Anda di halaman 1dari 1

Bidang 2 - Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang tugasan harian 1 nilai : kasih sayang terhadap keluarga mengekalkan tradisi

kekeluargaan ! Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka sewajarnya ia diberi perhatian utama. Justeru itu satu program khusus diperkenalkan yang diberi nama RUMAHKU SYURGAKU . Program ini dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan penyayang selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020. ! Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia untuk menwujudkan masyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Kita patutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya konik dan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu, keluarga yang bahagia akan mewujudkan masyarakat yang penyayang. Kita juga harus mempunyai peka cinta yang berkekalan terhadap ahli keluarga supaya dapat membentuk keluarga bahagia. Dengan adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan menjadi lebih kukuh kerana saling memahami antara satu sama lain. ! Seterusnya, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap anggota keluarga. Kita harus menerima, menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan keluarga sendiri. Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatan tidak bermoral atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat yang penyayang akan wujud. Kita juga patutlah mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Sesebuah keluarga bahagia akan wujud jika setiap anggota keluarga mematuhi segala suruhan Tuhan. ! ! Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat diperlukan untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuah keluarga, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.