Anda di halaman 1dari 20

Kesalahan Tatabahasa

KATA NAMA a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak bermakna; Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya

b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat; Wakil Rakyat itu melawat kawasan petempatan semua orang asli Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli

KATA GANTI NAMA DIRI a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika sedang berkata kata: Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di Singapura Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di Singapura

b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan; Marilah kita sertai mereka mereka yang baru datang itu, kata Salina Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu, kata Salina

c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujukkepada binatang, benda dan perkara/konsep; Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik Sihitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik

d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif; Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya

e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku dalam ayat pasif diri ketiga; Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang

f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya; Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular

g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf n; Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu

h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja berasingan dengan kata lain yang menyertainya; Tolong kau ambilkan aku segelas air kata Sri Tolong kauambilkan aku segelas air kata Sri

KATA GANTI NAMA TANYA a. Kata ganti nama tanya apa dan siapa tidak boleh digunakan sewenang wenangnya. Apa digunakan untuk menanyakan benda, perkara atau binatang manakala siapa pula hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia; Nama anjing awak siapa? Nama anjing awak apa?

b. Jika berfungsi sebagai subjek ayat, kata ganti nama tanya perlu menerima partikel kah selepasnya. Kata ganti nama tanya tidak memerlukan partikelkah jika berperanan sebagai predikat ayat; Berapa yang telah awak berikan kepada Ramli? Berapakah yang telah awak berikan kepada Ramli?

KATA GANTI NAMA TAK TENTU a. Menyalahgunakan kata ganti nama tanya dalam konteks ayat yang menunjukkan sesuatu secara tidak pasti atau tidak tentu. Mereka berpurapura seolaholah tidak melihat apa pun untuk mengelakkan diri daripada menjadi saksi Mereka berpurapura seolaholah tidak melihat apaapa pun untuk mengelakkan diri daripada menjadi saksi

b. Kata ganti nama tak tentu tidak boleh diikuti oleh partikel kah apabila bertugas sebagai subjek dalam binaan ayat songsang dan tidak menggunakan tanda soal (?) di akhir ayatnya; Adakah kakak dengar apa apakah berita malam tadi? kata Kalsom Adakah kakak dengar apa apa berita malam tadi? kata Kalsom

KATA BILANGAN a. Kata bilangan tentu mesti diikuti oleh penjodoh bilangan selepasnya. Dua burung merpati itu sedang mematuk sekoi Dua ekor burung merpati itu sedang mematuk sekoi

b. Kata bilangan tak tentu tidak memerlukan penjodoh bilangan selepasnya kecuali kata bilangan tak tentu beberapa; Semua orang murid diminta berbaris di padang Semua murid diminta berbaris di padang

c. Kata bilangan tak tentu tidak boleh disertai dengan kata bilangan pecahan selepasnya. Mereka mengambil masa satu setengah jam untuk menyiapkannya Mereka mengambil masa satu jam setengah untuk menyiapkannya

d. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya; Setengah daripada penduduk kampung tidak bersetuju dengan perlantikan penghulu baru itu Sesetengah / setengah-setengah daripada penduduk kampung itu tidak bersetuju dengan perlantikan penghulu baru itu

e. Kata bilangan tak tentu para tidak boleh digandakan kerana boleh mengubah kelas kata tersebut; Para-para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia Para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia

f. Kata bilangan pisahan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya; Tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi Tiap-tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi

g. Kata bilangan pecahan mesti diikuti kata sendi daripada atau dari selepasnyadalam sesuatu ayat. Hanya sebahagian pelajar itu hadir untuk latihan pada hari ini Hanya sebahagian daripada pelajar itu hadir untuk latihan pada petang ini

h. Kesalahan penggunaan kata bilangan yang tidak sesuai mengikut konteks; Walaupun Ismeer Khan bangsa asing tetapi ramai penduduk di situ menyukainya Walaupun Ismeer Khan bangsa asing tetapi banyak penduduk di situ menyukainya 3

PENJODOH BILANGAN a. Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama sama dengan kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu beberapa; Semua orang penduduk yang hadir menyambut baik saranan kerajaan itu Semua penduduk yang hadir menyambut baik saranan kerajaan itu

b. Penjodoh bilangan juga tidak boleh hadir sebelum kata nama abstrak; Di hatinya terselit sebuah keinsafan yang mendalam Di hatinya terselit suatu keinsafan yang mendalam

c. Penjodoh bilangan juga ada yang digunakan tidak bersesuaian mengikut konteks ayat; Melisa menjahit sekeping kain tampalan pada kain basahannya Melisa menjahit sehelai kain tampalan pada kain basahannya

KATA SENDI a. Kata sendi memerlukan kata nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi nama. Melihatkan konsep ini, maka frasa sendi nama oleh kerana tidak boleh digunakan atau dianggap salah. Ini adalah kerana yang hadir selepas kata sendi oleh adalah tergolong dalam kelas kata hubung dan bukannya kelas kata nama. Dalam hal ini frasa oleh kerana perlulah diganti dengan frasa sendi nama oleh sebab kerana sebab adalah tergolong dalam kelas kata nama; Oleh kerana terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung Oleh sebab terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung

b. Kata sendi nama akan tidak boleh digugurkan antara frasa adjektif yang menyatakan perasaan/sikap dengan frasa nama. Dia amat minat kerjaya itu Dia amat minat akan kerjaya itu

d. Kata sendi nama akan juga tidak boleh digugurkan antara kata kerja tunggal yang berbentuk tanpa imbuhan dengan kata/frasa nama; Semua orang sepatutnya tahu tanggungjawab masing-masing Semua orang sepatutnya tahu akan tanggungjawab masing-masing

e. Kata sendi nama dengan tidak boleh dilenyapkan selepas kata kerja tak transitif berawalan beR-, teR- atau tanpa imbuhan; Saya ada bertemunya dalam majlis itu Saya ada bertemu dengannya dalam majlis itu 4

f.

Kata sendi nama demi tidak boleh digunakan bersama-sama kata sendi nama untuk kerana dianggap lewah dan harus digugurkan; Demi untuk melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung Demi melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung

f. Frasa sendi nama di dalam atau di antara tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak; Di sekolah, Mazni bergiat cergas di dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan Di sekolah, Mazni bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan

g. Kata sendi nama sejak/semenjak digunakan untuk menyatakan waktu atau masa yang membawa maksud mulai atau bermula dari. Oleh sebab itulah, penggunaan frasa sendi nama sejak atau semenjak dari dianggap lewah dan dari hendaklah digugurkan; Sejak dari dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil, kata Ani Sejak dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil, kata Ani

h. Kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan dengan hal/perkara yang umum sifatnya. Manakala kata sendi nama mengenai pula membawa maksud kena pada sasarannya. Oleh itu, kata sendi nama tentang dan mengenai tidak boleh disamakan fungsi dalam sesuatu ayat; Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat mengenai cara hidup Islam Farum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat tentang cara hidup Islam

i. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk boleh digugurkan secara pilihan dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan atau atau; Encik hendak bertemu dengan En Tan dengan atau Encik Lin? Tanya Hassan Encin hendak bertemu dengan En Tan atau Encik Lin? tanya Hassan

j. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk tidakboleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu adalah ke; Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan kananbahu jalan sebelum terhumban ke dalam gaung Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan ke kananbahu jalan sebelum terhumban ke dalam gaung

k. Kata sendi nama pada unsur yang kedua juga tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke yang tidak menggunakan kata hubung; Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu hilir sambil berfikir Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu ke hilir sambil berfikir

l. Kata sendi nama tentang tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata sendi nama terhadap. Ini adalah kerana kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan hal/perkara yang umum sifatnya, manakal terhadap pula digunakan untuk menyatakan maksud rujukan yang membabitkan penyambut yang tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda; Tanggapannya tentang Zakiah selama ini ternyata meleset Tanggapannya terhadap Zakiah selama ini meleset

m. Elakkan penggunaan kata sendi yang menyalahi fungsinya mengikut konteks sesuatu ayat. Tolong berikan bungkusan itu pada Sahul kata Lim Tolong berikan bungkusan itu kepada Sahul kata Lim

KATA BANTU a. Dalam tulisan, kata bantu akan tidak buleh dipendekkan menjadi kan dan ditulis serangkai dengan tak. Azira yakin bahawa ayah takkan sanggup mengabaikan dia dan ibunya Azira yakin bahawa ayah tidak akan sanggup mengabaikan dia dan ibunya

b. Kata bantu sedang dan perkataan tengah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu terus berlangsung dan belum selesai dilakukan. Walau bagaimanapun dalam tulisan, tengah tidak boleh menggantikan penggunaan sedang secara sewenang-wenangnya dalam sesuatu ayat; Mariam tengah sibuk mengemaskan biliknya Mariam sedang sibuk mengemaskan biliknya

c. Kata bantu boleh dan dapat tidak boleh digunakan secara sewenang wenangnya. Kata bantu boleh lebih sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan. Manakala dapat pula lebih sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan; Dahlia tidak boleh menerima kenyataan yang menimpa keluarganya Dahlia tidak dapat menerima kenyataan yang menimpa keluarganya

d. Kata bantu hendak tidak boleh digunakan dalam ayat tanya; Hendakkah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu? tanya Zali Mahukah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu? tanya Zali

e. Hanya kata bantu mahu boleh digunakan dalam ayat nafi yang mempunyai perkataan tidak atau belum; Kalau boleh, Ros tidak hendak melihat mukanya lagi Kalau boleh, Ros tidak mahu melihat mukanya lagi

f. Bentuk lemah atau pemendekkan kata bantu hendak, mahu atau sudah, iaitu nak, mau atau dah tidak boleh digunakan dalam bahasa tulisan; Kami sekeluarga dah lama tinggal di sini Kami sekeluarga sudah lama tinggal di sini

g. Kata bantu sudah dan telah tidak boleh menggantikan antara satu sama lain secara sewenang-wenangnya tetapi mestilah bersesuaian dengan konteks ayat. Roslan telah ada di tempat kerjanya Roslan sudah ada di tempat kerjanya

KATA KERJA TAK TRANSITIF (diikuti oleh objek) a. Imbuhan seperti beR-, teR-, meN-, beRan tidak boleh ditiadakan dalam binaan kata kerja tak transitif; Dia suka seloroh dengan saya Dia suka berseloroh dengan saya

b. Unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif berpelengkap, lazimnya adalah terdiri daripada kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, dan kata nama atau frasa nama. Dia tidak datang rumah saya semalam Dia tidak datang ke rumah saya semalam Pasukan hijau akan bertemu pasukan kuning esok Pasukan hijau akan bertemu dengan pasukan kuning esok

c. Sesetengat kata kerja tak transitif seperti masuk dan naik tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama dalam binaan kata kerja tersebut, tetapi diikuti langsung oleh kata nama bagi menyempurnakan maksudnya; Kami bertiga akan masuk ke persatuan itu tidak lama lagi Kami bertiga akan masuk persatuan itu tidak lama lagi

d. Kata kerja tak transitif berpelengkap yang berapitan beR--kan mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap dan bukannya kata sendi nama. Ini adalah kerana akhiran kan pada apitan beR--kan merupakan kependekan kata sendi nama akan , serta juga mewakili kata sendi nama yang lain seperti tentang, dengan dan pada; Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan pada sifat kepimpinan, kata datuk Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan sifat kepimpinan, kata datuk

e. Proses penggandaan kata kerja tak transitif yang membawa maksud perbuatan yang dilakukan secara berulangulang atau berpanjangan tidak perlu disertai oleh kata ganda berimbuhan tertentu yang menunjukkan maksud berulang-ulang, berpanjangan, bersungguh-sungguh atau saling; Penyelam itu berhempas-pulas dengan bersungguh-singguh menyelamatkan diri daripada serangan jerung Penyelan itu berhempas-pulas menyelamatkan diri daripada serangan jerung

KATA KERJA TRANSITIF a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat nya, awalan meN- perlulah digunakan; Kami sekeluarga suka makannya. beritahuku kepada Pak Man Kami sekeluarga suka memakannya. beritahuku kepada Pak Man

b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN--I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif; Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua

c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu kata selaian daripada kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut; Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu

d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif; Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi

e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam binaan ayat aktif; Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu 8

f. Perbezaan antara apitan meN--kan dengan meN--I merujuk kepada satu objek. - Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN--kan digunakan. - Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN--kan digunakan. Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain

g. Kata kerja berapitan meN--kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindakbalas akibat perbuatan iaitu mengalami perpindahan; - Kata kerja berapitan meN--kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya. Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda

h. Kata kerja apitan meN-I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas, iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek); - Kata kerja berapitan meN-I boleh menerima dua objek berturutan. Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak

i. Perbezaan antara apitan meN--kan dengan meN--I merujuk kepada dua objek; - Apitan meN--I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya. - Apitan meN--kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya. Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu

j. Perbezaan antara meN- dengan meN--kan merujuk kepada dua objek; - Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif berawalan meNhanya menerima satu objek selepasnya. - Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN--kan boleh menerima dua objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi. Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai Suhaili melukis pemandanganpada waktu senja di tepi pantai

KATA HUBUNG GABUNGAN a. Kata hubung atau tidak boleh saling bertukar fungsi dengan ataupun. Ini adalah kerana kata hubung ataupun hanya boleh hadir dalam konteks berpasangan; Dia ataupun saya yang cikgu ingin jumpa? tanya Amiza Dia atau saya yang cikgu ingin jumpa? tanya Amiza

b. Kata hubung melainkan mempunyai dua maksud, iaitu kecuali dan sebaliknya. Dalam konteks ayat kadang-kadang ketiga-tiga kata tidak boleh bertukar ganti; Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, kecuali pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, sebaliknya/melainkan pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi

c. Kata hubung tetapi yang digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berlainan tidak boleh dipendekkan menjadi tapi dalam tulisan rasmi; Hasimah bijak belajar tapi dia malas mengulang kaji pelajarannya Hasimah bijak belajar tetapi dia malas mengulang kaji pelajarannya

d. Kata hubung padahal, sedangkan atau walhal digunakan untuk menyatakan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala pula menunjukkan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala dan sedangkan dalam sesetengah ayat dapat digunakan secara bertukar ganti dan dalam sesetengah ayat pula tidak boleh menggantikan fungsi antara satu sama lain; Remy seorang yang lembab, manakala dia daripada kalangan keluarga yang berpelajaran Remy seorang yang lembab, sedangkan/walhal/padahal dia daripada kalangan keluarga yang berpelajaran

e. Kata hubung kemudian digunakan untuk menunjukkan selepas sesuatu waktu. Kata hubung ini tidak boleh digunakan silih bertukar dengan kata hubung setelah, sesudah dan lalu. Mula-mula Faiz mendahului larian itu, setelah dipintasi Erwan Mula-mula Faiz mendahului larian itu, kemudian dipintasi Erwan

KATA HUBUNG PANCANGAN a. Kata hubung apabila yang menunjukkan sesuatu waktu boleh saling bertukar dengan ketika, sewaktu, atau semasa. Tetapi kata hubung apabila tidak boleh menggantikan kata tanya bila dalam sesuatu ayat. Bila bertemu, kami jarang bertegur sapa Apabila bertemu, kami jarang bertegur sapa

10

b. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi nama oleh menjadikannya oleh kerana. Ini ada lah kerana kata sendi nama hanya menerima kelas kata nama sahaja selepasnya. Oleh itu oleh sebab digunakan untuk menunjukkan sebab/punca bukan oleh kerana; Oleh kerana tidak berduit dia tidur di kaki lima bangunan Oleh sebab tidak berduit dia tidur di kaki lima

c. Kata hubung hingga, sehingga, hinggakan, sehinggakan atau sampai boleh saling bertukar ganti penggunaannya dalam sesuatu ayat bagi menunjukkan had atau kadar. Kata hubung hingga/sampai tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya dalam ayat; Suara bayi itu menangis kedenganran hingga ke rumah saya Suara bayi itu menangis kedengaran hingga rumah saya

d. Kata hubung komplemen bahawa digunakan untuk membentuk klausa yang bertugas pancangan relatif. Kata hubung pancangan relatif yang tidak boleh berfungsi sebagai komplemen selepas kata kerja transitif atau kata adjektif dan sebelum kata nama; Dia menerangkan yang murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital Dia menerangkan bahawa murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital

e. Penggunaan kata hubung pancangan relatif yang digunakan untuk membentuk frasa penerang kata nama atau frasa nama. Ini kerana tanpa penggunaan yang, ayat menjadi tidak gramatis. Penggunaan yang juga secara tidak langsung boleh bertindak sebagai penanda nama baik dalam ayat jenis penyata atau ayat tanya songsang; Baju biru itu kepunyaan Arbaiyah Baju yang biru itu kepunyaan Arbaiyah

KATA HUBUNG BERPASANGAN a. Kata hubung berpasangan baikmahupun dan baikataupun boleh saling bertukar ganti dalam suatu ayat. Tetapi kata hubung berpasangan ini tidak boleh dikelirukan dengan penggunaan kata hubung berpasangan sama ada atau dan adakahatau yang digunakan untuk menyatakan kemungkinan pemilihan antara dua sasaran; Sama ada atau ataupun dia, sama sahaja perangainya, kata Cikgu Ani Baik awak mahupun dia, sma sahaja perangainya, Kata Cikgu Ani

b. Kata hubung berpasangan semakinsemakin, kiankian atau makin makin membawa maksud perbandingan atau persamaan dan keadaan yang diwakili oleh sesuatu atas alasan untuk menggayakan penggunaan penggunaan bahasa; Makin banyak yang anda pelajari, kian banyak yang tidak anda ketahui tentangnya Semakin banyak yang anda pelajari, semakin banyak yang tidak anda ketahui tentangnya

11

c. Kata hubung berpasangan daripadalebih baik digunakan untuk membandingkan suatu bahagian dengan suatu bahagian yang lain dalamsuatu ayat. Memandangkan kata hubung ini lebih merujuk perbandingan, maka kata hubung berpasangan darilebih baik tidak boleh menggantikannya kerana daripada dalam konteks kata sendi untuk menunjukkan perbandingan; Dari awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya Daripada awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya

d. Kata hubung berpasangan jangankanpun atau usahkanpun digunakan untuk mengaitkan dua bahagian penafian. Kata hubung berpasangan ini tidak boleh disingkatkan janganpun atau usahpun; Jangan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat Jangankan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat

AWALAN meN-, APITAN meN--kan, meN-i, mempeR--kan, mempeR-i, dan AKHIRAN kan dan i. a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif seperti meN--kan, meN--i, mempeR--kan, mempeR--I mesti diikuti oleh kata nama/ frasa nama selepasnya sebagai unsur objek/penyambut; Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah-hujah yang bernas Pembahas pertama mengemukakan hujah-hujah yang bernas dalam perbahasan itu

b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh disertai akhiran kan kerana memberikan maksud yang lewah; Dia mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah

c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran iselepasnya; Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering

d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina daripada satu suku kata, maka apitan yang sesuai adalah menge--kan, bukannya meng--kan; Zarul menghadkan pengambilan makanannya untuk mengelakkan diri daripada kegemukan Zarul mengehadkan pengambilan makanannya untuk mengelakkan diri daripada kegemukan

e.Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR--kan atau mempeR--I tidak boleh digugurkan seperti konsep awalan meN- apabila bertemu dengan huruf awal tertentu pada suatu kata dasar; Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah Kami telah lama mempelajari perkara ini di sekolah 12

f. Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang berbentuk kata kerja tak transitif. Kata kerja ini dibezakan dengan kata kerja berawalan meN- ( transitif ) kerana tidak mempunyai objek selepasnya. Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan

g. Dalam penggunaan meN--kan, meN--i, mempeR--kan atau mempeR--i, penggunaan kamus dapat membantu penguasaan tentang makna agar tidak mengelirukan; Azlan menyerah wang RM10 kepada saya Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya

h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan kedua sahaja akhiran kan atau I digunakan. Akhiran kan dan I tidak boleh digunakan dalam struktur ayataktif; Mereka perbudakkan kami selama ini Mereka memperbudakkan kami selama ini Kami diperbudakkan oleh mereka selama ini

i. Penggunaan imbuhan yang tidak menepati konteks ayat; Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya

PENGIMBUHAN peN-, peR-, peN-..-an, dan akhiran an a. Kesalahan memberikan pengimbuhan yang sesuai pada kata dasar; Krew-krew yang terlibat dalam pengambaran itu adalah diimport dari luar negara Krew-krew yang terlibat dalam penggambaran itu adalah diimport dari luar negara

b. Kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan yang menyalahi konteks ayat; Kerja-kerja pedalaman sungai akan disiapkan secepat mungkin Kerja-kerja pendalaman sungai akan disiapkan secepat mungkin

13

KESALAHAM UMUM FRASA NAMA a. Kesalahan hukum D-M - Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama dapat dibentuk. - D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat. - M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat - Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan. Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati

b. Kesalahan dari segi bentuk jamak; - Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa maksud banyak Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera

- Kata nama/ frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan berentak/kata nama ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu. Di daerah ini banyak bukit-bukau Di daerah ini banyak bukit

- Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang. Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya

- Kata nama/ frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa makna/ kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan. Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah

- Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama - Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah membawa maksud jamak. Mereka-mereka itu ialah kawan saya Mereka itu ialah kawan saya

14

- Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya terbina daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya. Baju-baju itu cantik-cantik belaka Baju-baju itu cantik belaka Baju itu cantik-cantik belaka

KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIF DASAR a. Kata adjektif yang bersifat emotif ( pernyataan perasaan ) tidak boleh menerima akhiran -an. Samad masih sayangkan isterinya Samad masih sayang akan isterinya

b. Frasa adjektif yang hendak diperluaskan tidak boleh melenyapkan kata sendi antara frasa adjektif yang bersifat emotif dengan frasa nama. Saya amat minat seniman agung P. Ramlee Saya amat minat akan seniman agung P. Ramlee

c. Dua unsur penguat tidak boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif serentak. Amat miskin benar kehidupan kami sekarang Miskin benar kehidupan kami sekarang

d. Walau bagaimanapun, dua unsur penguat yang tertentu boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Makanan itu amat lazat sungguh Makanan itu sungguh amat lazat

e. Kata penguat maha merupakan awalan pinjaman bahasa Sanskrit yang membawa maksud amat atau sangat. Kata penguat maha tidak boleh berfungsi seperti mana amat atau sangat yang boleh hadir sebelum atau sesudah kata adjektif. Sebaliknya kata penguat maha hanya boleh hadir sebelum kata adjektif dan ditulis berasingan dengan kata adjektif tidak seperti mana fungsinya sebagai imbuhan awalan pinjaman yang ditulis secara bercantum dengan kata dasar. Mahaluas bumi ciptaan Tuhan ini Maha luas bumi ciptaan Tuhan ini

f. Kata nafi bukan tidak boleh mendahului kata adjektif melainkan frasa adjektif tersebut mengandungi dua maklumat yang bertentangan. Dia bukan pendek Dia tidak pendek

15

g. Kata kuat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan kata adjektif yang mempunyai ciri negatif. Keadaannya kurang teruk sejak semalam Keadaannya kurang baik sejak semalam

KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIFTERBITAN a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat tidak boleh hadir secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa Nama). Kata adjektif tersebut perlulah diawali oleh partikel -lah atau kata sandang yang pada frasa namanya. Dia terpandai di dalam kelasnya Dialah yang terpandai di dalam kelasnya Dialah terpandai di dalam kelasnya Dia yang terpandai di dalam kelasnya Dia paling pandai di dalam kelasnya Dia amat pandai di dalam kelasnya Dia sungguh pandai di dalam kelasnya

b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan kata penguat. Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya

c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh kata penguat paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa maksud darjah biasa. Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu

d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak perlu diikut oleh kata sendi nama dengan selepasnya. Kehebatannya setanding dengan pemain import itu Kehebatannya setanding pemain import itu Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu

16

e. Kata adjektif berapitan ke--an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya. Perangainya seperti keanak-anakan sahaja Perangainya seperti anak-anak sahaja

f. Kata adjektif yang berapitan ke--an yang membawa maksud seakan-akan/agak tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya. Warna kainnya agak kekuning-kuningan Warna kainnya kekuning-kuningan Warna kainnya agak kuning-kuningan

g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu kata adjektif, tidak perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya. Majlis kenduri itu sangat hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara Majlis kenduri itu hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara

KESALAHAM UMUM AYAT MAJMUK GABUNGAN a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta dan sambil berfungsi menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya berurutan. Manakala kata hubung seperti sebaliknya, tetapi, kecuali dan malahan berfungsi menggabungkan ayatayat tunggal yang susunannya membawa maksud pertentangan dua maklumat. Faezah diam dan bijak berpidato Faezah diam tetapi bijak berpidato

b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung sambil atau serta. Dia berbaring dengan membaca majalah itu Dia berbaring sambil membaca majalah itu

c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka kata sendi yang menjadi kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan. Dia ke sekolah atau tempat lain Dia ke sekolah atau ke tempat lain

d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang membawa maksud pertentangan. Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh

17

e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung atau dalam ayat majmuk gabungan. Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti

KESALAHAM UMUM AYAT MAJMUK PANCANGAN a. Kesalahan menggunakan kata hubung pancangan seperti bahawa, agar, kerana dan sebagainya. Dia menyatakan yang dia datang lambat hari ini Dia mengatakan bahawa dia datang lambat hari ini

b. Menggunakan kata hubung pancangan secara sewenang-wenangnya dalam ayat. Dia yakin dia akan berjaya Dia yakin bahawa dia akan berjaya

c. Kehadiran kata hubung pancangan yang tidak tepat kedudukannya dalam ayat, menjadikan struktur ayat tersebut salah. Kereta itu yang berwarna merah terbiar di tepi jalan Kereta yang berwarna merah itu terbiar di tepi jalan

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TRANSITIF AKTIF a. Kata lain tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif aktif kecuali kata/frasa nama. Dia menasihati akan rakan-rakannya Dia menasihati rakan-rakannya

b. Kata hubung klain atau kata hubung sandang yang tidak boleh hadir kecuali kata hubung komplemen bahawa selepas kata kerja pembentuk ayat majmuk pancangan komplemen. Mereka mengatakan yang Atan kemalangan semalam Mereka mengatakan bahawa Atan kemalangan semalam

c. Frasa kerja transitif aktif tidak menerima kata nafi bukan sebagai penerang kepada frasa kerja tersebut. Dia bukan menonton filem tadi Dia tidak menonton filem tadi

18

d. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang Frasa kerja transitif aktif jika terdapat maklumat yang bertentangan. Dia bukan membaca buku ataupun menulis nota Dia bukan membaca buku tetapi menulis nota

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TAK TRANSITIF AKTIF a. Kata kerja tak transitif aktif berapitan beR--kan tidak boleh disisipkan kata lain selepas kata nama/frasa nama selepasnya. Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh

b. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR--kan atau kata kerja menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut ataupun menerima kata adjektif selepasnya. Ahmad bermain-main adiknya Ahmad bermain-main dengan adiknya

c. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif jika terdapat maklumat yang bertentangan. Mereka bukan bersedih ataupun bergembira Mereka bukan bersedih tetapi bergembira

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif. Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Ramu Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Ramu Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Ramu

b. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter- dan oleh Jam itu dirosakkan oleh saya Jam itu saya rosakkan

c. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif diri pertama dan kedua. Kerosakan itu bukan saya lakukan Kerosakan itu tidak saya lakukan 19

d. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan. Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia

e. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif diri pertama/kedua. Pensel itu telah saya pulangkannya semalam Pensel itu telah saya pulangkan semalam

f. Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan Kumari membeli sayur-sayuran di pasar Sayur-sayuran dibeli oleh Kumari di pasar Sayur-sayuran dibeli Kumari di pasar

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA PASIF DIRI KETIGA a. Merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang mengalami pengguguran awalan meNdalam proses pemasifan kata kerja aktif transitif. Emak memasak bubur nasi Bubur nasi emak masak Bubur nasi dimasak oleh emak

b. Frasa kerja pasif diri ketiga tidak menerima kata nafi bukan sebelumnya. Ibunya bukan menguliti anaknya hingga tertidur Anaknya bukan diuliti oleh ibunya hingga tertidur Anaknya tidak diuliti oleh ibunya hingga tertidur

c. Kata nafi bukan boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan. Pokok sena itu bukan dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun Pokok sena itu tidak dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun

20