Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan. Kesan pencemaran udara boleh memudaratkan kesihatan manusia. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Rajah 1 : Proses kejadian hujan asid

OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif Kerja Kursus Geografi yang dijalankan adalah seperti: 1. Mengetahui bagaimana proses kejadian hujan asid berlaku 2. Mengkaji punca yang telah menyebabkan kejadian hujan asid 3. Mengetahui kesan hujan asid terhadap kesihatan manusia 4. Mencari dan mengkaji cara mengatasi masalah hujan asid

HASIL KAJIAN
Punca
Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera. Proses peleburan bijih timah juga yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.

Rajah 2: Pembebasan asap kilang Aktiviti sistem pengangkutan juga menyumbang kepada berlakunya hujan asid dimana asap ekzos akan membebaskan gas nitrogen oksida dan nitric oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta. Melalui kegiatan pertanian pula penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen dan pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.

Rajah 3 : Pembebasan asap kenderaan

Hujan asid juga boleh terjadi secara semulajadi dimana letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida. Selain itu juga melalui penguraian bahan organik dengan aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida. Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.

Rajah 4: Letupan gunung berapi Manakala semburan lautan juga merupakan punca berlakunya hujan asid. Lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan.

Rajah 5: Semburan racun

Kesan
Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihata, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bengunan serta peralatan bangunan. Dari segi kesihatan ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahupun muda terhadap penyakit asma. Bagi kanak-kanak pula hujan asid boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas sulphur pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit dada, tulang, batuk, kerongkong, barah. Selain itu ia menyebabkan penyakit kulit, kerosakan tisu badan manusia kepada sesiapa yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.

Rajah 6: Penyakit kulit kronik Selain itu hujan asid juga memberi kesan terhadap tanah dan tumbuhan. Hujan ini menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid. Hujan asid akan menyebabkan kandungan asid dan alkali menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH yang kurang daripada 6 akan menyebabkan organik tanah mati, maka tanah ini akan menjadi tidak subur disebebakan nutrisi dalam tanah tiada. Ini akan menjejaskan pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan. Hujan asid yang terkena pada daun pokok akan memusnahkan fungsi daun. Ini kerana bahagian daun yang terkena hujan asid tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan sempurna menyebabkan pokok akan mati.

Rajah 7: Kemusnahan hutan Ekosistem akuatik juga terganggu disebabkan oleh hujan asid ini. Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik. Ini akan menganggu pembiakan ikan dan amfibia. Manakala ikan dan udang secara tidak lansung merupakan ancaman kepada manusia dimana kandungan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke kulit haiwan. Apabila manusia makan ikan ini akan menyababkan barah. Air sungai atau laut yang menjadi berasid akan membunuh hidupan akuatik.

Rajah 8: Kemusnahan hidupan laut Di bandar pula hujan asid yang turun akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan bangunan. Hujan asid yang turun akan terkumpul menjadi pemendapan berasid dan ini akan mempercepat kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu ia akan melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

Rajah 9: Pengaratan bangunan

Cara Mengatasi
Bagi mengatasi masalah hujan asid yang kian melanda dunia pada masa kini, beberapa langkah selamat boleh dijalankan. Antaranya ialah meletakkan batu kapur ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan. Proses ini akan membaik pulih tasiktasik yang tercemar dengan pHnya ialah antara 5.5 hingga 7.0. Kedua, kilang-kilang sepatutnya menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara lansung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida. Selain itu pemasangan penapis asap dicerobong asap di kilang-kilang patut dilakukan untuk menapis gas sulfur dioksida. Rakyat juga digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum untuk mengisi kenderaan disamping menggunakan kenderaan awam mahupun berkongsi kenderaan. Manusia sepatutnya mengawal aktiviti pembakaran terbuka mahupan hutan. Penguatkuasakan undang-undang iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 perlu dikuatkuasakan dengan mengenakan denda, kompuan yang tinggi serta penarikan lesen kepada premis yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Mengemukan laporan Impak Alam Sekitar (EIA) bagi setiap projek pembangunan yang dilakukan. Langkah mengatasi juga boleh dilakukan melalui pendidikan dimana kempen, forum serta seminar berkaitan penjagaan alam sekitar khususnya berkaitan pencemaran udara kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu juga penerapan aspek memetingkan penjagaan alam sekitar melalui subjek di sekolah dan insitusi pengajian tinggi. Pendidikan dari awal sangat penting bagi menyedarkan masyarakat bahawa kesan pencemaran ini amat berbahaya kepada manusia.

PERBINCANGAN

KESIMPULAN
Hujan asid boleh dielakkan sekiranya aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan. Hujan asid sememangnya menjadi salah satu fenomena yang akan merosakkan alam sekitar. Langkah-langkah strategik perlu diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif hujan asid tersebut.

SUMBER RUJUKAN