Anda di halaman 1dari 8

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Pengenalan

Sifat ketegasan diri atau tingkah laku asertif bukanlah merupakan suatu sifat semulajadi
yang sedia terdapat pada diri seseorang individu. Sebaliknya, sifat ini merupakan suatu
keupayaan dan kemahiran yang boleh dipelajari serta dibina melalui latihan asertif.
Perkataan asertif ialah asal dari perkataan Inggeris iaitu “assertive” yang bermaksud
melahirkan pendapat dengan tegas. Menurut Bandura (1977), sifat ketegasan diri
membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan
menghormatinya. Manakala mengikut Martin dan Pear (1978) tingkah laku asertif
merupakan sesuatu perlakuan bagi individu melahirkan perasaan serta keperluannya
kepada orang lain dengan lebih jelas.

Menurut Allan (1989) dan Zuker (1989), tingkah laku asertif memungkinkan seseorang
individu melakukan sesuatu perlakuan mengikut cara yang paling disukai. Ia juga
mengemukakan sesuatu secara sendiri tanpa sebarang kerisauan dan melahirkan perasaan
kejujuran dengan selesa. Selain daripada itu, Martin dan Pear (1978), Devito (1980) dan
Huczynski (1983) mengatakan tingkah laku asertif sebagai suatu pengharapan tinggi
seseorang dalam perundingan dengan orang lain dan mengharapkan tindak balas yang
sewajarnya tanpa menyakiti perasaan.Tingkah laku asertif juga boleh membantu
seseorang menghilangkan rasa malu, sedih dan selain itu juga tingkah laku asertif
melibatkan kemampuan seseorang menyatakan perasaannya kepada orang lain sama ada
berbentuk positif atau negatif dengan cara yang sesuai di samping menghormati hak-hak
orang lain.

Secara umumnya tingkah laku asertif dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang


menggunakan hak-hak sebenar terhadap dirinya dengan sebaik mungkin dan tanpa
mengganggu hak-hak orang lain malah menghormatinya. Mengikut Norton dan Warnick
(1976), Galassi dan Galassi (1977), terdapat empat ciri-ciri tingkah laku tingkah laku
asertif yang perlu dihormati dalam komunikasi iaitu bersikap terbuka, tidak cemas, tidak
menimbulkan perbalahan dan tidak menakutkan.

1
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Nama Aktiviti

A. Aktiviti 1 : Pohon Mengenal Diri

1. Masa : 15 minit
2. Alat : 1) Kertas kosong A4 (Lampiran 1)
2) Pensil
3. Objektif :
i. Saling mengenali sifat sebenar perilaku ahli kelompok
ii. Menggalakkan ahli kelompok untuk menyatakan perasaan mereka sendiri secara
terbuka dengan menggunakan hak-hak sebenar yang ada pada setiap individu.
iii. Ahli dapat menerima sifat negatif yang ada padanya dan pada keseluruhan ahli
bagi membuat penyesuaian.
iv. Mewujudkan perasaan dan suasana selesa di kalangan ahli.

4. Langkah-langkah :
i. Fasilatator akan mengedarkan kertas A4 kosong untuk semua ahli.
ii. Ahli diberi masa tiga minit untuk melukis pokok bagi menggambarkan tentang
diri mereka iaitu dua sifat negatif dan dua sifat positif.
Ahli dikehendaki menunjukkan gambar pohon tersebut sambil membaca semula
membaca apa yang ditulis.

5. Perbincangan :
i. Apa yang anda rasa apabila menyatakan sifat negatif anda?
ii. Apa yang ahli lain rasa apabila mendengar pengakuan dari ahli tersebut?
iii. Jika ada perasaan yang tidak selesa, bagaimana untuk anda mengatasinya?

6. Falsafah :
i. Meluahkan perasaan sendiri tanpa menyinggung perasaan orang lain.
ii. Menyatakan pandangan tanpa menghina dan menjatuhkan orang lain walaupun
pendapatnya bertentang.

2
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

B. Aktiviti 2 : The Last Generation

1. Masa : 20 minit

2. Alat : 1) Pen
2) Belon
3) Kertas Undian Kumpulan (Lampiran 2)
3. Objektif :
i. Melihat kepintaran di kalangan ahli kelompok dan bagaimana mereka
menghadapi situasi yang mencemaskan.
ii. Menggalakkan ahli meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa
menyinggung perasaan orang lain..
Dapat menggunakan perkataan yang sesuai bagi mengemukakan permohonan yang
mudah seperti cara yang digunakan untuk meminta rakan mereka bersetuju untuk
dihantar ke planet lain.

4. Langkah-langkah :
i. Ahli dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut undian iaitu Kumpulan 1 & 2.
ii. Ahli diberi masa tiga minit untuk memilih dua orang dari satu kumpulan untuk
menyelamatkan generasi terakhir di bumi. Mereka ini akan dipindahkan ke satu
planet lain.
Apabila ahli telah mengenalpasti individu yang terpilih mereka dikehendaki mengikat
tangan ahli tersebut dengan belon menandakan mereka telah bersetuju untuk dihantar ke
planet tersebut.

5. Perbincangan :
i. Apa yang anda rasa apabila dipilih untuk dipindahkan ke planet lain?
ii. Jika anda rasa tidak gembira atau kurang bersetuju dengan cadangan rakan anda,
bagaimana cara untuk anda meluahkan perasaan tersebut tanpa menyinggung
perasaan kawan yang lain.

3
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Kenapa anda memilih rakan anda? Kenapa anda sendiri tidak menawarkan diri untuk ke
sana?
iii. Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti ini.

6. Falsafah :
i. Hargai diri sendiri dengan bersikap yakin dan tegas dalam membuat keputusan
tanpa dipengaruhi oleh orang lain..
ii. Dapat menolak sesuatu permintaan secara diplomasi tanpa memberi alasan yang
negatif.

4
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

C. Aktiviti 3 : Rushing To The Bus

1. Masa : 25 minit

2. Alat : Keratan Arahan (Lampiran 3)

3. Objektif :
i. Melihat sejauh mana ahli patuh kepada disiplin yang ditetapkan.
ii. Menyelami perasaan sebenar ahli apabila diperlakukan dengan sifat yang tidak
disukainya (agresif).
Ahli kelompok dapat membezakan di antara sifat asertif, pasif dan agresif.

4. Langkah-langkah :
i. Ahli diberi keratan arahan (seperti di lampiran).
ii. 3 orang ahli masing-masing akan diberi keratan (A) dan (D), 2 orang ahli
masing-masing akan diberi keratan (B) dan (C).
Ahli diberi masa selama tiga minit untuk membuat aksi seperti yang tercatat di dalam
kertas arahan.

5. Perbincangan :
i. Apa perasaan anda apabila diperlakukan sedemikian?
ii. Apa perasaan anda apabila melakonkan aksi agresif?
Apa yang anda pelajari daripada aksi tadi?
Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah?

6. Falsafah :
i. Dapat membezakan antara sikap asertif dengan agresif dan pasif.
ii. Berempati dengan apa yang dirasai oleh ahli lain.
Mempraktikkan sikap asertif, percaya dan berkeyakinan terhadap diri sendiri.

5
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Penutup

Melalui latihan asertif seseorang individu akan melakukan tingkah laku asertif dan berasa
selesa dengan tingkah laku tersebut tanpa mengganggu hak-hak orang lain. Menurut
Wolpe (1969), sifat ketegasan diri sebagai kebolehan menunjukkan kemesraan, kasih
sayang dan lain-lain perasaan yang bukan bersifat kecemasan.

Melalui latihan asertif ini juga, ahli dilatih beberapa kemahiran seperti mendengar,
mengemukakan permohonan yang mudah, dapat menolak sesuatu permintaan secara
asertif, melahirkan perasaan marah, gembira atau sedih, mewujudkan kemahiran
berkompromi melalui perundingan dan melakukan sesuatu perubahan tingkah laku yang
proaktif. Dengan kata lain ahli dapat melahirkan perasaan dalam suasana yang terbuka
dan harmonis.

Justeru itu, pembinaan tingkah laku asertif adalah wajar diterapkan kepada ahli kelompok
yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi agar mereka dapat bertindak dengan asertif
dalam menghadapi pelbagai masalah dan isu.

Seseorang yang bertindak asertif :


 Dapat menyatakan pandangannya tanpa menghina orang lain walaupun
pandangannya bertentangan dengan pandangan orang lain.
 Menolak permintaan orang lain secara diplomasi tanpa memberi alasan yang negatif.
 Menolak atau menjauhi diri daripada pengaruh negatif.

Tindakan asertif berlainan daripada tindakan agresif atau pasif:


 Seseorang yang bertindak agresif bermaksud memaksa orang lain bersetuju
dengannya atau mengikut kehendaknya. Tindakan seperti ini mengancam orang lain.
 Seseorang yang bertindak pasif atau pengikut tidak sanggup atau tidak mampu
memberi pendapat atau memperkatakan kehendaknya atau dapat meluahkan
perasaannya. Akibatnya dia hanya akan mengikut kehendak orang lain walaupun dia
sendiri ingin membuat keputusan lain.

6
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

“Berkatalah Benar Biarpun Pahit”

7
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Bibliografi

1. Barbara F.Okun. 2002 Effective Helping, Interviewing and Councelling Techniques,


Canada
2. http://www.webcastmy.com.my/unimasresearchgateway