Anda di halaman 1dari 41

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN SOALAN TUGASAN HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN 1.0 PRABACAAN 2.0 PRATULISAN 3.0 PEMULIHAN BACAAN 4.0 PEMULIHAN PENULISAN 5.0 KAEDAH BONEKA 6.0 REFLEKSI RUJUKAN LAMPIRAN

MUKA SURAT i ii iii 1-8 9-14 15-19 20-25 26-34 35-39

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK: LITERASI BAHASA MELAYU 1.0: PRABACAAN 1.1 PENGENALAN Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita seharihari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya. Tahap prabacaan merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk

membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktiviti-aktiviti ketajaman penglihatan dan pendengaran ditingkatkan. Aktiviti prabacaan mengkehendaki pelajar melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata.

1.2 KONSEP PRABACAAN Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya. Kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktivitiaktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran sebelum bacaan tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan (Juriah Long).

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


1.3 KESEDIAAN MEMBACA Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. a. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. b. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. c. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. d. Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru. Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma bentuknya berbeza.

1.4 AKTIVITI PRA BACAAN Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN a. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. b. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN a. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

b. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu.

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA a. Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

b. Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid prabacaan guru haruslah: 1. Membina bahan alat bantu mengajar yang mengintegrasikan dengan pendidikan seni

2. Menggunakan asas membaca kaedah KGBK. Kaedah ini lebih cenderung kepada kaedah fonetik.

3. Mengintegrasikan muzik dalam pengajaran asas membaca dan menulis. Buku

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


1.5 RUMUSAN Sebagai rumusan, jelaslah teori penampilan literasi bahasa Melayu menepati peringkat perkembangan awal kanak-kanak yang bukanlah bermula dengan kosong tetapi mempunyai pengetahuan sedia ada dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pengkaji memilih teori ini kerana teori ini dapat membahagikan tahap pembacaan kepada tiga peringkat yang kriteria bagi setiap tahap adalah jelas dan bersesuaian dengan perkembangan bacaan awal kanak-kanak. Ianya juga mudah digunakan secara pratikal dalam amalan pengajaran pembacaan awal kanak-kanak seharian oleh guruguru tanpa perlu merujuk formula-formula tertentu. Tahap perkembangannya dapat diterima secara logik kerana ianya berkembang tahap demi tahap, bermula sebelum kanak-kanak ada kemahiran membaca dan menulis lagi, menjurus kepada permulaan mengenal konsep membaca, melalui proses membaca yang merangkak-rangkak dan akhirnya ke tahap menguasai bacaan dengan lancar.

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


2.0 PRATULISAN 2.1 PENGENALAN Tulisan berperanan dalam mendirikan asas yang kukuh supaya seorang kank-kanak itu mampu melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, padat dan cekap. Menulis merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu, maklumat atau idea kepada pembaca. Menurut Don Bryne, menulis ialah penggunaan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambing-lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu. Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Kemahiran menulis mampu menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden. Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak dan lain-lain bentuk puisi dan prosa, kemahiran asas bermula daripada membaca dan menulis. Ini mampu member kepuasan juwa dan pemikiran bukan sahaja kepada kanak-kanak tersebut, tetapi juga seluruh insane umunya.

10

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


2.2 KONSEP PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu: 1. peringkat pratulisan, 2. peringkat mekanis dan 3. peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihanlatihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

11

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


2.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru akan menghadapi masalah juka berdepan dengan pelajar yang mempunyai masalah tulisan. Jadi, mereka bolehlan mencuba pendekatan atau kaedah ini dalam membantu pelajar mereka. o Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. o Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. o Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. o Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. o Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. o Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanakkanak tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

2.4 KESEDIAAN MENULIS Kesediaan sesorang untuk menulis melihat kepada kebolehan menulis mereka sejak kecil lagi. Kebolehan menulis bermula dengan contengan. Menulis memerlukan kekuatan motor halus. Oleh itu semasa kanak-kanak masih bayi, sentiasa beri dia galakan untuk menyentuh pelbagai benda, bermula dengan yang lembut kemudian barulah keras.

Ketika awal kanak-kanak, adalah digalakkan supaya memberi peluang kepada anak anda bermain dengan pasir, tanah liat ataupun bola lembut supaya dia dapat bermain dan mengembara dengan deria sentuhannya supaya apabila motor halusnya sudah

12

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


bersedia, dia akan boleh memegang pensel dan mengawalnya dengan baik. Ini kerana menulis bukan sekadar boleh memegang pensel tetapi mengawal pergerakan pensel itu yang paling penting.

Di sekolah di dalam kelas pendidikan khas, guru-guru selalu bermain-main dengan tangan anak-anak seperti mengurut, menyentuh, menguli tanah liat dan sebagainya.

Kesimpulannya, menulis memerlukan latihan juga sebagaimana lain-lain kemahiran yang kita pelajari. Semakin banyak kita berlatih, semakin kita mahir dengannya. Tetapi ia sebenarnya bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi kerana kesediaan menulis harus diterapkan lebih awal.

2.5 AKTIVITI PRATULISAN Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam membantu mengatasi masalah tulisan dalam kalangan kanak-kanak. Di sini, mereka juga diberi pendedahan tentang aktiviti yang boleh dilaksanakan ketika dalam bilik darjah dalam usaha membantu kemahiran menulis.

a) Menyediakan Sudut Tulisan Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.

13

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


b) Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan. c) Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanakkanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanakkanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebagainya. d) Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis hurufhuruf yang sebenarnya.

14

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


2.6 RUMUSAN Tidak semua kanak-kanak mempunyai kadar perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama, jadi sebagai guru kita seharusnya membimbing disamping memberi sokongan sepenuhnya bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran terutama dalam menguasai kemahiran asas sejak kecil lagi. Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan pada kadar masa yang sama seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita sedar bahawa guru prasekolah semacam tidak memberi tekanan kepada aspek perkembangan semulajadi mereka dalam aspek tersebut. Oleh itu, aktiviti pratulisan ini amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan otot-otot kanak-kanak bermula dengan otot besar seterusmya kepada otot-otot yang lebih kecil, dan seterusnya mengembangkan kemahiran pratulisan kanak-kanak menjadi lebih mantap dan mahir. Ini sekaligus akan meningkatkan motivasi kanak-kanak dalam meminati pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

15

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


3.0 PEMULIHAN BACAAN 3.1 PENGENALAN Kemahiran bacaan merupakan elemen penting dalam program pemulihan. Menurut Frak Smith (1971), membeca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Manakala mengikut pendapat Atan Long (1976) membaca adalah proses

kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambinglambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang dalam kesediaannya untuk membaca iaitu: o Keadaan fizikal -keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan mayang -keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik -keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu -peringkat umur yang berbeza -kanak-kanak perempuan telebih dahulu mepunyai kesediaan membaca -kemampuan urat saraf -perkembangan fizikal dan kesihatan secara am o Pengalaman dan persekitaran -keadaan persekitaran yang dapat member pengalaman yang pelbagai

16

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


o Emosi, motivasi dan sahsiah -keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi -dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca -bentuk sahsiah negative o Kecerdasan dan perkembangan kognitif -manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza o Daya diskriminasi (pengamatan) -diskriminasi penglihatan -diskriminasi pendengaran o Penguasaan bahasa -bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa Disamping itu, terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a. Faktor daripada pelajar -kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.

b. Faktor pada bahan bacaan. -meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

17

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


3.2 MASALAH DALAM BACAAN Setelah dikaji, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh pelajar dalam bacaan iaitu bagi peringkat o Bentuk huruf o Peringkat sukukata o Kesukaran dalam pengamatan o Kesukaran membaca peringkat ayat o Strategi membantu kanak-kanak ke arah membaca

3.3 KONSEP PEMULIHAN BACAAN Bagi kemahiran bacaan, murid perlu menguasai kemahiran asas dalam bacaan seperti mengenal nama, bentuk dan bunyi huruf, mengenal perkataan, frasa dan ayat. Jika murid gagal menguasai kemahiran ini, mereka perlulah diberi pemulihan bacaan asas. Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan. Antaranya ialah:a. Kaedah fonik Kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan menggunakan bunyi bahasa. Contoh, huruf o bunyi yang disebut apabila menguap. Selepas murid mengenal bunyi huruf,

diperkenalkan pula nama huruf dan seterusnya bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf yang dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.

18

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


3.4 AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN Jika dilihat, guru boleh mengenalpasti para pelajar yang mengalami kesukaran dalam membaca terutama peringkat ayat. Antara contoh yang boleh dilihat adalah: o Menggantikan perkataan dengan perkataan lain o Tertinggal perkataan tertentu o Berlaku pembalikan perkataan o Mengulang-ulang o Merangkak-rangkak o Membaca mengikut loghat

Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik perlulah yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga

ditekankan.

Disamping itu, guru juga boleh membina strategi dalam

membantu kanak-kanak untuk membaca.

a) Mengenalpasti kanak-kanak tersebut b) Mengetahui maslah yang dihadapi oleh mereka c) Susun strategi pemulihan yang khusus kepada kanak-kanak itu d) Pelaksanaan secara berterusan e) Penilaian dilakukan di akhir pelaksanaan Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu melaksanakan aktiviti berikut: i. ii. iii. Aktiviti nyanyian lagu A,B,C,. Menunjukkan kad imbas yang mengandungi abjad yang berbeza Menayangkan huruf satu persatu secara berulang

19

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


iv. v. Padanan abjad membentuk perkataan Menyebut huruf satu persatu secara berulang.

Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur. Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai oleh guru

kemahiran

membaca.

Antara

permainan

yang

boleh dijalankan

termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv, dan kv+kvk. Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera

3.5 RUMUSAN Sebagai guru, kita seharusnya dapat menjadi agen perubahan sekaligus membantu para pelajar dalam meningkatkan kebolehan diri masing-masing dari peringkat awal lagi terutama kemahiran asas seperti membanca ini. Mereka perlu mengetahui faktorfaktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru diyakini dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran.

Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca. Tidak semua pelajar mempunyai cara pembelajaran yang sama.

20

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


4.0 PEMULIHAN PENULISAN 4.1 PENGENALAN Tulisan dapatlah didefinisikan sebagai lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis merupakan proses memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hammil dan Mc Nutt (1981), mengatakan bahawa kemahiran menulis berkait rapat dengan membaca. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti membaca kebiasaanya mempunyai masalah menulis. Menurut Mercer (1985), beliau bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) yang menyatakan bahawa punca ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah penulisan tangan satau mekanis ini adalah seperti lambat, arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

4.2 MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN Terdapat banyak masalah tulisan yang telah dikenalpasti oleh guru-guru dalam kalangan kanak-kanak pemulihan. Antaranya ialah: o Perkataan ditulis terlalu rapat antara satu sama lain o Bentuk huruf ditulis terlalu condong o Tiada keseragaman jarak antara huruf dengan huruf atau perkataan dengan perkataan o Bentuk huruf yang tidak jelas, tepat dan betul o Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan

21

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


o Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil o Masalah pembalikan huruf atau perkataan o Huruf ditulis tidak mengikut posisi yang sepatutnya o Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan o Menulis melampaui garisan o Menulis huruf dalam perkataan secara bertindih-tindih o Mengulang-ulang garis huruf yang ditulis o Menulis dari arah kanak ke kiri o Menulis huruf mengikut urutan yang slah o Manulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul

4.2 KONSEP PEMULIHAN TULISAN Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar muridmurid ini. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira, terdapat beberapa cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam pemulihan menulis yang merupakan salah satu dari 3M. Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, o Langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan.

22

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


o Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus iaitu murid tersebut mempunyai masalah penulisan yang mana satu. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. o Jadi, guru akan melaksanakan strategi dalam membantu para pelajar dalam pemilihan tulisan

4.3 KESEDIAAN PEMULIHAN PENULISAN Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran membentuk tulisan dengan betul dan kukuh oleh murid-murid.

Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. Murid yang sudah dapat menggunakan pensil boleh disuruh melatih tangan mereka untuk memahirkan lagi kemahiran menulis dengan menggunakan latihan berikut sebagai panduan. Huruf-huruf yang lebih kurang sama harus diajar bersama, kecuali huruf b dan d yang harus jangan diajar bersama, kerana kedua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid. Begitu juga dengan huruf p dan b. Huruf q harus diajar lewat sedikit, bersama-sama dengan huruf u. Sebaik-baiknya beberapa kumpulan huruf harus

23

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari

4.4 AKTIVITI PEMULIHAN PENULISAN Tulisan berperanan dalam mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran bentuk-bentuk tulisan dan huruf yang betul dan kukuh.

Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut: a) Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

24

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


b) Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk menjadikan pensel dipegang dengan kemas Ini juga dapat menghasilkan tulisan kanakkanak yang agak kemas.

c) Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

d) Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

e) Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul."

4.5 RUMUSAN Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. Guru juga perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah

25

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. Jika pengajaran dan pembelajaran guru tersebut menarik, murid-murid akan tertarik dengan pengajaran guru tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

26

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


5.0 KAEDAH BONEKA 5.1 PENGENALAN Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan oleh para guru adalah pengajaran menggunakan boneka. Boneka adalah merupakan sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak samaada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog. Boneka boleh terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan sama ada diperingkat pengenalan pelajaran, perkembangan ataupun untuk pengukuhan. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu,penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama denagn rakan serta memainkan peranan dalam kumpulan.

5.2 JENIS-JENIS BONEKA 5.2.1 Boneka Sarung Tangan

27

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. 5.2.2 Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

5.2.3 Boneka wayang kulit

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-

28

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin. 5.2.4 Boneka bertali

Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan -bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. 5.2.5 Boneka tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. 5.2.6 Boneka-boneka lain Selain di atas, terdapat pelbagai lagi jenis boneka yang boleh digunakan oleh guru iaitu: o Boneka daripada alat sebenar o Boneka penuh o Boneka kosong ditengah o Boneka jari

29

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


5.3 PERSEMBAHAN BONEKA Persembahan boneka boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Namun, kebiasaannya, guru-guru atau orang yang ingin melakonkan watak noneka akan menggunakan pentas bagi melakonkan watak tersebut. 5.3.1 Pentas dan persembahan boneka Antara contoh pentas dan persembahan boneka yang biasa digunakan adalah: o Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa

menggeraklakonkan boneka. o Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding. o Pentas tingkap Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas. o Pentas pintu Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah. o Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.

30

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


o Pentas berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebgai bingkainya kemudian ditutup dengan kain. o Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audiens. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan hyang dilakukan secara berpasangan. o Teknik overhead projektor (OHP) Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar. 5.3.2 Persekitaran Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Seeloknya dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. 5.3.3 Susun atur Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan.

5.3.4 Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka

31

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

5.4 AKTIVITI BONEKA Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi

pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

32

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


5.5 KAEDAH MENCIPTA BONEKA Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan, sarung kaki, kertas, dan sebagainya. 5.4.1 Contoh cara membuat boneka lidi Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat. Boneka yang digunakan berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Kumpulan kami memilih boneka jenis ini kerana lebih mudah dilakukan di samping pelajar dapat gambaran sebenar watak yang dilakonkan. Antara alat atau bahan yang digunakan: o Kertas dengan gambar binatang (semut dan belalang) o Kotak dengan babak yang berbeza sebagai pentas o Gunting o Gam o Pensel o Kayu Cara membuatnya: 1. Kotak yang disediakan dipotong dengan kedudukan boleh dibuka di atas. Ini kerana babak yang berbeza akan digunakan mengikut skrip cerita yang telah dipilih. Jadi, setiap babak boleh ditukar setelah babak tersebut tamat dilakonkan. 2. Kertas boneka yang telah siap dicantumkan dengan kayu yang disediakan. Kayu digunakan supaya boneka yang direka lebih kukuh dan menggunakan konsep boneka lidi. 3. Kedua-dua boneka yang siap dipasang kayu dimasukkan ke dalam kotak melalui bahagian atas yang terbuka. Pemegang watak akan memegang lidi boneka dan melakonkan dari bahagian atas.

33

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


4. Boneka siap untuk dilakonkan mengikut skrip yang dipilih (semut dan belalang)

5.6

RUMUSAN

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan,

meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanakkanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi

34

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

35

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


6.0 : REFLEKSI 6.1 RIZA AZIFF BIN AZHARI Pada 7 September 2009 yang lalu, pelajar PISMP Sains telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu oleh pensyarah kami iaitu Encik Abdul Rahim bin iSmail. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan diantara ahli kumpulan kami. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa kerana banyak kerja kursusu lain yang perlu kami siapkan dalam masa yang terdekat. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran saya, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya. Saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, saya telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan saya untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan diantara semua ahli kumpulan. Banyak yang saya dapat belajar daripada kerja kursus ini. Antaranya ialah saya dapat menambahkan maklumat mengenai prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan yang saya rasa amat penting untuk didalami bagi seorang bakal guru seperti kami.

36

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


6.2 MOHD HANAFEE BIN MOHD ZAKI Saya Mohd Hanafee bin Mohd Zaki dari unit PISMP SN/BI/BM Semester 2 ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus Literasi Bahasa Melayu ini. Tugasan ini merupakan tugasan secar berkumpulan. Pada mulanya saya tidak berapa faham bagaimana untuk membuat tugasan ini tetapi hasil perbincangan dengan ahli kumpulan dan pensyarah pembimbing akhirnya saya memehami apa yang perlu dilakukan. Sebelum membuat tugasan ini, kami membahagikan kerja diantara ahli kumpulan. Saya dan ahli kumpulan bertungkus-lumus mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku-buku, majalah, surat khabar lama dan juga melayari internet. Saya juga turut berbincang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan seunit mengenai maklumat yang didapati bagi memastikan maklumat tersebut adalah bertepatan dengan tajuk soalan. Saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan maklumat berkaitan soalan yang dikehendaki, walaupun terdapat beberapa maklumat dan idea yang menggunakan buah fikiran saya sendiri. Setelah menyiapkan tugasan ini banyak input baru yang dapat saya pelajari daripada kerja kursus ini yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan didalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila saya bergelar seorang guru nanti. Selain itu, saya juga dapat mempelajari dan menambahkan ilmu mengenai tajuk yang diterima. Hasil usaha dan kesabaran saya dan ahli kumpulan, akhirnya dapat juga kami

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan juga rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih

37

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


6.3 ZAINUL ARIFFIN BIN MOHD ZHAFFAR Saya telah mendapat tugasan dari pensyarah untuk subjek Literasi Bahasa Melayu. Tugasan ini memerlukan kami mencari aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan dalam pada masa yang sama kami dikehendaki mencipta satu alat bantu mangajar (boneka). Tugasan ini perlu dilakukan secara berkumpulan. Saya berkumpulan dengan Riza Aziff bin Azhari, Mohd Hanafee bin Mohd Zaki, Zuraidah binti Zulkifli dan Siti Jamilah binti Ghazali. Setelah melakukan perbincangan, kami telah bersetuju untuk memilih Kaedah menggunakan Boneka sebagai alat bantu mengajar untuk tugasan ini. Pertamanya kami membahagikan kerja diantara ahli kumpulan. Setelah mendapat tajuk bahagian yang perlu saya selesaikan, saya mula melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Semasa mendapatkan maklumat, saya berasa sedikit kecewa kerana kami kekurangan sumber. Terutamanya sumber rujukan yang berteraskan buku.Selain menggunakan kemudahan internet, saya juga telah mencari bahan-bahan berkaitan dengan isu ini daripada sumber bacaan yang ada seperti keratan akhbar, Namun, sumber bahan rujukan yang terdapat di institut ini tidak mencukupi serta tidak banyak berkaitan dengan tajuk ini. Dalam pada masa yang sama, rakan-rakan saya yang lain juga mendapat serba sedikit sumber dari internet dan bahan-bahan rujukan yang lain. Apabila tugasan ini dilakukan secara berkumpulan, kerja yang dilakukan semakin ringan dan tidak terbeban. Saya menghadapi masalah kekangan masa dalam menyiapkan kerja kursus ini kerana banyak kerja kursus lain yang perlu saya siapkan dalam masa terdekat. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya dan ahli kumpulan telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan diantara semua ahli kumpulan. Banyak yang saya dapat belajar daripada kerja kursus ini. Antaranya ialah saya dapat menambahkan maklumat mengenai prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan yang saya rasa amat penting untuk didalami bagi seorang bakal guru seperti kami.

38

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


6.4 ZURAIDAH BINTI ZULKIFLI

Saya Zuraidah binti Zulkifli dari unit PISMP SN/PJ/BI Semester 2 ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus Literasi Bahasa Melayu ini. Kerja kursus ini adalah kerja secara berkumpulan. Perkara pertama yang kami lakukan ialah membahagikan kerja diantara ahli kumpulan. Selepas mendapat tajuk yang perlu saya selesaikan, saya mula melayari internet dan mencari maklumat-maklumat lain dari buku-buku di perpustakaan, majalah-majalah dan juga surat-surat khabar lama yang juga saya dapatkan di perpustakaan. Selain itu, saya juga bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan sekelas iaitu rakanrakan dari kumpulan yang lain bagi menambahkan maklumat yang saya perolehi. Saya juga turut mengadakan perbincangan dengan pensyarah penasihat dan rakan-rakan seunit. Saya juga turut mendapatkan maklumat daripada nota-nota yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas. Dalam proses menyiapakan kerja kursus ini saya berasa sedikit tertekan kerana banyak perkara yang perlu saya selesaikan dalam masa terdekat ini. Tambahan pula otak saya lebih tertumpu kepada hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Walaupun begitu saya dan ahli kumpulan cuba menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun dalam masa yang singkat. Sebagai kesimpulannya, Kerja Kursus Pendek (KKP) Literasi Bahasa Melayu ini telah memberi banyak manfaat kepada diri saya. Melalui tugasan ini saya lebih mengetahui mengenai prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Yang paling penting saya dapat belajar cara menghasilkan alat bantu mengajar yang saya rasa amat penting diketahui oleh seorang bakal guru. Saya berharap hasil akhir tugasan saya ini menepati kehendak soalan dan menepati segala aspek yang ditetapkan oleh pensyarah dan diharap apa yang saya dapat daripada kerja kursus ini dapat diaplikasikan apabila saya bergelar seorang pendidik nanti.

39

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


6.5 SITI JAMILAH BINTI GHAZALI Saya Siti Jamilah Ghazali dari unit PISMP SN/PJ/BI Semester 2 ingin berkongsi pengalaman saya sepangjang proses menyiapkan kerja kursus Literasi Bahasa Melayu ini. Pada semester ini, kami perlu membuat kerja kursus mengenai aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan dan pada masa yang sama kami dikehendaki mencipta satu alat bantu mangajar dan kami telah memilih alat bantu mengajar (boneka). Tugasan ini perlu dilakukan secara berkumpulan. Pada mulanya saya berasa sedikit terbeban ketika pensyarah pembimbing saya memberikan kerja kursus ini kerana banyak kerja kursus lain yang perlu saya siapkan dalam masa yang terdekat ini. Tetapi setelah berbincang dengan ahli kumpulan akhirnya kami membahagikan kerja bagi setiap ahli kumpulan. Dengan ini setiap orang tidak akan berasa terbeban dengan kerja yang banyak yang perlu diselesaikan dalam masa yang terdekat ini. Masalah paling besar yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini ialah masalah kekangan masa kerana banyak tugasan lain yang perlu saya selesaikan dalam masa terdekat, selain itu saya jugak sibuk dengan pameran alat bantu mengajar yang perlu kami anjurkan pada semester ini. Akhirnya saya dapat mengatasi masalah ini hasil bantuan kawan-kawan sekelas dan pensyarah pembimbing saya. Setelah siap melakukan tugasan ini, saya lebih mengetahui mengenai prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Yang paling penting saya dapat belajar cara menghasilkan alat bantu mengajar yang saya rasa amat penting diketahui oleh seorang bakal guru. Sebagai kesimpulan saya amat berharap agar ilmu yang saya perolehi pada masa sekarang dapat disalurkan kepada bakal anak didik saya apabila saya bergelar seorang guru suatu hati nanti. Sekian, terima kasih.

40

LITERASI BAHASA MELAYU PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 2


RUJUKAN

WEB Prabacaan. http://literasibahasakami.blogspot.com/2009/07/melaksanakan-aktivitiprabacaan.html. Diakses pada 17 Sptember 2009.

Pemulihan bacaan. http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasamelayu-kelas.html. Di akses pada 17 September 2009.

Pratulisan. http://blog.cepatbaca.com.my/20080124/bagaimana-dengan-kemahiranmenulis/. Di akses pada 17 September 2009.

Prabacaan. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/prabacaan.html. Di akses pada 17 September 2009.

Prabacaan. http://literasibahasa.blogspot.com/2009_06_28_archive.html. Di akses pada 17 September 2009.

Pratulisan. http://literasibahasa.blogspot.com/2009/07/amali-dan-tugasan-pismp- bahasamelayu.html. Di akses pada 17 September 2009.

Pemulihan tulisan. http://www.scribd.com/doc/1787896/RANCANGAN-TAHUNANpemulihan-khas. Di akses pada 17 September 2009.

Pemulihan tulisan. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihantulisan.html. Di akses pada 17 September 2009.

41