Anda di halaman 1dari 4

Tenaga Nuklear di Malaysia...Biar Betul???

Kerajaan bersedia menggunakan tenaga nuklear menggantikan minyak sebagai alternatif


jangka panjang untuk menjana kuasa elektrik jika harga bahan api itu terus melambung di
pasaran dunia. Kerajaan akan mencari alternatif lain seperti tenaga solar, hidro, hidro mini,
biomas dan bahan bakar yang diperbaharui daripada sampah sarap bagi menggantikan
minyak.

Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan membina reaktor nuklear bagi


tujuan penjanaan elektrik. Adakah ini perkara baik atau buruk bagi kita?

Untuk pengetahuan semua, teknologi nuklear ini bukanlah satu perkara yang asing bagi
negara kita. Kerana Malaysia sudah pun mempunyai reaktor sendiri yang dikenali sebagai
Reaktor Triga Puspati (RTP). RTP mula beroperasi pada tahun 1982 dibina bagi tujuan
penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan kepada perubatan, pertanian serta kajian
neutron.
Janakuasa nuklear menggunakan uranium dalam bentuk isotop, dengan melakukan beberapa
siri tindakbalas bagi menghasilkan haba yang banyak. Haba tersebut akan digunakan untuk
memutarkan turbin bagi menghasilkan elektrik. Uranium merupakan salah satu unsur yang
paling mudah dijumpai di tanah, pokok dan air. Antara negara yang menjadi pengeluar
terbesar uranium ialah Kazakhstan, Australia dan Canada.

Stesen Janakuasa Nuklear Ikata, Jepun.

Dalam analisis reaktor nuklear, stesen nuklear Ikata mempunyai tiga reaktor dan apabila
ketiga-tiga kipas turbin reaktor ini bekerja serentak, ia mampu menghasilkan 2, 022 MW di
satu lokasi sahaja. Dapat dirumuskan bahawa jika digabungkan empangan Kenyir dan
Temenggor masih tidak dapat menandingi stesen nuklear Ikata.

Jika Malaysia tetap mahu membina stesen janakuasa nuklear, harus diingat pembinaan
janakuasa nuklear memerlukan kawasan pembinaan yang amat besar.

Dicatat oleh asyy_shafie di 19:26 0 ulasan

Rabu, 2009 Mei 27

Jenis-jenis Stesen Janakuasa di Malaysia


Terdapat tiga jenis stesen janakuasa di Malaysia iaitu stesen janakuasa hidro, terma dan
gas. Stesen-stesen janakuasa ini didirikan di lokasi yang sesuai dengan penggerak utamanya.
• Stesen janakuasa Hidro.
Stesen janakuasa hidro menggunakan air daripada empangan sebagai
penggerak utamanya untuk memusingkan turbin. Selain menjana tenaga elektrik untuk
keperl

uan negara, penggunaan stesen janakuasa hidro juga dapat menjimatkan


pencemaran alam.

• Stesen janakuasa Terma.


Stesen janakuasa terma menggunakan bahan api seperti arang batu dan gas bagi
memanaskan air dalam dandang. Dandang akan mengeluarkan stim bertekanan tinggi bagi
memutarkan kipas turbin. Stim bertekanan tinggi merupakan sumber penggerak utama
stesen janakuasa terma.

• Stesen janakuasa gas.


Stesen janakuasa gas menggunakan gas bertekanan tinggi sebagai sumber penggerak utama
bagi memutarkan kipas turbin. Gas bertekanan tinggi dihasilkan daripada dandang
pembakaran melalui pemampatan udara. Stesen janakuasa
gas memerlukan air untuk menyejukkan dandangnya.

Dicatat oleh asyy_shafie di 01:14 0 ulasan

Anda mungkin juga menyukai