Anda di halaman 1dari 43

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488 PINTAR

CERDAS BERBAKAT DAN KREATIF KBC3013 TAJUK TUGASAN : KAJIAN KES OLEH : AIN HAZWANI BINTI ABU KASIM D20101037219 PROGRAM : AT-10 PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 2 SESI 2010/2011 NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN 1

ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK 1.0 2.0 3.0 4.0 PENGENALAN DEFINISI PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREAT IF CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF PERKEMBANGAN FIZIKA L, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF 4.1 4.2 4.3 5.0 6.0 Perkembangan fizikal Perkembangan emosi Perkembangan sosial OBJEKTIF KAJIAN KAED AH KAJIAN a. Temu bual b. Pemerhatian c. Senarai semak 7.0 KAJIAN KES 7.1 7.2 8.0 Biodata responden Biodata ibu bapa responden DAPATAN KAJIAN 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 9.0 10.0 Perkembangan fizikal Perkembangan emosi Perkembangan sosial Perkembangan kogniti f Perkembangan bahasa dan komunikasi ANALISIS DATA STRATEGI 2

10.1 10.2 11.0 12.0 13.0 Kaedah pengajaran yang sesuai Kaedah pengajaran Matematik kepada murid Pintar Ce rdas KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 3

PENGHARGAAN SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTE RA Segala puji bagi Tuhan Semesta Alam yang berkuasa ke atas segala sesuatu dengan kehendak-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kel uarga serta para sahabat. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana denga n limpah kurnia dan izin-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada masa y ang ditetapkan. Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Doktor Md. Nasir bin M asran merangkap pensyarah bagi pengkhususan Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (KBC3013) di atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapka n tugasan ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada Doktor , mungkin saya tida k dapat menyiapkan kajian kes ini pada masa yang telah ditetapkan. Melalui kajia n kes ini, banyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat saya pelajari. Kepada indi vidu-individu lain yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung , ribuan terima kasih juga saya ucapkan. Teristimewa buat ibu dan 2 orang adik p erempuan yang saya sayangi, terima kasih tidak terhingga di atas bantuan dan sok ongan tidak berbelah bahagi daripada kalian.Di samping itu, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu dan bapa responden yang telah banyak memberikan ker jasama yang sungguh baik kepada saya sepanjang saya melakukan temu bual dan meny iapkan laporan kajian kes ini. Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi dituj ukan kepada Doktor Md. Nasir bin Masran kerana memberi komitmen penuh kepada say a untuk menyiapkan tugasan ini. Segala budi dan jasa baik kalian amat saya hargai dan Allah S.W.T sahaja yang da pat membalasnya. Sebelum mengundur diri, segala yang baik itu datangnya dari All ah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri. WASSALAM...... 4

1.0 PENGENALAN Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan yang di kategorikan me mpunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga mempunyai kelebihan intelek yan g luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, kelebihan yang dikurniakan kepada golongan ini perlu dimanfaatkan agar mereka dapat memberi sum bangan yang besar kepada masyarakat dan negara. Mereka merupakan salah satu aset negara yang berharga dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka merupakan individu yang akan menerajui ilmu sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Tambahan pula, Kanak-kanak yang mempunyai bakat dan potensi yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanakkanakpintar cerdas (gifted). Murid pintar cerdas, berbakat dan krea tif merupakan individu yang mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek p erkembangan dan pertumbuhan. Kursus KBC 3013 Pintar Cerdas, Berbakat Dan Kreatif adalah salah satu daripada s ubjek khusus bagi Program Pendidikan Khas. Pada semester 2 ini, para pelajar yan g mengikuti kursus ini ditugaskan untuk menjalankan dan menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan kajian kes terhadap seseorang yang mempunyai kaitan dengan pint ar cerdas, kreatif dan berbakat. Saya AIN HAZWANI BINTI ABU KASIM, no matrik D20101037219 telah mengambil langkah dengan menjalankan kajian kes ke atas respo nden yang mempunyai bakat dalam subjek matematik bagi menjalankan dan menyiapkan kajian kes yang telah diberikan kepada pelajar yang mengikuti Kursus KBC 3013 Pintar Cerdas, Berbakat Dan Kreatif. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil pelbagai langkah alternatif bagi menjayakan kajian kes yang telah say a lakukan ini. 5

2.0 DEFINISI Pintar Cerdas Gifted (pintar cerdas) ditakrifkan sebagai memiliki kebolehan yang umum melebihi dari populasi individu tersebut. Kamus Dewan mengistilahkan pintar cerdas sebag ai cekap dan pandai manakala cerdas di definisikan sebagai sempurna akal. Stanfo rd Binet (1916) merupakan orang pertama yang telah menjalankan ujian pintar cerd as yang dikenali sebagai The Stanford- Binet Test telah mendefinisikan pintar ce rdas sebagai keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan de ngan baik. Lewis Terman (1916) memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak. Marland (1972) mendefinisikan kanak-k anak berbakat itu seperti berikut: "Gifted and talented children are those identified by professionally qualified p ersons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. T hese are children who require differentiated educational programs and/or service s beyond those normally provided by the regular school program in order to reali ze their contribution to self and society". Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan k epada kanak-kanak, murid atau golongan muda adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, ar tistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzi k yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa d emi meningkatkan tahap kebolehan mereka. 6

Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges of Raising a Gi fted Childs berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang ti nggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada p ersekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya . Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimili ki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hid up dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelaja r pintar cerdas ini. Berbakat Bakat adalah kedudukan seseorang yang dengan suatu pendidikan dan latihan memung kinkannya mencapai kecakapan, pengetahuan dan keterampilan khusus. Dalam hal ini bakat merupakan interseksi dari faktor bawaan dan pengaruh lingkungan. Jadi apa bila seseorang terlahir dengan suatu bakat khusus, jika dididik dan dilatih, bak at tersebut dapat berkembang dan dimanfaatkan secara optimal. Sebaliknya jika di biarkan saja tanpa pengarahan dan penguatan, bakat itu akan mati dan tak berguna . Bakat adalah tingkat kemampuan yang tinggi yang berhasil dicapai seseorang dalam keterampilan tertentu, demikian menurut Tedjasaputra, MS, 2003. Menampilkan bak at diperlukan motivasi yang kuat disebut minat, iaitu kebebasan seseorang memili h segala sesuatu yang disukai, disenangi dan ingin dilakukan. Gardner, 1993, men gganti istilah bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak at au multiple intelligence yang cukup banyak dipakai. 7

Manakala, Talent (berbakat) adalah kecenderungan atau kebolehan semulajadi yang unggul. Joseph Renzulli (1986) mengemukakan bahawa berbakat merupakan satu inter aksi di antara tiga kelompok dasar sifat manusia iaitu kemampuan umum atau kemam puan spesifik melebihi aras biasa, komitmen tugas yang tinggi (motivasi) dan kre ativiti yang tinggi. Menurut Renzulli, kanak-kanak berbakat adalah mereka yang m emiliki atau berkemampuan mengembangkan gabungan ketiga kelompok sifat tersebut dan mengaplikasikannya pada bidang kemanusiaan yang bernilai. Kreatif Kreatif bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan dalam mencipta, menghasilka n dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam masa yang sama, sebagai sa tu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebo lehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea ber kaitan dengan penyelesaian atau penyelesaian sesuatu masalah (Guilford). Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan a malan pengasuhan kanak-kanak (Gowen 1972). Individu yang kreatif adalah mereka y ang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau me laksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain. 8

3.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Kanak-kana k ini di dapati sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap us ianya, mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan, mempunyai em osi yang stabil serta peramah dan mesra. Ciri-ciri yang dapat dilihat daripada kanak-kanak pintar cerdas ialah dari segi personaliti, kreativiti, gaya belajar, kognitif, emosi dan juga bahasa. Dari seg i personaliti, mereka peramah dan suka bertanya kepada guru tentang sesuatu perk ara yang tidak difahami. Selain itu, kanak- kanak tersebut kreatif dalam menguas ai kemahiran dan mereka dapat mengaplikasikan sesuatu barang atau peralatan seca ra kreatif. Dari segi gaya belajar, mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, gemar belaj ar secara sistematik serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di da lam bilik darjah dan membuat semua tugasan yang diberikan. Kanak-kanak pintar ce rdas mudah memahami pelajaran yang diajar dan berupaya menyelesaikan masalah ata u tugasan yang diberikan serta mempunyai kawalan emosi yang baik. Teori kecerdasan pelbagai yang telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 19 83.Beliau cuba memahami kecerdasan dari sudut bagaimana seseorang individu mempr oses maklumat dan menyelesaikan masalah serta strategi yang digunakan. Menurut G ardner, kecerdasan bukan hanya diwarisi, tetapi kecerdasan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti budaya, persekitaran, peluang pendidikan makanan, suasa na pembelajaran dan sebagainya. 9

Menurut Gardner, kecerdasan pelbagai mengandungi lapan jenis kecerdasan iaitu ke cerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinestatik ba dan, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerd asan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. 4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CEDAS, BERBAKAT DAN K REATIF 4.1 Perkembangan Fizikal Bagi kanak-kanak pintar cerdas, perkembangan fizikal mereka lebih pesat jika dib andingkan dengan kanak-kanak sebaya mereka yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas kelihatan lebih matang dari segi usia mereka. Mereka lebih cepat berjalan dan ke banyakkan mereka juga lebih cepat dalam kemahiran komunikasi. Perkembangan awal fizikal kanak-kanak bermula dari usia dua tahun hingga tujuh tahun. Pada peringk at ini, perkembangan fizikal dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berad a di peringkat pra operasi. Pada peringkat ini kanakkanak berfikir secara tidak logik tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej mental. F ikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri. Pad a peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif. Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pert umbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi be rusia satu tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak -kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan. Kanak-kanak yang berusia enam tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak bole h dibahagikan berdasar dua peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kan ak iaitu dari usia dua 10

hingga tiga tahun, kanak-kanak prasekolah dari usia tiga hingga enam tahun dan p eringkat pertengahan kanak- kanak iaitu dari usia enam hingga 14 tahun. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor p erwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian i alah etnik dan nutrisi. Masalah seperi kekurangan nutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertum buhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi sosial dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan sebagainya. Apabila kanak-kanak m encapai usia dua tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh mel akukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka ta li kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdik ari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan me makai baju. Kanak-kanak terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat p ersekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat mel alui perspektif orang lain. Menurut Piaget, kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilas i dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna. Perkembangan kogn itif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai m elalui akomodasi. 11

4.2 Perkembangan Sosial Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanakkan ak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses s osialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau mel akukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan so sial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Sebagai contoh, mereka mempela jari cara mempamerkan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan pern yataan emosi orang lain dengan tepat. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson men erangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau ke inginan yang berkonflik. Persahabatan yang sangat rapat antara dua pelajar pinta r cerdas adalah biasa, mereka tidak berminat atau tidak boleh menjadi popular. I ni mungkin sebab sifat intensiti yang ada pada mereka dan sukarnya mencari yang sejenis dengan mereka. Secara biasanya, kanak-kanak pintar cerdas menyedari perb ezaan mereka semasa kecil lagi. Mereka cenderung memilih rakan yang mempunyai mi nat dan tahap yang sama dan tidak memilih rakan disebabkan usia. Ibu bapa dan guru mungkin sukar mengenal pasti siapakah yang pintar cerdas, teta pi kanak-kanak pintar cerdas sendiri akan mengesan kanak-kanak lain yang pintar cerdas seperti mereka. Guru perlu mendapatkan individu yang sama kebolehan dan m inat dengan mereka sama ada orang dewasa ataupun pelajar yang lain. Oleh itu, ra mai yang salah anggap terhadapkanak-kanak pintar cerdas dan mereka sering dikata kan tidak memiliki kemahiran sosial,bersikap sombong atau tidak peramah. 12

4.3 Perkembangan Emosi Emosi merupakan sifat dalaman setiap individu. Setiap individu mempunyai kawalan emosi yang berbeza antara satu sama lain. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku s eseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi y ang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan y ang tidak perlu diajar atau dipelajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang bar u dilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan. Emosi ini dilu ahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan e mosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan mengguna kan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui ekspresi wajah seperti suka , takut, marah, sedih dan sebagainya. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkit an yang berhubung denganperasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan s eperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. (Lewis,1995; Aless andri & Sullivan, 1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya sekirannya merek a dimarah kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu sa tu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja. Bandura (1989) menyatakan bah awa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka m eniru tingkahlaku emosi yang 13

diperhatikan pada orang lain danmelakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatny a dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah di pelajar inya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang palin g mendatangkan kepuasan dan yang telah di pelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat ka nakkanak adalah empati. Kanak- kanak yang bertindak dengan empati lebih suka ber kongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes 19 98). Perkembangan empati bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Ka nakkanak pada peringkat pra sekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam me ngawal emosi lebih cenderung bersifat empati. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Dapat mendefinisikan maksud pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Dapat menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Dapat menghuraikan perkembangan kanak-kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif.

Dapat mengenal pasti strategi bagi kaedah pengajaran Matematik kepada kanakkanak P intar Cerdas. 6.0 KAEDAH KAJIAN 14

a. Kaedah Temu Bual Saya telah melakukan kaedah menemu bual dengan ibu dan bapa responden bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan responden. Ibu respo nden iaitu yang bernama Nor Azlin binti Musa telah memberitahu segala aspek yang saya kehendaki tentang responden yang saya kaji. Segala maklumat yang diberikan telah saya catatkan dalam buku. Di samping itu, ibu dan bapa responden turut me mberikan kerjasama yang baik terhadap saya sepanjang saya menjalankan temu bual ini. Ibu responden turut menerangkan latar belakang responden beserta dengan mer eka dengan lebih terperinci lagi. Melalui kaedah temu bual yang dijalankan ini, saya telah dapat klasifikasikan kelebihan dan minat yang telah responden berikan. Saya mendapati responden lebih cenderung minat ke arah subjek Matematik dan mendapat skor 90 dan ke atas dan 100% pun ti dak kurangnya. Hal ini demikian kerana responden amat cemerlang dan bagus dalam bidang tersebut. Dalam masa yang sama, responden turut mendapat keputusan terbai k bagi keseluruhan kelas dan darjah. Hai ini amat membanggakan pihak ibu dan bap a responden. Oleh hal yang demikian, saya telah mendapat pelbagai info mengenai responden secara dekat dan lebih lanjut lagi. Saya amat berterima kasih kepada i bu dan bapa responden kerana mereka sudi luangkan masa untuk ditemu bual oleh sa ya bagi menjayakan laporan kajian kes yang saya lakukan ini. Saya berharap agar responden terus berjaya hingga ke menara gading bagi memenuhi cita-citanya dan t erus berfikiran pintar cerdas, berbakat dan kreatif bidang juga. dalam bidang Ma tematik dan lain-lain 15

b. Kaedah Pemerhatian Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian secara jarak dekat iaitu resp onden berhadapan dengan saya sendiri ketika saya menemu bual ibunya. Dalam masa yang sama, responden lebih petah bercakap ketika saya ajukan soalan kepada ibuny a dan responden sendiri. Saya tidak kekok untuk bertanyakan lebih banyak soalan yang peribadi kepada responden. Di samping itu, saya mendapat tindak balas yang positif bagi mendapatkan segala maklumat mengenai responden melalui dirinya sendiri bukan melalui ibunya. Ibu da n bapa responden amat baik dan bersikap sporting terhadap saya. Hal ini demikian kerana, melalui cara layanan mereka terhadap saya yang tidak putus-putus member ikan jawapan yang positif dan baik. Selain itu, saya turut membuat pemerhatian ke atas responden secara jarak jauh. Saya mendapati responden amat rajin dan sering mendengar kata ibunya dengan mela kukan apa yang disuruh oleh ibunya. Dalam masa yang sama, responden turut bijak melayari internet dan mempunyai facebook sendiri. Di samping itu, responden turu t pekat dalam loghat Negeri Sembilan dan saya turut rasa teruja kerana responden yang baru sekolah rendah tidak segan untuk menggunakan bahasa kenegerian sendir i. Seterusnya, responden turut bertanya balik kepada saya atas sebab apa saya menem u ramahnya. Saya telah menceritakan secara ringkas dan padat , dan responden den gan mudah telah memahaminya dengan baik. Oleh hal yang demikian, saya berharap a gar responden terus berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang yang diceburinya termasuklah dalam bidang seni kerana responden turut meminati nyanyian. 16

c. Senarai semak Saya telah menggunakan senarai semak School-age Social & Emotional Adaptive Skil ls Checklist yang saya peroleh daripada http://www.centraliowachildcare.org. Dal am senarai semak tersebut, terdapat lima bahagian yang perlu ditanda seperti kem ahiran sosial (Social Behavioral Skills), sosial dan kemahiran menyelesaikan mas alah (Social and General Problem-Solving Skills), kemampuan mengawal kemarahan ( Ability to Cope with Anger), kemampuan dalam mengawal pembelajaran (Ability to E ngage in Self-Directed Academic Behaviors) dan emosi dan estim diri (Emotional W ell-Being and Leval of Self-Esteem). 17

7.0 7.1 KAJIAN KES Biodata Responden Nama Umur Jantina Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat Kediaman Bilangan AdikBeradik Kemahiran / Bakat Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Cita-cita : MUHAMMAD NUR IMAN BIN YUSERE : 10 Tahun : Lelaki : Islam : 1 Februari 2001 : H ospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus : No. 65 Felda Pasoh 3, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan : Merupakan anak yang ketiga dalam 3 orang adik- ber adik : Subjek Matematik : Nasi paprik : Air laici : Jurutera 18

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan 7.2 Biodata Ibu Bapa Responden Nama Ibu Umur ibu semasa Responden dilahirkan Nama Bapa Pekerjaan Ibu Pekerjaan Bapa Pendapatan Keluarga : Nor Azlina binti Musa : 38 Tahun : Yusere bin Ishak : Suri Rumah : Kerja Sendiri : RM 1000 8.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian yang boleh saya buat ialah, saya telah dapat mengetahui latar bel akang responden melalui kaedah temu bual terhadap responden dan ibu bapanya send iri. Dalam masa yang sama, saya turut dapat mengetahui bakat dan kemahiran yang telah ditonjolkan oleh responden sendiri. Saya mendapati responden tidak kekok k etika saya bertanyakan soalan setelah saya memberitahu tujuan saya datang ke rum ahnya. Responden ini bernama Muhammad Nur Iman bin Yusere. Berumur 10 tahun. Responden bersekolah di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3, Batu Kikir. Merupakan anak terakhi r dalam 3 orang adik-beradiknya. Abangnya yang pertama berada di Tingkatan 4, be rsekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor, Bahau. Bagi abang yang ked ua pula ialah, berada di Tingkatan 2 sekarang dan bersekolah di SMK ST. John. 19

Di samping itu, responden dilahirkan cukup bulan menurut kata ibunya. Responden juga mudah mendengar kata dan rajin membuat kerja rumah dan sekolah apabila disu ruh oleh ibu atau gurunya di sekolah. Selain itu, responden amat berminat dalam membaca buku sejak dari kecil lagi. Oleh hal yang demikian, saya dapat mengetahu i perkembangan responden melaui ibu dan bapanya sejak kecil hinggalah sekarang. Perkembangan yang telah saya dapat kenal pasti melalui perkembangan fizikal, emo si, sosial, kognitif , bahasa dan komunikasi. 8.1 Perkembangan fizikal Perkembangan fizikal yang dapat saya lihat menerusi responden ialah mempunyai fi zikal yang sempurna. Hal ini demikian kerana, menurut ibu responden, Iman dilahi rkan cukup bulan. Tambahan pula, Iman mula berjalan semasa berumur 1 tahun. Perk embangan Iman berjalan amat awal berbanding dengan abang-abangnya menurut apa ya ng telah dikatakan oleh ibunya. Di samping itu, Iman turut mempunyai badan yang sihat berbanding dengan adikbera diknya yang lain. Hal ini demikian kerana, Iman mempunyai selera makan yang amat baik dan berselera menurut ibunya. Iman turut suka akan masakan yang dimasak ol eh ibunya. Tambahan pula, Iman turut aktif dalam sekolah kerana Iman rajin menol ong gurunya di sekolah. Seterusnya ialah, Iman turut berfikiran kreatif dan sentiasa berimaginasi dengan baik dan mendalam. Dalam masa yang sama, pertumbuhan pergerakan Iman lebih cepa t berbanding dengan abang-abangnya. Ibu Iman amat senang dengan sikap yang Iman tonjolkan. Oleh hal yang demikian, saya turut berbangga dan cukup senang dengan sikap yang Iman tonjolkan kepada saya ketika saya menemu bualnya. 20

8.2 Perkembangan emosi Bagi perkembangan emosi pula, Iman tidak mudah merajuk. Hal ini demikian kerana Iman bijak mengawal emosi dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, Iman turut menghormati keputusan ibu dan bapanya . Tambahan pula, apabila bapanya marah atau meninggikan suara terhadapnya, Iman akan menangis. Ibu Iman yang berkata sedemikian kepada saya. Selain itu, emosi Iman juga akan berubah mengikut keadaan. Hal ini demikian kerana apabila di sekolah, berhadapan dengan guru, Iman tidak mudah menangis jik alau guru menegurnya. Ini bermakna Iman dapat berfikir dengan lebih matang berba nding dengan rakan sekelas yang lain. Oleh hal yang demikian, saya berharap Iman akan lebih bersikap matang dan bijak mengawal emosi dalam apa jua keadaan supay a tidak akan menghadapi apa-apa tekanan dalam belajar dan kehidupan peribadi. 8.3 Perkembangan sosial Seterusnya pula ialah, bagi perkembangan sosial pula Iman menonjolkan sikap yang peramah dengan orang-orang di sekelilingnya. Hal ini demikian kerana, Iman lebi h suka berkawan dan mempunyai kerja berkumpulan dengan rakan-rakannya. Tambahan pula, kerja berkumpulan yang Iman wujudkan itu adalah daripada golongan rakan-ra kan yang sama pintar dengannya. Di samping itu, Iman turut dikatakan oleh jiran-jiran kampung bahawa Iman hanya ingin berkawan dengan budak yang pandai sahaja. Ibu Iman turut menafikan kenyata an tersebut. Dalam masa yang sama, Iman turut dikatakan hanya ingin bersosial de ngan rakan-rakan yang pandai sahaja. Hal ini demikian kerana, ibunya amat menjaga seg ala 21

perbuatan dan tujuan Iman pergi ke suatu tempat itu. Ibu dan bapanya begitu meng ambil berat akan hal anaknya itu, lebih-lebih lagi dalam hal pelajaran anaknya i tu. Selain itu, Iman turut dikatakan mendengar cakap dan patuh pada arahan yang tela h ditetapkan. Hal ini demikian kerana, Iman merupakan anak yang mendengar kata d an tidak melawan kata-kata ibu dan bapanya. Oleh hal yang demikian, Iman harusla h lebih pandai bersosial dan tidak memilih bulu untuk mendapat pelbagai ilmu. 8.4 Perkembangan kognitif Melalui kajian kes yang telah saya jalankan ini, saya, mendapati responden mempu nyai pemikiran yang tajam terhadap minat yang telah diceburi. Hal ini demikian k erana, melaui kertas peperiksaan atau ujian yang telah Iman duduki, dalam bidan Matematik khususnya, sering mendapat markah 90 ke atas. Saya turut rasa berbangg a kerana,jarang sekali anak Melayu kita menguasai bidang kira-kira ini. Di samping itu, saya mendapati responden turut mempunyai kemahiran dalam dunia t eknologi dan maklumat iaitu (ICT). Hal ini demikian kerana, Iman turut mengikuti perkembangan dunia dalam dan luar menerusi internet. Dalam masa yang sama, Iman turut memiliki facebook sendiri dan turut mengajar ibu dan bapanya melayari int ernet. Hal ini turut dapat dilihat menerusi kepandaian abang-abangnya dari segi bidang akademik dan sukan. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar ibu dan ba pa Iman sentiasa mengasah bakat anaknya itu secara berterusan dan sentiasa membe rikan sokongan yang padu dan saksama. 22

8.5 Perkembangan bahasa dan komunikasi Saya mendapati responden amat fasih dalm berbahasa Melayu, bahasa Inggeris, Jawi dan Arab juga boleh untuk menyebutnya. Hal ini demikian kerana, Iman juga boleh menghafaz Al-Quran dan boleh menulis tulisan Jawi dengan baik dan cantik. Dalam masa yang sama, responden turut berkomunikasi dengan baik dan tidak pelat. Tamb ahan pula, responden mula bercakap pada umur 2 tahun, dan tidak pelat atau gagap langsung menurut ibu responden. Selain itu, reponden turut pekat dalam loghat Negeri Sembilan dan saya amat berb angga akan bahasa atau dialek yang telah dituturkan oleh responden. Tambahan pul a, responden boleh memperkenalkan dan mempopularkan bahasa negeri kami ini kepad a kanak-kanak yang lain yang telah lama mereka tinggalka dan lupakan. Bak kata p epatah, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Oleh hal yang demikian, perke mbangan bahasa dan komunikasi responden menunjukkan tindak balas yang positif se jak dari kecil hinggalah sekarang. 9.0 ANALISIS DATA Senarai semak yang digunakan mempunyai 20 soalan terbuka (YES/NO). Melalui senar ai semak didapati jumlah jawapan yang ditanda YES lebih banyak daripada NO. Resp onden memiliki sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat dalam senarai semak yang telah saya gunakan iaitu kira-kira 90% .Oleh itu, responden tidak mengalami mas alah dalam sosial dan emosi yang teruk. Namun, intervensi perlu dijalankan bagi mengatasi masalah daripada menjadi lebih serius. 23

YES NO JUMLAH 16 4 20 BIL. 1 CIRI-CIRI Pelajar kekecewaan orang dewasa. dapat CARA/ TEKNIK menangani Temu bual PENERANGAN dan Responden mengalami kekecewaan jika dia tidak dapat melakukan ses uatu perkara walaupun perkara tersebut tidak penting. kecil tanpa bantuan senarai semak. 2 Pelajar melahirkan perasaan dengan Senarai semak. cara yang sesuai. Responden dengan merajuk cara mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak meluahkan perasaannya. 3 Pelajar berk ongsi masalah dengan Senarai semak. orang lain. Responden lebih gemar memendam m asalah yang dihadapi berbanding sendirian berkongsi dengan orang lain. 24

10.0 STRATEGI Walaupun Iman merupakan seorang kanak-kanak pintar cerdas, namun beliau juga men ghadapimasalah seperti murid lain iaitu masalah sosio-emosi. Iman bahawa berpend apat apa yang dipelajari disekolah kadang kala membosankan kerana beliau telah memahami apa yang diajar. Dalam masa yang sama, Iman turut liat untuk melakukan kerja sekolah dan harus dipaksa oleh ibunya dan harus dipantau ketika Iman membu at kerja sekolah dan Iman turut memilih kawan untuk membuat rakan berkumpulan ya ng sama pintar dengannya. Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keper luan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm 1998). Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain. Keadaan ini hanya akan dapat difah ami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka. BIL. 1 CADANGAN Melibatkan dalam sekolah, bengkel TINDAKAN RASIONAL responden Perkhemahan cuti sekolah Mendaftarkan responden cuti dapat memberikan manfaat atau yang besar Selain masa dalam bengkel, seminar atau perkhemahan seminar kepada kursus yang berkaitan dapat dengan responden supaya terluang responden le bih mengetahui responden. mengisi selepas peperiksaan, beliau dengan mendalam bidang dapat berkenalan dan yang Ima n minati sebagai persedian datang. pada masa akan bersosial dengan pelajar lain. 25

2 Bengkel pengurusan stress Responden tertekan mudah jika rasa Menyertai kursus motivasi mengalami pengurusan stress yang sesuatu masalah. Oleh itu, dijalankan oleh pakar motivasi Iman memerlukan pengur usan berkesan. stress terkenal tanah air seperti Dato' yang Dr. Haji Mohd Fadzil ah Kamsah membeli bahan bacaan motivasi kepada beliau. 10.1 Kaedah Pengajaran yang Sesuai Kebiasaannya sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada murid pintar cerd as kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher & Gallagher, 1994). Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah diseba bkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru . Oleh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang sepatutn ya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan. Guru-guru mungkin memberi golongan murid ini maklumat-maklumat yang tidak berkai tan dan tidak memberangsangkan, selain tugasan yang diberi menjadikan golongan m urid ini lebih bosan seperti kerja menyalin, menghafal fakta yang tidak dapat di kaitkan dengan pengalaman murid. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak s esuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu atau mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan murid pintar cerdas tidak suka kepada sekolah. Kadang- kadang, guru menambah jumlah tu gasan murid lebih daripada biasa. benarnya, cara ini tidak sesuai dilakukan terh adap golongan murid ini kerana mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya, ses uatu konsep yang lebih mencabar) dan 26

bukannya cabaran kuantiti. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan murid i ni perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Antara kaedah pengajaran yang sesuai adalah kaedah pengayaan, pengelompokan dan pecutan. Kaedah pengayaan merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berb eza oleh guru dalam kelas. Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan kefahaman mur id pintar cerdas. Penekanan bukan sahaja diberikan kepada penguasaan konsep dan pemahaman tetapi juga kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza dalam ke las biasa tanpa bantuan daripada sumber luar. Muridan yang berbeza dalam bentuk aktiviti yang menyeronokan mereka. Istilah pengelompokan merujuk kepada penempat an muridmurid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam satu kelas yang kh usus. Namun begitu, program ini tidak dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik seca ra automatik. Pengelompokan mesti disusulidengan murid yang berkualiti dan aktiv iti pengayaan. Kaedah pecutan atau dikenali sebagai acceleration merupakan kaeda h yang memendekkan masa belajar. Perubahan dalam sukatan murid dan membolehkan m urid pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singk at. 10.2 Kaedah Pengajaran Matematik Kepada Murid Pintar Cerdas Matematik murid pintar cerdas mempunyai keperluan yang berbeza daripada murid la in. Mereka memerlukan beberapa arahan atau pendekatan yang berbeza. Tomlinson (1 995) menyatakan "konsisten dengan menggunakan pelbagai pendekatan instruksional untuk mengubahsuai kandungan, proses atau produk dalam menanggapi kesediaan dan minat belajar daripada pelbagai akademik murid." Murid pintar cerdas berbeza dar ipada temanteman sekelas mereka sepert pembentukan spontan masalah, fleksibiliti dalam 27

mengendalikan data, kelincahan mental kelancaran idea, kemampuan organisasi data , ketulenan penafsiran, kemampuan untuk memindahkan idea-idea, dan kemampuan unt uk membuat kesimpulan. Keperluan kurikulum mereka lebih dalam, lebih luas, dan lebih cepat daripada apa yang diberikan kepada murid lain. Berikut ini adalah saranan untuk membezakan m urid pintar cerdas matematik dengan menggunakan penilaian, bahan kurikulum, tekn ik instruksional dan pemprosesan model. Peluang ini harus dibuat secara meluas u ntuk setiap murid. Beri pra penilaian supaya murid yang telah memahami sesuatu p embelajaran tidak perlu mengulanginya tetapi boleh diberikan dengan arahan dan k egiatan yang bermakna. Dalam nilai-nilai asas, murid berbakat masih perlu untuk mengetahui fakta-fakta asas. Membuat penilaian yang membolehkan perbezaan dalam pemahaman, kreativiti, dan prestasi. Memberikan murid kesempatan untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari. Me minta murid untuk menerangkan apa yang mereka fahami secara lisan atau bertulis. Guru juga perlu memilih buku yang memberikan lebih pengayaan kepada murid. Buku matematik sering mengulang topik dari tahun ke tahun di kelas sebelum algebra k erana sebahagian besar buku teks ditulis untuk peringkat umum tidak selalu sesua i dengan golongan pintar cerdas. Selain itu, guru perlu menggunakan beberapa sum ber dalam aktiviti mengajar.Satu jenis bahan mengajar tidak akan memenuhi keperl uan mereka untuk belajar. Gunakan banyak soalan peringkat tinggi dalam perbincan gan masalah. 28

11.0 KESIMPULAN Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah saya lakukan terhadap responden sa ya, ternyata bahawa beliau seorang yang berjiwa Matematik. Beliau merupakan seor ang yang berbakat dan kreatif dalam bidang mengira. Ini terbukti yang seseorang pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan mem bantu seseorang pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka ada lah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekira nya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat sese orang pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru ya ng tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Di negara kita, konsep pendidikan pintar cerdas belum mendapat pengiktirafan yan g secukupnya. Walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan pintar cerdas dalam abad ini, namun di negara kita masih jauh ketinggalan berban ding negaranegara maju yang lain. Program pintar cerdas di Malaysia sukar mendap at tempat kerana budaya kita yang mementingkan keseragaman, kepentingan kelompok dan membantu yang lemah. Ramai guru yang sebenarnya prihatin dan komited tidak menyedari bakat dan potensi pelajarnya kerana mereka tidak memahami ciri-ciri pe lajar pintar cerdas. Oleh itu, motivasi adalah sangat penting bagi pelajar pinta r cerdas, seorang pelajar pintar cerdas yang benci kepada subjek tertentu boleh jadi pakar dalam subjek itu jika pelajar itu bermotivasi dan mendapat makna dala m mempelajari subjek itu. 29

Murid pintar cerdas merupakan satu aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu murid pintar cerdas bagi memeperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian kepada negara. Pengajaran guru di sekolah yang tida k bersesuaian menyebabkan potensi mereka tidak dapat dicungkil dan lambat berkem bang. Pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan mereka cepat bosan dan hila ng minat untuk belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan c ara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pe ngajaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan me mantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu diterapkan oleh ibu bapa adalah mengisi ruang k asih sayang sekeluarga. Oleh hal yang demikian, hubungan yang erat, suasana kelu arga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam mem beri sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. 30

12.0 RUJUKAN Dabrowski, K. (1967). The theory of positive disintegration. Mensa Research Journa l. 327. New York: Brooklyn. Gardner, H. (1993). Creating Minds: An anatomy of crea tivity seen through the lives of Freud, Einstein, Picasso, Stravinsky, Eliot, Gr aham, and Gandhi. New York: Basic Books. Gagne, F. (1995). From giftedness to tale nt: a developmental model and its impact on the language of the field. Roeper Re view, 18, 103-111. Golant, Susan K. (1991). The joys and challenges of raising a g ifted child. New York: Prentice Hall. BERLIN WTRBRY WTRFRD. Terman, Lewis and M. Oden (1925) Studies of Genius: Mental and physical traits of a thousand gifted children. Stanford, CA: Stanford University Press. Piirto, J. (1999). Talented adults and children: Their development and education ( 3rd ed.). Waco, TX,: Prufrock Press. Binet, A. (1916). The development of intelligence in children. Baltimore, MD: Will iams and Wilkins. 31

13.0 LAMPIRAN 32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42