Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 Pengenalan

Perkara

Mukasurat 1 2 23 34 57 7-9 9 10 11 14 14 - 15 16

Sejarah Pendidikan Khas Konsep Pentadbiran dan Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Tugas dan Peranan Guru Peranan Guru/Tenaga Pengajar Peranan PIBG Prgram Pendidikan Khas Pelan Tindakan Pendidikan Khas Langkah-Langkah Pelaksanaan Rujukan

1.0

PENGENALAN Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa dari segi

intelek, fizikal, sosial, atau emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa seperti kanak-kanak yang lain. Konsep dan kepentingan pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid yang berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Menurut Chua (1982), pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab dalam mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) pula, pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala Gargiulo (2003) dalam bukunya ada menyatakan, pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Pendapat Friend (2005), menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelola dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Daripada definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa kendidikan khas ialah program yang direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas yang mana mereka memerlukan pendidikan yang khas, kurikulum khas, alatan khas dan guru khas untuk menjalani
2

proses pengajaran dan pembelajaran seharian mereka.Ini kerana mereka merupakan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang terlaluberbeza daripada kanak-kanak yang normal

2.0

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961

dalam bahagian 1 (tafsiran). Akta ini menyatakan bahawa sekolah pendidikan khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Menurut Abdullah Yusof, 2006 pendidikan khas dapat diklasidikasikan kepada lapan kategori iaiatu: Kurang Upaya Pendengaran Kurang Upaya Penglihatan Kurang Upaya Pertuturan & Bahasa Kurang Upaya Mental(Kerencatan Akal) Kurang Upaya Fizikal & Kesihatan Kurang Upaya Pembelajaran Gangguan Emosi & Tingkah Laku Pintar Cerdas

3.0

KONSEP PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN Pengurusan dan pentadbiran merupakan proses sosial yang berkaitan dengan perjalanan

sesuatu organisasi termasuk organisasi pendidikan. Pentadbiran dan pengurusan sangat penting dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan. Proses pentadbiran berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Mengikut Griffiths (1959), pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah satu proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Stoner (1984) dalam buku management belau mengatakan bahawa pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pentadbiran ditafsirkan pelbagai cara pengendalian. Ia juga disebut sebagai:i) Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan. ii) Satu proses sosial yang berkait dengan mengadakan, menyelenggara, mengawal dan menyatupadukan segala tenaga manusia dan material dalam satu sistem yang disepadukan untuk mencapat sesuatu matlamat. iii) Sesuatu tindakan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin. Disini dapat dirumuskan bahawa pentadbiran menekankan bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi juga hubungkait yang rapat antara matlamat-matlamat ini supaya terdapat penyepaduan yang lebih mendalam dalan sesebuah organisasi. Pengurusan pula membawa maksud yang tersendiri di dalam pentabiran sesebuah organisasi. Antaranya ialah:i) ii) iii) Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, penyepaduan, dan pengukuran. Pengurusan ialah penggunaan sesuatu dengan teliti bagi mencapai sesuatu matlamat. Pengurusan ialah menentukan sesuatu itu dibuat oleh orang-orang lain, terutamanya orang-orang bawahan. iv) 4.0 Pengurusan ialah penyeliaan ke atas sesuatu. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN Tujuan utama pentadbiran institusi pendidikan ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadi mereka yang bekerja di institusi pendidikan hendaklah memberi sumbangan untuk tujuan utama ini. Pentadbiran pendidikan ialah pengurusan institusi
4

yang bertujuan untuk memupuk pengajaran dan pembelajaran. Institusi-institusi ini meliputi sekolah-sekolah kerajaan, swasta dan universiti kerajaan mahupun swasta, institusi-institusi pengajaran yang ditaja oleh badan korporat dan industri. Walaupun kebanyakan institusi ini dibiayai oleh kerajaan, tetapi ada sebilangan besar yang berfungsi di bawah naungan badanbadan persendirian, pertubuhan agama dan persatuan. Pengurusan pelbagai institusi jelas menunjukkan bahawa pentadbiran adalah satu bidang amalan. Dengan demikian, ia mempunyai beberapa aspek yang sama dengan bidang-bidang pengurusan pentadbiran. Walaupun terdapat beberapa unsur yang sama diantara pentadbiran di sektor awam dan pengurusan di sektor swasta, pentadbiran awam terutamanya pentadbiran pendidikan mempunyai aspek yang unik. Pentadbiran pendidikan bukan hanya satu bidang amalan, ia juga adalah satu bidang kajian. Dalam aspek kajian dan juga amalan, terdapat unsurunsur yang sama di antara pentadbiran pendidikan dan pentadbiran dalam bidang-bidang lain. Bagi system pendidikan Negara ini, struktur organisasinya boleh digambarkan seperti rajah 1.1. organisasi yang terbahagi kepada lima peringkat iaitu pusat, negeri, daerah, sekolah dan bilik darjah. Secara amnya, peringkat-peringkat ini boleh diklasifikasikan sebagai peringkat esekutif (pusat), peringkat pengurusan (negeri), peringkat penyeliaan (daerah), peringkat teknikal (sekolah) dan peringkat pelaksanaan (bilik darjah).

Pengarah Negeri dan Pegawai Tadbir Pengetua dan Penolong Pengetua

Guru-Guru

Rajah 1.2 : Piramid organisasi pentadbiran pentadbiran di Malaysia.

5.0

TUGAS DAN PERANAN GURU Ramai yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan peranan

dan tugas yang sangat mudah. Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas sekolah harian yang menempatkan lebih 20 orang murid. Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di sekolah aliran biasa. 5.1 Peranan Penolong Kanan Pendidikan Khas:5.1.1 Pengurusan dan Pentadbiran PKP Menyediakan takwim PKP Menyediakan senarai tugas guru sepanjang tahun Menghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri mesyuarat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGOs Menetapkan tarikh mesyuarat bersama Pentadbir Menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengna perbincangan guruguru mengenai : o Bilangan subjek o Program (Pra/Vokasional/Inklusif) o Bilangan kelas o Aktiviti ko-kurikulum Memastikan guru menghadiri kursus yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kementerian Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja guru Membantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM Menjalankan semakan stok/inventori peralatan Mewujudkan hubungan yang baik dengan pentadbir dan semua warga sekolah

5.1.2 Kurikulum Menentukan dan menyemak rancangan pelajaran harian dan tahunan
6

Membantu dan membimbing guru dalam penyediaan alatan dan pengajaran dalam kelas Mengajar subjek tertentu Mewujudkan pusat sumber dan memantau perkembangannya Melakukan pencerapan guru dan semakan buku tulis murid Membantu dalam merancang dan menyelaras hal berkaitan dengan ujian dan peperiksaan Memastikan dalam penyediaan laporan kurikulum Menyusun jadual waktu kelas dan menyediakan jadual waktu gantian Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah atau Jabatan Pelajaran

5.1.3 Jadual waktu PKP Merancang jadual waktu kelas dan persendirian serta PPM mengikut kesesuaian opsyen dan keperluan Mengedarkan jadual waktu kepada guru Membuat jadual induk bersama jawatankuasa jadual Memastikan jadual ditampal di papan kenyataan

5.1.4 Kewangan PKP Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (PCG) di awal tahun Menyediakan penyata perbelanjaan setiap 3 bulan sekali Menutup akaun pendapatan dan perbelanjaan di akhir tahun Dapatkan kelulusan Guru Besar dalam setiap pembelian alatan/bahan/penyelenggaraan Berbincang dengan guru mata pelajaran akan keperluan barangan/peralatan yang perlu dibeli dalamtahun semasa Menyemak keselarasan dan baki akaun dengan pejabat Memastikan setiap perbelanjaan mengikut prosedur yang ditetapkan

5.1.5 Hal Ehwal Murid Menetapkan peraturan PKP bersama guru disiplin Memantau perkhidmatan berikut dengan kerjasama guru: o Bimbingan dan Kaunseling o Kesihatan
7

o Biasiswa/kebajikan o Keselamatan o Biro Pendidikan Khas

5.1.6 Ko-kurikulum Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan setiap guru penasihat pada setiap awal tahunbagi merangka dan menyediakan jadual rancangan aktiviti tahunan setap gerakerja Meneliti aktiviti yang dirancangkan oleh setiap gerakerja ko-kurikulum dan memastikan rancangantersebut dilaksanakan Mengumpul laporan aktiviti tahunan dan buku aktiviti ko-kurikulum Memastikan buku rekod kegiatan ko-kurikulum diisi oleh guru-guru penasihat dan disahkan Menyemak borang kelulusan rombongan/lawatan yang dianjurkan Menyelaras aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Memastikan laporan dibentangkan pada mesyuarat guru Memastikan aktiviti luar/dalaman didokumentasikan

6.0

PERANAN GURU/TENAGA PENGAJAR Dalam pelaksanaan program pendidikan khas, guru memainkan peranan penting dalam

menjamin pelaksanaan dan kejayaan program tersebut. Kejayaan program dalam konteks pendidikan khas adalah diukur berdasarkan kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam usaha mendidik dan melatih murid-murid berkeperluan khas dalam segala aspek seperti emosi, jasmani, rohani, sosial dan pembelajaran. Setiap program pendidikan khas perlu ada visi dan misinya sendiri yang bertujuan membangunkan diri insan istimewa. Guru pendidikan khas perlu mempunyai tanggungjawab yang menyeluruh dalam menjamin pelaksanaan program tersebut berjaya dalam segala aspek. Ia juga merupakan penggerak, penentu dan perujuk dalam sesuatu program. Jadual 1.1. menunjukkan perananan dan tugas sebagai guru pendidikan khas.

Peranan Pengurusan Bilik Darjah Pendaftaran Pelajar Menjalankan Tugas Pentadbiran Pelaksanaan Program Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas

Ulasan Menyediakan bilik darjah yang lengkap dengan peralatan dan keperluan asas. Menyediakan ruang dan sudut bagi setiap sesi pembelajaran. Memastikan keselamatan bilik darjah adalah pada tahap maksimum. Menerima kamasukan murid dengan meneliti boring pendaftaran dan penempatan. Menempatkan murid dalam program/ kelas yang sesuai. Merekodkan pendaftaran murid dalam buku rekod pendaftaran Menyediakan fail rekod murid. Menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian Menyediakan perancangan tahunan Menguruskan hal kewangan, kedatangan murid, stok, kelas dan lainlain.

Menguruskan Program Pendidikan Khas

Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Merancang aktiviti yang akan dijalankan Menyediakan laporan harian Menyediakan rekod/laporan disiplin murid Menjalankan ujian diagnostik Menyediakan senarai nama murid Menyediakan rancangan pendidikan individu Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan Merancang mata pelajaran yang sesuai diajar kepada murid-murid berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan.

Melaksanakan Ko-Kurikulum Pendidikan Khas

Menjalankan aktiviti kokurikulum dan menggalakkan murid pendidikan khas mengambil bahagian Menubuhkan unit beruniform, kelab, persatuan yang bersesuaian. Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
9

pihak lain. Pengurus HalEhwal Murid Pendidikan Khas Menjalankan Terapi Penyeliaan Dan Pengawalan Pemeriksaan Kesihatan Menjalankan Penilaian Memberi Khidmat Nasihat Menjalankan pelbagai terapi seperti terapi renang, berkuda, muzik, pertuturan, pemulihan cara kerja dan lain-lain terapi yang sesuai. Mengawal perjalanan kelas supaya tidak ada masalah disiplin berlaku Membantu dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul Memeriksa kesihatan murid dari semasa ke semasa Menguruskan khidmat pemeriksaan dan rawatan gigi, mata telinga dan tekak. Menguruskan ceramah-ceramah kesihatan Menjalankan ujian mengikut tahap murid-murid Menilai prestasi murid-murid Memberi kaunseling kepada murid yang ada masalah Memberi kaunseling kepada ibu bapa Memberi khidmat nasih kepada masyarakat. Mengawasi disiplin murid Mengenal pasti murid yang memerlukan khidmat multi disiplin

Jadual 1.1: menunjukkan peranan guru pendidikan khas

7.0 PERANAN PIBG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 7.1 Akademik Ibu bapa sangat mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, kerjasama daripada ibu bapa dalam PIBG adalah penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Dengan saluran PIBG, ibu bapa yang berkeinginan tinggi untuk mengetahui perkara yang berlaku di sekolah dapat berhubung pihak sekolah secara langsung dengan mana-mana guru yang terbabit. Pihak sekolah haruslah mengambil
10

perhatian ke atas perkara tersebut supaya lebih banyak ibu bapa dapat memainkan peranan mereka sebagai ibubapa yang bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta perkembangan sekolah. Dengan saluran ini, ibu bapa akan lebih berperanan sebagai guru kepada anakanak mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga, yang mana anak-anak mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka secara praktik dan teori sebagai ikutan serta sebagai contoh teladan kepada mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa haruslah mengamalkan sikap dan tingkah laku serta nilai yang baik supaya anak-anak mereka dapat diikuti dan dipelajari daripada mereka.

7.2 Sumbangan PIBG merupakan sebuah organisasi yang berwibawa dan boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Dana atau sumber adalah penting untuk sekolah dan sesuatu persatuan. Hal ini kerana, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk mengerakkan sekolah atau persatuan ke arah yang lebih maju dan gemilang. Selain itu, yuran yang dibayar oleh ibubapa adalah untuk kebajikan pelajar bukan saja untuk kegunaan sekolah atau persatuan. Di mana pungutan derma atau yuran daripada ibubapa, orang kenamaan, syarikat atau firma akan dijadikan sumber kewangan persatuan dan sebagai pembiayaan projek untuk sekolah. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat menikmati faedah daripada itu seperti sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.

11

8.0

PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS Pelan Tindakan Pendidikan Khas ialah suatu pelan khas yang disusun secara teliti untuk

mencapai objektif jangka masa 3 tahun hingga 5 tahun. Jangka masa yang dibuat bergantung kepada keperluan murid-murid berkeperluan khas Sekolah Rendah Kebangsaaan Bubul Semporna. Pelan Tindakan Khas adalah berasaskan sukatan pelajaran yang merangkumi bidangbidang seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan mata pelajaran lain yang di ajar di sekolah harian. Jawatankuasa terdiri daripada guru-guru pendidikan khas dan guru besar sekolah. Jawatankuasa perlulah bijak memberi idea untuk aktiviti atau program yang boleh dijadikan hala tuju serta boleh dilaksanakan bagi mencapai matlamat selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan Malaysia. Melalui perincian pelan tindakan ini, aktiviti atau program dan kaedah serta taktikal boleh ditentukan bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan. Objektif pelan tindakan pendidikan khas: Meningkatkan kecekapan guru dalam pengurusan dan pengajaran kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Ibu bapa murid akan memperolehi gambaran lebih awal tentang kemahiran-kemahiran yang akan dikuasai oleh anak mereka dalam tempoh persekolahan. Menggalakan guru sentiasa membuat kajian dari masa ke semasa tentang pengajaran dan Pembelajaran terutama menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam kelas. Kepentingan Pelan Tindakan Pendidikan Khas Masalah bagi mencapai sesuatu objektif program dapat diatasi kerana maklumat yang berkaitan dengan objektif tersebut akan dianalisiskan berasaskan analisis SWOT. Guru-guru pendidikan khas dapat mengenalpasti kelemahan, kekuatan, cabaran dan peluang terhadap sesuatu pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran khusus untuk murid PPKIBP. Segala perancangan yang bekaitan dapat dilaksanakan secara tersusun dan sistematik Memberi peluang kepada guru untuk mengurus sesuatu program atau aktiviti.
12

AHLI JAWATANKUASA PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP) SEK KEB BUBUL SEMPORNA SABAH

PENASIHAT En. Mercelinus James Omar (Guru Besar) PENGERUSI Pn Hjh Badariah Bt Abdul Fattah (Penyelaras) SETIAUSAHA En Ali Bin Othman AJK En Mansor Bin Ahmad Cik Suriani Bt Abu Bakar Pn Norhayati Bt Ibrahim Cik Aisyah Bt Ghazali

VISI Menyediakan program pendidikan yang terbaik dan terkini kepada murid-murid PPKIBP ke arah pendidikan yang berkualiti dan memenuhi keperluan-keperluan hidup bermasyarakat.

MISI Menyediakan kemudahan dan kelengkapan luaran dan dalaman yang selesa, selamat dan berkualiti serta memenuhi keperluan -keperluan kanak-kanak PPKIBP

13

Menghasil dan mengaplikasikan pelbagai program, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian individu ke arah merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Swot KEKUATAN Mendapat sokongan daripada KELEMAHAN Ekspektasi ibubapa terlalu tinggi. Kurang respon kepada guru biasa. Pengajaran guru yang terlalu tinggi arasnya. Kurang pendemokrasikan dalam pendidikan. Murid kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru

pentadbir, guru-guru dan ibubapa. Mempunyai guru-guru terlatih dan berpengalaman. Mempunyai bilik darjah yang kondusif. Mempunyai lengkap. Jadual guru-guru PPKIBP seimbang dan sesuai. ANCAMAN Tidak mendapat kerjasama daripada murid aliran perdana. Tidak memahami isi pengajaran. Lambat menyiapkan tugasan. Tidak suka atau malu untuk bertanya soalan peralatan P&P yang

PELUANG Mendapat bimbingan yang sepenuhnya dari guru Pembimbing. Menyertai program-program UPSR dan Kem-Kem Kecemerlangan Mendapat peruntukan dan sokongan daripada Komuniti, dan NGO.

Aktiviti Pelan Tindakan Pendidikan Khas PROGRAM KUMPULAN SASARAN Mesyuarat AJK Program Inklusif Pengetua dan guru-guru TARIKH SASARAN Januari - Julai

HASIL Idea AJK bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

14

Taklimat Program Inklusif

Semua guru terlibat

Januari

Guru memahami program inklusif

Seminar Keibubapaan

Semua guru Ibu bapa murid

Mac

Memahami konsep program inklusif

Kelas Tuisyen Khas

Murid-murid khas dan masalah pembelajaran

Mei

Peningkatan pencapatan setiap mata pelajaran

Sumbangan Komuniti dan Badan Korporat Kem Kecemerlangan

Badan korporat dan NGO Semua muridmurid khas dan masalah pembelajaran

Julai

Bantuan kewangan tenaga pengajar

September

Peningkatan markah ujian

LANGKAH PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 10.1 Melindungi dan memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran: Pihak sekolah telah menghadkan aktiviti yang mengganggu jadual waktu biasa seperti mengarahkan guru supaya tidak meninggalkan kelas untuk bermesyuarat, mengganti kelas sekiranya guru perlu menghadiri mesyuarat atau latihan, dan dalam kes tertentu memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran melalui kelas pemulihan selepas tamat waktu sekolah untuk murid berkeperluan khas. 10.2 Memperhebatkan sokongan kepada guru: Menyediakan sokongan tambahan kepada guru melalui pengajaran bersama guru- guru yang berpengalaman, menyediakan slot dalam jadual waktu bagi guru membina rancangan pengajaran, dan melantik mentor dalam kalangan guru berpengalaman sebagai pembimbing dan mendapatkan maklum balas.

15

10.3

Menyesuaikan sokongan dengan keperluan murid: Pihak sekolah turut menyesuaikan bantuan sokongan kepada murid, terutama kepada

murid yang lemah iaitu dengan mengelompokkan murid kepada tiga kategori iaitu lemah, sederhana, dan baik. Bagi setiap kategori, guru akan membezakan kedalaman sukatan pelajaran yang diajar, tahap kesukaran latihan, dan saiz kelas (murid lemah diletakkan dalam kelas yang lebih kecil supaya guru boleh memberikan lebih banyak tumpuan). Selain itu, pihak sekolah akan menyaring murid mengikut mata pelajaran supaya murid dapat diajar pada tahap yang paling sesuai dengan keperluan mereka. 10.4 Mempergiat pelibatan ibu bapa, komuniti dan murid: Pihak sekolah sering melibatkan ibu bapa, murid dan komuniti sebagai rakan kongsi dalam proses pembelajaran. Pentingnya, pelibatan ini memberi tumpuan kepada bentuk sumbangan yang dapat diberikan untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Sebagai contoh, sekolah menyediakan garis panduan kepada ibu bapa tentang perkara yang boleh dilakukan untuk membantu anak mereka, menyemak kerja rumah setiap hari, memastikan anak mengulang kaji sekurang-kurangnya sejam sehari, dan sebagainya.

16

RUJUKAN

Abdul Rahim Selamat. (1994). Bengkel Kebangsaaan Pertama Pendidikan Inklusif. Langkawi: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aminah Bee, Dr. (2002). Keperluan Asas Mereka adalah sama, Laporan Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2000. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ang Huat Bin (1990). Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penenkanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publication

Jabatan Pendidikan Khas. (2002). Program Pendidikan Khas Integrasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan Melalui Internet: http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kepimpinan_kurikulum.pdf http://eprints.ums.edu.my/4038/1/nc0000001485.pdf http://eprints.utm.my/11902/1/Komitmen_Guru.pdf http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf


http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf

17

Anda mungkin juga menyukai