Anda di halaman 1dari 2

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun

Kemerdekaan Ke-54. Sabutan yang bertujuan memupuk semangat cinta akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan cemerlang. Sambutan yang diadakan pada pagi Rabu 24 Ogos 2011. Butir-butir sambutan adalah seperti berikut: Tarikh : Masa : Tempat : 24 Ogos 2011 8.00-12.45tgh Dewan sekolah

Peserta: Semua pelajar dan guru Segala perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu sebelum sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.Tepat pada jam 8.05 pagi ketibaan tetamu jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar.Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas sekolah.Ucapan dimulakan Pn M.Senthamarai selaku setiausaha.Seterunya diikuti oleh ucapan guru besar turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan. Acara teruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid sekolah yang membawa jalur gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar. Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan bertajuk Tanggal 31. Sebelum sesi pertama tamat, nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga. Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan selama setengah jam. Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar tahun 6.Seterusnya murid-murid tahun 5 menyampai sebuah pantun direka sendiri. Sambutan diteruskan dengan persembahan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dengan pakaian tradisional. Suasana ketika itu, amat meriah. Pelejar seronok menyaksikan persembahan oleh rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majlis diakhiri dengan peyampaian hadiah untuk pemenang yang menyertai pertandingan sempena aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.Seterusnya sepatah dua kata oleh Ketua PIBG dan nyanyian lagu Malaysiaku Gemilang dan Tanggal 31 yang diketuai oleh Guru-guru.

Laporan disediakan oleh,

...................................... (PIRASILA A/P RAJA)