Anda di halaman 1dari 59

MODUL PENATARAN

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH


BAHASA INGGERIS

UPSR
2008
MULAI

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH


PRAKATA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana


dengan izin dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan Malaysia
telah dapat menerbitkan Modul Penataran Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah Bahasa Inggeris UPSR. Usaha ini merupakan
satu usaha yang amat baik dan tepat pada masanya. Justeru, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dalam melaksanakan tugas yang murni ini.

Penghasilan modul ini ialah satu usaha, aktiviti, proses, untuk


memastikan petugas-petugas pentaksiran PBS mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang terselaras semasa
menjalankan tugas. Modul ini boleh membantu semua petugas
pentaksiran yang terlibat dengan tugas-tugas Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), pegawai-pegawai yang akan menjalankan
penataran terdiri daripada pegawai-pegawai di Lembaga
Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri juga gabungan
/daerah dan guru-guru yang dilantik sebagai Ketua Pentaksir
Kebangsaan (KPK), Ketua Pentaksir Negeri (KPN), Ketua Pentaksir
Kawasan (KPKw) Pentaksir Kawasan (PKw) dan Ketua Pentaksir
Sekolah (KPS)

Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung


kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua
pihak amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di
mata dunia. Saya berharap fenomena kerja ini berterusan demi
merealisasikan moto LPM adil, sahih dan amanah.

Terima kasih

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

2
KANDUNGAN MUKA SURAT

Prakata

1.0 Pengenalan 4

2.0 Konsep, Dasar PLBS 6

3.0 Kerangka PLBS 23

4.0 Pengoperasian PLBS 28

5.0 Rumusan 54

3
BAB 1
PENGENALAN

4
1.0 PENGENALAN

MATLAMAT

Modul ini bertujuan untuk membantu petugas Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS) membuat penataran dengan berkesan. Dengan adanya
modul ini, fokus penataran PBS akan lebih jelas dan seterusnya
membantu petugas pentaksiran PBS melaksanakan tugas dengan lebih
berkesan

OBJEKTIF

Objektif modul adalah untuk petugas-petugas petaksir PBS dapat :


• Mengetahui konsep, prinsip dan prosedur PBS
• Memahami dengan jelas konsep, prinsip dan prosedur PBS
• Melaksana PBS secara terselaras
• Merancang dan melaksanakan PBS di peringkat negeri,gabungan /
daerah dan sekolah dengan jayanya

ORGANISASI KANDUNGAN

Modul ini mengandungi manual pengendalian PBS, manual


pemantauan PBS dan manual penyelarasan PBS

5
BAB 2
KONSEP, DASAR PBS
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN
SEKOLAH (PLBS)

BAHASA INGGERIS

6
KONSEP
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)

PENGENALAN

• Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu


komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM).

• Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme


penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah.

• PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terdiri


daripada:

Science Practical Work (PEKA)


 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
 Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

7
PENYATAAN DASAR

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditadbir mengikut


kuasa-kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan berdasarkan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Seksyen 67, Seksyen 68 dan
Seksyen 69.

• Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


(PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen
kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.

• Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan Ujian PAFA.

• Pelaksanaan PEKA dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja


yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

• PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan


pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon
tidak melaksanakan atau tiada skor PBS.

• Calon istimewa yang ingin mendapatkan pengecualian PBS


hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah
Pelajaran Negeri.

• PBS dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh


Lembaga Peperiksaan Malaysia.

• Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan


mengikut dokumen pentaksiran PLBS.

• Setiap calon mestilah mempunyai semua skor / pencapaian PBS


setelah tamat tempoh pelaksanaan.

• Jawatankuasa Induk PBS peringkat kebangsaan / negeri /


gabungan / daerah dan sekolah perlu ditubuhkan.

• Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta


tanggungjawab pihak sekolah.

• Petugas PBS adalah personel yang dilantik.

8
• Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab
pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan
Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.

• Semua rekod dan evidens, perlu disimpan dengan selamat


selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks


dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

• LPM membekalkan panduan

• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras

• Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah

• Sekolah mengeluarkan pelaporan pelaksanaan PLBS

9
KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:


Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan
pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran,
pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran,
penskoran, pengredan dan pelaporan
pelaporan dibuat oleh pihak
sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran
berkenaan.

Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul


maklumat
pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru
guru pentaksir yang terlibat dalam
pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor


kepada
perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh


guru
pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan
skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan
oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep


Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.

Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap


murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme
penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan


Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat
menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan
perkara yang
ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara
yang
ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan


Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu
tepat dan

10
tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran
pentaksiran ini dipastikan
melalui
pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

Pelaporan positif
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini
boleh
diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
semasa.

11
PERANCANGAN PENTAKSIRAN

1. Perancangan

Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan


Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah
dilantik.

2. Penataran

Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar


program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS
seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah
dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.

3. Pelaksanaan Pentaksiran

Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam


PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam dokumen
pentaksiran, format pentaksiran atau buku panduan pelaksanaan PBS.

4. Penyelarasan

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS


dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi
kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran
dan pemberian skor.

5. Pemantauan

Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan


memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.

6. Pengesanan

Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian


objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya
impaknya untuk tujuan
memperbaiki PBS.

7. Laporan

Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat


laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

12
13
PELAKSANAAN

JADUAL PELAKSANAAN

TEMPOH
SUBJEK TAHAP
TAHUN 1- 5
JAN-OKT
BAHASA INGGERIS (PLBS)
TAHUN 6
JAN-JULAI

Petugas Pentaksiran

Terdiri daripada:

• Ketua Pentaksir Kebangsaan


• Ketua Pentaksir Negeri
• Ketua Pentaksir Kawasan
• Pentaksir Kawasan
• Ketua Pentaksir Sekolah
• Pentaksir Sekolah

Ketua Pentaksir Kebangsaan(KPK)

• Dilantik oleh LPM


• guru terlatih
• opsyen berkaitan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran
berkenaan
• disahkan dalam jawatan
• Berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 10
tahun dan ke atas
• Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

14
Ketua Pentaksir Negeri(KPN)

• Dilantik oleh JPN


• guru terlatih
• opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran dan mengajar mata
pelajaran berkenaan
• disahkan dalam jawatan
• berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan sekurang-
sekurangnya 5 tahun ke atas
• Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw)

• Dilantik oleh JPN


• guru terlatih
• opsyen berkaitan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran
berkenaan
• Berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3
tahun dan ke atas
• disahkan dalam jawatan
• Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Pentaksir Kawasan(PKw)

• Dilantik oleh JPN


• guru terlatih
• opsyen berkaitan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran
berkenaan

15
• Berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3
tahun dan ke atas
• disahkan dalam jawatan
• Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)

• guru terlatih
• opsyen mata pelajaran berkaitan
• jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman
mengajar mata pelajaran berkaitan.
• boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Pentaksir Sekolah (PS)

• guru terlatih
• guru yang dilantik dalam jawatan
• opsyen mata pelajaran berkaitan
• jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman
mengajar mata pelajaran berkaitan

16
SENARAI TUGAS

Tugas Ketua Pentaksir Kebangsaan(KPK)

Sebelum pentaksiran:
2. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata
pelajaran di LPM
3. Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Ketua
Pentaksir Negeri (KPN)
4. Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan
5. Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan

Semasa Pentaksiran:
1. Berjumpa Pengetua / Guru Besar sekolah memaklumkan kehadiran
semasa lawatan ke sekolah.
2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah

Selepas Pentaksiran:
1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua KPN
2. Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM

Tugas Ketua Pentaksir Negeri(KPN)

Sebelum Pentaksiran:

17
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan
2. Menyelaras tugas Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri
4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke
semasa

Semasa Pentaksiran:
1. Berjumpa Pengetua / Guru Besar sekolah memaklumkan kehadiran
semasa lawatan ke sekolah
2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah
3. Melaksanakan penyelarasan skor peringkat daerah.

Selepas Pentaksiran:
1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada KPKw dan
menghantar kepada KPK dan SPP JPN
2. Menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

Tugas Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw)

Sebelum Pentaksiran:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat kawasan
2. Memberi taklimat kepada PKw

Semasa Pentaksiran:
1. Menyelaras pentaksiran oleh PKw
2. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses
pentaksiran yang lengkap
3. Melaksanakan penyelarasan skor di peringkat kawasan

18
Selepas Pentaksiran:
1. Menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Kes Khas Sekolah
2. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw dan
menghantar kepada KPN

Tugas Pentaksir Kawasan(PKw)

Sebelum Pentaksiran:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri/kawasan
2. Memberi taklimat kepada KPS

Semasa Pentaksiran:
1. Menyelaras pentaksiran oleh KPS
2. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses
pentaksiran yang lengkap
3. Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah

Selepas Pentaksiran:
1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada KPS dan
menghantar kepada KPKw
2. Menjadi penasihat Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

19
Tugas Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)

Sebelum Pentaksiran:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan
sekolah
2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada PS
dan calon

Semasa Pentaksiran:
1. Menyelaras pentaksiran oleh PS
2. Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
3. Mentaksir calon
4. Mengisi borang-borang penskoran individu/borang gred individu
dan lain-lain yang berkaitan.
5. Memberi kerjasama kepada KPN/KPKw/PKw dalam urusan
penyelarasan

Selepas Pentaksiran:
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh KPN/KPKw/PKw
2. Menyerahkan skor kepada SUP
3. Menyimpan rekod dan evidens selama 6 bulan selepas keputusan
diumumkan
4. Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw

20
5. Memastikan borang penskoran individu/borang gred individu yang
berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru
6. Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS bagi setiap calon
7. Membantu Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

Tugas Pentaksir Sekolah (PS)

Sebelum Pentaksiran:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon

Semasa Pentaksiran:
1. Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
2. Mentaksir calon
3. Mengisi borang-borang penskoran individu/borang gred individu dan
lain-lain yang berkaitan.
4. Memberi kerjasama kepada KPN/KPKw/PKw/KPS dalam urusan
penyelarasan

Selepas Pentaksiran:
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh KPN/KPKw/PKw/KPS
2. Menyerahkan skor kepada SUP
3. Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan
selepas keputusan diumumkan
4. Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada KPS

21
5. Memastikan borang penskoran individu/borang gred individu yang
berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru
6. Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS bagi setiap calon
7. Membantu Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

GRED SEMPADAN SKOR PLBS

Gred Sempadan Skor PBS


Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan
pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan
akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pelaporan
Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:

a) Peringkat sekolah
 Borang Penskoran Individu atau Borang Gred Induk dan
Kelompok / Keseluruhan / Induk / Laporan PLBS / SBOA
 Penyataan - PEKA / PAFA / PLBS

b) Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)


 Slip keputusan

22
Pelaporan Pencapaian PLBS calon yang dicatatkan dalam borang rekod
pencapaian murid adalah seperti berikut :

A. PENENTUAN PURATA GRED

GRED SKOR
A 4
B 3
C 2
D 1

B. PERKIRAAN PURATA GRED

Purata Skor = Jumlah Skor/Bilangan Skor

C. PENENTUAN PURATA GRED

PURATA SKOR PURATA GRED


1.0 hingga 1.4 D
1.5 hingga 2.4 C
2.5 hingga 3.4 B
3.5 hingga 4.0 A

CONTOH :

Pencapaian pelajar bagi konstruk tatabahasa dan kosa kata bagi


tiga kali pencerapan adalah :

DBB

23
Purata skor = 1 + 3 + 3
3

= 2.33

Purata Gred = C

Jadual Kerja Pengendalian PLBS Tahun 6

Bil Perkara Tarikh Tindakan

1 Tempoh Pelaksanaan PLBS * Januari-31 Julai Sekolah

2 Penghantaran Laporan 4-7 Ogos KPS kepada PKw


PLBS/SBOA Report
11-14 Ogos PKw kepada KPKw

18-20 Ogos KPKw kepada KPN

25 Ogos KPN kepada KPK


dan SPP JPN

29 Ogos KPK kepada LPM

SPP JPN – Sektor Penilaian dan peperiksaan Jabatan Pelajaran


Negeri
KPK – Ketua Pentaksir Kebangsaan
KPN – Ketua Pentaksir Negeri
KPKw – Ketua Pentaksir Kawasan
PKw – Pentaksir Kawasan
KPS – Pentaksir Sekolah

24
* Bergantung kepada input daripada Bahagian Produksi, LPM

25
BAB 3
KERANGKA PENTAKSIRAN
LISAN BERASASKAN
SEKOLAH (PLBS)

KERANGKA PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

26
PENGENALAN
Latar Belakang

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting


dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di
semua peringkat persekolahan. Walau bagaimanapun,
perubahan dari segi pelaksanaannya berlaku dari semasa ke
semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. Sehubungan
dengan itu, sesuatu pembaharuan telah diusahakan apabila
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bagi Tingkatan 4
dan Tingkatan 5 dilaksanakan. Usaha ini bertujuan untuk
melahirkan murid yang terampil bertutur dalam pelbagai
situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk
berkomunikasi dengan berkesan

Oleh yang demikian, sewajarnya usaha murni yang telah


dimulakan ini diperluas dan diperkembang ke peringkat
sekolah rendah (Tahun 1 – Tahun 6) dan sekolah menengah
(Tingkatan 1 – Tingkatan 3) dengan dikenali sebagai
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS).
Pelaksanaannya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi
kemahiran bertutur murid. PLBS menekankan pentaksiran
yang berterusan iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran
di dalam dan di luar bilik darjah serta semasa aktiviti
kokurikulum oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran
berkenaan. Langkah ini juga bersesuaian dan bertepatan
dengan hakikat bahawa guru yang mengajar murid itulah
yang lebih mengetahui tahap dan pencapaian murid yang
sebenar dalam kemahiran bertutur.

Pelaksanaan PLBS dapat menjamin kesahan dan


kebolehpercayaan pentaksiran yang tinggi serta
mempertingkatkan nilai dan kualiti lisan murid selaras
dengan objektif pendidikan sekolah rendah dan sekolah
menengah. Selaku pemimpin sekolah, guru besar dan
pengetua memainkan peranan yang utama dalam
menjayakan PLBS. Pelaksanaannya yang dipantau dari
semasa ke semasa akan menjamin keberkesanannya.
Selain itu, ruang atau wadah yang memungkinkan
penambahbaikan dan pemulihan secara berterusan dapat
diwujudkan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran bertutur yang bertepatan dengan konsep
“assessment for better learning”
Pelaksanaan

27
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah dijalankan mengikut peringkat yang
berikut:-

Peringkat I - Tahap Satu Sekolah Rendah (Tahun 1 – Tahun


3)

Peringkat II - Tahap Dua Sekolah Rendah (Tahun 4 – Tahun


6)

Peringkat III - Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan


3)

Pentaksiran Lisan Bahasa Inggeris (PLBS) dirancang bagi


memenuhi keperluan dan hasrat yang berikut:-

 Bersifat autentik kerana berupaya untuk mentaksir kebolehan


sebenar murid dengan berfokus pada kemahiran bertutur.

 Menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran


kemahiran bertutur di dalam bilik darjah.

 Pentaksiran dijalankan secara berterusan dari Tahun 1


hingga Tingkatan 3 dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Pentaksiran dilakukan dalam situasi komunikasi sebenar dan


lebih daripada satu kemahiran bertutur ditaksir.

 Pentaksiran boleh juga dilakukan di luar bilik darjah dan


dalam kegiatan kokurikulum yang melibatkan penggunaan
Bahasa Inggeris.

 Pentaksir ialah guru yang mengajarkan Bahasa Inggeris


yang mengetahui kemampuan sebenar kemahiran bertutur
seseorang murid.

28
Objektif Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan pentaksiran lisan tersebut dapat:-

 Melahirkan murid yang terampil bertutur dalam situasi


yang pelbagai.

 Memastikan pelaksanaan ujian dikendalikan semasa


pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar
bilik darjah serta semasa aktiviti kokurikulum secara
berterusan.

 Mendedahkan pelbagai situasi bertutur yang sebenar


kepada murid untuk membolehkan mereka menimba
pengalaman.

 Membentuk kemahiran dan keyakinan diri kepada


murid untuk berkomunikasi dengan baik dan
berkesan.

Rasional Pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

 Berupaya untuk mentaksir kebolehan sebenar murid


untuk bertutur bersesuaian dengan anjakan
paradigma dalam pentaksiran pendidikan.

 Memberikan tumpuan kepada kemahiran bertutur


murid semasa pengajaran dan pembelajaran, di luar
bilik darjah serta semasa aktiviti kegiatan kokurikulum
secara berterusan

 Pentaksiran berterusan bermula dari sekolah rendah


hingga sekolah menengah.

 Pentaksiran dilaksanakan dalam situasi sebenar dan


lebih daripada satu kemahiran lisan ditaksir.

 Pentaksir ialah guru yang mengajar murid dan yang


mengetahui kemampuan sebenar kemahiran lisan
murid itu.

Konsep Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Bahasa

29
Inggeris

 Pentaksiran lisan ini dilaksanakan berasaskan sekolah


berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 Pentaksiran ini dijalankan secara berterusan semasa


pengajaran dan pembelajaran, di luar bilik darjah serta
semasa aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan di
sekolah menengah.

 Pentaksiran dijalankan oleh guru-guru yang


mengajarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

 Pelaporan pencapaian murid direkodkan dalam buku


atau kad kemajuan pada penghujung setiap penggal
persekolahan.

 Murid ditaksir pencapaiannya atau penguasaan


lisannya dalam pelbagai aktiviti individu dan
kumpulan.

 Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran ini tinggi


manakala nilai dan kualiti lisan dapat dipertingkatkan
selaras dengan hasrat dan objektif pendidikan sekolah
rendah dan sekolah menengah.

 Pentaksiran ini membolehkan penambahbaikan dan


pemulihan dilakukan secara berterusan untuk
meningkatkan penguasaan pelajar dalam bertutur.

30
BAB 4
PENGOPERASIAN
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN
SEKOLAH

BAHASA INGGERIS

PENGOPERASIAN PLBS
PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT KEBANGSAAN (LPM)

Penubuhan Jawatankuasa Pengendalian PLBS


Penasihat : Pengarah Peperiksaan
Pengerusi : Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi)

31
Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan
Menengah Rendah dan Rendah (KS
SPPMRR)
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah Unit UPSR
Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai Unit UPSR
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian PLBS
Peringkat Kebangsaan

Sebelum Pentaksiran
Sebelum Pentaksiran
 Menyediakan surat pekeliling berkaitan PBS
 Menyediakan dokumen Panduan Pentaksiran dan Manual
Pengendalian PBS
 Menyediakan bahan taklimat pengendalian PBS
 Memberi taklimat pengendalian PBS kepada pegawai JPN,
KPK dan KPN
 Menyediakan aplikasi bagi kemasukan markah
 Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan
Semasa Pentaksiran
 Memantau pelaksanaan PLBS di peringkat JPN

Selepas Pentaksiran
 Menerima Laporan PLBS/SBOA Report daripada JPN
 Menyediakan laporan pemantauan PLBS

32
Proses Kerja Pelaksanaan PLBS Peringkat Kebangsaan

Tempoh
Tanggungjawa
Bil Proses Tindakan Pelaksanaa
b
n

1 Menyediakan pekeliling Pengarah Ketua Sektor Januari


PLBS Peperiksaan
SPPMRR

2 Mengadakan mesyuarat Pengarah Ketua Penolong


Jawatankuasa Peperiksaan Pengarah UPSR Januari
Pengendalian PLBS

3 Menyampaikan Pengarah Ketua Penolong


maklumat berkenaan Peperiksaan Pengarah UPSR
Januari
pelaksanaan PLBS di
peringkat negeri

4 Menyediakan dokumen Pengarah Ketua Penolong


dan bahan taklimat Peperiksaan Pengarah UPSR Januari
pengendalian PBS

5 Melaksanakan taklimat Pengarah Pegawai Unit


pengendalian PBS dan Peperiksaan UPSR
Januari
menyerahkan bahan
PBS

6 Memantau pelaksanaan Pengarah Pegawai Unit


Mei - Julai
di peringkat JPN Peperiksaan UPSR

7 Menyediakan laporan Pengarah Pegawai Unit


Ogos - Sept
pemantauan PLBS Peperiksaan UPSR

33
PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT NEGERI

Penubuhan Jawatankuasa Pengendalain PLBS Peringkat Negeri

Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri


Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
Naib Pengerusi 1 : Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Naib Pengerusi 2 : Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Setiausaha : Pegawai Sektor Penilaian & Peperiksaan
Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai Pelajaran Gabungan / Daerah
Pegawai Sektor Penilaian & Peperiksaan
Pegawai Sektor Pengurusan Akademik
Semua Pegawai Peperiksaan PPG / PPD
Ketua Pentaksir Negeri

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian PLBS


Peringkat Negeri

Sebelum Pentaksiran

 Menerima dan mengedar surat pekeliling Lembaga


Peperiksaan Malaysia
 Menerima dan mengedar dokumen Pengendalian PLBS
 Menghadiri taklimat Pengendalian PLBS di peringkat
kebangsaan
 Menubuhkan Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat
Negeri
 Melantik Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan,
Pentaksir Kawasan, Ketua Pentaksir Sekolah , Pemantau dan
Penyelaras
 Mengarahkan sekolah melantik Pentaksir Sekolah
 Mengarahkan sekolah menubuhkan Jawatankuasa
Pengendalian PLBS peringkat sekolah

34
 Menerima senarai Jawatankuasa Pengendalian PLBS
peringkat sekolah
 Mengedar dokumen dan melaksanakan penataran PLBS
kepada PPG / PPD
 Membahagikan sekolah-sekolah mengikut kawasan
 Mengadakan taklimat penataran / mesyuarat penyelarasan /
mesyuarat pemantauan di peringkat negeri
 Menyelaras taklimat di peringkat kawasan
 Mengadakan penataran PLBS kepada Pengetua / Guru Besar,
Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Ketua
Pentaksir Sekolah

Semasa Pentaksiran

 Memantau pelaksanaan PLBS di peringkat PPG / PPD


 Memastikan semua sekolah akur dengan prosedur penskoran
 Memastikan penyelarasan peringkat kawasan dilaksanakan
 Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan
 Membantu menyelesaikan kes-kes khas
 Mengadakan mesyuarat penyelarasan (jika perlu)

Selepas Pentaksiran

 Mengumpul Borang Gred Induk / Laporan PLBS/ SBOA Report,


laporan pemantauan dan laporan penyelarasan
 Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan
 Memastikan setiap sekolah menghantar Laporan PLBS/SBOA
Report kepada PKw
 Memastikan sekolah mengeluarkan pelaporan pelaksanaan
PBS kepada calon

35
Proses Kerja Pelaksanaan PLBS Peringkat Negeri
Tempoh
Bi Tanggungjaw
Proses Tindakan Pelaksanaa
l ab
n

1 Menerima pekeliling Pengarah Ketua Sektor


Januari
daripada LPM Pelajaran Penilaian dan
Negeri Peperiksaan

Ketua Sektor
2 Menubuhkan Jawatankuasa Pengarah
Penilaian dan Januari
Pengendalian PLBS peringkat Pelajaran
Peperiksaan
negeri Negeri

Ketua Sektor
3 Mengadakan mesyuarat engarah
Penilaian dan Januari
Jawatankuasa Pengendalian Pelajaran
Peperiksaan
PLBS peringkat negeri Negeri

JK Negeri dan
4 Menyampaikan maklumat Pengarah
Ketua Pentaksir Januari
berkenaan pelaksanaan Pelajaran
Negeri
PLBS di peringkat JK Daerah Negeri

5 Menyediakan dokumen dan Pengarah


Pegawai SPP Februari
bahan taklimat penataran Pelajaran
Negeri

6 Menyediakan surat arahan Pengarah


Pegawai SPP Februari
hadir taklimat kepada PPG / Pelajaran
PPD Negeri

7 Melaksanakan penataran Pengarah


dan menyerahkan bahan Pelajaran
Februari
PLBS Negeri
Pegawai SPP

36
Tempoh
Bi Tanggungjaw
Proses Tindakan Pelaksanaa
l ab
n

8 Mengedar surat makluman Pengarah


Pegawai SPP April
pemantauan dan Pelajaran
penyelarasan ke sekolah Negeri

9 Memantau pelaksanaan di Pengarah


peringkat PPG / PPD Pelajaran Jawatankuasa PBS Mei – Julai
Negeri

10 Memastikan setiap sekolah Pengarah


Ketua Sektor
menghantar Laporan Pelajaran
Penilaian dan Ogos
PLBS/SBOA Report kepada Negeri
Peperiksaan
PKw

PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT GABUNGAN / DAERAH

37
Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat Gabungan /
Daerah

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan /


Daerah

Setiausaha : Penolong Pegawai Pelajaran atau Penyelia


Penilaian dan Peperiksaan Gabungan /
Daerah

Ahli Jawatankuasa : Pegawai Unit Kurikulum PPG / PPD


Pegawai Unit Pendidikan Islam dan Moral
PPG / PPD
Semua Pengetua / Guru Besar
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasan

Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian PLBS


Peringkat Gabungan / Daerah

Sebelum Pentaksiran

 Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN


 Menubuhkan jawatankuasa PLBS peringkat PPG / PPD
 Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran
kepada sekolah
 Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah
 Memastikan semua sekolah menghantar Laporan PLBS/SBOA
Report mengikut jadual yang ditetapkan

38
Semasa Pentaksiran

 Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat daerah


 Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan
 Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan
 Memastikan pemantauan peringkat daerah dilaksanakan
 Membantu menyelesaikan kes-kes khas

Selepas Pentaksiran

 Mengumpul Borang Gred Induk / Laporan PLBS/ SBOA Report,


laporan pemantauan dan laporan penyelarasan
 Mengadakan mesyuarat pasca pemantauan
 Memastikan setiap sekolah menghantar Laporan PLBS/SBOA
Report kepada PKw
 Memastikan sekolah mengeluarkan pelaporan pelaksanaan
PBS kepada calon

39
Proses Kerja Pelaksanaan PLBS Peringkat Gabungan / Daerah

Tanggungjawa Tempoh
Bil Proses Tindakan
b Pelaksanaan

1 Menerima pekeliling Pen. PPG /


dan taklimat penataran PPD (Penilaian
PPG / PPD Februari
daripada JPN dan
Peperiksaan)

2 Menubuhkan Pen. PPG /


jawatankuasa PPD (Penilaian
PPG / PPD Januari
Pengendalian PLBS dan
Peperiksaan)

3 Menyediakan surat Pen. PPG /


arahan hadir taklimat PPD (Penilaian
PPG / PPD Februari
penataran kepada dan
sekolah Peperiksaan)

4 Menyerahkan dokumen Pen. PPG /


dan memberi taklimat PPD (Penilaian
PPG / PPD Februari
penataran kepada dan
sekolah Peperiksaan)

5 Memantau pelaksanaan
PPG / PPD AJK Pemantau Mei – Julai
di peringkat sekolah

6 Memastikan setiap Pen. PPG /


PPD (Penilaian
sekolah menghantar PPG / PPD Ogos
dan
Laporan PLBS/SBOA Peperiksaan)
Report kepada PKw

40
PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT SEKOLAH

Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat Sekolah

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar


Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan (Akademik)
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan
Ahli Jawatankuasa : Ketua Pentaksir Sekolah
Ketua Panitia
Pentaksir Sekolah
Guru Cemerlang

Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian


PLBS Peringkat Sekolah

Sebelum Pentaksiran

 Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN


 Menerima dokumen PBS daripada JPN
 Pengetua / Guru Besar menubuhkan Jawatankuasa PBS
sekolah
 Pengetua / Guru Besar melantik pentaksir bagi setiap mata
pelajaran berkaitan
 Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada
JPN
 Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
 Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar
salinan kepada JPN dan Pentaksir Kawasan
 Memastikan pihak sekolah menyediakan kemudahan yang
mencukupi untuk melaksanakan PBS bagi tujuan
pembelajaran dan pentaksiran.

41
 Memastikan pihak sekolah mestilah melantik guru mata
pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
 Memastikan sekolah memberi makluman pelaksanaan PBS
kepada murid dan ibu bapa / penjaga
 Memastikan setiap murid memiliki fail PBS

Semasa Pentaksiran

 Memastikan pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan


pembelajaran
 Memastikan penyelarasan skor di peringkat sekolah
dilakukan oleh KPS
 Memastikan pemantau dalaman membuat pemantauan
mengikut jadual yang telah ditetapkan
 Memastikan pentaksir merekod skor dalam Borang Skor
Individu
 Memastikan pentaksir menyimpan evidens pentaksiran
dalam fail individu dengan selamat
 Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid dan
ibu bapa / penjaga yang ditaksir dan murid menandatangani
Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
 Memastikan pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor
Individu ke Borang Gred Induk

42
Selepas Pentaksiran

 Memastikan Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh


Pengetua / Guru Besar dan disimpan di sekolah dan satu
salinan dihantar kepada JPN melalui PKw
 Memastikan pihak sekolah menyediakan Laporan PLBS/SBOA
Report dan diserahkan kepada PKw mengikut masa yang
telah ditetapkan oleh pihak LPM
 Memastikan Setiausaha Peperiksaan memasukkan skor calon
dalam format pentaksiran yang ditetapkan oleh LPM
 Mengeluarkan pelaporan pelaksanaan kepada calon

43
Proses Kerja Pengendalian PBS Peringkat Sekolah

Tempoh
Tanggungjawa
Bil Proses Tindakan pelaksanaa
b
n

Menerima pekeliling dan Pengetua / Guru GPK


1 menghadiri taklimat Januari
Besar Akademik
penataran daripada PPG /
PPD

Menubuhkan jawatankuasa Pengetua / Guru GPK


2 Januari
pelaksana Besar Akademik

Melaksanakan taklimat Pengetua / Guru GPK


3 Februari
penataran Besar Akademik

Januari – Julai
(Tahun 6)
4 Melaksanakan pentaksiran Pengetua / Guru Pentaksir
Januari – Okt.
Besar (Tahun 1 - 5)

Pengetua / Guru
5 Menyelaras skor Penyelaras April
Besar

6 Memantau pentaksiran Pengetua / Guru Pemantau Mac


Besar

44
Tempoh
Tanggungjawa
Bil Proses Tindakan pelaksanaa
b
n

Menghantar Laporan Setiausaha


Pengetua / Guru
7 PLBS/SBOA Report kepada Peperiksaa Ogos
Besar
PKw n

45
PENYELARASAN

Konsep

• Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS


dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi
kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran
dan pemberian skor.

Objektif

• Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan


amanah mengikut prosedur yang ditetapkan
• Menentukan skor pentaksir dilakukan mengikut kriteria yang
ditetapkan
• Menentukan ketekalan skor

Prosedur

• Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan sebagai penyelaras

• Penyelaras diberi taklimat penyelarasan


• Melaksanakan penyelarasan
• Sekolah menyediakan evidens untuk diselaras
• Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian calon
• Membandingkan skor penyelaras dengan skor pentaksir
• Memberikan skor baru

46
Penyelaras

• Penyelaras adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan


penyelarasan PBS.

• Penyelaras terdiri daripada:

Penyelaras Luaran

i) Pegawai LPM (mata pelajaran berkaitan)


ii) Ketua Pentaksir Kebangsaan
iii) Ketua Pentaksir Negeri
iv) Ketua Pentaksir Kawasan
v) Pentaksir Kawasan

Penyelaras Dalaman

i) Ketua Pentaksir Sekolah (mata pelajaran berkaitan)


ii) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)
iii) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)

Manual Penyelarasan yang dikeluarkan oleh LPM boleh digunakan


oleh penyelaras.

47
PEMANTAUAN

Konsep

• Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan


memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.

Objektif

• Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih


dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan
• Mengelakkan penyelewengan dalam PBS
• Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan
pentaksiran
• Menyalurkan masalah yang berkaitan untuk tindakan
seterusnya.

Prosedur

• Melantik pemantau PBS


• Pemantau akan diberi taklimat pelaksanaan berkaitan PBS
• Memantau pelaksanaan PBS di sekolah sekurang-kurangnya
sekali setahun
• Memilih/mengenalpasti sekolah yang akan dipantau
• Melaksanakan pemantauan di sekolah sampel
• Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau
akan ditetapkan oleh JPN / PPG / PPD
• Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
• Pemantau menyediakan laporan pemantauan kepada JPN /
PPG / PPD

48
Pemantau

Pegawai Pemantau
• Pegawai Pemantau ialah pegawai yang dilantik untuk
memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh LPM.

Pemantau terdiri daripada:


i. Pegawai Pemantau Luaran
a) Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia
b) Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
c) Pegawai PPG / PPD
d) Jemaah Nazir Sekolah
e) Pegawai daripada Bahagian-Bahagian Kementerian
Pelajaran Malaysia
f) Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM

ii. Pegawai Pemantau Dalaman


a) Pengetua/Guru Besar
b) Guru Penolong Kanan (Akademik)
c) Ketua Pentaksir Sekolah mata pelajaran berkaitan
d) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)
e) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)
f) Guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar

49
Tanggungjawab Pemantau

Sebelum Pemantauan

 Menerima surat pelantikan sebagai pemantau


 Menerima taklimat tugas pemantauan
 Merancang jadual pemantauan
 Menghubungi pihak sekolah
 Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan

Semasa Pemantauan

 Berjumpa dengan Pengetua / Guru Besar untuk mendapat


maklumat awal tentang pelaksanaan PBS di sekolah berkenaan
 Bertemu dengan Ketua Pentaksir Sekolah
 Menyemak dokumen / evidens yang berkaitan
 Membincangkan dapatan dengan pihak sekolah

Selepas Pemantauan

 Menyediakan laporan pemantauan


 Menghantar laporan pemantauan yang lengkap kepada pihak
sekolah dan SPP JPN

Manual Pemantauan yang dikeluarkan oleh LPM boleh digunakan


oleh pemantau.

50
PENGESANAN

Konsep

Pengesanan ialah proses menilai PBS dari segi pencapaian objektif,


kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan
penambahbaikan PBS.

Objektif

Mendapatkan maklumat tentang kesesuaian instrumen


pelaksanaan PBS.

Prosedur

Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran:


Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai
daripada institusi berikut:
 Lembaga Peperiksaan Malaysia
 Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh:


 pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat
ijazah sarjana / ijazah kedoktoran
 penyelidik swasta

51
Prosedur

Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian


gunaan (applied research) berdasarkan sampel.

Untuk setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan.

 Mengenalpasti tujuan kajian


 Menentukan dan membina instrumen kajian yang
bersesuaian.
Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut:
• Instrumen soal selidik
• Temubual
• Senarai semak
• Pemerhatian
 Menentukan persampelan
 Melaksanakan pengumpulan data daripada sumber
ditentukan seperti:
• Pengetua / Guru Besar
• Guru
• Penyelaras
• Pemantau
• Murid
• Jabatan Pelajaran Negeri
• Penggubal
• Ibu bapa / penjaga

52
 Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira
pembolehubah berikut:
• Lokasi sekolah
• Keberkesanan panduan / dokumen pentaksiran sekolah
• Penggunaan panduan / dokumen
• Kefahaman pelaksanaan
• Konsep perkara yang ditaksir
• Maklumat dan kekangan
• Guru
• Murid
 Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan
 Menyediakan laporan
 Mengemukakan cadangan

Pelaksanaan Pengesan

Pengesanan PBS mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap


pelaksanaan PBS.

53
PROSEDUR KESELAMATAN

Skor yang diberi berdasarkan kepada evidens calon menunjukkan calon


telah ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pengendalian PBS.
Skor dan evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang
telah ditetapkan

Proses Pengurusan Skor

 JPN menerima aplikasi kemasukan skor PBS daripada LPM dan


mengedarkan ke sekolah melalui PPG / PPD

 Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan Laporan PLBS


/ SBOA Report dihantar kepada PKw mengikut masa yang telah
ditetapkan oleh LPM

 Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan skor dihantar


ke PPG / PPD akur dengan prosedur penghantaran yang ditetapkan

 PPG / PPD memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar


ke JPN akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran
yang ditetapkan

 JPN memastikan skor diterima dari PPG / PPD dan dihantar ke LPM
akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang
ditetapkan

 Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan dokumen/


skor calon disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur
keselamatan

54
Pengurusan Evidens

 Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan evidens calon


disimpan seperti ketetapan yang terdapat dalam Dokumen
Pentaksiran PBS mata pelajaran yang berkaitan

 Evidens calon yang berpindah hendaklah disimpan di sekolah asal


jika telah selesai sepenuhnya. Jika evidens belum disiapkan
sepenuhnya, evidens hendaklah dibawa ke sekolah baru

 Tempoh penyimpanan evidens calon Tahun 6 ialah enam (6) bulan


selepas keputusan UPSR diumumkan

 Tempoh penyerahan evidens kepada calon ialah 30 hari selepas


tempoh penyimpanan tamat

 Pengetua / Guru Besar diminta melupuskan evidens yang tidak


dituntut oleh calon selepas tamat tempoh penyerahan

PENGURUSAN DAN PROSEDUR KES KHAS

55
Calon Pindah

 Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod,


butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru
 Sekolah baru bertanggungjawab memastikan menerima rekod,
butiran pentaksiran dan skor calon daripada sekolah asal
 Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor calon ke
dalam aplikasi yang ditetapkan bersama-sama skor calon lain.

Calon Daftar Lewat

 Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS

 Skor calon hanya akan diambil kira dalam tempoh calon


melaksanakan PBS

Pengecualian PBS

• Calon istimewa yang ingin mendapat pengecualian PBS


hendaklah mengemukakan permohonan mengikut Buku
Peraturan dan Panduan UPSR yang dikeluarkan oleh LPM dan
mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri. JPN
hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM
(unit UPSR) pada atau sebelum 1 Julai.

56
BAB 5
RUMUSAN

APA PERLU BUAT

• Melaksanakan PBS
• Perancangan PBS
• Penataran PBS
• Pengoperasian PBS
• Pentaksiran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan
• Pelaporan PBS
• Penilaian PBS

APA PRINSIP PERLU GUNA

• Kesahan
• Relevans
• Cukup Cakup
• Kebolehpercayaan
• Ketepatan
• Ketekalan
• Telus
• Keboleharapan yang tinggi

Prinsip Tiga Serangkai

• Ada laksana?
• Laksanakan dengan betul
• Laksana ikut standard dan prosedur

MENGAPA PERLU BUAT PBS

• Merealisasikan Matlamat KBSM, Objektif Kurikulum, Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP)
• Pembinaan Modal Insan
• Memantau perkembangan modal insan pelajar
• Assessment of learning

57
• Assessment for learning

BILAKAH PELAKSANAANNYA

Ikut perancangan dalam :

• Jadual Pelaksanaan PBS Pusat


• Jadual Pelaksanaan PBS Negeri
• Jadual Pelaksanaan PBS Gabungan / Daerah
• Jadual Pelaksanaan PBS Sekolah

PERANCANGAN DALAM JADUAL PBS

• Penataran
• Pentaksiran PBS di sekolah
• Pemantauan
• Penyelarasan
• Pengesanan
• Pelaporan
• Penilaian

SIAPAKAH YANG AKAN MELAKSANAKANNYA

• Pegawai LPM
• Pegawai SPP JPN
• Nazir
• PPD/Gabungan/Bahagian
• Ketua Pentaksir Kebangsaan
• Ketua Pentaksir Negeri
• Ketua Pentaksir Kawasan
• Pentaksir Kawasan
• Ketua Pentaksir Sekolah
• Pentaksir Sekolah

BAGAIMANAKAH PELAKSANAANNYA

• Pembentukan Jawatan Kuasa PBS di pelbagai peringkat


• Menetapkan fungsi Jawatan Kuasa
• Menetapkan tugas dan tanggungjawab AJK

58
• Melaksanakan proses kerja yang telah ditetapkan
• Melantik AJK
• Melantik Pentaksir
• Penataran
• Pengoperasian
• Pelaporan

PENATARAN

• Taklimat Pelaksanaan Penataran


• Input tentang Dasar, Konsep dan Prosedur PBS
• Input Kerangka PBS ikut mata pelajaran
• Input Pengoperasian PBS
• Bengkel
• Pembentangan
• Pemantapan Modul
• Produk Penataran

HARAPAN

• Ada ilmu tentang PBS


• Ada kemahiran untuk melaksanakan PBS
• Mantap sikap untuk melaksanakan PBS
• Bersedia dengan perancangan PBS di pelbagai peringkat

59