Anda di halaman 1dari 2

7.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah bercerita bersama buku besar berkesan dalam meningkatkan tumpuan dan minat murid untuk mempelajari subjek Dunia Sains dan Teknologi terutamanya dalam tema Sains Hayat. Murid yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah 4B ini menunjukkan peningkatan dalam minat dan tumpuan yang ketara berdasarkan data yang telah diperoleh. Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti P&P yang dijalankan, kebolehan murid mengingat dan mengulang istilah, dan kemampuan murid memberikan tumpuan lebih lama dalam aktiviti P&P telah membantu murid memperbaiki prestasi mereka dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi. Hal ini selaras dengan kenyataan Penggunaan kaedah bercerita berkesan dalam meningkatkan minat dan tumpuan murid untuk belajar. Kaedah bercerita bukan sahaja dapat meningkatkan minat dan tumpuan malah dapat mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini serta dapat menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P. Selain itu, kaedah bercerita bersama buku besar dapat mewujudkan pembelajaran yang menyeronokan. Hal ini telahpun ditunjukkan dalam setiap hasil dapatan yang telah diperoleh. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh

(tahun) dalam kajiannya Dapatan menunjukkan bahawa murid telah menunjukkan reaksi yang positif terhadap kaedah P&P yang digunakan serta menunjukkan peningkatan prestasi. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memancing minat dan tumpuan murid-murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan bagi mewujukan satu proses P&P yang memberi impak yang optimum kepada mereka. Hal ini kerana apabila murid-murid belajar dalam suasana yang menyeronokan bersama aktiviti yang menarik serta menggalakan murid berfikir, mereka secara

tidak langsung berasa lebih bermotivasi dan semangat untuk belajar. Semangat dan motivasi yang ada akan meningkatkan minat dan tumpuan serta dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi.

Anda mungkin juga menyukai