Anda di halaman 1dari 4

KEGANASAN TERHADAP WANITA DAN KANAK-

KANAK
Oleh: Ahmad Shah bin Jamlus

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang sering kita dengar dewasa ini,
menjadikan secara tidak langsung imej budaya, pemikiran dan kepercayaan kita
terhadap agama boleh dipertikaikan. Jika kita memperkatakan tentang Islam dan
cara hidupnya adalah tidak mungkin perkara yang keji sebegini boleh berlaku.

Persoalannya, apakah langkah dan landasan kita sebagai seorang muslim dan
masyarakat muslim telah dapat kita terapkan sehingga dapat mengurangkan
kejadian tidak diingini seperti ini.

Dalam dunia yang mementingkan persepsi dan pandangan masa kini, saya juga
rasa terpanggil untuk membicarakan topik ini dari sudut itu.

Persepsi sesetengah kita mendapati kepelbagaian, perbezaan dan kelainan adalah


merupakan titik asas untuk kita membentuk perkumpulan dan berpecah atau akan
timbul masalah dari perbezaan atau kelainan tersebut. Sedang perbezaan
merupakan titik-tolak kepada perkenalan serta lengkap-melengkapi antara satu
sama lain.

Misalnya, Allah s.w.t telah menjadikan manusia berlainan jantina. Asasnya, Allah
s.w.t telah menjadikan Hawa untuk Adam a.s agar menjadi peneman dan saling
melengkapi hidup. Berbeza apa yang berlaku pada persepsi sesetengah kita.
Wujudnya lelaki dan wanita menjadikan timbulnya pertelingkahan melibatkan
perbezaan gender ini.

Kaum wanita dengan kaum wanita, manakala lelaki tidak kurang juga ada menuntut
keistimewaan. Padahal sepatutnya mereka itu saling melengkapi kerana antara
mereka itu ada kelebihan dan ada kelemahan yang tersendiri untuk saling
menyempurnakan dan membahagiakan.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’, Ayat 1;


Maknanya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu
yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan
yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan
juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu.

Dalam satu ayat yang lain, Surah Al-Hujurat, Ayat 13;

Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan


kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu).

Daripada dua ayat di atas, betapa kejadian manusia keseluruhannya tidak kira
siapapun dia dan apapun pegangannya, hakikat kesemuanya adalah untuk
mengwujudkan suasana yang aman dan bahagia dalam kehidupan ini.

Selain persepsi asas di atas, saya juga ingin menegaskan melalui tulisan saya ini
bahawa kelainan tidak semestinya menggambarkan kelemahan, kekuatan tidak
semestinya melambangkan kehebatan.
Sesetengah mereka yang mempunyai persepsi bahawa kelainan gender adalah
untuk bersaing antara satu sama lain. Lantaran perkataan ‘bersaing’ mencengkam
dalam benak pemikiran yang negatif, lalu wujud pemahaman memastikan gender
siapa yang akan menang. Hasilnya, wujudlah permainan kotor dalam pelbagai
bentuk. Misalnya apabila lelaki tidak dapat membuktikan kelelakiannya dalam
bentuk kuasa dan kepimpinan, maka penindasan dalam bentuk keganasan pun
berlaku, sebagaimana yang saya selalu baca dalam kes-kes keganasan
rumahtangga.

Begitu juga, jika kita lihat kepada kes wanita menganiayai lelaki dari sudut emosi
dengan perbuatan memaki hamun, mencemuh malah ada suami yang sakit jiwa
lantaran tekanan yang dilakukan oleh si isteri.

Allah s.w.t telah menyediakan landasan untuk kita faham kekuatan dan kelemahan
dua gender ini. Seharusnya kita menyediakan acuan yang tepat untuk anak-anak
kita agar tumbesarannya mengikut kejadian biologi masing-masing. Lelaki dengan
kekuatan fizikal, perempuan dengan kelembutan. Persamaan gender tidak akan
berlaku buat selamanya dalam kehidupan manusia ini melainkan manusia itu
sendiri yang degil dengan prinsipnya.

Saya menyatakan demikian bukan untuk mengatakan kaum wanita lemah dalam
‘kelembutan’ atau kaum lelaki hebat dalam kekuatan fizikal tetapi kehebatan wanita
adalah pada ‘kelembutan’nya manakala lelaki akan hebat dengan ‘kepimpinan’nya.

Melalui fakta yang mudah ingin saya sampaikan, seorang anak tidak akan lahir ke
dunia tanpa ada ayah dan ibu. Barang sudah tentu ayah adalah seorang lelaki
manakala ibu sudah pastinya wanita. Begitulah perbezaan akan melengkapi antara
wanita dan lelaki.

Firman Allah s.w.t, Surah An-Nisaa’, Ayat 34;


Maknanya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan
suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan
Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di
tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka
(dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika
mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Apabila kita dapat menyelesaikan masalah asas ini iaitu persepsi yang betul
terhadap perbezaan gender, maka masalah keganasan terhadap wanita dan kanak-
kanak akan dapat dikurangkan atau mampu untuk diselesaikan. Ini adalah kerana
keganasan wanita antara punca kepada keganasan kanak-kanak pada sesetengah
kes. Sebagai contoh, apabila si isteri tertekan terhadap sikap suaminya, anak-anak
yang akan menjadi mangsa.

Lebih-lebih lagi dewasa ini, kes-kes perceraian semakin meningkat, akibatnya


berkemungkinan boleh menjadikan fahaman perbezaan gender yang salah dan
akan terus membentuk persekitaran masyarakat yang tidak baik.

Kesimpulannya, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak amat berkait rapat


dengan persepsi terhadap perbezaan gender. Lantaran itu, saya merasakan kita
perlu kembali kepada asas dengan membentuk serta berada pada acuan yang
sewajarnya, agar kita semua dapat mengelak sebarang tekanan yang boleh
mencetuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.