Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Ulasan Dapatan Kajian

1.1 Pernyataan Jurnal

NAMA PENYELIDIK JURNAL Ken Appleton & Ian Kindt

TAJUK JURNAL: Beginning Elementary Teachers Development as Teachers of Science

TEMPAT PENYELIDIKAN DIJALANKAN: Central Queensland University, School of Education & Innovation, Rockhampton 4702, Australia

Ken Appleton dan Ian Kindt telah menjalankan sebuah kajian untuk mengkaji perkembangan pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru novis sains. Pengajaran dan pembelajaran guru permulaan tersebut telah merosot walaupun prestasi pengajaran mereka cemerlang ketika menjalani kursus perguruan. Gambar rajah di bawah menunjukkan lima isu yang mempengaruhi perkembangan guru-guru novis. Antaranya adalah:

Kecenderungan

terhadap aktiviti
yang "selamat"

Bimbingan
rakan sekerja Isu yang mempengaruhi perkembangan guru-guru novis

Pemilihan sumber pengajaran

Kekurangan

bahan bantu
mengajar

Pengabaian

Rajah 1.0: Isu yang mempengaruhi perkembangan guru-guru novis

1.2 Kecenderungan terhadap aktiviti yang selamat

Guru-guru novis lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pernah dilaksanakan oleh guru-guru yang

berpengalaman.

Hal ini kerana tidak memerlukan mereka untuk mengambil

risiko misalnya hilang kawalan kelas dan hasilnya aktivitinya dapat diramal. Mereka masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru. Mereka ingin memastikan bahawa masalah luar jangkaan tidak berlaku semasa aktiviti dijalankan atau tidak tertimbulnya masalah pengajaran yu ang mengelirukan mereka atau murid-murid. Selain itu, guru-guru novis juga menganggap diri mereka masih dalam tempoh pemerhatian atau tempoh

percubaan pihak sekolah dan berusaha mengurangkan kesilapan dalam tugas-tugas mengajar harian.

1.3 Pemilihan sumber pengajaran

Tidak ramai guru yang menggunakan buku teks atau buku rujukan sebagai rujukan konsisten dalam perancangan aktiviti pengajaran. Mereka lebih cenderung memilih aktiviti biasa yang mereka memikirkannya berkesan. Cadangan-cadangan aktiviti hands-on yang terdapat dalam buku teks dan buku rujukan dianggap tidak realiti. Bahkan guru yang berpengalaman, guru-guru novis juga lebih gemar menggunakan jenis pengajaran yang kerap digunakan misalnya mencari maklumat atau membuat ulasan dari buku-buku, membuat perbincangan dan menulis laporan.

Selain itu, sekolah-sekolah tidak mempunyai dasar yang jelas tentang aktiviti-aktiviti pengajaran setiap topik. Ini menyebabkan guru-guru hanya

memilih beberapa aktiviti pengajaran topik tertentu dari sukatan dan buku teks bagi sepanjang tahun yang selaras dengan penekanan sekolah. Mereka tidak mempunyai panduan atau kandungan penilaian kendiri yang jelas dan sangkaan yang tinggi terhadap aktiviti pengajaran sendiri. Oleh yang demikian, adalah masuk akal guru-guru novis memilih aktiviti dan strategi yang selamat.

1.4 Pengabaian

Kebanyakan sekolah lebih mengutamakan matapelajaran teras misalnya matapelajaran bahasa dan matematik berbanding dengan matapelajaran sampingan. Ini menyebabkan banyak waktu matapelajaran sampingan

dikurangkan dan diganti dengan waktu matapelajaran yang diutamakan.

Selain itu, pihak sekolah juga akan menggunakan waktu matapelajaran sampingan untuk digantikan dengan aktiviti-aktiviti sekolah atau luar sekolah yang dibawa oleh organisasi tertentu. Misalnya latihan atlit antara sekolah, pihak sekolah akan mencadangkan agar beberapa minggu waktu

matapelajaran sampingan ini digunakan untuk atlit-atlit tersebut menjalani latihan. Lama-kelamaan, guru novis akan hilang keyakinan dirinya untuk mengajar matapelajaran sampingan lagi.

1.5 Kekurangan bahan bantu mengajar

Isu kekurangan sumber atau bahan bantu mengajar merupakan isu yang seringkali timbul di kalangan guru novis. Antara sebab kekurangan sumber atau bbm adalah kesukaran mencari dan ketahanannya. Banyak bahan bantu mengajar terutamanya bahan yang murah juga senang rosak.

Kekurangan sumber dan bahan bantu mengajar secara tidak langsung juga membuktikan keutamaan matapelajaran sampingan tertentu yang diberi. Sekiranya ada, bahan-bahan dan sumber bahan bantu mengajar

matapelajaran sampingan seperti matapelajaran sains dan seni juga memerlukan masa dan usaha menguruskannya.

Kesan daripada kekurangan bahan bantu mengajar menyebabkan ramai guru terpaksa merancang aktiviti pengajaran yang lebih biasa atau menangguhkan topik-topik tertentu sehingga bahan bantu mengajar yang diperlukan disediakan.

1.6 Bimbingan rakan sekerja

Bimbingan rakan sekerja atau guru berpengalaman merupakan kompenen penting guru-guru baru untuk menyesuaikan diri, mewujudkan cara pengajaran diri sendiri, dan juga menyediakan mereka dengan sumber maklumat yang mengenai prosedur dan sistem-sistem bekerja dalam sekolah. Tanpa bimbingan rakan sekerja atau guru berpengalaman sebagai mentor, guru-guru novis kemungkinan menghadapi kekangan yang serius dan tidak mampu meneruskan profesion perguruannya dengan baik.

2.0 Kefahaman baru

Jelas bahawa perkembangan guru novis dipengaruhi oleh beberapa faktor atau isu dalam sekolah. Biarpun prestasi ketika guru-guru novis dalam kursus perguruan cemerlang, mereka akan gagal menjadi seorang guru yang profesional sekirannya tiada motivasi yang tinggi. Dengan isu-isu sebegini, hasrat negara untuk melahirkan guru-guru novis merupakan perkara yang susah dicapai. Namun, jurnal kajian ini telah mendedahkan kita bahawa betapa pentingnya bimbingan dan sokongan yang positif dan tinggi dari rakan sekerja atau guru yang berpengalaman.

Kepentingan seorang mentor atau bimbingan bagi guru-guru novis yang baru berkhidmat di sekolah juga disokong oleh ramai penulis antaranya Green, Roebuck dan Futrell (1995). Apatah jua Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Buddy System Dalam Perkhidmatan Awam. Langkah ini diambil selaras dengan peranan Buddy iaitu rakan membantu rakan ke arah melahirkan anggota perkhidmatan awam yang lebih dinamik dan berfungsi serta menyokong kepada sistem Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang sedia ada.

Selain itu, masalah guru cenderung dalam memilih pengajaran yang selamat dan senang dijalankan turut berlaku berlaku dalam Malaysia. Kebanyakan guru tidak berani dan tidak ingin menanggung risiko jika sesuatu kemalangan berlaku dalam kelas. Namun, pembelajaran ialah sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini. Bagaimanakah kita hendak membentuk "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan" ini jika pelajar hanya mempelajari sesuatu yang berada dalam kurungan? Pelajar

merupakan kumpulan yang perlu kita utamakan dalam pengajaran dan bukannya kebaikan mahupun kesenangan guru itu sendiri. Kita sebagai bakal

guru perlu mengambil langkah untuk berani menanggung risiko dalam pengajaran dan mengajar dengan strategi yang sesuai dengan subjek pengajaran supaya pengajaran kita menarik hati pelajar untuk belajar.

Fenomena sesuatu mata pelajaran diabaikan dalam sekolah juga berlaku dalam Malaysia. Antaranya termasuklah Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni serta Pendidikan Moral. Waktu subjek-subjek tersebut diganti dengan subjek yang dianggap penting seperti Bahasa Cina, Bahasa English, Bahasa Melayu, Mathematik dan Sains.

Pendidikan Jasmani membantu peningkatan kecergasan fizikal murid melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Pendidikan moral pula membantu pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Pendidikan Seni pula dapat menenangkan hati dan emosi murid di samping mencetuskan nilai kreativiti dan inovatif yang terpendam. Jadi, kita tidak sepatutunya mengamalkan amalan mementingkan subjek-subjek yang dikira markah dan mengabaikan subjek yang sememangnya membawa perkembangan pelbagai aspek seseorang murid walaupun polisi sekolah tidak memandang berat terhadap masalah ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kekurangan sumber seperti bahan rujukan dan alat bantu mengajar seperti bahan-bahan eksperimen membawa kesukaran kepada guru semasa mengajar. Sekolah bandar yang dlengkapi dengan pelbagai prasarana yang lengkap dan mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli bahan bantu mengajar dan sumber mengajar sememangnya memberi bantuan positif kepada para guru. Namun, banyak sekolah yang kecil atau sekolah luar bandar juga yang tidak mampu

menanggung pembelanjaan tersebut. Mereka juga tidak memdapat bantuan dalam penyediaan kemudahan dan sumber yang tertentu. Jadi, adalah penting guru mempunyai kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan yang sedia ada.

Akhir kata, guru novis harus kreatif, inovatif dan mempunyai daya keintelektualan serta dalaman yang tinggi untuk memikul akauntabiliti memperlengkapkan kemahiran profesional guru supaya kita dilabelkan sebagai guru novis alaf baru dan diterima oleh sekolah.

3.0 Refleksi Tentang Implikasi Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru Terhadap Perkembangan Profesionalisme Diri

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza berbanding dahulu malah lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan yang pesat. Guru seharusnya menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Setiap guru perlu menginsafi bahawa tugas dan tanggungjawab secara menyeluruh adalah perlu untuk membina negara bangsa yang merdeka dan maju. Selaras dengan reformasi pendidikan yang dilancarkan, peranan guru pada masa ini lebih didefinisikan sebagai seorang pembimbing dan mentor dalam bilik darjah berbanding dengan guru pada masa dahulu. Sebagai mentor, guru berperanan dalam memberikan bimbingan dan sokongan, menunjuk ajar serta memandukan murid bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugas yang dihadapi oleh muridnya. Seseorang mentor juga perlu bijak dan mahir dalam menyuntik semangat dan keyakinan kepada murid-murid melalui keupayaan interpersonal guru. Perlakuan dan perwatakan guru juga sentiasa menjadi perhatian dan ikutan kepada murid. Guru selaku role model harus mempunyai perlakuan baik serta nilai baik misalnya berbudi bahasa, penyayang, mempunyai ketegasan dan falsafah yang dan juga sumber maklumat. Tambahan pula, guru merupakan sumber penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Di sekolah, guru berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar. Oleh itu, guru kena melengkapkan diri dengan dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha mengemaskinikan ilmu dan kemahirannya. Dengannya ada bimbingan guru, murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Di samping itu, guru pada masa kini perlu menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,

perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Tugas, peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru yang diperkatakan di atas sememang membebankan, namun telah membentuk generasi guru yang berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Akhir kata, guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta sentiasa membuat refleksi tentang pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Amalan refleksi merupakan guru yang bertanggungjawab dalam profesion sendiri dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri justeru melatih guru memperbaiki dan memperbaharui profesion perguruan dari semasa ke semasa mengikut jejak dunia.