Anda di halaman 1dari 24

Soalan 1 Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa yang memberikan pengajaran kepada anda.

Peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam novel. i. Peristiwa Faridah terlibat dalam kemalangan apabila van yang dipandunya hilang kawalan akibat Faridah terkejut mendapati Iqbal ada di dalam van tersebut. Pengajaran: Kita hendaklah berhati-hati ketika memandu supaya keselamatan kita terjamin. Peristiwa polis dengan bantuan platun Senoi Praak, Jabatan Perhilitan, anggota RELA dan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mencari Faridah dan Iqbal yang hilang di hutan Bukit Fraser. Pengajaran: Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu usaha supaya matlamat usaha tersebut mendatangkan hasil. Peristiwa Mejar (B) Kamarudin dan Buyung berusaha mencari Faridah di kawasan Bukit Kutu sehingga akhirnya berjaya menemui Faridah yang tinggal di rumah Tok Batin Senik di Perkampung Orang Asli Temuan lalu membawa mereka ke hospital. Pengajaran: Kita hendaklah berusaha bersungguhsungguh tanpa mengenal putus asa supaya usaha kita itu mencapai kejayaan. Peristiwa penduduk Kampung Parit Tiga berkunjung ke rumah Salmah mengadakan bacaan Surah Yasin akibat kehilangan Faridah. Pengajaran: Kita hendaklah mengamalkan konsep kejiranan supaya ikatan kejiranan kita menjadi lebih erat. Peristiwa Benny melarikan diri daripada ditangkap oleh Interpol kerana terlibat dalam perjuangan bersama-sama Mohamed Attar dan Mehmood demi negara Iraq dan Palestin. Pengajaran: Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang demi keselamatan dan keamanan negara serta dunia. Peristiwa Faridah kembali ke kampung halamannya di Sungai Besar, Selangor setelah 25 tahun meninggalkan tanah air. Dia bersama-sama suaminya, Soleh Johnsons menetap di Cameron Highlands. Pengajaran: Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan tanah air untuk membuktikan bahawa kewatanan ada dalam diri kita.

ii.

iii.

v.

vi.

vii.

SOALAN NOVEL 2011 Perbandingan tema 1. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu. markah] 2. Tema merupakan perkara pokok yang dibincangkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu. markah] CONTOH JAWAPAN MELUNAS RINDU Novel ini mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarga dan sesama manusia. - Perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani kehidupan baru, Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya dia berusaha mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya. Perasaan sayang yang mendalam juga menyebabkan Fuad hampir mengahwini adik-adiknya sendiri iaitu, Sofia dan Farhana. Kasih sayangnya terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah menyebabkan Fuad sanggup membelikan tanah, motorsikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah ke Tanah Suci. Akibat daripada perasaan kasih sayang yang mendalam menyebabkan Fuad tidak melupakan apaknya, Robert Lim, bapa saudaranya, iaitu Peter Lim dan Swee Lan serta adik-adik sepupunya.

[8

[8

KABUS DI PERBUKITAN Novel ini mengemukakan tema jati diri dan kasih sayang seorang wanita terhadap kaum keluarganya dan juga tanah airnya. - Contohnya: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu Melina dan Anne dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya. Contohnya: Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang. Bukti lain, Faridah juga sangat sayang pada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma. Contohnya: Kasih sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya sebagai orang Melayu.

Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di negeri orang. Malah Faridah juga tetap mengamalkan budaya Melayu ketika berada di New Zealand.

Perbandingan persoalan 1. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih sayang daripada setiap novel. [8 markah] 2. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

CONTOH JAWAPAN MELUNAS RINDU Persoalan kasih sayang - Kasih sayang terhadap ibu Contohnya; Fuad amat merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup Mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya. Kasih sayang Farhana terhadap ibunya, dia cemas apabila mendapat panggilan ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital lalu segera pulang ke kampung. Farhana menyuapkan ibunya bihun sup dan menjaganya walaupun terpaksa bermalam di hospital. Kasih sayang keluarga angkat Contohnya; Mak Salmah dan Pak Ismail sangat menyayangi Sofia walaupun Sofia cuma anak angkat. Kematian Sofia begitu terkesan di hati mereka dan masih tidak dapat melupakan Sofia. Kasih sayang terhadap saudara kandung. Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana kedua-dua mereka adalah saudara kandungnya yang berlainan bapa

KABUS DI PERBUKITAN. Persoalan kasih sayang - Kasih sayang ibu kepada anak. Contohnya: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu Melina dan Anne dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya. Salmah sentiasa teringat akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia dan sering mengunjungi kubur Rahayu sambil membacakan yassin. Kasih sayang anak terhadap ibu. Contohnya: Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang. Kasih sayang terhadap saudara kembar Buktinya; Faridah juga sangat sayang pada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma.

Kasih sayang terhadap tanah air Contohnya: Kasih sayang Faridah terhadap kampung halaman . Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di New Zealand. Kasih sayang bapa terhadap anak Contohnya; Mejar (B) Kamaruddin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Frezer setelah van yang dipandunya jatuh ke dalam gaung.

Persoalan lain. MELUNAS RINDU 1) Ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama Contohnya; Sebagai saudara baru Fuad tekun mempelajari agama. Dia belajar mengaji daripada Pak Ismail dan selalu mengerjakan solat berjemaah di surau. Fuad tidak pernah meninggalkan solat waima dalam perjalanan pulang ke kampung atau pada masa kecemasan.

2) Tolong menolong sesama manusia Pak Said sanggup menawarkan diri untuk membantu Fuad mencari ibunya di Felda Lembah Klu. Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik kerana deman pada suatu malam Robert Lim menolong Peter Lim dengan menghantar wang perbelanjaan bulanan kepada abangnya itu pada setiap bulan.

3) Sikap mengenang budi Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini. Fuad berusaha membalas kebaikan pak Ismail dan Mak salmah terhadapnya dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak salmah dan menghantar mereka mengerjakan umrah.

4) Tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab. Fuad walaupun hanya guru sandaran, tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas.

5) Menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang redha. Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya, iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan redha. Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya, Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

KABUS DI PERBUKITAN. 1) Ketaatan kepada agama Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia 6 tahun anaknya telah dihantar belajar agama.

2) Sektor pertanian penjana ekonomi negara Contohnya: Azrul mengusahakan kegiatan penternakan untuk membekalkan sumber makanan dan seterusnya membantu ekonomi negara.

Contohnya: Datuk Azrul membantu pekebun-pekebun kecil memajukan pertanian dan menubuhkan Pertubuhan Peladang untuk membantu para petani memasarkan hasil pertanian mereka. Contohnya: Soleh Johnsons turut mengusahakan beribu-ribu ekar tanah dalam bidang pertanian dan mempunyai pusat penyembelihan di New Zealand. 3) Keretakan rumahtangga Contohnya: Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu. 4) Perkahwinan campur antara pelbagai bangsa. Contohnya; Perkahwinan Faridah yang berbangsa Melayu dengan Soleh Johnson yang berketurunan Inggeris. Perkahwinan Melina dengan Benny yang berketurunan Arab dan perkahwinan Anne dengan Zain . 5) Masalah kumpulan militan Islam Contohnya: Mohamed Attar merupakan seorang pejuang agama yang radikal yang cuba mempengaruhi Benny agar turut serta dalam perjuangan jihadnya. 6) Kerjasama Contohnya: Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan) Contohnya: masyarakat kampung Sungai Besar bergotong-royong dalam majlis perkahwinan Anne dan Zain.

Perbandingan watak utama 1. Kegigihan watak utama banyak dihuraikan dalam novel. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan kegigihan watak utama menjalani kehidupan mereka. [8 markah] 2. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel. [8 markah] CONTOH JAWAPAN MELUNAS RINDU. Kegigihan watak utama: Fuad Kegigihan Fuad berusaha mencari ibu kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup. - Kegigihan Fuad menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam.

Kegigihan Fuad sebagai guru sementara di SMK. Seri Setia yang mengajar murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM.

KABUS DI PERBUKITAN Kegigihan watak utama: Faridah - Kegigihan Faridah menghadapi cabaran tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama. Kegigihan Faridah yang bekerja di pusat penyembelihan sebelum berkahwin dengan Soleh Johsons. Kegigihan Faridah menjadi tenaga pengajar bagi kanak-kanak pendidikan khas contohnya yang mengalami sindrom down.

Perbandingan perwatakan watak utama MELUNAS RINDU -Watak utama- Fuad Taat kepada agama dan perintah Tuhan - Sebagai saudara baru dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara menunggu waktu Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail Tabah/cekal Dia tabah menghadapi kenyataan bahawa orang yang dicintai iaitu Sofia dan Farhana ialah adiknya sendiri. Rajin dan suka berbudi pada tanah. Dia mengusahakan tanah yang dibelinya daripada Awang Sojar dengan mengusahakan tanaman jagung. Dia rajin mencari kayu api untuk memudahkan Mak Limah menggunakan dapur kayu. Mengenang budi Dia menziarahi apak dan mamanya yang telah membesarkannya untuk bertanya khabar Dia membiayai persekolahan adik-adik saudaranya

KABUS DI PERBUKITAN Watak utama- Faridah Bersifat penyayang. - Sayang akan anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang anaknya buktinya, Faridah risau apabila anaknya Melina ingin tinggal bersendirian di Auckland. Sayang akan ibunya Salmah hingga sanggup menemani ibunya dan tidak mahu berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.

Jati diri yang kuat Berpegang kuat pada budaya; buktinya masih mengamalkan budaya Melayu walaupun telah lama tinggal di New Zealand. Sering merindui tanah airnya buktinya, sering mendengar Radio Satu melaui siaran internet. Mendidik anak-anaknya dengan budaya pertuturan dan masakan Melayu, mendodoi dan memperdengarkan nasyid-nasyid kepada anak-anaknya. Mementingkan pendidikan Menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah agama sejak berusia 6 tahun lagi. Menggalakkan Melina menyambung pelajaran setelah gagal pada tahun pertama di Universiti Canterbury.

Soalan novel : Tingkatan 4 & 5 Novel Tingkatan 4 : Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Novel Tingkatan 5 : Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah Perbandingan Latar Perbandingan Plot Perbandingan Nilai

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar tempat yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perbandingan latar masa yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan satu peristiwa teknik saspens yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan klimaks cerita yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peleraian cerita yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kedua-dua novel buah tersebut. [8 kmarkah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kekeluargaan dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

Skema jawapan Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah ialah;

1. Masyarakat yang terdiri daripada orang Melayu. Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat Melayu seperti Fuad, Pak Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, terdapat orang Melayu seperti Faridah, Rahayu, Ghazali, Azrul, Kamarudin, dan Salmah.

2. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Farhana, Mariana berbangsa Melayu manakala Robert Lim, Peter Lim, Swee Lan, Chin pula berbangsa Cina. Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Faridah, Rahayu berbangsa Melayu manakala Soleh Johnsons berbangsa Inggeris, Benny berketurunan Arab.

3. Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya. Dalam novel Melunas Rindu, Farhana, Fuad, Cikgu Abas, Cikgu Zamani bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Setia, manakala Robert Lim (bapa kandung Fuad) adalah seorang ahli perniagaan, Peter Lim (adik Robert Lim) pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul adalah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan sehingga mendapat anugerah gelaran Datuk, Kamarudin adalah bekas tentera yang berpangkat Mejar.

4. Masyarakat yang mengamalkan ajaran / cara hidup Islam. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.

10

Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah merupakan seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajut.

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar tempat yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

Skema jawapan : Latar Tempat BIL 1. NOVEL MELUNAS RINDU Sekolah Menengah Seri Setia. tempat Fuad bekerja sebagai guru sandaran NOVEL KABUS DI PERBUKITAN Kafeteria di UPM. Tempat Azrul dan Rahayu bersarapan.

Cikgu Abas, Cikgu Zamani juga


menjadi guru di sekolah ini.

2.

Danau Seberang, Terengganu. Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah.

Fuad dan Sofia tinggal di rumah


tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan mak Salmah.

Perpustakaan di UPM. Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan.

3.

Sungai Ruan. Tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga.

Fuad juga pernah tinggal


bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.

Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser. Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

4.

Pantai Batu Buruk. Tempat Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.

Jalan ke Pekan Raub. Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.

5.

Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu. Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan

Smoke House. Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat denga

11

mendapatkan rawatan di klinik itu.

kemalangan jalan raya.

6.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad membawa ibunya, (Mariana) Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

7.

Hospital Tengku Ampuan Afzan. Tempat ibu Fuad, iaitu Mariana terlantar sakit dan dirawat kerana penyakit lelah. Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Tempat Fuad dan Farhana singgah makan untuk meraikan hari lahir Farhana.

Hospital Tempat Rahayu menerima rawatan Kimoterapi kerana menghidap penyakit kanser paru-paru.

8.

12

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perbandingan latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

Skema jawapan : Perbandingan Latar Masa Perbezaan latar masa BIL NOVEL MELUNAS RINDU 1. Pada tahun 1969. Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari anaknya yang dilarikan. NOVEL KABUS DI PERBUKITAN Tahun 1980. Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

Tahun 1989. PKM meletakkan senjata di Hatyai.

Persamaan latar masa BIL 1. NOVEL MELUNAS RINDU Pada waktu pagi. Sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia. NOVEL KABUS DI PERBUKITAN Pada waktu pagi. Jam 6.00 pagi, Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pada pagi itu.

Fuad keluar pada awal pagi


untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.

Jam 8.00 pagi, Rahayu tiba di


perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Asrul.

Pada waktu pagi, sejam selepas


Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke Hospital UKM. Hamidah dimaklumkan oleh Dr. Susan, kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru.

Pada waktu pagi, semasa Fuad


memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan Fuad mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.

2.

Pada waktu petang. Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga jam selepas

Pada waktu petang. Jam 3.30 petang, pihak Polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal

13

tamat sesi persekolahan.

Fuad pulang dari hutan mencari


kayu api.

selama dua minggu menemui kegagalan.

Waktu petang, sebelum majlis


perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne.

Fuad mengerjakan solat Asar di


rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan.

Jam 2.00 petang, Benny dan


Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

3.

Pada waktu malam. Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik.

Semasa jemaah surau sedang


menunaikan solat Isyak.

Pada waktu malam. Pak Imam Sohod mengetuai kanakkanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.

Fuad ke rumah Cikgu Zamani


untuk menghadiri kenduri. Rupa-rupanya Cikgu Zamani mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik.

14

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

Skema jawapan Imbas kembali (Flash back) bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula, kenangan, dan ingatan seseorang watak. Peristiwa teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu ialah; 1. Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah meninggal dunia. 2. Fuad masih teringat suatu masa dulu membencinya kerana kehilangan Sofia. Mak Salmah pernah

3. Peter Lim menceritakan kembali peristiwa Fuad dilarikan orang semasa kecil. 4. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu Fuad semasa hayatnya. 5. Mariana terkenang akan arwah suaminya yang meninggal dunia sebagai akibat pembengkakan di ususnya. 6. Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.

Peristiwa teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah; 1. Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat pada suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang. 2. Kenangan Faridah ketika dia dan Rahayu masih kecil. Faridah teringat sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasan pantai Sungai haji Dorani. Ketika itu, dia bermain dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, kerana ayah mereka datang lalu membawa Rahayu pergi selama bertahun-tahun. Malah dia hanya sempat menatap jenazah Rahayu walaupun Rahayu hadir dalam igauannya.

15

3. Ingatan Melina terhadap ibu dan ayahnya ketika menunggu di ruang legar KLIA. Dia teringat ibunya bukanlah anak jati bumi kiwi, ibunya berasal dari Malaysia. Wajah ibunya tetap cantik dan menarik walaupun pada usia 50-an. Dia teringat jika dia berjalan dengan ibunya, Faridah untuk membeli-belah pasti ada mata-mata keranjang yang berpaling. Wajah Asia ibunya kelihatan begitu anggun di bumi kiwi. 4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan satu peristiwa teknik saspens yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah] Dua novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Kedua-dua novel ini menggunakan teknik saspens dalam memerihalkan sesuatu peristiwa. Peristiwa yang menggunakan teknik saspens dalam novel Melunas Rindu ialah ketika Fuad berusaha mencari kubur ibunya Fuad telah meminta kebenaran Pak Ismail untuk mencari pusara ibunya di Lembah Klau . Apabila diberitahu oleh Pak Samsuddin bahawa ibunya belum meninggal, keinginan Fuad semakin membara dan terus berusaha untuk mencari ibunya. Melalui peristiwa tersebut, pembaca tertanya-tanya mengenai usaha Fuad mencari ibunya sama ada berjaya ataupun tidak. Selain itu, melalui berita yang disampaikan oleh Pak Samsuddin kepada Fuad, pembaca akan merasa lebih saspens dan mahu mengetahui siapakah sebenarnya ibu Fuad dan tempat tinggal ibunya. Dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah juga dipaparkan peristiwa yang menimbulkan saspens kepada pembaca. Peristiwa kemalangan yang menimpa Faridah dan Igbal dan tidak dapat ditemui oleh pasukan penyelamat. Berdasarkan peristiwa tersebut, pembaca tertanya-tanya adakah Faridah dan juga Iqbal terselamat dan adakah mereka akan dijumpai oleh ayahnya. Kesimpulannya, penulis telah berjaya menggunakan teknik saspens dalam novel dengan baik serta memberikan daya tarikan kepada pembaca.

16

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan klimaks cerita yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

SKEMA JAWAPAN Novel Melunas Rindu - klimaks cerita (klimaks adalah kemuncak cerita) 1. Klimaks dalam novel ini apabila Fuad mendat tahu bahawa ibunya masih hidup. 2. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Salmah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad kepadanya. 3. Semasa di hospital, Fuad terpandang fail pesakit milik ibu Farhana. Fuad terkejut besar kerana nama ibunya sama dengan nama ibu Farhana. Ciri hidung mereka juga sama menjadikan Fuad agak sukar untuk menerimanya. 4. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim tiba di hospital dan mengesahkan Mariana adalah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah bersaudara. Ibu Mariana adalah ibu Fuad jua.

Novel Kabus Di Perbukitan Klimaks cerita 1. Klimaks dalam novel ini apabila Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. 2. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah. 3. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. 4. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.

17

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peleraian cerita yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

SKEMA JAWAPAN Novel Melunas Rindu Peleraian cerita 1. Fuad dan Farhana mula belajar menerima kenyataan bahawa mereka adalah bersaudara. Fuad membawa ibu dan adik-adiknya ke Danau Seberang dan hubungan kekeluargaan antara dua buah keluarga menjadi semakin erat. 2. Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Ismail untuk menunaikan umrah sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan. 3. Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka dan meminta Fuad menjaga ibunya dengan baik. Robert Lim memberitahu anaknya, Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian.

Novel Kabus Di Perbukitan - Peleraian cerita 1. Faridah kembali ke kampung halamannya di Sungai Besar setelah meninggalkannya selama 25 tahun. 2. Soleh Johnson telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusakan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Usaha mereka sangat berjaya. 3. Faridah tinggal di Cameron Highland. Walaupun sudah lama berada di luar negara, Faridah tetap tidak lupa akan tanah airnya. Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia. Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menguruskan perniagaan Soleh di sana.

18

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

SKEMA JAWAPAN Novel Melunas Rindu - Konflik 1. Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. 2. Konflik juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana. Namun, cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan Farhana adalah adiknya. 3. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi Fuad tetapi dalam masa yang sama dia membenci Fuad kerana menganggap Fuad merupakan punca Sofia meninggal dunia.

Novel Kabus Di Perbukitan Konflik 1. Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya, Salmah dan berkahwin dengan Hamidah. 2. Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia. 3. Faridah putus tunang dengan Azman. Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Ghazali telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 4. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru. 5. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.

19

6. Melina berkahwin dengan Benny, seorang wartawan keturunan Arab yang suka belayar. Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya. 7. Benny telah berkawan dengan seorang ekstremis agama, iaitu Mohamed Attar dan nyaris ditangkap oleh pihak polis antarabangsa. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka menegakkan agama Islam. 8. Melina ditinggalkan tanpa berita. Muhammad Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

SKEMA JAWAPAN (a) Peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan; Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, 1. Kegigihan seorang anak mencari ibunya. Contohnya, Fuad gigih berusaha mencari ibu kubur ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. 2. Kegigihan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Contohnya, kegigihan Swee Lan mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga demi membesarkan anak-anaknya yang masih bersekolah setelah Peter Lim (suaminya) sakit tenat. 3. Kegigihan menambat hati seorang ibu. Contohnya, Fuad gigih berusaha untuk mengambil hati Mak Salmah yang sangat membencinya ekoran tindakan Fuad melarikan Sofea untuk diserahkan kepada bapa kandungnya, Robert Lim. 4. Kegigihan mendidik anak-anak bangsa Contohnya, Cikgu Farhana, seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia, gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya dalam pelajaran. Fuad (guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia) gigih memberikan kelas tambahan sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak muridnya Berjaya dalam pelajaran.

20

Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah 1. Kegigihan untuk mencapai kemajuan dalam kerjaya. Contohnya, Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya. 2. Kegigihan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka. 3. Kegigihan mencari mangsa kemalangan yang hilang Contohnya, kegigihan pihak polis, Bomba dan Penyelamat, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor yang berusaha mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas van yang mereka naiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung. Selepas pihak polis gagal menemui mereka, Mejar (B) Kamarudin (bapa Faridah) dengan bantuan Buyung meneruskan usaha mencari Faridah dan Iqbal sehingga berjaya menemui mereka di perkampungan Orang Asli. 4. Kegigihan mengamalkan adat, budaya dan ajaran agama Islam. Contohnya, Faridah walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand dan berkahwin dengan orang Inggeris (Soleh Johnsons), dia tetap gigih mengamalkan adat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka sekeluarga.

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 kmarkah]

SKEMA JAWAPAN Persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dua buah novel yang dikaji ialah; 1. Nilai kegigihan Dalam novel Melunas Rindu, Fuad gigih berusaha mencari kubur ibu kandungnya (yang disangka telah meninggal dunia) sehingga membawa kepada penemuan dengan ibu kandungnya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul, gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya. 2. Nilai kasih sayang

21

Dalam novel Melunas Rindu, Mariana sering merindui anaknya Fuad yang telah dilarikan sejak kecil. Fuad juga menyayangi ibunya, Mariana, keluarga angkatnya Mak Salmah dan Pak Ismail. Begitu juga nilai kasih sayang yang dapat dilihat pada watak Mak Salmah dan Pak Ismail terhadap dua orang anak angkat mereka, iaitu Sofea dan Fuad. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Rahayu amat merindui kakak kembarnya, Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu. 3. Nilai ketabahan Dalam novel Melunas Rindu, Swee Lan tabah membesarkan anakanaknya, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah suaminya, Peter Lim terlantar sakit. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu, adik kembarnya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali. 4. Nilai bertanggungjawab Dalam novel Melunas Rindu, Cikgu Abas, Cikgu Farhana dan Fuad bertanggungjawab memikul tugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Seri Setia. Mereka bertanggungjawab mendidik anak-anak murid supaya berjaya di dalam pelajaran. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga anak-anaknya.

4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kekeluargaan dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

SKEMA JAWAPAN Nilai kekeluargaan dalam novel Melunas Rindu 1. Nilai kekluargaan yang erat antara keluarga Mak Salmah / Pak Ismail. mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak angkat mereka, iaitu Sofea dan Fuad.

22

mak Salmah / Pak Ismail sangat sayang akan anak-anak angkat mereka. walaupun Fuad pernah melarikan Sofea, Mak Salmah boleh memaafkan Fuad dan menerimanya kembali. hubungan kekeluargaan mereka kembali pulih.

2. Nilai kekeluargaan yang erat antara keluarga Swee Lan dan Peter Lim. mereka sangat menyayangi anak-anak mereka. hubungan dengan Fuad juga baik. Fuad dianggap seperti anak kandung sendiri walaupun Fuad hanya anak saudara mereka. Swee Lan (isteri Peter Lim) mengambil alih tugas memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga apabila Peter Lim terlantar sakit.

Nilai kekeluargaan dalam novel Kabus Di Perbukitan 1. Nilai kekuargaan yang erat dalam keluarga Faridah hubungan yang rapat antara Faridah dengan ibunya, dan adik kembarnya, Rahayu. Faridah mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya sehingga dia tidak sanggup berpindah meninggalkan ibunya apabila dia berkahwin dengan Ghazali. hubungan kekeluargaan yang rapat antara Faridah dengan anak-anaknya, Melina dan Anne. Faridah sentiasa memenuhi permintaan anak-anaknya terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya. hubungan kekeluargaan antara Faridah dengan suaminya, Soleh Johnsons. hubungan kekeluargaan antara Melina dengan suaminya, Benny. Melina berusaha dengan pelbagai cara untuk mencari suaminya.

2. Nilai kekeluargaan yang erat dalam keluarga Datuk Azrul Datuk Azrul mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan isterinya, Datin Aisyah. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang hidup bahagia. Datuk Azrul mempunyai hubungan yang rapat dengan anaknya, Zain. Zain, anak Datuk Azrul juga mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan ayahnya. Buktinya, dia ingin menyampaikan sendiri hasratnya untuk mengahwini Anne.

Teruskan kecemerlangan Anda Cikgu Juilis Mokujal (GC BM SMKN) 23

24