Anda di halaman 1dari 7

Modul P engajaran & Pembelaj aran

PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Pengenalan

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard


Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati
`seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau
telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelo mpok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special
population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan
bukanlah semata- mata diw arisi. Jika kedua-dua ibubapa
TEORI dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya
KECERDAS AN anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian
PELBAGAI terhadap kanak-kanak istimew a mendapati ada di antara murid-
murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa
yang kedua-duanya adalah profesional.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi


otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia
dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang
berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut
konteks penggunaannya.
OTAK KIRI OTAK KANAN
∗ BAHASA ∗ BENTUK DAN
∗ FORMULA CORAK
MATEMATIK ∗ RUANG
∗ LOGIK ∗ IRAMA DAN
∗ NOMBOR APRESIASI
∗ URUTAN MUZIK
∗ LINEAR ∗ IMEJ/GAMBAR
∗ IMAGINASI
∗ ANALISIS
∗ BERKHAYAL
∗ DIMENSI
Di akhir modul ini guru boleh:-

i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi


murid; dan
ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan TKP.

TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi


OBJ EKTIF konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda
Campbell , Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan
definisi How ard Gardner sebagai:-

(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam


kehidupan sebenar;
(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
(c) kebolehan membuat sesuatu atau menaw arkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

22
Individu Boleh dipelajari,
mempunyai 8 dididik dan
kecerdasan ditingkatkan

Boleh
dipindahkan – Tidak
contoh berkembang
CIRI-CIRI TEORI
KECERDAS AN
kecerdasan
interpersonal
CIRI-CIRI seiring

PELBAGAI ke linguistik

Boleh Satu atau dua Tidak boleh


dirangsang kecerdasan dinilai
berkembang berasingan
sepenuhnya

Verbal-Linguistik

Naturalis Logik-Matematik
JENIS-JENIS
TEORI
KECERDAS AN
PELBAGAI
Intrapersonal Visual-Ruang

Kinestetik

Interpersonal

Muzi k

23
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir
KECERDASAN menggunakan perkataan untuk menyampaik an sesuatu secara
VERBAL- berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulis an. Mudah
LINGUISTIK berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan
boleh meyakini orang lain.

KECERDASAN
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan
LOGIK-
seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
MATEMATIK secara konseptual dan abstrak. Indiv idu yang cenderung dalam
kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap.

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang


KECERDASAN membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat
VISUAL-RUANG
mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran.
Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan
dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak
menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan
visual-ruang ini membole hkan seseorang mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik.

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota


KECERDASAN
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
KINESTETIK
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih
cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan
badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan
dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Kecerdasan muzik pada seseorang membole hkannya mengesan


KECERDASAN bunyi tanpa lisan, muzik serta ir ama yang terdapat di persekitaran.
MUZIK Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain
daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini
boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

KECERDASAN Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta


INTR APERSONAL mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i
sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tin ggi terhadap
kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan
boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan
murung dan mengelamun tetapi sentiasa berw aspada dan
bew aw asan.

KECERDASAN Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami


INTERPERSONAL perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini

24
dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan


KECERDASAN
mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih
NA TURALIS
menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan
fauna.

KEPENTINGAN 1. Petunjuk kepada potensi murid.


KECERDASAN TKP 2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang
DALAM pengajarannya.
PENGAJARAN
3. Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan
DAN
PEMBELAJARAN kecerdasan.
4. Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar.
5. Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.
6. Mempelbagaikan cara penilaian.
7. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras
dengan FPK dan keper luan murid.
8. Mew ujudkan suasana kolaboratif di sekolah
9. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih


kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang
diajar, iaitu:

SISIPA N Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan


dan digunakan dalam pengajaran secara tidak
langsung.

JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran


matematik.
BAGAIMANA
MELAKSANAKAN
JALINA N Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa
TKP DALAM mata pelajaran.
PENGAJARAN
DAN PERKONGSIA N Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan
PEMBELAJARAN dalam dua mata pelajaran.

KESEPADUA N Beberapa kecerdasan digunakan secara


bersepadu merentasi mata pelajaran yang
berlainan.

25
MODEL SISIPAN

Tahun 1

Bidang : Mengenal kraf tradis ional

Tajuk : Membuat model tembikar

CONTOH
Guru mengajar murid menghasilkan model tembikar menggunakan
PENGAJARAN
plastisin. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan
DAN kinestetik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan.
PEMBELAJARAN Kecerdasan Visual-Ruang juga dipupuk melalui aktivit i ini.
DALAM
PENDIDIKAN SENI
VISUAL Tingkatan 1

Bidang : Penghasilan Seni Visual

Tajuk : Garisan

Guru membaw a murid-murid keluar bilik darjah untuk mengenali


tumbuhan serta alam persekitarannya. Secara tidak langsung
menggunakan kecerdasan naturalis murid- murid. Melalui aktiviti
ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis garisan yang w ujud
dalam ciptaan Tuhan. Apabila berinteraksi dengan guru dan rakan
sebaya dalam sesi perbincangan murid- murid menggunakan
kecerdasan verbal-linguistik serta interpersonal. Apabila idea
tersebut digunakan untuk mengubah sesuatu, murid- murid
menggunakan kecerdasan visual-ruang masing- masing.

MODEL JA RINGA N

Tingkatan 4 dan 5

Bidang : Komunikasi Visual

Tajuk : Multimedia

Dalam penghasilan cerita beranimasi yang bertemakan fauna,


sekumpulan murid yang terdir i daripada lima orang harus
menggunakan kesemua kecerdasan untuk menghasilkan cerita
tersebut.

26
Tahun 4

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Tajuk : Boneka

Guru yang membimbing murid membuat boneka dapat mencungkil


kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik ketika interaksi antara
guru dan murid berlaku, kecerdasan logik- matematik diperlukan
untuk mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestetik
digunakan secara tidak langsung ketika memanipulasi bahan.
Semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembaan drama,
kecerdasan muzik, intrapersonal dan interpersonal digunakan
untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Kesedaran
naturalis pula digunakan ketika penghasilan boneka yang
berasaskan motif dari alam semulajadi.

MODEL JALINAN

Tingkatan : 1

Bidang : Prinsip Rekaan

Tajuk : Gar isan Grid

Guru menerangkan konsep garisan grid. Perbincangan dibuat


tentang garisan grid yang terdapat pada pelbagai objek buatan
manusia dan pada alam semulajadi. Murid menggunakan
kecerdasan visual-ruang untuk melukis garis an grid dan corak.
Murid boleh mengaplikasikan kecerdasan vis ual ruang ini dalam
mata pelajaran lain seperti geografi dan sains.

MODEL PERKONGSIAN

Tingkatan : 4

Bidang : Komunikasi Visual

Tajuk : Risalah

Tema : Alam Sekitar

Guru berbincang dengan murid mengenai keindahan alam


semulajadi ciptaan Tuhan. Mur id-murid diminta member i pendapat
tentang aktivit manusia yang memberi kesan negatif terhadap
sistem ekologi alam semulajadi yang seterusnya turut menjejaskan
kehar monian kehidupan manusia. Guru memperjelaskan
bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan
dalam bentuk risalah yang boleh memberi kesedaran pada

27
masyarakat. Murid akan menggunakan kecerdasan verbal-
linguistik, visual-ruang dan naturalis. Murid mengaitkan
pemahaman mereka dalam bidang sains dengan Pendidikan Seni
Visual.

MODEL KESEPA DUA N

Tingkatan : 4

Bidang : Rekabentuk persekitaran

Tajuk : Lanskap

Guru dan murid membincangkan penggunaan ruang lanskap dan


fungsi tumbuh-tumbuhan pada lanskap. Guru mengajar
perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam
semulajadi dan objek buatan manusia. Murid- murid menggunakan
kecerdasan naturalis dan visual-ruang dengan pemahaman
berkaitan sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang
berkenaan.

Per kembangan di atas menunjukkan bahaw a dimensi TKP


sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang
merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama
ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara atau gaya berkaitan.

Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi


tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, guru boleh memupuk
RUMUSAN kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam murid-
muridnya.

28