Anda di halaman 1dari 31

4531/3

FIZIK 3

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Fizik 3 SPM (4531/3) mengandungi 2 bahagian. Bahagian A: Bahagian ini mengandungi 2 soalan yang wajib dijawab oleh calon. Bahagian B: Bahagian ini mengandungi 2 soalan berbentuk merancang eksperimen dan calon diminta menjawab 1 soalan sahaja.

PRESTASI KESELURUHAN Calon mempamerkan prestasi yang baik. Sebahagian besar calon menunjukkan kemahiran membaca angkup vernier, menjadualkan data, melukis graf, menganalisis graf dan menyatakan hubungan graf. Namun begitu, masih ada calon yang tidak menulis unit apabila menentukan kecerunan dan tidak menulis unit dalam hasil penghitungan. Untuk kemahiran merancang eksperimen, calon dapat menentukan pembolehubah dengan betul tetapi tidak dapat menghuraikan kaedah eksperimen dengan tepat.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dapat membaca alat pengukur, menjadualkan data, memplotkan graf dengan tepat dan juga menguasai kemahiran menganalisis graf. Calon hanya menunjukkan sedikit kelemahan sebab tidak menulis unit kecerunan graf dan menyatakan langkah berjaga-jaga eksperimen yang kurang releven. Untuk kemahiran merancang eksperimen, calon dapat menentukan pembolehubah dengan betul dan menulis prosedur eksperimen dengan tepat. Kumpulan Sederhana Calon dapat membaca alat pengukur, menjadual data dan memplot graf tetapi kurang mantap. Untuk kaedah graf yang diuji, calon dapat mengintrapolasi graf tetapi tidak menggunakan kaedah yang tepat bagi menentukan kecerunan graf. Calon tidak menulis unit pada nilai hasil hitungan terutamanya unit bagi kecerunan. Untuk kemahiran merancang eksperimen, calon dapat menentukan pembolehubah dengan betul tetapi tidak menulis prosedur eksperimen dengan tepat.

Fizik 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kumpulan Rendah Calon gagal membaca angkup vernier dengan betul dan menjadualkan data yang salah. Calon menggunakan data yang salah untuk memplot graf, akibatnya hubungan graf tidk dapat dinyatakan dengan betul. Calon boleh mengintrapolasi graf tetapi menunjukkan kelemahan semasa menentukan kecerunan graf. Untuk kemahiran merancang eksperimen, sebilangan kecil calon dapat menentukan pembolehubah yang betul tetapi tidak menulis prosedur eksperimen dengan tepat. PRESTASI TERPERINCI

Soalan 1(a)(i) Sebahagian besar calon dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasikan dengan tepat. Soalan 1(a)(ii) Ramai juga calon dapat menyatakan pembolehubah bergerakbalas dengan tepat. Soalan 1(a)(iii) Sebahagian kecil calon tidak menyatakan pembolehubah dimalarkan dengan betul. Calon memberi jawapan yang bukan kuantiti fizik seperti contoh di bawah. Contoh

Soalan 1 (b) (i) Sebahagian kecil calon mencatat ralat sifar yang salah seperti contoh di bawah. Contoh

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (b) (ii) Ramai calon boleh menjadualkan data dengan betul, tetapi masih ada calon yang tidak mencatat unit pada jadual data. Ada juga calon yang tidak menjadualkan ketiga-tiga kuantiti fizik seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1: Jawapan yang betul

Kuantiti fizik tidak disertai dengan unit dan data yang salah seperti contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Tidak menjadualkan ketiga-tiga kuantiti fizik, kekurangan turus untuk bilangan lilitan, n seperti contoh 3 di bawah. Contoh 3

Soalan 1 (c) Ramai calon melukis graf yang betul tetapi masih ada calon melukis graf yang tergantung dan graf yang bukan garisan terbaik seperti contoh 1 dan contoh 2 di bawah.. Contoh 1 Graf tergantung, paksi tidak dilabel dengan unit dan bilangan titik-titik diplot tidak mencukupi

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2 Bukan garisan terbaik

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (a) (i) Sebahagian besar calon dapat menyatakan perubahan kepada X apabila D bertambah dengan betul. Soalan 2 (a) (ii) Sebahagian besar calon menunjukkan kemahiran mengintrapolasi graf. Soalan 2 (a) (iii) Kesalahan yang dilakukan oleh ramai calon dalam soalan ini adalah tidak menyatakan unit kecerunan. Sebahagian besar calon menggunakan segitiga yang kecil untuk menentukan kecerunan dan menyatakan jawapan dalam bentuk pecahan . Contoh Tidak menyatakan unit kecerunan dan jawapan dalam bentuk pecahan.

Soalan 2 (b) Ramai calon tidak memberikan jawapan dalam unit meter mengikut kehendak soalan seperti contoh 1.

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 1 Jawapan salah disebabkan unit

Jawapan yang betul adalah seperti contoh 2 di bawah. Contoh 2

Soalan 2 (c) (i) Ramai calon dapat memberikan jawapan yang tepat Soalan 2 (c) (ii) Ramai calon dapat memberikan jawapan yang tepat Soalan 2 (d) Ramai calon menyatakan langkah berjaga-jaga yang tidak relevan dengan eksperimen seperti dalam contoh di bawah. Contoh Jawapan yang tidak relevan dengan eksperimen

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

BAHAGIAN B Soalan 3(a)

Sebahagian besar calon boleh menyatakan inferens dengan tepat, dengan menyatakan pembolehubah sesuai dengan situasi yang diberi seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian kecil calon tidak dapat menulis inferens dengan tepat, kerana menggunakan pembolehubah yang memberi maksud berbeza dengan situasi sebenar seperti contoh 2 di bawah.

Fizik 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Sebahagian calon menyatakan inferens yang salah kerana ditulis hubungan antara pembolehubah seperti contoh 3 di bawah. Contoh 3

dalam bentuk

Soalan 3(b)

Sebahagian besar calon dapat menulis hipotesis dengan betul seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian calon menulis hipotesis yang salah kerana menggunakan pembolehubah yang tidak boleh diaplikasikan di dalam makmal seperti contoh 2 di bawah.

Fizik 3

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Soalan 3(c)(i)

Sebahagian besar calon dapat menyatakan tujuan eksperimen dengan tepat menggunakan pembolehubah yang dinyatakan dalam hipotesis seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Fizik 3

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebahagian calon menyatakan tujuan eksperimen yang tidak menggunakan pembolehubah yang salah seperti contoh 2 di bawah. Contoh 2

tepat

kerana

Soalan 3(c)(ii)

Sebahagian besar calon dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan tepat seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Ramai calon gagal menyatakan pembolehubah dimalarkan (fixed variable) dengan betul seperti contoh 2 dan 3 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 3

Soalan 3(c)(iii)

Sebahagian besar calon dapat menyenaraikan radas dan bahan eksperimen dengan betul sama ada tertera dalam pernyataan atau rajah seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian calon tidak dapat menyenaraikan senarai radas dan bahan yang mencukupi untuk menjalankan penyiasatan tujuan eksperimen yang dinyatakan seperti contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(c)(iv)

Terdapat ramai calon berjaya menggambarkan susunan radas eksperimen yang berfungsi dan berlabel seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian besar calon gagal menyatakan atau melukis susunan radas yang lengkap berlabel dan berfungsi seperti contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(c)(v)

Sebahagian kecil calon berjaya menyatakan kaedah mengawal pembolehubah manipulasi, mengukur pembolehubah bergerakbalas dan mengulang eksperimen bagi empat nilai pembolehubah manipulasi yang berbeza seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian besar calon menulis prosedur yang panjang tetapi tidak memenuhi kehendak soalan dengan prosedur yang salah untuk mengawal pembolehubah manipulasi, mengukur pembolehubah bergerakbalas dan tidak mengulang eksperimen untuk empat nilai pembolehubah manipulasi seperti contoh 2 di bawah.

Fizik 3

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Fizik 3

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(c)(vi)

Sebahagian besar calon dapat membuat jadual yang lengkap di mana pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas ditulis dengan unit yang betul seperti contoh 1 di bawah. Contoh 1

Terdapat ramai calon dapat membuat jadual yang pembolehubah yang salah seperti contoh 2 dan 3 di bawah. Contoh 2

lengkap

tetapi

dengan

Fizik 3

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 3

Soalan 3(c)(vii)

Sebahagian besar calon dapat menunjukkan kaedah analisa data sama ada dalam bentuk pernyataan atau lakaran graf dengan paksi yang betul seperti contoh 1 dan 2 di bawah. Contoh 1

Contoh 2

Fizik 3

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ramai calon tidak dapat menunjukkan lakaran graf dengan paksi yang betul seperti jawapan dalam contoh 3 di bawah. Contoh 3

Soalan 4(a)

Sebahagian besar calon boleh menyatakan inferens dengan tepat, dengan menyatakan pembolehubah sesuai dengan situasi yang diberi seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Fizik 3

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebahagian kecil calon tidak dapat menulis inferens dengan tepat, kerana menggunakan pembolehubah yang salah seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

Soalan 4(b)

Sebahagian besar calon dapat menulis hipotesis dengan betul seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian calon menulis hipotesis yang salah kerana menggunakan pembolehubah yang tidak boleh diukur seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(c)(i)

Sebahagian besar calon dapat menyatakan tujuan eksperimen dengan tepat menggunakan pembolehubah yang dinyatakan dalam hipotesis seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian calon menyatakan tujuan eksperimen yang tidak tepat kerana menggunakan pembolehubah yang salah seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(c)(ii)

Sebahagian besar calon dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan tepat seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Ramai calon gagal menyatakan pembolehubah bergerakbalas yang boleh diukur dan pembolehubah dimalarkan dengan betul seperti jawapan dalam contoh 2 dan 3 di bawah. Contoh 2

Contoh 3

Fizik 3

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(c)(iii)

Sebahagian besar calon dapat menyenaraikan radas dan bahan eksperimen dengan betul sama ada tertera dalam pernyataan atau rajah seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian calon tidak dapat menyenaraikan senarai radas dan bahan yang mencukupi untuk menjalankan penyiasatan bagi tujuan eksperimen yang dinyatakan seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(c)(iv)

Terdapat ramai calon berjaya menggambarkan susunan radas eksperimen yang berfungsi dan berlabel seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Sebahagian besar calon gagal menyatakan atau melukis susunan radas yang lengkap berlabel dan berfungsi. dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

Fizik 3

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat ramai calon melukis semula gambarajah dari soalan seperti jawapan seperti jawapan dalam contoh 3 di bawah. Contoh 3

Soalan 4(c)(v)

Sebahagian besar calon berjaya menyatakan kaedah mengawal pembolehubah manipulasi, mengukur pembolehubah bergerakbalas dan mengulang eksperimen bagi empat nilai pembolehubah manipulasi yang berbeza seperti jawapan dalam contoh 1 dan contoh 2 di bawah.

Fizik 3

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 1

Contoh 2

Fizik 3

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ramai calon menulis prosedur yang tidak menyatakan bagaimana mengukur pembolehubah bergerakbalas dan tidak mengulang eksperimen untuk empat nilai pembolehubah manipulasi yang berbeza seperti jawapan dalam contoh 3 di bawah. Contoh 3

Soalan 4(c)(vi)

Sebahagian besar calon dapat membuat jadual yang lengkap dengan menulis pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas yang betul seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Fizik 3

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat ramai calon dapat membuat jadual yang lengkap pembolehubah yang salah seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

tetapi

dengan

Soalan 4(c)(vii)

Sebahagian besar calon dapat menunjukkan kaedah analisa data sama ada dalam bentuk pernyataan atau lakaran graf dengan paksi yang betul seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah. Contoh 1

Fizik 3

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ramai calon gagal mendapat markah kerana pembolehubah yang jawapan dalam contoh 2 di bawah. Contoh 2

salah seperti

Fizik 3

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. Calon perlu menguasai kemahiran membaca alat pengukur yang sering digunakan di makmal. Menyatakan bacaan dengan menggunakan tempat perpuluhan dan unit yang betul. Boleh menjadualkan data. Setiap turus data harus dilabel dengan kuantiti fizik dan unitnya. Tempat perpuluhan data mesti konsisten. Melukis graf dengan kaedah yang betul seperti pemilihan skala yang sesuai, memplot titik-titik dengan tepat dan melukis garisan graf garis lurus terbaik. Menguasi kemahiran menganalisis graf seperti membuat ekstrapolasi, intrapolasi, menentukan kecerunan dan menyatakan hubungan graf. Calon harus menggunakan segi tiga yang cukup besar semasa menentukan kecerunan serta menyatakan unit kecerunan. Langkah berjaga-jaga yang diberikan oleh calon mesti sesuai dan dapat meningkatkan kejituan eksperimen. Calon mesti mengkaji situasi soalan dengan teliti untuk menyatakan inferens yang sesuai, menentukan pembolehubah dan hipotesis yang betul bagi situasi yang berkaitan. Senaraikan alat radas dengan lengkap dan mencukupi untuk mengukur semua pembolehubah yang dinyatakan. Pastikan susunan radas berfungsi dan boleh mengukur pebolehubah. Prosedur eksperimen hendaklah jelas dengan cara memperolehi pembolehubah manipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas. Ulang eksperimen untuk empat set bacaan lagi supaya memperolehi minima lima set data. Jadual hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai dua lajur dan baris dengan tajuk pembolehubah manipulasi dan pembulehubah bergerakbalas. Untuk analisis data, cadangkan pernyataan atau graf yang sepadan dengan pembolehubah yang digunakan. Calon hendaklah menguasai semua konstruk yang diuji dalam PEKA.

2. 3. 4.

5. 6.

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Fizik 3

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru harus memberi lebih peluang kepada pelajar menggunakan alat pengukur dan menjalankan eksperimen. Pelajar harus menguasai kemahiran yang tersenarai dalam konstruk PEKA. Berikan penekanan terhadap kejituan setiap alat pengukur yang ada di dalam makmal. Latih pelajar memerhati pelbagai situasi di luar makmal dan hubungkaitkan dengan eksperimen yang sesuai dalam makmal. Melatih pelajar untuk menganalisis graf secara lebih terperinci merujuk kepada pelbagai bentuk graf termasuk ekstrapolasi, intrapolasi dan kaedah menentukan dan mengira kecerunan dengan unit yang betul. Guru perlu melatih pelajar merancang eskperimen secara terperinci dengan ayat yang betul. Eksperimen yang tidak dapat dilakukan dalam makmal harus dibincangkan dengan pelajar secara teori. Lebih perihatin terhadap fakta asas fizik semasa penandaan kertas ujian dan peperiksaan.

2. 3. 4.

5. 6. 7.

Fizik 3

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Anda mungkin juga menyukai