Anda di halaman 1dari 20

SEJARAH TG4 - BAB 7 BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA A.

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara Apakah faktor-faktor yang membantu perkembangan penyebaran Islam di Asia Tenggara? 1. Kedudukan yang strategik di Selat Melaka 2. menghubungkan di antara China di sebelah Timur dan India di sebelah Barat. 3. Mewujudkan bandar pelabuhan penting 4. seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani menghubungkan pelabuhan India dan China. 5. Mempertemukan pedagang dari pelbagai pelosok di pelabuhan Asia Tenggara 6. untuk menunggu perubahan angin monsoon 7. Jalan Sutera dari Asia Barat ke Asia Tengah dan seterusnya ke China mempunyai pelbagai halangan dan keselamatan tidak terjamin. 8. Menjadi tarikan kepada pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi 9. merangkumi pelbagai produk pertanian, logam, serta hasil butan yang diperlukan oleh pedagang Barat dan Timur. 10. Para pedagang berdakwah ke seluruh rantau Asia Tenggara semasa Islam berkembang di Makkah pada abad ketujuh. Huraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara Teori Islam datang dari Semenajung Tanah Arab. 1. Pendapat teori ini dikemukakan oleh John Crawford 2. disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. 3. Menerusi aktiviti pedagangan menggunakan bukti Catatan China 4. yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M. 5. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China 6. berdagang secara berterusan sehingga kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masihi. 7. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara 8. kerana kedudukan Selat Melaka yang strategik untuk menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China. 9. Kebanyakan pedagang Arab membina perkampungan 10. menyediakan tapak untuk berdagang 11. serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang datang dari China dan India. 12. Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan. 13. Mewujudkan tapak yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara. 14. Catatan China mengatakan wujud sebuah perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M. oleh pedagang Arab.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab. Terdapat perkataan dan bahasa Arab pada tulisan jawi. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengarum oleh budaya Arab seperti, amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin. Menyatakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab dengan mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu oleh Syeikb Ismail. Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu mengunakan bahasa dan gaya tulisan bahasa Arab. Tiada unsur India dan China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis mengunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab. Teori dan bukti kedatangan Islam dari China. 1. Pendapat ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi. 2. Eredia memberi alasan bahawa Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan di kalangan peniaga Arab yang ber agama Islam sejak abad kesembilan Masihi. 3. Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di negara China. 4. Peniaga China Islam yang berdagang ke Asia Tenggara, telah menyebarkan Islam kepada Asia Tenggara. 5. S.Q. Fatimi pula memberikan bukti berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876 M. dikukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa. Penemuan batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat Quran dan kalimah Arab di Kampung Permatang Pasir, Pekan Pahang bertarikh 1028M mendakwa Islam di bawa oleh mubaligh China menerusi Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China dan Pekan Pahang. Teori dan bukti kedatangan Islam dari India 1. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda. 2. Islam menerusi India, dari wilayah Gujerat pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin 3. Khilji 4. yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara.

5. Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara 6. membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini. 7. Terdapat batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, 8. dan batu nisan Malik as-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan dari pantai Koromandel. 9. Masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutama dari segi budaya. Huraikan faktor-faktor penyebaran Islam di Asia Tenggara. 1. Pedagang Islam yang berdagang turut menyebarkan Islam di bandar-bandar pelabuhan di Asia Tenggara 2. yang menjadi pusat perkembangan ekonomi dan ilmu. 3. Sikap keterbukaan dan kesediaan masyarakat Asia Tenggara dalam menerima pembaharuan 4. telah memudahkan penyebarkan dakwah Islamiah tanpa paksaan. 5. 3. Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi perkahwinan 6. antara pedagang Islam dengan penduduk tempatan. 7. Pengislaman raja dan golongan bangsawan turut diikuti oleh golongan rakyat 8. kerana sangat taat kepada pemerintah. 9. Lahir kerajaan Islam Islam 10. seperi Perlak, Samusera-Pasai Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao yang menyebarkan Islam melalui perluasan kawasan. 11. Pusat kebudayaan 12. seperti Samudera-Pasai, Riau dan Acheh sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam. 13. Pendakwah, ulama, dan juga ahli sufi telah memainkan peranan secara 14. Kemurnian ajaran Islam yang mencakupi kesemua bidang kehidupan 15. Islam disebarkan oleh pedagang kerana berdakwah dituntut dalam Islam. Huraikan peranan pedagang Islam menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara. 1. Dakwah Islamiah disebarkan di pelabuhan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi manusia. 2. Sikap dan tingkah laku pedagang Islam dari Arab, India dan China telah menjadi ikutan penduduk setempat. 3. Membina perkampungan 4. Yang menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam dalam kalangan pedagang yang tinggal di situ. 5. Semangat dakwah Islamiah yang tertanam di hati pedagang Arab, India dan China menarik minat masyarakat tempatan. 6. Pedagang membawa ulama untuk tinggal selama beberapa bulan di pelabuhan 7. untuk menjalankan kegiatan dakwah Islamiah. 8. Sifat mahmudah, berhemah dan lemah lembut pedagang yang berdakwah 9. Pemerintah tempatan, biasanya, memberikan keistimewaan kepada pedagang

10. kerana hubungan baik membolehkan pedagang berdakwah kepada masyarakat setempat. 11. Kejujuran dan sifat amanah pedagang telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa bandar pelabuhan Bagaimanakah faktor perkahwinan membolehkan penyebaran Islam di Asia Tenggara? 1. Melalui perkahwinan siasah di kalangan kerabat diraja, 2. seperti di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Mudzafar Syah telah mengahwinkan puteriputeri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di Sumatera UtaraPahang dan Kedah. 3. Negeri-negeri tersebut dapat diislamkan kemudiannya. 4. Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam atau ulama Islam dari India atau Arab dengan penduduk tempatan 5. menyebabkan penyebaran Islam di kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling keluarga orang yang baru dikahwini. Huraikan peranan raja dan bangsawan dalam menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara. 1. Apabila raja dan golongan bangsawan memeluk Islam rakyat akan mengikuti 2. kerana sangat mentaati golongan pemerintah 3. contohnya pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka dan pengislaman Raja Malik al-Salih Pasai. Senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara. 1. Melaka 2. Johor-Riau 3. Demak 4. Acheh Bagaimanakah kerajaan di Asia Tenggara menyebarkan agama Islam di Alam Melayu? 1. Melaka menyebarkan agama Islam melalui perluasan kuasa ke atas kawasan yang ditakluki. 2. Tun Perak telah berjaya menguasai kawasan baru 3. seperti kawasan persisiran pantai Sumatera Utara, iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri mendorong mereka memeluk Islam. 4. Ulama dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam setelah rakyat di situ memeluk Islam. 5. Kerajaan Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis. 6. Berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam Melaka 7. untuk mengelakkan menjadi pusat penyebaran agama Kristian. 8. Kerajaan Demak juga telah menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa 9. setelah menguasai Majapahit diikuti dengan kerajaan Mataram. 10. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh berusaha untuk menyekat perkembangan pengaruh agama Kristian di Kepulauan Melayu. 11. Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara

12. dan menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu agar agama Kristian tidak dapat berkembang ke kawasan pedalaman. 13. Acheh menjadi pusat perdagangan dan keagamaan yang penting di bahagian Utara Selat Melaka 14. yang juga digelar Serambi Makkah. 15. Kebanyakan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji. 16. Pattani telah diislamkan pada tahun 1457 17. apabila rajanya Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan telah menukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah. 18. Penyebaran Islam di Pattani telah dilakukan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah dengan pengislaman keseluruhan wilayahnya. 19. Islam bertapak di Brunei mula tersebar dengan meluas di pantai pulau Borneo. 20. Pendakwah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam yang berasal daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. telah dapat menyebarkan Islam di wilayah Brunei dan disekitarnya seperti kepulauan Sulu dan Mindanao. 21. Kedatangan Islam ke Champa berdasarkan bukti penemuan batu nisan bertarikh 1039 M. dan sebuah prasasti bertarikh 1025 M mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang. Senaraikan Pusat kebudayaan Islam di Asia Tenggara. 1. Perlak 2. Sumudera-Pasai 3. Riau 4. Acheh. Apakah peranan yang dijalankan oleh pusat kebudayaan Islam di Asia Tenggara? 1. Bertindak sebagai pusat keilmuan dengan terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai. 2. Sebagai pusat penyebaran Islam diAsia Tenggara. 3. Semasa keagungan kerajaan Samudera-Pasai, telah menjadi pusat penterjemahan kitab Arab ke Bahasa Melayu. 4. Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pernah mengirimkan kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. 5. Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar 6. contohnya, Sultan Mahmud Syah dari Melaka pernah merujuk ke Sumatera-Pasai tentang kemusykilan berkaitan masalah agama. 7. Kerajaan Melayu Melaka, menghasilkan beberapa buah buku kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan Arab 8. seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur. 6. HikayatAmir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah menjadi bahan bacaan 7. dan memberi semangat serta kekuatan kepada orang Islam menentang musuh di medan peperangan.

8. Di Acheh, terdapat karya puisi serta syair yang dihasilkan oleh penulis tempatan yang telah dapat menarik pembaca untuk menghayati Islam 9. contohnya, Bustanus Salatin. 10. Peranan Ulama seperti Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nurudin al-Raniri, Syeikh Syamsudin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel menghasilkan karya tentang pemikiran Islam. 11. Pelabuhan Johor-Riau merupakan pusat emporium 12. menghasilkan banyak hasil kesusasteraan seperti Tuhfat alNafis dan Peringatan Sejarah Johor. Senaraikan ulama Acheh. 1. Hamzah Fansuri 2. Nuruddin al-Raniri 3. Syamsudin al-Sumaterani 4. Abdul Rauf Singkel Huraikan peranan mubaligh atau ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara. 1. Menjalankan dakwah Islamiah 2. seperti Syeikh Ismail di Asia Tenggara, Syarif Amir yang berdakwah di Pasai 3. dan Syeikh Abdul Aziz, MaulanaAbu Bakar dan Maulana Yusuf di Melaka. 4. 2. Ulama mengajar perkara asas tentang Islam secara tidak formal 5. di masjid, istana dan rumah. 4. Mendirikan institusi pendidikan secara formal 6. seperti pondok atau pesantren di Jawa dan dayah di Acheh 7. sebagai tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam. 8. Muncullah ulama tempatan 9. seperti Hamzah al-Fansuri, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel 10. dengan menjadikan ulama penasihat kepada raja diAcheh. 11. Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan bantuan kepada pentadbiran Acheh. 12. Kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah 13. telah berjaya mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat Jawa. 14. Wali Songo telah menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah semasa pemerintahan kerajaan Islam Demak di Jawa. 15. Mereka telah mendirikan sebuah masjid, 16. iaitu Masjid Agung Demak untuk menjadikan markas dakwah Islamiah. 17. Cara dakwah mereka dengan menimbulkan kesedaran 18. dan menanam semangat tentang maksud bekerja dan beramal dalam Islam. 9. Berusaha menghapuskan pengganguran dengan mengikis sifat malas. 10. Mengelakkan hidup secara mewah dan membazir. Apakah keistimewaan yang menyebabkan penduduk di Asia Tenggara menganut agama Islam? 1. Kemurnian ajaran Islam 2. yang mencakupi kesemua bidang kehidupan

3. termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia 4. dan menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat. D. Pengaruh Islam di Asia Tenggara Senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara. 1. Samudera-Pasai 2. Perlak 3. Acheh 4. Melaka 5. Pattani 6. Brunei *Huraikan pengaruh agama Islam terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara. 1. Memperkenalkan institusi kesultanan 2. yang diwarisi daripada pemerintah kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah. 3. Sistem pemerintahan Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara. 4. Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam. 5. Pentadbiran negara dibantu oleh kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf 6. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam 7. dan menjamin kewibawaan raja di Alam Melayu setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain. 5. Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin. 6. Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. 7. Gelaran Zillullah fil'Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja-raja Melaka. 8. Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, 9. seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei. 10. Sultan merupakan khalifah Allah di bumi 11. dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan untuk memerintah dengan adil. 12. Unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam. 13. Nama raja menggunakan nama Islam 14. seperti Sultan Mansur Syah bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan Mahmud Shah pula bermaksud sultan terpuji. 13. Memperkenalkan undang-undang syariah 14. misalnya, kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka. 15. Sultan Muzzafar Syah memerintah Kerajaan Melayu Melaka memperkenalkan undang-undang syariah dengan menggubal Hukum Kanun Melaka.

16. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka. 17. Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam. 18. Sultan telah menggunakan semangat jihad di kalangan rakyat menentang serangan Portugis untuk melindungi kesucian Islam di Acheh. 19. Semangat jihad ini telah disebarkan menerusi tulisan ulama Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel 20. menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar. 19. Rakyat di Jawa, bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda. 20. Syeikh Daud al-Pattani wring menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya berjihad menentang penjajah Siam. *Huraikan pengaruh agama Islam dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara 1. Kedatangan Islam telah menanam sikap dengan menyeru umat Islam umuk menuntut ilmu. 2. Mewujudkan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara 3. seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau Samudera-Pasai, Pattani, Acheh dan Jawa. 4. Pusat pendidikan Islam formal 5. iaitu pondok atau dayah yang terawal di Asia Tenggara 6. ketika pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara dikenali Dayah Bukit Ce Breek. 7. Pusat penterjemahan karya agama muncul di Samudera-Pasai, 8. yang menjadi tempat rujukan kerajaan Islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka. 9. Di Pattani, pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara. 10. Masyarakat tempatan digalakkan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama, 11. manakala istana Melaka merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan. 12. Sistem pendidikan di Acheh dibahagikan kepada beberapa peringkat, a. iaitu peringkat rendah (rangkang), b. menengah (muenasah) c. dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-Rahman). 13. Acheh menjadi tumpuan pelajar dari luar untuk mendalami ilmu pengetahuan Islam sehinggakan digelar Serambi Makkah. 14. Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh, wanita juga digalakkan belajar di dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran. 15. pendidikan Islam seterusnya tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.

*Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang bahasa dan kesusateraan di Asia Tenggara. 1. Kedatangan Islam juga telah meningkatkan mutu bahasa dalam aspek tulisan jawi. 2. Angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab 3. dan ulama tempatan mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan Melayu. 4. Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam. 5. Melalui tulisan jawi, istilah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu 6. seperti sultan, syukur, masjid, berkat dan alam. 5. Masyarakat Melayu menggunakan tulisan jawi untuk membaca dan menulis yang melahirkan sasterawan 6. seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. 7. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca di Kepulauan Melayu 8. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu. 9. Bahasa Melayu menjadi mantap menghasilkan cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu. 10. Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya, tata bahasa dan bentuk sastera Islam 11. seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat. 11. Fungsi sastera berubah daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik. 12. Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan sebagai bahasa perantaraan di kalangan pedagang dari Timur dan Barat. * Bagaimanakan cara hidup masyarakat setelah kedatangan Islam ke Asia Tenggara? 1. Kedatangan Islam mengubah budaya masyarakat dengan cara hidup yang berorientasikan Islam 2. seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok. 3. Islam dijadikan sebagai 'ad-din' iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. 4. Kedatangan Islam telah mengubah sistem sosial masyarakat 5. yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia. 6. 4. Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian 7. seperti sifat tolong-menolong, hormat menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat. 8. Kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup yang diamalkan orang Melayu 9. seperti amalan gotong-royong menjadikan kerja berat menjadi ringan kerana dilakukan bersama-sama. 10. Amalan bersatu-padu dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat kampung dapat di pupuk dan diperkukuhkan dalam kerja-kerja seharian. * Jelaskan pengaruh kesenian Islam terhadap masyarakat di Asia Tenggara. 1. Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara dalam seni khat, seni bina dan seni ukir. 2. Abjad Pengaruh Islam dalam seni khat terdapati pada batu nisan 3. dan ukiran kayu dengan terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hukum. 4. Batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat,

5. yang mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi 6. 4. Makan Naina Hisham al-Din terdapat tulisan syair Parsi 7. dan pada permukaannya dilukis dengan pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan Masan asan permaidani Parsi. 8. Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintahan tempatan. 9. Terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris dengan tulisan ayat suci al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata. 10. Seni khat tertua terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303 M. 11. ditulis dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi. 12. Seni kaligrafi ini mengambil contob huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi. 13. Terdapat unsur seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan. 14. Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman, misalnya rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama. 15. Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan 16. seperti bangunan Masjid Ubaidilah di Kuala Kangsar, Perak. *Huraikan pengaruh Islam dalam bidang ekonomi di Asia Tenggara. 1. Institusi ekonomi seperti baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara 2. dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. 3. la telah diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 4. 2. Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja 5. dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis. 6. Islam menggalakkan orang Islam berdagang 7. dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga. 8. 4. Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan. 9. Nilai-nilai murni dalam ekonomi disarankan 10. seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT A. Pemerintahan dan Pentadbiran Senaraikan ulama yang menjadi penasihat kepada Sultan di Melaka, Kelantan dan Terangganu. 1. Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, 2. Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf 3. Tuk Pulau Condong 4. Tuk Pulau Manis

*Huraikan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. 1. Gelaran sultan digunakan dalam institusi raja bermaksud bayangan Allah di muka bumi. 2. Sultan mengunakan gelaran Khalifatul Mukminin 3. yang bermaksud pemimpin orang mukmin yang digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang. 4. Iskandar Zulkarnain, mula dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan 5. yang sebelum ini keturunan daripada nasab penitisan dewa untuk meninggikan kedudukan sultan. 6. Institusi sultan kekal sebagai institusi warisan 7. dengan sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. 8. Di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak kepada Yang Di-Pertuan Besar iaitu berasaskan Adat Perpatih. 9. Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar 10. seperti bendahara, laksamana, penghulu, bendahari dan temenggung. 11. Golongan ulama menjadi penasihat kepada Sultan 12. misalnya, Sultan sering mendapat nasihat serta pandangan golongan ulama 13. seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf, di Kelantan dan Tuk Pulau Manis di Terengganu. 14. Konsep daulat adalah pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah 15. untuk mengukuhkan kedudukan institusi kesultanan yang dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya. 16. Konsep daulat mengangkat kedudukan seseorang sultan ke tahap yang lebih tinggi 17. dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut. 18. Adat istiadat membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah laku dan istiadat pertabalan yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan. 19. Di kalangan pemerintah, amalan protokol (hijabah) turut diamalkan 20. yang menggambarkan pengaruh Kerajaan Bani Umaiyah. 21. Dalam perlantikan dan pertabalan, upacara lafaz ikrar diadakan oleh sultan dan pembesar yang menyerupai proses baiah. 22. Apabila sultan mangkat, pengganti baginda akan dilantik sebelum, istiadat pemakaman yang diadaptasi daripada peraturan oleh para khalifah pada zaman Bani Umaiyah. *B. Perundangan Apakah yang dimaksudkan dengan adat? 1. Undang-undang tidak bertulis yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Apakah peranan adat dalam masyarakat Melayu? 1. Menjamin keselamatan terhadap masyarakat 2. Mengawal pelakuan seseorang individu dalam masyarakat. 3. Menentukan hak pewarisan harta dalam masyarakat. 4. Menentukan bidang tugas setiap individu. 5. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi. 6. Merapatkan tali persaudaraan.

Senaraikan dua jenis adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu. 1. Adat Temenggung 2. Adat Perpatih *Huraikan perbezaan di antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan di NegeriNegeri Melayu. 1. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang 2. yang berasal Bari Pagar Ruyung, Sumatera 3. Adat Temenggung telah diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan 4. yang memerintah Palembang, Sumatera. 5. Adat Perpatih diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan di Naning, utara Melaka 6. sementara negeri-negeri lain mengamalkan Adat Temenggung. 7. Dalam Adat Perpatih, musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah 8. manakala adat Temenggung secara mutlak. 9. Pemilihan ketua Adat Perpatih dilantik oleh kurnpulan ketua daripada peringkat bawah 10. manakala Adat Temenggung pemilihan berdasarkan warisan. 11. Dalam Adat Perpatih, ahli setiap suku pula tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama 12. manakala Adat Temenggung bebas untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam. 13. Adat Perpatih bersifat matri-lineal, mengutamakan nasab jurai keturunan ibu. 14. Adat Temenggung pula berasaskan sistem, parilineal yang lebih mementingkan jurai keturunan bapa. 15. Dalam Adat Perpatih anak perempuan diberikan hak mewarisi harta pusaka 16. manakala Adat Temenggung anak lelaki lebih diutamakan daripada anak perempuan, iaitu bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam. 17. Dalam Adat Perpatih hukuman berbentuk pemulihan atau diat dikenakan denda berupa harta sekiranya membunuh dengan tidak sengaja 18. tetapi Adat Temenggung pula berbentuk pembalasan. 19. DalamAdat Perpatih perempuan yang berkahwin akan menetap di rumah perempuan, 20. manakala Adat Temenggong akan menetap di rumah lelaki. Senaraikan undang-undang bertulis di Melaka. 1. Hukum Kanun Melaka. 2. Undang-Undang Laut Melaka. Mengapakah undang-undang di atas di gubal oleh pemerintah Melaka? 1. Merupakan peraturan dan hukuman bagi menjaga keamanan dan keadilan dalam masyarakat. 2. Kitab perundangan ini menjadi corak kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. 3. Menjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun

4. kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukwnan tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan. 5. Hukum Kanun Melaka misalnya, a. menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, b. pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, c. hukuman terhadap kesalahan jenayah, d. undang-undang keluarga, permasalahan ibadat, e. serta jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu. 6. Undang-undang Laut Melaka, misalnya, a. menerangkan bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam b. dan anak buah kapal sebagai makmum. * Sosiobudaya Huraikan pengaruh kedatangan Islam ke atas sistem pendidikan tidak formal di Tanah Melayu. 1. Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu, iaitu a. pendidikan formal b. pendidikan tidak formal. 2. Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga. 3. la masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini. 4. Pendidikan di peringkat keluarga menekankan pengajaran nilai-nilai moral 5. serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. 3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan a. seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraftangan atau pertukangan. 4. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang a. berhubung dengan agama, b. kelakuan dan adat resam, c. sikap bersopan santun, d. cara berkawan e. cara menjaga maruah. 5. Pendidikan melalui kaedah bercerita dengan menyerap nilai-nilai budaya yang murni dan unsur pengajaran melalui cerita-cerita lisan, a. seperti cerita binatang dan cerita jenaka. 6. Kanak-kanak turut mempelajari pantang-larang dan adat istiadat melalui pergaulan social. 7. Dinasihatkan agar tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua. 8. Menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki dan pepatah 9. seperti Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak agar berkelakuan balk dan jangan sesekali bercakap bohong.

Huraikan sistem pendidikan agama di Tanah Melayu setelah kedatangan Islam. 1. Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat 2. tidak lagi terhad kepada golongan atasan sebaliknya melibatkan semua golongan. 3. Dilaksanakan di beberapa tempat, iaitu istana, masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok. Pendidikan di Rumah 1. Pendidikan di rumah memberi penekanan kepada pengajaran al-Quran. 2. Pendidikan diadakan di rumah tok guru. 3. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun. 4. Selepas waktu zohor atau maghrib. 5. Menggunakan kitab Muqaddam dan Al-Quran. 6. Tiada bayaran kepada tok guru. 7. Di masjid dan surau kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal a. seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara yang wajib diketahui oleh orang Islam. 8. Pada sebelah malam pula, masjid dan surau dipenuhi orang dewasa, 9. terlibat dalam pengajian keagamaan seperti ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf pada tahap yang lebih tinggi. Sistem Pendidikan Pondok 1. Merupakan salah satu bentuk pendidikan formal. 2. Bermula sejak abad ke 12 Masehi di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri lain. 3. Terdapat di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. 4. Contoh Pondok Pulau Condong dan Pondok Kutan di Kelantan, Pondok Pulau Manis di Terengganu dan Pondok Titi Gajah dan Pondok Langgar di Kedah. 5. Pendidikan pondok memberi penekanan kepada ilmu keagamaan. 6. Menyediakan pelajar-pelajamya untuk bertugas sebagai guru agama 7. atau berkhidmat kepada masyarakat setelah tamat pengajian. 6. Pelajar-pelajarnya akan mengambil masa yang panjang, sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka. 7. Ilmu yang dipelajari seperti fekah, tafsir, saraf, nahu Arab, tauhid, sirah, mantiq dan tawarikh Islam. 8. Sistem pendidikan tersusun. 9. Murid-murid mesti berpakaian menutup aurat. 10. Murid-murid tinggal di pondok secara berkongsi. Sistem Pendidikan Madrasah 1. Sistem pengajian madrasah berdasarkan sukatan pe1ajaran. 2. Dilaksanakan secara kelas. 3. Terdapat jadual waktu. 4. Pendidikannya pula mengikut tahap, iaitu tahap permulaan dan pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir, iaitu guru besar.

5. Perjalanan diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya. *Huraikan peranan istana sebagai pusat intelektual dalam kerajaan Melayu tradisional. 1. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengajian agama 2. seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu. 3. Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar, 4. manakala Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan. 4. Ramai ulama dan pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa asing menetap di Melaka 5. menyebabkan bidang pendidikan Islam bekembang dengan pesat di Melaka. 5. Kerajaan Melaka memberikan perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan menyebabkan ramai yang menetap di sini. 6. Pemerintah Melaka berminat terhadap ilmu pengetahuan apabila kitab al-Dur al-Manzum karangan Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga ke balairung istana Melaka. 7. Sultan Mansur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf. 8. Semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah di Johor, istana dijadikan sebagai pusat pengajian. 9. Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting 10. seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka. 8. Istana sebagai pusat pendidikan yang berkaitan dengan hal pentadbiran negara dan sistem politik. Huraikan pengaruh Islam dalam bidang bahasa kepada masyarakat Melayu tradisional. Memperkenalkan tulisan jawi daripada huruf Arab dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu. Tulisan jawi telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan serta menjadi hak milik orang Melayu. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan istilah baru daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum. Memperkayakan istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam, misalnya fikah, tauhid dan tafsir. Bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu. Huraikan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan kepada masyarakat Melayu tradisional. Bahasa Melayu menjadi mantap kerana cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu. Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya, tatabahasa dan bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat.

Fungsi sastera berubah daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik. Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan sebagai bahasa perantaraan dalam kalangan pedagang dari Timor dan Barat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bentuk prosa memperkenalkan cerita hikayat para nabi dan sahabat baginda contohnya tentang Nabi Muhammad s.a.w. seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bolan Berbelah. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di Istana Melaka. Hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik. Memperkenalkan karya berbentuk puisi, contohnya, Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.

Apakah bentuk kesusasteraan Melayu sebelum kedatangan Islam? Sebelum kedatangan Islam kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Jenis kesusasteraan yang terawal ialah cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang kejadian, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Cerita binatang yang menggunakan nama binatang sebagai watak utamanya terutama sang kancil iaitu binatang yang amat terkenal dalam masyarakat Melayu. Cerita jenaka dan lucu yang memperkenalkan nama-nama tertentu untuk menunjukkan sifat atau watak masing-masing, seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menunjukkan kebodohan; Pak Pandir manunjukkan watak yang lurus dan bendul; Pak Belalang dan Si Luncai menunjukkan kecerdikan dan kepintaran. Cerita dongeng yang memberikan pengajaran, misalnya, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih Bawang Merah. Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi pula adalah seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Nyatakan pengaruh kesenian Islam ke atas masyarkat Melayu. Seni bina masjid sebagai tempat untuk menunaikan solat o atau sebagai tempat perkumpulan sosial, o mempunyai ciri-ciri khas o seperti mihrab, mimbar, telaga atau pancur air dan bumbung o seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan serta Masjid Peringgit clan Masjid Tengkera di Melaka. Istana raja dibina dengan indah o dilengkapi dengan balairung,

o tempat persemayaman diraja, o balai istiadat. o Ini dapat dilihat pada istana Melaka. Setiap binaan rumah dan istana dilengkapi kemahiran seni ukiran dengan berbagai-bagai hiasan dalaman yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri. Kemahiran dalam kesenian epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan melalui seni tulisan pada Batu Bersurat Terengganu. Seni tulisan khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan terutamanya di masjid atau madrasah, pada batu nisan, barang tembikar, mata wang, pakaian dan sebagainya. Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh. Petikan daripada al-Quran ditulis sebagai hiasan di masjid, madrasah dan surau. Tarian dabus yang terkenal di negeri Perak memaparkan pengaruh Arab yang mempunyai unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, tarian mak inang telah ditarikan di istana Melaka pada majlis-majlis tertentu. Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w., para nabi Allah, dan para sahabat sangat terkenal di Terengganu, Pahang dan Melaka. Dalam seni dikir, seni kata lagu bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang. Kesenian ghazal, iaitu se.jenis puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam terkenal di negeri Johor.

Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional mengekalkan keharmonian hidup bermasyakat setelah kedatangan Islam? Kesan Islam terhadap sistem hidup orang Melayu bermula daripada perubahan prinsip kepercayaan atau akidah kepada perubahan akhlak dalam, kehidupan. Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan yang rapat menjamin kesejahteraan hidup. Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati. Jiran pula dianggap sebagai anggota keluarga sendiri. Terdapatnya panggilan atau gelaran tertentu untuk orang yang lebih tua dalam sesebuah keluarga seperti Pak long dan mak long, tidak boleti dipanggil dengan namanya. Apabila bertutur dengan orang tua, orang yang lebih muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah. Para tetamu dilayan dengan hormat dan dihidangkan dengan minuman dan makanan. Apabila datang berziarah, tetamu hendaklah memberikan salam dan tuan rumah wajib pula menjawabnya. Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah akan bersalam-salaman dan ketika bersalaman, kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang lebih tua.

Membongkok apabila berjalan di hadapan orang tua. Tidak mencampuri dalam percakapan orang tua. Membaca bismillah semasa hendak makan dan minum. Petmainan tradisi menggalakkan kerjasama di kalangan masyarakat. Semangat gotong-royong dalam kalangan anggota masyarakat seperti dalam majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan majlis tamat membaca al-Quran atau majlis khatam. Nilai perpaduan amat ditekankan oleh masyarakat yang sentiasa berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai roboh diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai dan sedencing seperti besi. Ekonomi *Kegiatan perdagangan yang pesat adalah pengaruh daripada kedatangan Islam di Melaka. Jelaskan. Sejak abad ke-12 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam yang telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Melaka dan Alam Melayu. Melayu terbabitkan secara aktif dalam perdagangan timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar, malahan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti tersebut. perdagangan menjadi salah satu saluran yang memesatkan proses pengislaman di Melaka hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15. Walaupun Melaka tiada rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang luar namun kedudukannya yang strategik membantu perkembangan perdagangan. Pentadbiran yang licin dan teratur menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang asing dan menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar. Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan laksamana bagi manjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan. Undang-Undang Laut Melaka digubal terutama dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tugastugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya. Kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapatnya 84 bahasa, yang dipertuturkan tetapi bahasa Melayu sebagai lingua-franca kepada pedagang. Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar dengan mengunakan sistem tahil dan kati. Timbangan yang menggunakan dacing timbangan ialah sistem bahara emas, perak, bahan wangian dan batu permata serta rempah ratus. Kaedah yang digunakan di Melaka dalam urusan perdagangan, ialah kaedah pertukaran barang dan penggunaan mata wang logam.

*Jelaskan ciri-ciri mata wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu tradisional Mata wang timah pada zaman Melaka, o berbentuk bulat o dan beratnya ialah satu kati lapan tahil o dengan nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan. Mata wang di Johor o yang diperbuat daripada timah o dan dikenali sebagai wang katun. o la berbentuk bulat atau segi enam o dan mempunyai tulisan jawi atau Arab. Mata wang timah Kedah o berbentuk seekor ayam jantan o yang hinggap di atas beberapa cincin o yang boleh dipatahkan o dan digunakan secara berasingan. Mata wang emas o digunakan secara meluas di Kedah dan Johor. o Mata wang emas Johor yang tertua ialah pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah. Mata wang emas di Kelantan o dikenali sebagai kijang o kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut. Mata wang emas di Johor o digelar kupang o dan mengandungi emas seberat 10 grains (0.65 gram) o dan juga jenis emas yang mempunyai berat 40 grains (2.6 gram). Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut. Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin. Huraikan aktiviti perdagangan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai o terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan pemiagaan dapat dilakukan. Cukai yang paling asas o ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah. Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa. Pedagang dari Jepun dan China pula dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.

Terdapat barangan tertentu yang dikecualikan cukai seperti beras dan makanan. Setelah semua cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang Sungai Melaka. Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai, o iaitu yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus o dan orang asing sebanyak enam peratus. Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan dikalangan orang Islam tetapi, dibenarkan kepada golongan ceti yang memberikan pinjaman wang. Pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta yang disimpan. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur Islam boleh membawa kepada kemajuan masyarakat Asia Tenggara? F1 Kewajipan kepada agama Islam F2 Pendidikan wajib F3 Karya Islam dicontohi F4 Cara hidup Islam aurat F5 Islam bersaudara F6 Saling membantu F7 Zakat F8 Sedekah F9 Jimat cermat F10 Menyayangi Mana-mana jawapan munasabah Pada pandangan anda, apakah unsur-unsur Islam yang boleh memajukan ekonomi masyarakat hari ini? F1 Rajin bekerja F2 Jujur F3 Bersungguh-sungguh F4 Sistem timbang/sukat yang adil F5 Menghindarkan riba F6 Mencari rezeki yang halal F7 Bersedekah/berzakat F8 Berjimat cermat/tidak boros F9 Tidak mengemis F10 Tidak penipuan dan penindasan Mana-mana jawapan munasabah