Anda di halaman 1dari 35

Dalam masa tidak sampai dua abad agama Islam telah berjaya berkembang di seluruh Malaysia mengambil alih

hampir sepenuhnya ajaran Hindu-Buddha yang sudah bertapak sudah berabad-abad lamanya di Asia. Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang memainkan peranan dalam perkembangan agama Islam. Justeru apabila membincangkan dua faktor penting yang membawa kepada perkembangan Islam di Malaysia. Yang pertama ialah, peranan golongan-golongan penyebar Islam, golongan mubaligh, golongan ulama dan ahli sufi serta pedagang-pedagang asing. Golongangolongan yang menyebarkan agama Islam ini cuba menghormati dan mengekalkan budaya setempat selagi tidak bercanggah dengan aqidah Islam. Pada masa itu, mereka menyesuaikan Islam dengan struktur sosial, budaya setempat dan cara hidup mereka. Contohnya, Wali Songo menggunakan segala unsure budaya setempat seperti permainan gamelan dan wayang kulit sebagai medium untuk menyebarkan agama Islam. Justeru, masyarakat tempatan tidak berasa satu kejutan apabila mereka menukar kepada sistem kepercayaan baru malah ini telah menyebabkan masyarakat Melayu menerima Islam dengan mudah ekoran daripada kebijaksanaan golongan penyebar Islam dalam usaha mendekati Islam dengan masyarakat setempat. Faktor kedua pula ialah, ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam agama Islam itu sendiri seperti tiada dasar paksaan dalam ajaran Islam dan Islam mendatangkan manfaat kepada semua lapisan masyarakat sama ada kepada golongan atasan dan juga rakyat biasa. Selain itu, Islam adalah agama yang sesuai dengan tabii manusia dan sesuai bagi setiap masa dan tempat. Agama Islam mudah difahami oleh semua orang dan tidak bertentangan dengan rasional manusia. Tambahan pula, Islam merupakan salah satu agama yang sederhana sifatnya dan ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu. Kedatangan Islam di Asia telah mendatangkan banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Yang pertama adalah dari segi sistem politik dan pentadbiran. Sistem kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah telah diperkenalkan dimana ketua negara dan ketua agama Islam ialah Sultan iaitu sebagai amanah Allah di muka bumi. Baginda dibantu oleh penasihat, ulama dan mufi semasa menjalankan pentadbiran. Dengan kedatangan Islam, Islam tidak merubah sistem politik bercorak

kebangsawanan, namun Islam cuba memberi tafsiran baru terhadap konsep raja. Raja bukan lagi sebagai keturunan dewa tetapi hanya sebagai pemegang kuasa yang menjalankan pemerintahan mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Malah penggunaan kata raja yan g berasal daripada bahasa Sanskrit juga telah ditukarkan kepada perkataan Arab iaitu Sultan. Jika dikaji Hukum Kanun Melaka yang wujud sejak abad ke-14, jelas menunjukkan bahawa Islam telah memainkan peranan yang amat penting. Apa yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu amat bertepatan sekali dengan laporan sejarah Melayu mengenai wasiat Sultan Mansur Shah kepada puteranya Sultan Alauddin supaya menjalankan pemerintahan negeri menurut perintah Allah. Dilaporkan Sultan Alauddin supaya menjalankan pemerintahan negeri menurut perintah Allah. Menurut Sejarah Melayu kerana tindakan Sultan Alauddin tersebut, Bandar Melaka menjadi kembali aman dan tenang. Perubahan yang kedua pula ialah, perkembangan intelektual. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat melayu mempunyai sistem kepercayaan animismeanimisme iaitu satu bentuk kepercayaan yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk kepada kehidupan mereka. Kemudiannya fahaman Hindu-Buddha telah mempengaruhi sistem kepercayaan orang Melayu. Dengan kedatangan Islam, agama ini menekankan tentang konsep tauhid iaitu kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan menafikan segala kekuatan yang lain. Islam menekankan tentang fahaman yang bercorak akaliah yang diasaskan kepada ilmu mantik. Hadis Nabi dengan tegas menyatakan bahawa tiada agama bagi orang yang tidak mempunyai akal. Islam mementingkan mantik atau rasional, maka cara berfikir orang Melayu yang bersifat tahyul dan fantasi telah bertukar kepada fikiran yang bersifat akliah. Akibat daripada pengaruh pemikiran intelektual Islam itu, maka pemikiran orang Melayu mula didedahkan dengan idea-idea yang bersifat ilmiah dan falsafah, bermula dengan pengenalan kepada ilmu teologi Islam dan ilmu tasawuf Islam. Dengan itu, penulisan bersifat falsafah mula ditulis dalam Bahasa Melayu dan

seterusnya telah membawa kepada kemunculan karya-karya berbentuk seperti yang

dihasilkan oleh dan sebagainya.

Hamzah Fansuri, Naruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani

Menurut Syed Naquibb al-Attas pengaruh Hindu yang selama ini berkembang di masyarakat melayu tidak memperkenalkan pemikiran falsafah dan intelektual dalam masyarakat melayu. Yang ditekankanya ialah hanya aspek ritualistik dalam upacara ibadat dan adat istiadat, di samping aspek bercorak astetik seperti penekanan kepada seni sastera, seni tarian dan seni ukiran sahaja. Oleh itu beliau berpendapat bahawa zaman Islam adalah satu zaman yang membawa

pembaharuan dengan mementingkan ilmu dan intelektual. Kesan seterusnya ialah, perkembangan Bahasa Melayu. Bahasa melayu telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan mula mendapat tempat di kalangan penduduk Melayu yang menganut Islam. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India seperti Kawi mula menggunakan huruf-huruf Arab yang dikenali sebagai Jawi. Gelaran Jawi mungkin berkait rapat dengan panggilan Jawi yang digunakan oleh orang Arab terutama di Mekah terhadap bangsa melayu dan Indonesia. Kata Jawi adalah kata sifat yang membawa erti orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Sistem tulisan Jawi terdiri daripada 29 huruf -huruf Arab dan ditambah 6 huruf bukan Arab yang diciptakan oleh orang Melayu sendiri. Enam huruf bukan Arab tersebut ialah ca, nga, pa, ga, nya, va. Menurut Syed Naquibb alAttas, penambahan huruf-huruf tersebut adalah untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim ada pada lidah orang Melayu. Melalui pengaruh Islam dan huruf Arab dalam penulisan Melayu, maka Bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah yang telah dipinjamkan daripada perbendaharaan kata Arab dan Parsi. Dengan perkembangan tersebut, Bahada Melayu mulai menjadi bahasa pengantar dalam penulisan bercorak keagamaan dan kesusasteraan. Malah, Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai medium dalam gerakan dakwah Islam di masyarakat Melayu. Para pengembara dari Eropah yang mengunjungi masyarakat melayu pada zaman Islam telah melaporkan bagaimana Bahasa Melayu telah berkembang dengan meluas sebagai bahasa komunikasi. Misalnya, Magellan menyatakan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca.

Tamadun Islam turut memberi kesan ke atas Kesenian Melayu di Malaysia. Pengaruh kesenian Islam yang merupakan sebagai satu ciri kebudayaan Islam turut berkembang dengan pesatnya bagi mempengaruhi kebudayaan Melayu tradisional. Pengaruh kesenian Islam itu merangkumi semua aspek kesenian seperti seni bina, seni muzik, seni suara, seni ukir, seni hias dan sebagainya. Pengaruh Islam dalam seni bina Melayu dapat dilihat menerusi bangunan-bangunan seperti masjid yang bercorak kubah, mimbar, mihrab dan menara azan. Pengaruh seni bina Islam ini boleh dilihat pada bangunan-bangunan awam seperti bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Terdapat juga corak hiasan pada bangunan yang memperlihatkan ciri keislamannya seperti bahagian-bahagian bangunan diukirkan dengan kesenian Islam, yang disebut arabesque iaitu sejenis ukiran yang bercorak bunga-bunga, dedaun atau pola geometri. Terdapat juga ukiran yang berbentuk kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah. Islam juga turut mempengaruhi seni suara dan seni muzik Melayu umpamanya dan bidang seni suara mahaban dan gasidah merupakan sejenis seni suara Arab yang telah diubahsuaikan dan dijadikan sebagai suatu bentuk seni lagu dalam masyarakat Melayu. Murhaban dan qasidah ialah sejenis nyanyian yang mengandungi perutu ajaran-ajaran Islam atau puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang dilagu dalam Bahasa Arab. Pada hari ini terdapat juga seni katanya telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu supaya dapat difahami oleh para pendengarnya. Nasyid adalah sejenis lagu yang berasal daripada Bahasa Arab yang dinyanyikan tanpa muzik tetapi kemudian disertai dengan alat-alat muzik yang berasal dari negeri Arab. Tambahan pula, seni khat mengalami perkembangan yang pesat dalam masyarakat Melayu seterusnya kedatangan Islam. Seni khat banyak diukirkan pada masjid-masjid yang berfungsi untuk mengajar dan mengingat ummat Islam. Fungsi keduanya ialah, sebagai menambahkan keindahan kepada masjid yang mana seni khat tersebut dilakukan dengan cantik indah. Seni khat juga turut menjadi hiasan di rumah-rumah kediaman orang melayu malah juga dibuat pada kain tekatan dan sulaman.

Sejajar dengan itu, Tamadun Islam juga turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan. Semasa zaman Hindu, sistem pendidikan hanya diberikan kepada golongan bangsawan sahaja, namun dengan kedatangan Islam sistem pendidikan lebih bersifat menyeluruh yang mana golongan rakyat biasa juga telah diberikan peluang mendapatkan pendidikan selaras dengan ajaran agama Islam yang menekankan pendidikan untuk semua umat manusia tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang. Sistem pengajian yang lebih tinggi dan bercorak formal atau sistematik ialah madrasah yang telah diperkenalkan oleh Nizam al-Mulk, seorang wazir Kerajaan Saljuk, Baghdad. Sebagai kesimpulan, Islam merupakan teras penting sistem kepercayaan masyarakat Melayu. Kepercayaan kepada Allah s.w.t. sebagai Pencipta Yang Maha Esa telah merevolusikan sistem kepercayaan masyarakat melayu daripada fahaman animisme dan Hindu-Buddha kepada konsep ketauhidan. Revolusi kepercayaan ini juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan orang melayu termasuklah sistem politik dan pentadbiran, perkembangan intelektual, perkembangan Bahasa Melayu, kesenian Melayu, Ilmu pengetahuan dan ilmu pengetahuan.

Dunia Islam mempunyai beribu-ribu tokoh agung yang telah memberi sumbangan yang tiada tolak bandingannya di dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Bidang tersebut seperti Sains, Falsafah, Matematik, Geografi, Astronomi, Sastera, perubatan, mantik, sejarah, politik dan sebagainya. Setiap bidang itu telah melahirkan beratus-ratus tokoh yang telah mengharumkan dunia Islam dan Barat. Tokoh-tokoh Islam tersebut telah memberi sumbangan kea rah wujudnya tamadun Barat sekarang. Antara tokoh Islam yang agung dan terlampau banyak berjasa dan memberi sumbangan kepada tamadun Islam dan Barat ialah Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, al-Farabi, al-Ghazali, Iqbal, al-Razi, al-Kindi dan sebagainya.

IBNU SINA
Ibnu Sina merupakan doctor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh Sarjana Barat. Nama sebenarnya ialah Ali al-Husein bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau juga dikenali sebagai Avicenna di dunia Barat. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmuilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Semasa berumur 10 tahun, beliau telah menghafal al-Quran sebanyak 30juz. Seterusnya semasa berumur 17 tahun beliau dapat mengubati Sultan Bukhara, Sultan Nub bin Mansur. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh alRais (Mahaguru Pertama). Bukunya Al qanun fi al-Tib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 1 00 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Beliau sangat masyhur dalam bidang falsafah dan kedoktoran. Luqman Hakim (1986) menyatakan dunia Islam telah melahirkan enam raksasa falsafah. Tokoh yang paling terkemuka sekali dalam kalangan ahliahli falsafah tersebut ilah Ibnu Sina. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul alNajah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran

Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. Beliau telah menghasilkan karyanya yang pertama iaitu Al-Majmu semasa berumur 21 tahun. Karya ini menyentuh berbagai-bagai bidang ilmu secara umum. Banyak karangan beliau dalam berbagai-bagai bidang ilmu menjadi rujukan dan dan diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa. Antara karyanya yang termasyhur ialah Al-Kanun Fi Tibb (Canon Of Medicine). Buku ini dianggap sebagai kitab pegangan utama ilmu kedoktoran dan mempunyai pengaruh yang kuat di dunia perubatan di Eropah beratus-ratus tahun lamanya. Buku ini telah menghuraikan cara-cara pengubatan bermacam-macam penyakit, ilmu pathologi dan

pharmaecologi secara mendalam. Sehingga abad ke 19M, buku ini merupakan rujukan utama dalam bidang kajian penyakit saraf. Bidang penyakit saraf merupakan bidang yang baru dan yang dirintiskan oleh Ibnu Sina. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Sejajar dengan itu, beliau turut menghasilkan Asy-Syifa yang dikenali sebagai Sanatio dalam bahasa Latin atau Sufficents yang terdiri daripada 18 jilid. Buku ini mengandungi berbagai-bagai bidang ilmu seperti metafizik, logik, fizik, matematik, psikologi, pertanian, veteriner, retorik dan syair. Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud)

terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pemban gkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr AlFarabi (al-Farabi). Selain daripada itu, beliau juga telah mencetuskan kajian dalam bidang kimia iaitu mengenai sikap logam yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan. Beliau juga telah menulis didalam bidang teori geografi fizikal iaitu mengenai pembentukan lembah hasil daripada hakisan sungai di kawasan tanah tinggi. Beliau juga telah menulis tentang minerologi yang telah menjadi sumber ilmu geologi di Eropah. Beliau juga menghurai mengenai roh. Ibnu Sina menyatakan roh boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu roh manusia, roh haiwan, dan roh tumbuh-tumbuhan. Selaras dengan itu, beliau banyak menghasilkan karya yang bermutu tinggi. Antaranya ialah, Saguji yang membincangkan bidang ilmu logik, Fi-Aqsam al-Ulum al-Aqliah tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional, dan Ilahiyyat tentang metafizik,

ilmu jiwa (Kitab an-Najat), bidang galian (Fiad-Din), bidang sastera Arab (Risalah fi Asbab Huduts al-Huruf), cerita fiksyen (Risalah ath-Thayr) dan bidang politik (Risalah as-Siyasah). Beliau juga merupakan seorang tokoh politik yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri selama enam tahun di Hamadan ilmu polituk di dalam buku Asysyifa. Beliau telah meninggal dunia di Hamdan pada tahun 1037M semasa berumur 58 tahun. Ibnu Sina merupakan seorang cendekiawan muslim yang agung dan memberi sumbangan kepada ilmu pengetahuan moden.

IBNU RUSYD (1126-1198 M)


Nama sebenar beliau ialah Abu A-Walid Muhammad bin Ahmad. Di dunia barat beliau dikenali sebagai Averroes. Beliau lahir di Cordoba dan masyhur di dalam bidang falsafah, perubatan dan perundangan Islam. Pada tahun 1169M beliau telah dilantik sebagai hakim di kota Seville dan kemudian di Cordova. Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment. Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano. Beliau sangat rajin membaca, mengulangkaji dan menulis pada setiap malam. Mengikut riwayatnya beliau sentiasa berjaga malam untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan ilmu kecuali pada malam beliau kahwin dan semasa kematian bapanya. Beliau banyak menulis buku yang berkaitan dengan bidang falsafah, perubatan dan perundangan Islam. Antaranya ialah Mabadi al-Falasifah (falsafah), Kulliah (perubatan), Tafsir Urjiza (tafsir), Taslulu (ilmu kalam), Tahafut alTahafut (falsafah), Muwafaqah al-Hikmah wa al-Syariah (falsafah dan fekah). Karangan beliau yang bertajuk Averroism menjadi isu perdebatan cerdik pandai di dunia barat beberapa kurun lamanya. Beliau juga telah menghasilkan buku mengenai falsafah. Buku yang berkaitan dengan falsafah ialah Fisl al-Maqal dan

Tahafut al-Tahafut. Azizan Baharudin (1986) menyatakan Ibnu Rusyd telah memainkan peranan penting dalam perkembangan skolatisisme melalui ulasannya tentang tulisan-tulisan Aristotle. Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya. Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah. Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fitThibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkumi pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli

falsafah dan masyarakat awam. Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya. Karya-karya lain Ibnu RushdMabadil termasuk Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaruh dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle. Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

AL FARABI (870-950 M)
Nama sebenar beliau Abu Nasar Muhammad al-Farabi dan dikenali di dunia Barat dengan panggilan Alpharabius. Beliau berasal dari Farab (Uzbekistan, Rusia) dan berpindah ke Baghdad. Beliau telah belajar bahasa Arab dan ilmu mantik di bawah guru Abul Basyar Matta dan falsafah di bawah pimpinan Yuhanna Ibnu Khailan. Beliau telah dapat menguasai berbagai-bagai bahasa seperti Yunani, Arab, Parsi, Syria dan Turki. Al-Farabi lebih terkenal daripada al-Kindi terutama di dalam bidang tasauf. Ini kerana beliau lebih memberi penjelasan, tafsiran dan dapat menyusun isi kitab-kitab falsafah Yunani. Beliau meminati falsafah Aristotles, sehingga beliau sanggup membaca buku Anima karya Aristotles, sebanyak 200 kali dan Physica sebanyak 40 kali. Beliau mendapat jolokan Aristotles Arab kerana kupusan mengenai falsafah Aristotle. Mustafa Haji Daud (1991) menyatakan al-Farabi menggunakan falsafah untuk mencari dan menentukan kebenaran. Ilmu mantik dipergunakan secara meluas untuk menentukan kebenaran dan kebatilan. Namun begitu kebenaran mutlak berdasarkan kepada akidah Islamiah. Itulah cara yang terbaik untuk mencapai kebersihan jiwa, kebahagiaan dan kesempurnaan. Beliau telah menulis 128 buah buku terutama sekali di dalam bidang falsafah. Antara buku-buku masyhur ialah seperti al-Mahaniyatul Fadhilah (bidang politik), bandar yang Ideal (al-Madinah al-Fadila) dan Bandar Kerajaan (al-Siyasah alMadaniyyah). Azizan Baharuddin (1986) menyatakan buku tersebut membincangkan tentang kerajaan yang ideal dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Ia juga berkata bahawa sesebuah negara ia memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan boleh memainkan peranan yang penting dalam semua bidang dan ini ibarat jantung di dalam jasad manusia. Pemimpin merupakan tempat masyarakat mendapat sumber inspirasi dan panduan.

Al-Farabi telah menggunakan perkataan akal. Mahamood Nazar Mohamed (1990) menyatakan al-Farabi berpendapat akal mempunyai dua bahagian kekuatan. Pertama, boleh berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak dan kedua, daya kekuatan untuk mencari tempat berlindung. Beliau menyatakan daya kekuatan yang kedua akan hancur bersama-sama jasad apabila tetap kekal bersama roh dan daya kekuatan yang pertama tetap kekal bersama roh pada hari kiamat kelak. Al-Farabi juga telah meminati bidang muzik dan seni suara. Antara karyanya ialah Grand Book on Music, Styles in Music and On the Classification of Rhythm.

AL GHAZALI (1058-1111M)
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Nama panggilannya (kunyah) pula Abu Hamid. Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Hujjatul-Islam, Siraj al-Mujtahidin dan Zain alAbidin. Beliau dilahirkan pada tahun 450H (1058 M) di negeri Thaus, Parsi. Beliau sangat terkenal di bidang falsafah, fekah dan seorang ahli sufi sehingga sekarang. Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam kerana keagungannya di dalam bidang falsafah sangat sukar ditandingi. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai al-mujaddid untuk kurunnya. Luqman Hakim (1986) menceritakan bahawa selepas perompak merompak manuskrip yang disayangi oleh Al-Ghazali, beliau telah menghafal dan memahami semua pelajaran yang dipelajarinya. Sejak dari kecil lagi al-Ghazali telah mempelajari ilmu fekah. Beliau telah mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan daripada ulama-ulama yang terkenal pada masa itu. Antaranya beliau telah belajar ilmu fekah, falsafah dan mantik daripada Imam Harmain al-Juwaini meninggal dunia beliau telah meninggalkan Naishapur dan berpindah ke Askar. Di kota, ini beliau telah berkenalan dengan Perdana Menteri Nizamul Mulk. Seterusnya, Nizamul Mulk telah melantik Al-Ghazali sebagai professor dan pengetua di Universiti Nizami, Baghdad dalam usia 31 tahun. Beliau telah menyampaikan pelajaran di dalam bidang fekah. Kuliah beliau telah mendapat sambutan hangat dan beliau menjadi terkenal. Beliau mengajar di universiti ini selama empat tahun. Beliau telah menulis kitab berjudul Ihya Ulumuddin yang bermaksud Menjiwai Ilmu-ilmu Agama. Kitab ini merupakan sebuah karya yang agung dan terkenal di seluruh dunia Islam sehingga ke hari ini. Dalam kitab ini, beliau telah menghubungkan ilmu lahir dengan ilmu batin dan ilmu fekah dengan tasauf di bawah tinjauan falsafah yang mendalam.

Sejajar dengan itu, beliau turut berkhidmat di Universiti Nizami di kota Baghdad. Kuliah yang diadakan oleh beliau semakin mendapat sambutan yang hangat dan menaikkan martabat beliau sebagai seorang ulama yang agung. AlGhazali telah mendirikan sekolah sendiri di Thaus, tempat kelahirannya. Beliau telah memilih hidup zuhur dan beribadat . Di samping itu, al-Ghazali memberi kuliah yang menghubungkaitkan ilmu agama dengan falsafah dan giat menulis buku-buku. Al-Ghazali sangat berminat terhadap falsafah. Kegigihan al-Ghazali di dalam falsafah telah menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang dikagumi di seluruh dunia Islam. Beliau telah menulis sebanyak lebih 70 buah kitab dalam berbagai-bagai bidang seperti fekah, mantik, falsafah, tasauf dan sebagainya. Kitab Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang paling agung sekali dan terkenal di seluruh pelosok dunia Islam sehingga ke hari ini. Kebanyakan kitab beliau telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, dan Jerman.

Kubur Al-Ghazali.

Sebuah kitab tulisan al-Ghazali

Sebuah kitab tulisan al-Ghazali

MUHAMMAD IQBAL
Muhammad Iqbal dilahirkan di Sailkot, Punjab pada Februari 1873. Selepas mendapat pendidikan rendah di tempat kelahirannya, beliau berguru dengan seorang tokoh ulama iaitu Maulana Mir Hassan. Mir Hassan telah memberi dorongan dan semangat kepada Iqbal untuk terus mendalami ilmu pengetahuan. Iqbal boleh bercakap dan menguasai berbagai-bagai bahasa dengan baik. Antaranya ialah Urdu, Parsi, Inggeris, Jerman, Perancis, Arab dan Sanskrit. Beliau telah mengambil kesempatan semasa berada di Eropah dengan mengkaji sikap, watak dan sosial bangsa-bangsa di Eropah. Luqman Hakim (1986) menjelaskan Iqbal telah membuat kesimpulan bahawa semua kesulitan dan pertentangan yang berlaku disebabkan oleh sifat-sifat individualisme dan egoisme yang berlebihan serta fahaman nasionalisme yang sempit. Beliau mengkagumi sifat dinamis bangsa Eropah yang tidak kenal putus asa. Pada tahun 1908, beliau telah kembali ke tanah air dan mengajar di Government College, Lahore dalam bidang falsafah dan sastera Inggeris. Beliau telah banyak menulis dalam berbagai-bagai bahasa seperti Inggeris, Urdu, dan Parsi dan menyentuh pelbagai bidang seperti falsafah dan sastera. Luqman Hakim (1986) menyentuh keagungan dan keagungan dan ketokohan Iqbal dan memetik pendapat Syakib Arsalan, pejuang Islam di Syria dan pengarang terkenal mengatakan Iqbal merupakan seorang ahli fikir yang terbesar yang pernah dilahirkan di dunia Islam selama seribu tahun kebelakangan ini. Buku pertama yang ditulis oleh beliau ialah Asrar-i-Khudi pada tahun 1915 yang menyentuh tentang ego dan perjuangan hidup. Pada tahun 1918 beliau telah menghasilkan buku kedua yang menyentuh ajaran-ajaran Islam yang berjudul Rumuz-i-Bekhusi. Selain daripada itu, beliau banyak menulis buku-buku falsafah dalam pelbagai falsafah. Sebahagian besar karya Iqbal telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa seperti Jerman, Perancis, Inggeris, Arab, Rusia, Itali dan lain-lain.

Luqman Hakim (1986) menjelaskan dari segi falsafah, pemikiran Iqbal berteraskan keislaman dan berpendapat bahawa nilai asas manusia ialah ego. Manusia sempurna mengikut Iqbal ialah seorang manusia mukmin. Bagi mencari manusia sempurna itu Iqbal mengkehendaki ego yang hidup dan berkembang mempunyai kekuatan sendiri. Iqbal juga aktif di dalam kegiatan sosial dan politik. Pada tahun 1927, Iqbal telah dilantik menjadi anggota Majlis Legislatif Punjab. Pada tahun 1930 beliau telah dilantik sebagai ketua sidang tahunan Muslim League atau Liga Muslimin. Dalam tahun 1931-1932 beliau telah menyertai Persidangan Meja Bulat yang diadakan di London untuk merumuskan undang-undang dasar untuk benua kecil India. Pada April 1938, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan meninggalkan ajarannya di dalam bidang falsafah.

Sir Mohammad Iqbal

Iqbal in 1929, with his son Javid Iqbal.

Iqbal in Spain, 1933.

Iqbal with Muslim political activists. (L to R): Mohammad Iqbal (third), Syed Zafarul Hasan (sixth). (at Muslim University, Aligarh, India)

Iqbal with Choudhary Rahmat Ali and other Muslim activists

The First Journal of Tolu-e-Islam

Final years

The page of First Journal of Tolue-Islam in which Syed Nazeer dedicated this journal to Sir Iqbal

Tomb of Muhammad Iqbal at the entrance of the Badshahi Mosque.

Street named in Iqbal's honour in Heidelberg, Germany.

IBNU KHALDUN
Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ( ) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395. Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Beliau turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibn Khaldun ju ga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile". Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal. Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan

bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Selaras dengan itu, beliau juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan

menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efisien, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

HAMKA
Nama lengkapnya Hamka ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Beliau mendapat nama gelaran iaitu "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia sewaktu zaman

penjajahan Belanda iaitu seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam. Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah

Maninjau.Beliau hanya belajar setakat gred 2.Namun,ketika beliau berumur 10 tahun,ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang.Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab.Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo,cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya. Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun.Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia.Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam,Merdeka,Menara,Pemandangan,Gema Qathib al-Ummah. Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku Islam,Pedoman Masyarakat dan

falsafah,sastera,sejarah,dan politik.Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan

Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee. Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai

cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat,bida'ah,thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia.Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Akibat daripada kedatangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti

Muhammadiyah,Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia. Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M. Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M. Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M. Antara karya-karya yang dihasilkan oleh beliau ialah Khatibul Ummah, Jilid 13. Ditulis dalam huruf Arab. Si Sabariah. (1928). Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929). Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929). Kepentingan melakukan tabligh (1929). Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang). Pandangan Hidup Muslim,1960. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno. Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia. Sepanjang hidup beliau,Hamka merupakan seorang yang petah berpidato,berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia.

AL-KINDI
Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai AlKhindi (801-873). al-Kindi dilahirkan di Kufa, pusat pengajian dunia belajar di suatu masa. Bapanya adalah gabenor Kufa, sebagaimana datuknya sebelumnya. al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad Kelima dan Keenam, tetapi kehilangan kuasa pada pertengahan abad Keenam. Pendidikan al-Kindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian merebak, dan Khalifah al Ma'mun melantiknya di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil.) Apabila al Ma'mun meninggal, abangnya (al Mu'tasim) menjadi Khalifah, dan al-Kindi dikekalkan dalam jawatannya, serta mengajar anak al Mu'tasim. Bagaimanapun, ketika pemerintahan al Wathiq, dan terutamanya al Mutawakkil, peluang al-Kindi' surut. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini. Sesetengah orang mengatakan kejatuhan al-Kindi akibat persaingan di Rumah Kebijaksanaan, yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al Mutawakkil terhadap orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan muslim). Malah, pada suatu ketika, al-Kindi pernah di pukul dan perpustakaannya disita buat sementara. Beliau meninggal dalam semasa pemerintahan 873 CE bagi al M'utamid. Al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Selama hayat beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling besar, ada akhirnya hanya diatasi oleh nama nama hebat seperti sebagai

Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-Pharabius) dan Ibn Sina (Avicenna). Beliau adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun;

sesungguhnya, beliau sering dirujuk hanyalah sebagai "ahli falsafah Arab". Satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan di tangan yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif). Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya. Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan (terutama) Plato baru (neo Plato). Bagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana ia memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Muslim. Kebanyakan apa yang kanan menjadi perbendaharaan kata falsafah piawaian Arab berasal dari alKindi; sesungguhnya, jika tidak kerananya, hasil ahli falsafah seperti al Farabi, Avicenna, dan al Ghazali mungkin tidak tercapai. Sebagai seorang doktor, al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia; beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. alKindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs. Sejajar dengan itu al-Kindi turut menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua buah buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua buah buku setiap satu), logik (sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku). Pengarunnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga aktif dalam bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam

menterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.

Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang, bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab yang lebih penting lagi, dua puluh empat hasil kerja beliau yang hilang telah dijumpai kembali pada pertengahan abad ke dua puluh. Sebagai contoh, misalnya, satu teks yang baru ditemui Manuskrip berkenaan Nyah Diskrip Perutusan yang Diskrip, satu wacana dalam kriptologi, merangkumi kaedah pemecahan tulisan rahsia, encipherments,

pemecahan tulisan rahsia bagi encipherments tertentu, dan analisis statistik dan penganalisisan statistik mengenai surat-surat dan penggabungan surat dalam Tulisan Arab.

Anda mungkin juga menyukai