Anda di halaman 1dari 2

CONTOH-CONTOH BAHASA ANTARA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SABAH Permasalahan Kajian Malaysia merupakan satu negara yang

mempunyai rakyat berbilang kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua kaum. Oleh itu, walaupun terdapat beberapa puluh jenis bahasa bumiputera atau bahasa tempatan yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetap digunakan sebagai bahasa perantaraan semua etnik masyarakat. Sesungguhnya, situasi ini mengangkat status BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Namun begitu, disebabkan oleh kepelbagaian etnik kaum di Malaysia, maka terhasillah BM yang berbeza dengan BM standard (seterusnya diringkaskan menjadi BMS) yang dipanggil sebagai BM dialek. Di Sabah, BM dialek ini disebut sebagai BM Dialek Sabah (BMDS). Oleh itu, pelajar-pelajar di Sabah menghadapi masalah berkaitan dengan morfologi dan sintaksis BMS. Fenomena yang berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar di Sabah pada masa kini mendorong pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Terdapat banyak pengaruh dialek terhadap penghasilan BM standard dalam penulisan. Penggunaan B1 di rumah dan pembelajaran B2 di sekolah ternyata membawa kesan yang memperlihatkan gangguan terhadap penghasilan bahasa yang murni dalam aspek tatabahasa dan sistem B2 yang dipelajari. Berdasarkan pada beberapa artikel, contohnya kajian Noor Aina Dani (2002) berkenaan dengan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan BM pelajar B2 di Sabah, didapati memang terdapatnya pengaruh dialek dalam penulisan pelajar di Sabah. Oleh yang demikian, pengkaji merasa lebih terpanggil untuk membuat kajian yang lebih mendalam dalam aspek ini. Selain itu, fenomena pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Hal ini kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh pelajar sekolah rendah malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian yang pernah dijalankan, kajian ini akan memfokuskan pada bidang BA yang terhasil dalam proses pembelajaran dan penguasaan BM sebagai B2 responden yang dipilih. Gangguan tersebut dilihat berbentuk pengaruh daripada unsur-unsur persekitaran linguistik seperti pendedahan dan penggunaan bahasa oleh pelajar tersebut serta sikap pelajar terhadap bahasa yang dipelajari. Nathesan (1991) menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambahan beliau lagi, kajian terhadap bahasa tidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi penuturnya (ibid,.70). Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji terdorong untuk mengkaji dan membuktikan bahawa persekitaran linguistik sememangnya mempengaruhi penghasilan BA dalam pembelajaran B2. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif; 1. Menganalisis bentuk BA yang terhasil dalam pembelajaran BM sebagai B2 dalam karangan Melayu; 2. Mengenal pasti faktor persekitaran linguistik pelajar yang mempengaruhi penghasilan BA dalam proses pembelajaran dan penguasaan B2; dan 3. Menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak terbabit bagi mengatasi masalah-masalah pembelajaran BM sebagai B2. (Objektif ke-3 tidak begitu digalakkan kerana bahagian ini sudah pasti akan dikupas walaupun tidak dimasukkan sebagai objektif kajian)

STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR DUSUN Pernyataan Masalah Umumnya masyarakat Dusun memiliki bahasa sendiri sebagai lambang identiti dan sekaligus membezakan suku kaum ini dengan etnik lain yang ada di negeri Sabah. Bahasa Dusun itu sendiri terdiri daripada pelbagai dialek yang dituturkan oleh pelbagai kaum atau puak-puak kecil mengikut daerah atau kawasan tertentu. Kepelbagaian dialek ini menyebabkan wujud persamaan dan perbezaan antara dialek ini menyebabkan wujud perbezaan antara dialek tersebut. BD yang merupakan B1 bagi penutur-penutur ini digunakan ketika berkomunikasi dengan ibubapa, rakan-rakan dan orang-orang di sekitarnya. DMS pula biasanya digunakan ketika berkomunikasi dengan penutur daripada etnik yang lain. Permasalahan yang jelas ialah kelemahan pelajar-pelajar pribumi di Sabah mrnguasai BM khususnya dalam bentuk lisan dan memerlukan usaha-usaha membaik pulih secara berterusan. Hal ini disebabkan terdapat pelajar Dusun yang memasukkan elemen-eleman BD dan DMS melalui penggunaan SK ketika berkomunikasi dalam BMB. Ini bermakna, pelajar-pelajar ini tidak lari daripada masalah pertuturan menggunakan BMS untuk menyampaikan sesuatu maksud atau mesej semasa berkomunikasi. Gejala ini secara tidak langsung boleh menjejaskan pemarkahan pelajar tersebut dalam mata pelajaran BM secara keseluruhannya, khususnya yang melibatkan ujian lisan pada peringkat SPM. Hakikat ini juga sememangnya mencetuskan kebimbangan daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa, guru dan pelajar B2 itu sendiri. Sehubungan itu, langkah-langkah alternatif untuk menangani permasalahan sebegini sewajarnya mendapat perhatian yang serius. Kajian tentang SK sedikit sebanyak dapat meneliti masalah berkomuniksi dalam kalangan pelajar Dusun. Melalui kajian ini juga, pengkaji perlu mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh penutur bahasa Dusun dialek Tindal (seterusnya diringkaskan menjadi DDT) ketika berkomunikasi dalam BMDalam hal ini pelajar-pelajar Dusun tidak terkecuali (Noor Aina Dani, 1993:26). Perkara ini secara tidak langsung dapat menyangkal pendapat sesetengah pihak yang beranggapan penutur-penutur BM di Sabah tidak ada masalah untuk bertutur dalam sebutan yang baku. Permasalahan seterusnya ialah penutur-penutur BD ini sukar untuk lari daripada memasukkan elemen-elemen BD atau pelat mereka sendiri semasa berkomunikasi dalam situasi yang formal. Malah identiti mereka dapat dikesan terutamanya dari aspek sebutan dan juga intonasi, akibat daripada pengaruh unsur-unsur linguistik bahasa ibunda mereka. Pendedahan dan pembelajaran BM sejak bermula dari tahun satu di sekolah rendah tidak banyak membantu menghilangkan pengaruh bahasa ibunda mereka, lebih-lebih lagi penutur-penutur BD yang tinggal di kawasan luar bandar yang mana majoriti dari penduduknya adalah berbangsa Dusun. Kajian ini akan meninjau masalah yang menjadi hambatan dalam mereka menyampaikan sesuatu maksud menggunakan BM. Permasalahan ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh ramai pelajar B2 dalam konteks berkomunikasi menggunakan BM untuk tujuan lisan. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengkaji SK dalam pertuturan BM pelajar-pelajar Dusun pada peringkat sekolah menengah di Pekan Kiulu Sabah. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. 2. 3. Menganalisis jenis-jenis SK yang digunakan oleh pelajar-pelajar Dusun semasa berkomunikasi dalam BM; Mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Dusun semasa mereka berkomunikasi dalam BM; Mengkaji hubungan persekitaran linguistik dengan tahap penguasaan dan perlakuan lisan pelajar-pelajar Dusun.