Anda di halaman 1dari 9

REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS MTE 3114 OLEH : HISYAMUDDIN BIN ARIS

Dalam melaksanakan tugasan MTE 3114 ini, iaitu Aplikasi Matematik, saya telah diberikan 3 tugasan yang berbeza untuk meningkatkan kefahaman serta pengetahuan dalam kursus ini dengan lebih baik lagi. Sepanjang mempelajari kandungan proforma, saya berasa kursus ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya kerana ia melibatkan banyak aplikasi Matematik dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, pengekodan, ubatan, mangsa dan pemangsa, dan pelbagi lagi perkara yang sebenarnya melibatkan aplikasi Matematik moden. Pada pandangan saya, tugasan yang telah diberikan sememangnya sangat membantu serta berguna kepada saya untuk menambah serta meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kursus ini. Pada mulanya, saya berasa tugasan yang diberikan agak berat untuk difahami kerana melibatkan banyak perkara serta pengetahuan yang baharu. Namun, saya berasa ter terpanggil untuk menghasilkan kerja yang bagus dan berkualiti. Justeru, dengan adanya kolaborasi dengan rakan-rakan serta perkongsian ilmu dengan mereka, tugasan yang diberikan dapat difahami dengan lebih baik. Saya mula menyediakan bahan serta membuat ulang kaji terhadap tugasan yang dikehendaki proforma. Saya mulakan dengan tugasan pertama. Dalam tugasan ini saya telah diminta untuk menyediakan Buku Skrap yang menceritakan mengenai

perkembangan sejarah kod serta penemuan kekunci awam kriptografi. Pada pandangan saya, mencari maklumat sejarah perkembangan kod merupakan sesuatu yang menarik untuk diterokai apatah lagi, hal ini merupakan perkara yang baharu kepada saya. sebelum ini, saya hanya mengetahui kod-kod yang digunakan di dalam komputer serta teknologi telefon pintar, iaitu kod binari. Namun, dengan adanya tugasan ini, saya dapat mengetahui pelbagai perkara baharu mengenai sejarah perkembangan kod melalui timeline sejarah.

Sebenarnya, sejak dahulu lagi, manusia telah menggunakan kod dalam kehidupan seharian sebagai kod rahsia untuk peperangan, menghantar mesej dan sebagainya. Sebenarnya, semasa memulakan pencarian bahan bagi tugasan pertama ini, saya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan dengan kriptografi. Justeru, saya telah mencari maklumat mengenai definisi mengenai kriptografi. Ianya boleh didefinisikan sebagai penulisan kod rahsia dan ianya merupakan seni dalam sejarah. Ada juga yang mengatakan bahawa Kriptografi mula diperkenalkan selepas sistem tulisan wujud. Namun, hal ini tidak dapat dipastikan kerana mendapat percanggahan daripada pelbagai pakar sejarah. Semasa menjejak sejarah kod ini, saya tidak terkejut kerana kebanyakan bentuk kriptografi muncul selepas perkembangan komunikasi komputer. Dalam data dan komunikasi, kriptografi merupakan elemen yang sangat penting apabila menghubungi sesuatu yang tidak dipercayai. Apa yang saya faham melalui konteks ini adalah mereka menyediakan satu kod rahsia apabila berhubung dengan orang luar melalui jaringan seperti internet. Maksud melalui kamus pula adalah kriptogarfi merupakan penulisan yang tersembunyi dan berasal daripada perkataan Greek. Melalui pembacaan saya, antara sejarah awal kriptografi mula diperkenalkan oleh orang-orang Egypt, Arab dan juga Roman. Dalam tugasan pertama ini juga, adalah beberapa istilah yang penting untuk diketahui saya untuk membuat buku skrap saya adalah kriptologi, kriptografi, kriptanalisis, plaintext, cipher text, dan juga cipher. Berdasarkan pembacaan berikut merupakan definisi bagi istilah-istilah tersebut . Kriptologi kajian mengenai komunikasi yang selamat yang melibatkan kriptografi dan kriptanalisis. Kriptografi seni dan sains yang menggunakan matematik untuk maklumat yang selamat and mencipta satu tahap kepercayaan yang tinggi dalam dunia elektronik. Manakala kriptanalisis adalah cabang kriptografi yang digunakan untuk memecah cipher untuk menyelamatkan maklumat dan encript maklumat yang dikenal sebagai asli.

Dalam tugasan ini juga, saya juga harus mengetahui beberapa lagi istilah yang akan digunakan dalam Buku Skrap nanti. Misalnya encrypt, decrypt, plaintext, ciphertext, and cipher. Pada awalnya, semasa menyediakan bahan untuk Buku Skrap, saya selalu mengalami masalah dalam membezakan perkataan encrypt dan juga decrypt. Justeru, melalui pembacaan, kini saya dapat membezakan keduaduanya. Encrypt bermaksud menukar maklumat daripada satu sistem kepada satu sistem komunikasi yang lain iaitu menukar mesej awal kepada kod. Di sini yang saya faham adalah menukar maklumat asli ke dalam bentuk yang tersembunyi supaya sukar dibaca oleh pihak lain. Manakala Decrypt adalah proses menukar kod kepada teks atau mesej asal. Menyediakan Buku Skrap merupakan satu perkara yang rumit tetatp menyeronokkan. Dulu semasa berada di sekolah rendah dan menengah, saya telah dibiasakan dengan membuat Buku Skrap. Justeru, saya tidak mempunyai masalah yang besar untuk menyediakannya mengikut stail serta corak yang saya minati. Cuma kekangan masa yang kurang mencukupi menyebabkan Buku Skrap yang dibuat oleh saya mengambil masa yang agak lama. Namun, saya berjaya juga menyiapkannya mengikut tempoh masa yang telah diberikan oleh pensyarah. Penghasilan Buku Skrap memerlukan penelitian serta usaha yang tinggi supaya maklumat-maklumat penting mengenai sejarah perkembangan kod dapat

diterjemahkan dengan baik dan mudah difahami. Menyediakan Buku Skrap yang baik juga memerlukan kreativiti serta seni yang halus. Melalui pengalaman saya menyediakan Buku Skrap ini, rakan-rakan banyak membantu dalam memberikan idea serta perkongsian maklumat untuk menjadikan Buku Skrap ini lebih menarik dan dapat difahami melalui gambar serta penerangan yang jelas. Sejarah perkembangan kod telah bermula sejak 1900 sebelum masihi sehinggalah tahun 1933-1945. Melalui penerokaan yang saya cari mengenai time-line sejarah kod, terdapat beberapa kod yang menarik perhatian saya. Misalnya, ATBASH, Skytale, Caesar dan Enigma. Enigma merupakan mesin yang diguna pakai semasa peperangan. Negara-negara besar seperti Perancis, Jerman, dan Amerika.

Sebenarnya, semasa memecah dan menukar kod, melalui Buku Skrap yang dihasilkan oleh saya, saya telah belajar mengenai beberapa teknik asas yang biasa digunakan dalam kaedah klasik merungkai data. Ada beberapa kaedah tersebut mudah digunakan dan sangat senang. Antara kaedah klasik kriptografik yang digunakan adalah transpositions, pig-Latin, Grille, pengantian Caesar, dan juga Atbash. Dengan adanya kaedah-kaedah yang digunakan ini, saya berasa teruja dan seronok untuk memecahkan kod. Kaedah lain yang saya jumpai sepanjang pencarian kod sejarah ini juga adalah playfai, monoalphabetic, map cipher, dan Jefferson cipher. Penerokaan terhadap kekunci awam kriptografi pula menyebabkan saya lebih seronok dan teruja untuk menyiapkan buku skrap saya ini. Misalnya, melalui pencarian di internet, saya mendapati terdapat beberapa algoritma yang digunakan sebagai password protection dan juga private communication. Antara yang popular bagi kekunci awam kriptografi adalah RSA. Lain-lain algoritma yang diguna pakai adalah Data Encryption Standard (DES), Advanced Encryption Standard (AES), Blowfish, Diffie-Hellman, Pretty Good Privacy (PGP), Message Digest (MD) algorithems 2,4,5, International Data Encrytion Algortithm (IDEA) dan Public-Key Crytography Standards (PKCS). Melalui kefahaman saya semasa menyediakan bahan bacaan mengenai algoritma yang digunakan ini adalah teknik-teknik ini dihasilkan supaya sistem atau mesej yang ingin disampaikan tidak di -hack oleh orang luar. Disebabkan itulah kod sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pembacaan serta maklumat yang dikumpul sepanjang menyiapkan tugasan pertama ini didapati daripada pelbagai sumber. Justeru, saya telah membuat perkongsian maklumat serta perbincangan dengan rakan-rakan untuk menggunakan maklumat yang benar-benar dipercayai untuk dimasukkan dalam Buku Skrap saya ini supaya di akhir penghasilan nanti, segala maklumat yang diselitkan adalah diterima umum oleh pembaca. Kebaikan membuat Buku Skrap menyebabkan saya berhati-hati dan selalu membuat perbincangan dengan rakan-rakan yang lain untuk mengambil maklumat yang penting dan berkenaan sahaja.

Kebaikan yang dapat saya perolehi daripada penghasilan Buku Skrap ini adalah dengan mengaitkannya dengan situasi aplikasi Matematik pada zaman moden ini. Perkaitannya dengan aplikasi Matematik akan menyebabkan sistem kod diguna pakai dalam cap jari, optical (iris/retina), facial structure, suara, signature, dan keystroke (password dan pin). Kesemua yang disebutkan ini adalah penghuraian kod yang digunakan dalam sistem digital terkini iaitu Biometriks. Misalnya, jika kita lihat di dalam filem-filem yang dihasilkan oleh orang Barat, jika pegawai atasan yang ingin masuk ke dalam ruang sistem pertahanan, mereka menggunakan sistem retina -scanning sebagai password. Maksudnya, jika retina pegawai itu dapat dikenal pasti, barulah mereka dapat menembusi pintu ke ruang tersebut. Hal ini untuk mengelakkan pihak musuh daripada menceroboh ruang sistem pertahanan tentera. Itulah contoh aplikasi kod untuk masa hadapan. Melalui penghasilan Buku Skrap ini juga, saya juga mendapat pengetahuan baharu mengapa kod sangat penting dan berguna kepada setiap sistem dan masyarakat pada zaman dahulu. Antara kepentingan kod ini adalah ; Kegunaan peribadi Authentication(pengesahan), Certification (kelulusan), Perbankan elektronik Komunikasi selamat Passwords Mobile Phone (phone number).

Berdasarkan konteks kepentingan di atas, sememangnya sistem keselamatan digunakan dalam kehidupan seharian kita supaya segala maklumat serta simpanan data kita terselamat daripada dijejaki oleh orang luar dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam tugasan pertama ini juga, saya juga telah diminta oleh proforma kursus untuk menghasilkan dan mencipta satu kod peribadi. Pada mula saya berasa sangat susah untuk mencipta kod sendiri yang kreatif serta lain daripada yang lain. Saya banyak bertanya kepada rakan-rakan mengenai mencipta kod dengan kreatif. Kelemahan saya adalah saya mengambil masa yang agak lama untuk memilih serta membuat keputusan untuk menggunakan kod kreatif yang sesuai. Melalui aplikasi pembelajaran sejarah kod penggantian dan transposisi, banyak yang dapat saya kaitkan untuk mencipta kod sendiri. Pada mulanya saya hendak menggunakan elemen-elemen semula jadi sebagai simbol kepada plain teks saya, namun, disebabkan saya sukar mendapatkan nama bagi kesemua huruf, saya tidak jadi menggunakannya sebagai kod kreatif saya. Saya terlihat iklan penerbangan Air Asia di kaca televisyen dan mendapat ilham untuk mengggunakan nama-nama tempat menarik di dunia sebagai simbol kepada pesanan dan mesej yang akan disampaikan nanti. Dengan bantuan rakan saya, saya mendapat ilham dan idea untuk menggunakan nama-nama negara serta negeri yang popular di dunia sebagai kod rahsia saya. saya menggunakan warna bendera setiap negara tersebut untuk dijadikan sebagai kod rahsia saya. Kawan saya ini sangat gemar melancong, dan disebabkan beliau mengenali banyak negara, saya meminta beliau membantu saya mencari nama-nama negara serta negeri yang jarang disebut oleh kita semua. Antara nama negara tersebut adalah Panama, Oman, Queensland dan sebagainya. Antara satu negeri yang menarik perhatian saya adalah Linstintein yang merupakan negeri beraja yang paling kecil. Justeru, saya memulakan penciptaan kod bagi kunci peribadi saya. Orang yang ingin membaca mesej serta maklumat yang dihantar oleh saya harus mengenal pasti bendera dan huruf pertama negara tersebut. Bendera dan nama negara yang dipilih saya secara rambang. Ianya mudah tetapi orang yang ingin menghuraikan kod tersebut harus mengetahui negara yang dipilih oleh saya. Bagi menghuraikan kod yang ditulis oleh saya, mereka harus menggunakan huruf pertama bagi nama negara tersebut.

Berikut merupakan nama-nama negara yang dipilih oleh saya sebagai kod rahsia mesej ; Alaska, Argentina, Albania, Bostwana, Brazil, Czech-Republic, Chile, Denmark, Deutchland, England, Finland, France, Giorgia, Ghana, Gambia, Guatemala, Greece, Hungary, Ireland, India, Indiana, Italy, Jamaica, Jordan, Kuwait, Kazakhtan, Kosovo, Kenya, Lesoto, Lebanon, Libya, Liechtenstein, Montenegro, Morroco, Monaco, Maldives, Netherlands, Oman, Panama, Poland, Queensland, Romania, Russia, San Morino, Scortland, Sweden, Slovania, Somalia, Switzerland, Spain, Slovakia, Thailand, Trinidate, Togo, Uganda, United Arab Emirates, Vatican, Vietnam, Wales, Xian, Yugoslavia, Zambia, Zimbabwe. Penghasilan Buku Skrap juga memberikan cabaran yang agak berat bagi saya kerana kadang kala maklumat yang saya perolehi sangat limited dan saya meminta kawan-kawan untuk berkongsi maklumat serta berbincang yang mana satu harus diletakkan di dalam Buku Skrap saya. Buku Skrap juga memerlukan saya sangat berhati-hati dan melakukan kerjakerja mencantikkan Buku Skrap. Disebabkan saya tidak kreatif di dalam kerja tangan, saya sedaya upaya cuba menghias Buku Skrap dengan lebih cantik dan kelihatan kemas untuk dibaca oleh orang lain. Namun, selepas menyiapkan Buku Skrap ini, saya berasa sangat gembira dan seronok kerana dapat menghasilkannya dengan kreativiti sendiri. Saya juga melihat rakan-rakan yang lain dapat menghasilkan Buku Skrap dengan cantik dan kemas. Perkongsian ilmu serta maklumat menyebabkan saya dapat menambahkan lagi pengetahuan mengenai sejarah perkembangan kod serta teknologi digital untuk menjaga keselamatan maklumat yang diberikan. Dalam tugasan kedua pula, saya telah ditugaskan untuk mencari bahanbahan serta artikel mengenai penghampiran nilai Pi yang dilakukan oleh Archimedes. Pada mulanya, saya berasa kurang yakin terhadap pencarian tajuk ini kerana ini merupakan kali pertama saya akan mengkaji sejarah bagaimana nilai Pi itu diperolehi.

Saya mula mengumpul dan mencari bahan-bahan pembacaan yang berkaitan dengan pencarian nilai Pi. Saya menggunakan buku-buku di perpustakaan dan juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat serta perincian mengenai tajuk penghampiran kepada nilai Pi oleh Archimedes. Dalam pada masa saya mencari artikel serta bahan-bahan berkaitan dengan tajuk tugasan ini, saya mula berasa seronok kerana ianya berkaitan dengan sejarah bagaimana nilai Pi itu ditemui. Maka saya mula membaca bahan pembacaan yang telah dikumpul untuk memulakan tugasan. Terdapat pelbagai teknik serta cara yang telah ditemui oleh saya untuk mendapatkan sejarah penghampiran Pi. Pada zaman Archimedes, trigonometri dan sistem pengiraan elektronik masih belum berkembang pada ketika itu. Maka, menggunakan Theorem Phytogras, Archimedes berjaya mendapatkan nilai penghampiran kepada nilai Pi. Disebabkan saya masih keliru untuk menggunakan kaedah yang mana satu, saya telah berjumpa dan berbincang dengan rakan-rakan yang lain untuk mengira penghampiran nilai Pi seperti yang dibuat oleh Archimedes. Beliau telah menggunakan pengiraan terterap di dalam dan terterap di luar bagi mendapatkan nilai Pi. Bagi menambah serta mengukuhkan pengiraan yang dibuat secara tangan ini, saya juga membuka Youtube dan belajar secara maya bagaimana cara Archimedes mendapatkan nilai Pi. Pada saya, kaedah teknologi juga banyak membantu saya mendapatkan pengiraan penghampiran kepada nilai Pi. Cuma salah satu masalah semasa saya menyelesaikan tugasan kedua ini adalah, saya harus menggunakan Geometer Skatch Pad (GSP) untuk membuat bulatan serta segi sebagaimana yang ditunjukkan oleh pengiraan Archimedes. Sebenarnya ia mudah, namun disebabkan sudah lama tidak menggunakannya, saya berasa susah dan mujurlah rakan saya, Muhammad Haziq telah membantu saya bagaimana untuk menggunakan GSP dengan betul. Kemudian, barulah saya dapat menggunakan GSP untuk melukis bulatan serta segitiga di dalamnya untuk membuat pengiraan berdasarkan kaedah Archimedes.

Secara

keseluruhannya,

tugasan

kedua

ini

membantu

saya

untuk

mendapatkan pengiraan kepada penghampiran kepada nilai Pi. Pada pandangan saya, mempelajari sejarah penghampiran Pi adalah sangat penting kepada seorang guru kerana kita dapat menerangkan kepada murid. Murid hanya mengetahui nilai Pi, mungkin mereka tidak tahu bagaimana nilai itu ditemui. Justeru, apabila mengajar murid nanti, kita boleh menyelitkan unsur sejarah dalam perkembangan matematik untuk menarik perhatian mereka mengenai pembelajaran Matematik. Tugasan kursus Aplikasi Matematik ini telah membantu saya menambah pengalaman serta pengetahuan baharu yang menyeronokkan. Melalui kedua-dua tugasan yang dihasilkan ini saya berjaya memperoleh banyak ilmu baharu serta pengetahuan yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan kelak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Miss Oon dan rakan-rakan kelas yang banyak membantu saya dalam usaha menghasilkan Buku Skrap, Tugasan 2, dan lain-lain lagi. Sekian.