Anda di halaman 1dari 5

By WAHIDA HALIM

Tajuk : Kelebihan dan Kekurangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu program yang tercetus daripada reaksi kerajaan untuk mengatasi pelbagai krisis sosial yang melibatkan golongan muda. Program ini dinamakan Program Latihan Khidmat Negara atau singkatannya PLKN yang telah dilancarkan pada 16 Februari 2004 dan diwajibkan kepada remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menyertai program ini. Merujuk artikel Yahya Adon (2005), menyatakan bahawa idea tentang keperluan Program Latihan Khidmat Negara ini telah dicetuskan oleh Kongres Patriotisme Negara Pertama yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia, bersama Biro Tatanegara, dan Jabatan Perdana Menteri. PLKN bukan merupakan program kerahan tenaga yang bercorakkan ketenteraan seperti negara-negara lain tetapi lebih merupakan program latihan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan remaja dan membentuk kekuatan luaran serta dalaman bagi menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi oleh mereka kelak. Para remaja yang terpilih untuk menyertai program ini, perlu mengikuti modul-modul yang telah disediakan oleh pihak PLKN selama tiga bulan iaitu modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. PLKN sememangnya banyak membuahkan hasil, khususnya kepada para remaja dengan mengisi masa terluang mereka dengan sebaik-baiknya. Pelbagai aktiviti ketika berada di kem-kem latihan yang dapat membimbing mereka supaya menjadi pemimpin yang kental, waja diri, dan mempunyai wawasan pada suatu masa nanti. Harapan kerajaan adalah mereka dapat mengatasi pelbagai cabaran dan gelombang arus kemajuan yang sesetengah daripada mereka terpengaruh dengan gejala kuning seperti melepak, bohsia, lumba motor haram, dan sebagainya. Melalui Program PLKN, bererti mereka telah mengambil langkah awal untuk membendung budaya yang tidak bermoral dalam kalangan remaja masa kini. Cogan kata masa itu emas adalah sesuai dengan matlamat PLKN yang mengisi masa remaja selama tiga bulan untuk didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan ilmu yang bermanfaat.

By WAHIDA HALIM

PLKN juga mampu melahirkan generasi muda yang lebih matang dan prihatin. Sepanjang tiga bulan, para peserta berkampung di kem-kem latihan yang disediakan di serata tempat diseluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak. Semestinya terdapat banyak aktiviti yang dapat membuka mata remaja dan tidaklah dianggap seperti katak di bawah tempurung. Pepatah ada menyatakan jauh perjalanan luas pemandangan. Mereka menerima pelbagai ilmu, kemahiran, pengalaman, dan menjadi kenangan suka duka dalam kehidupan mereka. Aktiviti khidmat alam sekitar juga dijalankan untuk menjadikan remaja lebih prihatin dan sensitif terhadap sistem ekologi alam sekitar. Menerusi aktiviti khidmat komuniti pula dapat melahirkan remaja memahami masalah sosial yang berkaitan dengan golongan tua, miskin, kanak-kanak terbiar dan sebagainya. Pengalaman yang dilalui dapat membentuk generasi muda akan datang yang lebih berbelas kasihan dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan menjadikan sebagai pedoman yang mematangkan fikiran mereka. Latihan ala ketenteraan dan aktiviti lasak yang dilaksanakan oleh pihak PLKN bukanlah untuk mendera para remaja tetapi bertindak sebagai satu mekanisme bagi membentuk disiplin dan jati diri mereka. Para remaja yang terlibat dalam program tersebut akan didedahkan dengan aktiviti secara berkumpulan seperti berkhemah, mendaki bukit, berkawad dan berkayak. Walaupun program ini dianggap lasak, tetapi aspek keselamatan para peserta tetap diberi keutamaan oleh pihak yang terlibat. Kesemua aktiviti ini memerlukan ketabahan dan kekuatan dari segi fizikal, mental dan emosi. Disini ia dapat melatih para peserta menjadi lebih tabah apabila menghadapi pelbagai masalah seperti ketahan fizikal, tempat tidur yang kurang selesa, dan sebagainya. Oleh yang demikian, latihan-latihan yang dilaksanakan dapat membentuk keyakinan diri remaja dalam menghadapi apa jua cabaran yang bakal ditempuhi. Kelebihan seterusnya adalah merealisasikan hasrat negara iaitu dapat memupukkan semangat perpaduan dalam kalangan remaja. Aktiviti yang biasanya dilakukan adalah secara berkumpulan. Remaja daripada pelbagai keturunan akan ditemukan didalam program ini. Para peserta hidup sebumbung selama tiga bulan di kem-kem latihan yang telah ditetapkan, walaupun berlainan latar belakang keluarga dan kaum, Mereka sentiasa bersama dalam aktiviti yang dirancang seperti minum,
2

By WAHIDA HALIM

makan, aktiviti sukan, mendengar ceramah, melakukan khidmat masyarakat, dan sebagainya. Justeru, pastinya mereka saling mengenali dan memahami budaya hidup masyarakat di negara ini. Disinilah tercetusnya semangat perpaduan, membela nasib bangsa dan anti penjajah dalam kalangan peserta. Merujuk Bernama (2013), modul kenegaraan yang baru diperkenalkan iaitu Malaysia Berdaulat telah ditambah kepada PLKN untuk diajar. Modul ini diketengahkan kerana berikutan berlakunya insiden pencerobohan di Lahad Datu. Ini membantu mendisiplinkan diri mereka menjadi mantap dan mengelakkan mereka daripada mudah dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan semangat cinta dan kesetiaan yang begitu mendalam kepada negara. Walau bagaimanapun, setiap kelebihan pasti ada kekurangannya. Kerajaan terpaksa mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan segala kelengkapan dan keperluan program ini seperti tempat penginapan, bil air, bil elektrik, bayaran elaun, makan minum, rawatan perubatan, pengangkutan, untuk pelatihpelatih dan lain-lain lagi. MStar Online (2012) menyatakan kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara berbanding dengan kos pinjaman melalui PTPTN. Ini menunjukkan kos untuk menyediakan segala infrastruktur bagi program ini adalah terlalu tinggi. Bagi peserta yang tidak melapor diri dan tidak menyertai program ini menyebabkan pembaziran berlaku. Di samping itu, pihak kerajaan terpaksa menangani masalah pelajar yang ingkar untuk tidak mengikuti program ini. Merujuk Mstar Online (2006), Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara iaitu Haji Abdul Halim Abdul Hamid menyatakan bahawa seramai 5,494 individu yang ingkar menyertai PLKN sejak diperkenalkan pada tahun 2004 lagi. Pihak kerajaan terpaksa mengesan dan mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang tidak melapor diri. Hal ini menyebabkan pembaziran dana yang dikeluarkan semakin meningkat. Malahan, terdapat remaja

sesetengah ibu bapa yang

memandang remeh

dan menyebabkan

beranggapan negatif terhadap Program Latihan Khidmat Negara.

By WAHIDA HALIM

Kesimpulannya, Program Latihan Khidmat Negara memberi banyak manfaat kepada golongan remaja pada masa kini. Oleh yang demikian, semua pihak perlulah menyokong program ini demi kebaikan remaja dan juga negara. Walaupun program ini menelan belanja yang besar, namun hasil yang diperolehi tidak dapat dipertikai. Segala kelemahan seharusnya dijadikan sempadan oleh bagi semua pihak yang terlibat. Program ini sangat penting kerana anak-anak muda yang mengikuti program ini merupakan bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Ini kerana merekalah yang bakal menerajui negara dan memajukan negara, seterusnya merealisasikan Wawasan 2020. Marilah kita bersama-sama memberi sokongan moral dan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

By WAHIDA HALIM

Bibliografi Bernama. (2013, Oktober 03). Modul kenegaraan diajar kepada pelatih plkn . Diambil Ogos 5, 2013, daripada http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=982890 Mstar Online. (2006, Julai 10). Najib: Tindakan undang-undang terhadap yang enggan sertai plkn . Diambil Ogos 2, 2013 daripada http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/7/10/TERKINI/Mutakhir/Najib_ Tindakan_undangundang_terhadap_yang_enggan_sertai_PLKN&sec=mstar_b erita Syira. (2012, April 06). Kos pelatih plkn lebih besar dari pinjaman ptptn . Diambil Ogos 3, 2013, daripada http://www.maklumat.my/kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinjaman-ptptn Yahya Adon. (2005). Penilaian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui gagasan latihan fizikal. Diambil Ogos 2, 2013, daripada http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad =rja&ved=0CFEQFjAE&url=http://www.psb1.uum.edu.my/tesis/Penyelidikan%2 0Print/2005/YAHYA%20B.%20ADON,%20ABDULL%20SUKOR%20SHAARI% 20DAN%20MOHD.%20NAEM%20AJIS.pdf&ei=JcBQUqHHEYbkrAfO0oDIDg& usg=AFQjCNGdD7P2fWIOFk0_r_2DehFaAM1RoQ&sig2=MXAtklWlk0GbpSJT z5cUsg&bvm=bv.53537100,d.bmk