Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Inkuiri adalah akriviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, meneliti buku buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari dan menganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan jawapan penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperoleh. Pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak kanak dalam penyiasatan sains. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagi mendapatkan penyelesaian, fakta konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yang diperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau dapatan. Pembelajaran inkuiri penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi penyoalan, perbincangan, tunjuk cara, eksperimen dan pembelajaran kolaboratif. Kemahiran inkuri asas yang perlu kanak kanak pelajari adalah bertanya soalan. Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses pembelajaran dan pemikiran murid. Soalansoalan terbuka seperti berbentuk mengapa dan bagaimana memerlukan murid membuat huraian. Ini menghasilkan tindak

balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas bagi tujuan yang lebih bermakna.

Perbezaan antara Model Pengajaran Konstruktivisme dan Model Pengajaran Inkuiri Model Pengajaran Kontruktivisme Jean Piaget, Jerome Bruner Sangat mengambil kira pengetahuan sedia ada Kurang mementingkan penyoalan tetapi lebih mementingkan pembinaan idea baru Aktiviti penerokaan untuk menadapat pengetahuan baru Bimbingan guru adalah minimum Bimbingan guru Aktiviti aktiviti penyelesaian masalah untuk mendapat pengetahuan baru Bimbingan guru lebih banyak Penyoalan Tokoh Pengetahuan sedia ada Model Pengajaran Inkuiri Inkuiri Dewey, Inkuiri Suchman Mengambil kira juga pengalaman sedia ada Sangat mementingkan penyoalan dalam penyelsesaian masalah

REFLEKSI

Untuk tugasan kali ini agak sukar untuk mencari perbezaan antara model pengajaran konstruktivime dan model pengajaran inkuiri kerana kedua-duanya hamper sama dan ditekankan salam penagajaran sains di sekolah. Kedua-dua model ini mengambil pendekatan yang berbeza tetapi kedua-duanya memerlukan murid membuat pemerhatian, membuat inferens, analisis data dan membuat hipotesis. Bagi pembinaan RPH berasaskan model inkuiri 5e tidaklah terlalu sukar tetapi pelaksanaan pengajaran makro terdapat beberapa masalah seperti melebihi masa yang ditetapkan, kawalan kelas kurang berkesan. Hal ini mungkin disebabkan murid tersangat teruja untuk membuat uji kaji kerana mereka agak lama tidak menjalankan aktiviti ini. Murid juga kelihatan teragak-agak untuk menjalankan aktiviti penyiasatan ini dan mungkin disebabkan langkah-langkah yang diterangkan oleh guru kurang jelas menyebabkan mereka teragak agak untuk membuat langkah yang sepatutnya. Guru boleh mengatasi masalah ini dengan meberikan arahan yang jelas, tepat dan ringkas atau menyediakan kad arahan kepada murid. Terdapat juga beberapa orang murid yang mengambil peluang bermain-main dan tidak memberikan tumpuan semasa aktiviti kumpulan. Guru perlu memantau pergerakan mereka dengan lebih rapi dan mengingatkan mereka agar lebih fokus pada tugasan yang diberikan. Set induksi yang digunakan juga agak menarik untuk mewujudkan kesediaan belajar murid dan merangsang minda mereka. Soalan-soalan aras tinggi perlu diperbanyakkankan agar agar dapat merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Kumpulan murid yang agak besar juga menyukarkan guru untuk mengawal mereka. Murid

sepatutnya dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil tetapi memandangkan meja dalam bilik sains adalah terhad untuk berbuat demikian.

Kesimpulan

Melalui pengajaran makro guru dapat menilai keberkesan pengajaran mereka dan mengenal pasti kelemahan yang ada. Kelemahan yang telah dikenal pasti perlu diambil langah untuk mengatasinya dengan menggunakan pendekatan atau teknik yang berbeza bagi mengatasi kelemahan tersebut.Pengunaan model pembelajaran inkuiri akan menarik minat murid dan mereka dapat belajar secara aktif dengan bimbingan guru. Murid dirangsangkan dengan aktiviti dan soalan untuk meningkatkan tahap memikiran mereka pada aras tinggi. Ini akan menjana pemikiran yang kreatif dan kritis dalam membangunkan kognitif murid. Pelbagai pendekatan perlu digunakan oleh guru terutamanya pendekatan pembelajaran konstuktivisme dan pembelajaran inkuri bagi merangsang minda murid dan membolehkan mereka menerima pengatahuan baru berdasarkan aktiviti yang telah mereka jalankan.

Sumber Rujukan
R.K.J. Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Rahil Mahyuddin et. al.(2007). Psikologi Pendididkan Untuk Perguruan. Edisi ke-2. Shah Alam : Karisma Pub. Sdn. Bhd. Teori Konstruktivisme Dalam Pembelajaran. Dicapai pada 20 September 2013 daripada : http://smpn1gumukmas01.blogspot.com/2010/07/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html Teori-Teori Belajar (Piaget, Bruner, Vygotsky). Dicapai pada 22 September 2013 daripada : http://herdy07.wordpress.com/2010/05/27/teori-teori-belajar-piaget-bruner-vygotsky