Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Bidang tugas Pada 22 September 2013 sehingga 26 September 2013, satu program Bakti Siswa telah dijalankan di Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) di daerah Pendang, Kedah. Kumpulan saya terdiri daripada 10 orang ahli telah mendapat tugasan untuk menjalankan program Bakti Siswa ini selama seminggu. Saya telah dilantik menjadi jawatankuasa makanan untuk kumpulan kami. Antara bidang tugas jawatankuasa makanan ialah : 1.1 Sebelum Pada mesyuarat kali pertama, perlatikan ahli jawatankuasa pelaksana program Bakti Siswa PDK Pendang telah diadakan bagi memastikan setiap ahli memainkan peranan dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Setelah itu, saya telah mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa tertinggi iaitu pengerusi, setiausaha dan bendahari untuk mendapatkan maklumat mengenai bajet dan peruntukan yang telah diperolehi untuk menyediakan makanan sepanjang program ini berlangsung. Bagi memohon peruntukan elaun makan daripada pihak pentadbiran Institut, saya telah membuat permohonan dengan mengisi borang LO untuk diluluskan oleh pihak pentadbiran kewangan sebelum program dilaksanakan. Selepas itu, saya telah berjumpa dengan pengurusan Kafe Kolej Kediaman Pelajar untuk menempah makanan selama seminggu dan berbincang mengenai menu makanan. Setelah berbincang panjang lebar, pengusaha kafe telah menetapkan, kami mendapat makanan pagi dan tengahari pada setiap hari selama lima hari tersebut. Manakala, menu makanan pada setiap hari akan ditetapkan oleh pihak pengusaha kafe sendiri dengan peruntukan kewangan yang telah diberikan.

1.2 Semasa Sepanjang program Bakti Siswa berlangsung selama 5 hari, saya telah menguruskan pengambilan makanan di kafe Kolej Kediaman Pelajar pada setiap pagi dan tengahari selepas pulang dari PDK Pendang. 1.3 Selepas Selepas selesai menjalani program Bakti Siswa selama 5 hari, saya selaku jawatankuasa makanan berserta jawatankuasa dan ahli kumpulan membuat post mortem, refleksi dan laporan bertulis. 2.0 Laporan program 2.1 Sebelum Sebelum program dijalankan, beberapa mesyuarat telah diadakan bersama

jawatankuasa pelaksana PDK Pendang iaitu sebanyak lima kali sepanjang proses untuk merangka perjalanan program. Hal ini bagi memastikan jawatankuasa pelaksana dapat membahagikan tugas dan melaksanakan proses-proses sebelum melaksanakan program bakti siswa di PDK Pendang. Mensyuarat kali pertama telah diadakan pada pada 1 Julai 2013. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik jawatankuasa pelaksana program. Justeru itu, saya telah dilantik menjadi jawatankuasa makanan secara undian bersama-sama ahli kumpulan PDK Pendang. Setelah itu, mesyuarat kali kedua diadakan pada 2 Jaulai 2013 iaitu untuk membincangkan secara terperinci bidang tugas setiap jawatankuasa program Bakti Siswa. Pengerusi menerangkan mengenai prosedur dan proses yang perlu

dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa. Sebagai jawatankuasa makanan, saya perlu membincangkan mengenai peruntukkan yang diperolehi daripada pihak IPG untuk makan dan minum selama lima hari program dilaksanakan.

Setelah dibincangkan, kami mendapat peruntukan elaun makan sebanyak lima ratus ringgit untuk lima hari program tersebut dilaksanakan. Justeru itu, kami membincangkan mengenai tempat untuk menempah makanan sama ada di daerah Pendang ataupun di sekitar Jitra sahaja. Setelah mendapat kata sepakat bersama ahliahli PDK Pendang, kami bersetuju untuk memilih kafe kolej kediaman pelajar untuk menempah makanan selama lima hari. Selepas itu, saya mengambil borang LO untuk diisi sebagai proses mendapatkan peruntukan elaun makanan dari pihak kewangan IPG. Saya berbincang bersama pengusaha kafe kolej kediaman menu pelajar makanan. untuk menempah membuat makanan dan

membincangkan

mengenai

Setelah

perbincangan,

pengusaha kafe menetapkan kami akan mendapat makanan dua kali sehari iaitu sarapan pagi dan makan tengahari. Manakala, menu makanan pula akan di tetapkan oleh pihak pengusaha kafe sendiri. Setelah mendapat kata sepakat dan persetujuan daripada pihak kafe kolej kediaman, saya telah menghantar borang LO kepada unit kewangan IPGKDA untuk di luluskan permohonan tersebut. 2.2 Semasa Program Bakti Siswa telah diadakan selama lima hari di PDK Pendang. Pada setiap pagi, saya akan memastikan ahli kumpulan PDK Pendang mendapat sarapan pagi sebelum bertolak ke Pendang. Pada hari pertama, pengusaha kafe membungkus sarapan pagi, manakala hari-hari berikutnya kami di hidangkan sarapan dan minuman panas atas permintaan kami. Selepas pulang daripada PDK Pendang, kami dihidangkan makan dan minum tengah hari di kafe kolej kediaman. Makanan yang dihidangkan mencukupi dan memuaskankan hati semua ahli kumpulan saya. Hal ini kerana setiap hari kami dihidangkan pelbagai lauk pauk yang sedap-sedap belaka.

2.3 Selepas Selepas berakhir program Bakti Siswa selama lima hari di PDK Pendang, saya dan ahli kumpulan mengadakan sesi refleksi dan post mortem untuk mengenalpati kekuatan dan kelemahan program yang diljalankan. Setelah itu juga, kami menyediakan laporan bertulis dan pembentangan di dalam kelas. 3.0 Refleksi AJK Semasa menjalankan tugas sebagai jawatankuasa makanan program Bakti Siswa ini, pelbagai pengalaman dan kemahiran telah dipelajari secara tidak langsung. Ini memberi pelbagai manfaat yang berguna kepada saya sebagai bakal guru pendidikan khas. Selama seminggu menjalani program ini, saya telah dilantik sebagai jawatankuasa makanan oleh ahli kumpulan PDK Pendang untuk menguruskan hal ehwal makanan sepanjang program berlangsung. Antara pengalaman yang telah diperolehi sepanjang menguruskan hal ehwal jawatankuasa makanan ini ialah saya mempelajari bagaimana untuk memohon peruntukan elaun makanan daripada pihak pentadbiran kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ini. Di sini saya telah mempelajari prosedur untuk memohon peruntukan tersebut bermula dengan mengisi borang LO yang dluluskan oleh pensyarah penasihat dan Unit Kewangan. Sementara itu juga, saya telah membuat rundingan dengan pihak pengurusan Kafe Kolej Kediaman Pelajar untuk memohon menempah makanan dan minuman sepajang program Bakti Siswa ini dijalankan. Saya bersama jawatankuasa tertinggi kumpulan kami telah bersepakat dan bersetuju untuk memilih kafe Kolej Kediaman Pelajar untuk menempah makanan kerana masakannya sedap, murah dan bersih. Setelah membuat perbincangan bersama pihak pengurusan kafe, beliau bersetuju untuk menyediakan makanan untuk hali kumpulan PDK Pendang selama 5 hari iaitu bermula dari 22 September 2013 sehingga 26 September 2013.

Pada setiap hari, saya akan menguruskan pengambilan makanan di kafe kolej kediaman untuk diagihkan kepada ahli kumpulan saya. Kami mendapat makanan dua kali sehari iaitu sarapan pagi sebelum bertolak ke PDK Pendang dan setelah pulang pada sebelah petang. Saya berpuas hati dengan pengurusan kafe kolej kediaman kerana makanan yang disediakan sedap-sedap belaka dan mencukupi untuk semua ahli kumpulan saya. Pada setiap pagi, mereka akan menyediakan sarapan pagi seperti bihun goreng, mee goreng, kuey teow goreng dan kuih muih. Minuman juga dibekalkan seperti mineral dan the atau milo panas. Manakala, pada sebelah petang pula, makanan siap dihidangkan setiap kali kami pulang dari PDK Pendang. Antara menu tengahari yang dihidangkan ialah tomyam, paprik ayam, kari ayam, keli goreng, siakap 3rasa, telur dadar dan pelbagai lagi. Selain itu, mereka menyediakan minuman sejuk dan juga buah-buahan. Selain itu juga, saya mendapat maklum balas daripada rakan-rakan bahawa mereka juga berpuas hati dengan makanan yang telah di sediakan sepanjang program dijalankan. Oleh itu, saya turut berbangga dan berpuas hati kerana pilihan kami menempah makanan di kafe kolej kediaman. Selain itu juga, pada hari terakhir program Bakti Siswa ini dijalankan iaitu hari Khamis (26 September 2013), kami telah membuat jamuan sempena majlis penutupan program Bakti Siswa di PDK Pendang. Kami bersyukur kerana pihak PDK Pendang bersetuju untuk menyediakan makanan untuk jamuan tersebut. Namun begitu, saya dan rakan-rakan bersepakat untuk menyediakan kek sempena menyambut hari lahir murid-murid di PDK Pendang pada bula Ogos dan September. Justeru itu, kami telah menempah kek di kedai kek Fairy di Jitra. Kek ini dibeli atas sumbangan setiap ahli kumpulan kami.

4.0 Refleksi Individu Sepanjang mengikuti program Bakti Siswa di Program Pemulihan dalam Komuniti di Pendang, Kedah, pelbagai pengalaman yang bermakna dan berguna yang telah dipelajari. Semua pengalaman ini memberikan saya pengalaman yang lebih mendalam dalam bidang pendidikan khas ini. Hal ini kerana pengalaman selama lima hari ini mendedahkan pelbagai pengalaman yang saya tidak pernah saya bayangkan selama ini. Melalui program ini, saya dapat mengalami secara langsung pelbagai pengalaman semasa mangikuti program bersama warga PDK Pendang. Tugasan subjek Pendidikan Dalam Komuniti semester 6 ini menyediakan saya pengalaman bukan sahaja dalam bidang perguruan, malahan untuk lenih menghargai kehidupan. Semasa program berlangsung, pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama-sama warga PDK Pendang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti aktiviti pertandingan mewarna, senaman pagi, menyanyi, menonton tayangan video, fisioterapi, sambutan majlis hari jadi dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dijalankan bersama-sama sepanjang program dilaksanakan. Setelah mengalami sendiri suasana dan aktivti yang dijalankan untuk warga PDK, saya mendapati konsep PDK dengan Pendidikan Khas mempunyai matlamat dan cara pengurusan yang berbeza yang dilaksanakan untuk warga kurang upaya ini. PDK ditubuhkan bagi memberikan latihan dan khidmat dalam membantu warga-warga kurang upaya untuk menguruskan diri, berdikari dan dapat menjalani aktiviti harian dalam kehidupan mereka. Mereka dilatih dan dibantu sepenuhnya untuk memperolehi pelbagai kemahiran dalam kehidupan. Manakala, pendidikan khas pula adalah program di mana murid-murid berkeperluan khas ini diberikan peluang pendidikan dan mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan yang telah dipelajari. Ini bertujuan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna serta memberi mereka peluang untuk berjaya dalam kehidupan seperti insan normal yang lain.

Selain itu juga, semasa mengikuti program Bakti Siswa ini, saya mendapat peluang menyelami hati dan kehidupan yang dilalui oleh warga yang kurang bernasib baik ini. Mereka juga mempunyai perasaan dan mereka sangat istimewa. Namun, mereka kurang bernasib baik kerana mereka dilahirkan sebagai insan yang kurang upaya. Justeru itu, tertanam perasaan syukur atas nikmat dan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah S,W,T kepada saya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu golongan kurang upaya ini supaya mereka juga boleh menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. Saya juga berasa teruja dan seronok kerana kebanyakan warga istimewa ini lebih mudah didekati dan mesra dengan kami. Terdapat juga murid-murid yang sangat manja dan inginkan perhatian daripada kami. Terdapat juga warga kurang upaya yang sudah boleh melakukan aktivti kemahiran asas dalam kehidupan mereka seperti mencuci, membersihkan rumah dan sebagainya.

4.1 Hari pertama (22 September 2013) Pada hari pertama program dilaksanakan, kami tiba di PDK Pendang tepat pada jam 830 pagi. Sementara menunggu ketibaan murid-murid, kami berkenalan dengan tenaga pengajar dan staf-staf di PDK pendang. Seteleh itu, saya dan rakan-rakan membuat aktiviti senaman pagi bersama-sama murid dan staf PDK Pendang. Murid-murid kelihatan seronok dan teruja apabila kami memainkan pelbagai jenis muzik dan pergerakan. Ini memberikan terapi kepada mereka seterusnya membantu

meningkatkan kemahiran motor dan memberi ketenangan dan kelapangan kepada murid-murid. Ini merupakan pengalaman pertama saya pergi ke PDK dan mengetahui situasi sebenar PDK. Pada aktiviti ini, kelihatan beberapa orang murid yang sukar di dekati dan bersifat agresif. Justeru itu, saya belajar untuk cuba menarik perhatian mereka supaya lebih yakin dan menerima kehadiran kami.

Aktiviti seterusnya ialah ice breaking bersama murid-murid PDK Pendang dengan guru pelatih IPGKDA. Semasa sesi perkenalan ini, kami memperkenalkan diri dan berkenalan dengan murid-murid tersebut. Terdapat beberapa orang murid yang berani untuk memperkenalkan diri dan terdapat juga murid yang bersifat pasif, takut dan malu. Oleh itu, bagi mendekati murid-murid ini, kami membuat aktiviti dalam kumpulan iaitu dengan memberikan mereka peluang melukis dan mewarna di atas kertas mengenai apa sahaja yang mereka gemari. Justeru itu, semasa aktiviti ini dijalankan, saya berpeluang berinteraksi dengan mereka untuk bertanyakan tentang apa yang mereka buat dan lukiskan. Aktiviti seperti ini berjaya mendekatkan diri mereka dengan kami dan menanamkan perasaan percaya terhadap kami. Selepas waktu rehat, kami mengadakan sesi persembahan murid-murid. Saya terpegun dan terkejut dengan keberanian dan keyakinan murid-murid ini dalam membuat pelbagai persembahan nyanyian dan tarian. Saya melihat mereka member sokongan sesama mereka apabila rakan-rakan mereka membuat persembahan.ini memberikan mereka motivasi dan keyakinan di samping dapat memupuk kasih saying sesama mereka. Ini juga menunjukkan mereka sudah boleh menerima kehadiran kami dan lebih erat dengan kami. Saya berasa sangat gembira dan berbangga dengan nilai yang mereka amalkan. 4.2 Hari kedua (23 September 2013)

Pada hari kedua, murid-murid sudah bersedia menerima kunjungan kami dan mengajak kami melakukan aktiviti senaman pagi bersama-sama. Oleh itu, kami melakukan aktiviti senam robik bersama murid di luar kelas. Pada hari ini, mereka lebih rapat dan ingin bermanja dengan kami. Justeru itu, aktiviti lebih mudah dilaksanakan dan saya bersa sangat seronok apabila saya dapat mendekati murid yang agresif pada hari pertama. Setelah itu, saya dan rakan-rakan telah menganjurkan aktiviti pertandingan mewarna kepada murid-murid PDK Pendang. Sebahagian besar murid sangat meminati aktiviti mewarna dan dapat mewarna dengan baik. Kami menjanjikan hadiah kepada murid yang dapat mewarna dengan cantik. Oleh itu, mereka lebih bersemngat dan melakukan aktivit dengan baik.

Aktiviti ini juga bukan sahaja memberikan saya peluang untuk mendekati murid dengan lebih rapat. Malah aktiviti ini memberikan saya peluang untuk mempelajari kemahiran untuk berkomunikasi dan mendekati murid yang mempunyai pelbagai masalah. Saya juga dapat mempelajari bahawa murid-murid seperti ini lebih menggemari aktiviti seperti ini dan peneguhan dan sokongan dapat meningkatkan motivasi dalaman mereka seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka. Ini memberikan saya pengalaman yang dapat diaplikasikan semasa mengajar kelak. 4.3 Hari ketiga (24 September 2013)

Pada hari Selasa pula, aktiviti kami lebih berfokuskan kepada aktivit keceriaan. Kami telah membuat sumbangan keceriaan dengan melukis mural dan menampal pelbagai jenis sticker untuk menghias beberapa ruang di PDK Pendang. Kami bergerak di dalam kumpulan iaitu menampal sticker dinding, melukis mural dan menayangkan video kepada murdid-murid. Pada mulanya saya membantu untuk menampal sticker pada dinding pada beberapa bahagian dinding PDK Pendang. Setelah waktu rehat, saya menyambung untuk melukis mural pada dinding yang telah siap dicat rakan saya. Kami bergerak secara berkumpulan agar dapat dapat menyiapkan hasil keceriaan dengan lebih cepat. Di samping melaksanakan program Bakti Siswa di PDK Pendang, secara tidak langsung, aktivtiti yang saya lakukan bersama rakan-rakan telah mengeratkan hubungan kami sendiri. Melalui aktviti sebegini, kerjasama antara kami dapat dipupuk dan menjadi contoh kepada murid-murid. Selain itu juga, aktiviti kecerian yang dilaksanakan untuk warga PDK Pendang bukan sahaja mencantikkan ruang di dalam bilik di dalam PDK, malah, suasana yang ceria dan kondusif membantu murid-murid berkeperluan khas sebagai terapi dan kelesesaan serta suasana yang menaikkan semangat dan motivasi dalam diri murid. Ini sangat penting untuk menarik minat murid untuk datang ke PDK seterusnya membantu merangsang minda murid-murid.

4.4

Hari keempat (25 September 2013)

Pada hari keempat pula, aktiviti PDK Pendang berfokuskan kepada aktiviti fisioterapi. Pada hari ini, hanya beberapa orang murid sahaja yang terlibat dengan terapi ini. Ibu bapa juga turut hadir membawa anak-anak mereka untuk menjalankan aktiviti fisioterapi bersama-sama staf PDK Pendang. Kebanyakkan murid yang hadir pada hari ini adalah murid yang tidak hadir pada hari-hari sebelum ini. Hal ini kerana mereka hanya terlibat dengan aktiviti fisioterapi pada hari Rabu sahaja. Justeru itu, saya berpeluang untuk belajar dengan staf-staf PDK Pendang untuk melaksanakan pelbagai terapi fisio yang bersesuai dengan murid mengikut kesesuaian umur dan masalah yang di hadapi. Ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna kerana saya berpeluang untuk menjalankan sendiri aktiviti terapi terhadap murid-murid berkeperluan khas tersebut. Pengalaman sebegini sangat berguna dan memberikan saya gambaran dan idea untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dengan terapi di sekolah. Oleh itu, saya lebih memahami mengenai kesesuai aktiviti mengikut tahap keupayaan dan kebolehan fizikal dan mental murid. Pengalaman sebegini akan saya manfaatkan dan aplikasikan sebaik mungkin bagi membantu murid-murid berkeperluan khas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Selain itu juga, disamping saya berpeluang mempelajari kemahiran menjalankan fisioterapi terhadap murid-murid berkeperluan khas, saya juga berpeluang mengeratkan silaturrahim dengan ibu bapa murid-murid tersebut yang merupakan penduduk di sekitar daerah Pendang. Saya juga berpeluang untuk bertanya mengenai anak-anak mereka dan bagaimana keberkesanan PPDK yang diikuti dapat membantu anak-anak mereka.

4.5

Hari kelima (26 September 2013)

Pada hari terakhir iaitu hari kelima menjalankan program Bakti Siswa di PDK Pendang, pelbagai pengalaman dan kemahiran baru yang dapat dipelajari secara langsung. Pada hari ini pula, saya dan rakan-rakan menjalankan aktiviti home base di sebuah rumah murid PDK Pendang. Saya terkejut kerana perjalanan ke rumah tersebut agak jauh, namun begitu, ibu kepada murid ini sanggup menghantar anaknya ke PDK Pendang pada setiap hari sebelum murid tersebut terlantar. Di sini, saya dapat melihat pengorbanan ibu kepada seorang insan yang kurang upaya untuk membantu anaknya menjalani hidup seperti insan normal yang lain dengan mengikuti program PDK. Apabila sampai di rumah murid tersebut iaitu adik Naimah, saya melihat keadaan adik Naimah yang tidak boleh berjalan akibat terjatuh pada dua tahun lalu. Disamping itu juga, adik Naimah merupakan murid berkeperluan khas iaitu syndrome down. Ibunya pula kini memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan kerana mengalami keretakan tulang lutut. Mereka ini diibaratkan sudah jatuh lagi di timpa tangga. Justeru, perasaan bersyukur kehadrat Allah S.W.T. diatas nikmat kesihatan dan kesempurnaan fizikal yang telah diberikan. Pengalaman sebegini tidak dapat dilupakan dan terdetik keinginan untuk berbakti dan berkhidmat dengan warga PDK supaya saya dapat membantu meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik. Setelah itu, saya dan rakan-rakan mengadakan sambutan hari lahir bersama warga PDK Pendang. Saya dan rakan-rakan menyediakan kek dan peralatan sambutan hari lahir, manakala pihak pengurusan PDK Pendang menyediakan beberapa juadah istimewa. Beberapa orang jemputan istimewa turut hadir bagi memeriahkan majlis. Secara keseluruhannya, melalui program Bakti Siswa ini, dapat telah mempelajari pelbagai kemahiran dan pengalaman yang sangat bermakna di samping memberikan pengetahuan yang lebih luas dan mendalam dalam bidang pendidikan khas ini. Saya berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini dapat diaplikasikan dalam membantu murid-murid berkeperluan khas ini dalam menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih baik dan sempurna.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai