Anda di halaman 1dari 9

Kemahiran Asas Bola Tampar

M O N D A Y, M A Y 4 , 2 0 0 9

Menghadang

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh


pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam
gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang
a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas

b) Bahagian lengan dan tapak tangan


condong ke sebelah pihak lawan
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :3 2 A M 0 C O MMEN T S
L IN KS TO TH IS P O ST

Reactions:

Merejam

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan


untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash)
ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan
jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan
anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara
dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam
gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam
permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya
bola tidak dapat ditangkis oleh pemain
pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :2 9 A M 0 C O MMEN T S
L IN KS TO TH IS P O ST

Reactions:

Mengumpan
Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana
pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu
kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk
memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia
akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap
persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak
lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua
perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan
kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka
dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup

P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :2 5 A M 0 C O MMEN T S


L IN KS TO TH IS P O ST

Reactions:

Hantaran Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan
bola dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran
untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu
kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain.
Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada
dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan
yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan
skor dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu,
pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak
dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain
yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut
membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat
hantaran lemah (poor pass).

P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 1 :0 3 A M 0 C O MMEN T S


L IN KS TO TH IS P O ST

Reactions:

Menyangga

Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai
kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai
cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali
sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah
tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass)
dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola
tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu
dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk
menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk


menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila
pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak
membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima
hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

• Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.


• Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
• Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan
diluruskan ke hadapan.
• Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
• Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap
sasaran sebelum bermain bola.
• Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
• Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
• Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
• Kendurkan bahagian atas tubuh.
• Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut
dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 1 2 :4 6 A M 0
C O MMEN TS L IN KS TO TH IS P O ST

Reactions:

S U N D A Y, M A Y 3 , 2 0 0 9

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

Pengenalan

Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang
mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah
Sukan YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi yang
pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916.

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong
dan negeri China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan
Bola Tampar amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association)
yang ditubuhkan pada tahun 1959.

Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang


berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di
kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat
dari bunyi wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan
mana-mana bahagian badannya.

Kemahiran Asas Bola Tampar


i) Menyangga
ii) Servis
iii) Merejam
iv) Menghadang
v) Mengumpan

P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :2 2 P M 0 CO MM ENT S


L IN KS TO TH IS P O ST

Reactions:

Subscribe to: Posts (Atom)