Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN KURSUS | i PENERANGAN BAGI KERJA KURSUS Sila ambil perhatian terhadap kerja kursus yang akan diberikan

kepada anda untuk mendapat kefahaman dan gambaran untuk menyelesaikan kerja kursus tersebut. Terdapat 3 (TIGA) jenis kerja kursus dalam kursus ini, iaitu: i. ii. iii. Tugasan Individu 1: Tahap Keselamatan di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Tugasan Individu 2: Kepentingan Kesihatan dan Nutrisi di Prasekolah E-Forum : Perbincangan terhadap 2 topik yang perlu dibincangkan secara ilmiah.

Setiap tugasan individu (1 dan 2) perlu ditulis sebanyak 10 15 muka surat. Bagi E-Forum pula, setiap topik perbicangan (4 topik) perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan. Permakahan akan diberikan berdasarkan kualiti dan keaslian jawapan yang diberikan. Kedua-dua tugasan individu yang telah lengkap perlu dikirimkan ke dalam tapak Assignment di dalam MyGuru3(PJJ) dalam bentuk soft-copy. Setiap Tutor e-Lerning yang dilantik akan menilai setiap tugasan yang telah dihantar. Berikut adalah penerangan berkenaan Tugasan Individu 1 dan Tugasan Individu 2 seperti di bawah: Pecahan Tugasan Tugasan Individu 1 Soalan / Arahan Markah Tarikh Akhir Penerimaan (Minggu ke-10)

Tugasan Individu 2

Tahap Keselamatan di Pusat Pendidikan Awal Kanak- 20 markah kanak Keselamatan di prasekolah dan taska perlu diberikan perhatian bagi setiap guru. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pusat pendidikan yang kurang memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dalaman dan luaran kelas. Buat pemerhatian terhadap aspek keselamatan yang melibatkan dalaman dan luaran kelas yang dilaksanakan di prasekolah atau taska (pilih satu). Kepentingan Kesihatan dan Nutrisi di Prasekolah 20 markah Kanak-kanak perlu didedahkan dengan makanan seimbang dan berkhasiat. Sebagai guru, tugas untuk menggalakkan murid untuk makan makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi perlu diutamakan. Begitu juga dengan aspek kebersihan diri dan persekitaran kelas. Rancangkan satu kajian di sebuah prasekolah dan pemerhatian perlu melibatkan kesihatan dan nutrisi murid berdasarkan aspek: i) Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ii) Persekitaran kelas iii) Penyediaan makanan

(Minggu ke-10)

PANDUAN KURSUS | ii Bagi E-Forum, perbincangan perlu dilakukan di dalam ruangan Group E-Forum yang disediakan oleh Tutor e-Learning bagi kumpulan masing-masing. E-Forum 1. Soalan / Arahan Markah Tarikh Akhir Penerimaan (Minggu ke-8)

2.

Isu keselamatan di jalan raya kurang diberikan 10 markah perhatian oleh masyarakat. Dari segi pemakaian tali pinggang, pemakaian helmet, laluan pejalan kaki dan sebagainya, rata-rata kurang diambil peduli. Apakah puncanya dan apakah tindakan yang berkesan untuk mengatasi masalah ini? Penyakit seperti alahan, penyakit berjangkit, dan 10 markah keracunan sering kali berlaku kepada kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di pusat jagaan atau prasekolah. Adakah ibu bapa dan pihak pusat jagaan mengetahui perkara tersebut? Apakah tindakan yang diambil untuk memastikan tahap kesihatan kanakkanak adalah baik dan selamat. JUMLAH 20 markah

(Minggu ke-10)

PANDUAN PENULISAN TUGASAN INDIVIDU Penulisan perlulah memenuhi format seperti berikut: i. Font: Times New Roman ii. Saiz: 12 iii. Spacing : 1.5 iv. Rujukan / biblografi mengikut format APA v. Jumlah muka surat : 10-15 (tidak termasuk rujukan dan lampiran) vi. Setiap tugasan perlulah dihasilkan secara individu dan setiap rujukan perlu dinyatakan. Sebarang plagiat atau peniruan dari mana-mana sumber tanpa dinyatakan hasil rujukan akan diberikan markah kosong (0).

SKEMA PEMARKAHAN BAGI KERJA KURSUS Pembahagian Markah (Jumlah = 20 markah) 16 20 Tugasan Individu 1 dan 2 Hasil kajian yang menarik dan memenuhi keperluan topik perbincangan. Penyediaan format yang tepat dan sangat cemerlang dari segi isi perbincangan, susunan ayat, kreativiti dan bahan rujukan yang diberikan. Tiada kesalahan penulisan ayat. Hasil kajian yang baik dan sedikit memenuhi keperluan topik perbincangan. Penyediaan format yang memenuhi dan isi perbincangan, susunan ayat, kreativiti dan bahan rujukan yang diberikan adalah baik. Terdapat beberapa kesalahan penulisan ayat. Hasil kajian yang kurang menarik dan kurang memenuhi keperluan topik perbincangan. Penyediaan format yang kurang tepat dan isi

11 - 15

6 - 10

PANDUAN KURSUS | iii perbincangan lemah, kurang kreativiti dan bahan rujukan yang kurang sesuai. Terdapat banyak kesalahan penulisan ayat. Hasil kajian yang tidak menarik dan agak terpesong dari topik perbincangan. Penyediaan format yang tidak tepat dan perbincangan isi perbincangan yang tidak sesuai, tiada kreativiti dan tiada bahan rujukan yang diberikan. Berlaku kesalahan penulisan ayat bagi setiap muka surat. Terdapat unsur plagiat, atau peniruan. Tidak diserahkan pada waktu yang ditetapkan. Tidak mengikut topik perbincangan. E-Forum (setiap topik) Perbincangan topik sangat berkesan mengikut fakta yang sahih dan rasional. Idea yang bernas dan lebih bersifat terbuka mengikut keperluan perbincangan. Perbincangan topik adalah baik dan mengikut fakta yang betul. Ada idea yang ditulis tetapi kurang menerangkan dengan lebih jelas. Perbincangan topik adalah sedikit baik dan kadang kala tidak menyatakan sumber yang betul. Idea yang dibincangkan kurang jelas dan teratur. Perbincangan topik adalah sangat sedikit baik dan tidak menyatakan sumber atau fakta. Idea yang dibincangkan tidak jelas dan bercelaru Perbincangan topik adalah tidak tepat dan menyatakan sumber yang salah. Tiada penjelasan terhadap sesuatu fakta dan susunan ayat yang tidak difahami Tiada perbincangan topik. Perbincangan didapati terpesong daripada kehendak topik.

15

Pembahagian Markah (Jumlah = 10 markah) 9 10 78 56 34 12 0

PERINGATAN Setiap keperluan dan perbincangan mengenai kursus ini perlulah merujuk kepada arahan dan penerangan daripada Tutor E-Learning anda Kehadiran dari segi penyertaan perbincangan melalui tutorial secara E-Learning adalah WAJIB Ketidakhadiran di dalam kelas dan tutorial E-Learning akan menyebabkan anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir. Sebarang peniruan dan plagiat adalah tidak dibenarkan dan boleh diambil tindakan tatatertib Sentiasa PEKA terhadap tarikh berkaitan dengan kehadiran kelas, perbincangan tutorial dan penghantaran kerja kursus. Sentiasa merujuk kepada pengumuman di dalam E-Learning dari masa ke semasa Sebarang permasalahan mengenai penghantaran kerja kursus perl dirujuk kepada Tutor ELearning anda. Sebarang perubahan dan penambahan terhadap kerja kursus adalah bergantung kepada arahan melalui Tutor E-Learning mengikut masing-masing.