Anda di halaman 1dari 4

BICARA BERIRAMA (Bunyi lembu) (Bunyi kambing) (Bisingggg) Ujang: Woii. Diamlahh. Shuuu shuuu.. Shuuu..

Mak: Apa kamu ni. Kerbau pun kamu nak marah. Pergilah bekerja. Kerbau banyak, sawah lebar.. Ujang: Malaslah mak. Saya hendak pergi melancong. Ramai: Apa kata kita pergi melancong. Malaysia ini indah, cantik, permai dan apa yang penting, banyak destinasi yang menarik. Cuti-cuti Malaysia. Ujang: Pakai tali pinggang keledar, pandu secara berhemah. Ramai: Biar lambat, asal selamat. Ingat orang tersayang. Muah! Solo: Naik kereta proton preve, hati senang, Malaysia hebat.. Ramai: Memang hebat! Dikir barat Ada sebuah negeri comel namanya Kelantan Wayang kulit, makyong juga, budaya warisan.. budaya warisan.. Kalau pergi pasar, pergi pasar siti khadijah Banyak orang jual, nasi kerabu nasi dagang Kalau nak makan angin, pergi pantai cahaya bulan Udang celup tepung, jadi igauan.. Solo: Inilah negeri Kelantan. Negeri serambi mekah.. Ramai: Negeri yang terkenal dengan gelaran cik siti wan kembang. Kelantan Darul Naim. Ujang: Mak.. Ujang dah laparlah mak. Di sana tu, makanan apa mak? Boria Salam sejahtera kami ucapkan Boria P.Pinang kami persembahkan Jambatan terpanjang kami sediakan Naik feri juga meredah lautan ( ewahhh ) Ke padang kota beli pasembur Nasi kandar juga enak dimakan Batu feringgi tempat kunjungan Selalulah datang ke P.Pinang ( ewahhh ) Mak: Ooo.. Itulah nasi kerabu. Ramai: Nasi kerabu Tanak nasi campur bunga telang jadi warna ungu. Hiris ulam, goreng kelapa, tabur atas nasi. Jangan lupa makan dengan ikan campur telur asin dan apa yang penting, jangan lupa bubuh budu. Emmm Nyum nyum nyum nyum.. Sedap Lazat.. Solo: Sedapnyaa.. (Bunyi kereta) Ujang: Mak, kita telah melangkawi sempadan negeri Terengganu dan Pahang. Kini, kita berada di negeri Johor darul Takzim. Mak: Iyaa.. Petang ni mak nak bawa ujang ke tanjung piai. Ramai: Tanjung Piai, penghujung benua asia. Zapin

Kalaulah tuan, kalau tuan Ke tambak Johor Singgah sebentar alahai saying Singgah sebentar ke Pantai Lido Selat Terberau, selat terberau Airnya tenang.. Tempat berlabuh alahai saying Tempat berlabuh kapal pedagang Ujang: Itulah Kota Singa. Negara Singapura. Jelas kelihatan dari sini. Mak: Itulah tambak Johor yang terkenal tuu.. Ramai: Tambak Johor, tanjung puteri. Ujang: Mak, rembang petang begini kalau kita singgah di Danga Bay, tentu seronok. Ramai: Betul..Betul..Betul.. Solo: Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang. Sila tegakkan tempat duduk anda, dan sila pakai tali pinggang keselamatan anda. Sekian terima kasih. Ujang: Wahhh.. Panjangnya jambatan ni. Jambatan apa ni? Ramai: Inilah jambatan P.Pinang. Jambatan P.Pinang merupakan jambatan keempat terpanjang di asia tenggara. Ujang: Mak, malam ni kemana destinasi kita? Mak: Kita pergi pesta P.Pinang nak? Ramai: Boleh..Boleh..Boleh Solo: Jom pergi Bukit Bendara. Boleh naik kereta kabel. Ramai: Jom. Solo: Emmm.. Masamnya jeruk ni. Mak: Inilah jeruk Pak Ali. Jeruk yang terkenal di P. Pinang. Boria Salam sejahtera kami ucapkan Boria P.Pinang kami persembahkan Jambatan terpanjang kami sediakan Naik feri juga meredah lautan ( ewahhh ) Ke padang kota beli pasembur Nasi kandar juga enak dimakan Batu feringgi tempat kunjungan Selalulah datang ke P.Pinang ( ewahhh ) Mak: Ujang, minggu depan mak nak cuti ke Pulau Bernio pula. Ramai: Hooreyy.. Cuti-cuti Malaysia, cuti rehatkan minda Ibu ayah sekeluarga, cuti dalam Malaysia Ujang: Mak, Pulau Bernio tu di mana? Di Amerika atau di Afrika? Ramai: Apa?! Afrika?! Hahaha.. Ujang: Yelaa..Yelaa.. Ramai: Kawan-kawan, Pulau Bernio terdiri daripada 3 buah Negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Pernah dengar tak? Sabah, Sarawak

Dan Labuan. Ramai: Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi penerbangan Malaysia Dengan pesawat MH2031 akan berlepas ke Kuching Sarawak. Meow.. Meow.. Meow.. Solo: Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak. Sila tegakkan Tempat duduk anda, dan sila pasangkan tali pinggang keselamatan Anda. Sekian terima kasih. Ramai: Selamat datang ke Sarawak.. Solo 1: Kampung Budaya Solo 2: Muzium Sarawak Solo 3: Muzium Kuching Solo 4: Water front Ramai: Serta.. Jangan lupa terubuk masin dan kek lapis Sarawak. Emm Pantun Mudik perahu di Sungai Rejang, Datang jauh dari Seremban, Sarawak terkenal rumah panjang, Terubuk masin dan masyarakat iban. Indah kiasan lagu dilirik, Nyanyi merdu di bawah cahaya, Kampung Budaya tempat menarik, Tarian ngajat jadi budaya. Puteri santubung, puteri sejinjiang Ujang: Aduhh.. Penatnya. Jom kita tidur. Ramai: Jom.. Mak: Bangun..Bangun.. Kita dah sampai. Ujang: Mak, kita dimana ni? Mak: Kamu ni ujang.. Tanah tumpah sendiri pun tak tahu. Jangan ujang Jangan.. Ramai: Jangan jadi kacang lupakan kulit. Hujan emas di negeri orang, hujan Batu di negeri sendiri. Inilah Negeri Sembilan.. Solo 1: Solo 2: Solo 3: Solo 4: Solo 5: Solo 6: Solo 7: Solo 8: Jelebu Ujang: Ooo.. (Ooo..) Banyaknya daerah. Apa hebatnya negeri Sembilan ni? Ramai: Kaya dengan adat. Budaya dijulang, adat dijunjung. Teluk Kemang tempat bemandi-manda. ____________________________. Dinginnya air terjun di Ulu Bendul. _________________________________. Pedas dan enak masak lemak cili api. Ikan salai begitu juga. Datanglah bertamu di Negeri Sembilan, jika ingin bertukar selera. Sedap..PedasPuas.. Ujang: Bertuahnya kaum hawa Negeri Sembilan.

Ramai: Memanglah. Dibela dan dilindungi adat perpatih. Tanah pusaka Dijaga turun temurun. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Biar mati anak, jangan mati adat. Solo: Hebatnya orang Negeri Sembilan. Ramai: Hebathebathebat Bukan setakat itu sahaja, kami mengamalkan pepatah.. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lagu Kuala Pilah telapak adat Seri menanti Bandar diraja Kota lukut kota sejarah.. Kota sejarahh.. Kerna bulat kata muafakat Undang lembaga buapak Itu asas terbina Negeri Sembilan Ramai: Alangkah indahnya Malaysia. __________________________, lautnya Dalam berbatu karang. __________________________, dedaun kelapa Melambai pelancong. ______________________________________, Memakmur Negara. Malaysia gemilang di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai