1. Latar Belakang Tamadun Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan
China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu
menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada
tahun 206 S.M.. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan
takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Zaman empayar
2. merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat. Peningkatan
Tamadun Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran
mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju
dan kompleks. Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea idea baru dalam
memajukan dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian menusia dalam tiga
aspek utama, iaitu Peningkatan Politik, Peningkatan Ekonomi dan Peningkatan Sosial. Peningkatan Ekonomi Dalam
bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar
kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah.
Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat
kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan
terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga
telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina. Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah
berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan
Barat. Hasil ini mulamula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan
3. Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapaktapak
pelabuhan kerajaan awal di kawasan kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan. Hasil
perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China,
muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan
jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu. Peningkatan Politik Pemerintahan
dan Pentadbiran Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal
kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221206 S.M.. Pada masa ini,
konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah
sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang
dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan
awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawaipegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan
awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang
memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti. Perundangan Han Fei Tzu
4. Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak
kolektif. Teras undangundang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undangundang ini telah digubalkan dan
diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut,
undangundang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undangundang
tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undangundang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa
jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki
kuasa yang utuh. Undangundang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undangundang yang
berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206
S.M..8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian
manusia serta masyarakat. Perluasan Kuasa Shih Huang Ti Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah
membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang
telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas
dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima
tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah
mengarahkan pembinaan Tembok Besar China. Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti
Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah
berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang
berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di
selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran
negeri China telah berjaya diwujudkan.
5. Peningkatan Sosial Pendidikan Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga
peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan
bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami
maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi
pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk
pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua ChunJen, dan
tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan
tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap
pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di
istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai
kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali.
Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia. Seni Binaan Tembok Besar China
6. Kedudukan Tembok Besar China Tembok Besar China Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang
agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China.
Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang
1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandarbandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan
Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Temboktembok di kawasan bandar lain pula
dibuat daripada tanah liat dan batubata. Malahan di kampungkampung juga terdapat tembok biarpun dibina
daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal
sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai
balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuilkuil ini terdiri daripada beberapa
7. buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini
hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai
bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat
Sumbangan Tamadun Kertas pertama di dunia Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan
Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga
sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. Mercun Semasa
Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan
sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.
8. Kompas Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut
adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet. Setiap tamadun
juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga
tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan
matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah. Confuicius Selain itu, tamadun China juga
merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme
diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi
pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk
menyebarkan ideanya kepada
9. penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah
disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan
prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk
mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus
dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat. LaoTze Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China
ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini
ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou.
Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan
buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk
falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang
bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap
apa apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wuwei. Jika
manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wuwei dan akan merosakkan dunia. Oleh
sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
http://it411x34.tripod.com/pengenalan.htm
10. TAMADUN CHINA Sistem Ekonomi Sara Diri Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif.
Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi
merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan
pengorbanan lembu secara besarbesaran dalam upacara pengebumian. Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem
yang dipanggil wellfield system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian
diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih
diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan
kayu. Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif
telah mula diusahakan. Sistem Ekonomi Komersil Pada abad ke7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula
diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang banyak. Selain
itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah
memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek
pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga
dihasilkan dengan banyak. Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecahbelah telah disatukan dan satu kerajaan
pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah
memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam
pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur
untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara.
Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan,
sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang
tinggi. Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan ekonomi
yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan
subur, manakala Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai bagi
pertanian.
11. Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran
hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian
telah diusahakan secara besar besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam
industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin. Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di
kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan
Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah
diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan
penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan
lagi penanaman secara komersil. Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada
zaman pemerintahan Maharaja Kanghsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian
diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini. Sebagai
kesimpulan, dasardasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara
diri berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipatganda dan hasil
yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara
China. Sistem Ekonomi Perdagangan Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan
menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti
Chou. Penyeliaan jalanjalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan
pedagangpedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip
cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling
rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang
(pedagang). Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin.
Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak sekali. Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan
dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.
Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huruhara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak
menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan
politik menjadi stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada
kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki
12. termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga
berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan
sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain. Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai
zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan.
Menjelang abad ke11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat
perdagangan telah muncul. Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi
perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah.
Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara
yang memburukan lagi keadaan ekonomi. Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah
Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan
perdagangan. http://www.geocities.com/cominglucky/ekonchina.htm