih banyak. Faktor saiz bekas yang tinggi dan tirus ini telah mempengaruhi jawapan kedua-dua responden ini kerana pada pandangan dan pemerhatian mereka, air yang lebih tinggi mempunyai isipadu yang lebih banyak. Jika dibandingkan dengan responden ketiga iaitu kanak-kanak yang berada pada peringkat akhir praoperasi yang berumur tujuh tahun, responden ini telah dapat membezakan dan menggunakan prinsip pengekalan. Hal ini demikian kerana, walaupun air daripada bekas B telah dipindahkan ke dalam bekas C yang mempunyai saiz yang tirus dan hasilnya paras air di bekas ini kelihatan lebih tinggi berbanding air di bekas A, responden ini tetap mengatakan bahawa isipadu air dalam kedua-dua bekas adalah sama dan langsung tidak berubah. Bukan itu sahaja, responden ini juga mampu memberikan alasan yang logik iaitu pada peringkat awal isipadu air adalah sama sahaja cuma saiz bekas air sahaja yang berubah. Bukan itu sahaja, kognitif kanak-kanak ini juga telah dapat menguasai prinsip identiti iaitu tiada bilangan atau kuantiti yang bertambah atau berkurang walaupun bentuk bekas berubah. Merujuk kepada teori Jean Piaget, prinsip identiti ini kebiasaannya dapat dikuasai oleh kanak-kanak yang berumur tujuh hingga dua belas tahun yang berada di peringkat operasi konkrit. Hasil daripada ujikaji yang telah dijalankan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak ini sudah mula berkembang dengan pesat memasuki peringkat operasi konkrit. Disamping itu, bagi ujian dua iaitu bilangan sumi, responden pertama telah memberikan jawapan yang tidak sama setelah kedudukan sumi itu dijarakkan sedikit walaupun bilangan sumi kedua-dua baris itu adalah sama. Hal ini menunjukkan bahawa
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 17

faktor kedudukan sumi itu telah mempengaruhi jawapan responden ini kerana responden ini lebih melihat kepada aspek fizikal iaitu panjang baris sumi yang telah dijarakkan itu berbanding konsep abstrak iaitu bilangan sumi yang ada. Responden ini lebih menumpukan konsep pemusatan yang diutarakan Piaget. Pemusatan ini bermaksud kecenderungan perhatian kepada satu ciri masalah sahaja tanpa menghiraukan aspek lain (Jas Laile Suzana Jafar, 2008). Dengan kata lain, responden satu hanya menumpukan hasil keputusan akhir sahaja iaitu apabila responden ini melihat barisan sumi B lagi panjang daripada sumi A, kanak-kanak itu terus menyatakan bahawa sumi-sumi di barisan B lagi banyak daripada barisan A. Namun hal ini tidak berlaku pada responden yang kedua dan ketiga. Mereka telah memberikan kedua-dua jawapan yang sama iaitu bilangan sumi kedua-dua barisan adalah sama walaupun kedudukan dijarakkan. Sebelum memberikan jawapan, responden kedua dan ketiga ini telah mengira terlebih dahulu bilangan kedua-dua barisan sumi selepas dijarakkan. Hal ini membuktikan, bahawa tahap pemikiran kanakkanak ini telah mencapai tahap optimum mengikut peringkat perkembangannya. Mereka sudah boleh menguasai konsep transformasi iaitu melihat pemanjangan baris hasil daripada menjarakkan kedudukan sumi sebagai bukan baris yang baru. Keduadua responden ini mungkin terdiri daripada kanak-kanak yang pintar dan tahap perkembangan kognitifnya lebih cepat berbanding kanak-kanak lain yang sebaya. Bagi ujian tiga yang merupakan ujian terakhir iaitu panjang straw. Respoden pertama dan kedua telah memberikan jawapan yang tidak sama setelah proses transformasi dilakukan iaitu selepas salah satu straw itu digerakkan sedikit ke depan. Ini bertepatan dengan konsep perkembangan kognitif Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi terutama pada peringkat awal ini bersikap egonsentrik. Egonsentrik ini bermaksud mereka melihat dan memahami keadaan di sekeliling mereka mengikut pemahaman mereka. Merujuk kepada situasi, straw yang digerakkan tersebut telah mempengaruhi pemikiran responden-responden ini iaitu straw yang digerakkan lebih panjang berbanding straw yang statik. Mereka membuat anggapan mereka sendiri tanpa berfikir secara matang dan logik

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 18

Hasil kajian bagi responden ketiga pula telah memberikan jawapan yang sama bagi kedua-dua proses. Bagi responden pertama dan kedua, mereka masih tidak dapat menguasai proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses itu kepada asal. Kognitif mereka tidak dapat mentafsir sekiranya straw itu dikembalikan kepada kedudukan asal, panjang straw adalah sebenarnya sama panjang. Berbeza dengan responden ketiga yang berada pada peringkat akhir praoperasi dan akan beralih kepada operasi konkrit, kanak-kanak ini sudah mampu berfikir secara logik dan menguasai prinsip keterbalikan dan mengamati operasi songsang iaitu keupayaan untuk mebuat perbandingan di antara proses yang telah diubahsuai dengan yang asal. Oleh sebab kanak-kanak ini sudah memasuki peringkat operasi konkrit, dapat disimpulkan bahawa perkembangan kognitif responden ketiga ini telah mula berkembang pada tahap yang optimum. Secara keseluruhan Conversation Task yang dipelopori oleh Jean Piaget ini, begitu bertepatan dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun iaitu kanak-kanak peringkat praoperasi. 6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P). Tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang berbeza-beza akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran semasa kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu menguasai konsep-konsep dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak bagi mempraktikkan sesi P&P yang berkesan dan interaktif kelak. Seseorang guru yang berkaliber harus merancang teknik pengajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kematangan, keperluan dan kebolehan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, faktor-faktor sebegini akan memberikan motivasi dan galakan yang tinggi kepada kanak-kanak. Setiap kanakkanak mempunyai peluang untuk berjaya dalam proses P&P. Merujuk kepada Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, seorang guru yang cemerlang perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang konkrit dan maujud bagi kanak-kanak peringkat praoperasi dan peringkat operasi konkrit. Bahan-bahan maujud
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 19

ini adalah seperti batang aiskrim, guli dan bola. Hal ini demikian kerana, Jean Piaget menegaskan bahawa kanak-kanak peringkat ini tidak boleh memahami benda-benda yang bukan abstrak. Mereka memerlukan benda-benda yang boleh dilihat, dipegang, dihidu atau dirasai. Misalnya, saya bakal seorang guru matematik yang akan mengajar bab isipadu akan menyediakan bentuk-bentuk seperti silinder, sfera dan segi empat dalam bahan 2D dan 3D. Hal ini akan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kanak-kanak ini. Selain itu, para guru perlulah bijak dalam menyusun P&P mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Seterusnya, guru perlu memberikan arahan yang pendek dan disertai dengan contoh. Hal ini demikian kerana, menurut teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak ini berlaku pada tahap yang berbeza-beza bergantung kepada individu. Selain itu, pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Jerome Bruner pada tahun 1966, adalah model kognitif yang paling berpengaruh kerana ia mempunyai banyak aplikasi kepada sains dan bidang berkaitan. Menurut beliau, kanak-kanak akan membentuk konsep mengikut ciri persamaan dan perbezaan (Mok Soon Sang, 2009). Pembelajaran penemuan menggalakkan pelajar untuk menemui sendiri prinsip-prinsip untuk diri mereka melalui percubaan-percubaan dan penjelajahan. Tugas guru adalah memberi panduan selepas pelajar menjelajah mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah menggunakan pengetahuan dan pengalaman lalu, motivasi personal dan eksperimen. Misalnya sebagai cikgu Sains, untuk menjalankan eksperimen tentang sesuatu kajian, guru perlulah terlebih dahulu menunjukkan contoh untuk menjalankan ujikaji. Dengan cara ini, barulah kanak-kanak akan memahami konsep P&P. Disamping itu, Jean Piaget juga ada menggalakan murid-murid untuk terlibat secara langsung dalam proses P&P berlangsung. Hal ini demikian kerana, setiap kanak-kanak mempunyai pengalaman-pengalaman yang tersendiri. Para guru perlu memberi ruang kepada murid-murid untuk menunjukkan kemahiran-kemahirannya. Jangan sesekali memandang rendah pandangan dan idea mereka walaupun secara kasarnya nampak remeh, leceh dan tidak logik. Sebagai seorang guru, kita perlu
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 20

menggalakan dan memberi galakan serta pujian sekiranya mereka berjaya memberikan sesuatu yang bernas. Secara tidak langsung proses bimbingan daripada orang-orang yang lebih mahir seperti cikgu akan menjana lagi perkembangan pemikiran dan kognitif kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, model konstruktivisme menerangkan bahawa

perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada bagaimana guru membina pengetahuan sebagai bimbingan kepada muridnya supaya murid tersebut dapat mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman seterusnya membentuk konsep dan pengetahuan baru. Di dalam model ini guru bertindak sebagai pembina pengetahuan dan pembimbing kepada muridnya dalam menggalakkan proses berfikir. Dalam konsep konstruktivisme (Mayer, 1996) menerangkan guru sebagai pemandu dan pelajar sebagai pemberi makna sense makers manakala menurut pandangan Gergen (1995) pula guru sebagai penyelaras, fasilitator, penasihat sumber, tutor dan coaches. (Ng Kim Choy 2004). Misalnya, apabila kanak-kanak ini mula mengutarakan berbagai-bagai persoalan mengenai topik yang sedang dipelajari, hal ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak dan tahap kognitifnya sedang menjalani proses perkembangan. Sebagai seorang guru yang bijak, para guru perlulah memberi jawapan yang betul, tepat dan besertakan contoh yang menarik. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak ini sedang merangsang minda mereka untuk berfikir secara kritis. Para guru tidak boleh sesekali menganggap persoalan-persoalan yang diutarakan murid-murid sesuatu yang merimaskan. Hal ini kerana akan memberi impak negatif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak terutama pada peringkat praoperasi dan operasi konkrit. 7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Terdapat pelbagai lagi teori perkembangan kognitif yang popular seperti teori Robert Havighturst, teori Jerome Brunne dan teori Lev Vygotsky. Berdasarkan teori pembelajaran perkembangan kognitif kanak-kanak, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak ini berlaku secara

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 21

berperingkat-peringkat mengikut teori Jean Piaget. Piaget telah mengkelaskan teori perkembangan mengikut peringkat umur dan empat kategori utama iaitu peringkat sensorimotor atau deriamotor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kritikan yang mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakannya dalam kajian. Pengkritik juga menyatakan bahawa teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas dan tepat. Ada juga yang mempertikaikan kewujudan empat peringkat perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan bahawa sekiranya wujud peringkat perkembangan kognitif dan pemikiran kanak-kanak pada setiap peringkat berasaskan set operasi yang khusus seperti konsep pengekalan dan konsep identiti, maka apabila kanak-kanak itu dapat mahir dalam set operasi tertentu, sepatutnya mereka sudah boleh menyelesaikan semua masalah yang menggunakan set operasi yang sama. Hal ini terbukti berdasarkan hasil ujikaji yang telah saya jalankan iaitu responden kedua yang berada pada peringkat praoperasi, responden ini berjaya menjawab ujian dua iaitu bilangan kedua-dua baris sumi itu adalah sama iaitu menggunakan set operasi pengekalan. Namun kanak-kanak itu tidak berjaya bagi ujian satu dan ujian tiga. Namun begitu, Teori Piaget tetap memberi inspirasi dan panduan berguna kepada para pendidik dan pencetus kepada pelbagai lagi teori perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori-teori yang dipelopori oleh pelbagai ahli psikologi ini telah memberi impak kepada proses P&P di sekolah. Setiap kanak-kanak berbeza perkembangan kognitifnya. Oleh hal yang demikian, para guru perlulah mengenal pasti terlebih dahulu tahap keupayaan anak muridnya sebelum memulakan sesi P&P di dalam kelas. Setelah mengenal pasti keupayaan murid, guru perlulah merancang P&P yang efektif supaya tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan kepada kanak-kanak. Disamping itu, guru yang menguasai kemahiran merancang akan menjadikan kanak-kanak pada setiap peringkat mengikut Piaget seronok dan ingin terus belajar. Kemahiran-kemahiran merancang ini termasuklah menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian, menunjukkan set iduksi yang kreatif, merancang kemudahan dan suasana persekitaran
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 22

bilik darjah dan merancang aktiviti berkumpulan yang interaktif. Guru juga perlulah mengawal kelasnya supaya anak-anak murid didalamnya tidak menjadi terlalu pasif dan juga tidaklah sehingga menjadi tidak terkawal. Konsep pengajaran menggunakan interaksi satu hala iaitu berpusatkan guru sahaja hendaklah dielakkan oleh para guru pada masa ini. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak yang dalam proses pembesaran dan perkembangan kognitif perlu melaksanakan dan mempraktikkan sendiri setiap ilmu dan maklumat baru yang diperolehinya. Bukan itu sahaja, dengan kaedah praktikal akan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran teori semata-mata daripada guru. Elakkan memberi arahan yang terlalu panjang dan rumit kerana sesetengah kanak-kanak tidak mampu menafsir arahan dan soalan guru yang terlalu kompleks. Gunakan ayat-ayat yang sesuai dan mudah dengan tahap perkembangan kognitifnya. Disamping itu, para guru perlulah mahir dan sentiasa menambahkan ilmu mengenai kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Hal ini demikian kerana, kanak-kanak pada proses perkembangan kognitif khususnya peringkat praoperasi dan operasi konkrit sangat memerlukan bahan rangsangan yang sesuai mengikut peredaran masa. Kanak-kanak yang lahir pada zaman yang serba canggih ini memerlukan media-media yang canggih juga bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Yang terakhir sekali sebagai rumusan dan cadangan perkembangan kognitif kanak-kanak ini, semua pihak perlulah bekerjasama bagi melancarkan lagi proses perkembangan kanak-kanak ini. Hal ini demikian kerana, jika mengharapkan satu pihak sahaja iaitu para guru, kognitif kanak-kanak ini tidak akan berkembang dengan pesat. Oleh hal yang demikian. Dengan usaha sama daripada para ibu bapa dan masyarakat akan menjayakan lagi proses perkembangan kognitif kanak-kanak ini.

Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan | 23