Anda di halaman 1dari 29

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


SPH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

SPL 4222 prinsip pengeluaran ternakan


Ahli-ahli kumpulan: 1. 2. 3. Wong cheng yun sx070872phj01 Salina binti tumin sx105728phd01

NAMA PENSYARAH : tuan haji baharum bin sulman


Isi Kandungan:
Bil Isi Kandungan Pengenalan Penternakan Ikan Air Tawar
Page 1

Muka Surat

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Penternakan Ikan Siakap Penternakan Ikan Talapia 2 Pengurusan Ikan Siakap Pemindahan ikan separa matang Makanan 3 Menuai ikan siakap matang Pengurusan Kesihatan Ikan Jenis-jenis penyakit a) Parasit b) Kulat c) Bakteria d) Virus e) Punca-punca lain f) Pengawalan Penyakit 4 Pemakanan Ikan Cara-cara pemberian makanan 5 Penjagaan ikan Langkah-langkah pengurusan penternakan ikan

siakap di pusat penternakan ikan gelang patah Penerimaan benih ikan Pengasuhan benih-benih ikan 6 Pengredan ikan Penutup

PENGENALAN

Penternakan Ikan Air Tawar Penternakan ikan air tawar mula mendapat perhatian terutama masyarakat desa. Kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pihak media massa telah memberi satu dimensi baru terhadap industri ini. Penternakan ikan air tawar merujuk ikan yang dibela di
Page 2

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah kawasan sungai dengan menggunakan kolam kolam khas. Industri ini sudah mendapat perhatian masyarakat terutama penduduk kampung kerana mampu menghasilkan pulangan yang lumayan kepada mereka. Namun, industri ini turut memiliki pelbagai masalah yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Antara ikan air tawar yang boleh diternak ialah : -

IKAN BAWAL

IKAN SEPAT

IKAN PUYU

IKAN SIAKAP

Penternakan ikan siakap Ikan siakap atau nama sintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Berikutan permintaan yang baik dan teknologi yang agak kehadapan berbanding ikan marin lain, aktiviti menternak spesis siakap terus mendahului dalam komoditi akuakultur ikan marin Negara ini.

Page 3

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Di Malaysia, spesies ini adalah satu spesies yang paling banyak diternak di sangkarsangkar terapung dan juga kolam air payau sama ada di perairan Semenanjung atau pun Sabah dan Sarawak. Ia diternak di sangkar terapung sama ada di laut terbuka, muara sungai, teluk, lagun dan juga hilir sungai. setahun. Ikan siakap putih adalah bersifat hemaprodite protandri iaitu ia berlaku pertukaran jantina pada peringkat umur dan saiz tertentu. Ikan siakap putih matang dengan jantina jantan dahulu dan akan bertukar menjadi betina. Pada berat antara 1.5 hingga 2.5 kilogram kebanyakan ikan siakap putih adalah jantan namun apabila ia mencapai berat antara empat dan enam kilogram kebanyakan akan bertukar menjadi betina. Dari segi fizikal muncung ikan, siakap putih jantan sedikit berlengkok sementara ikan siakap putih betina berbentuk lurus. Bentuk badan ikan jantan lebih pipih berbanding ikan betina. Selain itu, ikan dari jenis pemangsa ini juga cepat membesar dan boleh mencapai saiz antara 1.5 kilogram hingga dua kilogram dalam tempoh

Ikan Talapia

Ikan Talapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Talapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekalisekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan talapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah talapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia. Di mana talapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja. Antara genus ikan talapia adalah:

Alcolapia Danakilia Iranocichla Oreochromis


Page 4

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah 1. Talapia Hitam ( Oreochromis mossambicus ) 2. Talapia Merah ( Oreochromis niloticus ) 3. Talapia Biru ( Oreochromis aureus )

Sarotherodon Steatocranus Stomatepia Talapia

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Mossambi Keluarga (Family) : CICHLIDAE Nama Saintifik (Scientific Name) : Talapia mossambics (Peters) Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Mossambi Talapia Nama Indonesia (Indonesian Name) : Ikan Moedjair Nama Cina (Chinese Name) C : Fei Chow Yee

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Nile Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Page 5

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Nama Saintifik (Scientific Name) : Talapia nilotica (Linn.) Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Nile Talapia

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Kacukan (jantan) Keluarga (Family) : CICHLIDAE Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Talapia Hybrid (male)

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Kacukan (betina) Keluarga (Family) : CICHLIDAE Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Talapia Hybrid (female) PENGURUSAN IKAN SIAKAP BERUKURAN LEBIH 4 5 INCI. TANGKI TERNAKAN

Bagi ikan siakap yang telah diasuh selama satu bulan bermula dari saiz 1 inci hingga mencapai saiz 4 5 inci akan mengalami pengurusan yang lain. Anak ikan yang sudah mencapai saiz 4 inci tersebut samada akan dijual kepada penternak penternak setempat atau ke luar negara iaitu Singapura, atau dipelihara hingga matang dan dijual kepada penduduk setempat, ke jabatan kerajaan dan sekolah. Ikan siakap yang akan dipelihara keluarkan dari tempat asuhan dan diasingkan ke tangki penjagaan ikan yang khas.
Page 6

akan di

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Anak ikan yang tersebut dipilih sihat penyakit dipelihara akan yang dari siakap hendak

penyakit ikan serta bersih seluruh badannya sebelum dimasukkan ke dalam tangki tangki yang diperbuat dari fiber. Tangki tangki permulaan untuk ikan yang hendak dipelihara berbentuk segi empat tepat bersaiz lebih kurang 500 liter padu air yang boleh memuatkan sebanyak 100 ekor anak ikan ke dalamnya. Rajah : Tangki berbentuk segi empat tepat yang menempatkan anak ikan siakap yang berukuran antara 4 5 inci.

PEMINDAHAN IKAN SEPARA MATANG

Ikan sikap yang dipelihara lebih kurang 1 bulan di dalam tangki peliharaan akan membesar ke saiz 8 10 inci. Dengan saiz ini ikan sekali lagi ikan yang separa matang ini akan dipilih dan dimasukkan ke dalam tangki yang lebih besar dan luas. Tangki yang berbentuk silinder tersebut ditempatkan di bangunan yang berbumbung sama juga seperti tangki tangki asuhan dan tangki tangki peliharaan yang lain. Ia bagi mengelakkan sekiranya hujan turun dan air hujan tersebut akan memasuki ke dalam kelong atau tangki tempat ternak. Air turun hujan yang akan ikan siakap di

dikuatiri

menjejaskan kesihatan ikan


Page 7

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah dan

mengelakkan tekanan kepada ikan disebabkan oleh kandungan asid atau cemaran lain yang terkandung di dalam air hujan tersebut. Selain itu juga, ia bagi mengawal suhu air di dalam tangki ternakan tersebut.

Rajah : Tangki yang digunakan untuk menyimpan ikan siakap yang sudah besaiz >10 inci. Setiap satu tangki tersebut berukuran 1000 liter padu yang boleh memuatkan 100 ekor anak ikan untuk setiap satu tangki. Anak ikan siakap tersebut akan dipelihara hingga mencapai ke saiz matang. Saiz matang yang dianggarkan adalah antara 500 hingga 600gram seekor. Terdapat juga tangki-tangki yang memelihara ikan siakap hingga ke saiz 1 hingga 1.2 kilogram. Tangki yang lebih luas dan besar ini bagi memberi keselesaan kepada ikan untuk berenang bebas. Walaupun ikan sudah mencapai ke saiz yang besar dan mempunyai daya ketahanan diri yang lebih tinggi, namun keselesaan tetap diutamakan bagi mengelakkan tekanan kepada ikan tersebut. Ini kerana tangki yang sempit akan menyebabkan ikan akan berlanggar sesama sendiri atau ke dinding dinding tangki dan mengakibatkan gegaran pada otaknya yang boleh menyebabkan tekanan dan penyakit kemurungan. Seterusnya ikan tidak aktif mati. Rajah : Ikan yang mengalamai jangkitan kulat pada badannya
Page 8

dan tidak berupaya untuk merebut makanan dan akhirnya akan mati. Selain itu,

jangkitan kulat pada sisik ikan juga akan membuatkan ikan menjadi tidak aktif dan akhirnya

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

MAKANAN

Ikan-ikan siakap ini diberi makanan ikan yang dipanggil pallet. mengandungi khasiat untuk ikan membesar dengan sempurna dan sihat.

Pallet ini Pallet yang

diberikan kepada ikan ini mengandungi karbohidrat serta protein yang tinggi bagi membantu ikan ini membesar ke saiz yang dikehendaki. Terdapat juga vitamin di dalam pallet ini bagi menjamin kesihatan kepada ikan. Ikan peliharaan akan diberi makan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Pallet-pallet tersebut akan diberi lebih kurang satu baldi kecil yang akan ditabur dipermukaan air dan ikan-ikan akan timbul serta menangkap pallet-pallet yang ditabur itu. Pada ketika itu, air akan berkocak kuat dek sambaran ikat terhadap makanannya.

Rajah : Ikan yang diberi makan pallet oleh salah seorang pekerja.

MENUAI IKAN SIAKAP MATANG Setelah menempoh masa selama 1 bulan ke satu bulan setengah di dalam tangki ternakan, ikan siakap tersebut sudah sesuai untuk dituai iaitu ditangkap dan dijual ke pembeli setempat atau jabatan-jabatan yang berminat. Ikan siakap ini akan dijual terus setelah ditangkap dari dalam tangki dalam keadaannya masih hidup. Pembeli akan memperoleh ikan
Page 9

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah siakap yang masih segar dari ladang. Saiz ikan siakap pada ketika itu antara 15- 18 inci dengan anggaran berat 600-700 gram seekor. Ada di antaranya mencapai berat hingga 1 kilogram seekor. Ikan siakap yang dipelihara di Biotech ini mempunyai sisik yang putih dan bersih serta berkilau kerana airnya dijaga dan ikan akan dipindahkan ke tangki yang lain setelah mencapai ke saiz yang telah ditentukan oleh pihak biotech. Rasa isi ikan juga amat sedap kerana ia tidak makan makanan yang sembarangn kecuali pallet khas yang telah dijamin berkualiti dan membantu ikan untuk membesar dengan sempurna dan sihat.

Rajah : Ikan siakap yang sudah matang sedia untuk ditangkap dan dijual kepada pelanggan.

Pengurusan Kesihatan Ikan


JENIS-JENIS PENYAKIT

Penyakit Ikan Dan Rawatan Kematian ikan adalah satu faktor yang menyebabkan kerugian dalam aktiviti perikanan. Ikan merupakan organisme poikiloterma yang mana suhu badannya bergantung kepada suhu sekitar (air). Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat ia akan menyebabkan renjatan dan seterusnya menyebabkan ikan menjadi lemah. Populasi ikan yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kemerosotan mutu air. Makanan yang kurang atau tidak sesuai boleh melemahkan dan menyebabkan kematian ikan. Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh pathogen (agenagen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)

Page 10

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah b) Kulat c) Bakteria d) Virus e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran i) Penyakit Primer Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak. ii) Penyakit sekunder Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan daya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen. Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti berikut: Perbezaan ikan sakit & ikan sihat a) Perubahan Kelakuan Ikan Sihat Cergas Makan seperti biasa Berenang seperti biasa Ikan Sakit Lemah/tidak aktif Tidak makan/kurang selera Berenang pantas atau berpusing-pusing Mengesel badan Hilang keseimbangan Mulut & insang terbuka luas & cepat bernafas

Page 11

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah b) Perubahan Morfologi

Kemerahan di kawasan badan dan kepala

Luka/kudis pada badan/ekor

Reput sirip/ekor/sisik tanggal

Perut / abdomen membesar

kesan-kesan penyakit

Kematian Pembantutan tumbesaran & perubahan tempoh ternakan yang panjang Nisbah pertukaran makanan yang rendah Tahap kadar kepadatan maksimum yang rendah Kos penghasilan yang tinggi

I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit). Definasi Parasit: Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam luar badan organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.

Page 12

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah


Ukuran 0.5 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)

1. Penyakit Bintik Putih (white spot) Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis. Semua jenis ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah. Tanda-tanda penyakit - Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut (peringkat Permulaan); - Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan; - Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk bernafas; - Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar; - Ikan tidak makan (peringkat serius); - Mata menjadi kelabu. Cara-cara rawatan (i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangka masa yang singkat. - Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil. - Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas beberapa minit. - Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan kepada ikan (ii) Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangka masa yang panjang. - Dos ubat yang digunakan adalah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan - Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya. - Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.

Page 13

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah 2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan jawa.

Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit - Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok. - Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus ); - Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan. Rawatan Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan mencegah penyakit daripada berlaku. 3. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang) Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus. Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar. Parasit yang matang melekat pada insang bertelur.

Page 14

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit - Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal ); - Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas. 4. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang) Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan badan sahaja. Tanda-tanda penyakit Sama dengan penyakit bintik putih Rawatan Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis. 5. Argulosis (kutu ikan ) Disebabkan oleh: Parasit Argulus Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garis pusat. Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan. Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Page 15

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Tanda-tanda penyakit - Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit; - Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat; - Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.

6. Lernaesis (cacing sauh ) Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp. Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap kepala besar dan kap biasa.

Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit - terdapat tanda-tanda merah pada badan; - Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan. II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman) Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah. Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah: i) Trematoda Digenetik ii) Nematoda ( cacing gelang ) iii) Cestoda (cacing peta) 1. Trematoda Digenetik Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta
Page 16

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

2. Nematoda dan cestoda - Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus dan di dalam mata; - Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh digunakan sebagai induk; - Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian berlaku, ianya tidak serentak. Rawatan Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT 1. Saprolegniasis Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya Tanda-tanda penyakit - Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan; - Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat; - Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.

IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud, bakteria akan menyebabkan penyakit. Tanda-tanda penyakit

Page 17

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahanmerahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser; - Ikan tidak berselera untuk makan; - Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak; - Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak; Rawatan Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.

VI. PENGAWALAN PENYAKIT A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut; i) Suhu Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah. ii) Sumber dan Mutu Air Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 9.0 . iii) Pengendalian

Page 18

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan. iv) Faktor Kesesakan Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor tekanan. v) Makanan Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun. B) Ciri-Ciri Kolam Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain. keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami

C) Pengawalan Patogen - Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea. - Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam. - Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 1020 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.

Page 19

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah - Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan di dalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam. - Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier. - Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan. - Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

PEMAKANAN IKAN
Teknik & amalan yang betul akan menghasilkan penggunaan makanan & pengeluaran ikan yang baik. Oleh itu, seseorang penternak mestilah mengetahui tentang jumlah, kekerapan dan cara pemberian makanan yang bersesuaian dengan sistem pengeluarannya. Kadar atau banyaknya makanan yang harus diberi merupakan satu perkara penting yang kami beri perhatian di hatceri ini. Jika terlalu sedikit makanan diberi akan mengakibatkan perbezaan saiz yang besar di antara setiap ikan pada waktu yang ditangkap. Pada asasnya, pemberian makanan kami buat dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut. Makanan adalah antara faktor terpenting dalam pengurusan kolam ternakan. Benih-benih ikan perlu diberi makan empat kali sehari dari pagi hingga petang sehingga kenyang atau ad libitum (sehingga ikan kenyang atau berhenti makan). Teknik pemberian makanan adalah penting bagi memastikan pengambilan makanan yang sempurna oleh ikan. peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut. Jenis makanan yang sesuai adalah pelet terapung yang mengandungi antara 40 dan 45 peratus protein sesuai dengan tabiat ikan siakap yang suka mengambil makanan di ruang air dan juga makanan yang terapung di permukaan. Ikan Talapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan). Iaitu: Pemberian makanan yang lebih kerap dengan kuantiti yang sama adalah digalakkan untuk memberi

Page 20

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll b. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

Cara pemberian makanan : 1. Pemberian makanan di bahagian kolam yang tetap Antara kebaikan memberi makanan di satu bahagian kolam yang tetap ialah: a) dapat mengelakkan pembaziran makanan b) dapat memerhatikan kelakuan ikan & mengawasi pemberian makanan 2. 3. Jadual serta kekerapan pemberian makanan Masa yang sesuai untuk memberi ikan makan ialah: i. 9 - 11 pagi ii. 2 - 4 petang - Kekerapan pemberian makanan secara amnya 2 kali sehari dan 6 hari seminggu - Bagi anak-anak ikan pula adalah lebih baik jika diberi makan sebanyak 2- 4 kali sehari 4. Cara Cuba-cuba makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang. PENJAGAAN IKAN Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah: 1. Memberi makanan 2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas 3. Memeriksa kualiti air. 4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar 5. Mengawal rumpair
Page 21

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah 6. Mengawal pemangsa 7. Membuat catatan harian

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PENTERNAKAN IKAN SIAKAP DI PUSAT PENTERNAKAN IKAN GELANG PATAH

A. PENERIMAAN BENIH IKAN

Kebanyakan benih-benih ikan di Pusat Asuhan Ikan Gelang Patah ini diperolehi dari pelbagai sumber sama ada dari dalam negara ataupun dari luar negara.Di pusat ini benihbenih ikan seperti ikan siakap diperolehi dari Terengganu dan Singapura.Pelepasan benihbenih ikan yang baru sampai biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang. Ini kerana pada ketika itu suhu berada di tahap yang sederhana dan tidak terlalu tinggi ( panas ). Benih-benih ikan ini akan dipindahkan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap ikan tersebut. Beg-beg plastik yang mengandungi benih-benih ikan terlebih dahulu akan diapungkan di atas permukaan air selama lebih kurang 30 minit agar suhu airnya hampir menyamai suhu air di dalam palong. Kemudian, benih-benih ikan ini akan dilepaskan ke dalam kanvas ( hapa ) yang berisi air kolam. Manakala, saliniti ( kadar kemasinan ) air kolam akan ditingkatkan kepada 30ppt dengan menggunakan garam. Sejenis alat iaitu refraktomter digunakan untuk menentukan kadar saliniti air palung takungan. Pada peringkat ini,benih-benih ikan yang baru dilepaskan dikuarantinkan bagi tujuan mengenalpasti benih-benih ikan yang berpenyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh parasit.Mengikut pegawai yang bertugas di situ,benih-benih ikan yang berpenyakit akan dirawat dan dipantau terlebih dahulu sebelum dilepaskan bersama benih-benih ikan yang lain.Benih-benih ikan tersebut akan diberi makanan yang khusus mengikut jadual.

Page 22

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Pegawai bertugas memberikan penerangan di pusat asuhan ikan Gelang Patah

B. PENGASUHAN BENIH-BENIH IKAN

Setelah ikan yang dikuarantin pada awalnya disahkan sihat dan bebas daripada penyakit yang boleh berjangkit oleh pegawai yang bertugas, Benih-benih ikan tersebut akan ditukarkan ke dalam palong-palong yang berlainan.Terdapat beberapa palong yang digunakan di tempat asuhan ikan ini bagi menampung ikan-ikan yang diterima.Palong-palong tersebut perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan palong berada dalam keadaan yang bersih dan seterusnya dapat mengelakkan penyakit. Di pusat asuhan ternakan ikan ini, Sistem Bio Filter digunakan bagi mendapatkan kualiti air yang bersih.

Page 23

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Ikan-ikan yang diletakkan di dalam palong yang berlainan

Semasa dalam proses asuhan, ikan-ikan sentiasa dipantau dengan teliti. Kualiti air di dalam palong juga sentiasa dijaga.Untuk memastikan ikan-ikan tersebut terdedah kepada jangkitan penyakit, pekerja dan para pelawat dilarang menyentuh air yang terdapat di dalam palong dengan menggunakan tangan.Biasanya ikan-ikan yang dikenalpasti bermasalah akan diasingkan.Ikan-ikan yang bermasalah biasanya menunjukkan ciri-ciri seperi kurang aktif atau tidak mahu makan. Di pusat asuhan ikan ini,Puan Aziana merupakan pegawai khas yang bertugas mengenalpasti ikan berpenyakit dan merawat ikan tersebut akan sehingga pulih. Aktiviti memandikan anak ikan merupakan salah satu daripada cara atau teknik merawat ikan yang terkena penyakit. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti rutin atau harian yang boleh mengawal anak ikan daripada terkena pelbagai jenis penyakit akibat parasit, jangkitan kuman atau bakteria. Kaedah memandikan anak ikan ini adalah dengan cara merendamkam anak ikan tersebut dengan air tawar selama 20 hingga 30 minit mengikut jenis ikan. Ia juga boleh dilakukan sebanyak 2 hingga 3 hari sekali atau pun mengikut keperluan yang dikehendaki. Biasanya aktiviti memandikan anak ini dijalankan selepas aktiviti pembersihan palong. Di mana semasa air kotoran yang dibuang dari palong tinggal sedikit, maka air tawar akan dimasukkan dengan segera ke dalam palong sehingga daripada isipadu palong. Seterusnya anak ikan tersebut akan dibiarkan berada dalam air tawar tersebut sepenuhnya selama beberapa minit sebelum air masin yang bersih dimasukkan semula ke dalam palong ikan. Proses ini secara tidak langsung boleh menyahkan parasit, kuman atau sebagainya yang melekat pada ikan dan seterusnya dapat mengelakan ikan daripada terkena sebarang penyakit yang tidak dingini. Formalin juga boleh digunakan semasa proses ini dijalankan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan yang serius pada ikan dengan sukatan yang tertentu.

Page 24

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar:Contoh ikan yang berpenyakit

Gambar: Ikan yang direndam di dalam air tawar semasa proses rawatan ikan.

Untuk memastikan ikan-ikan di sini selamat dari serangan penyakit, palong-palong akan dibersihkan setiap hari. Palong ikan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap hari mengikut keperluan bagi memastikan air ikan di dalam palong berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk tumbesaran anak ikan. Sisa makanan ikan yang melekat pada palong boleh menyebabkan palong ikan berlumut dan airnya menjadi kotor dan tercemar. Alatan yang biasa digunakan untuk membersihkan palong ialah berus sabut dan berus tandas. Manakala salur getah pula digunakan untuk mengeluarkan air kotoran di dalam palong.

Gambar: Kerja-kerja membersihkan palong ikan

Page 25

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Pusat Asuhan Ikan Semasa dalam proses asuhan, ikan-ikan diberi makanan pallet dan juga plankton. Untuk tujuan itu, Pusat asuhan ikan di Gelang Patah ini memelihara ikan talapia untuk tujuan membekalkan sumber makanan plankton kepada benih-benih ikan tersebut.Selain itu juga, ikan-ikan diberikan makanan pallet yang telah diproses terlebih dahulu.

Gambar: Tangki ternakan ikan tilapia sebagai sumber plankton benih ikan

Gambar: Pallet yang diproses di dalam alat khas

C.

PENGGREDAN IKAN

Pengredan ikan dilakukan setiap tiga hingga tujuh hari. Ikan-ikan tersebut akan diasingkan mengikut saiznya. Menggred anak ikan adalah salah satu aktiviti atau tugas yang sangat penting dalam pengurusan menternak ikan akuakultur menggunakan kaedah palong ini. Tujuan utama anak ikan ini digredkan adalah untuk memastikan anak-anak ikan yang diternak berada dalam kumpulan yang sama atau hampir sama dari segi saiz ikan tersebut. Kelewatan aktiviti menggred ini boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan banyak
Page 26

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah anak ikan mati akibat ia makan sesama sendiri. Hal ini berlaku di mana ikan yang bersaiz besar akan memakan ikan yang lebih kecil dalam palong yang sama apabila kita lewat memberi makanan kepada anak-anak ikan tersebut. Selain itu, tujuan lain anak-anak ikan ini digredkan adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan aktiviti pemasaran apabila anakanak ikan tersebut telah mencapai saiz tertentu yang dikehendaki oleh pembeli. Biasanya anak ikan akan digredkan mengikut saiz-saiz tertentu bergantung kepada saiz anak ikan keseluruhannya pada ketika itu yang boleh diasingkan mengikut kumpulan yang sama dan sesuai seperti inci, 1 inci, 2 inci, 4 inci dan sebagainya. Penapis / besen menggred yang mempunyai lubang-lubang dan saiz tertentu akan digunakan bagi memudahkan proses menggred ini dijalankan. Aktiviti menggred anak ikan mengunakan penapis penggred

Bekas / Besen penggred jenis plastik Ikan-ikan dipalong-palong asuhan yang telah mencapai saiz 4 inci akan dikeluarkan daripada palong asuhan sama ada untuk dijual kepada pembeli-pembeli atau ikan-ikan tersebut terus dibela di kolam-kolam yang terdapat di pusat asuhan ini.Sekiranya ikan-ikan tersebut terus dibela, prosedur yang hampir sama juga dilakukan ke atas ikan-ikan tersebut supaya ikan dapat membesar dengan sihat dan seterusnya membolehkan ikan tersebut dijual kelak.

Gambar: Ikan-ikan yang terus dibela di dalam kolam PENUTUP


Page 27

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah Bermula dari tempat asuhan anak ikan siakap kami telah diberi keterangan serba sedikit tentang pengurusan benih ikan siakap yang diterima dari pihak pembekal di kelong kelong yang disediakan khas sebagai tempat asuhan benih ikan sehingga mencapai saiz 4 inci. Kami juga di beri taklimat oleh pegawai yang bertugas tentang operasi pengendalian ikan yang mati ketika proses asuhan. Anak-anak ikan yang mati ini disebabkan oleh keadaan ikan yang tidak dapat menyesuaikan dirinya ketika dipindahkan dari tempat pembiakan daripada pembekal ke dalam kelong asuhan benih ikan. Ini kerana pihak biotech tidak tahu hal sebenar tentang benih ikan yang diterima kerana terdapat benih ikan siakap yang bercampur dengan pelbagai penternak yang menghasilkan dengan pelbagai cara pembiakan benih ikan siakap daripada induknya. Namun begitu, penjagaan rapai serta rawatan ke atas ikan sentiasa dilakukan. Air di dalam kelong akan di tukar semingu sekali selama lebih kurang 1 bulan bagi mengekalkan kebersihan air serta kesihatan ikan dijamin dari jangkitan kulat. Kebersihan air dijaga bukan sahaja ketika ikan diasuh malah sehingga ikan siakap sedia untuk dituai. Pemakanan ikan ini juga dijaga dan mengikut jadual pemakanan yang teratur bagi tumbesaran yang sihat dan berkualiti. Makanan ikan siakap ini terdiri dari pallet yang mengandungi karbohidrat dan protein untuk membesar dan sedikit vitamin untuk kesihatan. Ikan yang mengalami jangkitan kulat serta sakit akan diasingkan. Lawatan Biotech di gelang patah ini telah membawa banyak manfaat kepada kami sekumpulan. Haraplah pihak berkenaan dapat terus-menerus menjalankan penyelidikan agar ikan siakap ini dapat dipelihara dengan secara besar-besaran dan dapat dijual ke luar Negara.

Page 28

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Bibliografi

1. Anon (1995), Sistem Ternakan Ikan Dalam Tangki Gentian Kaca (Fibreglass), Risalah Perikanan Bil-61, Jababatan Perikanan Malaysia, Kuala Lumpur. 2. Dr.Yahya Buntat (2009), Prinsip Pengeluaran Ternakan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 3. Eko Budi Kuncoro (2004), Akuarium Laut, Penerbit Karnisius, Yogyakarta. 4. M.Ghufran H. Kordik (2010), Panduan Lengkap Memelihara Ikan Air Tawar Di Kolam Terpal, Lily Publisher, Yogyakarta. 5. M.Ghufran H. Kordik (2010), Budi Daya Ikan, Lily Publisher, Yogyakarta. 6. http://roporsuck.blogspot.com/2011/12/penggunaan-teknologi-moden-dalambidang.html 7. http://www.arc.com.my/info/pki.html
8. http://coretan-csc.blogspot.com/2011/03/penternakan-ikan-air-tawar.html 9. http://tilapia-cichild.blogspot.com/2008/11/tilapia-tilapiine-cichlid.html

Page 29