Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM MENARIK MINAT PELAJAR TIDAK AKTIF BERSUKAN KEPADA GEMAR BERSUKAN

TARIKH HARI TEMPAT

: : : SMK. MUTIARA RINI 1

ANJURAN: PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDKAN (SAINS SUKAN)

RINGKASAN PROGRAM

Nama Fakulti

FAKULTI PENDIDKAN

Tajuk Program

PROGRAM MENARIK MINAT PELAJAR TIDAK AKTIF BERSUKAN KEPADA GEMAR BERSUKAN Program ini bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan, mewujudkan ruang interaksi dan perkongsian ilmu antara siswa/siswi Sains Sukan UTM Skudai dengan pelajar sekolah menengah mutiara rini 1. Terutama kepada pelajar tingkatan 4 yang sesetengah tidak aktif bersukan. Di samping itu, ia memberi pendedahan baru kepada sesetengah pelajar tingkatan 4 betapa penting sukan dalam hidup seharian mereka. Dengan adanya program seumpama ini, ia dapat meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan baik dan meningkatkan tahap keyakinan diri dikalangan para pelajar dan penganjur melalui aktiviti yang diadakan secara bersama.

Objektif

Tempat

SMK MUTIARA RINI 1

Bilangan Peserta

Pelajar Sains Sukan tahun 4 : Pelajar sekolah :

5 orang 60 orang

Sasaran

60 orang Pelajar Tingkatan 4 SMK Mutiara Rini 1 yang tidak aktif bersukan.

Penasihat Program

En Roslizan Bin Saad

Jumlah Belanjawan

RM 100.00

2.0

PENGENALAN PROGRAM

Program ini merupakan aktiviti dalam penilaian bagi sukatan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan yang dapat membantu mahasiswa dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ianya juga dapat membantu Fakulti pendidikan terutama program Sains Sukan UTM skudai bagi merealisasikan visi fakulti untuk menjadi pusat kecemerlangan dan peneraju dalam bidang sukan, perunding kesihatan dan kecergasan di kalangan atlit dan juga bukan atlit, pengurusan sukan dan rekreasi yang unggul, beretika dan bertaraf dunia. Anjakan yang dilakukan oleh pihak fakulti dalam menyediakan kursus Psikologi Sukan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di awal pengajian amat membanggakan. Ini kerana, mahasiswa dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan dari segi teknik-teknik pengetahuan dalam sukan disamping meningkatkan motivasi kepada para atlit terutama dikalangan pelajar sekolah yang tidak melibatkan diri dalam sukan. Segala bentuk aktiviti yang di jalankan diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dari segi pengetahuan dalam bidang psikologi sukan. Dengan adanya program ini diharapkan dapat memupuk integrasi, komunikasi, dan motivasi serta dapat mengeratkan hubungan antara pelajar Sains Sukan dari fakulti pendidikan dan pelajar SMK Mutiara Rini 1. Secara tidak langsung program ini akan mendatangkan kesan muhasabah diri khususnya kepada mahasiswa yang tidak berkesempatan merasai sendiri pengalaman menyertai permainan sukaneka dan lawatan ini. Selain itu, program ini amat menyentuh tentang bagaimana psikologi sukan dapat menarik perhatian kepada pelajar yang tidak aktif bersukan menjadi aktif dalam sukan. Melalui pengalaman yang berkonsepkan aktiviti ini dapat menambahkan lagi ilmu mengenai psikologi dalam sukan kepada pelajar. Diharapkan program ini dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada pelajar khususnya bagi peserta program ini.

3.0

OBJEKTIF

Program ini menggabungkan ketiga-tiga elemen pembelajaran iaitu, pemikiran, penilaian dan tingkah laku yang mampu membuahkan impak yang positif dan berkekalan dari sudut pembinaan insan terutama dalam melibatkan diri dalam bidang sukan. Manfaat dan kesan yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

i.

Mewujudkan ruang interaksi antara pelajar Sains Sukan UTM skudai dengan pelajar sekolah menengah mutiara rini1.

ii.

Mewujudkan perkongsian ilmu antara pelajar Sains Sukan UTM skudai dengan pelajar sekolah mutiara rini 1.

iii.

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta dengan pelajar Sains Sukan UTM skudai.

iv.

Menambah ilmu pengetahuan yang mendalam tentang cara-cara untuk menganjurkan sesuatu program serta melibatkan pelajar dalam sukan dengan menggunakan pendekatan psikologi sukan. Untuk memenuhi sukatan pembelajaran semester ini dan membantu dalam pembelajaran subjek ini. Menarik minat pelajar yang tidak aktif bersukan supaya gemar untuk melakukan aktiviti sukan.

v.

vi.

4.0

TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah jadual perjalanan program PROGRAM MENARIK MINAT PELAJAR TIDAK AKTIF BERSUKAN KEPADA GEMAR BERSUKAN Tarikh Tempat Peserta/pelajar Pensyarah pengiring : : SMK MUTIARA RINI 1 : 60 orang : 1 orang

TARIKH JUMAAT 10 Oktober 2013

MASA 7.00 pagi 7.30 pagi

AKTIVITI Bertolak dari ke SMK Mutiara Rini 1) Pengenalan dan Latar Belakang Sukan (secara ringkas) Hoki, senamrobik, badminton, bola sepak

2) Talk : Bagaimana sukan dapat menjana pendapatan? 3) Konsep dan Teknik Pergerakan 8.45 pagi 9.00 pagi Rehat 1) Perkembangan Kemahiran 2) Latihan Kumpulan 3) Aplikasi Kemahiran dalam Permainan Kecil 12.00 T/Hari 1) Penilaian 2) Rumusan 12.30 T/Hari Penutup dan Bersurai

5.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENASIHAT

ENCIK ROSLIZAN

PENGARAH PROGRAM

MOHD ROZAINI BIN ROZAN

TIMB.PENGARAH

MOHD RASYDAN BIN MOHD ZAIN

SETIAUSAHA

NUR HIDAYAH BINTI ILYAS

BENDAHARI

LAU SIEW KIONG

AJK AKTIVITI

MUHAMAD SUHAIRI BIN KOHALID

7.0

PENUTUP

Dengan ini kami berharap agar Program Menarik Minat Pelajar Tidak Aktif Bersukan Kepada Gemar Bersukan di SMK Mutiara Rini 1 memberi impak yang positif dan melakukan aktiviti sukan secara berterusan. Dengan ini kami berharap dengan segala yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan membuahkan hasil yang manfaat kepada semua pelajar yang terlibat. Diharapkan Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini 1 dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini di jalankan dan pihak Fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dapat meluluskan serta memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan program murni ini.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak lansung dari segi sumbangan kebendaan dan tenaga dalam menjayakan Program Menarik Minat Pelajar Tidak Aktif Bersukan Kepada Gemar Bersukan. Semoga apa yang telah kami rancangkan ini berjalan dengan lancar, diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,

.................................................. (NUR HIDAYAH BINTI ILYAS) Setiausaha Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

Disokong Oleh,

.. (MOHD ROZAINI BIN ROZAN) Pengarah Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

Disahkan oleh,

.. (ENCIK ROSLIZAN) Pensyarah Psikologi Sukan Fakulti Pendidikan UTM Skudai.