Anda di halaman 1dari 9

UJIAN DIAGNOSTIK Definasi ujian diagnostik :Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan

punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuan ujian diagnostik :1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid. 2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid. Membina Ujian Diagnostik 1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : 1.1.Objektif ujian 1.2.Kemahiran yang hendak diuji 1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. 1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran. 2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. 4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. 5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik 1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid

yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. 2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. 3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. 4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. 5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. 6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. 7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa. 8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. 9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. 10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain. Analisis ujian diagnostik 1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis.

2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. Apa itu pengamatan: 1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. 2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. 3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. 4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. 5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak. 6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Objektif Ujian Pengamatan: Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ; 1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. 2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain. 3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas. 5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing. 6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Komponen Ujian Pengamatan: 1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 5- Koordinasi Motor mata tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. 6- Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. 7- Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. 8- Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. 10- Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. Panduan melaksanakan ujian pengamatan: 1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan. 2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan. 3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. 4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. 5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. 6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. UJIAN PENCAPAIAN 1. Pengenalan Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif. 1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahirankemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas. 1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan. 2. Pelaksanaan. Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas. Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan. Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.

Membina Ayat Ujian Diagnostik 1. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. i. menerusi ii. meneruskan iii. menemui iv. menemukan v. menaiki vi. menaikkan [6 markah] (b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk. i. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja? ii. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya. iii. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Para pelajar dapat melayari internet. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. i. Sejak kecil lagi kita diasoh agar bersopan santun apabila cakap dengan orang yang lebih tua. ii. Zalila telah mengeposkan bungkusan yang berisi kueh raya itu kepada abangnya di London. iii. Persatuan Penduduk Taman Bahagia telah mengada mesyuarat agong untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baharu. [6 markah] 2. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan

imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. i. hidangan - menghidangkan ii. akuan - mengakui iii. hubungan - menghubungkan [6 markah] (b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk sahaja. Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini bukan terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga pencemaran air, udara dan bunyi juga. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. i. Kerajaan negeri Kedah bercadang untuk memperlebarkan beberapa buah jalan kampong. ii. Azizi dan Mimi ialah pasangan yang cucuk kerana kedua-duanya berminat dalam ilmu ubatan tradisional. iii. Semua barang keperluan harian dapat diperolehi di pasaraya yang baru dibuka di Taman Jauhari. [6 markah]

Rumusan & Pemahaman Ujian Diagnostik Soalan 1: Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan gejala buli dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan andahendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung termasuk diugut, disepak, atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Sementara buli secara tidak langsung atau buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) termasuk memanggil atau ejek-mengejek dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain, atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan guru, kemudahan fizikal atau organisasi, budaya dan nilai yang diamalkan. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pula akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Sebetulnya perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Biasanya, mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi mangsa kerana mereka perlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli berasa seronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. (Diubahsuai daripada Menangani Masalah Buli di Sekolah dalam Dewan Siswa, Ogos 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)

Soalan 2: Pemahaman Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensi berdasarkan petikan? [2 markah]

(ii)

Nyatakan kesan-kesan yang serius berlaku ke atas pelajar yang dibuli? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas pembuli yang membabitkan kes kematian. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai