Anda di halaman 1dari 44

TUGASAN INDIVIDU

PENGURUSA N GRAFIK
Teknik Menuang Bahan Kimia

Penyimpanan Peralatan Sains Pengawetan Basah Pengawetan Kering

PENGAWETAN BASAH

Pengawetan spesimen haiwan Pengawetan spesimen tumbuhan


Bahan/Radas: 1. Spesimen pilihan 2. Botol pilihan 3. Botol spesimen (sesuai dengan saiz spesimen) 4. Bahan pengawetan (jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis dan bahagian spesimen) Kaedah: Spesimen Alga, kulat dan buah yang lembut Bahan dan kepekatan pengawet Larutan Formalinasetik -alkohol (FAA) (Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glacial, 90ml etanol 70% dan 5ml formalin asal formaldehid 40%) Larutkan 50g zink klorida dalam 1liter air suling. Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol. Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum (II) asetat ke dalam asid asetik glacial yang telah dicairkan selama 10 minit. Biarkan larutan sejuk. Basuh spesimen dengan air mengalir. Simpan spesimen dalam larutan formalin 5%. Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam asid asetik glacial dicampurkan dengan empat bahagian air). Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5% selama 24 jam. Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit (Na2SO3) berkepekatan 0.2 molar. Bahan/Radas: 1. Spesimen pilihan 2. Botol pilihan 3. Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen) 4. Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan pada dinding botol spesimen) 5. Bahan pengawet, sama ada Etanol atau Formalin (formalin asal berkepekatan 40%) (Nota: kepekatan bergantung kepada saiz spesimen)
Spesimen Haiwan kecil (seperti serangga dan invertebrate lain) Haiwan besar (seperti moluska, amfibia, reptilia dan mamalia) Bahan dan kepekatan pengawet Alcohol 70-80% Formalin 4% (100ml 40% formalin asal + 900ml air suling)

Definisi
Proses mengekalkan spesimen secara basah di dalam larutan pengawet yang sesuai.

Bahan dan Alatan Pengawetan


Etanol Bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada formalin. Spesimen yang bersaiz kecil. Formalin Kosnya lebih murah. Spesimen yang bersaiz besar. Balang spesimen/ botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar, dan mempunyai penutup.

Buah (bagi mengekalkan warnanya) Bahagian berwarna hijau ingin dikekalkan

Kebaikan
Sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Sesuai untuk spesimen tumbuhan untuk mengekalkan warna asal bahagianbahagiannya.

Tumbuhan secara umum

6. Tali nilon atau benang 7. Kloroform 8. Kapas 9. Forsep (dan peralatan lain yang sesuai) Kaedah: Matikan spesimen dengan menggunaka kloroform dalam sebuah botol berpenutup. (Nota: sebagai pilihan, spesimen boleh dimatikan dengan cara-cara lain tetapi yang penting ia dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan) Ikat spesimen pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas. Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik. Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya. Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan). Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
Nama saintifik Nama am Tarikh Habitat/ tempat spesimen diperoleh Nama pengumpul Larutan pengawet

Kekurangan
Bahan pengawet mempunyai had tempoh yang tertentu. Memerlukan ruang tertentu untuk disimpan.

Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke


dalam larutan pengawet terakhir, langkah seterusnya

Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular pula, kita harus menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya. Oleh kerana alcohol (etanol) mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya

TEKNIK MENUANG BAHAN KIMIA

Menuang bahan kimia dari botol reagen

Dari botol reagen ke dalam tabung uji

Dari bikar ke bikar lain

Ambil botol reagen dan periksa label.

Tuang larutan ke dalam bikar.

Tuang larutan ke atas rod kaca. Rod kaca perlu bersih dan kering.

Tanggal penutup botol reagen dengan menggunakan jari kelingking. Penutup diletakkan di atas meja dengan kepala penutup berada di bahagian bawah.

Semasa menuang pastikan label reagen menghadap ke atas.

Dengan menggunakan penitis yang menegak, ambil larutan yang dikehendaki.

Tujuan : Bagi mengurangkan percikan larutan ke luar bikar.

Tutup semula botol reagen dengan cepat selepas selesai menuang bahan kimia yang dikehendaki.

Larutan yang diambil dari bikar dimasukkan ke dalam tabung uji menggunakan penitis. Kedudukan penitis hanya di bahagian atas tabung uji untuk memasukkaan larutan. Pastikan penitis tidak termasuk ke larutan yang dimasukkan ke dalam tabung uji. Bagi bahan pepejal kimia

Gunakan kain basah untuk mengelap sisa bahan kimia yang meleleh di sekeliling botol reagen.

Gunakan spatula besi atau plastik yang sesuai untuk mengelakkan tindakbalas kimia. Digalakkan menuang serbuk secara langsung ke dalam bekas yang dikehendaki.

Letakkan tabung uji di tempat yang selamat.

PENYIMPANAN PERALATAN SAINS

Peralatan sains perlu disimpan dengan cara yang teratur dan selamat supaya ia mudah dikesan serta mengelakkan kemalangan. Bahan dan peralatan sains yang perlu disimpan dengan cermat termasuk radas kaca, radas optik, radas elektrik, dan bahan kimia.

Radas Kaca

Radas Optik Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik supaya tidak senang tergores. Radas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah. Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik. Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulat.

Radas Elektrik Alat elektrik mesti disimpan di tempat yang kering. Sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan daripada litar pintas berlaku.

Bahan Kimia

Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan dalam almari tertutup. Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar radas dari almari, elak simpan radas kaca tersebut pada tempat yang terlalu tinggi. Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama. Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang manakala yang rendah di bahagian hadapan. Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang tertutup dan dilabel. Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk bagi mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang hendaklah ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk masuk. Biuret dan pipet hendaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak khas.

Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik. Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh. Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap. Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan Bahan Beracun. Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul. Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.

Proses

PENGAWETAN KERING

Pengawetan spesimen tumbuhan Pengawetan spesimen haiwan


Pengumpulan Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat. Penekanan Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Pengeringan Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 60oc selama 3 6 hari. Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu). Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Pemanjangan Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena. Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol. Pengelasan Pelabelan Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan.
Nama saintifik/botani Nama tempatan/asal Nama bahasa inggeris Lokasi spesimen boleh ditemui Nama orang yang menemui/mengumpul Tarikh Warna asal dan bentuk bunga Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya Tarikh berbuah atau berbunga Jenis tanah tempat spesimen tumbuh Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Setelah spesimen dimatikan, Spesimen bersaiz besar : keluarkan bahagian tubuh yang mudah rosak (seperti sistem pencernaan) dan tempatnya digantikan dengan bahan kering lain (sabut atau kapas). Tempat pembedahan hendaklah dijahit dengan baik dan kemas supaya kesan-kesan pembedahan dapat diminimumkan. Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau mempunyai tisu yang tebal bolehlah diawet secara suntikan seperti kaedah berikut: Spesimen Kaedah pengawetanBurung dan haiwan kecil lainSuntikan formalin 3% Bahagian mata boleh digantikan dengan mata palsuSerangga Suntikkan formalin 3% di bahagian kepala, toraks dan abdomen. Spesimen ini disimpan di atas papan khas bagi membolehkan sayapnya tidak rosak. Keringkan spesimen haiwan kecil sebaiknya di dalam ketuhar pada julat suhu di antara 50-70oC. Untuk serangga, biarkan selama dua minggu sehingga menjadi kering. Pastikan spesimen telah cukup kering sebelum disimpan atau dipamerkan. Adalah dicadangkan agar spesimen ini disimpan di dalam kotak kaca yang kalis kelembapan kerana kita boleh meletakkan bahan pengawet tambahan (misalnya naftalena atau racun perosak di dalam kotak itu) untuk menambah ketahanan spesimen.

Definisi
Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam sebarang bahan pengawet.

Kebaikan
Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil. Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium. Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga.

Kekurangan
Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak.

Penyimpanan Hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

TUGASAN KUMPULAN

PENGAWET AN BASAH DAN KERING

GETAH

ALAT BANTU MENGAJAR KIT LITAR

PENGAWET AN BASAH DAN KERING GETAH

(Hevea brasiliensis)
1.0 1.1 PENGAWETAN Definisi pengawetan Pengawetan adalah proses mengekalkan spesimen sama ada secara basah atau secara kering. 1.2 Jenis pengawetan Terdapat dua jenis pengawetan iaitu pengawetan secara basah dan pengawetan secara kering. Pengawetan secara basah Pengawetan secara kering 1.2.1 Pengawetan secara basah Definisi

Proses mengekalkan spesimen secara basah di dalam larutan pengawet yang sesuai. Bahan dan alatan untuk pengawetan basah Etanol Bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada formalin. Spesimen yang bersaiz kecil. Formalin Kosnya adalah lebih murah. Spesimen yang bersaiz besar. Baling spesimen/ botol kaca Mestilah tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup.

Kebaikan menggunakan kaedah pengawetan basah Sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Sesuai untuk spesimen tumbuhan untuk mengekalkan warna asal bahagian-bahagiannya. Kekurangan menggunakan kaedah pengawetan basah Bahan pengawet mempunyai had tempoh yang tertentu. Memerlukan ruang tertentu untuk disimpan.

Jenis pengawetan basah Terdapat dua jenis pengawetan secara basah iaitu : Pengawetan basah untuk spesimen tumbuhan Pengawetan basah untuk spesimen haiwan Pengawetan basah untuk spesimen tumbuhan Bahan/Radas: 1. Spesimen pilihan 2. Botol pilihan 3. Botol spesimen (sesuai dengan saiz spesimen) 4. Bahan pengawetan (jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis dan bahagian spesimen) Kaedah: Spesimen Alga, kulat dan buah yang lembut Bahan dan kepekatan pengawet Larutan Formalinasetik -alkohol (FAA) (Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glacial, 90ml etanol 70% dan 5ml formalin asal formaldehid Buah (bagi mengekalkan warnanya) Bahagian berwarna hijau ingin dikekalkan 40%) Larutkan 50g zink klorida dalam 1liter air suling. Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol. Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum (II) asetat ke dalam asid asetik glacial yang telah dicairkan selama 10 minit. Biarkan larutan sejuk. Basuh spesimen dengan air mengalir. Simpan spesimen dalam larutan formalin 5%. Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam asid asetik glacial dicampurkan dengan Tumbuhan secara empat bahagian air). Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5%

umum

selama 24 jam. Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit (Na2SO3) berkepekatan 0.2 molar.

Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan pengawet terakhir, langkah seterusnya sama seperti pengawetan haiwan (langkah 4-6).

Pengawetan basah untuk spesimen haiwan Bahan/Radas: 1. Spesimen pilihan 2. Botol pilihan 3. Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen) 4. Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan pada dinding botol spesimen) 5. Bahan pengawet, sama ada Etanol atau Formalin (formalin asal berkepekatan 40%) (Nota: kepekatan bergantung kepada saiz spesimen) Spesimen Haiwan kecil (seperti serangga dan invertebrate lain) Haiwan besar (seperti moluska, amfibia, reptilia dan mamalia) Bahan dan kepekatan pengawet Alcohol 70-80% Formalin 4% (100ml 40% formalin asal + 900ml air suling)

6. Tali nilon atau benang 7. Kloroform 8. Kapas 9. Forsep (dan peralatan lain yang sesuai) Kaedah:

o Matikan spesimen dengan menggunaka kloroform dalam sebuah botol berpenutup. o (Nota: sebagai pilihan, spesimen boleh dimatikan dengan caracara lain tetapi yang penting ia dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan) o Ikat spesimen pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas. o Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik. o Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya. o Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh mengoksidakan yang etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan). o Tampalkan berikut: Nama saintifik Nama am Tarikh Habitat/ tempat spesimen diperoleh Nama pengumpul Larutan pengawet label mengandungi maklumat-maklumat

Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular pula, kita harus menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya.

Oleh kerana alcohol (etanol) mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan spesimen yang diawet. 1.2.2 Pengawetan secara kering Definisi Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam sebarang bahan pengawet. Kebaikan menggunakan kaedah pengawetan kering Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil. Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium. Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga. Kekurangan menggunakan kaedah pengawetan kering Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak. Jenis pengawetan basah Terdapat dua jenis pengawetan secara kering iaitu : Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhan

Pengawetan kering untuk spesimen haiwan

Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhan Pengumpulan Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.

Penekanan Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Pengeringan Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 60 oc selama 3 6 hari. Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu). Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Pemanjangan Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena. Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol. Pengelasan Pelabelan Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan. Nama saintifik/botani

Nama tempatan/asal Nama bahasa inggeris Lokasi spesimen boleh ditemui Nama orang yang menemui/mengumpul Tarikh Warna asal dan bentuk bunga Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya Tarikh berbuah atau berbunga Jenis tanah tempat spesimen tumbuh Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Penyimpanan Hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk. Pengawetan kering untuk spesimen haiwan Setelah spesimen dimatikan, Spesimen bersaiz besar : keluarkan bahagian tubuh yang mudah rosak (seperti sistem pencernaan) dan tempatnya digantikan dengan bahan kering lain (sabut atau kapas). Tempat pembedahan hendaklah dijahit dengan baik dan kemas supaya kesan-kesan pembedahan dapat diminimumkan. Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau mempunyai tisu yang tebal bolehlah diawet secara suntikan seperti kaedah berikut: Spesim en Burung dan Kaedah pengawetan Suntikan formalin 3% Bahagian mata boleh digantikan dengan mata palsu

haiwan kecil lain Serang ga Suntikkan formalin 3% di bahagian kepala, toraks dan abdomen. Spesimen ini disimpan di atas papan khas bagi membolehkan sayapnya tidak rosak. Keringkan spesimen haiwan kecil sebaiknya di dalam ketuhar pada julat suhu di antara 50-70oC. Untuk serangga, biarkan selama dua minggu sehingga menjadi kering. Pastikan spesimen telah cukup kering sebelum disimpan atau dipamerkan. Adalah dicadangkan agar spesimen ini disimpan di dalam kotak kaca yang kalis kelembapan kerana kita boleh meletakkan bahan pengawet tambahan (misalnya naftalena atau racun perosak di dalam kotak itu) untuk menambah ketahanan spesimen. 2.0 GETAH Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. 2.1 SEJARAH RINGKAS POKOK GETAH DI MALAYSIA Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta.

Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu. Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan: Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah hingga

digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh. 2.2 MAKLUMAT RINGKAS GETAH Nama utara saintifik 1000 bagi km getah selatan ialah Hevea Brasiliensis. Pokok Ia

merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km dengan khatulistiwa. getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius. Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masam atau sentiasa banjir. Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut. Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk. Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan

di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem. Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

Pokok getah

Mesin getah licin

Mesin getah bunga.

Daun dan biji getah 2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL POKOK GETAH

Biji getah

Kulit kayu: Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi

lateks keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.


Daun: Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan

kepada tiga daun kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh.
Bunga: Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam

bentuk tangkai.

Buah: Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah

akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat. Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

3.0

PENGAWETAN

BASAH

DAN

KERING

GETAH

(Hevea

brasiliensis)

REFLEKSI (Nurhidayatul Asyikin binti Mat Refin 900928035600) Pertamanya segala kesyukuran saya panjatkan kepada Ilahi kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan segala tugasan ini. Pengurusan Grafik berkenaan Pengurusan Makmal Sains dan Sumber Untuk tugasan secara individu ini, empat topik dalam Pengurusan Makmal Sains dan Sumber perlu diringkaskan dengan menggunakan pengurusan grafik yang bersesuaian. Oleh itu, saya telah memilih topik berkaitan (1) Teknik menuang bahan kimia, (2) Penyimpanan peralatan Sains, (3) Pengawetan basah, dan (4) Pengawetan kering. Kekuatan dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik

Dalam melaksanakan pengurusan grafik ini, saya dapat meringkaskan maklumat yang telah diperolehi dengan sebaiknya menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. Pemilihan pengurusan grafik ini sangat bersesuaian terutamanya untuk sumber rujukan dalam membantu saya mengulangkaji topik tersebut secara pantas. Malah pengurusan grafik ini akan membantu dalam memberi gambaran keseluruhan topik tersebut berbanding penggunaan bahan bacaan yang berjela-jela. Ini juga akan memudahkan saya terutamanya untuk mengetahui isi-isi penting dan ianya lebih berfokus dan terarah dalam sesuatu topik itu. Kekurangan dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik Namun terdapat beberapa kekurangan dalam tugasan ini, di mana saya mengalami kesukaran untuk membezakan isi-isi penting dengan isi-isi tambahan atau huraian. Ini boleh menyebabkan terdapat pencampuran isi-isi penting dengan isi-isi tambahan atau huraian. Selain itu, tidak semua isi pelajaran berkaitan topik dapat dinyatakan atau dimasukkan dalam pengurusan grafik kerana masalah kekurangan ruang yang terhad.

Halangan dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik Halangan utama dalam menyiapkan tugasan pengurusan grafik adalah kekangan masa untuk menyiapkan tugasan kerana sewaktu menyiapkan tugasan ini saya terlibat dalam program latihan Praktikum di sekolah di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan pengurusan grafik dan tugasan dalam Praktikum seperti portfolio dan RPH serta ABM untuk PnP murid. Peluang dan Keazaman dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik Untuk tugasan yang akan datang berkaitan pengurusan grafik, saya berazam untuk lebih meningkatkan kualiti dalam pengurusan grafik yang disediakan iaitu hanya isi-isi penting sahaja yang disenaraikan bersama isi-isi

huraian yang diperlukan sahaja. Malah pengurusan grafik yang akan disediakan kelak lebih bersifat mesra pembaca dan tidak terlalu formal serta lebih ceria bagi menarik perhatian dan fokus pembaca berkaitan topik yang diringkaskan. Pengawetan Tumbuhan Basah (Mengekalkan kecairan susu getah) Dalam melaksanakan tugasan utama ini iaitu pengawetan tumbuhan basah, pertamanya bermula dengan pemilihan ahli kumpulan iaitu saya bekerjsama dengan Hazanah bt Abdullah, Nora bt Ramin dan Siti Nurhafizah bt Zakaria dalam tugasan untuk menyediakan spesimen pengawetan tumbuhan basah. Untuk tugasan tumbuhan basah kami telah memilih untuk mengawet susu getah dengan menggunakan larutan ammonia yang berbeza kepekatan bagi melihat kadar pembekuan terhadap susu getah tersebut. Justifikasi Pemilihan Susu Getah sebagai Spesimen Awetan Basah Bahan bantu mengajar (BBM) Susu getah cair akan membeku selepas ditoreh dan ini menyebabkan kesukaran bagi guru untuk menjadikan susu getah cair sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam PnP kelas. Peratusan kepekatan larutan ammonia yang diperlukan untuk mengekalkan kecairan dalam susu getah Berdasarkan pembacaan kami dari buku Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah, nisbah larutan ammonia yang diperlukan untuk susu getah adalah berkadaran 1:1. Malah buku tersebut menyatakan hanya 1% larutan ammonia yang diperlukan untuk mengekalkan susu getah supaya cair. Manakala rujukan di Internet pula menyatakan sedikit larutan ammonia diperlukan untuk dimasukkan ke dalam susu getah. Penggunaan keyword sedikit ini menunjukkan bahawa tiada nilai yang tepat untuk penggunaan larutan ammonia dalam pengawetan susu getah cair.

Larutan ammonia hanya mampu mengekalkan kecairan susu getah cair untuk beberapa jam sahaja Hasil daripada temu bual bersama seorang guru yang juga pernah berkhidmat sebagai seorang pegawai dalam bidang berkaitan getah, beliau mengatakan larutan ammonia tidak mampu mengekalkan kecairan susu getah cair untuk tempoh yang sangat lama. Malah, tempoh maksimum yang diberikan adalah selama 48 jam sahaja. Kekuatan dalam Tugasan Pengawetan Susu Getah Cair Hasil dapatan pemerhatian pengawetan kecairan susu getah cair Pengawetan susu getah cecair telah kami mulakan pada 5 September 2013 iaitu bermula dengan penyediaan larutan ammonia sebelum diteruskan dengan mendapatkan susu getah. Susu getah telah diperolehi daripada pokok getah yang ditoreh pada 7 September 2013, setelah itu pemerhatian terhadap kecairan susu getah telah dilakukan sehingga 25 September 2013. Hasil dapatan daripada pemerhatian telah berjaya menjawab beberapa persoalan yang telah dinyatakan dalam justifikasi pemilihan tugasan pengawetan basah susu getah cair. Berdasarkan dapatan tersebut, saya dan ahli kumpulan dapat membuat kesimpulan bahawa: Pertama, pengawetan basah susu getah cair menggunakan larutan ammonia boleh dilakukan oleh guru-guru untuk dijadikan BBM untuk PnP di dalam kelas kerana tahap kecairan susu getah cair dapat dikekalkan dalam tempoh yang melebihi 48 jam (2 hari) dan sehingga tugasan ini dijalankan iaitu selama hampir melebihi 2 minggu. Namun, guru perlu memberi perhatian terhadap penggunaan larutan ammonia bagi kegunaan BBM di dalam kelas iaitu guru boleh menggunakan larutan ammonia yang paling rendah peratusan kepekatannya seperti yang dicadangkan dalam tugasan ini 0.5% larutan ammonia bagi mengurangkan kadar bahaya penggunaan bahan kimia (ammonia) kepada murid. Ini kerana, larutan ammonia mengeluarkan bau

yang busuk di mana boleh menyebabkan keracunan dan muntah-muntah jika dihidu secara berlebihan. Kedua, hasil dapatan dapat menyangkal pernyataan bahawa 1% larutan ammonia merupakan kepekatan minimum yang dicadangkan bagi mengekalkan kecairan susu getah. Ini kerana berdasarkan kajian kami menggunakan kepekatan 0.5% larutan ammonia dengan nisbah 1:1 kepada susu getah, bermula 7 September 2013 iaitu susu getah dimasukkan ke dalam larutan ammonia hingga ke tarikh akhir kajian 25 September 2013 iaitu hampir 19 hari, susu getah masih dalam keadaan cair. Malah menurut rekod kami, susu getah yang tidak diletakkan sebarang bahan pengawet seperi larutan ammonia atau cuka getah untuk membekukan susu getah, susu getah ini mampu berada dalam keadaan cair selama 24 jam sebelum membeku dan ini menyangkal kenyataan yang dibuat bahawa susu getah yang dibiarkan tanpa bahan pengawet akan membeku dalam masa beberapa jam sahaja. Pengalaman sepanjang melaksanakan tugasan Tugasan yang dilaksanakan ini telah memberikan pengalaman yang amat berharga terutamanya bagi ahli kumpulan saya. Pertama, kami perlu mencari sumber susu getah yang merupakan permasalahan utama di mana kawasan Batu Pahat mengalami kurang sumber penanaman getah kerana ianya lebih dimonopoli oleh penanaman kelapa sawit dan sektor perindustrian. Namun, disebalik cabaran ini, kami tanpa sedar telah menjalinkan hubungan yang lebih erat bersama beberapa keluarga yang telah mengusahakan kebun getah di kawasan Kg. Seri Bengkal dan Kg. Parit Andin 3, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Malah mereka sangat berbesar hati untuk membantu dan bekerjasama dengan kami dalam menjalankan kajian ini dengan membekalkan susu getah secara percuma dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Tambahan, layanan yang sangat baik terhadap kami setiap kali berkunjung ke kediaman mereka sepanjang pelaksanaan tugasan membuatkan kami sungguh tersentuh dan terharu dengan kesudiaan mereka walaupun tiada sebarang hubungan persaudaraan yang wujud di antara kami.

Selain itu, hasil pelaksanaan tugasan ini, saya dapat merasakan perbezaan yang sangat ketara iaitu terdapat peningkatan dalam pengetahuan saya berkaitan getah berbanding sebelum tugasan ini dijalankan. Di samping itu, pengalaman yang berkait rapat dengan pengurusan makmal sains iaitu melibatkan proses pemotongan kaca dan penggunaan bahan kimia telah dapat saya praktikan bersama ahli kumpulan yang lain. Pengalaman yang paling tidak dilupakan ketika pemotongan kaca adalah kecedaraan kecil yang telah dialami oleh saya sendiri ketika proses menghancurkan kaca kerana kesilapan dalam peringkat awal pemotongan kaca yang tidak lurus. Teknik dan kaedah yang betul dan saranan proses yang sepatutnya dilakukan sebelum memotong kaca telah diberikan oleh Mejar Dr. Tay Chong Seng akan digunakan oleh kami kelak. Seterusnya untuk penggunaan bahan kimia, kami secara teorinya telah didedahkan dengan langkah-langkah serta kaedah keselamatan yang perlu diambil, tugasan ini membantu kami mempraktikannya hasil daripada teori yang telah dipelajari terutamanya apabila melibatkan penggunaan larutan ammonia yang membebaskan bau secara nyata dapat dihidu dan boleh menyebabkan keracunan dan muntah-muntah jika tiada langkah berjaga-jaga yang diambil. Saya percaya pengalaman yang kami perolehi secara hands-on ini adalah lebih bermakna berbanding pengetahuan secara teori dan membantu kami untuk lebih bersedia kelak sebagai seorang guru Sains yang cekap dan bersedia setiap masa. Kekurangan dalam Pengawetan Susu Getah Cair Berdasarkan perancangan yang dibincangkan bersama ahli kumpulan, kami telah menyediakan 8 botol kaca yang kedap udara untuk tujuan pengawetan basah susu getah. Namun disebabkan oleh masalah teknikal iaitu terdapat tumpahan pada larutan ammonia yang berkepekatan 1% dan sumber susu getah yang terhad kami telah mengabaikan pengisian susu getah pada 2 botol larutan ammonia yang berkepekatan 1% dan 15% untuk pemerhatian dan kajian. Halangan dan Permasalahan dalam Pengawetan Susu Getah Cair

Dalam menyiapkan tugasan ini antara permasalahan dan halangan yang dihadapi adalah keadaan cuaca, sumber susu getah yang terhad dan pengurangan larutan ammonia yang berkepekatan 1%. Keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu pada minggu kajian dimulakan merupakan permulaan cuaca hujan di mana menyukarkan proses torehan pokok getah untuk mendapatkan susu getah kerana pekebun getah tidak akan menoreh pada waktu hujan atas sebab akan berlaku kerosakan pada kulit pokok getah yang akan memberi kesan masa panjang untuk torehan dan pengeluaran susu getah yang seterusnya. Pengeluaran susu getah hasil torehan pada waktu petang pada 7 September 2013 adalah kurang dan in menyebabkan hanya 6 botol kaca spesimen sahaja daripada 8 botol spesimen yang dapat dilaksanakan. Menurut penoreh tersebut, hasil torehan susu getah pada waktu petang adalah kurang berbanding pada waktu pagi. Ini menyebabkan hampir 2 3 jam kami hanya dapat mengumpul sebanyak 6 botol spesimen sahaja iaitu dalam kadar 230 ml susu getah. Seterusnya, masalah sumber susu getah yang terhad memandangkan kawasan Batu Pahat lebih menguasai bidang penanaman kelapa sawit dan sektor perindustrian berbanding penanaman getah. Selain itu, oleh kerana kurang kepekaan kami terhadap penyediaan larutan ammonia, telah terdapat pengurangan larutan ammonia yang berkepekatan 1% kerana telah tumpah ketika dalam perjalanan ke kebun getah bagi tujuan mendapatkan susu getah. Di tambah pula dengan kekurangan sumber susu getah, kami telah mengabaikan satu spesimen ini dan meneruskan dengan spesimen larutan ammonia yang berkepekatan 0.5%, 2%, 3%, 55 dan 10%. Peluang dan Keazaman dalam Pengawetan Susu Getah Cair Merujuk kepada permasalahan dan halangan yang timbul serta kekurangan dalam pengawetan susu getah cair ini, untuk kajian seterusnya kami akan menjalankan kajian dan pemerhatian terhadap larutan ammonia

yang berkepekatan 1%. Selain itu, berdasarkan pembacaan dan rujukan di RISDA Batu Pahat, kadar nisbah antara larutan ammonia dan susu getah yang dicadangkan adalah pada 1:1, oleh itu untuk kajian seterusnya, kami akan menjalankan kajian terhadap kadar nisbah yang berbeza seperti 1(larutan ammonia) : 2 (susu getah) dan lain-lain kadar nisbah yang munasabah bagi melihat perbezaan pada kecairan susu getah serta mencari nilai tetap dan yang lebih spesifik berkaitannya. Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP Kekuatan dalam Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP Berdasarkan permasalahan yang diutarakan dalam PnP iaitu murid sukar untuk membezakan litar bersiri dan litar selari dan murid menghadapi masalah untuk membezakan kecerahan mentol pada litar bersiri dengan kecerahan mentol litar selari. Saya dan pasangan, Nazatul Aleena telah mengadakan perbincangan dan kami telah membina Kit Litar untuk menyelesaikan kedua-dua permasalahan yang timbul dalam PnP. Kit Litar ini mampu menyelesaikan permasalahan kekeliruan murid dalam membezakan litar bersiri dan litar selari kerana Kit Litar ini memaparkan secara jelas kedua-dua litar tersebut ini menyebabkan murid dapat melihat secara jelas dan nyata litar bersiri dan litar selari. Selain itu, Kit Litar ini juga dapat membantu murid melihat dan membezakan secara jelas kecerahan mentol di antara litar bersiri dan litar selari dengan menggunakan Kit Litar ini. Hal ini telah diakui melalui keputusan soal selidik penggunaan Kit Litar dalam PnP dan keputusan analisis yang dilakukan menggunakan lembaran kerja yang dibekalkan melalui dua ujian iaitu Ujian 1 tanpa penggunaan Kit Litar dan Ujian 2 menggunakan Kit Litar. Oleh itu dengan dua kekuatan utama ini iaitu menggunakan Kit Litar, murid dapat membezakan antara litar bersiri dan litar selari dan juga murid dapat membezakan kecerahan mentol antara litar bersiri dan litar selari, dapat dirumuskan bahawa Kit Litar ini dapat memenuhi dua hasil pembelajaran dalam topik Litar menggunakan satu ABM sahaja.

Kekurangan dalam Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP Kit Litar yang dihasilkan ini mempunyai beberapa kekurangan yang memerlukan penambahbaikan untuk penggunaan yang lebih berkesan bagi PnP yang seterusnya. Kit Litar yang dihasilkan ini tidak dapat diubahsuai komponen-komponennya kerana telah ditampal secara tetap pada kadbod. Oleh itu, penggunaan ABM adalah tidak terlalu aktif untuk murid walaupun Kit Litar tersebut dapat mencapai dua hasil pembelajaran sekaligus dalam setiap penggunaannya. Halangan dalam Pembinaan Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP Halangan utama adalah kekangan masa untuk membina Kit Litar yang terdiri daripada dua litar lengkap sekaligus pada satu tempat iaitu litar bersiri dan litar selari atas faktor komitmen yang lain iaitu Praktikum dan tugasan bagi subjek yang lain. Selain itu, kami juga menghadapi masalah dalam mendapatkan komponen-komponen tersebut seperti pemegang bateri, suis, mentol, namun masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana guru pembimbing Praktikum 2 iaitu Encik Tukiran bin Kamari sudi membekalkan kepada kami secara percuma kesemua komponen-komponen yang diperlukan untuk membina Kit Litar ini atas tanda sokongan beliau kepada usaha kami untuk membantu murid-murid beliau dalam memahami berkaitan litar bersiri dan litar selari. Peluang dan Keazaman dalam Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP Kit Litar yang telah dibina perlu melalui proses penambahbaikan hasil daripada wujudnya beberapa kekurangan yang telah dinyatakan iaitu menjadikan Kit Litar ini boleh diubahsuai komponen-komponennya oleh murid-murid. Malah, penambahbaikan yang dicadangkan adalah guru menyediakan Kit Litar ini dengan komponen-komponen yang boleh dicabut dan dipasang oleh murid sendiri supaya kefahaman murid dalam litar bersiri dan litar selari dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan.

Kesimpulan Secara positifnya, saya bersetuju bahawa tugasan yang dilaksanakan ini banyak membantu saya dan ahli kumpulan yang lain terutamanya dalam pembinaan ABM yang bukan sahaja lebih menarik namun berfungsi dengan kadar yang optimum dan serbafungsi untuk pengajaran Sains kepada murid kelak. Malah, tugasan yang telah dilaksanakan ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan teristimewa kerana tidak semua orang akan mendapat pengalaman yang berharga seperti yang dirasai oleh saya sepanjang pelaksanaan tugasan ini bersama ahli kumpulan yang lain. Terima kasih.

RUJUKAN Buku Lee Shok Mee. (1993). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ooi Chong Beng, Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lembaga Getah Malaysia (LGM). (2009). Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah. Kuala Lumpur: RISDA.

Martin,R.,Sexton.C.&Gerlovich,J.(2002).Teaching science for all children-Methods for constructing understanding.Boston: Allyn and Bacon Mr.Dennis M.Mc Grath,(1978).Laboratory Management and Techniques.Penang: Anthonian Store Sdn.Bhd Tan, S.C.&Wong F.L (2003).Teaching and Learning with technology:An Asia Pasific perspective. Singapore:Prentice Hall. Artikel Seminar dari Sumber Elektronik Norziana Jasman. Kajian Kepelbagaian Makroalga Marin di Perairan Pulau Pinang . Retrieved Julai 2013 from http://www.ukm.my Modul dari Sumber Elektronik Universiti Pendidikan Sultan Idris. Unit 6 Pengurusan Makmal. Retrieved Julai 2013 from http://myguru3.upsi.edu.my

Artikel dari Sumber Eletronik Makmal SK Kem Kabota. Nota. Retrieved Julai 2013 from http://makmalskkemkabota.blogspot.com/ Makmal Sains SK Kukusan, Tawau. (September 2011). Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia. Retrieved Julai 2013 from http://makmalsainsskkukusantawau.blogspot.com Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Panduan Makmal Sains Sekolah. Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.com Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Pengawetan Spesimen Haiwan Kecil dan Tumbuhan. Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.com

Makmal Sains SK Bahagia. (September 2011). Pengurusan Makmal Sains. Retrieved Julai 2013 from http://happysclabo.blogspot.com