Anda di halaman 1dari 9

1.

0 DEFINISI DAYA TAHAN OTOT Daya tahan otot adalah komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selain daripada kekuatan otot, kelembutan, kelenturan, komposisi lemak badan dan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. i. Daya tahan otot statik Kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka masa. ii. Daya tahan otot dinamik Kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. 2.0 TUJUAN DAN KEPENTINGAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT Satu prosedur dan teknik yang digunakan untuk mendapat maklumat daya ketahanan otot dari individu yang diuji.

3.0 JENIS-JENIS UJIAN DAYA TAHAN OTOT 1) Ujian Bangkit Tubi Satu Minit

Objektif : Ujian ini menilai daya tahan otot abdomen dan dijalankan selama satu minit. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, tilam latihan, pembantu. Prosedur : i. ii. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 90. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan. Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. iii. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. iv. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan scapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. v. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal.

2) Ujian Tekan Tubi Tanpa Henti

Objektif : Ujian ini menilai daya tahan otot trisep dan otot deltoid dan ujian ini memerlukan peserta melakukan tekan tubi sehingga peserta tersebut sendiri berhenti.

Peralatan dan kemudahan : Tilam,kawasan lapang,jam randik Prosedur : i. Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. ii. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada hampir mencecah lantai. iii. Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula ke kedudukan asal. iv. v. vi. Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika. Ulangan tidak dikira jika peserta tidak turun sehingga dada mencecah lantai. Catat jumlah lakuan.

3) Ujian Wall Sit

Objektif : Ujian ini menilai ketahanan otot bahagian bawah tubuh terutamanya otot kuadrisep. Peralatan dan kemudahan : Dinding, jam randik. Kelebihan : Ujian yang kurang menggunakan peralatan, mudah dijalankan dan boleh dijalankan dalam bilangan peserta yang banyak. Prosedur : i. Berdiri dalam keadaan yang selesa dengan kaki dibuka seluas bahu dan berdiri membelakangkan dinding. ii. Secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah dengan keadaan lutut

dibengkokkan dan berada dalam sudut 90. iii. Masa dimulakan yang boleh. iv. Masa akan dihentikan apabila peserta tidak dapat kekal dalam posisinya telah dijatuhkan ke atas lantai.
4

apabila salah satu kaki diangkat naik sedikit dan bertahan

selama

dan

kaki

v. vi.

Peserta diberi rehat seketika dan diuji dengan kaki yang sebelah lagi. Dua kali percubaan diberikan dan catatan masa terbaik akan diambil.

4) Ujian Gayut Tangan

Objektif : Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian atas tubuh. Peralatan : Jam randik, horizontal overhead bar. Kelebihan : Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan serta dapat dibuat dalam masa yang singkat. Kekurangan : Berat badan peserta mempunyai kesan yang mendalam terhadap keputusan ujian ini.

Prosedur : i. Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara overhand grip (tapak tangan menghala ke luar badan) atau underhand grip (tapak tangan menghala ke arah badan). ii. Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam keadaan fleksi dan dagu berada di bahagian atas bar. iii. Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki dibiarkan dalam keadaan lurus. iv. Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya dan masa akan dihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau berada di bawah paras bar. Jenis genggaman yang digunakan perlu direkod juga. v. Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang paling lama akan diambil.

5) Ujian lompat lutut separuh bengkok(split jump)

Objektif : Diakhir ujian penyelidik dapat mengukur daya tahan otot kaki. Peralatan : Penanda, kawasan lapang

Prosedur : i. Pelaku berdiri tegak, gunakan sebatang kayu, meja atau kerusi yang boleh digunakan sebagai penanda. Penanda sepatutnya berada pada paras di bawah lutut. ii. Kedua belah tangan berada di belakang kepala, mata memandang ke hadapan dan langkah sebelah kaki sedikit ke hadapan. iii. Lompat setinggi yang boleh dan mendarat dengan satu kaki berada di hadapan dan yang satu lagi berada di belakang. Kedudukan lutut adalah bengkok dalam keadaan lebih kurang 90 darjah. iv. Ulangi lompatan sehingga letih.

Pengukuran : Kiraan dibuat pada tiap-tiap ulangan yang dibuat dengan betul. Lompatan tidak boleh disambung jika berhenti.

6) Ujian Double Leg Rise

Objektif : Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian perut dan bahagian bawah belakang.

Peralatan : Jam randik, tilam. Kelebihan : Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan kerana menggunakan berat badan bahagian kaki. Prosedur i. ii. iii. Berbaring dengan bahagian belakang di atas tilam. Kaki diluruskan dan lutut dibengkokkan sedikit.Tangan berada dibahagian sisi badan. Kemudian naikkan kedua-dua belah kaki secara seiring pada sudut 90 darjah daripada bahagian badan dengan pantas. iv. v. Lakukan ulangan sehingga penat. Jumlah lakuan dicatatkan.

RUJUKAN 1. Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986), Practical Measurement for Evaluation in Physical Education, (4th ed.). Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishers Co. 2. Corbin, C. B., & Lindsey, R. (1985). Concepts of Physical Fitness with Laboratories. (6th ed). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers.