Anda di halaman 1dari 23

KAJIAN TERHADAP PENGARUH PERSEKITARAN BILIK DARJAH TERHADAP PENCAPAIAN PMR DARIPADA PERSEPSI PELAJAR Amizah Binti Yusof

1) Siti Hijariah Binti Osman2) Siti Maizura Binti Ismail3) Siti Rohayah Binti Sheik Omar 4) Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengkajisejauh mana pengaruh persekitaran bilik darjah mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam PMR. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran bilik darjah dari aspek penyertaan pelajar, interaksi guru dan pelajar dan keterampilan pengajaran guru. Kajian ini dijalankan di tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang melibatkan empat buah sekolah. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 200pelajar tingkatan empat dan limadengan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil daripada dapatan ini menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam perbincangan dalam bilik darjah, hubungan baik antara guru dan pelajar,dan peranan guru menyatakan isiisi penting dan memberi lebih tumpuan pelajar amat mempengaruhi tahap pencapaian pelajar di dalam PMR.Faktor-faktor inilah yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam PMR. Kajian ini adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan dapat menjalani kehidupan yang cemerlang.

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif dalam kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi meletakbetulkan (reposition) dan merekayasa (reengineer) sistem pendidikan kita supaya berkualiti dan berjaya melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan akan terus menjadi elemen yang akan ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara (PIPP, 2006, p. 4). Sesungguhnya peranan guru adalah untuk menghadapi dan memenuhi cabaran. Sekiranya asas ini berjaya dibentuk melalui pendidikan, dengan sendirinya individu itu dapat menyerapkan nilai-nilai dan etika yang luhur dalam kehidupannya, masyarakat dan negara. Berdasarkan asas yang kukuh, masyarakat penyayang yang bermula dengan keluarga dapat dibina.Pendidikan adalah wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, dan berfungsi sebagai wacana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsadan negara. Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan seharusnya mempunyai paksi atau teras yang kukuh iaitu keTuhanan. Jadi, adalah arnat wajar bagi pendidik untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan, agar pengubahsuaian, serta pemantapan dapat dilakukan untuk menyelamatkan agama, umat dan negara selaras dengan kehendak Wawasan 2020.

1.2

LATAR BELAKANG MASALAH

Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi. Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal dengan cemerlang.

Kecemerlangan tidak akan datang bergolek, ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan susah payah. Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar haruslah berusaha mencari ilmu yang banyak. Tanpa ilmu, hidup manusia tidak akan sempurna dan akan ketinggalan daripada orang yang mempunyai ilmu yang banyak. Bagi pelajar yang berilmu sudah tentu akan mencapai kecemerlangan hidup. Dalam kajian ini, faktor yang

mempengaruhi persekitaran bilik darjah mempengaruhi tahap kecemerlangan akademik pelajar. Sekiranya faktor-faktor ini tidak ditangani dengan segera maka pencapaian akademik pelajar terus merosot.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Proses pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Hal ini kerana terlalu banyak perkara yang berlaku secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Masalah yang dikaji terdiri aspek penyertaan pelajar dalam bilik darjah, interaksi guru dan pelajar serta keterampilan pengajaran guru dalam bilik darjah. Proses pembelajaran berlaku dalam masyarakat sama ada masyarakat sekolah dan juga masyarakat umum. Penyelidik juga turut meninjau apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian PMR pelajar? Selain itu, penyelidik juga telah meninjau sejauh mana penglibatan antara guru dan pelajar dalam bilik darjah? Penyelidik juga meninjau sejauh mana keberkesanan ketrampilan guru dalam bilik darjah? 1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat ini melibatkan sekolah aliran biasa yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.Soalan soal selidik yang dibuat ialah seperti berikut: 1.Latar Belakang Pelajar Melibatkan jantina,keturunan,gred PMR dan pencapaian ibu bapa. 2.Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah Melibatkan soalan penglibatan pelajar dalam perhatian guru,perbincangan isu semasa,peluang yang diberikan guru kepada pelajar,guru menggalakkan penyertaan pelajar secara individu dan guru menggalakkan pelajar mengemukakan idea sendiri. 3.Interaksi Guru dan Pelajar Melibatkan jalinan hubungan yang baik dengan guru,kesungguhan guru memahami masalah pembelajaran,penglibatan guru dalam membantu pembelajaran dan penghargaan yang diberikan oleh guru terhadap usaha pelajar. 4.Keterampilan Pengajaran Guru Soalan yang dikemukakan seperti adakah guru menyatakan objektif pelajaran dengan jelas,pengajaran guru mengikut sukatan pelajaran,adakah guru menyampaikan pengajaran dengan jelas dan adakah guru mengaitkan isi pelajaran dengan contoh dan gambaran yang berkesan.

1.5

BATASAN KAJIAN

Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga kaedah yang diguna pakai. Hal ini akan memberi kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan tersebut adalah seperti berikut : i. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik. ii. Kesukaran penyelidik untuk mendapatkan responden kategori cemerlang PMR kerana kebanyakan responden yang cemerlang telah memasuki sekolah asrama penuh. iii. Dari segi kos, kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh penyelidik. Maka ianya akan menjadi bebanan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini.Ini disebabkan oleh elaun pengajian yang tidak diperolehi lagi. Penyelidik terpaksa berulang-alik dari tempat pengajian iaitu Tanjung Malim ke sekolah-sekolah yang terlibat seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Berkat kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli kumpulan, penyelidik dapat menyiapkan kajian dengan masa yang telah ditetapkan iv. Kesukaran untuk mencari waktu yang sesuai untuk menjalankan kajian. Kebanyakan pelajar semasa kajian dibuat berada dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jadi pihak penyelidik tidak boleh menganggu proses P&P tersebut dan terpaksa menunggu sehingga kelas tamat. Karenah dari pihak pentadbiran juga tidak kurang hebatnya. Terlalu banyak prosedur yang terpaksa penyelidik patuhi. v. Selain itu, salah seorang daripada ahli kumpulan kami menghadapi masalah keluarga. Ayahandanya sakit dan terlantar dihospital. Beliau terpaksa berulang-alik dari hospital. Tetapi berkat kesabarannya rintangan tersebut dapat diharungi oleh beliau.

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam PMR dari aspek persekitaran bilik darjah. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji ialahlatar belakang pelajar yang melibatkan jantina,keturunan,gred PMR dan pencapaian ibu bapa. Faktor kedua ialah pengaruh persekitaran bilik darjah daripada aspek penyertaan pelajar, interaksi antara guru dan pelajar dan keterampilan pengajaran guru. Aspekaspek ini dianggap sebagai aspek yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam PMR. Kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada guru betapa pentingnya peranan guru kepada pelajar dalam bilik darjah dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran kepada pihak guru dan sekolah tentang kelengkapan dan keperluan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan satu garis panduan kepada gurut betapa pentinganya persekitaran bilik darjah yang mampan kepada pelajar. Kajian ini juga merupakan satu alternatif meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar dalam usaha membentuk insan yang berjaya dan berkualiti.

1.7

PENUTUP

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian. Untuk mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan program yang berpotensi member bantuan serta bimbingan kepada pelajar dalam usaha menjadi individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan; memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga pendekatan iaitu Pendekatan Eksekutif; Pendekatan Empati; dan Pendekatan Liberal. Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik darjah yang mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai matlamat. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah penakulan tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian matlamat. Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan peranan kepimpinan guru. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial murid-murid. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin. Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku murid. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh murid pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah dipersetujui dan dipatuhi dari segi empat hak asasi murid iaitu; hak murid untuk belajar; hak

guru untuk mengajar; hak setiap individu untuk aspek keselamatan dari segi fizikal dan psikologi; dan hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan. Hook dan Vass (2000), telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah iaitu; mencari keseimbangan antara dorongan dengan teguran, membangunkan interaksibersama murid; melibatkan murid dengan aspirasi dan harapan; mengekalkan hubungan kerja yang sempurna, mengamalkan cara membuat pilihan yang bererti; memberi jaminan faktor keselamatan dan keyakinan; meletakkan diri murid sebagai sebahagian daripada bilik darjah; fokus kepada perkara baik yang dilakukan; dan ketrampilan guru. Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas; tugasan dan tanggungjawab; dan keperluan mempraktik kemahiran dan kepakaran. Seorang guru yang mengajar di sekolah wajib menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang hendak diajar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu murid yang mana keyakinan diri murid dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus menekankan pada matlamat setiap tugasan dan murid pula patut memahami prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri. lni bermaksud murid dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya, murid berfikir untuk penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, murid perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan samada daripada medium guru, buku atau internet. Dalam konteks ini, guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran murid serta hasil tugasan mereka. Dengan kaedah pendekatan ini, murid berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan dan keyakinan diri khususnya dalam penerokaan pencarian fakta atau urutan sejarah dari setiap penemuan dan aktiviti yang dilakukan. Di akhir sesi, guru harus memberi pujian dan sokongan serta ganjaran ke atas usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam penglibatan mereka dalam proses pembelajaran yang aktif dan memanipulasi ruang bilik darjah sebagai sumber berinteraksi yang berkesan.

Kajian-kajian lepas yang telah dibuat berkaitan dengan tajuk ini lebih fokus kepada peranan kepimpinan guru dan keberkesanan pengajaran dalam iklim bilik darjah.Isu yang masih belum selesai dibincangkan ialah berkenaan memartabatkan profesion keguruan ke arah guru mendokong pekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik bersedia mendukung aspirasi negara.Guru juga berperanan sebagai agen perubahan dan kepimpinan dalam pendidikan yang bermula dalam bilik darjah melalui proses pendidikan formal atau informal seterusnya diperluaskan di sekolah,masyarakat dan negara.Di samping itu,isu mengenai kemahiran ICT dan teknikal yang masih tidak dikuasai guru dalam meningkatkan minat pelajar menguasai ilmu masih menjadi kekangan untuk guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara berkesan.Guru perlu memperbanyak penggunaan alat bantu mengajar seperti menggunakan komputer,projektor LCD,video,carta dan kemahiran ICT supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berinteraktif dan kepelbagaian.Dalam masa yang sama guru boleh menggunakan borang,bahan edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan mencabar.Permasalahan wujud apabila terdapat permintaan dan kekurangan guru ,guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu,saiz kelas yang besar dan sebagainya.Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam aspek peranan kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan. Menurut kajian Porter dan Brophy(1998) terhadap pengajaran,terdapat penentu utama guru yang berkesan iaitu dapat mencari maklumat akademik dan sosialisasi,mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam,penerangan yang jelas dan

terperinci,menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat,membetulkan salah faham permahaman fakta atau konten dalam kalangan murid,memperkembangkan pengalaman murid dan mendambakan diri sebagai seorang guru yang reflektif.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang dikehendaki diperoleh penyelidik. Kaedah dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan dalam Kajian Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah Terhadap Pencapaian PMR Pelajar ini ialah kaedah soal selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd. Majid Konting ( 1993 ), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa dengan menggunakan kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Umumnya terdapat dua jenis soal selidik. Pertama, soal selidik jawapan dipilih di mana subjek dikehendaki memilih jawapan tepat terhadap soalan atau rangsangan yang dikemukan. Kedua ialah soal selidik jawapan diberi. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah soal selidik yang pertama iaitu soal selidik jawapan dipilih. Kaedah ini akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki dan sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik membuat analisis bagi kajian yang dijalankan. 3.2 MASA DAN TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah berlainan di tiga buah negeri sebagai sampel. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya, Pulau Pinang, SMK Seri Intan, Machang, Kelantan, SMK Seri Gunung, Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Para responden adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza - beza. Seramai 200 orang pelajar dari pelbagai bangsa yang berada di tingkatan empat dan lima telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan pada musim cuti pertengahan semester. 3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Kepentingan reka bentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih teratur. Pada peringkat permulaan kajian, data data yang berkaitan dengan

tajuk kajian telah dikumpul dan dianalisis. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Sebelum kajian dijalankan perkara seperti latar belakang , objektif, kepentingan kajian telah dikenal pasti. Kajian ini merupakan satu kajian deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden berada di tempat dan mempunyai masa mereka yang sesuai. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Melalui kajian ini, ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.

3.4

PROSEDUR KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini melibatkan pelajar-pelajar lepasan PMR samada yang berada di tingkatan empat danlima sebagai sampel. Sebelum membuat kajian penyelidik perlu meminta kebenaran daripada pihak yang berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di sekolah. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang yang mempengaruhi pencapaian PMR para pelajar kesan daripada pengaruh persekitaran bilik darjah daripada persepsi pelajar. Segala perbincangan ini adalah berlandaskan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukan dalam Bab 1. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Menurut Azhar Harun ( 2004 ), instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada para responden. Soalan soal selidik kajian ini terdiri daripada 16 soalan yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada pernyataan yang bertujuan untuk mengenalpasti ciri ciri demografi manakala bahagian B meliputi 15 pernyataan mengenai punca kelemahan pembelajaran. Penyataan ini kemudiannya akan dianalisis.

3.6

PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokuskan kepada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik. Dalam kajian ini, data data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Bagi mendapatkan bahan dan maklumat untuk kajian ini, rujukan telah di buat di Perpustakaan Tunku Bainun ( UPSI ). Selain itu, sumber bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal jurnal, buku rujukan dan juga maklumat daripada laman web. Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama lima hari. Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting. Hasil kajian seterusnya dianalisis oleh penyelidik.

Tajuk Kajian Soal Selidik: Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah: Persepsi Pelajar Bahagian I: Latar Belakang Pelajar A. Latar Belakang (Sila bulatkan pada nombor yang berkenaan)

1.

Jantina

1. Lelaki

2. Perempuan

2.

Keturunan

1. Melayu 5. Kadazan

2. Cina 6. Dayak

3. India

4. Bidayuh

3.

Gred Subjek PMR: 1. Bahasa Malaysia 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Sains 5. Sejarah 6. Geografi 7. Pendidikan Islam 8. Kemahiran Hidup 9. Lain-lain, sila nyatakan: -

Gred _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________

10. Lain-lain, sila nyatakan: -

4.

Pencapaian akademik tertinggi ibu-bapa anda: (sila gariskan yg berkenaan) 1. Bapa 2. Ibu SRP/SPM/STPM-Diploma/Ijazah/Sarjana/Kedoktoran SRP/SPM/STPM-Diploma/Ijazah/Sarjana/Kedoktoran

Bahagian II: PengaruhPersekitaranBilikDarjah (Arahan: Sila gunakan skala di bawah dan bulatkan pada nombor yang berkenaan pada setiap soalan) Skala: PengaruhPersekitaranBilikdarjah

5 - Sangat Setuju (SS) 4-Setuju (S) 3-Agak Setuju (AS) B: Penyertaan Pelajar

2-Tidak Setuju (TS) 1-Sangat Tidak Setuju (STS)

Perkara-perkara berikut mempengaruhi pencapaiansaya dalam pembelajaran di peringkat Penilaian Menengah Rendah: No . 1. 2. Penyataan Perhatian dan tumpuan guru terhadap saya Perbincangan isu semasa ketika pengajaran guru di bilik darjah Guru memberi peluang kepada setiap pelajar dalam kelas untuk menyertai perbincangan Guru menggalakkan penyertaan individu. Guru menggalakkan pelajar mengemukakan idea sendiri STS 1 1 TS 2 2 AS 3 3 S 4 4 SS 5 5

3. 4. 5.

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

C:

Interaksi Guru Dan Pelajar Perkara-perkara berikut mempengaruhi pencapaiansaya dalam pembelajaran di peringkat Penilaian Menengah Rendah:

No Pernyataan 1. Jalinan hubungan yang baik dan bersefahaman dengan guru Kesungguhan guru untuk memahami masalah pembelajaran saya Penglibatan guru dalam membantu menyelesaikan masalah pembelajaran saya Penglibatan guru menggunakan lebihan masanya untuk

STS 1

TS 2

AS 3

S 4

SS 5

2.

3. 4.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

membantu pembelajaran saya 5. Penghargaan yang diberikan oleh guru terhadap usaha saya dalam bentuk kata-kata 1 2 3 4 5

D:

Keterampilan Pengajaran Guru Perkara-perkara berikut mempengaruhi pencapaiansaya dalam pembelajaran di peringkat Penilaian Menengah Rendah:

No. 1. 2. 3. 4.

Pernyataan Guru menyatakan objektif pelajaran dengan jelas Guru menyampaikan pengajaran mengikut sukatan pelajaran Guru menyampaikan pengajaran dengan jelas Guru menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih tumpuan Guru mengaitkan isi pelajaran dengan contoh-contoh dan gambaran dengan berkesan

STS 1 1 1 1

TS 2 2 2 2

AS 3 3 3 3

S 4 4 4 4

SS 5 5 5 5

5.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada dua bahagian iaitu: a) Analisis maklumat peribadi responden b) Analisis pandangan dan pendirian responden

4.1

Analisis maklumat peribadi responden

Untuk menganalisa maklumat peribadi responden, penyelidik hanya melihat kepada jantina, bangsa, gred PMR dan tahap pendidikan ibu bapa. Item (Jantina) Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan 110 90 200 Peratus 55 45 100 Min 0.8 0.65 1.45 SP 0.275 0.224 0.499

Jadual 3.1 Taburan jantina responden Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 200 orang telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Daripada jumlah tersebut, seramai 90 orang perempuan atau 54% manakala lelaki seramai 90 orang atau 44.8% telah menjadi responden. Peratusan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki yang menjadi responden kajian ini. Item (Bangsa) Melayu Cina India Jumlah Bilangan 165 30 5 200 Peratus 82.5 15.0 2.5 100 Min 0.99 0.18 0.03 1.2 SP 0.379 0.069 0.011 0.459

Jadual 3.2 : Taburan bangsa responden Jadual ini menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan responden ialah 200 orang atau 100%. Responden yang berbangsa Melayu adalah 165 orang atau 82.1%, Cina adalah 30 orang atau 14.9% dan India adalah 5 orang atau 2.5%. Min responden yang tertinggi adalah berbangsa Melayu iaitu 0.99 dan terendah ialah berbangsa India iaitu 0.03.

Item (Gred PMR) 9A 8A 7A 6A 5A 4A 3A 2A 1A Tiada A Jumlah

Bilangan 2 10 17 13 14 19 17 26 37 45 200

Peratus 1.0 5.0 8.5 6.5 7.0 9.5 8.5 13.0 18.5 22.5 100

Min 0.05 0.25 0.44 0.34 0.36 0.49 0.44 0.67 0.95 1.17 5.16

SP 0.033 0.167 0.284 0.217 0.234 0.318 0.284 0.435 0.620 0.754 3.352

Jadual 3.3 Taburan gred PMR responden Jadual ini menunjukkan bahawa keputusan gred PMR berdasarkan bilangan A dalam setiap matapelajaran. Responden yang mendapat bilangan gred PMR yang cemerlang iaitu 7A/8A/9A adalah 29 orang atau 14.5% manakala bilangan gred PMR yang paling rendah iaitu tiada A adalah seramai 45 orang atau 22.5%. Daripada dapatan ini jelas menunjukkan taburan pelajar yang berada di sekolah biasa adalah dikalangan pelajar sederhana kerana min tertinggi adalah pelajar yang tiada A iaitu 1.17. Item (Pendidikan Ibu) Kedoktoran Sarjana Ijazah Diploma STPM SPM

Bilangan 1 7 17 8 18 61

Peratus 0.5 3.5 8.5 4.0 9.0 30.5

Min 0.01 0.08 0.18 0.09 0.19 0.66

SP 0.007 0.051 0.124 0.058 0.131 0.445

SRP Jumlah

88 200

44.0 100

0.95 2.15

0.642 1.459

Jadual 3.4: taburan pendidikan ibu respondan Jadual ini menunjukkan taburan pendidikan ibu responden. Daripada jumlah itu, item yang paling tinggi ialah tahap pendidikan SRP iaitu 88 orang atau 44% dan item yang paling rendah ialah kedoktoran iaitu seramai 1 orang atau 0.5%. Taburan ini menunjukkan tahap pendidikan tertinggi bapa responden adalah SRP dengan min 0.95 dan sisihan piawai 0.642 manakala tahap pendidikan terendah bapa responden adalah kedoktoran dengan min 0.01 dan sisihan piawai 0.007. Item (Pendidikan Bapa) Kedoktoran Sarjana Ijazah Diploma STPM SPM SRP Jumlah

Bilangan 1 7 21 13 12 75 71 200

Peratus 0.5 3.5 10.5 6.5 6.0 37.5 35.5 100

Min 0.01 0.08 0.24 0.15 0.14 0.87 0.82 2.32

SP 0.007 0.052 0.156 0.097 0.089 0.558 0.529 1.489

Jadual 3.5: Taburan pendidikan bapa responden Jadual ini menunjukkan taburan pendidikan bapa responden. Daripada jumlah itu, item yang paling tinggi ialah tahap pendidikan SPM iaitu 75 orang atau 37.5% dan item yang paling rendah ialah kedoktoran iaitu seramai 1 orang atau 0.5%. Taburan ini menunjukkan tahap pendidikan tertinggi bapa responden adalah SPM dengan min 0.87 dan sisihan piawai 0.558 manakala tahap pendidikan terendah bapa responden adalah kedoktoran dengan min 0.01 dan sisihan piawai 0.007.

4.2

Analisis pandangan dan pendirian responden Bahagian B: Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah

Bil 1

Pernyataan Perhatian dan tumpuan guru terhadap saya

STS 2.0

TS 6.5

AS 31.5

S 35

SS 25.0

Min 3.75

SP 0.972

Perbincangan isu semasa ketika pengajaran guru di bilik darjah

2.0

7.5

22.0

36.5

32.0

3.75

0.934

Guru memberi peluang kepada setiap pelajar dalam kelas untuk menyertai perbincangan 1.0 5.5 25.5 36.0 32.0 3.79 0.979

Guru menggalakkan penyertaan individu

1.0

4.5

19.0

42.0

33.5

3.58

0.958

Guru menggalakkan pelajar mengemukakan idea sendiri

1.0

6.0

23.5

39.0

30.5

3.72

0.998

Jadual 3.6 : Taburan peratus, Min dan Sisihan Piawai Bahagian B Jadual di atas menunjukkan peratus, min dan sisihan paiwai untuk soalan bahagian B iaitu Penyertaan Pelajar. Min yang paling tinggi adalah guru memberi peluang kepada setiap pelajar dalam kelas untuk menyertai perbincangan iaitu 3.79 atau sisihan piawai adalah 0.979. Min yang paling rendah adalah guru menggalakkan pernyertaan individu iaitu minnya ialah 3.72 dan sisihan paiwai ialah 0.958. Bahagian C: Interaksi Guru dan Pelajar Bil 1 Pernyataan Jalinan hubungan yang baik dan bersefahaman dengan guru 2 Kesungguhan guru untuk memahami masalah pembelajaran saya 3 Penglibatan guru dalam membantu menyelesaikan masalah pembelajaran saya 4 Penglibatan guru menggunakan lebihan masanya untuk membantu pembelajaran saya 2.0 9.5 30.5 33.0 25.0 3.69 1.027 STS 1.0 TS 7.0 AS 25.5 S 31.5 SS 35.0 Min 3.93 SP 0.987

1.0

8.0

32.0

27.5

31.5

3.80

1.006

1.0

4.0

31.0

33.0

31.0

3.89

0.929

Penghargaan yang diberikan oleh guru terhadap usaha saya dalam bentuk katakata Jadual 3.7 : Taburan peratus, Min dan Sisihan Piawai bahagian C 3.5 4 36.5 35 21 3.66 0.696

Jadual di atas menunjukkan taburan peratus, min dan sisihan paiwai untuk item bahagian C iaitu keterampilan pengajaran guru. Min yang paling tinggi adalah untuk item1, iaitu jalinan hubungan yang baik dan bersefahaman dengan guru. Minnya adalah 3.93, manakala sisihan piawai adalah 0.987. Min yang paling rendahnya pula adalah untuk item 5 iaitu penghargaan yang diberikan oleh guru terhadap usaha saya dalam bentuk kata-kata. Minnya ialah 3.88 dan sisihan paiwai ialah 1.035. Bahagian D: Keterampilan Pengajaran Guru Bil 1 Pernyataan Guru menyatakan objektif pelajaran dengan jelas Guru menyampaikan pengajaran mengikut sukatan pelajaran Guru menyampaikan pengajaran dengan jelas Guru menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih tumpuan Guru mengaitkan isi pelajaran 5 dengan contoh-contoh dan gambaran dengan berkesan Jadual 3.8 : Taburan peratus, Min dan Sisihan Piawai Bahagian D Jadual di atas menunjukkan taburan peratus, min dan sisihan paiwai untuk item bahagian D iaitu keterampilan pengajaran guru. Min yang paling tinggi adalah untuk item 4, iaitu guru menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih tumpuan. Minnya adalah 4.03, manakala sisihan piawai adalah 0.894. Min yang paling rendahnya pula adalah untuk item 1 iaitu guru menyatakan objektif pelajaran dengan jelas. Minnya ialah 3.88 dan sisihan paiwai ialah 1.035 1 6 23.5 39 30.5 3.92 0.932 STS 1 TS 10.5 AS 22.5 S 31.5 SS 34.5 Min 3.88 SP 1.035

7.5

22

36.5

32

3.89

1.006

5.5

25.5

36

32

3.92

0.940

4.5

19

42

33.5

4.03

0.894

4.3

Cadangan penambahbaikkan

Melalui hasil dapatan kajian ini, seorang guru itu perlu memberi perhatian dan tumpuan terhadap pelajar. Melalui perbincangan isu semasa ketika pengajaran guru di bilik darjah juga dapat membantu pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Guru juga perlu menggalakkan penyertaan setiap individu ketika sesi p&p berjalan. Dalam pada itu, kesungguhan guru untuk memahami masalah pembelajaran pelajar amat membantu para pelajar untuk membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar. Penglibatan guru dalam membantu menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar akan meningkatkan hubungan baik antara guru dan pelajar bagi menjana persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Penglibatan guru menggunakan lebihan masanya untuk membantu pembelajaran pelajar membantu pelajar lemah untuk memantapkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek. Guru juga perlu lebih kerap memberi kata-kata penghargaan terhadap usaha yang ditunjukkan oleh para pelajar tanpa mengira bulu. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Selain itu, bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid. Guru perlu menyatakan objektif pelajaran dengan jelas, menyampaikan pengajaran mengikut sukatan pelajaran, menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih tumpuan serta guru mampu mengaitkan isi pelajaran dengan contoh-contoh dan gambaran dengan berkesan.

BAB 5 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kekuatan pelajar yang mempengaruhi pencapaian PMR mereka disebabkan oleh beberapa faktor dalam bilik darjah iaitu penyertaan pelajar dalam perbincangan di bilik darjah, interaksi antara pelajar dan guru, dan keterampilan pengajaran guru itu sendiri. Pada hakikatnya, untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian PMR para pelajar ini memerlukan guru yang menggalakkan penyertaan pelajar secara individu dengan melibatkan semua pelajar dalam kelas, guru perlu menggunakan lebih banyak alat bantu mengajar di kelas seperti alat elektronik, OHP dan sebagainya. Para pelajar juga perlu mengubah sikap dan pemikiran mereka daripada pemikiran negatif, ambil mudah dan tidak apa kepada pemikiran yang lebih positif, bersungguh-sungguh dan berdaya saing, dan juga mempunyai jati diri yang tinggi dalam diri mereka. Untuk meningkatkan pencapaian PMR para pelajar, strategi ke arah memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas pembelajaran dan perubahan minda pelajar adalah keutamaan bagi semua pihak.

STRATEGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR Strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi pencapaian PMR memerlukan anjakan world view penggubal dasar dan masyarakat Melayu. Dalam merangka langkah bagi menangani kelemahan pelajar, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan. Anatara langkah yang perlu dilaksanakan ialah celik belajar. Celik belajar adalah kebolehan seseorang pelajar mengetahui bagaimana memperoleh dan memanfaatkan ilmu pengetahuan (learn, unlearn, and relearn). Kebolehan ini cuma boleh dikuasai jika seseorang pelajar itu memahami kepentingan pendidikan, mempunyai keinginan untuk menimba ilmu dan mempunyai sikap yang positif terhadap pencarian ilmu serta tahu bagaimana untuk belajar. Celik belajar ini memerlukan strategi yang menggabung teori dan praktik, supaya guru dan pelajar dapat menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan pembelajaran yang merangkumi dunia yang luas daripada apa yang berlaku dalam bilik darjah dan guru perlu menjadikan pengalaman sebenar pelajar sebagai inti pati bagi setiap pelajaran. Selain itu, daya konsentrasi di antara pelajar permpuan dan lelaki adalah berbeza. Menurut Zalizan (2001), daya konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru perlu lebih prihatin kepada mereka iaitu dengan menggunakan pendekatan mengajar yang lebih sesuai kepada learning style of boys .

Pelajar luar bandar dan pelajar miskin paling ketandusan bimbingan dan cita-cita. Hidup mereka sentiasa di kalangan mereka yang senasib dan dengan itu sukar untuk melihat peluang mereka keluar daripada serba kekurangan. Sifat cintakan ilmu dapat membuka minda seseorang. Contohnya, mencintai ilmu menyebabkan seorang buta, Abul Hasan at - Tamimi, memperoleh ilmu hanya melalui pendengaran sahaja sehingga menjadi ulama fiqh mazhab Shafie yang terkenal. Kejayaan dan ketinggian ilmu oleh beberapa tokoh Islam diberi contoh yang jelas oleh Wan Mohd. Nor (1988), dan memperlihatkan kecelikan minda para ilmuan bertitik tolak daripada sifat cintakan ilmu. Pelajar Melayu perlu mencontohi bagaimana para ilmuan awal menimba ilmu walaupun dalam suasana perang, kemiskinan dan kekurangan kemudahan, dan berpindah - randah. Perancangan dan pembangunan celik minda pelajar perlu mencontohi proses pendidikan. Selain itu, peranan pelajar juga penting dalam meningkatkan tahap pendidikan mereka. Pelajar perlu sedar peranan utama mereka sendiri dalam penguasaan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Antaranya ialah : a) Pelajar perlu mengulang kaji sebelum pelajaran, konsentrasi semasa pelajaran, dan mengulang kaji selepas pelajaran. b) Pelajar perlu berperanan untuk menghampiri ibu bapa mereka dan cuba menarik perhatian ibu bapa mereka terhadap pelajaran mereka di sekolah. Ibu bapa yang sibuk memerlukan kesungguhan anak, sekolah dan masyarakat untuk mengejutkan mereka terhadap tanggungjawab mereka. c) Pelajar perlu mempunyai sifat malu untuk melakukan perkara negatif seperti malas, ponteng kelas / sekolah, tidak mementingkan masa, melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, dan tidak menghormati guru.

Senarai Rujukan APJEE_25_04_Nurahimah (53-71).pdf. Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah dengan Efikasi Guru. Diperolehi pada 10/5/2012

Jurnalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf. jurnal pendidikan 30 (2005)93-111 pretasi akademik mengikut gender diperolehi pada 4/5/2012

Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin (2005). Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.