Anda di halaman 1dari 48

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin dan kurnia-Nya yang memberi peluang kepada saya untuk terus menikmati nikmat-Nya di muka bumi ini. Dengan itu juga saya telah dapat melaksanakan tugas ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa saya dan juga semua ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan semangat kepada saya sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya sokongan daripada mereka semua adalah sangat bermakna bagi saya dalam melakukan tugasan ini dan juga tugas-tugas yang lain. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakanrakan saya sama ada yang berada di dalam institut ini atau pun yang berada di luar. Mereka juga telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Kerjasama dan juga komitmen yang mereka berikan dalam melaksanakan tugasan ini adalah sangat baik. Begitu juga perkongsian dan pertukaran pendapat antara kami semua telah banyak membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini.Selain itu, tidak lupa juga ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada kedua-dua pensyarah pembimbing tugasan ini, tutor saya dan juga pensyarah-pensyarah yang lain di atas tunjuk ajar dan galakan yang mereka berikan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggitinggi penghargaan saya ucapkan sekali lagi kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam saya melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya semua bantuan yang diberikan tidak akan saya lupakan.

1 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.0 Lima Isu Etika Guru 1.1 Pengenalan

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia.

Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai lima isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu isu kesantunan guru, kepedulian guru,isu guru berniaga di sekolah, isu tentang pengurusan masa dan isu tentang pengurusan kewangan. Antara faktor mengapa kelima-lima isu ini dipilih adalah kerana isu ini

2 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

adalah beberapa isu yang hangat diperkatakan pada masa kini serta isu ini juga sangat dekat dengan profesion keguruan.

1.2 Isu Kesantunan Guru

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa et.al (2013), kesantunan atau etiket adalah tatacara,adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.

Berdasarkan pernyataan tersebut, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai sudut dan pandangan, anntaranya kesantunan guru dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pentadbir sekolah dan hubungan guru dengan masyarakat setempat. Seorang guru yang mempunyai nilai kesantunan yang tinggi akan mempamerkan segala tindakan dan amalan yang mempunyai nilai-nilai mulia yang boleh dicontohi dan diteladani oleh mereka-mereka yang berhampiran dengan guru tersebut.

Kesantunan guru ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Ketiga-tiga aspek kesantunan ini perlu dijaga kerana ketiga-tiga perkara ini saling berkait antara satu sama lain.

3 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Berhubung isu kesantunan ini, isu ini sebenarnya merupakan isu yang sangat popular di beberapa institusi pendidikan terutamanya di sekolah. Sebagai contoh, semasa saya menjalankan praktikum di sebuah sekolah, terdapat seorang guru yang berpenampilan sangat selekeh dan kurang menyenangkan.

Guru tersebut bukan sahaja tidak menggosok baju, malah janggutnya juga tidak bercukur. Kasutnya juga kotor dan tidak bergilap sepertimana guru-guru lelaki lain di sekolah. Tali leher juga tidak pernah dipakai oleh guru berkenaan.Ini menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan guru-guru lain. Guru-guru di sekolah tersebut pernah juga menyuarakan rasa tidak selesa mereka apabila berurusan

dengan guru selekeh berkenaan.

Akibat daripada penampilannya yang tidak kemas itu, guru tersebut selalu mempamerkan tingkah laku yang kurang sopan sama ada dengan murid atau dengan rakan sejawat. Guru tersebut seorang yang panas baran dan suka mengherdik muridnya apabila muridnya melakukan kesilapan tanpa mendengar terlebih dahulu penjelasan daripada murid tersebut. Ini menyebabkan murid sangat takut dengan guru tersebut sehinggakan terdapat murid yang lari apabila guru tersebut masuk ke dalam bilik darjah.

Apabila guru tersebut diberi tugasan oleh pihak pentadbir sekolah pula, guru tersebut sewenang-wenangnya menolak tugasan tersebut dan menyerahkan tugasan tersebut kepada guru lain secara paksa. Jika tidak diturut, guru-guru lain terpaksalah mendengar kata-kata cacian dan kata-kata kesat yang dihambur oleh guru berkenaan Guru tersebut juga pernah memarahi seorang guru yang baru

4 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

masuk mengajar di sekolah tersebut hanya kerana guru baharu itu tersilap melihat jadual dan telah masuk ke kelasnya.

Adakah ini guru yang kita harapkan? Adakah ini contoh yang boleh dijadikan teladan oleh murid? Semestinya jawapannya adalah tidak. Bukan ini guru yang kita harapkan dapat mendidik anak kita di sekolah. Bukan ini guru yang kita harapkan dapat membangung anak bangsa dan negara. Sebaliknya, guru sebeginilah yang telah menconteng arang ke dalam profesion keguruan itu sendiri. Melihat isu ini di sekolah tersebut, saya sentiasa mengingatkan diri saya agar sentiasa menjaga penampilan diri agar tingkah laku dan pertuturan juga dapat dijaga dengan baik.

5 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.2.1 Punca Antara punca mengapa isu kesantunan ini boleh timbul dalam kalangan guru adalah guru itu sendiri tertekan dengan bebanan hidup. Akibat tertekan, maka guru tersebut sudah tidak peduli lagi dengan penampilan dirinya. Apa yang penting, guru tersebut datang ke sekolah dan masuk mengajar seperti biasa tanpa mempedulikan kualiti pengajarannya. Kemungkinan guru tersebut berhutang dengan lintah darat menyebabkan kehidupan guru tersebut menjadi tidak teratur dek kerana memikirkan hutang yang belum selesai. Hal ini jika dibiarkan, maka terjejaslah profesion keguruan yang sering dipandang hebat oleh masyarakat.

Kedua,

mengapa

guru

boleh

mengabaikan

kesantunan

berpakaian,

kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa adalah kerana guru tersebut telah hilang pedoman hidup. Guru tersebut hilang rasa bertuhan dalam diri menyebabkan guru tidak menemui jalan pulang yang dapat menyelesaikan semua permasalahannya. Akibat terlalu mengejar sesuatu yang tidak mungkin dicapai seperti ingin hidup mewah dan tidak bersyukur dengan gaji yang diberikan saban bulan, guru tersebut semakin jauh daripada Tuhan dan apabila seseorang insan itu jauh daripada rahmat Tuhan, pasti hidupnya akan tunggang langgang. Segala yang diusahakan tidak menjadi. Apabila ini berlaku, stres dan tekanan akan datang menyerang.

Ketiga, guru tersebut mempunyai masalah keluarga menyebabkan guru berkenaan hilang motivasi untuk mengajar. Masalah penceraian bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan guru. Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik, boleh menyebabkan hidup seseorang itu tidak putus-putus ditimpa musibah dan

6 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

inilah antara punca yang menyebabkan guru hilang semangat untuk menjaga penampilan diri, tingkah laku dan bahasa semasa mengajar di sekolah.

1.2.2 Kesan Antara kesan yang boleh timbul sekiranya isu kesantunan guru ini tidak diatasi dengan baik adalah seperti berikut : a) Guru hilang semangat untuk mengajar Oleh kerana penampilan yang tidak kemas, guru tersebut hilang semangat untuk mengajar di dalam kelas. Banyak masalah yang difikirkan sehinggakan guru tersebut tidak fokus dalam menjalankan tugasnya yang sebenar, iaitu mengajar. Namun, apabila murid tidak tahu, tidak faham dan tidak menyiapkan kerja yang diberi, guru tersebut dengan mudah menghamburkan kata-kata kesat terhadap murid tersebut walhal guru tersebut tidak mengetahui yang sebenarnya murid tersebut tidak memahami apa yang guru ajar di dalam kelas. b) Murid takut pada guru, bukan hormat pada guru Akibat selalu dimarahi dan diherdik oleh guru, timbul satu perasaan takut dalam diri murid sedangkan guru adalah untuk dihormati, bukan untuk ditakuti. Ketakutan tersebut akan menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah apabila guru tersebut masuk mengajar pada hari itu. c) Prestasi murid dan sekolah menurun Murid yang takut pasti tidak mahu menghadirkan diri ke sekolah. jika selalu tidak datang ke sekolah, pasti murid akan ketinggalan banyak isi pelajaran dan ini akan menyebabkan prestasi murid akan bertambah menurun dan sekali lagi, keadaan ini akan turut menjejaskan prestasi sekolah.

7 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

d) Ibu bapa hilang kepercayaan terhadap guru Apabila guru yang tidak mengamalkan kesantunan ini selalu memarahi murid, pasti murid tersebut akan mengadu kepada ibu bapa mereka tentang kejadian mereka dimarahi di sekolah. mendengar hal tersebut berlaku ke atas anak mereka, pasti ibu bapa akan hilang kepercayaan kepada guru tersebut. Lebih parah lagi apabila ibu bapa sanggup menyaman guru tersebut gara-gara melakukan kekasaran ke atas anak mereka. Ini pasti akan memalukan guru tersebut dan akan mengaibkan sekolah. 1.2.3 Langkah Mengatasi Untuk mengatasi masalah kesantunan guru ini, saya ingin membawa satu prinsip yang dapat membantu guru mengatasi masalah ketidaksantunan dalam berpakaian, dalam bertingkah laku dan dalam berbahasa ini, prinsip tersebut ialah Prinsip Kesantunan Leech (1983).

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2013), Leech membina model kesantunan atas prinsip kualiti. Prinsip kesantunan bermaksud penghubung tersirat yang penting iaitu menjalinkan prinsip kerjasama dengan masalah bagaimana menghubungkan maksud dengan kuasa. Terdapat enam prinsip kesantunan yang dikemukakan oleh beliau, iaitu :i. Santun/berhemah Meminimumkan kos dan meaksimumkan faedah kepada orang lain, satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri sendiri dan cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Melalui maksim santun,

penutur akan cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain dengan cara memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Selain itu, maksim santun ini

8 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

digunakan sebagai salah satu alat untuk mengungkapkan pujian kepada seseorang. ii. Budiman Meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri sendiri. Melalui prinsip ini, pernyataan seseorang itu merupakan suatu tawaran atau ungkapan yang sopan seperti bantuan, pertolongan dan kasih sayang. iii. Sokongan/berkenan Meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain, biasanya adalah dengan cara memuji dan mengiyakan perbuatan seseorang agar individu tersebut meningkatkan semangat dan usahanya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya.

iv.

Merendah diri Meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri, penutur akan merendahkan diri sehingga kadang kala menyebabkan pendengar merasakan penutur mencaci dirinya. Ini dapat dilihat melalui tutur kata yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri. Hal ini kerana untuk

mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai salah satu penghargaan yang diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih. v. Persetujuan Meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri dengan orang lain, ia bertujuan menjaga air muka seseorang. Berdasarkan konsep menjaga air muka seseorang ini lahirlah persetujuan yang menghormati orang

9 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

yang dilawan bercakap.Persetujuan yang dituturkan adalah semata-mata menghormati penutur tersebut sahaja dan bukan isi pertuturan tersebut. vi. Simpati Memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain, dalam hal ini, penutur akan cuba untuk menghilangkan rasa benci atau perasaan negatif yang lain terhadap diri orang tersebut dan sebaliknya akan memberi sifat simpati dan belas kasihan terhadap orang tersebut.

10 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.3 Isu Kepedulian Guru

Kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian itu samalah ertinya dengan ambil peduli,mengambil berat dan menyayangi. Kepedulian adalah perasaan ambil berat terhadap orang lain dan membantu mereka mengalami masalah yang dihadapi. Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai kepedulian terhadap keperluan murid-murid yang kita ajar agar tidak satu pun murid yang terlepas atau tercicir daripada pandangan kita.

Dengan adanya kepedulian terhadap murid, mereka akan dapat merasakan yang guru sentiasa ada bersama mereka dan mereka akan berfikir semasakmasaknya jika ingin melakukan sesuatu yang negatif kerana mereka tahu, mereka tidak boleh menyinggung perasaan guru yang sentiasa mengambil tahu tentang mereka.

Noddings dalam Syed Ismail Syed Mustapa et.al (2013) menyatakan bahawa pendidikan merupakan suatu medium yang penting dalam mengembangkan perasaan kasih sayang dalam masyarakat. Jika ini dapat dihayati oleh semua guru, pastilah sifat sayang menyayangi dan mengambil berat antara guru dengan murid atau guru sesama guru akan melahirkan generasi berilmu yang cemerlang dan tinggi budi pekerti.

Isu kepedulian ini juga sering terjadi dalam kalangan guru di sekolah. Sebagai contoh, terdapat seorang murid yang selalu tidak hadir ke sekolah. Namun, guru di sekolah tersebut yang juga merupakan guru kelas bagi murid tersebut tidak

11 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

mengambil peduli dan mencari punca mengapa murid tersebut selalu tidak datang ke sekolah. Apabila murid tersebut menghadirkan diri, guru tersebut hanya tahu memarahi dan menghantar murid tersebut ke bilik Pemulihan kerana tidak mahu sesi pengajarannya terganggu dengan kehadiran murid tersebut yang sudah banyak ketinggalan dalam tajuk matapelajaran.

Saya melihat isu ini di hadapan mata saya sendiri dan saya agak kecewa dengan sikap guru berkenaan yang terlalu mementingkan diri. Guru tersebut tidak mahu sesi pengajarannya terganggu dek kerana kehadiran murid yang lemah itu.

Sebagai bakal guru, kejadian tersebut mengajar saya betapa pentingnya guru bersikap ambil peduli terhadap anak muridnya kerana anak murid itu merupakan satu amanah dari Tuhan buat kita sebagai pendidik.

1.3.1 Punca a) Guru malas mengambil tahu hal murid Mengapa isu kepedulian ini boleh timbul, jawapannya adalah kerana terdapat sebilangan guru yang malas mengambil tahu tentang hal murid dan latar belakang murid. Jika guru tersebut tahu sekalipun, guru tersebut pasti tidak akan memikirkan bagaimana untuk membantu meringankan masalah murid tersebut. Hakikatnya, guru sebegini hanyalah guru semata-mata dan bukanlah seorang pendidik. Seorang pendidik pasti akan cuba menyelami masalah muridnya dan membantu murid tersebut menangani masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang berpakaian compang camping ke sekolah, guru yang tidak peduli hanya akan membiarkan

12 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

muridnya kekal dalam keadaan sebegitu. Namun, jika guru yang prihatin, pasti guru tersebut akan membelikan baju sekolah yang baharu untuk murid tersebut agar murid tersebut tidak rasa malu dan berasa kurang di hadapan rakan-rakannya.

b) Guru hanya fokus kepada murid yang pandai sahaja Senario ini banyak berlaku di sekolah. Guru yang tidak peduli akan membiarkan murid yang kurang pandai kekal di dalam keadaan tercorot. Malah, guru tersebut akan sentiasa memarahi murid tersebut kerana tidak faham tentang pengajaran yang disampaikan olehnya tanpa mengetahui mengapa murid tersebut tidak memahami pengajarannya. Mungkin sahaja murid tersebut mengalami masalah penglihatan sehingga tidak dapat melihat apa yang guru tulis pada papan putih atau murid tersebut mengalami masalah pendengaran sehingga tidak dapat mendengar dengan baik tentang isi pelajaran guru.

c) Hubungan antara guru dengan murid yang kurang baik Salah satu punca juga mengapa guru tidak ambil peduli tentang kebajikan murid adalah hubungan antara guru dan murid yang tidak berkualiti. Guru seolah-olah hanya masuk untuk mengajar dan keluar kelas apabila masa sudah tamat. Tidak ada kemesraan antara guru dan murid menyebabkan guru tersebut tidak mengambil tahu dan ambil berat tentang masalahmasalah muridnya. Biasanya guru sebegini hanya mementingkan

prestasinya dan prestasi murid secara luaran sahaja.

13 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

d) Suasana sekolah yang hanya mementingkan prestasi kecemerlangan yang dipaparkan melalui gred sahaja. Sekolah yang terkenal dengan pencapaian yang cemerlang pasti akan berusaha untuk mengekalkan prestasi yang membanggakan. Oleh itu, jika terdapat murid yang tidak menepati piawaian mereka, kemungkinan murid tersebut tidak dipedulikan oleh guru kerana guru hanya berfokus kepada murid-murid yang bijak pandai sahaja. Atau mungkin juga pihak sekolah akan berusaha untuk menyingkirkan murid tersebut dari sekolah mereka seperti membuat dakwaan bahawa murid tersebut tergolong dalam murid slow learner yang sesuai dimasukkan ke dalam Pendidikan Khas sahaja.

1.3.2 Kesan a) Nasib murid tidak terbela Murid yang berasa disisihkan akan hilang semangat untuk datang ke sekolah bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Apalagi jika murid tersebut sememangnya mempunyai masalah laian seperti masalah keluarga. Guru yang tidak mengetahui tentang masalah murid tersebut akan terus memarahi dan menghukum murid tersebut kerana prestasinya yang asyik menurun. Dapat kita lihat nasib murid tersebut tidak terbela kerana bukanlah keinginan murid tersebut untuk ditimpa masalah keluarga yang menghimpit. Guru pula asyik menekan murid tersebut agar menurut semua arahan guru di sekolah. pasti murid tersebut tertekan dan hilang semangat untuk belajar.

14 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

b)

Murid semakin hilang minat untuk belajar dan mula terlibat dengan masalah disiplin. Oleh kerana murid rasa disishkan dan rasa dibenci oleh guru, pasti hal ini akan menganggu emosi murid kerana menganggap bahawa semua orang tidak suka kepadanya. Maka, murid semakin hilang motivasi untuk meneruskan pelajaran dan mula mencari inisiatif lain untuk mengisi kekosongan hidupnya seperti terlibat dengan gejala sosial seperti menjadi budak nakal dan pembuli di sekolah,terjebak dengan budaya hedonisme dan bahkan Mereka ada yang terlibat ini dengan kerana

penyalahgunaan

dadah.

melakukan

semua

menganggap bahawa tidak kira apa yang mereka buat, baik atau tidak, semua orang tetap membenci dan memandang negatif terhadap mereka. c) Beban tugas guru Pemulihan semakin bertambah Satu senario yang saya dapat lihat di salah sebuah sekolah di mana saya menjalankan praktikum, terdapat beberapa guru yang menghantar murid mereka yang berada di Tahun 5 dan Tahun 6 ke kelas Pemulihan Khas. Kesannya, bebanan kerja guru Pemulihan semakin bertambah keran dalam satu jam, guru Pemulihan Khas tersbeut terpaksa mengajar Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6 secara serentak walaupun di dalam jadual, hanya dimasukkan jadual untuk pengajaran Tahun 2 sahaja. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati guru Pemulihan tersebut namun beliau tidak dapat melahirkan rasa tidak puas hati beliau kerana perkara ini sudah menjadi budaya di sekolah tersebut. Guru Besar semestinya tahu akan hal ini namun tidak

15 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

mengambil

sebarang

tindakan.

Mungkin

Guru

Besar

tersebut

menganggap bahawa kerja Guru Pemulihan Khas tidak banyak berbanding dengan guru-guru perdana. d) Melahirkan guru yang pilih bulu Jika isu kepedulian ini terus tidak diambil peduli dan dipandang serius, pasti akan lahirlah guru yang pilih bulu dalam menjalankan tugasnya. Maksudnya di sini, guru tersebut hanya akan memilih murid yang bijak sahaja untuk diajar dan meninggalkan murid yang dirasakan tidak dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam subjek yang diajarnya. Begitu juga dengan tugas di sekolah, guru yang tidak peduli hanya akan melakukan tugasnya sahaja dan tidak ambil peduli jika rakan-rakan sejawat ingin meminta bantuan. Bagi mereka, jika mereka boleh menyiapkan tugasan mereka sendiri, sudah semestinya orang lain juga begitu, nila tolong menolong langsung tidak dipraktikkan di sekolah dan ini akan menyebabkan sekolah tersebut akan hilang serinya kerana masing-masing melakukan hal sendiri tanpa mempedulikan kebajikan murid dan kebajikan rakan sejawat.

1.3.3 Langkah Mengatasi Dalam memupuk sifat kepedulian dalam kalangan guru, beberapa pendekatan perlu dipraktikkan, antaranya ialah :

a) Modelling guru perlu menanamkan perasaan sayangkan murid dalam diri mereka dan dizahirkan semasa menjalankan sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Sikap guru yang penuh dengan kasih sayang ini akan dijadikan contoh oleh murid lain

16 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

di dalam kelas itu. Murid juga akan saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.

b) Dialog Setiap perbualan haruslah mempunyai pembuka dan penutup di mana keduadua pihak mengetahui keputusan atau matlamat perbualan yang ingin dicapai. guru yang mengamalkan komponen ini akan sentiasa mewujudkan komunikaso dua hala di dalam kelas. Komunikasi yang baik akan menhasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

c) Praktis Komponen ini hampir sama dengan komponen modeling. Contohnya, guru bertanya khabar kepada seorang murid dan murid itu mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Interaksi antara guru dan murid itu sebenarnya adalah salah satu praktis dan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ini akan menggalakkan hubungan yang baik antara guru dan murid.

d) Kepastian Apabila kita pasti bahawa murid kita boleh melakukan yang terbaik,kita akan dapat meningkatkan perkembangan diri mereka. Untuk itu, seseorang guru perlulah mengenali dengan lebih dekat apa yang murid hendak capai semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

17 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.3 Guru Berniaga Di Sekolah

Perniagaan diertikan sebagai perihal urusan jual beli yang melibatkan barangan dan bertujuan untuk mengaut keuntungan. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa kita mendidik bukan untuk mendapat keuntungan yang boleh dilihat secara material. Oleh itu, bidang pendidikan dan perniagaan tidak boleh disamakan sama sekali. Jauh sekali jika guru mengajar dengan niat untuk mendapat keuntungan daripada perkhidmatan yang diberikan kepada murid.

Kini, kita dapat melihat senario di mana kebanyakan guru-guru mula terlibat dengan perniagaan berbentuk Multilevel Marketing (MLM) atau dalam bahasa Melayunya, dikenali sebagai jualan langsung. Jika dilihat, guru-guru yang terlibat dengan perniagaan jualan langung ini akan menjual pelbagai jenis produk di sekolah tidak kiralah produk kecantikan seperti jenama Avon dan produk yang khusus untuk peralatan di rumah seperti tupperware, alienware dan sebagainya.

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2013), amalan perniagaan di sekolah kini sudah mula menampakkan kesan yang agak serius. Kini firmat perniagaan telah bertukar dan selah menjadi budaya di sekolah. Saban waktu anak-anak akan membawa kertas iklan yang diberikan oleh peniaga untuk tujuan promosi barangan. Antara produk yang dipromosikan adalah buku ulangkaji, buku mewarna, buku cerita dan sebagainya. Anak anak pasti akan meminta dan merayu ibu bapa agar dapat membelikan mereka buku yang mereka mahukan.

18 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Sebenarnya, kejayaan seseorang itu bukanlah semata-mata bergantung kepada berapa banyak buku ulangkaji yang dibeli, namun, penggemblengan sumbersumber yang ada di sekolah seperti guru yang berdedikasi, bahan bantu mengajar yang menarik serta persekitaran yang positif dan hubungan baik antara ibu bapa dan guru itulah sebenarnya yang menjadi faktor utama yang memungkinkan kejayaan seorang murid.

Ya, mungkin tidak salah jika seseorang guru itu ingin menambah jumlah pendapatannya agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila guru tersebut terlalu fokus dengan perniagaan sehingga mengabaikan tanggungjawab serta amanah yang wajib dipikulnya semasa bergelar seorang guru. Beberapa contoh amalan salah yang selalu dilakukan oleh guru yang dalam menjalankan perniagaan :a) Menggunakan sekolah sebagai pusat tuisyen b) Tidak masuk ke kelas kerana sibuk menjual produk di bilik guru. c) Tidak ke sekolah kerana menghadiri kursus atau seminar perniagaan MLM. d) Menjual makanan kepada murid sehingga murid tidak ke kantin. e) Menggunakan kemudahan sekolah untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan meja sekolah untuk menjual di bazaar Ramadhan. 1.3.1 Punca

Antara punca mengapa budaya berniaga ini sudah menjadi satu amalan di sekolah adalah kerana guru itu sendiri merasa tidak cukup dengan gaji kakitangan awam yang diperolehi saban bulan. Hal ini banyak berlaku kepada guru-guru yang

19 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

mengajar di kawasan-kawasan bandar kerana kos hidup sebenarnya semakin hari semakin meningkat.

Minat juga boleh menjadi faktor utama mengapa guru boleh terjebak ke dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh, guru yang minat membuat kek akan cuba memasarkan kek buatannya ke sekolah dan jika kek itu disukai oleh warga sekolah, maka guru tersebut merasakan bahawa perniagaan kek itu perlu diperbesarkan dan dikembangkan lagi sehinggalah sampai satu tahap, guru tersebut boleh membuka kedai keknya sendiri.

Seterusnya, persaingan sesama manusia menyebabkan kadangkala manusia sering mahu dilihat lebih tinggi atau lebih kaya di mata manusia yang lain. Terdapat guru yang sukakan kereta mewah walaupun gajinya tidak cukup untuk membayar insurans bulanan kereta tersebut, maka sesuatu perlu dilakukan agar guru tersebut mampu membayar dan memiliki kereta mewah, salah satu caranya adalah dengan berniaga.

Terdapat guru yang saya lihat baru setahun jagung mengajar, namun sudah memiliki kereta yang mempunyai jenama yang mewah seperti BMW, Mercedes dan sebagainya. Bila disiasat, ternyata guru tersebut rancak menjalankan perniagaan jualan langsung.

20 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.3.2 Kesan Apabila aktiviti berniaga rancak dilakukan oleh guru, kita dapat melihat beberapa kesan sama ada kesan yang positif ataupun yang negatif. Antara kesan yang positif yang dapat dilihat melalui aktiviti berniaga ini adalah guru semakin bermotivasi untuk datang ke sekolah bagi mempromosi produk terbaru yang ada di pasaran. Oleh itu, masalah ketidakhadiran guru dapat dikurangkan.

Selain itu, guru juga semakin bersemangat kerana melihat hasil daripada perniagaan yang dijalankan.taraf hidup semakin meningkat dan mereka mampu memiliki barangan mewah yang mereka impikan selama ini.

Selain itu, melalui perniagaan tuisyen yang dijalankan, kemungkinan besar prestasi murid akan semakin meningkat kerana murid akan belajar bersungguhsungguh apabila mengetahui bahawa tuisyen itu adalah tuisyen berbayar. Sudah pasti guru akan sentiasa mengingatkan murid agar belajar dengan bersungguhsungguh supaya wang yang dilabur oleh ibu bapa mereka tidak sia-sia begitu sahaja.

Namun, beberapa kesan negatif juga dapat dilihat melalui amalan berniaga di sekolah ini. Pertama, kemungkinan tumpuan guru terhadap sesi pengajaran akan terjejas kerana sibuk mengurus urusan jual beli dengan pelanggan-pelanggannya. Boleh jadi, guru sanggup tidak masuk ke kelas kerana sibuk mengambil tempahan barangan di bilik guru. Kemungkinan besar juga guru lupa untuk masuk ke kelas lantas hanya memberikan kerja rumah sahaja sebagai memenuhi syarat mengajar di sekolah. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan, dikhuatiri akan menjejaskan prestasi sekolah dan prestasi murid itu sendiri.

21 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Seterusnya, guru yang terlibat dengan dunia perniagaan akan mula beralih arah dan melepskan tanggungjawan dalam mengajar. Sebagai contoh, guru masuk ke kelas dalam keadaan mengantuk kerana semalaman berjualan di pasar malam dan sebagainya. Ini menyebabkan kualiti pengajaran guru akan menurun dan murid juga sudah tidak mempunyai minat untuk belajar subjek yang diajar oleh guru tersebut.

Di samping itu, dengan berniaga, guru berkemungkinan akan lalai dalam menjalankan tugasnya. Guru tidak dapat membuat Rancangan Pengajaran Harian, tidak dapat menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang menarik dan berkualiti, tidak dapat menghasilkan set soalan yang berkualiti serta tidak dapat memasukkan markah murid apabila tiba musim peperiksaan atau lambat menghantar markah kepada guru kelas untuk direkodkan ke dalam Buku Rekod Murid. Akibatnya, guruguru lain akan hilang kepercayaan kepada guru tersebut menyebabkan hubungan antara guru menjadi renggang. Apabila ini terjadi, pasti suasana kondusif tidak dapat diwujudkan di sekolah tersebut. Adakah guru begini yang kita percayai dapat mengajar anak kita dengan baik? Sudah pasti jika guru sebeginilah yang menerajui sistem pendidikan negara, tidak mustahil impian negara untuk menjadi negara maju hanyalah tinggal impian semata-mata.

22 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.3.3 Langkah Mengatasi

Perniagaan diertikan sebagai perihal urusan jual beli yang melibatkan barangan dan bertujuan untuk mengaut keuntungan. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa kita mendidik bukan untuk mendapat keuntungan yang boleh dilihat secara material. Oleh itu, bidang pendidikan dan perniagaan tidak boleh disamakan sama sekali. Jauh sekali jika guru mengajar dengan niat untuk mendapat keuntungan daripada perkhidmatan yang diberikan kepada murid.

Oleh yang demikian, tidak salah untuk guru berniaga mencari pendapatan yang lebih untuk menampung keluarga, namun cara itu mestilah bersesuaian dengan etika guru itu sendiri. Antara cadangan langkah yang dapat membantu guru untuk mencari pendapatan yang lebih disamping itu juga gutu iti masih lagi tidak melanggar etika keguruan yang telah digariskan yang pertama ialah guru boleh berniaga diluar waktu persekolahan.

Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan daripada guru tersebut hilang tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah. Selain itu juga, pemantauan oleh pihak pentadbir adalah diperlukan sama sekali untuk memantau pergerakkan guru yang membuat perniagaan sampingan supaya guru tersebut sentiasa memberikan sepenuhnya tenaga dan fokus terhadap sekolah dan murid-murid serta kerjaya sebagai seorang guru.

23 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.4 Pengurusan Masa

Isu yang seterusnya adalah isu tentang pengurusan masa dalam kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu pengurusan masa yang tidak efisien dalam kalangan guru di sekolah. Memang benar isu pengurusan masa ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular.

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan

bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari laman sosial seperti facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, dan guru melakukan kerja sambilan di malam hari seperti mengajar tuisyen di rumah, berniaga di pasar malam dan sebagainya sehingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan pengajaran pada siang hari dan banyak lagi.

24 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Kebanyakan guru pada hari ini sering merungut bahawa mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam bilik darjah. Ya, memang guru sering dibebani dengan tugas-tugas lain di sekolah seperti guru menghadiri mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah, guru menghadiri pelbagai jenis kursus dan seminar seperti seminar PBS, KSSR dan sebagainya, guru jugalah yang kadangkala menjalankan tugas kerani, mengurus yuran yang diberikan oleh murid semasa sesi pendaftaran, guru jugalah yang menjadi jurulatih sukan dan sebagainya. Namun, semua ini rungutan ini dapat dikurangkan sekiranya guru bijak mengurus masa. Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpa pengurusan masa yang baik, guru mungkin akan kehilangan fokus dan menghabiskan banayak masa dengan melakukan aktiviti yang menghalang guru mencapai matlamat. Guru pasti tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik dan berkualiti jika guru tersebut hilang tumpuan dek kerana pengurusan masa yang tidak efisien.

25 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.4.1 Punca Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat beberapa punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang menghayati nilai-nilai dalam kehidupan, dan mengamalkan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila pemantauan dan penguatkuasaan juga

lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Guru Besar sering tiada di sekolah kerana menghadiri beberapa mesyuarat penting di sekolah. Namun, kebanyakan guru mengambil kesempatan dengan tidak masuk ke kelas atau pulang awal kerana ketiadaan Guru Besar yang memantau disiplin mereka. Mereka juga cuba mempengaruhi Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid agar mereka tidak diambil tindakan tatatertib oleh Guru Besar.

26 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.4.2 Kesan Apabila seseorang guru itu gagal menguruskan masa dengan bijak, beberapa kesan mungkin dapat dilihat, antaranya : a) Guru membazir banyak masa ke arah aktiviti yang tidak berfaedah. Apabila pengurusan masa seseorang guru itu gagal, maka guru tersebut akan mengisi masa lapangnya dengan aktiviti seperti berfacebook dan sebagainya sedangkan banyak lagi kerja penting namun sengaja ditangguhkan atas alasan ingin menghilangkan stres.

b) Guru menjadi tidak produktif dan sukar menghasilkan murid yang berkualiti. Akibat gagal mengurus masa dengan baik, maka guru tersebut tidak sempat untuk menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian dan tidak dapat

menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang menarik. Hasilnya, murid tidak minat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

c) Guru mendapat stres dan tekanan sepanjang masa kerana kerja yang bertimbun. Akibat suka bertangguh kerja, maka guru semakin tertekan dan sukar menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat dan efisien. Contohnya, akibat suka bertangguh dalam memeriksa skrip jawapan murid, maka guru tersebut lewat menghantar markah kepada guru kelas menyebabkan urusan yang

melibatkan prestasi sekolah terjejas. Hubungan guru sesama guru juga akan terjejas kerana guru yang suka bertangguh kerja akan selalu didesak oleh guru-guru lain dan pentadbir sekolah untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

27 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

d) Guru mudah diserang penyakit amarah, iaitu seringkali memarahi murid. Disebabkan tekanan kerja dan tekanan dari rakan sejawat, kebanyakan guru akan melampiaskan nafsu kemarahannya kepada murid di kelas. Ada sahaja kesilapan murid walaupun kecil, pasti guru itu akan mengamuk dan memarahi murid tersebut di hadapan semua orang. Keadaan ini pasti akan mengaibkan murid itu sendiri dan murid-murid lain juga berasa takut serta terancam dengan perwatakan guru tersebut. Akibatnya, pengajaran secara kondusif tidak dapat dilaksanakan dek kerana hubungan guru dan murid juga yang tidak baik. e) Guru gagal menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan. Akibat jadual kerja yang tidak konsisten dan tersusun, maka guru gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, jika guru tersebut merupakan guru kelas, guru data di sekolah tersebut akan meminta guru kelas tersebut mengisi data-data murid yang berada di dalam kelasnya. Guru kelas yang gagal mengurus masa dengan baik pasti tidak akan dapat menghantar data murid tepat pada masanya. Natijahnya, guru data akan hilang kepercayaan kepada guru kelas tersebut. Dan ini akan menyebabkan guru kelas itu tertekan kerana mendapat pandangan yang negatif daripada rakan-rakan sejawat.

28 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak anak mereka.

1.4.3 Langkah Mengatasi Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang

bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan

memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

29 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat- sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

1.5 Pengurusan Kewangan Isu kelima yang akan dibincangkan adalah isu berkenaan pengurusan kewangan sekolah. Menurut Akhiar Pardi et.al (2012), pengurusan kewangan sesebuah sekolah merupakan satu tugasan yang kompleks. Guru-guru kelas biasanya akan terlibat dengan pengutipan wang daripada murid seperti wang yuran persekolahan,yuran peperiksaan, yuran sukan dan yuran untuk Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Setiap penerimaan wang yang dibuat perlu dikawal dengan sisitem kawalan tertentu untuk memastikan kesemua wang yang diterima dapat diperakaunkan dengan cara yang sepatutnya untuk mengelakkan daripada berlaku kehilangan yang berpunca daripada penyelewengan, kecuaian dan sebagainya.

30 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Namun, sejak akhir- akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang dalam kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid penyelewengan wang yang terdapat di sekolah. dan banyak lagi kes-kes

Menurut Syaiful Adzreen (2012), pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek kewangan

dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru Besar juga berhak untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah.

Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri. Namun, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Guru Besar pula telah menjadi satu masalah besar kepada pengurusan kewangan sekolah

31 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

apabila telah dilaporkan bahawa terdapat kes penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang berlaku berpunca daripada Guru Besar itu sendiri. Hal ini umpama harapkan pagar, pagar makan padi.

1.5.1 Punca Antara punca yang menyebabkan masa ini berlaku adalah disebabkan penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan yang lemah . Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata kewangan tidak tetap dan sentiasa mempunyai kesilapan dalam penyata akan memudahkan pihak

bertanggungjawab untuk membuat penyelewengan wang sekolah. Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa.

Selain itu, tahap kesedaran etika yang rendah tentang tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan kepada pihak yang bertanggungjawab merupakan faktor utama berlakunya masalah kehilangan dan penyelewengan wang di sekolah. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pihak pengurusan tidak mengetahui ilmu menguruskan kewangan dengan betul. Guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam tatacara mengurus wang sekolah dengan sebaik mungkin.

Di samping itu, individu yang menguruskan wang itu sendiri juga merupakan puca penyelewengan wang di sekolah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri.

32 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang seterusnya mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butirbutir perbelanjaan untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Isu penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah telah memberi kesan negatif kepada profesion perguruan. Tugas sebagai seorang guru dianggap mulia. Guru menjadi role model kepada murid dan masyarakat. Sekiranya guru sendiri mencemarkan profesion perguruan sudah tentu profesion ini akan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat akan mempertikai kredibiliti dan akauntabiliti seorang guru. Guru-guru dituntut supaya mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh dicontohi oleh pelajar

33 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

dan masyarakat disamping menguasai pelbagai ilmu, antara lain ilmu berkaitan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran komunikasi.

Selain itu juga, kesan penyelewengan ini juga telah mewujudkan rasa tidak hormat, tidak percaya dan tidak yakin dengan kepimpinan di dalam sesebuah organisasi sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah di sebuah sekolah di Semenanjung Malaysia telah mengambil tindakan menukar guru yang menguruskan bantuan KWAMP ke sekolah lain setelah berlakunya penyelewengan dalam pengagihan bantuan KWAMP kepada murid yang tidak layak (Berita Harian, 2012). Guru memainkan juga peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid, watak dan moral pelajar. Oleh itu pihak sekolah yang harus mewujudkan watak yang dapat dibanggakan oleh ibu bapa, pelajar serta masyarakat setempat. Ketiga, kesan penyelewengan dan penyalahgunaan kewangan juga

menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara pihak atasan dan dengan pihak bawahan. Hal ini berlaku kerana wujudnya sikap tidak puas hati dengan pengurusan yang dilaksanakan oleh pentadbir kewangan. Sebagai contoh, guru yang pernah melakukan kesalahan menggelapkan wang sekolah akan menerima hukuman. Kemudian, selepas itu guru tersebut akan sentiasa dipandang negatif dan akan wujud rasa tidak puas hati dan menyalahkan guru tersebut di atas kesalahan yang pernah dilakukan.

Begitu juga sekiranya pihak Guru Besar yang sentiasa gagal menyerahkan wang untuk tujuan pendidikan akan mewujudkan rasa tidak puas hati dan akan menyebabkan pertelingkahan antara Guru Besar dan kakitangan sekolah yang lain. Guru Besar selalunya beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa pentadbiran

34 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

yang kuat di dalam sesebuah organisasi sekolah. Jika menurut gaya kepimpinan Islamik, seseorang pengurus seharusnya mengamalkan konsep syura iaitu musyawarah dan berbincang dengan pekerja bawahannya tentang bagaimana wang sekolah harus dibelanjakan.

Keempat, penyelewengan wang di sekolah juga menyukarkan programprogram sekolah yang hendak dilaksanakan berjalan dengan lancar. Kelancaran sesuatu program yang memerlukan peruntukan kewangan adalah sangat bergantung kepada pengurusan dan perancangan belanjawan yang cekap. Sesebuah program tidak dapat dilaksanakan disebabkan masalah kewangan yang serius. Sebagai contoh, buku nota tambahan tidak dapat dibeli dengan kadar masa segera sekiranya guru menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan yang tidak sepatutnya. Sesebuah program lawatan tidak dapat berjalan dengan lancar sekiranya berlaku penyelewengan wang murid atau wang peruntukan untuk sesebuah aktiviti.

Kelima,

kesan penyelewengan juga menyebabkan kebajikan murid-murid

secara langsungnya terabai. Wang bantuan yang seharusnya diperuntukkan kepada murid yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan persekolahan namun disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak Kementerian telah menyerahkan amanah dengan mengkreditkan sejumlah wang untuk kebajikan muridmurid yang berkelayakan kepada pihak sekolah untuk mengagihkan bantuan kewangan tersebut. Namun sikap tidak amanah dan tidak jujur telah menjadi amalan biasa bagi pihak ini menyebabkan murid-murid terabai sama sekali.

35 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Keenam,

kesan penyelewengan dan penyalahgunaan wang ini juga akan

menyebabkan berlakunya jenayah-jenayah lain. Sebagai contoh, jenayah rasuah antara pihak pentadbir dengan pihak pembekal, jenayah penyalahgunaan kuasa, jenayah vandalisme dan sebagainya. Penyelewengan wang juga menyebabkan kepincangan dalam sistem pengurusan kewangan di sekolah. Pihak yang membuat penyalahgunaan kuasa akan membuat prosedur pengurusan kewangan yang palsu untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Walaubagaimanapun, kita jarang mendengar isu masalah kewangan ini dilaporkan di media massa ataupun media cetak kerana bimbang akan menjatuhkan profesion keguruan. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya kes ini harus diambil serius kerana sekiranya hukuman yang setimpal tidak dikenakan kepada pesalah yang menyalahgunakan wang ini, maka kes ini akan semakin bertambah dari tahun ke tahun kerana pihak yang tidak beretika ini akan merasakan mereka berada di zon yang selesa. Sebenarnya penyiaran berita penyelewengan wang juga mempunyai kebaikannya. Sekiranya hal ini dihebahkan, kemungkinan pihak yang bersalah akan berasa takut untuk mengulangi kesalahan yang sama kerana semestinya mereka akan dikenakan tindakan.

36 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

1.5.3 Langkah Mengatasi Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.

Seterusnya Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Di samping itu juga, pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan belanjawan. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah. Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak

37 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi mensyuarat yang dibincangkan. Guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Setiap pihak mempunyai tahap kesedaran individu untuk berubah sekiranya telah melakukan kesalahan. Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup mengikut tahap kemampuan. Di samping itu, guru haruslah sentiasa

38 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas. Selain itu juga, guru sebagai penjawat awam harus berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu penyalahgunaan masa, wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari terus menular dari hari ke hari kerana ianya memberikan kesan yang negatif kepada profesion keguruan, pembangunan modal insan serta masa depan generasi pada masa akan datang.

Moto Guru Pembina Negara Bangsa haruslah disemat dalam jiwa setiap insan bergelar guru.Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

39 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

REFLEKSI INDIVIDU Nama : Siti Nur Aisyah Bt Mansor Unit : Pismp Bahasa Melayu 2010

Tajuk tugasan yang diberikan adalah buat ulasan kritikal terhadap isu-isu etika guru dengan menumpukan aspek-aspek tertentu. .Tugasan ini haruslah diulas dengan ulasan yang kritikal berdasarkan pengalaman saya sewaktu menjalani

praktikum dan internship. Semasa saya membuat tugasan ini saya merasakan bahawa tugas menjadi guru bukan senang. Pelbagai masalah, dugaan dan cabaran yang harus ditempuh untuk menjadikan diri sendiri sebagai guru yang berdedikasi serta guru yang cintakan anak bangsa. Pendidikan merupakan aset penting kepada semua individu dan aspek pentik dalam pembangunan sesbuah negara. Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah negara.untuk membentuk manusia yang seimbang dalam mengahadapi kesan globalisasi memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan keperluan semasa. Modal insan yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapatan beberapa kekuatan yang saya perolehi semasa membuat tugasan EDU3108 ini antaranya ialah, saya dapat berkolaborasi bersama rakan sebaya dan meminta mereka memberikan pandangan mengenai apa yang dimaksudkan dengan emosi guru. Pelbagai idea dan pandangan yang saya perolehi oleh mereka. Saya sangat bersyukur mempunyai rakan guru pelatih yang ringan tulang untuk membantu saya mencari maklumat bagi menyelesaikan tugasan ini. Dalam tugasan ini , saya telah berbincang mengenai pelbagai tajuk yang berkaitan mengenai soalan tugasan. Saya juga bersyukur kerana rakan pasangan saya sering membuahkan idea dan

40 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

pendapat yang bernas yang dapat disumbang kan dalam tugasan ini. Saya sering mencari maklumat tambahan di perpustakaan Kent bagi menambah maklumat mengenai tajuk tugasan tersebut.

Antara kelemahan yang dapat saya kesan ialah banyak maklumat yang kami cari ditulis dalam bahasa Inggeris. Maklumat yang sama dan terhad dijumpai di internet ditulis dalam bahasa Melayu. Hal ini menyukarkan saya kerana saya tidak fasih dalam berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, saya berusaha juga untuk menafsir dan memindahkan maklumat tersebut dalam bahasa Melayu.

Kelemahan yang seterusnya ialah saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini mengikut ketetapan. Saya selalu menangguhkan hari untuk melakukan tugasan ini kerana fokus dengan kajian. Namun masalah ini dapat diatasi apabila saudara Andreas Alex John sentiasa mengingatkan saya untuk mempercepatkan tugasan ini.

Antara cadangan penambahbaikan semasa melakukan tugasan ini ialah saya perlu lebih menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik kerana banyak karya-karya yang ditulis oleh penulis luar negara memberi pandangan dan maklumat yang baik. Selain itu, saya perlu berbincang dengan pensyarah pembimbing iaitu En Chandran Vengadasamy untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai sesebuah tajuk dalam EDU 3108.

41 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020. Sebagai kesimpulannya, tugasan ini telah memberi banyak pengalaman pengetahuan baru. Sebagai guru pelatih, tugasan ini memberi makna yang dalam kepada kami kerana dapat membimbing kami untuk menjadi guru yang cekal apabila sudah diberi penempatan kelak.

42 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

SKRIP FORUM KUMPULAN NAMA AHLI : 1) SITI NUR AISYAH BINTI MANSOR ( 900228-10-5508) 2) SURIANA HUSEIN 3) FATINAH BINTI JIAMIL 4) FAZILAH SUHUD TAJUK : BUDAYA MENYELIDIK

Tajuk : soalan 1 (Konsep Budaya Menyelidik) ( SITI NUR AISYAH MANSOR) Terima kasih diucapkan kepada puan moderator kerana sudi menjemput saya sebagai ahli panel dalam program forum ini. Konsep budaya menyelidik ini adalah mengenai satu budaya dimana budaya yang wujud untuk mengkaji sesuatu sama ada perkara yang ingin dikaji itu dalam bidang yang umum mahupun bidang yang khusus. Apabila disebut penyelidikan, kebanyakkan guru berpendapat bahawa ia adalah sesuatu yang agak tinggi dan sukar dilaksanakan . bagi mereka, penyelidikan adalah aktiviti yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah universiti dan penyelidikpenyelidik sepenuh masa. Ini mungkin ada kebenarannya bagi penyelidikan tradisi, penyelidikan teoritikal dan penyelidikan aplikasi . penyelidikan ini memerlukan keesahan yang tinggi dan digunakan untuk membuat generalisasi. Berbeza dengan situasi di sekolah, sebagai seorang guru novis seperti saya, saya boleh menjalankan penyelidikan mengikut keperluan di sekolah. Selain itu, penyelidikan yang dijalankan di sekolah boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mengikut situasi semasa. Sabagai contoh , penyelidikan yang dijalankan untuk mengatasi masalah membaca murid tahun 3. Penyelidikan yang dijalankan itu bersifat lebih khusus terhadap masalah yang ingin dikaji. Bagi pendapat saya, sebagai seorang bekas guru pelatih saya merasakan bahawa apabila guru pelatih

43 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

membuat satu penyelidikan berdasarkan pengalaman praktikum mereka ketika di sekolah mereka hanya akan membuat satu senarai masalah yang dihadapi oleh murid dan mereka akan memilih satu masalah yang mereka rasa sesuai untuk mereka jalankan kajian tersebut. Mereka hanya berfokuskan untuk memenuhi subjek yang diajar semasa di IPG. Tetapi bagi guru yang berada d sekolah, kajian yang ingin dijalankan adalah berfokuskan kepada masalah murid itu sendiri. Guru yang berada di sekolah akan membuat kajian yang akan dapat mengatasi sesuatu masalah. Selain daripada itu, guru-guru di sekolah juga akan disediakan kursuskursus khas sebagai penyediaan untuk membuat sesuatu kajian. Hal ini bermaksud, guru di sekolah akan lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai konsep budaya menyelidik itu sendiri dengan adanya sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh kementerian.

44 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Soalan 2 : Pelaksanakan Budaya Menyelidik Di IPG dan Sekolah Dari Aspek Persamaan & Perbezaan. Saya berpendapat semua guru mahupun bakal guru seharusnya pandai melakukan penyelidikan dan berkongsi pengalaman hasil dapatan penyelidikan dengan rakanrakan seprofesion lain. Kali ini saya ingin membincangkan mengenai pelaksanaan budaya menyelidik di IPG dan sekolah dari aspek persamaan dan perbezaan. Dari aspek persamaannya, budaya menyelidik yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan IPG adalah keduanya-duanya berfokuskan permasalahan yang terdapat di sekolah. selain itu, saya percaya sesiapa sahaja yang ingin membuat kajian sama ada pensyarah, guru pelatih mahupun guru yang berada di sekolah beberapa perkara akan dirasai sebagai pengalaman iaitu pengalaman menghasilkan sebarang kerja penyelidikan, sama ada dilakukan secara bersendirian atau pun berkumpulan. Apabila disempurnakan secara sistematik akan membawa para penyelidik itu sendiri ke dalam dua alam yang menguntungkan dan mengasyikkan iaitu;

Alam peribadi (the personal self) Alam ilmu (the world of knowledge) yang menuntut komitmen, ketelitian, ketekunan, keobjektifan,

Penyelidikan

keterbukaan, ketahanan dan keyakinan diri yang tinggi sudah tentu akan membawa para penyelidik itu dan petugas penyelidikan itu kepada penemuan diri dan peribadi (personal self) yang sekali gus membolehkan mereka menilai kekuatan diri dan tahap profesionaliti masing-masing. Pensyarah, bakal guru dan guru-guru perlu diberikan pendedahan kepada pengendalian penyelidikan. Bengkel dan latihan khas sebagai latihan lanjutan kepada guru perlu diberi untuk meyakinkan dan meningkatkan iltizam terhadap penyelidikan. Harus diwujudkan mod insentif yang menarik dan wacana yang kondusif untuk mereka berkongsi hasil penyelidikan. Selain itu dari aspek etika

45 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

juga terdapat persamaan yang sangat ketara dimana guru disekolah dan warha IPG juga wajib untuk mematuhi etika penyelidikan. Antara contoh etika penyelidikan yang harus di patuhi oleh semua ialah : Melibatkan peserta dengan mendapat persetujuan daripada mereka. Tidak memaksa orang membantu Memberitahu secara terbuka tujuan kajian dan semua maklumat yang

berkaitan Jujur dan bertanggungjawab Menghormati dan melindungi privasi peserta Melayan semua peserta secara adil Menghormati hak peserta termasuk sikap, kepercayaan dan pandangan

mereka. Memastikan jaminan anomiti dan konfidentialiti peserta.

J. Wellinton (2004) sesuatu kajian boleh menjadi bukan etika ialah: adil Cara yang digunakan untuk melaksanakan kajian boleh menjadi bukan etika, Melayan kumpulan eksperimental dan kumpulan kawalan dengan cara kurang

termasuk cara mendapat akses atau peserta Manipulasi dan analisis data mungkin tidak mengikut kriteria yang ditetapkan;

misalnya, sengaja mengenepikan data yang tidak selaras dengan objektif kajian atau hipotesis. Persembahan atau laporan kajian mungkin bukan-etika, misalnya mungkis

janji menjaga anomiti dan konfidentialiti peserta.

46 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Dapatan, kesimpulan atau cadangan berdasarkan kajian boleh mnejadi

bukan-etika jika data atau bahan rujukan tidak ditapis dan dinilai dengan kritikan dalaman dan luaran. Perbezaannya pula ialah dari segi IPG ialah terdapat subjek kursus yang khas pada guru pelatih yang menduduki semester ke tujuh dan ke lapan. Tuntutan untuk mendapat segulung ijazah di IPG adalah dengan membuat satu penyelidikan berdasarkan permasalahan yang didapati selama sepanjang tempoh praktikum yang dijalankan. Namun yang demikian, bagi guru-guru di sekolah pula penyelidikan itu merupakan sati inisiatif yang boleh diambil oleh mana-mana guru untuk membuat satu kajian khas mengenai penemuan kaedah baru mahupun menggunakan kaedah yang pernah dgunakan dalam kajian orang lain. Kesimpulan Di Malaysia, usaha-usaha memperkembangkan gerakan penyelidikan guru sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme guru telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan Pendidikan Negeri melalui Jawatankuasa Penyelidikan telah menjalankan kursus-kursus kajian tindakan untuk guru-guru. Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan juga telah menganjurkan kursus-kursus untuk pensyarah-pensyarah. Malah aktiviti kajian tindakan merupakan salah satu agenda penyelidikan yang diberi keutamaan oleh Kementerian. Oleh yang demikian, pada pendapat saya budaya menyelidik ini haruslah diteruskan oleh semua peringkat bagi meningkatkan mutu profesion keguruan.

47 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

RUJUKAN 1. Nik Safiah, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2009) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dawama Sdn. Bhd 2. Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon (2013) Asas Kepimpinan dan Perkembagan Profesional edi si Kedua. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd 3. Zaitul Azma Zainon Hamzah. (Mei, 20120). Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara . Pelita Bahasa .pp 8-11 Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. 5. De Jesus, Saul Neves & Conboy, Joseph (2001). A Stress Management Course to Prevent Teacher Distress. International Journal of Educational Management, 15 (3). 6. Ismail Zain (2008). Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Diakses pada 15/8/2013 dari http://www.tutor.com.my 7. Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur : Leeds Publications Rujukan Lain http://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_dalam_P endidikan_Teknik_dan_Vokasional_di_Malaysia-eprint2.pdf http://www.scribd.com/doc/58937368/56517782-Nota-Edu-3109-Guru-Dan-CabaranSemasa-FASA-1

48 |ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL