Anda di halaman 1dari 3

KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER

: HBEF3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF : SEPTEMBER 2013

SOALAN TUGASAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 mensasar untuk melengkapkan setiap guru dengan pengetahuan asas dalam pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif di sekolah-sekolah aliran perdana menjelang 2025.

KPM akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas bersandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas akan dipilih untuk mengikuti sama ada program pendidikan inklusif aliran arus perdana; program integrasi pendidikan khas (SEIP) di sekolah arus perdana ataupun sekolah pendidikan khas. Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka.

Antara langkah yang dirancang KPM adalah memastikan semua guru diberi latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenalpasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan pernyertaan mereka dengan lebih inklusif.

Sebagai seorang guru yang sedang meningkatkan profesionalisme diri; anda perlu bersedia untuk turut serta dalam melaksanakan program pendidikan inklusif ataupun SEIP di sekolah sendiri.

Sebagai langkah awal, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

Aktiviti 1: Laksanakan kajian dokumen mengenai pendidikan khas yang merangkumi:

kategori individu berkeperluan khas; cara untuk mengenalpasti individu berkeperluan khas; aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang bertepatan dengan keperluan setiap individu khas;

keperluan fizikal atau infrastruktur khas seperti peralatan; bahan dan lain-lain; lain-lain perkara yang difikirkan bersesuaian.

Laporkan hasil pencarian dokumen anda dalam bentuk e-portfolio yang perlu dimuatnaik ke portal EPiC.

Aktiviti 2: Anda perlu membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Anda perlu melaksanakan perkara berikut: tetapkan kriteria penilaian berdasarkan kajian dokumen dalam aktiviti 1; bangunkan instrumen penilaian yang diperlukan; sediakan carta alir proses saringan (langkah-langkah membuat saringan)

Aktiviti 3: Berdasarkan instrumen yang anda bangunkan dalam aktiviti 2, seterusnya anda perlu melaksanakan perkara berikut: pilih satu kelas (mana-mana Tahun atau Tingkatan) murid-murid di sekolah sendiri lakukan proses penilaian menggunakan instrumen yang anda bangunkan lakukan proses saringan mengikut carta alir yang anda sediakan laporkan hasil saringan yang dilaksanakan

Aktiviti 4: Anda perlu menyediakan satu penulisan refleksi berdasarkan kepada pengalaman menyiapkan tugasan ini. Antara perkara yang boleh direnungkan adalah:

terdapatkah murid-murid dengan pelbagai keperluan khas dalam pembelajaran di kelas yang anda saring;

apakah ilmu pengetahuan yang telah anda perolehi berkaitan pendidikan khas melalui kursus ini;

adakah anda bersedia dan yakin untuk memberi pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi membantu murid-murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif ataupun SEIP;

lain-lain perkara yang berkaitan.