Anda di halaman 1dari 10

1.

PENDAHULUAN

2.0

KEPENTINGAN KAJIAN 2.1 Pengguna bahasa dapat mengetahui pola penggunaan korpus bukan dan tidak dalam penulisan pengarang akhbar 2.2 pengguna bahasa dapat melihat kekerapan penggunaan hukum tatabahasa korpus bukan dan tidak

3.0

OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Menganalisis korpus bukan dan tidak bagi melihat penggunaan korpus ini dalam penulisan pengarang akhbar 3.2 Menganalisis korpus bukan dan tidak berdasarkan hukum tatabahasa mengikut Tatabahasa Dewan. 3.3 Menyenaraikan korpus bukan dan tidak yang mematuhi hukum tatabahasa dan yang tidak mematuhi hukum tatabahasa.

4.0

ULASAN KARYA

5.0

METODOLOGI KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, sebanyak 1000 data daripada kata tidak dan bukan telah diambil daripada data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebanyak 500 kata tidak
1

dan 500 kata bukan akan dianalisis. Data-data yang diambil ini akan dinilai berdasarkan rumus kata nafi yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan dan akan melihat pola atau bentuk penulisan pengarang sama ada ditetapkan atau bercanggah daripada itu. 6.0 6.1 KATA NAFI KATA NAFI BERDASARKAN TATABAHASA DEWAN (NIK SAFIAH KARIM et.al) menjurus kepada rumus yang telah

Kata nafi yang hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat , iaitu frasa nama, frasa kerja , frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi iaitu BUKAN dan TIDAK. 6.1.1 KATA NAFI BUKAN 6.1.1.1 Contohnya : i. Makanan itu bukan untuk Ratna. ii. Projek itu bukan usaha saya. iii. Kereta api itu bukan dari Ipoh. 6.1.1.2 Kata nafi BUKAN boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat . Contohnya : i. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. ii. Pak Ali bukan kaya sangat , tetapi pemurah orangnya.
2

Kata nafi BUKAN menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama .

iii. Ucapannya bukan menghina kita, tetapi sekadar mengingatkan kita sahaja. iv. Murid itu bukan bijak, tetapi sebaliknya. 6.1.2 KATA NAFI TIDAK 6.1.2.1 Kata nafi TIDAK ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya: i. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini ii. Saya tidak akan datang lagi iii. Kenyataan itu tidak benar iv. Bandar itu tidak besar 7.0 7.1 ANALISIS KORPUS : KATA NAFI BUKAN Contoh kata nafi bukan yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang berdasarkan hukum kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh 1.
a) ...diterima oleh umat Islam tetapi juga dari orang-orang bukan Islam.

| Suruhanjaya khas perdagangan Bahrain Malaysia ditubuh b) ...yang akan menampung masyarakat tersebut berada di lautan, bukan di angkasa lepas.

| Bandar raya di lautan c) ... yang kini mengendalikan Bruno Manser Fonds, sebuah badan bukan kerajaan di Basel, Switzerland,

telah berkata tahun lepas ... | Bruno masuki Sarawak guna payung terjun berenjin

d)

Pengerusi/Pengarah bebas bukan Eksekutif.

| LAPORAN TAHUNAN 1998-UDA HOLDING SDN BHD e) Pengarah bebas bukan Eksekutif.

| LAPORAN TAHUNAN 1998-UDA HOLDING SDN BHD f) ...tanah-tanah persendirian untuk bumiputera dan kawasan sekitarnya milik bukan bumiputera.

| LAPORAN TAHUNAN 1998-UDA HOLDING SDN BHD g) ... akibat pelbagai pembaziran atau pemborosan yang sedang mengikis bukan sahaja dana negara, tetapi

kredibiliti dan masa depan ... | Kegilaan menyambut kemerdekaan h) ... periuk nasi taukeh-taukeh kedai muzik yang kebanyakannya berbangsa bukan Melayu.

| Komen tentang Harakahdaily i) Ini kerana, perang bukan jalan penyelesaian.

| KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN PAS PERANG AMERIKA j) ... cuba memencilkan PAS dari dunia antarabangsa dan orang bukan Islam.

| PAS minta wanita diberi pilihan untuk tidak bekerja waktu malam

7.1.2 Contoh kata nafi bukan yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang berdasarkan hukum kata nafi BUKAN boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contoh 2.
a) Di Malaysia kata Perdana Menteri, sistem itu bukan sahaja diterima oleh umat Islam tetapi juga dari ...

| Suruhanjaya khas perdagangan Bahrain Malaysia ditubuh

b)

Sungguhpun rancangan ini pada awalnya bukan berniat untuk membina kapal yang sedemikian besar,

tetapi | Bandar raya di lautan c) Tujuan GBKSS ini bukan sahaja untuk meneruskan kempen perubahan sikap dan iltizam ... | CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA d) Usaha ini bukan sahaja akan dapat mengukur kekuatan kesusasteraan Melayu berbanding ...

| CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA e) Sejak tahun 1962, DBP bukan sahaja berusaha memperbanyak penerbitan buku dari peringkat rendah ... | CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f) ... satu siri Wacana Minda telah diilhamkan yang bertujuan bukan sahaja untuk memperkaya khazanah

ilmu atau budaya bangsa ... | CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA g) ... masih segar, Raja Petra menganggap bukunya kali ini bukan bermaksud untuk menghasut rakyat

sebaliknya hanyalah untuk kepuasan ... | ISA undang-undang aneh - bekas tahanan h) ... seharusnya memuhasabah diri dan menilai sebab-sebab rakyat menolaknya, bukan bertindak menghukum mereka dengan tahanan di bawah Akta ... | Rakyat ada alasan tentang BN i) Keadaan adalah lebih mendesak jika seseorang pemimpin negara bukan sahaja tidak melaksanakan

tanggungjawab, malah bertindak menzalimi rakyat ... | Pemimpin zalim wajib bertaubat j) Bukan sekadar dibuat menjelang hari raya atau pilihanraya.

| Kegilaan menyambut kemerdekaan k) "Apa yang kita minta adalah memberi mereka pilihan bukan memaksa mereka," kata Dr Mariah.

| PAS minta wanita diberi pilihan untuk tidak bekerja waktu malam

1.1.2.3

Contoh kata nafi

bukan yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan

Pustaka yang tidak berdasarkan hukum kata nafi BUKAN yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan. Contoh 3.
a) ... terbukti kerana tidak ada mogok dan tuntutan yang bukan-bukan dibuat oleh kesatuan sekerja.

| PM: Kesatuan perlu ubah pendekatan b) ... kerana tidak ada mogok dan tuntutan yang bukan-bukan dibuat oleh kesatuan sekerja.

| PM: Kesatuan perlu ubah pendekatan

7.2

Contoh kata nafi

tidak yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka

berdasarkan hukum kata nafi tidak menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh 4.
3) ... bekas Komandan Pasukan Pengaman bekas Presiden Suharto itu tidak setia kepadanya. | Gus Dur arah TNI isytihar darurat 4) ... Dur telah menyiapkan surat pemecatan Endriartono namun ia tidak dapat dilaksanakan apabila tindakan berkenaan mendapat tentangan daripada ... 5) kerana ia ... | Gus Dur arah TNI isytihar darurat

``Megawati tidak bersetuju dengan cadangan Gus Dur itu | Gus Dur arah TNI isytihar darurat

6)

``Tetapi sehingga pukul 7 malam tadi, kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi berhubung perkara itu,'' katanya. | Gus Dur arah TNI isytihar darurat

7) jika tidak dibenarkan membuat ... 8)

Katanya, Malaysia tidak akan membuat komitmen kewangan | Minat Malaysia beli syarikat Fokker hampir pudar

Katanya, Malaysia tidak akan membuat komitmen kewangan jika tidak dibenarkan membuat penelitian dan penyiasatan dari segi kewangan ... Fokker hampir pudar | Minat Malaysia beli syarikat

10) sehingga boleh menjejaskan ... ditubuh 11) luar pantai. 12)

``Bagaimanapun kita tidak harus ada terlalu banyak sekatan | Suruhanjaya khas perdagangan Bahrain Malaysia

Bagaimanapun tidak keseluruhan kapal ini akan dibina di | Bandar raya di lautan ''Bahkan jika mengikuti kapal pelayaran sekalipun, anda tidak akan mendapat percutian selama itu dan ke beberapa ... | Bandar raya di lautan

13)

Bercakap pada sesi dialog tidak rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ... | Malaysia pertahan pendirian sokong serangan

14)

... menyokong serangan tersebut bagi mengelak lebih banyak nyawa tidak berdosa penduduk Albania Kosovo menjadi mangsa pembunuhan tentera ...

7.2.1 Contoh kata nafi tidak yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak mengikut mana-mana unsur seperti frasa kerja mahupun frasa adjektif. Contoh:

337)

Di Kelantan, walaupun calon kaum India tidak ada tetapi kerajaan PAS Kelantan masih memberi perhatian ...

361) pemerintah ataupun lawan. 365) rapat oleh pengarang, ... 398) Danaudamai itu ...

Setiap penyelewengan akan dibongkar tidak kira daripada parti

Sensitiviti masyarakat bukan tidak ada tetapi telah ditutup dengan

Betapa tidak kalau Kak Banu sendiri yang menguasai

8.0

DAPATAN KAJIAN Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati bahawa penggunaan kata nafi bukan yang menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama lebih banyak

digunakan . Daripada 500 korpus kata nafi bukan yang dianalisis terdapat sebanyak 319 unsur kata nafi bukan yang menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala sebanyak 181 kata nafi bukan yang mempunyai unsur frasa kerja dan frasa adjektif Bagi kata nafi tidak pula, sebanyak 500 korpus telah diambil untuk menjalankan analisis ini dan didapati sebanyak 179 korpus yang menggunakan frasa kerja sebagai unsur bagi kata naif tidak, 269 korpus menggunakan frasa adjektif sebagai unsur dan sebanyak 52 korpus didapati tidak mengikut rumus yang telah ditetapkan bagi penggunaan kata nafi tidak, iaitu menggunakan kata nama sebagai unsur.

Pola penulisan pengarang akhbar yang ditemui dalam analisis korpus Dewan Bahasa dan Pustaka lebih banyak menggunakan kata nafi bukan yang menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Justeru, ini menunjukkan penulis lebih menerima dan menggemari penggunaan kata nafi bukan yang menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama dalam penulisan mereka. Berbanding dengan kata nafi tidak, dapat dilihat pengarang akhbar kebanyakannya menulis berdasarkan rumus yang betul

sebagaimana yang telah termaktub dalam Tatabahasa Dewan, walau bagaimanapun, masih ada pengarang yang menulis mengikut kesesuaian ayat dan kesedapan bunyi apabila dibaca. Masalah ini berlaku mungkin sama ada mereka tidak tahu hukum atau rumus tatabahasa yang betul atau sengaja melanggarnya. Persoalannya sekarang ialah pengarang akhbar, majalah atau apa jua bentuk penulisan perlulah berdasarkan aturan yang betul dan tepat. Memandangkan bahawa media cetak seperti akhbar dan majalah mendapat tempat dalam kalangan pembaca di negara ini yang ingin mengetahui isu tertentu, sewajarnyalah media berkenaan menjadi saluran penting untuk mendidik pembaca menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menerusi pembacaan bukan sahaja dapat mengetahui isi-isi berbentuk pengetahuan tertentu tetapi semua akhbar dan majalah boleh memantapkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, semua tenaga produksi penerbitan berkenaan mempunyai pengetahuan dan cekap menggunakan tatabahasa dalam penulisan masing-masing.

RUJUKAN

10