Anda di halaman 1dari 13

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (AT 04)

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM KAUNSELING


(KKA 3023 ) SEMESTER 1 SESI 2012/2013

TAJUK: ULASAN JURNAL


NAMA : HAZIQ AZREE BIN YAZID (D20111047456)

PENSYARAH

: DR. MUHAMMAD BAZLAN BIN MUSTAFA

FAKULTI

: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PENGHANTARAN: 5 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/s

1.0

PENGENALAN

2.0

ULASAN JURNAL

1-9

3.0

CADANGAN

9-10

4.0

KESIMPULAN

11

5.0

RUJUKAN

11

6.0

LAMPIRAN

11

PENGENALAN Penulisan jurnal yang bertajuk Implikasi Sosial dalam Pengujian Psikologi ini dibina bertujuan meningkatkan kesedaran golongan profesional terhadap isu-isu berkaitan etika, khususnya dalam pengujian dan penilaian psikologi. Implikasi sosial dalam pengujian dilihat diberi perhatian oleh penulis merupakan satu tindakan yang tepat. Hal ini disokong oleh Kaplan dan Saccuzo (1982) dalam Sidek Mohd Noah (2005) bahawa sekurang-kurangnya tiga perkara perlu diberi perhatian dalam pengujian psikologi iaitu isu profesional, sosial dan moral. Dalam hal ini, penulis telah membincangkan isu sosial dari sudut implikasinya sebagai fokus perbincangan yang turut dikaitkan dengan soal etika. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), etika bermaksud prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Namun, etika dalam pengujian sedikit berbeza kerana ia melibatkan kesahan dalam soal perundangan, moral mahupun agama. Dalam membincangkan isu sosial dan soal etika, penulis telah menggarap penulisannya dalam dua bahagian. Bahagian pertama, akan membincangkan Isu Kecukupan iaitu hal berkaitan kepatuhan pada prinsip umum kaedah saintifik meliputi objektif, kebolehpercayaan dan kesahan. Bahagian kedua, proses interaksi antara penguji dengan responden meliputi hal berkaitan keadilan, prosedur, hasil keputusan, persetujuan termaklum, keselamatan ujian yang digunakan dan kelayakan responden. ULASAN JURNAL Dalam penulisan ini terdapat tiga perkara asas yang dibincangkan iaitu etika sebagai muhasabah dan pilihan sendiri, persoalan etika ini sah atau tidak di sisi undang-undang dan persoalan perkara-perkara yang membuatkan pengujian dan penilaian lebih beretika. Walau bagaimanapun penulisan ini lebih memfokuskan kepada perkara-perkara yang perlu, supaya pengujian dan penilaian psikologi akan lebih beretika. Sebelum mendalami perkara-perkara perlu bagi menjadikan pengujian penilaian lebih beretika, adalah elok jika ditinjau terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan etika pengujian. Etika dalam pengujian agak sukar ditafsirkan secara kasar kerana ia lebih jelas jika dikaitkan dengan contoh-contoh kes. Etika sebenarnya merupakan sebahagian daripada cabang falsafah kerana ia sering membincangkan berkenaan perkara yang benar atau salah. Secara asasnya etika ialah kajian apa yang berlaku apabila tidak ada jawapan yang tepat dalam sesuatu

keadaan. Dalam menjalankan pengujian, penguji hendaklah bersedia untuk menilai situasi secara profesional dan mengendalikan isu-isu secara kritis dan kreatif. Justeru, penulisan ini akan menerangkan perkara yang berkaitan etika dalam pengujian psikologi sebagai pemudah cara jika berhadapan dengan isu-isu berkaitan. Dalam persoalan sama ada etika sah atau tidak dari sudut perundangan, pembangunan kompetensi dalam pemikiran etika adalah amat penting. Hal ini kerana, etika mempunyai perkaitan dengan tanggungjawab sosial pengujian yang melibatkan profesion dalam masyarakat. Ia telah diamalkan oleh banyak negara yang mempunyai persatuan psikologi supaya ahli-ahli pengujian mereka mematuhi standard etika yang ditetapkan. Kenyataan ini disokong oleh Leach & Oakland (2007) dalam kod etika bilangan 31, bahawa amalan psikologi di 35 buah negara menunjukkan penanda aras penting bagi kecekapan profesional. Walau bagaimanapun, perbincangan etika sah atau tidak dalam sesuatu perkara masih lagi belum wujud dalam bidang perundangan. Kebanyakkan negara juga masih kurang mempunyai undang-undang berkenaan pengujian psikologi meskipun telah mempunyai undang-undang berkenaan aktiviti psikologi. Namun, banyak persatuan antarabangsa mula mengorak langkah menyediakan satu set peraturan yang menyeluruh bagi membentuk piwaian atau garis panduan berdasarkan pengujian-pengujian psikologi. Prinsip utama badan yang mengawal perundangan etika ini berkait dengan ujian yang tersirat, kepercayaan sebagai manusia dan ahli psikologi. Kerja-kerja ini telah diteruskan oleh American Psychological Assiociation (APA) dalam bentuk baru yang dikenali sebagai Standard untuk ujian pendidikan dan psikologi yang membincangkan 250 prinsip etika pengujian dalam 15 kategori. Oleh itu, penulis merasakan satu dokumen berkaitan Deklarasi Hak Sejagat Hak Asasi Manusia adalah relevan untuk diwujudkan. Ia adalah dokumen yang mempunyai asas moral yang kuat dan termasuk dalam undang-undang dan kod etika sebilangan besar negara serta profesion. Menurut Gauthier (2008), satu Deklarasi Sejagat Prinsip Etika Psikologi telah diguna pakai oleh Kesatuan Antarabangsa Psikologi Sains (IUPsys) dan Persatuan Antarabangsa Psikologi Gunaan. Dalam deklarasi ini empat prinsip umum telah dipersetujui iaitu menghormati maruah individu, kompoten prihatin untuk kesejahteraan individu dan rakyat, intergriti dan profesional serta tanggungjawab saintifik persatuan. Perlu diketahui bahawa objektif Deklarasi Sejagat ini menyediakan rangka kerja moral dan set generik prinsip etika untuk organisasi psikologi di seluruh dunia. Justeru, pengujian psikologi juga perlu dipertimbangkan untuk mematuhi etika seperti mana yang terkandung dalam Deklarasi Prinsip Psikologi Sejagat.

Seterusnya, penulis telah membincangkan secara panjang lebar mengenai perkara penting dalam menjadikan pengujian psikologi lebih beretika. Secara asasnya, terdapat tiga perkara perlu dipatuhi dalam memastikan pengujian beretika. Pertama, bagi ujian yang baru dan belum ada bukti kesahan yang luas maka penguji hendaklah diberi tahu terlebih dahulu berkenaan eksperimen ini. Kedua, pengujian yang dibuat hendaklah mematuhi satu kod etika profesional yang di terima di seluruh dunia. Ketiga, menjadikan etika pengujian sebagai sebahagian dokumen rasmi seperti mewujudkan kod etika dan undang-undang. Selain itu, penulis telah membahagikan prosedur pengujian kepada dua bahagian iaitu pematuhan proses ujian kepada prinsip umum melalui kaedah saintifik dan yang kedua ciri-ciri interaksi antara penguji dengan responden ketika proses pengujian. Beberapa komponen peting perlu ada dalam pematuhan proses ujian mengikut prinsip umum. Ini kerana ujian dilaksanakan bagi mendapatkan tujuan dan menjana data saintifik. Oleh itu, objektif ujian perlu ditetapkan terlebih dahulu. Objektif perlu konsisten antara penggunaan dalam pelaksanaan, pemarkahan dan penafsiran prosedur mengikut penilaian standard. Dalam menterjemahkan objektif ini terdapat tiga prinsip dalam pengujian yang perlu dipatuhi. Prinsip pertama, pertimbangan pengujian sebagai objektif ia melibatkan tatacara pentadbiran, pemarkahan dan penafsiran yang seragam merentasi masa, pengguna dan pengambilan ujian. Oleh itu, semua penguji harus mentadbir, skor dan menafsir ujian dengan cara yang sama dan tidak boleh bersifat acuh tak acuh ketika mentadbir ujian. Walaupun semua pentadbiran dan pemarkahan mungkin seragam, namun pertimbangan objektif dan tafsiran perlu dihakimi secara profesional oleh penguji kerana ia termasuk dalam Pengistiharan Prinsip Etika Psikologi iaitu melibatkan pengetahuan diri, nilai sendiri, sikap, pengalaman dan konteks sosial responden. Implikasinya ia akan mempengaruhi tindakan, tafsiran, pilihan dan cadangan responden. Prinsip kedua, objektif merujuk kepada ukuran tanpa ralat yang merujuk kepada Deklarasi Prinsip Etika Sejagat membangun dan mengekalkan kecekapan. Dalam prinsip ini pengujian perlu dilaksanakan dengan menetapkan keperluan untuk dianalisis secara kritikal dalam pembinaan, pentadbiran, pemarkahan dan tafsiran pengujian. Hal ini penting kerana kebanyakan negara maju kini menggunakan ujian psikologi sebagai salah satu alat dalam mengambil pekerja. Ini memperlihatkan bahawa ujian psikologi telah memberikan sumbangan yang penting namun beberapa perkara perlu dititik beratkan dalam pengujian psikologi. Antaranya ialah prosedur baru, pedokumenkan prosedur, penggunaan prosedur yang lama atau baru namun telah dibuktikan kesahannya dalam bentuk

empirikal dan mengemaskini pengujian mengikut norma terkini. Prinsip ketiga, objektif tidak hanya bersandarkan kepada ciri-ciri pengujian namun perlu bergantung kepada sesuatu keadaan. Hal ini kerana dalam keadaan tertentu pengujian terdapat perbezaan dalam sesuatu situasi atau konteks. Justeru, perlu ada bukti empirikal atau teori yang munasabah untuk menyatakan sebab hasil yang berbeza. Komponen kedua dalam proses pengujian berdasarkan prinsip umum ialah

kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan merupakan aspek yang amat penting dalam pengujian psikologi kerana ia berkait dengan kesilapan dalam pengukuran. Menurut APA dan NCME (1999), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan. Apabila prosedur ujian diulangi pada individu atau kumpulan ia akan menimbulkan sekurang-kurangnya dua persoalan berkait dengan etika. Persoalan pertama, pembahagian keputusan yang tinggi berlawanan dengan

kebolehpercayaan yang rendah. Dalam hal ini akan wujud persoalan sejauh mana perlunya bergantung kepada keputusan ujian? Inilah yang merujuk kepada kebolehpercayaan jika kebolehpercayaan rendah adakah ia perlu dijadikan sandaran dalam membuat keputusan? Oleh itu, had tertentu perlu ditetapkan dalam menentukan kebolehkepercayaan. Antara had ditetapkan ini menurut Nunnally & Bernstein (1994) ialah 0,70 dan 0,90. Keputusan hanya boleh jatuh dibawah tahap 0,90 namun tidak bawah dari 0,70. Kebolehpercayaan tinggi ini amat mustahak sekiranya ia melibatkan pengklasifikasian contoh individu jenis perisikan namun

kebolehpercayaan yang rendah mencukupi jika hanya menyusun individu dalam perbezaan kasar. Dalam hal ini etika adalah penting kerana adalah tidak layak jika hasilnya diberikan kepada mereka yang tidak layak. Walau bagaimanapun, sesetengah situasi memerlukan pengendalian mereka yang profesional. Hal ini turut disokong oleh Sidek Mohd Noah (2005), penguji perlu mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengujian dan pengukuran, statistik gunaan, dan penganalisisan data di samping berupaya dan berkebolehan untuk membuat interpretasi atau penafsiran. Selain itu, terdapat satu aspek yang penting dalam kebolehpercayaan iaitu Ralat Standard Pengukuran (SME). Menurut Dudek (1997), sebab utama yang diletakkan atas kebolehpercayaan sebagai ciri psikometrik kerana keupayaan ciri-ciri ini untuk meramal taburan kesilapan yang berkait dengan pengukuran dalam ujian tertentu. Dalam hal ini konsep SME akan menggangarkan ukuran pada individu yang sama secara berulang pada ujian yang dijalankan mengikut skor. Markah yang sebenar tidak boleh diukur secara lansung kerana mustahil bagi membina ujian yang bebas dari kesilapan. Dalam hal

ini, menurut Harvill (1991) SME mentakrif ia sebagai Sisihan Standard Kesilapan Pengukuran yang berkaitan dengan pengujian skor dari kumpulan tertentu yang diperiksa . Rumusannya, SME berkait secara lansung dengan kebolehpercayaan. Semakin kecil SME, semakin kurang kesilapan pengujian. Persoalan kedua, jenis kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan skor pada ujian boleh dinilai melalui dua pendekatan berbeza. Salah satu pendekatan menganggap bahawa ujian boleh dipercayai jika ada maklumat yang lebih tinggi antara bahagian-bahagian ujian yang berlainan. Ia dipanggil ketekalan dalaman dan diukur melalui prosedur seperti Pekali Alfa Cronbach atau Kolerasi Selari dalam bentuk ujian. Secara asasnya, kebolehpercayaan harus diukur dan terdapat beberapa teori yang menggunakan kedua-dua jenis kebolehpercayaan. Dalam hal ini, kebolehpercayaan dilihat berkait rapat dengan etika namun masih kurang didokumenkan dalam pengujian. Meskipun, kebolehpercayaan tidak mempengaruhi baik, buruk responden namun dapatan yang diperoleh tidak akan konsisten. Oleh itu, amat penting kebolehpercayaan disesuaikan dengan keadaan pengujian dan sasaran yang hendak dibina. Komponen ketiga ialah kesahan. Menurut AERA, APA & NCME (1999) kesahan merujuk sejauh mana bukti dan teori yang menyokong tafsiran skor ujian. Selain itu, kesahan juga merupakan pertimbangan yang paling asas dalam pembangunan dan penilaian ujian. Dengan adanya kesahan, ia akan membolehkan pengukuran ujian, dapat mentafsir keputusan ujian serta merumus untuk kesimpulan deskriptif dan membuat ramalan skor ujian. Walau bagaimanapun, tiada ujian yang sah untuk semua keadaan dan kepada semua masyarakat kerana ia bergantung pada banyak aspek dan situasi. Menurut Anastasi (1997), kesahan tidak hanya bergantung pada ujian itu sendiri tetapi turut bergantung pada tafsiran ujian. Interpretasi berkait rapat dengan situasi dan turut diintergrasikan bersama dengan skor ujian objektif penilaian, pembolehubah peribadi, budaya dan situasi. Oleh itu, ujian hanya dilaksanakan jika terdapat bukti yang ia bermanfaat. Kedua-dua isu ini turut disokong oleh Sidek Mohd Noah (2005) bahawa selain masalah pokok berkaitan dengan kesahan yang berkait dengan silang budaya, masalah pengurusan dan pentadbiran ujian psikologi perlu diberi perhatian. Kedua, responden hanya perlu menyatakan pendapat dan cadangan mereka yang asas dalam borang penilaian terhadap data yang cukup kesahannya. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan interpretabiliti skor ujian. Responden sering membuat pertimbangan ramalan menggunakan skor ujian untuk

meramalkan tingkah laku masa hadapan namun ujian sebenarnya tidak cukup untuk mendapatkan keputusan yang sah. Hal ini kerana dalam prinsip umum dan kaedah saintifik tiada ujian yang sempurna kerana terdapat pro dan kontra dalam sesuatu alat pengujian. Prosedur bahagian pengujian yang kedua ialah ciri-ciri interaksi yang perlu antara penguji dengan responden ketika proses pengujian. Pengujian adalah merupakan satu proses interaksi antara penguji profesional dengan responden. Oleh itu, penguji bertanggungjawab beretika dalam kategori pihak yang berkepentingan. Antara ciri-ciri yang diperlukan ialah bersifat adil. Keadilan ialah layanan saksama dalam proses pengujian dan keadilan adalah sebagai satu peluang untuk belajar. Dalam membicarakan soal keadilan ini, terdapat satu lagi perkara yang berpaksikan keadilan iaitu dari sudut prosedurnya. Responden melihat ujian sebagai objektif yang boleh dipercayai dan sah. Mereka juga berpersepsi pengambilan ujian mempunyai kawalan meskipun hasilnya berbeza-beza. Menurut Lind dan Tyler (1988), individu menilai pengalaman sosial mereka berdasarkan hasil yang mereka terima. Oleh itu, mereka bertanggapan pengujian boleh dijadikan alat untuk menjelaskan hasil dapatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara model yang berasaskan keberhasilan dan berasaskan proses. Dalam konsep prosedur keadilan yang dijalankan oleh pusat penyelidikan adalah berasaskan proses. Konsep ini telah membahagikan antara objektif dan subjektif dalam prosedur keadilan. Menurut Kaplan (1986) prosedur objektif memberi tumpuan kepada ciri-ciri piawaian normatif keadilan untuk dipatuhi. Keadilan objektif ini dapat mengurangkan prasangka yang jelas tidak boleh diterima. Selain itu, dalam usaha memaksimumkan keadilan prosedur objektif, tumpuan harus diberikan kepada dokumen normatif contohnya Standard Pengujian Pendidikan dan Psikologi. Hal ini kerana ia mementingkan hak-hak responden dan mempunyai prosedur yang jelas seperti mereka berhak untuk diuji dalam bahasa ibunda mereka. Menurut Lind & Tyler (1988) Secara umumnya, keadilan prosedur membincangkan soal penghakiman responden dalam memperoleh prosedur dan proses pengujian yang adil. Dalam hal ini ia akan dinilai dari pelbagai aspek seperti bagaimana ujian dipilih, bagaimana ujian ditadbir, bagaimana ujian ditafsir. Oleh itu, Menurut Ambrose dan Rosee (2003) sekiranya prosedur subjektif dipertingkatkan dengan menggalakkan komunikasi dalam proses ujian, ia akan membolehkan responden bertanggungjawab dalam beberapa proses ujian. Penglibatan responden ini juga tidak merosakkan keputusan akhir malahan meningkatkan perasaan keadilan prosedur yang subjektif.

Ciri yang ketiga yang perlu ada ialah perkongsian keputusan pengujian. Responden mempunyai hak untuk mendapatkan keputusan ujian kerana ia merupakan hak asasi. Walau bagaimanapun, hak pengambilan ujian bergantung pada maksud ujian tersebut. Contohnya, dalam bidang forensik psikologi, hanya pihak berkepentingan yang akan dikongsikan maklumat pengujian. Meskipun sukar kerana ia berhadapan dengan isu etika, penguji sebenarnya

berhadapan dengan prinsip mencapah. Pertama ia masih berpegang pada prinsip Deklarasi Sejagat Menghormati maruah diri dan orang lain namun ia juga berkait dengan prinsip penyanyang kompeten untuk kesejahteraan individu dan masyarakat. Dalam hal ini penguji sebenarnya memilih untuk mematuhi prinsip penyayang kompeten untuk kesejahteraan individu dan rakyat. Penguji masih lagi terikat dengan prinsip dan nilai-nilai serta menghormati privasi namun perlu berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa untuk melindungi kemudaratan pada orang lain. Dengan ini dapatlah difahami bahawa perkongsian data hanya perlu dilakukan mengikut hasrat responden dengan persetujuan termaklum. Bagi kes berkenaan, penguji perlu meminta persetujuan responden sekiranya hasil ujian hendak dikongsikan sebelum ujian diambil kerana ia mungkin dilihat sebagai cara paksaan dengan cara yang halus jika dilakukan tanpa persetujuan responden. Ciri yang keempat ialah keperluan komunikasi dan juga melaporkan hasil keputusan. Seperti yang dibincangkan dalam subtopik sebelumnya, responden berhak mengetahui keputusan ujian kerana ia adalah hak asasi. Hak ini dinyatakan dengan jelas dalam kod etika walaupun tidak terkandung dalam Peristiharan Sejagat Prinsip Etika bagi Psikologi. Walau bagaimanapun, tiada standard yang jelas untuk siapa berkomunikasi, untuk apa berkomunikasi dan bagaimana cara berkomunikasi dalam menyampaikan keputusan ujian. Dalam hal ini responden hendaklah jujur, benar dan terbuka dalam menjawab ujian. Ini kerana menurut Aiken& Groth (2005) ujian tidak hanya memainkan peranan kepada responden tetapi turut memainkan peranan penting kepada penguji untuk mengesahkan tafsiran beliau. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi apabila pendedahan lengkap mungkin akan mengundang bahaya atau kurang sesuai. Dalam senario ini penguji hendaklah berpegang pada nilai berkenaan untuk keupayaan individu, keluarga, kumpulan, dan masyarakat untuk membuat keputusan untuk diri mereka sendiri dan menjaga untuk diri mereka sendiri dan antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga persoalan mengenai keperluan untuk memaklumkan semua data pengujian. Menurut Persatuan Psikologi Amerika Kod Etika (2002), dokumen yang mengandungi jawapan mengambilan ujian adalah

10

tertakluk kepada keputusan yang nyata. Ini bermaksud tidak perlu didedahkan secara menyeluruh kerana ia mungkin disalah tafsir seperti penafsiran markah mentah dan laporan visual. Ini kerana responden tidak mempunyai keupayaan teknikal untuk memahami dan penafsir data. Selain itu, ditakuti juga hasil maklumat disalahgunakan yang akan mendatangkan bahaya. Ini bertepatan dengan nilai Deklarasi Prinsip Etika Sejagat iaitu penguji hanya mendedahkan maklumat yang hanya boleh difahami oleh responden dengan betul termasuk batas-batasnya. Ciri yang kelima ialah maklumat concent. Proses pengujian merupakan proses yang kompleks kerana ia memerlukan komunikasi penyampaian pada akhirnya. Komunikasi yang jelas ini akan memudahkan skop dan matlamat proses ujian serta dapat mencapai matlamat. Ini kerana menurut Anastasi (1997) ujian psikologi tidak memerlukan prestasi sahaja tetapi turut memerlukan pendedahan kendiri dan ia dianggap mengancam hak peribadi. Oleh itu, ia memerlukan persetujuan responden terlebih dahulu kerana terdapat perkara tersirat di sebalik ujian. Menurut Aiken & Groth-Marnat (2005) pendekatan asas ujian dapat mengenal pasti keperibadian sebenar. Dalam persetujuan termaklum juga dapat dirumuskan sebagai nilai yang mendasari kerja psikologi dan pengujian psikologi oleh Peristiharan Prinsip Etika Psikologi Sejagat. Ia juga dianggap baik untuk bidang psikologi kerana menghormati hak pelanggan untuk mendapatkan penjelasan yang penuh. Hal ini turut dinyatakan dalam Kod Etika APA dalam Sidek Mohd Noah (2005) bahawa maklumat peribadi individu hanya boleh diumumkan kepada orang awam setelah mendapat persetujuan daripada individu berkenaan kecuali dalam kes-kes tertentu. Selain itu, persetujuan termaklum juga mempunyai status kontrak psikologi antara penguji dan responden. Oleh itu, responden mempunyai hak bagi menerima penjelasan ringkas secara lisan atau bertulis sebelum ujian dilaksanakan. Sidek Mohd Noah (2005) menjelaskan perkara ini sebagai hak manusia iaitu individu yang diuji berhak mengetahui skor ujian dan interpretasi yang dibuat berdasarkan skor. Keselamatan pengujian dan kelayakan pengguna. Keselamatan pengujian merupakan perkara yang dibimbangi kerana terdapat penguji atau individu yang menyalahgunakan hasil pengujian psikologi. Bagi menyekat masalah yang berlaku ini, maka perundangan yang kukuh perlu mendasari sistem pengujian. Kedua, pihak yang menghasilkan pengujian juga berhak mendapatkan pampasan kewangan atas hasil kerja mereka membangunkan pengujian psikologi ini. Isu hak cipta terpelihara juga harus diketengahkan kerana menurut Leach & Oakland (2009),

11

amalan yang baik dalam pengujian psikologi hendaklah mematuhi hak cita pendokumenan antarabangsa. Ketiga, berkaitan hal terjemahan atau penyesuaian ujian tanpa kelulusan hak cipta semasa juga dilihat melanggar hak cipta antarabangsa. Ini kerana adaptasi secara haram terutama dalam kalangan negara membangun mungkin mengugat keselamatan ujian kerana ia melibatkan kualiti, kawalan dan keselamatan. Oleh itu, pendokumenan pengujian psikologi penting khususnya diajar kepada Pelajar Pendidikan Psikologi Siswazah dan Prasiswazah. Dokumen ini meliputi garis panduan dalam empat bidang utama iaitu keselamatan bahan ujian, demonstrasi ujian, pengajaran mentadbir dan skor ujian serta penggunaan ujian dalam penyelidikan. CADANGAN Berdasarkan ulasan jurnal ini terdapat beberapa perkara yang dilihat boleh dilaksanakan di negara ini khususnya dalam meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan etika dalam pengujian dan penilaian. Antaranya ialah etika sah atau tidak dari sudut perundangan. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh penulis, negara ini khususnya perlu menggubal akta bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mana-mana pihak profesional yang menjalankan pengujian secara tidak beretika. Meskipun pengujian psikologi sebenarnya masih dalam peringkat perkembangan di negara ini, namun pengunaannya dilihat kian meluas. Contohnya, pemilihan angkawasan negara yang pertama juga telah menggunakan ujian psikologi sebagai salah satu proses dalam pemilihan. Pemilihan calon menggunakan ujian psikologi juga dilihat kian meluas dalam bidang pendidikan contohnya dalam pemilihan pelajar ke pogram pendidikan yang perlu menjalani ujian MEDSI dan pemilihan penerima biasiswa contohnya Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) yang menggunakan khidmat pakar psikologi yang memilih angkasawan negara. Justeru, sudah tiba masanya suatu akta diwujudkan bagi menangani isu moral dalam ujian psikologi. Ini bertujuan melindungi rahsia peribadi responden diketahui umum dan juga mendapat label dari masyarakat. Jika tidak, penguji akan bebas untuk melakukan apa sahaja khususnya melibatkan jantina berlainan seperti lelaki dan wanita. Keputusan ujian mungkin juga boleh dijadikan ugutan untuk mendapatkan ganjaran dalam apa jua bentuk seperti wang, seks dan sebagainya, sekiranya tiada akta untuk melindungi responden.

12

Kedua, kekurangan ujian psikologi dalam Bahasa Kebangsaan. Seperti mana yang dibincangkan oleh penulis, bahasa memainkan peranan penting dalam pengujian psikologi. Sekiranya, ujian ini hanya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris ia tidak akan mendatangkan hasil yang maksimum. Ini kerana akan berlaku bias iaitu berat sebelah terhadap golongan minoriti. Justeru, golongan pakar dalam bidang pengujian psikologi perlu membina lebih banyak ujian psikologi dalam bahasa kebangsaan atau sekurang-kurangnya menterjemah lebih banyak ujian psikologi untuk kegunaan orang ramai. Meskipun ia menelan belanja yang agak besar, badan yang bertanggungjawab hendaklah duduk semeja dengan pihak kerajaan bagi membolehkan penghasilan ujian psikologi dalam bahasa kebangsaan dihasilkan tanpa meminggirkan soal kualiti ujian yang dihasilkan. Ketiga, menempatkan satu jawatan khas guru psikologi di sekolah. Umum sedia maklum, kaunselor di sekolah telah banyak tugasan untuk dilaksanakan khususnya melibatkan karenah birokrasi, program tahunan dan sesi kaunseling. Justeru, jawatan seorang guru psikologi perlu diwujudkan oleh kemeterian bagi membolehkan pengujian psikologi dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah berserta tafsiran terperinci kepada para pelajar. Dengan adanya tenaga pakar dalam bidang ini akan membolehkan para pelajar mendalami personaliti mereka dengan lebih mendalam. Contohnya, Iventori Personaliti Sidek akan membolehkan para pelajar mengetahui 16 ciri personaliti mereka. Dengan ini para pelajar akan mendapat interpretasi yang tepat berkait dengan maklumat diri yang mungkin tidak sempat untuk dihuraikan sepenuhnya oleh kaunselor sekolah. Ini kerana menurut Sidek Mohd Noah (2005), penguji perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengujian dan pengukuran, statistik gunaan, dan penganalisisan data di samping berupaya dan berkebolehan untuk membuat interpretasi atau pentafsiran. Justeru, penempatan guru psikologi akan membolehkan ujian psikologi dijalankan dengan lebih tersusun, beretika dan sistematik.

13

KESIMPULAN Kesimpulannya, banyak implikasi sosial dalam pengujian psikologi khususnya kepentingan melibatkan soal etika pengujian. Etika dalam pengujian merupakan perkara yang perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan serangan peribadi sekiranya ia disalah gunakan. Umum sedia maklum bahawa pengujian psikologi banyak mendatangkan manfaat khususnya dalam membentuk personaliti. Namun, ia juga akan menjadi senjata yang amat berbahaya kepada individu khususnya melibatkan soal maruah dan harga diri sekiranya pihak penguji mengambil kesempatan atas dapatan ujian psikologi kepada responden. Justeru, etika dalam pengujian perlu diperkemaskan lagi dari semasa ke semasa kerana pengujian psikologi merupakan bidang yang berkronologi iaitu berkembang merentas masa, peradapan dan budaya. RUJUKAN Sidek Mohd Noah (2005). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling. Serdang, Selangor Universiti Putra Malaysia (UPM). Robert M. Kaplan dan Dennis P. Saccuzo (2009). Psyschological Testing. United States : Wadsworth, Cengage Learning. Dragos, Dan Ispas & Michael Harris (2009). Diperoleh pada Oktober 28, 2012 daripada http://www.intestcom.org/Publications/ORTA/Social%20implications%20and%20ethics

LAMPIRAN