Anda di halaman 1dari 32

3757/2

EKONOMI ASAS 2

BENTUK KERTAS SOALAN. Kertas Ekonomi Asas 3757/2 mengandungi dua bahagian iaitu: Bahagian A Calon dikehendaki memilih 3 soalan daripada 5 soalan dalam bahagian ini. Bahagian B Mengandungi soalan 6 dan wajib dijawab. Calon diberi masa 2 jam untuk menjawab kedua-dua bahagian tersebut. PRESTASI KESELURUHAN Secara keseluruhan prestasi calon pada tahun ini adalah sederhana tetapi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Sebahagian besar calon berupaya mengaitkan teori, konsep, fakta, huraian dan kemahiran ekonomi dengan memberi respon yang tepat dan relevan dengan bahan rangsangan/situasi yang dikemukakan dalam tugasan soalan. Namun begitu terdapat calon yang hanya berupaya mengemukakan fakta tanpa dapat menghurai dengan tepat. Sebahagian kecil calon memberi respon dengan fakta dan huraian yang tidak tepat. Prestasi calon menjawab soalan Bahagian B lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon mampu memahami dan mentafsir tugasan soalan dengan tepat. Konsep, kemahiran, fakta, huraian dan contoh dapat dikemukakan dengan tepat, mencukupi, sistematik dan lengkap bagi soalan yang dijawab. Penguasaan bahasa dan pengolahan adalah baik, tepat dan ringkas. Calon kumpulan ini mempunyai kebolehan menjawab dengan baik soalan berbentuk pengiraan dan menganalisis data. Kumpulan Sederhana Calon dapat memberi respon yang tepat bagi soalan aras rendah dan sebahagian soalan aras sederhana. Namun calon dalam kumpulan ini gagal menguasai soalan aras tinggi. Calon memperlihatkan hanya mampu menguasai tajuk-tajuk tertentu sahaja. Mereka juga gagal menjawab soalan pengiraan. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab kesemua pecahan soalan yang dikemukakan dengan tepat. Terdapat calon mengulangi fakta yang sama dan huraian yang dikemukakan kurang tepat. Calon tidak mampu memberi respon yang tepat bagi soalan berbentuk mentafsir, menganalisis dan membuat keputusan. Calon juga masih lemah dalam menjawab soalan Bahagian B. Istilah dan konsep ekonomi yang kurang mantap menyebabkan calon tidak dapat mengemukakan jawapan yang baik.

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kumpulan Rendah Calon tidak dapat menjawab soalan atau jawapan calon tidak bertepatan dengan tugasan soalan. Calon menjawab berdasarkan apa yang mereka tahu dan bukannya apa yang dikehendaki dalam tugasan soalan. Calon mengemukakan fakta dan huraian berdasarkan pemikiran logik tanpa menggunakan teori atau konsep ekonomi yang dipelajari. Fakta dan huraian yang diberi tidak tepat dan tidak mencukupi. Penguasaan bahasa dan konsep ekonomi yang lemah menyebabkan calon gagal menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi. PRESTASI TERPERINCI Soalan 1 (a) Prestasi jawapan calon sangat baik. Kekuatan calon dapat menerangkan konsep masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan dalam memilih projek pembangunan yang diberi dan penyelesaiaannya dengan tepat. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan sebahagian kecil calon ialah mengemukakan jawapan berkaitan masalah asas ekonomi dan bukannya masalah ekonomi. Contoh jawapan calon:

Kesilapan sebahagian kecil calon ialah membuat huraian masalah kekurangan dikaitkan dengan kekurangan modal atau kekurangan wang. Sepatutnya calon menjawab sumber pendapatan negara. Bagi masalah pilihan, kesilapan yang dilakukan ialah memilih Projek Tebatan Banjir Sungai Pari atau Kompleks Sukan Komuniti Taiping. Jawapan yang tepat ialah memilih salah satu Projek pembangunan yang dinyatakan atau memilih projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat atau Projek Tebatan Banjir Sungai Pari. Dari aspek kos lepas, terdapat calon menghurai sebagai barang terbaik yang dilepaskan atau barang kedua terbaik yang dipilih. Huraian yang tepat ialah projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan atau melepaskan Projek Kompleks Komuniti Taiping. Calon hanya menyatakan memilih projek pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat tanpa perkataan kebajikan maksimum. Soalan 1 (b) (i) Prestasi calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menyatakan sistem ekonomi perancangan pusat. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil calon yang menjawab sistem ekonomi kapitalis. Kesilapan calon juga ialah mengemukakan dua jenis sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan perancangan pusat dalam jawapan.

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (b) (ii) Prestasi calon adalah baik. Kebanyakan calon mampu menjelaskan ciri lain yang diminta. Ciri yang dikemukakan tepat dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Kelemahan segelintir calon ialah menyatakan kembali ciri pilihan dan pemilikan sumber yang telah dinyatakan dalam soalan. Contoh jawapan calon:

Terdapat calon memberi konsep yang tidak lengkap seperti untung maksimum dan kebajikan maksimum. Terdapat juga segelintir calon yang tidak dapat mengenal pasti sistem ekonomi Negara Noor dan negara asal Martina dengan tepat.

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (c)(i) (a) Prestasi calon adalah baik. Sebahagian besar calon memberi jawapan yang lengkap berserta jalan kerja. Contoh jawapan calon:

Soalan 1 (c)(i) (b) Pada keseluruhannya prestasi calon adalah baik. tepat. Contoh jawapan calon: Calon dapat mengira dengan

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat segelintir calon yang tidak tahu mengira upah benar. Kesilapan calon menulis nilai upah benar dalam RM sepatutnya unit Soalan 1 (c) (ii) Prestasi calon kurang memuaskan. Bagi jawapan yang baik calon dapat menjelaskan mengenai upah benar dan upah wang dengan menganalisis pengiraan. Contoh jawapan calon adalah seperti di bawah.

Kelemahan ramai calon ialah kesilapan mengira upah benar dan tidak menyatakan keadaan turun atau naik serta tidak menjelaskan perbandingan antara tahun. Calon lemah juga tidak mengaitkan upah benar dengan kuasa beli wang. Soalan 1 (d) Prestasi calon dalam soalan ini adalah baik. Kekuatan calon dapat menerangkan tiga potongan wajib dengan tepat seperti berikut:

Kelemahan segelintir calon hanya menulis fakta jawapan di bawah:

tanpa huraian seperti contoh

Soalan 2 (a) Prestasi keseluruhan calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menghuraikan konsep isi rumah dengan tepat dan jelas. Contoh jawapan calon baik:
Ekonomi Asas 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan segelintir calon tidak dapat menjelaskan maksud isi rumah dan gagal menyatakan isi rumah sebagai unit ekonomi. Soalan 2 (b) (i) Calon cemerlang berjaya mengaitkan hubungan antara harga barang X dan kuantiti barang Y. Bagi calon sederhana dan rendah, mereka tidak mampu mentafsir rajah dan mengaitkan harga barang X dengan kuantiti barang Y dengan baik. Soalan 2 (b) (ii) Kekuatan Calon dapat menjelaskan dengan tepat hubungan antara harga barang X dengan kuantiti barang Y berasaskan hubungan barang penggenap. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah hanya menjelaskan keluk tanpa memberi hubungan kenaikan harga barang X terhadap kuantiti barang Y. Contoh jawapan calon.

Soalan 2 (c) (i) Calon cemerlang memberikan jawapan yang tepat. Contoh jawapan calon:

Kelemahan calon memberi jawapan yang salah dan terdapat juga calon yang bertukar nilai P dengan Q.

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (c) (ii) (a), (b), (c) Walaupun kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik tetapi tidak ramai calon yang dapat menjawab pecahan soalan (a) dan (b). Kekuatan calon mampu menjelaskan hubungan antara output dengan kos purata dan kos sut. Contoh jawapan calon.

Ekonomi Asas 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan segelintir calon ialah gagal menjelaskan kos purata dan kos sut minimum. Calon tahap rendah menjelaskan hubungan berdasarkan angka yang dipetik dalam soalan tanpa menyatakan hubungan meningkat atau jatuh atau minimum. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (d) Prestasi calon adalah sederhana. Kekuatan calon dapat mentafsir rangsangan yang dikemukakan dan menjelaskan faktor mempengaruhi pertambahan penawaran televisyen. Contoh jawapan calon.

Kelemahan calon ialah menjelaskan faktor mempengaruhi permintaan bukannya penawaran. Terdapat juga kesilapan calon yang hanya menyenaraikan faktor sahaja tanpa disokong dengan huraian. Soalan 3 (a) (i) Prestasi calon secara keseluruhan adalah baik. Kekuatan calon mampu menyatakan kauntiti permintaan dan penawaran pasaran dengan tepat. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah gagal mengenal pasti kuantiti permintaan atau penawaran. Terdapat calon bertukar kuantiti permintaan dengan kuantiti penawaran. Kesilapan yang sering dilakukan oleh sebahagian calon tidak menulis unit. Soalan 3 (a) (ii) Calon kumpulan baik dapat menjelaskan keadaan ketidakseimbangan pasaran dengan tepat. Contoh jawapan calon:

Sebahagian calon tidak dapat menjelaskan keadaan ketidakseimbangan pasaran mungkin disebabkan tidak menguasai topik keseimbangan pasaran. Soalan 3 (a) (iii) Calon kumpulan baik dapat menghuraikan keadaan pasaran dengan tepat, jelas dan mencukupi. Jawapan calon seperti contoh berikut:

Calon lemah tidak dapat menghuraikan keadaan pasaran mungkin disebabkan tidak menguasai topik keseimbangan pasaran.

Ekonomi Asas 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (b) Prestasi calon kurang memuaskan. Calon baik dapat menjawab dengan tepat dan berjaya menghubungkait kesan dinyatakan dengan pasaran kereta import. Contoh jawapan calon:

Kelemahan calon ialah menjelaskan semula kandungan dalam petikan rangsangan tanpa menyatakan kesan ke atas kereta import. Kelemahan calon menjawab secara umum atau logik akal serta menjelaskan kesan ke atas pasaran kereta tempatan yang sepatutnya kesan ke atas pasaran kereta import. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (c) Calon dapat mengenal pasti logo dengan tepat. Mereka juga dapat menyatakan fakta dan huraian dengan tepat, jelas dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Walau bagaimanapun sebahagian besar calon gagal mengenal pasti logo bank pusat. Kesannya huraian mereka tertumpu kepada bank perdagangan atau Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB).

Ekonomi Asas 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (d) Prestasi calon kurang memuaskan. Bagi segelintir calon baik mereka dapat menyatakan fakta dan huraian dengan tepat, jelas dan mencukupi. Kebanyakan calon menerangkan tentang sumbangan Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) dan terdapat juga calon menerangkan jenis-jenis akaun di bank perdagangan sedangkan respon yang diperlukan ialah IKBB menerima deposit daripada orang ramai. Soalan 4 (a) (i) Prestasi calon adalah rendah kerana kebanyakan calon gagal menjawab soalan ini. Sebahagian kecil calon dapat memberi jawapan yang tepat tetapi fakta dan huraian tidak mencukupi. Contoh jawapan calon:

Kelemahan calon ialah menerangkan aliran sumbangan sektor utama tetapi tidak menerangkan sebab sumbangan sektor utama semakin menurun. Terdapat juga calon yang menyenaraikan fakta yang tidak relevan dengan kehendak soalan.

Ekonomi Asas 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4 (a) (ii) Sebahagian kecil sahaja calon yang dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Kebanyakan calon gagal menganalisis jadual. Kelemahan calon ialah menjelaskan keadaan arah aliran sumbangan sektor kedua dan sektor ketiga secara umum iaitu sama ada menurun atau meningkat tanpa menyatakan tempoh (tahun) seperti kehendak soalan. Terdapat segelintir calon yang menjelaskan kesan peningkatan sumbangan sektor kedua dan ketiga terhadap ekonomi negara sedangkan respon yang diperlukan ialah menjelaskan arah aliran sumbangan sektor. Contoh jawapan calon:

Soalan 4 (b) (i) Prestasi calon adalah sederhana. Kebanyakan calon boleh menjawab soalan dengan tepat. Namun begitu terdapat sebahagian kecil calon gagal menjawab soalan ini. Ramai calon yang menyalin petikan soalan sebagai jawapan.

Ekonomi Asas 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4 (b) (ii) Prestasi calon adalah sederhana. Segelintir calon yang baik dapat memberikan fakta dan huraian yang tepat dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Namun kelemahan ramai calon ialah menyatakan fakta tanpa huraian. Terdapat calon yang menjawab cara mengatasi inflasi sedangkan jawapan yang diperlukan ialah cara mengatasi kemelesetan ekonomi. Selain itu kelemahan calon ialah menghuraikan cara dasar belanjawan sedangkan soalan meminta calon menghuraikan cara bank pusat mengatasi kemelesetan. Soalan 4 (c) Hampir keseluruhan calon gagal menjawap soalan ini. Namun segelintir kecil calon dapat menjawab dengan memberi fakta dan huraian tetapi tidak mencukupi. Contoh jawapan calon:

Sebahagian besar calon tidak dapat menyatakan fakta yang tepat.


Ekonomi Asas 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4 (d) Prestasi calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menyatakan perbezaan sahaja tanpa menyatakan persamaan sedangkan kata tugas ialah Bandingkan. Contoh jawapan calon:

Kelemahan segelintir calon ialah tidak dapat menyatakan fakta beban cukai dan contoh cukai.

Ekonomi Asas 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5 (a) Prestasi calon adalah sederhana. Sebahagian kecil calon memberikan fakta dan huraian yang tepat dan mencukupi. Contoh jawapan calon: yang baik dapat

Kelemahan ramai calon ialah tidak dapat memberikan fakta yang tepat. Terdapat juga calon yang cenderung mengulangi fakta semasa mengemukakan huraian. Kebanyakan calon juga memberikan jawapan yang kurang jelas dan terlalu umum.

Ekonomi Asas 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5(b) (i) Prestasi calon adalah baik. Kekuatan sebahagian besar calon kerana dapat menjawab mengikut format pengiraan, jalan kerja dan memberi jawapan yang tepat. Namun begitu, kesilapan segelintir calon ialah tidak mencatat perkataan nilai bagi eksport nampak dan import nampak. Contoh jawapan calon:

Soalan 5 (b) (ii) Prestasi calon kurang memuaskan. Sebahagian kecil calon dapat menjawab mengikut format pengiraan, jalan kerja dan memberi jawapan yang tepat. Contoh jawapan calon:

Namun begitu, kebanyakan calon tidak menguasai format menghitung imbangan akaun semasa. Kebanyakan calon menjawab secara kurang jelas iaitu tidak menulis butiran tetapi menulis angka sahaja. Kesilapan sebahagian calon ialah mengkelaskan butiran urus niaga kerajaan dalam imbangan pendapatan yang sepatutnya berada dalam imbangan perkhidmatan.

Ekonomi Asas 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5 (c) Prestasi calon adalah sederhana. Segelintir calon baik dapat menjawab dengan tepat. Contoh jawapan calon:

Namun terdapat calon yang gagal meletakkan titik perpuluhan dengan tepat. Kelemahan kebanyakan calon ialah tidak mengemukakan format pengiraan yang betul. Selain itu sebahagian calon didapati tidak menulis unit yen dalam jawapan. Soalan 5(d) Prestasi calon tidak memuaskan. Segelintir calon yang mendapat markah penuh memberikan huraian dengan tepat dan mencukupi. Kelemahan calon ialah menjawab secara umum dan tidak memfokuskan kepada kepentingan Yen Jepun kepada Malaysia. Terdapat jawapan calon yang terpesong dengan menjelaskan kesan terhadap nilai Ringgit berbanding Yen. Kesilapan sebahagian calon ialah menggunakan perkataan membeli barang dari Jepun dan tidak menggunakan laras bahasa ekonomi iaitu mengimport.

Ekonomi Asas 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5 (e) Prestasi calon adalah kurang memuaskan. Calon baik dapat menjelaskan kesan perubahan eksport dan import dengan jelas, tepat dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Kelemahan sebilangan besar calon ialah memberikan jawapan terpesong daripada kehendak soalan. Kebanyakan calon memberikan jawapan eksport meningkat dan import meningkat sahaja tanpa mengaitkan dengan kedudukan penawaran dan permintaan Ringgit Malaysia. Antara kelemahan ketara calon ialah gagal menganalisis angka (kuantiti) yang dikemukakan sebagai rangsangan dalam soalan iaitu calon hanya menyalin semula butiran atau angka dalam rangsangan tanpa membuat perbezaan peningkatan nilai eksport. Sebahagian calon menjelaskan kesan secara umum dan tidak mengaitkan dengan kesan terhadap import dan eksport. Kesilapan calon juga ialah menjawab kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap imbangan dagangan sedangkan kehendak soalan ialah kesan perubahan eksport dan import terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia.

Ekonomi Asas 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (a) Prestasi calon adalah baik. Ramai calon mampu meneroka dan mengesan maklumat dalam petikan. Calon dapat membuat keputusan yang tepat beserta dengan alasan yang jelas dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Namun terdapat calon yang tidak dapat mengesan dan memahami maklumat dalam petikan. Pendirian mereka ialah memilih pekerjaan sebagai guru tuisyen sedangkan soalan berkehendakkan pendirian pemilihan pekerjaan di Syarikat Lubuk Emas Sdn Bhd. atau Syarikat Seribong Sdn. Bhd. Kesilapan sebahagian kecil calon yang memberi huraian tidak selaras dengan pendirian, di mana calon memberi pendirian tidak setuju tetapi memberi alasan bersetuju. Terdapat juga calon yang tidak menyatakan pendirian dan mencampur adukkan alasan setuju dan tidak setuju.

Ekonomi Asas 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh jawapan calon :

Soalan 6 (b) Prestasi calon adalah sederhana. Sebahagian kecil calon sahaja yang dapat memberikan respon yang tepat, jelas dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat segelintir calon yang dapat memberikan alasan dengan tepat tetapi tidak mencukupi. Contoh jawapan calon:

Namun begitu, kebanyakan calon tidak dapat memberikan alasan dengan tepat dan terdapat juga calon yang cuba memberikan alasan tetapi tidak relevan dengan kes dan kehendak soalan. Soalan 6 (c ) Prestasi calon adalah kurang memuaskan. Sebahagian kecil sahaja calon mampu menjawab soalan ini dengan tepat, jelas dan mencukupi.Terdapat segelintir calon yang dapat menjawab soalan ini dengan tepat tetapi tidak mencukupi. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebahagian besar calon tidak dapat menjawab dengan jelas dan tepat kerana kurang pengetahuan dan kemahiran menggaplikasi teori ekonomi dengan kehendak soalan. Kelemahan kebanyakan calon menyenaraikan huraian tanpa mengemukakan fakta yang sesuai. Contoh jawapan calon:

Soalan 6 (d ) Prestasi calon tidak memuaskan. Sebahagian kecil sahaja calon mampu menjawab soalan ini dengan tepat dan mencukupi. Contoh jawapan calon:

Kelemahan kebanyakan calon ialah tiada kemahiran menganalisis untuk menjawab soalan iaitu kesan terhadap masyarakat. Calon memberikan jawapan secara umum dan mengemukakan kelebihan belajar di pusat tuisyen.

Ekonomi Asas 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (e ) Prestasi calon tidak memuaskan. Hanya sebahagian kecil calon dapat memberikan pendirian dan alasan yang tepat. Contoh jawapan calon:

Kelemahan kebanyakan calon ialah dapat menyatakan pendirian tetapi mengemukakan alasan yang tidak mencukupi atau tidak dapat mengemukakan alasan yang relevan. Contoh jawapan calon:

Terdapat segelintir calon yang dapat mengemukakan pendirian tetapi memberi alasan yang bertentangan dengan pendirian yang diberikan.

Ekonomi Asas 2

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (f ) Prestasi calon kurang baik. Segelintir calon baik dapat memberikan fakta dan huraian dengan tepat dan mencukupi. Bagi calon kumpulan sederhana, mereka dapat memberikan fakta tetapi tiada huraian atau fakta dan huraiannya tepat tetapi tidak mencukupi. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan kebanyakan calon ialah memberi jawapan fungsi lain bank perdagangan sedangkan kehendak soalan ialah fungsi kemudahan pembayaran bank perdagangan. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga kesilapan calon mengemukakan fakta kemudahan pembayaran bank perdagangan yang tidak relevan dengan perkhidmatan pembayaran bil seperti kehendak soalan. Contoh jawapan calon:

Ekonomi Asas 2

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. 3. 4. 5. Perlu menguasai konsep, istilah dan fakta ekonomi dengan tepat. Semua tajuk perlu dipelajari dan diberi perhatian yang sama kerana kebanyakan soalan ada kaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Gunakan buku teks yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan rujukan utama. Biasakan diri merangka jawapan agar fakta dan huraian cukup serta tidak mengulangi fakta atau huraian yang sama. Jawab kedua-dua Bahagian A ( 3 soalan ) dan satu soalan wajib di Bahagian B. Gunakan peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan sebagai panduan bagi menentukan jumlah fakta yang sepatutnya diberi dalam jawapan. Jawapan perlu dikaitkan dengan bahan rangsangan yang diberi dalam soalan. Elakkan jawapan secara umum. Jawapan hendaklah spesifik dan tepat. Gunakan laras bahasa atau istilah ekonomi yang tepat. Bagi soalan pengiraan, tulis rumus yang berkenaan, tunjukkan cara pengiraan dan beri jawapan yang tepat. Nyatakan unit yang berkenaan dalam jawapan. Perbanyakkan latihan kendiri terutamanya soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas agar lebih terdedah dengan aras soalan peringkat SPM terutamanya soalan berbentuk kemahiran berfikir seperti mengaplikasi, membanding beza, mentafsir, membuat keputusan dan menganalisis jadual atau data, bahan grafik dan situasi atau kes. Perlu pembacaan yang luas tentang isu-isu ekonomi semasa peringkat negara atau global melalui media cetak atau elektronik agar mendapat pendedahan yang secukupnya tentang perkembangan dunia ekonomi dan kaitkan dengan teori ekonomi yang dipelajari. Perlu memilih soalan dengan bijak untuk mendapat markah yang tinggi. Mulakan ulangkaji semasa Tingkatan 4 dan pastikan dapat menguasai sukatan pelajaran Tingkatan 4 sebelum memulakan pembelajaran di Tingkatan 5. Elakkan amalan mengulangkaji pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan SPM. Fahami tugasan soalan sebelum menjawab. Jawab apa yang ditanya dan bukannya apa yang saya tahu atau mengikut pemikiran logik sahaja.

6.

7. 8.

9.

10.

11. 12.

13.

Ekonomi Asas 2

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA GURU 1. 2. Pastikan setiap pelajar menguasai konsep, istilah, teori, rumus dan laras bahasa ekonomi. Pelbagaikan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran serta gunakan bahan sumber pendidikan yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan bagi menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran. Beri pendedahan awal dan latihan berterusan kepada pelajar dalam bentukbentuk soalan SPM terkini bermula semasa di Tingkatan 4 agar pelajar biasa dengan soalan yang berbentuk kemahiran berfikir dan menjawab berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Ingatkan pelajar supaya menjawab 3 soalan dari Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B. Wujudkan pembelajaran kontekstual yang mampu memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mendekatkan diri dengan pengalaman sebenar yang berlaku di persekitaran mereka kerana ini dapat membantu menjana idea dan percambahan minda pelajar. Pastikan pelajar melukis rajah atau keluk dengan cara yang betul tanpa mengabaikan label yang perlu ada dalam rajah atau keluk tersebut seperti titik origin dan unit pada paksi. Sentiasa mengingatkan pelajar agar menulis rumus, menunjukkan cara pengiraan yang teratur, memberi jawapan yang tepat dan jelas serta menulis unit yang sesuai semasa latihan, ujian atau dalam peperiksaan. Bimbing pelajar menghasilkan jawapan tepat dan padat tanpa meleret-leret. Lakukan pemeriksaan latihan secara tekal dan berterusan agar kelemahan dan kesilapan dapat diminimumkan. Guru perlu membina soalan yang sama standard dengan soalan SPM agar pelajar mendapat pendedahan yang berdasarkan aras soalan SPM. Galakkan dan bimbing pelajar cara belajar yang berkesan agar daya ingatan dan kefahaman pelajar lebih mantap. Pastikan pelajar menguasai isi kandungan mata pelajaran Ekonomi Asas secara menyeluruh dan bukannya memilih atau memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk tertentu sahaja. Guru perlu membuat pengesanan terhadap kelemahan pelajar dan membuat penambahbaikan, klinikal, pengukuhan dan pengayaan.

3.

4.

5.

6.

7.

8. 9. 10.

11.

Ekonomi Asas 2

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010