Anda di halaman 1dari 31

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Tajuk 1

BEBERAPA PERKARA BERKAITAN AL-QURAN

Sinopsis
Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada empat tajuk utama iaitu Beberapa
Kelebihan al-Quran, Beberapa Hukum Berkaitan al-Quran, Istiazah, Basmalah dan
Takbir serta Khatam al-Quran. Keempat-empat tajuk mempunyai kepentingan
secara langsung dengan penjagaan dan pembacaan kitab suci al-Quran. Melalui
pembacaan kepada keempat-empat perkara tersebut diharapkan pelatih dapat
mengetahui kelebihan berkaitan al-Quran dan menjaga kesucian kitab suci alQuran. Ia merangkumi kelebihan membaca, mendengar, belajar dan mengajar alQuran. Hukum membaca dan menyentuh al-Quran atas orang yang berhadas dan
hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-Quran. Perbincangan
Mengenai Istiazah, Basmalah dan Takbir dalam Tilawah al-Quran.
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan kelebihan al-Quran kepada manusia, kelebihan membaca dan
mendengar bacaan al-Quran serta kelebihan belajar dan mengajar al-Quran.
2. Menghuraikan pendapat ulamak mengenai hukum membaca al-Quran bagi
orang yang berhadas, hukum menyentah al-Quran bagi orang yang berhadas
dan hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-Quran.
3. Menjelaskan Pengertian Istiazah, lafaz dan hukumnya ketika hendak membaca
al-Quran, Pengertian Basmalah, lafaz dan hukumnya ketika hendak membaca
al-Quran serta Pengertian Takbir, lafaz dan hukumnya dalam Tilawah al-Quran.
4. Membincangkan hukum dan perkara yang berkaitan dengan Khatam al-Quran.

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

1.1

Beberapa Kelebihan Berkaitan al-Quran

1.1.1 Kelebihan al-Quran Kepada Manusia


Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai banyak kelebihan dan peranannya,
antaranya seperti berikut:
1) Al-Quran sebagai pensyafaat dan penghujah. Sabda Rasulullah S.A.W:

























()
:Maksudnya
Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan
sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barang siapa meletakkan alQuran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke Syurga dan barang
siapa yang meletakkan di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke
Neraka.
(Riwayat Ibnu Hibban)
2) Al-Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Sabda
Rasulullah S.A.W:


()
Maksudnya:
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali (menghampirkan diri kepadaNya)
melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripadaNya
yakni al-Quran.
(Riwayat al-Hakim)
3) Al-Quran sebagai cahaya (nur) kehidupan dan bekalan ke akhirat sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar R.A:




()
2

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Maksudnya:
Daripada Abu Zar, beliau berkata: Ya Rasulullah berikan aku satu pesanan (yang
berpanjangan). Rasulullah SAW bersabda: Semaikan rasa takut kepada Allah,
sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan
kebaikan. Aku berkata lagi;Ya Rasulullah, tambahkan lagi. Rasulullah SAW
bersabda: Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu
di bumi (dunia) dan bekalan untukmu di langit (akhirat).
(Riwayat Ibnu Hibban)
4) Al-Quran sebagai kemegahan bagi umat Islam. Sabda Rasulullah SAW:


()
Maksudnya:
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia
berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku
iaitu al-Quran.
(Riwayat Abu Naim)
1.1.2 Kelebihan Membaca dan Mendengar Bacaan al-Quran:
Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang menceritakan tentang kelebihan
membaca al-Quran atau mendengar bacaannya, antaranya seperti berikut:
1) Sabda Rasulullah S.A.W:












()
Maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu
kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak
aku katakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf.
(Riwayat al-Tirmidzi)
2) Sabda Rasulullah S.A.W:

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN









()
Maksudnya:
Bacalah olehmu akan al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat
memberi syafaat kepada pembacanya.
(Riwayat Muslim)

3) Sabda Rasulullah S.A.W :






()

Maksudnya:
Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku adalah membaca al-Quran.
(Riwayat al-Tirmidzi)
4) Sabda Rasulullah S.A.W :





()
Maksudnya:
Barang siapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan
menjadi cahaya untuknya pada hari Kiamat.
(Riwayat Ahmad)

1.1.3 Kelebihan Belajar dan Mengajar al-Quran:


Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan kelebihan belajar dan
mengajarkan al-Quran kepada orang lain, antaranya:
1) Sabda Rasulullah SAW :








()
Maksudnya:
Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan
mengajarkannya (kepad) orang lain).
(Riwayat Bukhari)

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

2) Sabda Rasulullah S.A.W :





()
Maksudnya:
Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi
berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan
merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan).
(Riwayat Muslim)
3) Rasulullah S.A.W . bersabda kepada Abu Zar R.A:





( )
Maksudnya:
Wahai Abu Zar! Jika kamu pergi di suatu pagi untuk belajar satu ayat dari Kitab
Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang (sunat)
seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu
dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada
mengerjakan sembahyang (sunat) seribu rakaat .
(Riwayat Ibnu Majah)
4) Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Abu Hurairah R.A:


















))
Maksudnya:
Wahai Abu Hurairah! Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan
berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian.
Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian pada hal engkau berada dalam
keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu seperti mana orangorang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram.
5

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

(Riwayat Dailami)
5) Sabda Rasulullah S.A.W:









( )
Maksudnya:
Sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan
mengajarkannya (kepada) orang lain.
(Riwayat al-Syihab)

Rujuk mana-mana kitab muktabar atau layari internet dan cari


maklumat berkaitan kelebihan kitab al-Quran, kemudian hasilkan
nota ringkas mengenainya. (3 jam)
1.2

Beberapa Hukum Berkaitan al-Quran

1.2.1 Hukum Membaca al-Quran Atas Orang Yang Berhadas


Bagi Orang Yang Berhadas Kecil
Ulama bersependapat menyatakan hukum membaca al-Quran bagi orang
yang berhadas kecil adalah harus, dan disunatkan berwuduk.
Bagi Orang Yang Berhadas Besar
Ulama berselisih pendapat mengenai hukum membaca al-Quran bagi orang
yang berhadas besar. Pendapat mengikut mazhab imam-imam mujtahid
adalah seperti berikut:
1) Mazhab Hanafi menyatakan haram, walaupun sedikit.
2) Mazhab Maliki menyatakan harus, kalau bacaan yang sedikit.
Ada riwayat yang lain menyatakan harus tanpa syarat.
3) Mazhab Hanbali menyatakan haram.
Ada satu riwayat daripada Imam Ahmad, jika sekiranya perempuan yang
haidh itu berhajat kepadanya (membaca al-Quran) maka tidak perlu
tunggu suci (dibolehkan).

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

4) Mazhab Shafie pula terbahagi kepada dua pendapat:


i) Pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie mengatakan haram,
walaupun sedikit dengan niat membaca al-Quran. Pendapat ini disepakati
oleh Imam Nawawi, Imam al-Rafie, Imam Ibn Hajar Asqalani dan alRamli. Mereka berdalilkan hadis Rasulullah S.A.W. antaranya:
a) Sabda Rasulullah S.A.W.

) )
Maksudnya:
Janganlah hendaknya orang yang berjunub dan orang yang haidh itu
membaca sesuatu daripada al-Quran.
(Riwayat al-Baihaqi)
b)

Sabda Rasulullah S.A.W:



()
Makudnya:
Janganlah hendaknya orang yang haidh dan orang yang nifas itu
membaca sesuatu daripada al-Quran.
(Riwayat al-Daruqutni)

ii) Pendapat yang kedua mengatakan harus bagi orang yang berhadas
besar membaca seluruh al-Quran. Pendapat ini diriwayatkan oleh alHaitami dalam kitab al-Iyab Syarhul Ubab bahawa Ibn Munzir dan alDarimi memilih apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Masud dan lainnya
bahawa boleh bagi orang yang haidh membaca seluruh al-Quran. Imam
Bukhari juga ada meriwayatkan pendapat Ibnu Masud ini bahkan beliau
sendiri berpendapat seperti itu. Mereka berhujah bahawa pada zaman
Rasululullah s.a.w ramai wanita yang kedatangan haidh. Jika sekiranya
diharamkan ke atas mereka membaca al-Quran sebagaimana diharamkan
sembahyang maka tentulah baginda telah menerangkannya kepada
umatnya serta mengajarkannya kepada isteri-isteri baginda. Tetapi tidak
ada seorang pun daripada isteri-isteri baginda yang meriwayatkan
daripada Rasulullah S.A.W bahawa diharamkan ke atas perempuan yang
haidh membaca al-Quran.
1.2.2 Hukum Menyentuh al-Quran Atas Orang Yang Berhadas

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Bagi Orang Yang Berhadas Besar (janabah, haidh dan nifas)


Ulama berselisih pendapat mengenai hukum orang yang berhadas besar
menyentuh al-Quran.
i)

Imam Daud Zhahiri dan Ibn Hazmin daripada mazhab Zhahiri


membolehkan orang yang berjanabah menyentuh dan membawa alQuran. Mereka berhujah bahawa surat yang dikirimkan oleh Rasulullah
S.A.W kepada Heraklius mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran di
dalamnya. Maka sudah tentu Heraklius menyentuhnya sedangkan
beliau seorang kristian lagi berjanabah. Jika tidak boleh tentu Rasulullah
S.A.W tidak memasukkan petikan ayat-ayat al-Quran dalam surat
tersebut.

ii) Jumhur ulama tidak membolehkan orang yang berhadas besar


menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka menolak hujah Daud
Zhahiri dan Ibn Hazmin kerana surat kiriman Rasulullah s.a.w itu
walaupun ada petikan ayat-ayat al-Quran di dalamnya tetapi ia bukanlah
al-Quran sepenuhnya. Bahkan surat tersebut samalah dengan kitabkitab tafsir atau sebagainya yang boleh disentuh atau dibawa oleh orang
yang berhadas besar.
Bagi Orang Yang Berhadas Kecil (Tidak berwudhu)
Ulama berselisih pendapat mengenai hukum menyentuh al-Quran bagi
orang yang berhadas kecil.
i) Jumhur ulama Fiqh mengharamkan orang yang tidak berwuduk
menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah dengan dalil-dalil
berikut:
a) Firman Allah s.w.t dalam surah al-Waqiah: ayat 79

Maksudnya:
Tidak menyentuhnya (al-Quran) kecuali mereka yang disucikan.

b) Sabda Rasulullah s.a.w:



)

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Maksudnya:
Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci.
ii) Ibn Abbas, al-Syabi, al-Dhahak, Daud Zhahiri, Ibnu Hazmin dan
Hammad al-Basri berpendapat bahawa orang yang berhadas kecil boleh
menyentuh al-Quran kerana tidak ada dalil yang terang yang
mengharamkannya. Mereka menolak hujah jumhur Ulamak dengan
alasan berikut:
a) Ayat 79 dalam surah al-Waqiah


Maksudnya:
Tidak menyentuhnya (al-Quran) kecuali mereka yang disucikan.
1.2.3 Hukum Mengajar dan Mengambil Upah Mengajar al-Quran
1) Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak
ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika
itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.
2)

Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al-Quran.


Huraiannya seperti berikut:

i)

Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah


mengajar al-Quran secara mutlak.

ii)

Hassan al-Bashri, al-Syabi dan Ibnu Sirin mengatakan harus


mengambil upah mengajar al-quran jika tidak mensyaratkan
upahnya.

iii)

Imam Syafie, Imam Malik dan Ata al-Tabiie menyatakan harus


mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dan
upahnya adalah sah.

3)

Orang yang mengajar al-Quran terbahagi kepada tiga golongan. Huraiannya

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

seperti berikut:

i)

Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa


mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi
pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para
Nabi Alaihim al-solatu wa al-salam.

ii)

Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya.


Mereka layak mengambil upahnya. Segala amalan baik mereka
akan diterima InsyaAllah.

iii)

Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya,


jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Mereka harus
menerima hadiah, adapun amalan kebajikan mereka tertulis di sisi
Tuhan mereka InsyaAllah.

Lakarkan sebuah peta minda grafik berkaitan hukum


membaca dan menyentuh
al-Quran bagi orang yang
berhadas.
(2 jam)

1.3

Istiazah, Basmalah dan Takbir

1.3.1 Perbincangan Isti`azah dan Hukumnya Ketika Hendak Membaca alQuran


1) Makna istiadzah ( )pada bahasa : berlindung.
Pada istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan Allah
daripada syaitan yang dilaknat. Ia juga dikenali sebagai Taauwdz ( ) .

2) Dalil tuntutan membaca Istiadzah : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl : 98

10

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN


:Maksudnya

"Apabila kamu (hendak) membaca al-Quran maka hendaklah kamu meminta


perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

3) Ulama berselisih pendapat mengenai tahap tuntutan membaca Istiadzah ketika


hendak membaca al-Quran. Huraiannya seperti berikut :

i ) Jumhur ulama mengatakan sunat muakkad.

ii) Ata,Sufyan al-Thauri dan Daud Zhahiri serta pengikutnya


menyatakan wajib.

iii ) Ibnu Sirin mengatakan wajib untuk sekali seumur hidup.


Kata Imam Ibnu al-Jazari



......................................

Dan disunatkan Istiadzah (ketika hendak membaca al-Quran) dan


kata setengah daripada mereka adalah wajib

4) Terdapat banyak lafaz (shighah) Istiazah, antaranya seperti berikut ;

i)

Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril Alaihi al-salam. Inilah yang lafaz
terpilih.







:Maksudnya
11

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Aku berlindung diri dengan Allah daripada syaitan yang direjam.


ii)

Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulullah s.a.w serta digemari


oleh golongan Ulama Salaf.










Maksudnya:
Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui daripada syaitan yang direjam
iii)

Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W.









Maksudnya:
Aku berlindung diri dengan keampunan Allah yang Maha Agong
daripada azabNya yang amat pedih dan daripada tipu daya syaitan,
sesungguhnya Dialah (Tuhan) yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.

iv)

Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Abu Bakar al- Siddiq R.A.
Maksudnya:









Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mulia
daripada setiap musuh dan setiap orang yang berhasad dengki
serta daripada setiap syaitan yang durhaka.Sesungguhnya Dialah
(Tuhan) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

v)

Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Umar bin al-Khattab R.A.

12

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN










:Maksudnya
Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Memberi pertolongan
daripada syaitan yang dilaknat hingga hari qiamat .
vi)

Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Othman bin Affan radh R.A.

Maksudnya

Aku berlindung diri dengan Allah daripada syaitan dan kekufuran


serta taghut dan Dialah (Tuhan) yang Maha Memberi nikmat lagi
Maha Memberi pertolongan .

vii)

Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Ali bin Abi Talib R.A.





:Maksudnya
Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Agong dan wajahNya
yang Maha Mulia serta kekuasaanNya yang Maha Tersedia
daripada syaitan yang direjam .

5)

Terdapat dua keadaan Istiazah ketika membacanya iaitu ;

i)

Dibaca kuat :ketika membaca al-Quran dalam majlis


belajar.

13

dan waktu

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

ii)

6)

Dibaca perlahan :Ketika membaca al-Quran dengan nada suara yang


perlahan walaupun di tempat orang ramai, ketika membaca di tempat
yang sunyi walaupun dengan suara yang kuat , ketika membaca
secara bergilir-gilir sedangkan kita bukan orang yang pertama dan
ketika dalam sembahyang Sir dan Jahar.

Terdapat empat cara membaca Istiazah dan Basmalah serta awal


surah.Huraiannya seperti berikut:

i)

Berhenti pada Istazah dan Basmalah (inilah cara yang paling


baik).Contoh :



(-)



( -)








ii)

Berhenti pada Istiazah dan menyambung Basmalah dengan awal


surah.Contoh :



(-)



( +)








iii)

Menyambung Istiadzah dengan Basmalah sahaja. Contoh :



(+)



( -)








iv)

Menyambung ketiga-tiganya sekali. Contoh :

( +)








(+)

14

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Terdapat dua cara membaca Istiazah di awal surah al-Taubah. Huraiannya seperti
: berikut
.i)

(7

Berhenti pada Istiazah kemudian meneruskan bacaan



...


( -)



ii) Menyambung Istiazah dengan awal surah al-Taubah.



( +)



...
Kata Imam Ibnu al-Jazari

.............

...............................

:Maksudnya
Dan boleh waqaf padanya (taauwudz) bagi mereka itu (Imam-imam al-Qurra)
atau
diwasalkan ia (dengan ayat selepasnya samada Basmalah atau selain
daripadanya)
1.3.2 Perbincangan Basmalah dan Hukumnya dalam Tilawah al-Quran
1)

Basmalah ( )adalah ringkasan bagi Bismillahi al-Rahmanir al-Rahim


( ) sepertimana hailah ( )ringkasan bagi Haiya Ala al-Solah (
) (ataupun hauqalah ( )ringkasan bagi La Haula Wala Quwwata Illa
Billah ( ) ( .

2)

Lafaz basmalah : . Inilah lafaz yang terdapat dalam surah al-Naml


: ayat 30

:Maksudnya

Sesungguhnya ia (surat) daripada Sulaiman dan sesungguhnya


(isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim.

3) Hukum membaca basmalah di awal surah adalah dituntut (sunat) kecuali di


awal surah al- Taubah kerana;

15

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

i) Basmalah tidak ditulis di awal surah al-Taubah sebaliknya ia ditulis di


awal surah-surah yang lain (ada sebahagian ulama mengatakan
bahawa surah al-Anfal dengan surah al-Taubah adalah satu surah).

ii) Surah al-Taubah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru-hara dan
basmalah adalah keamanan. Tidak mungkin berhimpun keamanan dan
huru-hara dalam satu masa.
Kata Imam al-Syatibi

Dan jika kamu menyambung akannya atau kamu mula


(dengan) Baraah maka janganlah kamu mendatangkan
basmalah kerana turunnya ia dengan pedang.
4) Ulama berselisih pendapat mengenai tahap larangan tersebut kepada dua
pendapat iaitu:

i) Syeikh Muhammah bin Ahmad al-Ramli mengatakan bahawa makruh


membaca basmalah di awal surah al-Taubah dan sunat di
pertengahannya.

ii) Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam al-Syatibi, Syeikh Ibnu Abdul Haqq
al-Sinbati dan Syeikh Ahmad bin Ali al- Khatib mengatakan bahawa
haram membaca basmalah di permulaan surah al-Taubah dan
makruh di pertengahannya.
Kata Imam al-Syatibi

Dan tidak dapat tidak (mesti) mendatangkannya


(basmalah) di permulaan surah melainkan dia ( awal
surah al-Taubah) dan di pertengahan adalah pilihan bagi
oyang yang membaca.

Kata Imam Ibnu al-Jazari


16

.............................

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Dan pada permulaan surah, semua (Imam-imam alQurra) membaca basmalah kecuali (awal) surah alTaubah maka tidak dibaca walaupun ia diwasalkan
(dengan surah sebelumnya). Dan di pertengahan pilih
olehmu (baca atau tidak) kerana ihtimal padanya.
5) Disunatkan membaca basmalah ketika hendak melakukan sesuatu amalan atau
pekerjaan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W









(



)
()
:Maksudnya
Setiap

perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak


dimulakan dengan Bismillahi al- Rahmani al- Rahim
maka amalan itu terputus (daripada keberkatan).
(Riwayat Abu Daud)
Perhatian
Membaca basmalah di pertengahan surah adalah harus mengikut pendapat yang
masyhur di kalangan al-Qurra, inilah yang telah dinyatakan kebanyakan ulama
antaranya Imam al-Syatibi dan Imam Ibnu al-Jazari. Syeikh Shabir Hasan
Muhammad dalam bukunya Tabshirah al-Murid Fi Ilmi al-Tajwid telah menyatakan
bahawa Jumhur Ulama di Iraq memilih mendatangkan basmalah di pertengahan
surah.
Kata Imam Ibnu al-Jazari

..........................

Dan di pertengahan pilih olehmu (baca atau tidak)


kerana ihtimal padanya.
6)

Terdapat tiga cara yang diharuskan membaca basmalah di antara dua surah
iaitu:

17

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

i) Berhenti pada akhir surah pertama dan juga pada basmalah,


kemudian membaca awal surah kedua. Contoh :

(-) (-)

ii) Berhenti pada akhir surah pertama, kemudian membaca basmalah


dan disambungkan dengan awal surah kedua. Contoh :

(-) (+)

iii) Menyambungkan akhir surah pertama dengan basmalah dan awal


surah kedua. Contoh :
(+) (+)

Dilarang menyambung akhir surah pertama dengan basmalah dan berhenti
padanya, kemudian membaca awal surah kedua (kerana basmalah itu dijadikan di
awal surah bukannya di akhir surah). Contoh :
(+)
7)

(-)

Terdapat tiga cara yang diharuskan untuk menyambung bacaan antara


akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah iaitu ;

i) Waqaf pada akhir surah al-Anfal kemudian membaca awal surah alTaubah.

ii) Saktah pada akhir surah al-Anfal kemudian membaca awal surah alTaubah.

18

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

iii) Wasal akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah.


Perhatian
1. Membaca dengan tiga wajah tersebut (iaitu waqaf, saktah
dan wasal) bukan khusus bagi surah al-Anfal dengan surah
al-Taubah sahaja. Ia juga harus bagi surah-surah sebelum
surah al-Anfal seperti menyambung surah al-Nisa dengan
surah al-Taubah.

2. Tidak harus membaca secara saktah dan wasal sekiranya


surah al-Taubah disambungkan dengan surah-surah yang
selepasnya (mengikut susunan surah) seperti
menyambung surah al-Baiyinah dengan surah al-Taubah.

3. Sekiranya surah al-Taubah diulang dua kali, maka tidak


harus membaca secara saktah atau wasal antara ayat yang
terakhir dengan awal surah tersebut.

1.3.3 Perbincangan Takbir dan Hukumnya dalam Tilawah al-Quran


1)

Takbir ( )iaitu lafaz (zikir) yang dibaca ketika hendak khatam al-Quran
dan tidak ditulis dalam Mushhaf.

2)

Lafaz-lafaz Takbir ada tiga jenis:

(1)
( Inilah lafaz yang masyhur)

19

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

(2)

(3)




Kebanyakan ulama mengatakan bahawa lafaz Takbir ialah Allahu Akbar


(
) . Namun sebahagian ulama mengatakan harus menambahTahlil ()
Iaitu La Ilaha Illallah(
) sebelumTakbir. Ada juga di kalangan mereka
mengatakan harus menambah Tahmid( )iaitu Lillahil Hamd (
) selepas
keduanya ( Tahlil danTakbir).
Kata Imam Ibnu al-Jazari

Dan sebelumnya (Takbir) bacalah tahlil jika dikehendaki. Dan sebahagian mereka
menambah tahmid selepas keduanya (tahlil dan takbir)
2) HukumTakbir adalah sunat. Al-Bazi meriwayatkan bahawa Imam Syafie pernah
berkata kepadanya













Jika kamu meninggalkan takbir maka sesungguhnya kamu telah meninggalkan
.satu sunnah daripada sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W
Kata Imam Ibnu al-Jazari







Dan sunat membaca takbir ketika khatam al-Quran telah thabit (sah) daripada
.para ulama (Fuqaha, Mufassirin, Muhaddisin dan Qurra) di Mekah
3) Sebab BerlakunyaTakbir ;

Kebanyakan ulama berkata bahawa wahyu lewat di turunkan kepada


Rasulullah S.A.W dalam beberapa hari. Ada yang mengatakan 12 hari atau
15 hari dan ada juga yang mengatakan 40 hari sehingga berkatalah kaum
musyrikin bahawa Allah telah murka dan membiarkan Muhammad. Maka
turunlah Jibril a.s dengan membawa surah al-Dhuha hingga akhirnya, lalu
baginda s.a.w. mengucapkan takbir kerana membenarkan apa yang berlaku
padanya (menunggu wahyu dan mendustakan kenyataan kaum Musyrikin.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengulangi takbir hinggalah ke akhir surah alNas dengan tujuan membesarkan Allah S.W.T serta membenarkan perkara
yang berlaku atasnya (menunggu wahyu).

20

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

4)

Para ulama berselisih pendapat mengenai tempat bermula dan


berakhirnya Takbir. Huraiannya seperti berikut:

1. Setengah ulama mengatakan bermulaTakbir di awal surah al-Dhuha


dan berakhir di awal surah al-Nas.

2. Pendapat yang masyhur mengatakan bermulaTakbir di akhir surah alDhuha dan berakhir di akhir surah al-Nas.
5)

Terdapat tujuh cara yang diharuskan membaca Takbir antara dua surah.
Huraiannya seperti berikut:

1. Berhenti pada akhir surah pertama, pada Takbir danpada Basmallah


kemudian membaca awal surah kedua. Contoh :

( -)



( -)



( -)





2. Berhenti pada akhir surah pertama pada Takbir kemudian membaca
Basmallah serta disambungkan denganawal surah kedua. Contoh:

( -)



( -)



( +)




3. Berhenti pada akhir surah pertama kemudian membaca Takbir serta


disambungkan dengan Basmallah dan awal surah kedua. Contoh:

( -)



( +)



( +)




4. Berhenti pada akhir surah pertama kemudian membaca Takbir serta


disambungkan dengan Basmallah dan berhenti padanya. Kemudian
membaca awal surah kedua. Contoh:

( -)



( +)



( -)




21

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

5. Menyambung akhir surah pertama denganTakbir dan berhenti


padanya kemudian membaca Basmallah serta disambungkan dengan
awal surah kedua. Contoh:

( +)



( -)



( +)





6. Menyambung dengan akhir surah pertama dengan Takbir dan

berhenti padanya kemudian membaca Basmallah dan berhenti


padanya seterusnya membacawal surah kedua. Contoh:

( +)



( -)



( -)





7. Menyambungkan kesemuanya sekali. Contoh:

( +)



( +)



( +)




Adapun dilarang menyambung akhir surah pertama dengan Takbir


serta Basmallah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal
surah kedua.Contoh:

( +)



( +)



( -)




Buat latihan kendiri cara membaca Istiazah dan Basmalah serta


awal surah dan cara membaca Takbir antara dua surah. (3 jam)

1.4

Khatam al-Quran

1.4.1 Perbincangan Hukum Khatam al-Quran dan Perkara yang Berkaitan


Dengannya
1. Membaca al-Quran sehingga khatam adalah satu ibadah (sunat) yang
amat disukai oleh ALLAH Taala. Di samping itu terdapat banyak fadhilat
(kelebihan) bagi mereka yang khatam al-Quran antaranya sabda Rasulullah
S.A.W.

22

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

( )

(



Maksudnya:

Pada setiap kali khatam (al-Quran) itu ada bersamanya doa yang
mustajab

2. Terdapat banyak perkara yang disunatkan ketika khatam al-Quran,


antaranya seperti berikut;
1) Sunat khatam al-Quran dalam sembahyang jika membacanya
bersendirian.
2) Sunat membaca takbir.
3) Sunat khatam di awal malam atau di awal siang.
4) Sunat menjemput orang ramai menghadiri majlis khatam alQuran
5) Sunat puasa pada hari khatam kecuali pada hari yang ditegah
puasa.
6) Sunat berdoa ketika khatam al-Quran.

3.

Doa khatam al-Quran


Antara doa yang dibaca ketika khatam al-Quran adalah seperti
berikut:


(












.





























23

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN













.











(














.






















.






(
.



. .
. ( .
(
(

(
.

(
(

(

(





(



.


















(




.



(

24

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Maksudnya;

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan kesudahan yang
baik bagi mereka yang bertakwa, dan tiada permusuhan kecuali atas
mereka yang zalim dan selawat serta salam atas semulia-mulia para
nabi dan para rasul dan keluarganya seta sekalian sahabatnya.

Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami,


sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani, dan tunjukkanlah kami
serta bimbinglah kami ke jalan yang lurus dengan keberkatan al-Quran
yang mulia.

Ya Allah ya Tuhan kami, rahmatilah kami dengan al-Quran dan


jadikanlah ia (al-Quran) sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat
untuk kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan
daripadanya, dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu
mengenainya, dan kurniakanlah kepada kami (keupayaan) untuk
membacanya diwaktu malam dan siang dan jadikanlah ia sebagai hujah
untuk kami.

Ya Allah ya Tuhan kami, hiasilah diri (akhlak) kami dengan


perhiasan al-Quran,dan muliakankah kami dengan kemuliaan al-Quran,
dan tinggikanlah (kedudukan) kami dengan ketinggian al-Quran, dan
pakaikanlah kami dengan pakaian al-Quran, danmasukkanlah kami ke
dalam syurga dengan syafaat al-Quran, dan selamatkanlah kami dari
segala bencana dunia serta azab akhirat dengan kehormatan al-Quran.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah al-Quran itu bagi kami di


dunia sebagai rakan, dan di kubur sebagai teman, dan pada hari kiamat
sebagai pemberi syafaat, dan di atas titian sirat sebagai cahaya, dan ke
syurga sebagai teman, dan daripada api neraka sebagai penghadang
25

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

dan pendinding, dan ke arah kebaikan sebagai pedoman dan ikutan,


dengan limpah kurnia kemurahan serta kemuliaanMu jua Tuhan yang
Maha Mulia.

Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah petunjuk kepada kami


dengan petunjuk al-Quran, dan selamatkanlah kami daripada api neraka
dengan kemulian al-Quran, dan tinggikanlah kedudukan kami dengan
kelebihan al-Quran,dan hapuskanlah segala dosa kami daripada kami
dengan membaca al-Quran wahai Tuhan kami yang mempunyai segala
kelebihan dan kebaikan.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dengan


setiap huruf daripada al-Quran itu kemanisan, dan setiap dengan
kalimah daripada al-Quran itu kemulian, dan dengan setiap daripada
ayat daripada al-Quran itu kemesraan, dan dengan setiap surah
daripada al-Quran itu keselamatan, dan dengan setiap juzu daripada alQuran itu balasan kebaikan dan dengan setiap rub daripada al-Quran
itu kerihatan, dan demgan setiap nifs daripada al-Quran itu kenikmatan,
dan setiap fathah daripada al-Quran itu kegembiraan, dan dengan setiap
kasrah daripada al-Quran itu sebagai pakaian, dan dengan setiap waqaf
daripada al-Quran itu pemeluharaan.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dengan Alif


itu keamanan dan keimanan, dan dengan Ba itu keberkatan serta
keelokan, dan dengan Ta itu keampunan serta kejayaan, dan dengan
Tha itu kekayaan serta pahala, dan dengan Jim itu kemegahan serta
kebesaran, dan dengan Ha itu kesabaran (tidak mudah marah) serta
perasaan malu, denhan Kha itu perasaan takut serta rendah diri, dan
dengan Dal itu pemerintahan dengan petunjuk (ke jalan kebenaran) dan
dengan Dzal itu kekuatan fikiran serta kecerdikan dan dengan Ra itu
kasihan belas serta pengharapan, dan dengan Za (Zai) itu kezuhudan
serta kesucian, dan dengan Sin itu kebahagiaan serta keselamatan, dan
dengan Syin itu penyembuh serta kemuliaan, dan dengan Shad itu
kesabaran serta persahabatan, dan dengan Dhad itu cahaya (yang
menerangi) serta tulang belakang (yang menjadi tunggak), dan dengan
To itu ketaatan serta kesucian, dan dengan Zha itu kemenangan serta
kebijaksanaan, dan dengan Ain itu kemaafan (keampunan) serta
kesihatan dan dengan Ghain itu kekayaan serta kemenangan dan
dengan Qaf itu penghampiran diri (kepada Allah) serta tidak tamak
(memadai), dan dengan Kaf itu kesempurnaan serta kemuliaan, dan
26

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

dengan Lam itu kemanisan serta pertemuan (dengan Allah), dengan


Mim itu pengajaran serta pengampunan, dan dengan Nun itu cahaya
serta perlepasan (daripada segala azab sengsara), dan dengan Wau itu
kelapangan serta pemerintahan, dan dengan Ha itu kerajinan serta
petunjuk, dan dengan Ya itu kesenangan serta keyakinan.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia


dab kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka,
dan cucurilah rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad dan
keluarganya serta sekalian sahabatnya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan
yang memiliki sifat Kemuliaan, dan selamat sejahtera atas semua Rasul,
dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian
alam.

4. Ulama Salaf mempunyai cara yang tersendiri semasa khatam al-Quran,


keadaan mereka bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian,
huraiannya seperti berikut;

(1) Sebahagian ulama tidak berdoa dengan penuh perasaan


Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan
penuh perasaan malu.

(2) Sesetengah ulama ada yang berdoa dengan penuh perasaan


mengharapkan rahmat daripada Allah Taala dan sebagai
hamba yang sangat berhajat kepada Tuhannya. Mereka ini
penuh berkeyakinan bahawa al-Quran itu dapat memberi
syafaat.

(3) Sebahagian Ulama apabila khatam al-Quran mereka terus


menyambung bacaan mereka dengan awal surah al-Fatihah
tanpa diselangi dengan doa dan sebagainya.

27

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

(4) Sebahagian ulama apabila khatam al-Quran mereka terus


menyambung bacaan mereka dengan surah al-Fatihah dan
surah al-Baqarah hingga


ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan
oleh kebanyakan masyarakat Islam.

Diriwayatkan

bahawa

seorang

lelaki

bertanya

kepada

Rasulullah S.A.W.

Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling utama?


Baginda menjawab hal dan murtahal. Mereka bertanya wahai
Rasulullah apakah dia hal dan murtahal itu? Baginda
menjawab orang yang membaca al-Quran dari awalnya
hingga akhirnya dan dari akhirnya hingga awalnya.- (Riwayat
al-Baihaqi)

28

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Kata Imam al-Syatibi


:Maksudnya
Dan tiada sebaik-baik amalan (sunat) melainkan memulakan
bacaannya (al-Quran) hingga khatam dalam keadaan hal walmurtahal iaitu bacaan yang disambungkan.

Keadaan Ulama Ulama` Salaf Khatam al-Quran


Ulama Salaf mempunyai cara tersendiri semasa khatam al-Quran. Keadaan
mereka bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Huraiannya seperti
berikut:
1) Sebahagian Ulama Salaf tidak berdoa setelah khatam al-Quran, sebaliknya
mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu.
2) Setengah daripada mereka itu ada yang berdoa dengan penuh perasaan
mengharapkan rahmat daripada Allah s.w.t dan sebagai hamba yang sangat
berhajat kepada Tuhannya. Mereka ini penuh berkeyakinan bahawa alQuran itu dapat memberi syafaat.
3) Sebahagian daripada mereka itu apabila selesai khatam al-Quran terus
menyambung bacaan dengan awal surah al-Fatihah tanpa diselangi dengan
doa dan sebagainya.
4) Sebahagian yang lain pula apabila selesai khatam al-Quran mereka terus
menyambung bacaan dengan awal surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah
sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat Islam.
Kegigihan Ulama Salaf Membaca al-Quran
Ramai Ulama Salaf yang diberi keistimewaan dan kelebihan dalam membaca
al-Quran sehingga di antara mereka ada yang mampu khatam al-Quran dalam
masa yang singkat. Di sini dinyatakan beberapa tokoh yang mempunyai
keistimewaan tersebut, antaranya seperti berikut;
29

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

1) Othman bin Affan radhiallahu anhu khatam al-Quran satu


rakaat sembahyang malam

2) Abdullah bin Masud radhiallahu anhu khatam al-Quran


dalam masa tiga hari pada bulan ramadhan adapun pada
bulan-bulan yang lain beliau khatam dalam masa
seminggu.

3) Ubai bin Kaab radhiallahu anhu khatam al-Quran pada


setiap lapan hari.

4) Zaid bin Thabit radhiallahu anhu khatam al-Quran dalam


masa tujuh hari.

5) Tamin al-Dari radhiallahu anhu khatam al-Quran dalam


masa tujuh hari.

6) Abdullah bin al-Amr bin al-Ash radhiallahu anhu khatam alQuran dalam masa tiga hari.

7) Al-Aswad bin Yazid al-Nakhaie khatam al-Quran pada


setiap dua malam di bulan Ramadhan dan enam hari di
bulan yang lain.

8) Al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri khatam al-Quran pada


setiap sepuluh malam.

9) Imam Abu Hanifah mampu khatam al-Quran dalam satu


rakaat sembahyang malam.

30

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

10)Imam al-Syafie khatam al-Quran sebanyak tiga puluh kali


pada setiap bulan dan enam kali khatam pada bulan
Ramadhan.

Kumpulkan maklumat melalui sumber rujukan yang lain berkaitan


khatam al-Quran ulama salaf. (2 jam)

31