Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BIASISWA, KEBAJIKAN DAN KWAMP SMK RAJA MAHADI KLANG BIL.

1/ 2012 Tarikh Masa Tempat : 16 Januari 2012 : 1.05 tengah hari : Pusat Sunber 1, SMK Raja Mahadi

Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pn Azizah Bt Daud Cik Chen Loo Yee Pn Zaiton Bt Abu Bakar Pn Aidawati Bt Suparin Pn Hjh Maryana Bt Marpani Pn Sarmima Bt Mahbob Pn Lee Yoke Lim Tidak Hadir Bersebab: 1. 2. 3. 4. Pn Hjh Jamaliah Bt Basri Pn Hashimah Bt Abd Wahab Pn Norlia Bt Zolkiaply Pn Rozi Bt Othman Pengetua Penolong Kanan Kurikulm Penolong Kanan Petang Penolong Kanan Ko- Kurikulum Pengerusi Setiausaha Unit BKK Penolong Setiausaha Unit BKK AJK Unit BKK AJK Unit BKK AJK Unit BKK AJK Unit BKK

AGENDA MESYUUARAT: 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru. 1.2. Beliau memohon maaf kerana terpaksa menundakan tarikh mesyuarat disebabkan beliau hadir ke mesyuarat di PPD pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum itu. 1.3. Guru mesyuarat perlu akur terhadap takwim yang tentang pengurusan biasiswa. 2. PENGURUSAN UNIT BIASISWA, KEBAJIKAN DAN KWAMP 2.1. Pengurusan Takaful 2.1.1. Pn Azizah menjelaskan bahawa setiap sekolah perlu mewujudkan jawatankuasa takaful. Beliau mengumumkan bahawa ahli jawatamkuasa biasiswa, kebajikan dan KWAMP juga merupakan ahli jawatankuasa Takaful. 2.1.2. Bayaran takaful tahun ini akan ditanggung oleh pihak sekolah. 2.1.3. Borang tuntutan takaful tahun ini tidak ada nombor siri. Oleh itu, ibu bapa mereka boleh mendapatkannya di sekolah. 2.1.4. Pengerusi telah meminta Cik Chen supaya menolong beliau untuk memantau urusan-urusan takaful. Tindakan: Semua ahli mesyuarat

2.2.

Pengurusan Biasiswa Persekutuan Kecil (BKP) 2.2.1. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengeluarkan borang permohonan untuk BKP kepada murid yang layak memohon berdasrkan data SMM sekolah dan tidak mempunyai kesalahan disiplin pada 30 Januari 2012. 2.2.2. Pihak sekolah dikehendaki mengumpulkan semula borang permohonan untuk BKP dari murid dan simpan untuk tujuan rekod dan audit pada 13 Februari 2012. 2.2.3. Pihak sekolah dikehendaki menghantar data SMM untuk tujuan permohonan tujuan permohonan secara online kepada PPD pada 24 Februari 2012. 2.2.4. Pada 30 April 2012 hingga 6 Mei 2012, guru biasiswa diingatkan agar peka kepada tarikh mengisi permohonan BKP secara online. 2.2.5. Rayuan gagal online perlu dihantar ke PPD sebelum 20 Jun 2012 . Rayuan mesti ada dokumen seperti surat iringan sekolah, borang permohonan yang lengkap dan minit mesyuarat berkaitan dengan gagal online. 2.2.6. Pengerusi mengingatkan bahawa pemegang biasiswa tidak dibenarkan untuk menyimpan terlalu banyak duit dalam akaun bank. Pemegang biasiswa digalakkan untuk mengelurkannya setiap dua bulan. 2.2.7. Pengeluran biasiswa tidak boleh melebihi RM300 setiap kali. 2.2.8. Guru-guru perlu sentiasa memantau akaun pelajar supaya tiada penyelewengan berlaku. 2.2.9. BKP boleh ditarik balik sekiranya pelajar tidak mencapai keputusan minimum yang dikehendaki. Tindakan: Semua ahli mesyuarat

2.3. Pengurusan KWAMP 2.3.1. Pengedaran borang KWAMP sudah dijalankan kerana permohonan tersebut perlu dihantar ke PPD sebelum 27 Januari 2012. 2.3.2. Pengerusi mengingatkan guru-guru biasiswa supaya dapat mengesan murid yang layak malalui data SMM. Guru biasiswa juga boleh meminta bantuan daripada guru tingkatan satu dan tingkatan peralihan. 2.3.3. Guru biasiswa diingatkan untuk mendaftarkan murid miskin di e-kasih. Bancian akan dilakukan melalui sistem tersebut. 2.3.4. Guru biasiswa perlu melengkapkan semua maklumat dalam program yang disediakan sebelum 20 Januari 2012 disebabkan cuti tahun baru Cina. Tindakan: Semua ahli mesyuarat 3. Program dan aktiviti Unit Biasiswa, Kebajikan dan KWAMP 3.1. Terdapat tiga program telah dijalankan tahun lepas dan akan diteruskan untuk tahun ini. 3.2. Program dan aktiviti untuk Unit Biasiswa, Kebajikan dan KWAMP akan dipantau dari semasa ke semasa. Tindakan: Semua ahli mesyuarat

4.

ADUAN 4.1. Pn Zaiton mangadu bahawa murid selalu lewat menghantar borang dan maklumat yang diisikan tidak lengkap. 4.2. Cik Chen mencadangkan supaya pelajar terus berurus dengan setiausaha dan penolong setiausaha unit untuk memantau proses penyerahan borang permohonan dan memeriksa maklumat dalam borang. Tindakan: Cik Chen dan Pn Zaiton HAL-HAL LAIN 5.1. Pengerusi meminta semua guru biasiswa perlu sabar apabila menguruskan permohonan pelajar. Beliau memahami bahawa masa adalah terlalu singkat untuk menguruskan permohonan biasiswa dan permohonan tersebut perlu dihantar ke PPD pada masa yang ditetapkan. 5.2. Cik Chen mencadangkan supaya mewujudkan buku pemantauan penyerahan borang. Ini adalah untuk mencatatkan tarikh murid menghantar borang. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan pihak sekolah sekiranya permohonan lewat kerana penghantaran borang yang lewat. Tindakan: Semua ahli mesyuarat

5.

6. PENUTUP 6.1. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana sudi menerima perlantikan. Beliau berharap semua ahli jawatankuasa dapat melaksanakan tugas dengan penuh semangat. Tindakan: Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.10 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Cik Chen Loo Yee Setiausaha Unit Biasiswa, Kebajikan dan KWAMP SMK Raja Mahadi Klang 19 JANUARI 2012

Pn Azizah Bt Daud Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Raja Mahadi Klang