Anda di halaman 1dari 26

1103/2 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Melayu 1103/2 mengandungi empat soalan: Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan

4 Rumusan Pemahaman Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Novel

BAHASA MELAYU 2

Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit dan wajib menjawab semua soalan. PRESTASI KESELURUHAN Kualiti jawapan calon pada keseluruhannya pada tahap baik. Calon dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Jawapan calon memenuhi kehendak atau tugasan soalan. Pada amnya calon dapat menguasai sistem ejaan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Penguasaan aspek tatabahasa dan pembinaan ayat juga dikuasai oleh calon dengan baik. Calon juga dapat menguasai aspek komponen sastera dengan baik. Penyampaian jawapan calon menunjukkan kematangan berfikir dan isi yang dikemukakan jelas mengikut kehendak soalan. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan tinggi Calon mengemukakan jawapan yang menepati kehendak soalan. Calon menghuraikan jawapan dengan terperinci, jelas dan tepat. Jawapan mudah difahami kerana penyampaiannya lancar dan gramatis serta kurang kesalahan bahasa. Kumpulan sederhana Jawapan masih memenuhi kehendak soalan tetapi kurang terperinci dan tidak lengkap. Penyampaian masih baik tetapi terdapat beberapa kesalahan dari segi tatabahasa. Kumpulan rendah Calon hanya menjawab beberapa soalan. Jawapan pula tidak tepat atau samarsamar serta bercampur-aduk. Terdapat jawapan yang menyimpang daripada kehendak sebenar soalan. Penyampaian kurang lancar dan kurang tersusun. Terdapat juga tulisan yang sukar dibaca dan mengandungi banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk memahami maksud jawapan sebenar yang ditulis.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI BAGI SETIAP SOALAN Soalan 1 (rumusan) Kekuatan isi pendahuluan Tugasan soalan ini meminta calon membaca, memahami dan memproses maklumat yang terdapat dalam petikan dan membuat satu pernyataan yang tepat berdasarkan fokus atau isu utama yang dibangkitkan dalam soalan. Dalam hal ini, calon cemerlang berjaya mengemukakan fokus isi yang lengkap dan tepat selari dengan kehendak tugasan soalan.

Kelemahan isi pendahuluan Masih ada calon yang salah tafsir kehendak sebenar soalan. Keadaan ini menunjukkan calon berkenaan gagal untuk memahami idea keseluruhan dalam petikan yang perlu dirumus dalam satu pernyataan pada perenggan pendahuluan.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan isi tersurat Kebanyakan calon dapat mengenal pasti dan seterusnya mengeluarkan isi tersurat daripada petikan dan menulis dengan jelas dalam satu perenggan. Jawapan calon menunjukkan bahawa calon memahami isi tersurat yang menyokong pernyataan idea utama dalam pendahuluan sebagai hujah untuk memperkukuh pernyataan pendahuluan tersebut. Jawapan isi tersirat juga dinyatakan dengan ayat yang gramatis.

Kelemahan isi tersurat Calon lemah yang tidak dapat mengenal pasti isi yang dikehendaki dan terdapat juga calon yang tersalah memilih isi tersurat. Selain itu, terdapat juga calon yang tidak dapat mengemukakan enam isi tersurat yang dikehendaki.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan isi tersirat Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dan mengemukakan isi tersirat yang tepat berdasarkan kemampuan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Kelemahan isi tersirat Calon lemah tidak dapat mengemukakan isi tersirat yang tepat atau memberikan isi tersirat kurang lengkap. Terdapat juga calon yang hanya mengemukakan satu isi tersirat

Kekuatan kesimpulan Calon cemerlang berjaya mengemukakan isi kesimpulan dengan memberikan cadangan atau harapan yang tepat sebagai penutup dengan diikuti oleh implikas atau kesan cadangan tersebut.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan kesimpulan Terdapat calon yang mengemukakan satu unsur sahaja dalam kesimpulan atau ayat kesimpulan yang langsung tidak menggambarkan satu pernyataan penutup yang tepat berdasarkan isu dalam petikan.

Soalan 2 (Pemahaman) Soalan 2 (a) Petikan umum Kekuatan Calon cemerlang menjawab soalan dengan menggunakan bahasa yang cukup gramatis baik dari segi imbuhan, pemilihan kosa kata, binaan frasa, struktur ayat mahupun penggunaan tanda baca dan sistem ejaan baru. Isi jawapan lengkap, jelas dan tepat kerana kemahiran calon menggunakan bahasa yang betul. Calon juga benar-benar faham maksud, idea dan isi dalam petikan serta dapat memproses maklumat. Calon berkebolehan mengolah dan menyusun jawapan dengan cara yang teratur.

Kekuatan jawapan soalan 2 (a) (i) Calon dapat memberikan makna rangkai kata dengan tepat dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Kelemahan jawapan soalan 2 (a) (i) Calon mengemukakan jawapan menggunakan ayat yang tidak gramatis iaitu hanya makna rangkai kata sahaja. Terdapat juga calon gagal memahami maksud rangkai kata dan tidak dapat mengemukan jawapan yang betul. Calon lemah juga mengemukakan jawapan dalam bentuk huraian.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 2(a) (ii) Calon cemerlang dapat mengemukakan jawapan yang tepat menggunakan ayat yang gramatis. Calon dapat Calon juga boleh mengemukakan lebih daripada dua isi yang dikehendaki dengan tepat.

Kelemahan jawapan soalan 2(a) (ii) Calon lemah memberikan isi jawapan yang tidak lengkap. Calon hanya menyatakan satu atau dua isi sahaja.

Kekuatan jawapan soalan 2(a) (iii) Calon cemerlang dapat mengemukakan tiga atau lebih isi jawapan daripada pilihan jawapan dengan tepat. Calon dapat memberikan sebab-sebab rakyat membeli coklat import. Calon juga memberikan jawapan menggunakan ayat sendiri yang baik dari segi susunan bahasanya.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan Soalan 2(a) (iii): Calon lemah salah dalam mentafsirkan kehendak sebenar soalan. Terdapat calon yang membuat perbandingan antara coklat tempatan dengan coklat import. Jawapan calon juga tidak menepati sebab-sebab rakyat membeli coklat import.

Soalan 2 (b) Petikan cerpen Kekuatan jawapan soalan 2(b) (i) Calon cemerlang dapat memberikan jawapan yang tepat berdasarkan petikan. Hal ini kerana kehendak soalan sangat jelas. Calon yang baik dapat mengesan jawapan yang terdapat dalam petikan. Jawapan yang diberikan juga lengkap dengan ayat yang gramatis. Calon juga mampu memberikan lebih daripada dua isi.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan 2(b) (i) Calon yang lemah hanya memberikan jawapan yang bersifat setara.

Kekuatan jawapan soalan 2(b) (ii) Calon cemerlang dapat memahami arahan soalan dengan baik dan memahami kandungan cerita petikan cerpen. Pemahaman terhadap cerita memudahkan calon untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan. Jawapan calon menepati kehendak soalan dan berjaya memberikan beberapa pilihan jawapan yang berkaitan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup di kawasan tersebut. Selain itu, calon dapat menggunakan ayat yang betul dan gramatis untuk menyampaikan jawapan tersebut. Calon dapat menggabungkan jawapannya dalam satu ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Calon menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan hubung kait antara satu jawapan dengan jawapan yang lain.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan soalan 2(b) (ii) Calon lemah tidak mengemukakan isi yang mencukupi. Kebanyakan calon hanya menjawab satu atau dua isi sahaja walaupun dikemukakan dalam ayat yang gramatis.

Kekuatan jawapan soalan 2(b) (iii) Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dan seterusnya dapat memberikan nilai kemanusiaan dan huraian yang tepat berdasarkan petikan. Calon cemerlang juga dapat dapat mengutarakan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen berserta huraian atau bukti yang relevan. Hal ini menunjukkan calon memahami dan menguasai kandungan cerpen tersebut.

Bahasa Melayu 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan soalan 2(a) (iii) Calon lemah hanya berupaya menghuraikan nilai kemanusiaan yang tepat dalam petikan sahaja. Calon gagal menyatakan nilai kemanusiaan yang tepat berdasarkan keseluruhan cerpen. Hal ini kerana calon tidak dapat mengingati cerita atau tidak menguasai kandungan cerita.

Soalan 2(c) Petikan prosa klasik Kekuatan jawapan soalan 2(c) (i) Calon cemerlang dapat memberikan maksud menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis. rangkai kata dengan tepat

Kelemahan jawapan soalan 2(c) (i) Calon lemah memberikan maksud rangkai kata berdasarkan tafsiran maksud yang kurang tepat. Hal ini disebabkan calon gagal memahami maksud yang sebenar berdasarkan ayat dalam petikan.

Bahasa Melayu 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 2(c) (ii) Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dan berupaya mengesan jawapan dalam petikan prosa klasik. Calon juga dapat menulis jawapan dengan ayat sendiri yang lengkap dan gramatis. Calon juga berupaya memberikan lebih daripada tiga faktor yang terdapat dalam petikan.

Kelemahan jawapan soalan 2(c) (ii) Calon lemah gagal memahami kehendak soalan. Oleh sebab itu, jawapan-jawapan yang dikemukakan tidak tepat.

Kekuatan jawapan soalan 2(c) (iii) : Calon cemerlang dapat menjawab soalan kemahiran berfikir ini dengan tepat dan menggunakan bahasa yang baik. Calon berjaya menyatakan cara-cara yang relevan untuk menyelesaikan masalah. Jawapan calon menunjukkan kematangan berfikir yang tinggi.

Bahasa Melayu 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan soalan 2(c) (iii) Calon lemah gagal mengemukakan jawapan yang bernas. Cara penyelesaian yang diberikan kurang tepat. Hal ini disebabkan tidak memahami kandungan cerita. Jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak soalan.

Soalan 2(d) Petikan syair Kekuatan jawapan soalan 2(d) (i) Calon cemerlang dapat menjawab soalan dengan tepat menggunakan ayat yang gramatis. Calon dapat memahami maksud keseluruhan puisi. Isi-isi jawapan yang dikemukakan mencukupi dan menepati kehendak soalan.

Bahasa Melayu 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan soalan 2(d) (i) Calon lemah kurang memahami maksud puisi ini. Calon gagal menyatakan kelebihan ilmu yang cukup kerana tidak memahami isi kandungan puisi.

Kekuatan jawapan soalan 2(d) (ii) Calon cemerlang mudah memahami kehendak soalan. Calon boleh menggunakan kematangan fikiran untuk menyatakan isi-isi jawapan yang tepat dan relevan. Jawapan disusun dengan kemas dan menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

Kelemahan jawapan soalan 2(d) (ii) Ramai calon tidak memberikan jawapan mengemukakan satu atau dua isi sahaja. yang mencukupi. Calon hanya

Bahasa Melayu 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 2(d) (iii) Calon cemerlang dapat mengemukakan jawapan dengan teknik jawapan yang betul. Calon dapat menyatakan tiga pengajaran dengan tepat berdasarkan puisi menggunakan ayat yang gramatis.

Kelemahan jawapan soalan 2(d) (iii) Calon lemah masih dapat mengemukakan pengajaran. Namun jumlah isi yang diberikan tidak mencukupi.

Bahasa Melayu 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (Pengetahuan dan kemahiran bahasa) Kekuatan jawapan soalan 3(a) Calon cemerlang memahami maksud perkataan yang diuji dengan tepat. Hasilnya, calon dapat membina ayat dengan tepat, gramatis, logik dan aplikatif menggunakan perkataan yang diuji. Tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan yang dilakukan oleh calon. Penggunaan kosa kata sesuai untuk menjelaskan maksud perkataan. Kesimpulannya, perkataan yang diuji dapat digunakan dalam ayat dengan betul dan bermakna oleh calon.

Kelemahan jawapan soalan 3 (a) Calon yang lemah tidak dapat memahami maksud kata yang diuji. Terdapat juga calon yang sengaja menukar atau meninggalkan imbuhan. Calon lemah juga membina ayat yang kurang gramatis.

Bahasa Melayu 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 3(b) Calon cemerlang dapat menjawab dengan tepat dan dapat membina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul dan meletakkan tanda soal pada akhir ayat tanya. Calon juga dapat menggunakan kata tanya yang bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi. Hal ini bermakna calon memahami dan menguasai ciri-ciri dan konsep ayat tanya dalam bahasa Melayu.

Kelemahan soalan 3 (b) Calon lemah jelas kurang menguasai konsep ayat tanya. Calon tidak dapat membina ayat tanya dengan tepat. Terdapat juga calon yang tidak memahami kehendak soalan dan hasilnya ayat tanya yang dibina mempunyai maksud yang salah berbanding kehendak sebenar soalan. Calon juga menambah atau memasukkan perkataan lain dalan ayat tanya yang dibina.

Bahasa Melayu 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 3(c) Calon cemerlang dapat mengesan dan mengenal pasti satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan yang terdapat dalam petikan soalan. Calon dapat mengaplikasikan penggunaan ejaan dan imbuhan yang sesuai dan tepat dalam konteks ayat. Calon menjawab dengan cara yang tepat seperti arahan soalan.

Kelemahan jawapan soalan 3(c) Calon lemah gagal membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. Calon yang lemah juga gagal membetulkan kesalahan ejaan meskipun telah dapat mengesan kesalahan tersebut terutamanya kata pinjaman seperti perkataan ambulans (ambulan) dan ekspedisi (ekspedesi). Hal ini kerana calon tidak menguasai ejaan perkataan pinjaman bahasa Inggeris serta pengaruh bahasa lisan.

Bahasa Melayu 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 3(d) Calon yang cemerlang mampu menjawab soalan dengan tepat. Calon berupaya mengesan kesalahan istilah dalam ayat dan menggantikannya dengan perkataan yang lebih tepat penggunaannya. Calon juga dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan membetulkan kesalahan itu dengan tepat. Calon menjawab dengan cara yang dikehendaki oleh soalan.

Kelemahan jawapan soalan 3(d) Calon lemah tidak dapat mengesan kesalahan penggunaan kata atau istilah. Terdapat juga calon yang berjaya mengesan istilah yang salah namun gagal menggantikan istilah yang salah dengan istilah yang lebih tepat. Calon lemah juga tidak dapat memberikan jawapan kesalahan tatabahasa dengan tepat. Hal ini kerana calon kurang menguasai asas tatabahasa.

Bahasa Melayu 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kekuatan jawapan soalan 3(e) Calon cemerlang memahami situasi yang dikemukakan dalam soalan. Calon dapat mengemukakan peribahasa yang tepat dan sesuai diisi dalam tempat kosong pada soalan.

Kelemahan jawapan soalan 3(e) Calon lemah tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat. Calon juga hanya memberikan satu atau dua jawapan sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa calon kurang menguasai aspek peribahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu.

Bahasa Melayu 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4 (Novel) Kekuatan jawapan soalan 4(a) Jawapan calon cemerlang menepati kehendak soalan. Bahasa yang digunakan gramatis, huraian jelas dan menepati isi kandungan novel yang dikaji. Calon-calon dapat memberikan jawapan tentang sebab-sebab novel yang dipilih boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca dengan huraian atau contoh yang tepat dan relevan.

Bahasa Melayu 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan soalan 4(a) SALAH WATAK Calon lemah memberikan jawapan menepati kehendak soalan. Calon memahami tugasan soalan dan menggunakan bahasa yang gramatis. Kelemahan calon ialah watak yang dikemukakan tidak tepat dan tidak berkaitan dengan watak dalam novel yang dikaji.

Bahasa Melayu 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

TIDAK CUKUP ISI Calon memahami tugasan soalan. Jawapan tepat, ayat yang digunakan gramatis. Namun, kelemahan calon ialah isi jawapan tidak mencukupi kerana calon hanya memberikan sebahagian isi sahaja.

Kekuatan jawapan soalan 4(b) Calon dapat memberikan jawapan dengan tepat, memahami tugasan soalan dengan baik dan dapat mengemukakan peristiwa yang berkaitan dengan nilai keberanian dengan tepat. Calon menggunakan bahasa yang gramatis dan lancar. Jawapan yang diberikan oleh calon menepati kehendak soalan.

Bahasa Melayu 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan jawapan soalan 4(b) Bahasa Kurang Baik Calon memahami tugasan soalan dan dapat mengemukakan peristiwa yang memaparkan nilai keberanian berkaitan novel yang dikaji. Kelemahan calon ialah terdapat kesalahan bahasa yang merangkumi aspek kesalahan penggunaan ejaan dan struktur ayat yang tidak tepat.

Bahasa Melayu 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Jawapan Berdasarkan Satu Novel Soalan 4(b) berdasarkan dua buah novel. Calon dapat mengemukakan jawapan dengan ayat yang gramatis. Kelemahan calon ialah jawapan yang diberi hanya berdasarkan satu novel sahaja. Oleh itu isi jawapan tidak lengkap.

Bahasa Melayu 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Isi Jawapan Negatif Jawapan yang diberikan oleh calon berbentuk negatif. Dari sudut moral, contoh jawapan yang dikemukakan oleh calon tidak diterima walaupun terdapat nilai keberanian.

Bahasa Melayu 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. 3. Banyakkan latihan. Menguasai teknik menjawab soalan. Menggunakan perkataan dan ayat sendiri semasa menjawab soalan pemahaman. 4. Jumlah markah pada setiap soalan perlu dijadikan panduan semasa menjawab. 5. Membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas setiap arahan soalan. 6. Menguasai perbendaharaan kata dan asas tatabahasa. 7. Menguasai sistem ejaan bahasa Melayu. 8. Menjadikan Kamus dan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. 9. Membaca buku teks komponen sastera dan menguasai isi kandungannya. 10. Banyakkan membaca akhbar dan majalah ilmiah untuk menambahkan kekuatan kemahiran berfikir. 11. Menjadikan kamus peribahasa sebagai rujukan tambahan agar dapat menguasai aspek peribahasa. SARANAN KEPADA GURU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Gunakan bahan pelajaran yang boleh menjana minda pelajar terutamanya penggunaan akhbar, majalah dan sebagainya. Sentiasa mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kendiri. Menguasai format dan teknik menjawab soalan yang betul. Banyakkan latihan untuk memberi bimbingan lanjut berdasarkan Kemahiran Berfikir. Sentiasa merujuk buku Tatabahasa Dewan. Sentiasa menggunakan kamus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teks komsas perlu diberikan penekanan terutama aspek kajian sastera yang dijadikan soalan peperiksaan. Soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir perlu diperbanyakkan supaya pelajar dapat memberikan pendapat yang bernas. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Membentuk soalan peperiksaan dalaman yang mencapai tahap peperiksaan sebenar. Sentiasa mengikuti perkembangan bahasa terkini. Sentiasa mengikuti isu-isu semasa untuk merangsang percambahan fikiran dan Idea. Menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku Kupasan Mutu Jawapan Calon terbitan LPM mesti dihayati oleh semua guru Bahasa Melayu

Bahasa Melayu 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010