Anda di halaman 1dari 11

1. Pengertian Semantik Semantik adalah telaah makna.

Semantik menelaah lambang-lambang atau tanda-tanda yang menyatakan makna, hubungan makna yang satu dengan yang lain, dan pengaruhnya terhadap manusia dan masyarakat. Oleh karena itru, semantik mencakup makna-makna kata, perkembangannya dan perubahannya. (Tarigan, 1985 : 7). Jadi semantik adalah adalah ilmu yang mempelajari tentang makna sebuah kata. Kata semantik ini kemudian disepakati sebagai istilah yang digunakan untuk bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Atau dengan kata lain, bahwa semantik itu adalah bidang studi dalam linguistik yang mempelajari makna atau arti dalam bahasa. Oleh karena itu, kata semantik dapat diartikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang arti, yaitu salah satu dari tiga tataran analisis bahasa : fonologi, gramatikal, dan semantik (Chaer, 1990 : 2). Semantik mengandung pengertian studi tentang makna. Studi yang mempelajari makna merupakan bagian dari linguistik. Seperti halnya bunyi dan tata bahasa, komponen makna dalam hal ini juga menduduki tingkat tertentu. Maksudnya apabila komponen bunyi menduduki pertama, tata bahasa pada tingkat kedua sedangkan komponen makna menduduki tingkat yang terakhir. Hubungan ketiga komponen tersebut karena bahasa pada awalnya merupakan bahasa memiliki bentuk dan hubungan yang mengasosiasikan adanya makna (Aminuddin 1988: 15). Objek studi semantik adalah makna bahasa. Lebih tepat lagi, makna dari satuan-satuan bahasa seperti kata, frase, klausa, kalimat, dan wacana. Bahasa memiliki tataran-tataran analisis, yaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis. Bagianbagian yang mengandung masalah semantik adalah leksikon dan morfologi (Chaer, 1990 : 6). Ada beberapa jenis semantik, yang dibedakan berdasarkan tataran atau bagian dari bahasa penyelidikannya adalah leksikon dari bahasa itu, maka jenis

semantiknya disebut semantik leksikal. Semantik leksikal ini diselidiki makna yang ada pada leksem-leksem dari bahasa tersebut. Oleh kerena itu, makna yang ada pada leksem-leksem itu disebut makna leksikal. Leksem adalah istilah yang lazim digunakan dalam studi semantik untuk menyebut satuan-bahasa bermakna. Istilah leksem ini kurang lebih dapat dipadankan dengan istilah kata yang lazim digunakan dalam studi morfologi dan sistaksis, dan yang lazim didefinisikan sebagai satuan gramatikal bebas terkecil (Chaer, 1990 : 7-8).

1.0 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. 1.1 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang ruwet.

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.2 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. 1. Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah diri perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan. 2. Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan Makan! berbeza berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas. 3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang

semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan taman daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985). 4. Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga. 5. Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. 6. Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. 7. Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata kebun berbeza daripada pekebun dan pengebun, dalam proses pengimbuhan. Kata

kebun bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata pekebun bermaksud orang yang mengurus kebun sementara kata pengebun bermaksud orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. Dalam proses penggandaan, kata langit juga berbeza dengan lelangit yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata buah dan hati mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk buah hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. 2.1 Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. 2.1.1 Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu. 2.1.2 Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. 2.1.3 Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. 2.2 Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. 2.2.1 Makna Tersurat Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. 2.2.2 Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, Contoh lain adalah seperti berikut: Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami. 2.2.3 Makna Tersirat Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa. 2.2.3.1 Kiasan Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contoh: Tangkai jering Panjang tangan. Mulut tempayan. 2.2.3.2 Simpulan Bahasa Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan: Contoh: Abu Nawas. Kaki Kaki bangku bangku. Kaki ayam. 2.2.3.3 Perbilangan Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah: Contoh: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak. 2.2.3.4 Perumpamaan Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contoh: Seperti kaca terhempas ke batu. Bagai tikus jatuh ke beras. Seperti bumi dengan langit. 2.2.3.5 Bentuk Bidalan Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan katakata hikmat. Contoh bidalan: 1.Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan. 2.Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya. 3.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk. 4.Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki 2.2.3.6 Bentuk Pepatah Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. 2.2.2.7 Tamsil dan Ibarat Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak. Contoh: Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga. Tua-tua tua keladi semakin tua semakin menjadi keladi, semakin tua semakin menjadi. Ibarat bunga yang, segar dipakai, layu dibuang Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya. 2.2.2.8 Lidah Pendeta Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup. Contoh: Bertangguh itu pencuri masa.

Bersatu teguh, bercerai runtuh. Hilang bahasa lenyaplah bangsa. 2.2.2.9 Pemeo Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan member semangat atau menyindir. Sebagai contoh: Lebih baik mati daripada dijajah Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan. 2.2.2.10 Cogan Kata atau Motto Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. 3.0 HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI 3.1 Aspek-aspek Makna Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu: 3.1.1 Pengertian (sense) Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata. 3.1.2 Nilai rasa (feeling) Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. 3.1.3 Nada (tone) Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalamMansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan. 3.1.4 Maksud (intention) Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik. Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa

keterkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik. 3.1.4.1 Makna Emotif Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbaudalam kalimat Engkau kerbau., kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau poerilaku malas, lamban, dan dianggapsebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersimggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai. 3.1.4.2 Makna Konotatif Makna konotatif berbeda dengan makna emotif karena makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimatAnita menjadi bunga desa. Kata nunga dalam kalimat tersebut bukan berarti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat kondisi fisiknya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fisik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif. 3.1.4.3 Makna Kognitif Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran. 3.1.4.4 Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses. Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen. 3.1.4.5 Makna Piktorikal Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar ataupembaca terhadap kata yang

didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya. 3.2 Kelewahan Makna Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah katakata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman). 3.3 Ketaksaan Makna Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh: 1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. 4.0 Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

Anda mungkin juga menyukai