Anda di halaman 1dari 13

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

1.0 PENGENALAN
Mohamed Yusoff dan rakan-rakan (2009) memberi pandangan bahawa perkahwinan
bukanlah suatu konsep yang mudah untuk didefinisikan. Penggunaannya amat meluas di
kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains sosial, tetapi maknanya sering
bergantung kepada konteks budaya. Pengkaji sendiri melihat ‘perkahwinan’ ini satu
topik yang agak menarik untuk dikaji.

1.1 Definisi Perkahwinan


Untuk tujuan perbincangan dalam penulisan kajian ringkas ini, pengkaji telah memilih
beberapa definisi perkahwinan antaranya adalah oleh Ferraro (2006) yang
mendefinisikan perkahwinan seperti berikut :

“Perkahwinan bermakna menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka


mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di
antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara
kedua-dua belah pihak dan dijalin dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.”

Bentuk kontrak dalam perkahwinan yang dimaksudkan oleh Ferraro, pada hemat
pengkaji boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang memberikan
pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam
sesebuah keluarga. Kenyataan ini turut disokong oleh Mohamed Yusoff dan rakan-rakan
(2009), yang menegaskan bahawa manusia berkahwin dengan tujuan untuk membina
keluarga.

Dalam hal yang sama Ferraro (2006) mendefinisikan keluarga seperti berikut :
“Perkahwinan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan
(biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh masyarakat.
Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights).”

I.P. GAYA
1 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu hubungan


yang direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan jantina yang dijangka
akan berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan bayi dan selepas bayi itu
dilahirkan (dalam Mohamed Yusoff dan rakan-rakan, 2009).

Bagi A. R. Radcliffe-Brown, “Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan sosial yang


khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan kepada anak yang
dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut.” Definisi lain menyatakan bahawa
perkahwinan adalah satu perlakuan budaya untuk mewujudkan famili, iaitu yang
melibatkan penyusunan semula pelaku-pelaku sosial dari segi peranan masing-masing.
Misalnya kalau sebelum berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi
(keluarga di mana seseorang itu diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia
menjadi ketua keluarga prokreasi (keluarga di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan
melahirkan anak sendiri). Keluarga merupakan satu unit sosial yang diasaskan kepada
kerjasama ekonomi, yang juga berperanan melahirkan zuriat, menjaga dan mengasuh
anak-anak dan berkongsi tempat tinggal (dalam Mohamed Yusoff dan rakan-rakan,
2009).

1.2 Pembatasan / Fokus Kajian


Kajian ringkas yang dilaksanakan oleh pengkaji (penulis) ini dibataskan atau berfokus
hanya satu ritual dalam upacara perkahwinan orang Bajau (mewakili agama Islam), iaitu
ritual ‘Akad Nikah’ (Gambar ritual ijab dan kabul seperti dalam Lampiran B) dan satu
ritual upacara perkahwinan Kadazan Dusun (berdasarkan agama Kristian), iaitu ‘Ikrar
Perkahwinan’ (Gambar perkahwinan mengikut ajaran Kristian seperti dalam Lampiran
C).

1.3 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan sebagai mendapatkan pengetahuan secara umum berhubung dengan
perbezaan kedua-dua ritual yang menjadi fokus kajian, kata lainnya maklumat atau
pengetahuan adalah hanya secara umum tentang perbezaan di antara ritual yang terlibat
dalam upacara perkahwinan agama agama berbeza di Malaysia, khususnya yang

I.P. GAYA
2 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

terdapat di negeri Sabah. Kata lainnya, kajian ini adalah untuk memenuhi kehendak
jawapan kepada soalan yang diberikan kepada pelajar OUM.

Ketepatan maklumat ritual yang dikongsikan oleh pengkaji adalah bergantung


sepenuhnya kepada atau berdasarkan ketepatan fakta yang diperolehi dari buku rujukan
yang di rujuk oleh pengkaji dan fakta yang diperolehi melalui rujukan internet yang
setiap satunya dinyatakan sumbernya oleh pengkaji. Maklumat tambahan yang
diperolehi melalui temubual pula tidak dapat disahkan daripada pihak lain.

Sehubungan itu, bentuk kajian atau metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji
adalah berbentuk deskriftif dan menggunakan kajian perpustakaan dan melalui internet.
Sebagai tambahan, pengkaji juga telah melakukan temubual dengan rakan setugas yang
mempunyai pengalaman menjalani ritual ‘Ikrar Perkahwinan’ yang terdapat dalam
agama Kristian. Manakala pengkaji sendiri juga telah pernah menyaksikan ritual ‘Ijab
dan Kabul’ menurut ajaran agama Islam semasa acara majlis akad nikah pengkaji
dengan suami.

2.0 RITUAL PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA SECARA UMUM


2.1 Ritual Perkahwinan Malaysia Secara Umum
Merujuk UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 164 (Perkahwinan dan Perceraian)
seperti dalam Lampiran A, terdapat fasal iaitu fasal 24 yang berbunyi “upacara
perkahwinan melalui istiadat agama, adat atau kelainan.”

Secara umumnya, upacara perkahwinan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan


pelbagai etnik, bangsa dan anutan agama boleh dilaksanakan melalui sama ada
mengikut istiadat agama, adat atau kelainan (iaitu asalkan tidak bertentangan dengan
undang-undang).

Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Malaysia pada masa kini
secara umumnya mempunyai persamaan, iaitu terdapat adat yang dikongsi oleh setiap
masyarakat seperti adat merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah/ikrar
perkahwinan, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan.

I.P. GAYA
3 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Menurut Kamus Dewan (1997), adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak
dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti.

Carta aliran : Proses Perkahwinan Maysarakat Malaysia (secara umum)

Merisik Meminang Bertunang Majlis Perkahwinan

3.0 RITUAL IJAB DAN KABUL


3.1 Ritual Perkahwinan Orang Bajau (Islam)
Merujuk maklumat yang terdapat dalam laman web
(http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article / 1-adat-
istiadat-perkahwinan/157-adat-istiadat-perkahwinan-kaum-bajau) suku kaum Bajau
adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan / Dusun.
Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai,
sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka.
Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja
sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut.

Kaum Bajau mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau yang tersendiri. Walau
bagaimanapun adat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan
adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. Secara dasarnya perkahwinan orang Melayu
dewasa ini pula selari dengan tuntutan Islam.

Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka
percaya bahawa perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa, sebaliknya
dilaksanakan dengan tuntutan adat dan agama.

Majlis Ijab Kabul adalah saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah! Termeterailah
ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun terpikul dibahu. Amanah yang besar perlu
dilaksanakan.

I.P. GAYA
4 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Sebelum Majlis Ijab Kabul dilaksanakan, amatlah berharga dan penting bakal suami
isteri mengetahui tentang pengertian dan syarat-syarat yang terkandung dalam
Pernikahan.

Akad Nikah
Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah sama seperti adat
perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan khutbah nikah.

Pengertian Nikah
'Nikah' bererti berkumpul menjadi satu. Seperti perkataan orang Arab 'tanaakahat al-
asyjaru' (pokok itu saling bernikah) apabila mereka melihat pokok condong satu sama
lain dan berkumpul.

Menurut istilah hukum syarak nikah bererti suatu akad yang mengandungi kebolehan
untuk melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz 'nikah' (menikahkan) atau
lafaz 'tazwij' (mengahwinkan). Menurut pendapat yang lebih sahih, kata nikah itu secara
hakiki bermakna 'akad' dan secara majazy bermakna 'persetubuhan'.

Rukun Nikah
Rukun nikah ada lima:
(a) Ada calon suami yang sudah tertentu.
(b) Ada calon isteri yang sudah tertentu.
(c) Mesti ada wali.
(d) Ada dua saksi.
(e) Ijab dan kabul.

Ijab Dan Kabul


Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinikahkan
kepada pengantin laki-laki.

I.P. GAYA
5 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Contoh lafaz (sighah) ijab :

"Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin
sebanyak .... tunai".

Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan
ijab.

Contoh kabul :

"Ku terima nikahnya dengan maskahwin ...... tunai". Kalau maskahwin tidak berupa
wang , sebutkan jenis atau nama barangnya.

Syarat-Syarat Ijab Kabul


(a) Ijab mesti menggunakan lafaz 'ankahtuka' (aku nikahkan engkau) atau lafaz
'zawwajtuka' (aku kahwinkan engkau) tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain
umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".
(b) Ijab hendaklah diikuti kabul oleh pengantin laki-laki dengan segeranya.
(c) Ijab dan kabul hendaklah didengar dan difaham oleh dua saksi.
(d) Ijab dan kabul tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian).
Contohnya: "Bila anak perempuanku telah ditalak dan habis masa iddahnya, maka
sungguh saya kahwinkan dengan engkau".
(e) Ijjab dan kabul tidak dihadkan masanya. Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan
kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun". Nikah semacam ini tidak
sah sekalipun dalam masa yang sangat panjang, kerana terjadi seperti nikah Mut'ah.
(f) Ijab mesti ta'yin' yakni mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan.
Tidak boleh dengan lafaz: "Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak
perempuan saya". Ijab semacam ini batal.

I.P. GAYA
6 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

4.0 RITUAL IKRAR PERKAHWINAN


Merujuk kepada majlis perkahwinan seleberiti terkenal berasal dari Sabah, iaitu Nikki
Palikat dengan Audi Mok (sumber internet: http://kalangadan.blogdrive.com/) ritual
perkahwinan dalam ajaran agama Kristian dimulakan dengan pengerusi upacara
perkahwinan, iaitu seorang paderi memulakan upacara perkahwinan mereka dengan
membacakan doa, responsorial psalm dan gospel. Selepas itu acara ikrar perkahwinan
dilaksanakan.

Hasil kajian menerusi internet (http://www.ccg.org/indonesian/s/d2.html) yang dibuat


oleh pengkaji, terdapat beberapa variasi atau cara pengucapan ‘ikrar perkahwinan’
dalam agama Kristian yang dilaksanakan sebagai simbolik pasangan pengantin tersebut
disahkan menjadi suami dan isteri. Untuk perbincangan dalam kajian ini, pengkaji akan
mengemukakan tiga variasi atau cara pengucapan ikrar perkahwinan dilaksanakan
mengikut ajaran agama Kristian.

Pertama, terdapat cara ikrar perkahwinan diucapkan secara monolog atau melalui
hafalan, iaitu dihafal terlebih dahulu oleh kedua pengantin lelaki dan perempuan yang
kemudiannya dilafazkan secara satu persatu dalam acara pembacaan ikrar perkahwinan.

Contoh ikrar perkahwinan yang dihafal, iaitu dilafazkan oleh pengantin perempuan
berbunyi berikut ini, iaitu seperti yang dilafazkan oleh seleberiti Nikki dalam majlis
perkahwinannya (koleksi gambar perkahwinan Nikki seperti dalam Lampiran B):

"I, Nicolette Palikat, take you Audi Mok, to be my husband. I promise to be true to you
in good times and in bad, in sickness and in health. I will love you and honour you all
the days of my life."

Ketika ditemui pemberita selepas upacara perkahwinan itu selesai, Nikki memberitahu
dia menitiskan air mata sewaktu membaca ikrar perkahwinan di pihaknya kerana
hatinya tersentuh melalui momen paling indah dalam hidupnya. (sumber internet:
http://kalangadan.blogdrive.com/)

I.P. GAYA
7 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

"Saya terbayangkan diri saya yang akan menjadi isteri yang baik dan setia kepada Audi.
Saya memang tak sabar-sabar untuk memikul peranan sebagai isteri yang baik," katanya
dengan penuh kelegaan.

Contoh lain ikrar yang dihafal oleh pasangan pengantin adalah berikut ini :

Ikrar Perkahwinan Kristian (Katolik)

“I, _____, take you, _____, for my lawful wife/husband, to have and to hold from this
day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, until
death do us part. I will love and honor you all the days of my life.”

Ikrar Perkahwinan Kristian (Protestant)

“I, _____, take thee, _____, to be my wedded wife/husband, to have and to hold from
this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to
love and to cherish, till death do us part, according to God’s holy ordinance; and
thereto I pledge thee my faith.”

Kedua, pengkaji juga mendapati Ikrar juga boleh dibuat dengan bantuan paderi yang
mempengerusikan majlis perkahwinan, iaitu paderi membacakan ikrar perkahwinan
dengan pengantin mengulang sahaja apa yang diucapkan oleh paderi tersebut.

Contoh ikrar perkahwinan yang dimaksudkan :

[Paderi menghadapkan pasangan itu secara berhadapan muka dan hubungkan tangan
kanan mereka bersama].

[Kemudian memberi arahan] bermula dengan pengantin lelaki, sebutkan kata-kata ini
selepas saya :

“saya, (nama penuh lelaki), mengambil kamu (nama perempuan) menjadi isteriku, akan
memilikinya, dari hari ini dan seterusnya, di dalam keberadaan dan kekurangan, dalam
I.P. GAYA
8 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

kesenangan dan kedukaan, dalam keadaan yang sihat dan sakit, untuk mengasihi dan
menghargai sehingga hari kematian. Oleh itu, saya berikrar dengan iman saya.”

Dan sekarang pengantin perempuan :

“saya (nama penuh perempuan), mengambil kamu (nama lelaki) menjadi suamiku, akan
memilikinya, dari hari ini dan seterusnya, dalam kesenangan dan kedukaan, dalam
keadaan sihat dan sakit, untuk mengasihi dan menghargai sehingga hari kematian. Oleh
itu, saya berikrar dengan iman saya.”

Kerana kamu mengenal Allah yang maha besar dan kasihNya terhadap kamu, ianya
sesuai dan layak untuk kita datang kepada Dia – dan dihadapan Yesus Kristus untuk
meminta berkatnya dan meminta dia untuk menyatukan kamu sebagai suami dan isteri.

Mari kita berlutut.


(Bagi semua perkahwinan: ketika ini diambil kesempatan untuk berdoa dengan doa
yang sesuai, iaitu memohon Allah memberkati perkahwinan ini.)

Mari kita berdiri.

Dengan kuasa Yesus Kristus, sekarang saya ingin umumkan kamu sebagai SUAMI dan
ISTERI!

Sekarang kamu boleh bertukar cincin. Cincin perkahwinan adalah lambang luaran kasih
dan kesetiaan kamu terhadap satu dengan yang lain.

Sekarang kamu boleh mencium pengantin perempuan.

I.P. GAYA
9 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Ketiga, terdapat juga ikrar perkahwinan yang berbentuk soalan oleh paderi selaku
pengerusi upacara perkahwinan yang memerlukan respon jawapan oleh pengantin “saya
setuju” (“I do” or “I will”).

Contoh pengucapan paderi selaku pengerusi upacara perkahwinan :

Adakah kamu (nama lelaki) berjanji taat dan bersatu dengan Allah, di hadapan saksi-
saksi ini, untuk mengambil (nama penuh perempuan) menjadi isteri kamu yang sah
selagi kamu berdua hidup, untuk mengasihi dia, menghargai dia, menghormati dia dan
menyediakan keperluan bagi dia? (Jawapan pengantin lelaki)

Dan adakah kamu (nama perempuan) berjanji taat dan bersatu dengan Allah di hadapan
saksi-saksi ini, untuk mengambil (nama penuh lelaki) menjadi suami kamu yang sah
selagi kamu berdua hidup, untuk mengasihi dia, menghargai dia, menghibur dia,
menghormati dia dan menuruti dia menurut Hukum Allah? (Jawapan pengantin
perempuan)

5.0 DAPATAN
Berdasarkan perbincangan hasil kajian sebelum ini, maka dapatlah dibuat perbandingan
antara ritual ijab dan kabul (Islam) dengan ritual ikrar perkahwinan (Kristian) iaitu
berikut ini :

5.1 Persamaan dalam ritual


Ritual Ijab & Kabul (Islam) Ritual Ikrar Perkahwinan (Kristian)
1. Nama penuh pengantin lelaki dan 1. Nama penuh pengantin lelaki dan
perempuan disebut oleh wali atau juru perempuan disebut oleh paderi selaku
nikah. pengerusi upacara perkahwinan.
2. Ada juru nikah (Wali atau Kadi) 2. Ada pengerusi upacara perkahwinan
3. Ada wali (Paderi yang bertauliah).
4. Ada dua orang saksi bagi pihak 3. Ada wakil perempuan (biasanya bapa)
perempuan. 4. Ada saksi di pihak perempuan dan
lelaki.
I.P. GAYA
10 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

5.2 Perbezaan dalam ritual


Ritual Ijab & Kabul (Islam) Ritual Ikrar Perkahwinan (Kristian)
1. Hanya ada satu variasi utama 1. Sekurang-kurangnya ada tiga jenis
pengucapan ijab oleh wali atau juru variasi cara pengucapan ikrar
nikah dan diikuti oleh ucapan kabul perkahwinan yang boleh dipilih oleh
oleh pengantin lelaki. pasangan pengantin mengikut
2. Hanya lelaki yang mengucapkan kabul, kesesuaian majlis upacara
pengantin perempuan tidak ada ucapan perkahwinan.
kabul. 2. Kedua-dua pengantin lelaki dan
3. Ada disebut nilai mas kahwin yang perempuan melafazkan ikrar
perlu dijelaskan secara tunai atau perkahwinan mereka.
hutang. 3. Tidak ada dinyatakan mas kahwin.
4. Semasa upacara ijab dan kabul, 4. Pengantin perempuan dimestikan ada
pengantin perempuan tidak wajib ada untuk sama-sama melafazkan ikrar
bersama-sama (wajib ada wali). perkahwinan.
5. Lafaz ijab mesti menggunakan ‘aku 5. Tidak ditentukan, iaitu terdapat
nikahkan engkau’ atau ‘aku kahwinkan pelbagai variasi ikrar perkahwinan.
engkau’. 6. Sebelum dilangsungkan Ikrar
6. Hanya wali dan pengantin perempuan Perkahwinan hadirin yang ada ditanya
yang boleh menghalang Ijab dan Kabul jika ada yang membantah
dilangsungkan. perkahwinan.
7. Tidak dimestikan memegang Al-Quran 7. Ikrar Perkahwinan dilakukan sambil
sewaktu Ijab dan Kabul. menyentuh ‘Bible’.

I.P. GAYA
11 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

6.0 RUMUSAN
Ritual ijab dan kabul dalam upacara pernikahan dalam perkahwinan orang Bajau adalah
selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan ikrar perkahwinan
dalam upacara perkahwinan pengantin beragama Kristian dijalankan mengikut tatacara
agama. Perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua ritual adalah bukti toleransi dan
kebebasan beragama dan melaksanakan amalan beragama yang terdapat di negara kita.

Situasi ini agak tidak begitu asing bagi penduduk negeri Sabah kerana terdapat ramai
keluarga di negeri ini yang mempunyai anak atau adik-beradik yang mempunyai anutan
agama yang berbeza, mengamalkan budaya kahwin campur tapi masih boleh hidup
harmoni dan mengekalkan hubungan kekeluargaan yang erat dan mesra. Kenyataan ini
turut diperakui oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
yang menyatakan Sabah adalah satu contoh terbaik selain negeri Sarawak yang
memenuhi konsep yang diwar-warkan oleh beliau, iaitu konsep “Satu Malaysia”.
Konsep satu Malaysia ini pastinya tidak akan tercapai selagi rakyat tidak saling kenal
mengenali dari segi amalan agama atau budaya kaum lain, seperti kata pepatah “tak
kenal maka tak cinta”. Dengan mengenali anutan agama dan budaya kaum lain, maka
sudah tentu lebih mudah untuk seseorang itu bersikap terbuka, bertoleransi, hormat
menghormati dan dapat menghilangkan rasa prejudis.

I.P. GAYA
12 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002
HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

BIBLIOGRAFI

Mohamed Yusoff Ismail, Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar dan Sheith Faikis Abu
Bakar. (2009). HBSS4303 Pengenalan Antropologi (Modul OUM).
Kuala Lumpur: OUM

Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).


Belmont : Thomson Wadsworth.

Johdi Salleh. (2007). Sejarah Perekembangan Negara (Modul OUM). Kuala


Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Teh Hooi Bin (2004). Tradisi dan Kebudayaan Malaysia. Subang Jaya :
Bright Publication Sdn. Bhd.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 164 (Perkahwinan dan Perceraian)

Melalui Temubual
XXX, XX tahun, beragama Kristian, sudah berkahwin.
SK. Timbang Batu, Peti Surat 30, 89107 Kota Marudu, Sabah.

Sumber Internet :

Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau


http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article/1-adat-
istiadat-perkahwinan/157-adat-istiadat-perkahwinan-kaum-bajau

Majlis Ijab Kabul *Dipetik dari Buku Perkahwinan Yang Suci


http://tentang-pernikahan.com/article/articleindex.php?aid=760

Perkahwinan Nikki Palikat


http://kalangadan.blogdrive.com/

Rujukan Upacara Perkahwinan Dalam Kristian


http://www.ccg.org/indonesian/s/d2.html (versi Indonesia)
dipetik dari http://www.logon.org dan http://www.ccg.org (versi Inggeris)

http://malaysiana.pnm.mv/

I.P. GAYA
13 MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH
NO. MATRIK: 690315125600002